Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UNISHAMS)

PIUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING & PSIKOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN

KPP 6213 : PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

KOHOT 4 / DISEMBER 2021

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK :

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK


FIZIKAL, KOGNITIF, EMOSI, PERSONALITI DAN SOSIAL

NAMA PELAJAR NO MATRIK


SHARIFAH NURHASIBAH BINTI SYED ISHAK M214012946
MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR M214014746

NAMA PENSYARAH :
CIK NAJAH BINTI MAT RAFAE
ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat

BAB 1 Pengenalan 3–6


1.1 Pertumbuhan
1.2 Perkembangan
1.3 Prinsip Pertumbuhan dan perkembangan

BAB 2 Aspek Fizikal 7 – 10

BAB 3 Aspek Kognitif 11 – 12

BAB 4 Aspek Emosi 13 – 16


4.1 Emosi Positif
4.2 Emosi Negatif
4.3 3 Keupayaan Emosi

BAB 5 Aspek Personaliti 17 – 20


5.1 Jenis Personaliti
5.2 Faktor yang mempengaruhi personaliti

BAB 6 Aspek Sosial 21 – 23


6.1 Teori Erikson

BAB 7 Kesimpulan 24 – 25

Rujukan 26

2
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PERTUMBUHAN

Pertumbuhan bersifat kuantitatif, iaitu pertambahan dari segi fizikal, keupayaan berfikir

berbeza mengikut tahap umur, keupayaan untuk berinteraksi dan meluahkan perasaan.

Menurut Karl E. Garrison, pertumbuhan merupakan perkembangan individu

dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan dari segi otot, kulit, tulang, kelenjar, rambut dan lain-

lain.

Selain itu, menurut Atan Long, pertumbuhan merupakan perubahan yang dapat

diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain, dari masa ke masa.

Seterusnya, menurut D.S Wright dan Ann Taylor, pertumbuhan merupakan

pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang iaitu sifat jasmani dari segi saiz, tinggi,

berat badan dan lain-lain.

Pertumbuhan juga merupakan perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu

perubahan saiz dan struktur dari segi aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak apabila

individu itu telah matang.

Melalui teknik antropometrik, kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata

ataupun dapat diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan.

3
Pertumbuhan seseorang adalah berdasarkan proses kematangan yang dilaluinya.

Perubahan yang terjadi dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan jelas seperti tinggi, berat,

kadar bentuk badan serta pertumbuhan organ dalaman.

4
1.2 PERKEMBANGAN

Perkembangan bersifat kualitatif, iaitu peningkatan motor halus dan motor kasar, kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis, memperlihatkan ciri-ciri dalam norma pergaulan manusia,

adab dan nilai, berupaya menguasai dan perasaan.

Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif

serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, sosial dan moral.

Menurut Karl G. Garrison, perkembangan terhasil dari tindakan yang saling

berhubung antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Menurut D.S Wright dan Ann Taylor, perkembangan merupakan perubahan yang

berlaku sepanjang hayat.

Perkembangan juga merupakan proses yang berterusan sejak lahir hingga mencapai

kematangan secara berterusan. Selain itu, ia berlaku secara cepat dan sukar untuk diramal,

contohnya, warna rambut bertukar dari hitam kepada putih (uban).

Faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi emosi, jasmani, rohani,

sosial dan intelek ialah faktor baka dan persekitaran.

5
1.3 PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Pertumbuhan dan perkembangan, ia berlaku dari umum ke khusus. Contoh perkembangan,

apabila seorang bayi menangis, berkemungkinan dia lapar ataupun tidak selesa dengan keadaan

yang dirasai ketika itu. Hal ini menunjukkan bahawa ia berfokus kepada sebab yang khusus.

Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan juga berlaku pada kadar yang berbeza.

Contoh pertumbuhan, pencapaian ketinggian seseorang itu berbeza walaupun umur mereka

sama. Di samping itu, pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara teratur. Contohnya,

sebelum seseorang itu pandai berjalan, dia akan mengalami fasa merangkak serta sebelum

seseorang itu fasih bercakap, dia akan mengalami fasa gagap dalam bercakap.

Seterusnya, pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur.

Contohnya, seseorang itu berkebolehan mahir dalam sesuatu bidang yang diceburi tetapi

mungkin memerlukan masa yang agak lama supaya dia boleh menguasai bidang tersebut.

6
BAB 2

ASPEK FIZIKAL KANAK-KANAK

Menurut Woolfolk dan Margetts, (2007), perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan

saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian badan, fungsi anggota badan.

Selain itu, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan,

menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang kompleks ketika

peringkat pembesaran. Antara peringkat perkembangan fizikal yang melibatkan prenatal iaitu,

fasa pembenihan, fasa fetal, fasa embrio. Pada peringkata prenatal, perkembangan organism

bermula ketika proses persenyawaan, iaitu apabila sperma ayah bercantum dengan ovum atau

telur emak.

Menurut kajian, seorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-dua

ovarinya. Selepas seorang wanita itu telah mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam

ovari, ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub fallopio dan proses ini dipanggil

sebagai ovulasi. Selepas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak ke arah tiub fallopio.

Persenyawaan berlaku apabila ovum emak bergabung dengan sperma ayah di bahagian atas

tiub fallopio bersebelahan dengan ovari. Andaikata ovum tersebut tidak disenyawakan dalam

masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan sebagai haid. Manakala, ovum yang

disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.

Peringkat prenatal berlaku selama sembilan bulan dan terbahagi kepada tiga fasa iaitu

pembenihan (germinal stage), embrio dan fetal.

7
Pada peringkat fasa pembenihan, bermula proses persenyawaan sehingga zigot melekat

pada dinding rahim. Tempoh fasa ini berlaku kebiasaannya selama dua minggu. Setelah

persenyawaan, zigot akan bergerak ke rahim. Seterusnya, zigot akan mengalami proses

pembahagian sel atau mitosis. Sel-sel baharu yang terbentuk akan menjadi bahagian-bahagian

sistem saraf, otak, organ dan bahagian badan yang lain. Sel-sel baru ini akan menerima salinan

gen-gen yang diperturunkan daripada ibu bapa. Gen-gen ini juga mengandungi DNA iaitu

Deoxyribonucleic acid. Aturan-aturan struktur DNA yang banyak akan menyebabkan trait dan

baka berlainan. Di dunia ini, tidak ada individu yang mempunyai baka yang sama dengan

individu yang lain melainkan kembar yang serupa kerana berasal daripada zigot yang sama.

Selanjutnya, fasa embrio. selepas pembenihan pada dinding rahim, fasa embrio

perkembangan prenatal akan bermula. Fasa ini bermula dari minggu ketiga hingga minggu

kelapan selepas persenyawaan. Pada peringkat ini, organisma yang terbentuk akan dipanggil

embrio. Pada minggu keempat, bermulalah perkembangan otak, mata, telinga dan mulut mula

terbentuk. Pada minggu kelapan, embrio sudah mempunyai sistem organ yang asas seperti rupa

muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat,

tali pusat ini juga berperanan sebagai tempat membawa karbon dioksida dan bahan kumuh

daripada embrio kepada emaknya untuk dikumuhkan.

Tambahan pula, fasa fetal. Fasa fetal bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan

sehingga bayi selamat dilahirkan. Pada peringkat ini, organisma tersebut dipanggil fetus dan ia

mengalami pertambahan saiz, otot dan sistem saraf sudah mula terbentuk serta isyarat daripada

otak dan beberapa pergerakan badan sudah mula dikesan. Perkembangan yang berlaku antara

bulan ketiga hingga bulan keenam ini agak pesat. Selain itu, pergerakan bayi yang berlaku di

dalam kandungan dapat dirasai oleh emaknya serta deria penglihatan dan pendengaran bayi

8
sudah mula berfungsi. Sekiranya seseorang bayi itu lahir pada bulan ketujuh, bayi tersebut

mempunyai peluang untuk hidup, namun dia akan mengalami masalah pernafasan.

Melalui kecanggihan teknologi pada masa ini, peluang hidup bayi yang lahir pada usia

tujuh bulan agak tinggi. Sebelum lahir, fetus mengubah arah kedudukannya dengan kepalanya

berada pada dasar rahim.

Sejajar dengan itu, fasa bayi dari lahir hingga 2 tahun. Secara purata, berat bayi ketika

lahir anggaran 3.5 kg. Pada dua tahun pertama, pertumbuhan dan perkembangan bayi berlaku

pada kadar yang pesat. Pada usia 6 hingga 8 bulan, gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan.

Gigi mula tumbuh pada gusi bawah, seterusnya tumbuh pada gusi atas. Bayi mula

memperlihatkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakan seperti memusingkan badan,

merangkak dan berjalan. Pada waktu yang sama, perkembangan otot-otot halus seperti jari

tangan yang membolehkan bayi mencapai, menggenggam dan jalinan antara mata dan tangan

mula kelihatan. Pada penghujung usia 2 tahun, bayi sudah boleh melakukan aktiviti kompleks

seperti memegang pensil krayon dan melukis bentuk seperti bulatan, segi empat ataupun segi

tiga.

Selain itu, peringkat awal kanak-kanak iaitu umur 2 hingga 6 tahun. Kadar

pertumbuhan fizikal kanak-kanak perlahan pada peringkat ini berbanding dengan pertumbuhan

pada tahun pertama. Kajian menunjukkan bahawa kadar perkembangan kanak-kanak

perempuan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lelaki.

Contoh aktiviti yang dilakukan melibatkan psikomotor awal kanak-kanak. Ketika

usianya sudah memasuki 2 tahun, kanak-kanak sudah pandai menaiki tangga dengan bantuan,

memegang objek seperti bola dan memanipulasi objek kecil seperti krayon, menggunakan suda

dan garpu serta membina menara daripada bongkah. Selain itu, pada umur 3 tahun, kanak-

9
kanak sudah pandai melambung bola, menunggang basikal yang mempunyai tiga roda,

menangkap bola.

Di samping itu, ketika usianya memasuki 4 tahun, kanak-kanak sudah pandai melompat

dan berlari serta menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan, menggunting mengikut garisan,

mengikat tali kasut. Seterusnya, ketika usianya memasuki 5 tahun, kanak-kanak mula pandai

menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang mudah, dapat mewarnakan gambar dalam

garisan.

Selanjutnya, kadar pertumbuhan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun stabil

dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini dan ia lebih

bercorak kepada penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Selain itu,

pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Pada umur 8 hingga 10 tahun,

ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah dan mencapai tahap kemuncak ketika usianya

12 tahun. Manakala, kanak-kanak lelaki pula, ketinggian mula bertambah ketika mereka

berumur 10 hingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak ketika mereka berusia 15 tahun.

Pada peringkat ini juga, perkembangan motor-motor halus kanak-kanak sudah

mencukupi. Antaranya, kanak-kanak sudah boleh menulis dengan lebih kemas, belajar

menjahit, mengait, bermain badminton dan lain-lain.

10
BAB 3

ASPEK KOGNITIF KANAK-KANAK

Perkembangan kognitif kebiasaanya dihubungkan dengan proses perkembangan intelek dan

perkembangan mental seseorang. Perkembangan kognitif didefinisikan sebagai kebolehan

individu untuk berfikir, menyatakan pendapat sendiri, memahami, mengingati peristiwa-

peristiwa yang berlaku di persekitaran masing-masing. Selain itu, perkembangan kognitif

melibatkan aktiviti mental seperti mengingat, mengkategori, merancang, menyelesaikan

masalah, mencipta.

Menurut Jean Piaget, pemikiran merupakan suatu proses yang berkembang dan disedari

secara berperingkat-peringkat. Selain itu, peringkat perkembangan kognitif yang sama akan

dilalui oleh kanak-kanak meskipun pada usia yang berbeza.

4 konsep yang diperkenalkan oleh Jean Piaget iaitu skema (scheme), penyerapan

(assimilation), pengubahsuaian (11ogic11n11ation), dan keseimbangan (equilibrium). Skema

merupakan sistem kognitif atau mental yang membenarkan individu itu mengurus dan

menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Penyerapan ataupun dikenali sebagai asimilasi

merupakan proses kognitif di mana seseorang itu menggabungkan segala maklumat atau

pengalaman 11ogic11n dalam skema yang sedia ada. Pengubahsuaian ataupun akodomasi dan

dikenali sebagai penyesuaian diri menghasilkan perubahan kualitatif dan perkembangan

skema. Proses penyesuaian diri akan berlaku jika skema yang sedia ada diubahsuai untuk

bergabung dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Selain itu,

peringkat keseimbangan akan tercapai jika seseorang kanan-kanak itu boleh menyesuaikan

proses penyerapan dan pengubahsuaian. Namun, jika dia sudah mencapai tahap keseimbangan

11
yang mencukupi, dia akan menghaluskan maklumat yang diperolehnya. Empat peringkat

perkembangan kognitif mengikut teori Jean Piaget. Pertama sensori motor iaitu 0 – 2 tahun.

Pada waktu ini, kanak-kanak menggunakan deria motornya untuk memahami 12ogic12n

sekelilingnya.

Kedua, pra operasi iaitu umur 2 – 7 tahun. Pada peringkat ini, pemahaman kanak-kanak

mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang bersifat nyata. Ketiga, operasi konkrit iaitu

umur 7 – 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat berfikir secara 12ogic. Keempat,

operasi formal iaitu umur 11 tahun ke atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat melakukan

andaian atau ramalan mengenai fakta.

12
BAB 4

ASPEK EMOSI

4.1 EMOSI POSITIF

Menurut Lefrancois (2001), emosi ialah perasaan, psikologikal (jiwa) dan fisiologikal

(kehidupan) dalam tingkah laku seseorang manusia. Selain itu, menurut Santock (1998), emosi

merupakan perasaan atau kesan yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi seperti

degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Terdapat dua jenis

emosi iaitu emosi positif dan emosi negatif.

Contoh emosi positif ialah gembira, seronok, bersemangat. Menurut Dr Mastura Badriz

yang merupakan Pensyarah Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak,

Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata gambaran emosi yang

terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berperanan sebagai satu cara komunikasi untuk

memberitahu dan menyatakan keperluan mereka. Wujudnya emosi dalam diri kanak-kanak

menunjukkan bahawa mereka cakna terhadap keadaan serta perubahan yang berlaku di

sekeliling mereka.

Tingkah laku boleh dibahagi kepada dua keadaan iaitu faktor luaran dimana kanak-

kanak menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka. Contohnya, ketawa. Seterusnya, faktor

dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkah laku emosi yang berubah-ubah

mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian orang sekeliling.

Menurut Lefrancois (2001), perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan tiga jenis

keupayaan iaitu emosi ditafsir, emosi diatur serta emosi dipapar.

13
Emosi ditafsir ialah keadaan di mana kanak-kanak yang memasuki usia dua tahun

mempamerkan beberapa tingkah laku yang menandakan mereka boleh memahami perasaan

orang lain dan sedar bahawa tingkah laku mereka juga boleh mempengaruhi perasaan orang

yang berada di sekeliling mereka. Sejajar dengan itu, ia akan berkembang apabila usia kanak-

kanak semakin bertambah.

Emosi diatur ialah keupayaan untuk mengawal emosi kanak-kanak dapat dilihat sejak

mereka masih kecil lagi. Contohnya, mereka akan mencari ibu atau ayah mereka jika mereka

takut akan sesuatu benda seperti bunyi guruh.

Menurut Saami (1999), kanak-kanak menggunakan dua peraturan untuk memaparkan

emosi iaitu peraturan pemaparan prososial dan peraturan pemaparan kendiri. Peraturan

pemaparan prososial menghasilkan tingkah laku yang diperlukan untuk menjalinkan hubungan

dengan orang lain. Peraturan pemaparan kendiri pula terhasil daripada keinginan seseorang

untuk tidak menerima kesan yang tidak diingini daripada sesuatu situasi.

Emosi gembira dapat membantu kanak-kanak untuk berfikir bagaimana cara untuk

melahirkan perasaan seronok serta menggalakkan mereka untuk bercakap mengenai sesuatu

yang mereka suka.

Emosi rasa syukur merupakan emosi yang perlu ada pada seseorang bermula dari

peringkat kanak-kanak supaya dia lebih menghargai dengan apa yang dia ada sama ada orang

sekelilingnya mahupun barang kepunyaannya. Hal ini supaya kanak-kanak itu akan membesar

menjadi seseorang yang mempunyai akhlak yang baik.

14
Di samping itu, emosi rasa bangga akan diperoleh ketika seseorang itu mendapatkan

apa yang dia sukar untuk diperoleh dan perkara itu tidak mudah untuk dapat, memerlukan kerja

keras, kerajinan serta usaha keras. Contohnya, kanak-kanak akan berasa bangga apabila dia

berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh emaknya seperti mewarna daun.

Seterusnya, berasa terhibur. Kanak-kanak mudah gelak apabila melihat sesuatu yang

lawak seperti main cak-cak dengan bapanya. Hal ini akan melahirkan banyak hormon positif

dalam diri kanak-kanak tersebut.

Sehubungan dengan itu, emosi rasa tenang juga kebiasaanya ada dalam diri kanak-

kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak tidak mempunyai masalah yang berat. Kanak-

kanak juga lebih memikirkan hal yang berkaitan dengan diri sendiri.

Tambahan pula, perasaan sayang. Kebiasaannya perasaan sayang yang ada dalam diri

kanak-kanak lebih menjurus kepada sayang akan ayah, mak, ahli keluarga serta kawan-

kawannya jika dia sudah masuk ke alam tadika.

4.2 EMOSI NEGATIF

Emosi negatif terbit apabila kanak-kanak merasakan sedih atau takut. Kanak-kanak sedih

apabila ibunya tidak memberikan perhatian terhadapnya. Emosi asas ini timbul kerana

keinginan tidak dipenuhi.

15
4.3 3 KEUPAYAAN EMOSI

1) Pentafsiran Awal

Bayi yang memasuki usia 2 tahun menunjukkan beberapa tingkah laku yang

menandakan mereka boleh memahami perasaan orang lain da sedar bahawa tingkah

laku mereka boleh mempengaruhi perasaan orang di sekeliling.

2) Pengaturan Emosi

Keupayaan mengawal emosi kanak-kanak dapat dilihat semenjak mereka masih bayi.

Sebagai contoh, menutup mata atau menghisap ibu jari jika berasa takut.

3) Pemaparan Emosi

Menurut Saami (1999), kanak-kanak menggunakan dua peraturan untuk memaparkan

emosi iaitu peraturan-peraturan :

i. Pemarapan prososial

Pemaparan prososial menghasilkan tingkah laku yang digunakan untuk

menjalinkan hubungan dengan orang lain.

ii. Pemaparan kendiri

Pemaparan kendiri iaitu tingkah laku yang mewakili peraturan perlindungan

kendiri yang terhasil daripada sesuatu situasi atau peristiwa. Kanak-kanak

mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua peraturan ini dalam

memaparkan tingkah laku emosi mereka. Kanak-kanak awal turut

terdedahkepada masalah emosi seperti kemurungan ( depression ) iaitu emosi

yang menunjukkan ciri-ciri emosi kesedihan dan keresahan iaitu emosi

ketakutan dan kebimbingan.

16
BAB 5

ASPEK PERSONALITI

Personaliti berasal dari perkataan Latin ‘persona’ yang bermaksud topeng muka. Tafsiran

kepada topeng muka adalah kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku baik dan

menyembunyikan yang buruk. ( Mohd. Salleh. 1999).

Michel (1981), menyatakan bahawa personaliti adalah susunan pola tingkah laku manusia

yang disesuaikan dalam situasi kehidupan mereka.

Gordon Allport (1961), menjelaskan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang

dinamik dalam jiwa seseorang. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku individu dan

penyesuaiannya dengan persekitaran.

Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri

seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain

atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri.

17
5.1 JENIS PERSONALITI

Menurut Carl Jung (1923), terdapat tiga (3) jenis personaliti iaitu :

Ekstrovet Individu yang memiliki sifat ini lebih kepada dunia luaran

berbanding dengan dunia dalamannya. Personaliti jenis ini lebih

kepada pergaulan , memberi perhatian dan bercampur dengan

orang lain.

Ciri-ciri individu ekstrovet ialah : peramah, tidak mudah risau,

berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, aktif, suka

bersosial, responsif terhadap persekitaran dan bertindak mengikut

impuls.

Kanak-kanak yang bersifat ini cenderung memiliki ramai kenalan

kerana mempunyai ciri-ciri di atas.

Introvet Lebih tertumpu kepada aspek dalaman. Introvet bermakna

mengambil berat terhadap diri sendiri. Mereka yang memiliki

ciri-ciri individu yang mempamerkan ciri yang pasif, pemalu,

sensitif, sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak dan bersedia

menanggung risiko. Mereka juga berupaya untuk meneliti dan

menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak memerlukan

rangsangan luaran. Mereka juga suka merancang perkara akan

datang.

18
Kanak-kanak ini lebih suka menyendiri dan melakukan segala

aktiviti secara sendirian tanpa rasa malu. Kanak-kanak ini juga

cenderung pasif jika berada di tempat ramai seperti sekolah.

Ambivet Individu ini memiliki ciri-ciri daripada kedua-dua jenis

personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. Mereka merupakan

gabungan kedua-dua jenis perkembangan personaliti. Sifat yang

mungkin ada ialah aktif, sensitif, optimistik dan gemar

berseorangan.

Kanak-kanak ini bertindak mengikut keadaan dimana apabila

mereka selesa dengan individu tertentu, mereka menunjukkan ciri

aktif dan optimistik. Manakala, mereka juga boleh menjadi pasif

dan menyendiri apabila keadaan tertentu.

Jadual 1

5.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI

1) Baka

Baka ibubapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan

emosi. Di samping itu, keadaan fizikal khasnya penyakit seperti cacat pendengaran

akan mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak ini

berkemungkinan besar akan memiliki ciri-ciri personaliti introvet bersifat pendiam

dan pemalu.

19
Kecerdasan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan dan perkembangan

personaliti.

Darjah kecerdasan tinggi = menonjolkan personaliti yang yakin, berani, berbudi bahasa.

2) Persekitaran

Sekolah adalah tempat bimbingan dan pembentukan personaliti. Ia juga sinonim

dengan tempat kanak-kanak meluangkan banyak masa. Maka, pihak pentadbir, guru

dan kaunselor memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti.

Sekiranya keadaan tidak selamat, kondusif, terancam, maka, ia akan menyumbang

kepada personaliti yang tidak stabil.

3) Keluarga

Keluarga yang dapat mewujudkan suasana mesra, kasih sayang, bertimbang rasa dan

sopan santun akan mempengaruhi perkembangan personaliti individu yang baik.

Ibubapa seharusnya memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain,

bercakap dan memilih apa yang dimiliki bagi membina keyakinan diri seterusnya

membantu perkembangan personaliti yang positif.

4) Sosiobudaya

Tanpa pendidikan asas dan agama yang kukuh, individu mudah terdedah dengan

budaya masyarakat yang negatif. Ia akan memberi kesan kepada sikap dan personaliti

individu. Gaya hidup bebas menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh yang

tidak sihat dan menjejaskan kehidupan individu.

20
BAB 6

ASPEK SOSIAL

Perkembangan sosial ialah hubungan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu

yang lain atau dalam sesuatu kelompok masyarakat. Hubungan sosial yang terjadi antara

mereka adalah sesuai dengan suasana sekitarnya dan norma masyarakat. Perkembangan sosial

ini juga melibatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting

seperti proses peniruan dan identifikasi, perkembangan kognitif sosial, persahabatan, aktiviti

bermain dan perhubungan dengan rakan sebaya.

6.1 TEORI ERIKSON

Teori Erikson mengatakan manusia dapat mengatasi kesulitan dari semasa ke semasa pada

peringkat tertentu. Kepercayaan yang diberikan memudahkan individu mengatasi masalah

dalam kehidupan. Selain itu, tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa diterima menyebabkan

dia merasa yakin. Dengan tahap keyakinan yang tinggi inilah, kanak-kanak dapat

meningkatkan perkembangan sosialnya. Malah, kanak-kanak juga perlu didorong untuk

mencuba sesuatu yang baru demi mencapai keperluan sosial ini.

Terdapat 8 peringkat perkembangan sosial ini iaitu :

Tahap 1 (0 - 18 bulan) Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan

Tahap 2 (18 bulan - 3 tahun) Autonomi lawan Malu dan ragu

21
Tahap 3 (3 - 6 tahun) Inisiatif lawan Rasa bersalah

Tahap 4 (6 - 12 tahun) Berdaya Saing lawan Rendah diri

Tahap 5 (12 - 18 tahun) Identiti lawan Kecelaruan identiti

Tahap 6 (18 - 35 tahun) Keintiman lawan Keterasingan

Tahap 7 (30 - 65 tahun) Kemurahan hati lawan Kebantutan

Tahap 8 (65 - akhir hayat) Ego yang berintegriti lawan Kehampaan

Jadual 2

Tahap 2 (18 bulan – 3 tahun) - Autonomi lawan Malu dan Ragu

• Konsep diri mula bertambah nyata

• Mula tahu apa yang dilakukan dan dikatakan merupakan tindakannya sendiri dan

bukan orang lain.

• Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat

• Lebih gemar melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri.

Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong oleh orang dewasa. Situasi ini

merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak

tersebut. Dorongan dan galakan ibubapa akan membantu kanak-kanak membina

perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan. Namun, kanak-kanak akan malu dan

wujud rasa ragu-ragu ke atas dirinya sekiranya ia sentiasa didenda atau dimarahi.

22
Tahap 3 ( 3 – 6 tahun) - Inisiatif lawan rasa bersalah )

• Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar ( wujud inisiatif )

• Dapat belajar dan bergerak dengan cepat

• Lebih peka kepada perkara betul dan salah

• Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif

• Jika sering dikawal dari mencuba – kanak-kanak akan berasa kurang inisiatif datang

dari dirinya.

Pada tahap ini, kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif

dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan

kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh

kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan

menimbulkan masalah kesan dari kawalan apabila memasuki alam persekolahan.

Tahap 4 (6 – 12 tahun) – Berdaya saing lawan rendah diri

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi

risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kanak-kanak yang berkembang dengan

baik pada peringkat ini akan menghasilkan sikap yang berdaya saing, terangsang dengan

kejayaan diri dan orang lain. Sebaliknya, jika di peringkat ini gagal, kanak-kanak akan mudah

merasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian dan kebolehan orang lain akibat dari merasa

diri kurang bernilai atau lebih tidak mampu dari orang lain. Tetapi kecemburuan dan iri hati itu

tidak menghidupkan sikap berdaya saing, malah cenderung untuk menimbulkan hasad dengki

atau rasa membenci diri.

23
BAB 7

KESIMPULAN

Perkembangan dan pertumbuhan telah dibincangkan sebagai perkembangan atau tahap

manusia bermula dari bayi sehingga kematian berdasarkan dari pelbagai aspek seperti fizikal,

kognitif, emosi, personaliti dan sosial.

Perkembangan adalah aspek perubahan yang bersifat kualitatif yang dialami oleh seseorang

kanak-kanak dan jelas berubah melalui peredaran masa. Manakala, pertumbuhan pula adalah

perubahan yang bersifat kuantitatif di mana terdapat beberapa perubahan aspek yang hanya

berlaku di sesuatu peringkat yang mampu diukur dan dialami oleh setiap kanak-kanak pada

peringkat tertentu secara umum.

Pertumbuhan dan perkembangan berlaku disebabkan oleh faktor yang memicu sesuatu

perubahan itu berlaku. Perkembangan ni berlaku secara berterusan yang membawa perubahan

yang menuju ke arah tertentu dan mencapai tempoh kematangan. Ia dipengaruhi oleh faktor

utama iaitu baka dan persekitaran.

Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu

mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Ia juga merentasi beberapa peringkat dan di

atasi dengan sebaik mungkin sebelum ke peringkat seterusnya. Malah, peranan orang di

sekeliling adalah penting dalam membantu proses kanak-kanak bertumbuh dan berkembang

24
dengan baik. Input yang positif diberikan akan menghasilkan output yang positif begitu pula

sebaliknya.

Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan

kanak-kanak, persekitaran yang positif amatlah penting untuk melahirkan insan yang

cemerlang, gemilang dan terbilang.

25
RUJUKAN

Aina, K. (2015, Julai 23). Perkembangan Fizikal Kanak-kanak. Retrieved from Slideshare:
https://www.slideshare.net/zashhh/perkembangan-fizikal-kanakkanak-50855952

Dion, Y. (2012, Februari 21). Pertumbuhan & Perkembangan. Retrieved from Slideshare:
https://www.slideshare.net/yunkzoddo/pertumbuhan-perkembangan

Hui, Z. (n.d.). Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak. Retrieved from Scribd:


https://www.scribd.com/doc/52851137/PERKEMBANGAN-DAN-PERTUMBUHAN-KANAK-
KANAK

Kump_10. (2010, April 11). Kanak-kanak Pertengahan dan Akhir. Retrieved from Blogspot.com:
http://kumpulansepuluh.blogspot.com/2010/04/pengenalan-dan-definisi-kanak-kanak.html

Tiong, R. (n.d.). Peringkat Perkembangan Fizikal Kanak-kanak. Retrieved from Scribd:


https://id.scribd.com/doc/211859177/Peringkat-Perkembangan-Fizikal-Kanak-kanak-pptx

Winona Katyusha, Dr. Nurul Fajriah Afiatunnisa. (n.d.). Mengenal 8 Emosi Positif. Retrieved from
Hellosehat.com: https://hellosehat.com/mental/emosi-positif-selain-perasaan-bahagia/

Wong, L. (n.d.). Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak. Retrieved from Scribd:


https://id.scribd.com/doc/134918007/Peringkat-Peringkat-Perkembangan-Kanak-kanak

26

Anda mungkin juga menyukai