Anda di halaman 1dari 17

TEORI PENIRUAN (MODELING)

Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologii, iaitu Neil Miller dan John Dollard - dalam
laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan
hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut
oleh Miller dan Dollard dinamakan "sosial learning" - "pembelajaran sosial". Perilaku
peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah
memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh
hukuman ketika kita tidak menirunya. Menurut bandura, sebagian besar tingkah laku
manusia dipelajari melalui peniruan (imitation) maupun penyajian contoh tingkah
laku (modelling). Dalam hal ini orang tua dan guru memainkan peranan penting
sebagai seorang model atau tokoh bagi kkanak-kanak-kkanak-kanak untuk
menirukan tingkah laku membaca9.

Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963)10,
telah melakskkanak-kanak-kkanak-kanakan eksperimen lain yang juga berkenaan
dengan peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku
hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun
tanpa sebarang peneguhan. Proses belajar semacam ini disebut "observational
learning" atau pembelajaran melalui pengamatan. Bandura (1971), kemudian
menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori
pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi
pertimbangan terhadap proses mental seseorang.

Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri
(kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah
mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah
menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak

apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan
menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroo dalam video. Setelah menonton video
kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang
ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut,
mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video
(Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).

Proses-proses yang terlibat dalam Teori Pembelajaran Peniruan

Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah :

i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.

Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika


mengajar mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan
sebagai watak promoter/ penjual yang sedang mempromosikan produk dengan
menggunakan iklan secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung.

ii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan


bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak
dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan
diberi tahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi
perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut.

iii) Proses tiruan melalui elisitasi

Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.


Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul
keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk
meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.

Perkembangan kognitif kanak -kanak mengikut pandangan pemikir islam yang


terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak -kanak hendaklah
diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu mengikut
peringkat-peringkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan contoh -contoh
yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanak kanak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah lembut dan bukanya dengan
kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kanak -kanak tidak boleh
dibebankan dengan perkara -perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan
menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran yang

disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam & Nur Hazwani Hamzah
2009).

4 UNSUR UTAMA DALAM PENIRUAN

Untuk pembelajaran pemerhatian wujud a dalah penting untuk individu berkenaan


berbuat demikian:

1) Tumpuan ('Attention')

Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya


mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk
kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain
muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal
sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam
buku mereka "Sosial Learning & Personality Development" menekankan bahawa
hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.

2) Penyimpanan ('Retention')

Subjek yang memerhati harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini

membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.

3) Penghasilan ('Reproduction')

Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti


mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam
bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah
tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen -komponen
tingkahlaku yang telah diperhatikan.

4) Motivasi

Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak
individu untuk terus melakukan sesuatu.

Antara model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah:

1. Pembelajaran koperatif
2. Main peranan

3. Simulasi

Model-model ini merupakan pendekatan pembelajaran yang dapat digunakan di kelas


dengan melibatkan murid-murid secara aktif seupaya mereka memperoleh
pengalaman dalam menuju kematangan.

1.Pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif berfokuskan perkembangan konsep dan kemahiran melalui


kerja berkumpulan yang diutarakan oleh Slavin dan Johnson. Pembelajaran sebegini
juga memberi impak kepada pencapaian akademik dan harga diri murid-murid yang
berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana, pertamanya melalui kerja berkumpulan,
murid-murid belajar bersama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran
penting. Di samping itu, mereka berfikir mengenai cara-cara penyelesaian bagi
masalah yang timbul. Kedua, mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam
suasana yang kondusif. Dalam pada itu, setiap ahli mempunyai peluang yang sama
untuk memperoleh pencapaian cemerlang.

2.Main peranan

Main peranan sangat membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial, peranan


mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan
berkesan. Selain itu, ia juga membantu murid mengumpul dan mengurus maklumat
mengenai sosial, mengembangkan sifat empati terhadap orang lain dan
menambahkanbaikkan kemahiran sosial mereka. Main peranan dilaksanakan dengan
mengkehendaki murid berlakon watak-watak berdasarkan satu situasi hipotetikal
yang telah dikenalpasti. Misalnya, mereka perlu berlakon konflik yang timbul dan
memainkan watak watak yang berkenaan. Hasinya, murid akan lebih peka terhadap
masalah sosial yang timbul dalam kehidupan seharian, seterusnya memperoleh celik
akal bagi menangani masalah tersebut. Ahli teori berpendapat bahawa main peranan
amat berguna dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial di mana murid-murid
dapat memahami keprihatinan, nilai dan perspektif orang lain.

3.Simulasi
Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui
demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya
dikuasai oleh murid-murid. Di dalam pengajaran, simulasi digunakan untuk
mewujudkan satu mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran. Aktiviti yang
dijalankan mencerminkan keadaan realiti. Murid melakonkan sesuatu situasi atau
peristiwa dalam sesuatu keadaan yang teratur. Sosiodrama dan main peranan adalah
contoh simulasi. Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang
lengkap, skrip lakonan disediakan terlebih dahulu seperti Hang Tuah dan Hang Jebat.
Main peranan ialah lakonan spontan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah. Aktiviti
lakonan ini biasanya berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul.

Posted by Kaerul Ashraf at 9:34 PM No comments:


Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

SUNDAY, AUGUST 8, 2010

Model Pengajaran Sosial


Model Pengajaran sosial merupakan model yang diterbitkan melalui teori
Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura. Proses model ini dilakukan atau dapat
diperhatikan melalui pemerhatian dan peniruan. Prinsip model ini adalah :

CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA

1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.


2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain -lain.
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kece kapan demontrasi guru sebagai
model.

4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang


berpatutan.
5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku
atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

Prinsip-prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori


pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama
iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau
secara ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang
memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses pembelajaran
manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang memerhati merupakan
para pelajar manakala individu yang menjadi model adalah guru yang mengajar. Para
pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang akan
dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang
guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian
maklumat yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu
yang diajar.

Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang


individu terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran melalui
permodelan atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan empat langkah
tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Langkah
pemerhatian adalah proses di mana pemerhati atau peniru itu melihat tingkah laku
individu yang ingin ditiru. Selepas itu, tingkah laku yang ditiru itu akan diingatkan
iaitu dalam langkah penyimpanan. Apabila individu yang meniru ini didedahkan
kepada situasi yang sama, dia akan menghasilkan tingkah laku yang serupa dengan

tingkah laku yang diperhatikan. Ini merupakan langkah pengeluaran. Sekiranya


tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau peneguhan positif, tingkah laku itu
akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara yang sebaliknya yang berlaku maka
tingkah laku tersebut tidak akan diulangi oleh si peniru.

Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si
peniru mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu. Sebagai
hasilnya, si peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan daripada
model tersebut. Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang tidak
menghasilkan tingkaha laku seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang kedua iaitu
proses pembelajaran akan berlaku sama ada terdapat perubahan tingkah laku atau
tidak. Dalam keadaan pemodelan ini, si peniru sebenarnya telah mempelajari
bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah sesuatu yang tidak betul. Oleh itu, si
peniru tidak melakukan tingkah laku yang diperhatikan. Lantas, tiada sebarang
perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan dalam diri si peniru tetapi si peniru
telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah tidak wajar untuk
dilakukan.

Teori pembelajaran sosial sebenarnya boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Guru boleh mengaplikasikan jenis-jenis peniruan yang
diperkenalkan dalam teori pembelajaran sosial ini semasa proses pengajaran. Para
pelajar pula akan melengkapkan empat langkah pembelajaran dalam teori ini iaitu
pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Moativasi ialah aspek
peneguhan yang biasanya disetus oleh guru yang menjadi model kepada teori
pembelajaran ini.

Berikut merupakan gambar rajah yang kami sediakan sebagai model pembelajaran
yang boleh diaplikasikan di sekolah.

Model pembelajaran di atas boleh dilakukan terutamanya apabila guru ingin


menunjukkan atau mengajar muridnya sesuatu teknik atau kemahiran. Sebagai
contohnya dalam amali subjek Biologi yang mengkaji proses osmosis dengan
menggunakan rod ubi kentang. Guru ingin mengajar anak muridnya cara atau teknik
yang betul untuk memotong ubi kentang dalam bentuki rod.
Pertama sekali, guru harus memastikan hasil pembelajaran yang diingini. Dalam sesi
pengajaran pelajar menghasilkan rod ubi kentang, guru akan memastikan pelajarnya
mempunyai perkembangan baru aspek psikomotor di mana pelajar mampu
menghasilkan rod ubi kentang untuk menjalankan amali pada hati tersebut. Secara
langsung, perkara ini juga akan memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada
para
pelajar yang terlibat.

Seterusnya, proses pembelajaran dan pengajaran akan melibatkan aktiviti di mana


guru akan mendemonstrasikan cara menghasilkan rod ubi kentang dengan
menggunakan penebuk T. Para pelajar akan memerhatikan guru dalam menghasilkan
rod ubi kentang itu. Selepas itu, guru membiarkan para pelajar melakukan aktivit
tersebut. Keadaan ini akan membenarkan para pelajar untuk mengalami diri sendiri
cara dan teknik yang betul untuk menghasilkan rod ubi kentang tersebut. Pada masa
yang sama, guru harus memerhatikan para pelajar agar mereka tidak tersilap konsep
atau melakukan kesilapan.

Pada penghujung kelas, guru boleh memilih untuk menguji para pelajarnya secara
verbal atau bertulis berkenaan dengan cara untuk menghasilkan rod ubi kentang.
Sekiranya para pelajar memberikan jawapan yang tidak tepat, guru harus
membetulkan dengan segera dan memberitahu para pelajar kesilapan mereka.
Sekiranya para pelajar dapat menjawab soalan guru dangan tepat, maka guru harus
memuji para pelajarnya sebagi salah satu peneguhan positif untuk menggandakan
lagi tingkah laku yang baru ditiru. Walaupun terdapat pelajar yang gagal untuk
mempelajari teknik menghasilkan rod ubi kentang tersebut, guru juga harus
memberikan dorangan dan sokongan agar mencuba lagi sehingga berjaya. Perkara
ini adalah seperti prinsip teori pembelajaran sosialis di mana tiada perubahan
tingkah laku tidak bermaksud si peniru tidak mempelajari sesuatu. Mungkin pelajar
tersebut telah berjaya meniru teknik yang ditunjukkan tetapi memerlukan masa yang
lebih panjang untuk menghasilkan atau melakukan teknik yang ditiru daripada
gurunya. Dengan lengkapnya keempat-empat langkah ini maka model pembelajaran
ini dikatakan telah berjaya dilaksanakan.

Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja merangsang muridmurid kita secara rasional, bahkan secara intelek. Oleh yang demikian, mereka
mengesyorkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang
memerlukan interaksi sosial bagi mencapai maklumat tersebut.

Apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas, mereka akan


menjana tenaga berbentuk kolektif yang dipanggil sinergi. Bagi memaksimumkan
fenomena ini, kita akan dapat mengembangkan cara-cara seelok-eloknya kita bentuk
komuniti pembelajaran. Contohnya ialah melalui budaya sekolah yang positif, muridmurid dapat dikembangkan lagi cara-cara berinteraksi yang lebih berintegrasi dan
produktif dan seterusnya menyokong aktiviti pembelajaran yang lebih aktif.

Posted by Kaerul Ashraf at 8:38 AM No comments:


Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Prinsip dan Konsep Teori Pembelajaran Sosial


Prinsip Asas Teori Pembelajaran Sosialis

Setiap teori pembelajaran mempunyai prinsip-prinsip asas yang akan diterapkan


dalam proses pembelajan. Dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan
oleh Albert Bandura, kami telah berjaya meneliti 4 prinsip asasnya iaitu:

a. Pembelajaran setiap individu dapat dilakukan melalui pemerhatian tingkah laku


orang lain atau permodelan.

b. Perubahan tingkah laku mungkin akan berlaku ataupun tidak akan berlaku dalam
proses pembelajaran.

c. Proses pembelajaran menekankan peranan yang dimainkan oleh perkembangan


kognitif
individu yang terlibat.

d. Teori pembelajaran sosialis akan dijadikan sebagai perantaraan teori pembelajaran


behavioris dan teori pembelajaran kognitif.

Prinsip-prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori


pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama
iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau
secara ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang
memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses pembelajaran
manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang memerhati merupakan
para pelajar manakala individu yang menjadi model adalah guru yang mengajar. Para
pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang akan
dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang
guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian
maklumat yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu
yang
diajar.

Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang


individu terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran melalui
permodelan atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan empat langkah
tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Langkah
pemerhatian adalah proses di mana pemerhati atau peniru itu melihat tingkah laku
individu yang ingin ditiru. Selepas itu, tingkah laku yang ditiru itu akan diingatkan
iaitu dalam langkah penyimpanan. Apabila individu yang meniru ini didedahkan
kepada situasi yang sama, dia akan menghasilkan tingkah laku yang serupa dengan
tingkah laku yang diperhatikan. Ini merupakan langkah pengeluaran. Sekiranya

tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau peneguhan positif, tingkah laku itu
akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara yang sebaliknya yang berlaku maka
tingkah laku tersebut tidak akan diulangi oleh si peniru.

Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si
peniru mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu. Sebagai
hasilnya, si peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan daripada
model tersebut. Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang tidak
menghasilkan tingkaha laku seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang kedua iaitu
proses pembelajaran akan berlaku sama ada terdapat perubahan tingkah laku atau
tidak. Dalam keadaan pemodelan ini, si peniru sebenarnya telah mempelajari
bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah sesuatu yang tidak betul. Oleh itu, si
peniru tidak melakukan tingkah laku yang diperhatikan. Lantas, tiada sebarang
perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan dalam diri si peniru tetapi si peniru
telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah tidak wajar untuk
dilakukan.Kedua-dua prinsip ini dapat dilihat dengan lebih jelas dalam eksperimen
yang dilakukan oleh Bandura terhadap kanak-kanak tadika (tiga hingga enam tahun)
dalam kajiannya pada tahun 1963.
Posted by Kaerul Ashraf at 8:13 AM 1 comment:
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Pengenalan Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran merupakan asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran


yang dijalankan dalam institusi pendidikan. Teori-teori ini dikuasai dan dilaksanakan
oleh seorang guru yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada anak muridnya. Secara definisi secara kasar, pembelajaran merupakan satu
proses perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku ini akan berlaku selepas
seseorangindividu itu mempelajari sesuatu yang baru yang menjadikan dirinya lebih
maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum
proses pembelajaran berlaku.

Setiap individu akan mempelajari sesuatu atau mengalami proses pembelajaran


melalui pelbagai cara mengikut kesesuaian dan juga kecenderungan masing-masing.
Ahli-ahli falsafah telah mengkaji dan meneliti cara-cara pembelajaran yang
diaplikasikan oleh individu-individu yang berbeza. Mereka juga telah mengelaskan
cara-cara pembelajaran ini kepada beberapa kategori yang dikenali sebagai teori
pembelajaran humanis, teori pembelajaran behavioris, teori pembelajaran kognitif,
teori pembelajaran sosial dan teori pembelajaran konstruktivisme.

Dalam perbincangan ini, kita akan melihat kepada salah satu teori pembelajaran
yang diperkenalkan iaitu teori pembelajaran sosial. Teori pembelajaran ini
diperkenalkan oleh Albert Bandura (1925=kini). Teori pembelajaran sosial ini berasal
daripada konsep asas tingkah laku manusia yang dibentuk melalui proses
pembelajaran yang dipengaruhi oleh peneguhan positif dan peneguhan negatif
dalam penyelidikan awal yang dijalankan oleh Ivan Pavlov, John Watson dan B.F.
Skinner pada haiwan dalam makmal. Penemuan ini dianggap terlalu mudah dan tidak
menjelaskan teori pembelajaran manusia dengan terperinci. Lantas, perkara ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para penyelidik.

Memandangkan perkara demikian, pada tahun 1977, Albert Bandura telah


memperkanalkan teori pembelajaran sosial dengan meneliti semula konsep dan

penerapan yang telah ditekankan oleh Julian Rotter dalam buku Social Learning and
Clinical Psychology (1954) serta penyelidikan awal Miller dan Dollard dalam buku
Social Learning and Imitation (1941)

Anda mungkin juga menyukai