Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENDAHULUAN

Kanak-kanak mempunyai perkembangan dan pertumbuhan yang bermula ketika


mereka masih kecil sehinggalah mereka besar dan menjadi tua. Proses
pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang
dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Pertumbuhan
berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga
hayat akhir.

2.0 PERKAITAN TEORI PERKEMBANGAN DENGAN PERBEZAAN INDIVIDU

Gesell (1949) menyatakan bahawa walaupun tidak ada individu yang benar-benar
serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut
susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Corak pertumbuhan dan
perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu.
Perbezaan individu ini wujud disebabkan oleh murid di kelas saya berasal dari latar
belakang keluarga yang berbeza. Hal ini mempengaruhi kadar perkembangan
murid-murid tersebut. Ini disebabkan oleh perkembangan dan pertumbuhan
seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor
persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh
ibu bapa kepada anak-anak.

3.0 PERBEZAAN INDIVIDU DARI ASPEK FIZIKAL

Faktor baka membawa kepada perbezaan fizikal,iaitu bentuk badan &tretpersonaliti


sama ada positif atau negatif. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata
dan lain-lain. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama
ada pandai atau tidak pandai. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama
terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga seperti suasana
rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga turut mempengaruhi
perkembangan murid di kelas saya.

Perkara ini dapat saya lihat kepada murid-murid tahun enam kelas saya yang terdiri
daripada 30 orang murid yang berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza-
beza. Murid di tahun enam merupakan kanak-kanak yang berusia 12 tahun. Oleh itu,
perkembangan dan pertumbuhan murid-murid di kelas saya berada pada peringkat
kanak-kanak iaitu individu yang berusia 6 hingga 12 tahun.
4.0 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN MURID DARI ASPEK KOGNITIF

4.1Teori Perkembangan dan Pertumbuhan Jean Piaget

Berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan


kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7
tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Oleh
itu, dapat saya simpulkan bahawa, murid- murid di kelas saya telah berada pada
peringkat operasi formal iaitu, murid-murid sudah boleh melakukan proses mental
ke atas idea–idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta.
Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan–bahan konkrit. Mereka sudah
boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Pada peringkat ini
juga, mereka sudah boleh mengkaji masalah–masalah abstrak secara sistematik
dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Pada peringkat ini,otot mata
sudah matang untuk membaca dan pendengaran bertambah tajam. Sel-sel otak
mereka juga telah mencapai 60% berat orang dewasa. Penyelarasan motor dan
kawalan tubuh badan kanak-kanak pada usia ini bertambah baik. Namun begitu,
setiap murid mempunyai aras kognitif yang berlainan yang berbeza dari segi
keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.

4.2 Perbezaan Individu

Perbezaan kognitif murid mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian


akademiknya. Setiap murid mempunyai tahap yang berbeza pada kecerdasan dan
keupayaan mental dalam kalangan kumpulan sebaya. Sebagai contoh terdapat dua
orang murid di dalam kelas saya yang mempunyai masalah pembelajaran. Kedua-
dua orang murid ini sering ketinggalan dalam pembelajaran berbanding kebanyakan
rakan kelas yang lain. Oleh itu, saya telah memastikan pembelajaran berkesan
kepada semua pelajar dengan mengenal pasti perbezaan dalam aspek kecerdasan
untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

5.0 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN MURID DARI ASPEK SOSIO


EMOSI

5.1 Teori Perkembangan dan Pertumbuhan Erik Erikson


Menurut teori Erik Erikson pula, pada peringkat ini, perkembangan sosio emosi
murid-murid saya berada pada peringkat daya usaha lawan rendah diri (6-12 tahun).
Pada peringkat ini, mereka sudah terlibat secara aktif dalam interaksi sosial dan
akan mula mewujudkan suatu perasaan bangga terhadap identiti dirinya.
Kemampuan akademik murid yang sudah memasuki alam persekolahan akan mulai
berkembang dan juga kemampuan sosial mereka untuk berinteraksi dengan orang
luar selain keluarga akan turut meningkat.

Sokongan dari ibu bapa dan guru akan melahirkan perasaan yakin serta percaya
diri, dan pencapaian sebelumnya akan memotivasi murid tersebut untuk mencapai
pengalaman baru. Sebaliknya kegagalan untuk mencapai kejayaan penting dan
kurangnya sokongan dari guru dan keluarga akan membuatkan sesorang itu menjadi
rendah diri, merasa tidak yakin dan tidak produktif.

5.2 Perbezaan Individu

Namun begitu, murid-murid juga mempunyai tahap emosi yang berlainan yang
merupakan perbezaan individu dari aspek afektif. Ini adalah kerana, tiada dua orang
individu yang mempunyai perasaan emosi yang sama pada suatu situasi yang
sama. Sebagai contoh, murid yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan
penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat
berbanding dengan pelajar yang datang dari keluarga yang mengalami penceraian.
Ini disebabkan oleh, keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-
kemahiran sosial yang berlainan akan mempengaruhi perkembangan sosio emosi
seseorang individu.

6.0 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN MURID DARI ASPEK MORAL

6.1 Teori Perkembangan dan Pertumbuhan Lawrence Kohlberg.

Dari aspek perkembangan moral pula, murid di kelas saya berada pada tahap
penaakulan moral konvensional berdasarkan teori Lawrence Kohlberg. Dalam tahap
ini, murid sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah
ditetapkan oleh ibu bapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat
iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial. Pada peringkat ini, ciri
utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali
dengan sifat alturistik. Murid pada tahap ini sudah mula rajin menolong guru supaya
mereka dianggap sebagai murid yang baik. Selain daripada itu, mereka sudah mula
akur kepada sistem sosial dan etika peraturan. Pada peringkat ini kita dapat lihat
dari segi penghormatan seseorang murid terhadap undang-undang sedia ada
seperti peraturan di dalam kelas dan sebagainya.

6.2 Perbezaan Individu

Kesihatan turut mempengaruhi tingkah laku dan moral seseorang individu. Sikap
keluarga dan kumpulan sosial kanak-kanak biasanya adalah lebih baik bagi kanak-
kanak yang sihat jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang sihat. Kanak-
kanak yang kurang bertenaga kerana sakit teruk akan bertingkahlaku malu,pendiam,
mudah marah,murung dan tidak bersosial. Sebagai contoh, terdapat seorang pelajar
di kelas saya yang menghidapi penyakit asthma. Hal ini menyebabkan murid
tersebut tidak dapat mengikuti dan tidak dapat menumpukan perhatian yang penuh
terhadap pembelajaran mereka di dalam kelas.Murid tersebut juga kurang bergaul
dengan rakan sebaya yang lain. Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan
pencapaian akademik murid tersebut. Oleh sebab itu, saya sentiasa memberikan
motivasi dan peneguhan positif kepada murid tersebut supaya beliau sentiasa
bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam pembelajarannya.

Selain itu, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza turut


mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-budaya dan tingkah
laku moral mereka. Hal ini kerana, saya melihat wujudnya perpezaan individu dari
aspek sosio-budaya di kalangan murid-murid di dalam kelas. Ini disebabkan oleh,
murid di kelas saya terdiri daripada beberapa etnik dan pegangan agama.
Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah
laku manusia. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan
akan melahirkan murid yang mempunyai tingkah laku yang lebih baik.

7.0 PENUTUP

Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak bukan sahaja hanya tertumpu


kepada perkembangan dan pertumbuhan fizikal sahaja, tetapi kepada tahap mental
mereka juga. Perbezaan individu yang wujud di kalangan murid-murid ini sudah
tentu akan mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Sebagai seorang guru,
adalah penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya
perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek
budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Demi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan
mengenali setiap jenis murid di dalam kelas. Impaknya murid dapat mencapai
kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Konsep kendiri merujuk kepada kesepaduan antara idea, perasaan dan sikap yang
dipercayai oleh seseorang terhadap dirinya. Konsep kendiri juga boleh membawa
maksud satu cara kita melihat dan menerangkan personality diri kita sendiri. Konsep
kendiri biasanya dibahagikan kepada dua, iaitu konsep kendiri positif dan konsep
kendiri negatif. Kajian menunjukkan konsep kendiri mempunyai hubungan dengan
prestasi akademik.

Untuk membantu membina konsep kendiri yang positif di kalangan murid, guru boleh
membantu murid membina identiti jaya. Dalam membina identiti jaya, guru harus
menonjolkan kekuatan sesorang murid bukan menonjolkan kelemahannya . Hal ini
akan memudahkan guru membina identiti jaya di kalangan murid dengan
menonjolkan kekuatan dan mengenali potensi seseorang. Sebagai contoh,
pengetahuan mengenai kecerdasan pelbagai membolehkan guru membantu pelajar
cemerlang dalam ruang dan kecerdasan yang dimiliki. Sesorang murid itu mungkin
kurang bagus dalam subjek Sains, tetapi hebat dari segi bermain kerana memiliki
kecerdasan kinestetik yan tinggi. Dengan pemupukan dan bimbingan yang betul,
sudah tentu pelajar akan dapat membina konsep kendiri yang positif kerana dia
percaya dirinya turut memiliki kekuatan-kekuatan tertentu setanding dengan orang
lain. Amalan membanding-banding pencapaian antara pelajar walaupun bertujuan
baik ada kalanya boleh menimbulkan kesan negatif yang membentuk konsep
kendiri yang negatif. Oleh itu, penting bagi guru untuk membantu pelajar membina
konsep kendiri yang positif kerana konsep kendiri yang positif mempunyai hubungan
dengan prestasi akademik dan aspek-aspek lain dalam kehidupan.

Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan terapi imageri untuk membina
imej positif. Khususnya bagi pelajar yang konsep kendirinya negatif, misalnya
menganggap dirinya lemah, tidak berdaya atau dipulaukan boleh dibantu melalui
terapi seperti ini. Pelajar yang merasa tidak berdaya boleh diminta mengimejkan diri
dengan imej yang gagah, berkeupayaan dan berkeyakinan. Kajian menunjukkan
terapi seumpama ini menyumbang kepada pembinaan konsep kendiri.

Aktiviti main peranan atau simulasi juga dapat membantu guru dalam usaha
memupuk peronaliti dan konsep kendiri yang postif di kalangan murid-murid. Melalui
aktiviti ini pelajar dengan konsep kendiri yang negatif boleh diberikan peranan atau
watak yang sesuai untuk menjadikan dirinya lebih positif. Khususnya bagi murid di
peringkat rendah, pemberian peranan atau watak sebagai polis atau hakim boleh
membantu meningkatkan konsep kendiri.

Guru juga berperanan sebaagai pemberi khidmat bimbingan dan kaunseling.


Kaunseling bertujuan membantu seseorang mengenali diri dan dunianya. Dengan
cara ini seseorang itu dapat mengenali kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya
meningkatkan kemahiran mereka berinteraksi dengan keadaan di sekeliling
Penerapan nilai murni dan konsep redha merupakan salah satu elemen penting
yang perlu ada dalam setiap individu .Konsep redha penting dalam mewujudkan
penerimaan terhadap diri. Hal ini akan menyebabkan murid akan melihat dan
percaya setiap sesuatu yng berlaku sudah tentu ada hikmahnya.

Dalam membantu membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif, guru perlu
menunjukkan penghargaan kepada murid atas usahanya dan pencapaiannya
secara jujur dan membantu pelajar membina matmat yang jelas, realistik dan boleh
dicapai supaya pelajar tahu keinginan yang mereka mahukan. Guru juga boleh
mewujudkan kelompok sokongan seperti buddy support untuk membolehkan pelajar
saling membantu dan tidak memperlekeh kelemahan orang lain.Selain itu, guru perlu
membina personal kualiti seperti yang ditegaskan oleh Rogers iaitu, penerimaan
tanpa syarat, tulen, empati, tidak melabel, mesra dan nilai-nilai murni yang lain.

Anda mungkin juga menyukai