Anda di halaman 1dari 1

IMPLIKASI MODEL SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Model ini mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid bekerjasama untuk
menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberi dan juga merupakan peniruan tingkah laku seseorang
dan diaplikasikan dalam kehidupan. Model sosial juga melatih pelajar agar berkebolehan menyusun
maklumat serta merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, model
ini juga membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam
memperjelas dan mengembangkan idea-idea.

Penggunaan model ini di dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberi peluang kepada
murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini Oleh itu, guru akan
menunjukkan tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Antara
aktiviti dalam kelas yang berkait dengan model sosial ini ialah aktiviti main peranan dan simulasi.
Rentetan itu, pelajar akan meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh
watak-watak dalam main peranan dan simulasi . Guru boleh mengajar nilai murni dan watak
bersejarah dengan menggunakan teknik ini.

Guru juga akan menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton di televisyen dan
filem yang tidak sesuai ditonton oleh mereka bagi memastikan mereka dapat meniru perkara-
perkara yang positif untuk diterapkan dalam diri. Selain daripada itu, melalui model pengajaran
model sosial ini juga, guru dapat menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling
boleh berlaku.

Model sosial ini juga akan membuatkan murid-murid dapat belajar dengan lebih
mendalam lagi melalui kerja kumpulan yang bersifat koperatif ini. Murid-murid dapat belajar
bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping
memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul. Para pelajar dapat berbincang di antara
satu sama lain bagi menjana idea untuk lebih memantapkan lagi perbincangan mereka.

Disamping itu juga, murid-murid akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang
kondusif. Sekiranya wujud semangat persaingan di antara murid-murid mereka akan lebih berusaha
dengan gigih untuk membuktikan kebolehan masing-masing. Pola interaktif yang positif ini akan
membawa kepada peningkatan murid-murid daripada aspek akademik, sikap dan konsep kendiri.

Anda mungkin juga menyukai