Anda di halaman 1dari 86

MODEL-MODEL PENGAJARAN

Hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah untuk meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan proses pembelajaran (terjemahan). ~Joyce, B. & Weil, M. 2003~

APAKAH ITU MODEL PENGAJARAN ?


Boleh dikatakan sebagai satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja, dsb. Diubahsuai agar selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran.

EMPAT MODEL PENGAJARAN


1. 2. 3. 4. MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT MODEL BEHAVIORAL MODEL SOSIAL MODEL PERSONAL

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT


Memberi fokus kepada naluri semula jadi untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik & berurutan; (i) kepekaan terhadap masalah yang timbul (ii) pemerolehan & penyusunan maklumat (iii) penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai (iv) pengembangan konsep yang berkenaan

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT


Justeru model-model ini membekalkan muridmurid dengan maklumat dan konsep (Bruner, Goodnow & Austin) Terdapat juga model-model yang menjana pemikiran kreatif. Berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat ke arah pencapaian matlamat pendidikan peribadi dan sosial.

Pengajaran Konsep
Direkabentuk untuk meningkatkan kecekapan murid-murid kita mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep. Menunjukkan cara-cara persembahan maklumat yang berkesan dan cara penyampaian dan penjelasan konsep yang berkesan. Antara cara-caranya ialah inkuiri dan ekspositori.

INKUIRI
Murid-murid akan dilibatkan dalam proses penaakulan bagi mengasahkan kemahirankemahiran menyoal & membuat kesimpulan, serta membina dan seterusnya menguji konsep dan hipotesis (contohnya dalam Sains). Murid-murid akan dibantu serta dibimbing untuk mengumpul & menganalisis data, menyemak hipotesis & teori, kemudian membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

EKSPOSITORI
Kaedah ekspositori semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Ia tidak menggalakkan mereka untuk memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Hanya memastikan bahawa mereka mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari. Boleh menjejaskan perhatian dan motivasi muridmurid, kerana penyampaian ilmu secara langsung sahaja. Penyampaian kandungan pengajaran perlu diubah supaya menjadi lebih mencabar & menarik.

MODEL SISTEM BEHAVIORAL


Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike & Watson dan rakan-rakan juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial atau modifikasi tingkah laku. Menurut model ini, kita mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklumbalas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. Contohnya kita sedang menaiki anak tangga dalam gelap. Kita akan mengambil masa dan teragak-agak.

MODEL SISTEM BEHAVIORAL


Lama-kelamaan kita akan dapat jangkakan sehingga kita berasa selesa menaiki tangga tadi. Model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan dsb. Antaranya ialah Pengajaran Langsung dan Pembelajaran Masteri

Pengajaran Langsung
Satu strategi yang berarahkan guru menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran secara langsung agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar

Pembelajaran Masteri
Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid secara individu melalui bahan atau resos pengajaran yang sesuai. Murid-murid dapat belajar mengikut kadar masingmasing. Murid-murid diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Jika murid masih belum menguasai mana-mana unit pengajaran, murid akan diberi peluang untuk mengulangi unit berkenaan. Andaian bahawa setiap murid berupaya untuk menguasai kemahiran-kemahiran penting.

MODEL SOSIAL
Tingkah laku koperatif boleh merangsangkan murid-murid secara sosial dan intelek. Guru hendaklah menggalakkan interaksi sosial bagi mencapai matlamat tersebut. Apabila m/m bekerjasama dalam menyiapkan satu tugasan, mereka akan lebih berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif yang dikenali sbg sinergi. Antara model-model sosial ialah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.

Pembelajaran Koperatif
Berfokuskan terhadap perkembangan konsep & kemahiran melalui kerja berkumpulan. Di samping meningkatkan kemahiran sosial & perpaduan antara ahli kumpulan, pembelajaran koperatif juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik & harga diri murid-murid. Murid-murid belajar bersama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran di samping memikirkan cara penyelesaian masalah.

Main Peranan
Main peranan membantu murid-murid untuk memahami tingkah laku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, & cara-cara bagi menyelesaikan masalah dengan berkesan. Membantu murid-murid mengumpul serta mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, mengembangkan sifat-sifat empati terhadap orang lain, & menambahbaikkan kemahiran sosial mereka. Dalam main peranan, murid-murid dikehendaki memainkan peranan watak-watak, menyebabkan mereka akan lebih peka terhdapa masalah sosial yang timbul.

Simulasi
Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis & latihan khusus sehingga murid menguasai kemahiran tersebut. Simulasi dibentuk berasaskan perihalan mengenai situasi sebenar. Murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai matlamat pengajaran & hasil pembelajaran. Simulasi membantu murid-murid kita untuk melihat perwakilan objek yang sebenar. Cthnya; Murid didedahkan untuk melihat sendiri kandungan dalaman katak sebelum melakukan pembedahan.

MODEL PERSONAL
Model ini berpegang kepada unsur keperibadian individu. Model ini cuba membentuk pendidikan agar membolehkan kita lebih memahami diri, bertanggungjawab atas pendidikan seterusnya mencapai tahap perkembangan yang melebihi tahap maksimum ke arah hidup yang tinggi. Model ini menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi peningkatan kesedaran kendiri.

MODEL PERSONAL
Model ini boleh digunakan untuk mengubahsuai persekitaran pembelajaran murid. Dengan meningkatkan kualiti peribadi serta perasaan mereka dan mewujudkan satu suasana pengajaran & pembelajaran berasaskan komunikasi yang berkesan. Model-model tersebut berfokuskan kepada konsepkonsep yang diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri, arah kendiri yang positif & sifat berdikari; kreativiti dan sifat tahu & perkembangan domain afektif & emosi. Antara model-model ini ialah; Pengajaran fasilitatif, Peningkatan kesedaran kendiri, dan Synectics.

Pengajaran fasilitatif
Kaedah yang dipelopori oleh Rogers dan berpusatkan murid.

Peningkatan Kesedaran
Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi masing-masing.

Synectics
Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti. Model ini direkabentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan & bidangbidang yang lain. Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedurprosedur tertentu secara individu & kumpulan koperatif. Melalui sumbangsaran, murid-murid akan menjadi lebih kreatif & bebas daripada kongkongan pemikiran bersifat rigid.

Synectics
Murid akan memperoleh satu kerangka pemikiran dan perspektif yang baru. Dapat memupuk rapo dan kemesraan antara satu sama lain serta menggalakkan penglibatan yang aktif.

IMPLIKASI MODEL-MODEL PENGAJARAN TERHADAP P & P


Guru pemulaan memperoleh koleksi atau himpunan model sekurang-kurangnya satu model daripada setiap kumpulan model sebagai panduan. Guru yang berpengalaman digalakkan untuk memperoleh model-model tambahan. Guru disyorkan menggabungkan model-model daripada kumpulan yang berlainan dalam sesi P&P, untuk mendapatkan kesan pembelajaran yang berlainan.

IMPLIKASI MODEL-MODEL PENGAJARAN TERHADAP P & P


Guru-guru yang berkesan perlu menguasai beberapa model dan berusaha untuk mengasah yang sedia ada dan menambahkan yang baru kepada senarai lama sepanjang tempoh profesion keguruan. Model-model daripada kempat-empat kumpulan model hendaklah digabungkan agar dapat meningkatkan kesan model-model ini (~Bruce, Weil & Calhoun~)

Model Pemprosesan Maklumat

Pengajaran Konsep Inkuiri Ekspositori

Pengalaman Langsung Model Sistem Behavioral


Model-Model Pengajaran Model Sosial Pembelajaran Masteri Pembelajaran Koperatif

Main Peranan dan Simulasi

Model Personal

Synectics

TAJUK SETERUSNYA

PENDEKATAN MENGAJAR
KONSEP PENDEKATAN KESEPADUAN INDUKTIF DEDUKTIF EKLEKTIF TEMATIK

KONSEP PENDEKATAN
Merujuk kepada cara mendekati sesuatu, cthnya objektif pelajaran yang ditentukan utk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Dengan kata lain, ia merujuk kepada cara bagaimana sst mata pelajaran diajarkan utk mencapai objektifnya.

KESEPADUAN
Bermaksud bersatu,bercantum atau bersama,bukan terpisah,berasingan atau tercerai. Dalam KBSR & KBSM konsep kesepaduan digunakan dalam penggunaan strategi penggabungjalinan dan penyerapan dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran.

PENGGABUNGJALINAN
Satu proses penyampaian beberapa kemahiran dalam sesuatu pelajaran. Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan menjalankan berbagai-bagai jenis aktiviti pembelajaran seperti membaca,menulis,melabel, mengarang,bercerita,berlakon dsb.

SAMBUNGAN.
Dalam kebanyakan aktiviti pembelajaran KBSR/KBSM penekanan lebih diberikan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas iaitu menggabungjalinkan kemahiran mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh dalam sesuatu waktu pelajaran bahasa/mata pelajaran lain.

Membaca

Menulis

Lisan

Mendengar

Penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam proses pengajaran dan Pembelajaran.

PENERAPAN
Merupakan proses mengintergrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.Cthnya KBSR Tahap I, unsur-unsur isi kandungan mata pelajaran Sains & Kajian Tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. Tahap II,unsur-unsur isi kandungan drpd mata pelajaran Geografi,Sejarah, Kesihatan, & Pend. Moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains & Kajian Tempatan. Penerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran lain seperti nilai cintakan negara & patriotisme.

PENDEKATAN INDUKTIF
Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Guru memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus. Murid dibimbing,memikir,mengkaji,mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Sambungan..
Dlm pendekatan ini, guru boleh mengemukakan beberapa soalan yang khusus diikuti dengan aktiviti soal jawab utk membimbing murid-murid memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh. Guru hanya membuat kesimpulan daripada contohcontoh khusus yang dikemukakan. Sesuai digunakan utk pengajaran Matematik,Sains & Bahasa. Kaedah inkuiri-penemuan adalah sesuai digunakan berlandaskan pendekatan ini.

Proses pengajaran-pembelajaran melalui kaedah induktif.


Mentafsir & Membuat generalisasi

Contoh-contoh khusus

Memerhati & Mengkaji

Ikan emas, Udang,sotong, Kerang, berudu

Bernafas melalui insang

Haiwan hidup di dalam air mempunyai insang untuk bernafas

Prinsip-Prinsip Penggunaan Pendekatan induktif.


Guru menyediakan contoh-contoh yg sesuai yg boleh membantu murid membuat rumusan Soalan-soalan disediakan utk membimbing murid mendapat kesimpulan. Guru tidak harus memberi penerangan @ menghuraikan isi pelajaran yg berkaitan dgn kesimpulan Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab utk mendapat kesimpulan sendiri. Alat bantu mengajar harus disediakan utk membantu murid mendapatkan kesimpulan yg berkenaan. Kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat,daripada contoh-contoh spesifik kepada kesimpulan umum.

PENDEKATAN DEDUKTIF
Suatu pendekatan mengajar yang bermula drpd sesuatu atau beberap rumus,prinsip,hukum,teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contohcontoh khusus. Juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus,prinsip,hukum,teorem atau peraturan yang telah diketahui. Merupakan kaedah yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperoleh kefahaman yang mendalam & pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus,prinsip,hukum,teorem atau peraturan yang telah dipelajari untuk menyelasaikan masalah.

Jenis Pendekatan Deduktif


Biasa digunakan sebagai strategi pengajaran & pembelajaran; i. Penyelesaian Masalah ii.Membentuk generalisasi baru iii.Membukti hipotesis

PRINSIP PENGAJARAN DEDUKTIF


Masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid dibimbing mengingat kembali generalisasi,prinsip atau teori yg membolehkan mereka menyelesaikan masalah. Proses menyelesaikan masalah tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi,prinsip atau teori yg telah dipelajari. Guru tidak perlu ,menjalankan cara menyelesaikan masalah tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

Prosedur penggunaan pendekatan deduktif

Pendedahan Masalah atau hipotesis

Pemilihan generalisasi, prinsip atau teori yang telah diketahui

Menyelesaikan masalah atau mem buktikan hipotesis

PENDEKATAN EKLEKTIF
Satu pendekatan yang menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran seperti menggabungkan pendekatan induktif & deduktif. Dalam pengajaran bahasa asing, guru cenderung menggunakan kedua dua kaedah iaitu kaedah langsung (direct method) dan kaedah tak langsung (indirect method). Bagaimanapun, kecenderungan menggunakan salah satu kaedah (direct/indirect) akan mendatangkan masalah (sukar & tidak menyenangkan) dalam pengajaran. Dalam hal ini, memerlukan kaedah yang lain selain daripada kaedah (direct/indirect).

Prinsip-prinsip Menggunakan Pendekatan Eklektik


Memudahkan guru & pelajar dan guru harus berkeupayaan menggunakan pendekatan ini Guru hendaklah berpuashati terhadap kemajuan pelajar. Seimbang dalam aktiviti lisan dan penulisan (memudahkan guru memberi tumpuan kepada aspek yang dikehendaki). Harus mengatasi masalah kefasihan dan ketepatan. (aspek bahasa) Memperbanyak jumlah dan kadar pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Penilaian hendaklah sebahagian daripada kaedah pengajaran. Ulangkaji secara berterusan Kepelbagaian jenis soalan Harus menggambarkan sikap sebagai pengguna bahasa dan berkebolehan mempelajari/menerima bahasa-bahasa yang baru. Merangsang pelajar untuk mengucapkan sesuatu serta membekalkan idea-idea bagi tujuan pengucapan dalam bahasa asing.

Pendekatan induktif

Pendekatan elektif
Pendekatan kesepaduan Pendekatan deduktif

PENDEKATAN TEMATIK
Digunakan dalam kebanyakan program pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah. Setiap isi pengajaran akan merujuk kepada tema yang terkandung di dalam kurikulum. Cthnya keluarga saya, binatang peliharaan. Pelbagai aktiviti dan bahan bersesuaian dirancang agar mencabar minda kanak2 untuk meneroka pelbagai budaya dlm msykt

STRATEGI PENGAJARAN
1. Merujuk kpd kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah & teknik dalam satu2 pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yg telah ditentukan (Mok Soon Sang, 2004).

Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluan dlm setaip Kaedah/teknik mengajar

Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah/teknik mengajar yg sesuai dipilih Pengagihan masa/langkah utk setiap kaedah/teknik mengajar yg tlh disusun

Penyusunan kaedah/teknik mengajar mengikut prinsip/teori pembelajaran

Pemilihan kaedah/teknik mengengajar

Objektif pelajaran

Guru main peranan utama

Komunikasi sehala
Interaksi murid pasif

Pengajaran utamakan pencapaian akademik

Guru bersifat autokratik Penyebaran ilmu diutamakan Drp penyuburan nilai murni/emosi

Teknik mengajar lebih kpd hafalan

Komunikasi dua hala Murid main peranan utama Murid berpeluang tunjukan daya kreativiti/berinisiatif Kepimpinan guru bersifat demokratik

Ujian formatif ditekankan Interaksi aktif antara muird

Perkembangan murid menyeluruh


Pengajaran utamakan pencapaian objektif pemebelajaran murid

Pengajaran guru kpd pengajaran bermakna/ menarik/berkesan

Komunikasi/interaksi guru/murid berlaku antara bahan pengajaran/pembelajaran

Bahan pelajaran main peranan utama

Menentingkan aktiviti bermakna melalui pengalaman sebenar

Strategi P & P kpd kecekapan/ kemahiran penggunaan bahan pelajaran

Melibatkan segala gerakerja yang dijalankan oleh guru/murid Murid2 akan belajar dgn lebih berkesan/seronok melalui praktik

Pendekatan aktiviti dilakukan melalui bimbingan guru


Contoh2 aktiviti adalah seperti aktiviti menulis/membaca/ mengira/bermain/berbincang/ membuat model/melukis/ penyelesaian masalah/menyanyi

PENDEKATAN MENGAJAR
Pendekatan mengajar bermakna cara mendekati sesuatu, iaitu cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya (Mok Soon Sang, 2004)

Konkrit - abstrak Mudah - kompleks Keseluruhan - bahagian Umum - spesifik

Spesifik - umum
Dekat - jauh Diketahui belum diketahui

Penggabungjalinan kemahiran & penyerapan

Aktiviti P & P adalah pelbagai/ cara yg menarik

Pendekatan kesepaduan

Organisasi kemahiran2 adalah fleksibel

Antara banyak kemahiran, satu kemahiran menjadi fokus/ utama

KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Belajar melalui bermain Main Peranan Sumbang saran Tematik Bersepadu Bercerita Perbincangan

8.Tunjuk cara (demonstrasi) 9.Penyelesaian Masalah 10.Pembelajaran Masteri

BELAJAR SAMBIL MAIN


4 jenis mainan dalam pembelajaran a) Berbentuk manupulatif b) Berbentuk fizikal c) Berbentuk drama d) Permainan (games)

a) Berbentuk Manupulatif
Alatan mainan seperti puzzles (kad cantuman,kayu pembilang,dsb) digunakan sebagai bahan. Pelajar akan mencapai objektif permainan secara langsung dengan cara bermain dengan alatan tersebut.

b) Berbentuk fizikal
Melibatkan penggunaan tenaga fizikal seperti berlari, melompat, dsb. Aktiviti ini diharapkan dapat menambahkan kemahiran fizikal dan membantu pelajar menggunakan kemahiran tersebut dalam situasi yang baru. Ada unsur drama/lakonan digunakan dan guru boleh menambahkan aktiviti fizikal yang lebih mencabar ataupun menyelitkan unsur sosial.

c) Bentuk Drama/Lakonan
Memerlukan pelajar menghayati dan melakonkan watak dalam cerita. Cerita boleh dipilih daripada peristiwa/kehidupan sebenar. Mewujudkan sudut drama/boneka bagi membolehkan murid memainkan peranan watak-watak yang diceritakan. Guru perlu menyediakan settingbagi membolehkan murid-murid berlakon.

d) Permainan (games)
Terdapat berbagai-bagai jenis permainan (sahibba, catur, ular dan tangga,congkak). Dibina dengan menyediakan set peraturanperaturan yang perlu dipatuhi. Murid-murid akan dibimbing mengenai strategi-strategi permainan. Guru memberi panduan jika murid-murid kurang faham terhadap perundangan dalam permainan.

Main P eranan
Merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti lakonan hendaklah berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Biasanya direka oleh guru. Objektif ringkas lakonan akan dihuraikan kepada murid-murid yang terlibat. Melalui aktiviti main peranan, murid-murid dapat memperkukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih untuk berfikir secara spontan.

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah

Guru menerangkan peranan watak-watak dalam situasi yang diingini Guru memilih murid-murid menjadi pelakon-pelakon

Murid-murid berdasarkan watak-watak,memainkan peranan mereka sambil menunjukkan cara penyelesaiannya

Guru berbincang dengan murid-murid prestasi-prestasi Pelakon dan cara menyelesaikan masalah

Guru membimbing murid-murid membuat rumusan LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN MAIN PERANAN

Sumbangsaran
Kadang kala dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Satu kaedah penyelesaian masalah yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat & idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Pelapor akan mencatat hasil-hasil perbincangan dan membentangkannya di depan kelas. Guru akan membimbing murid membuat keputusan/rumusan yang kemudian direkodkan.

1. 2. 3. 4. 5.

Contoh-contoh soalan untuk sesi sumbangsaran; Apakah... Di manakah... Bagaimanakah... Siapakah... Apakah...

Tujuan Sumbangsaran
Murid-murid dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang lojik dan analitis. Memupuk semangat kerjasama berkongsi maklumat antara murid. Melatih murid supaya menguasai kemahiran lisan. Melatih murid supaya berusaha menyelesaikan masalah penting bersama-sama.

PENGAJARAN TEMATIK
Tema bermaksud idea yang besar bermakna pengajaran disampaikan melalui satu idea yang besar, cthnya seperti sistem,putaran-putaran,benda hidup/bukan hidup,kehidupan, dsbnya. Satu-satu tema hendaklah dipecahkan kepada komponen-komponen yang kecil. Dalam setiap komponen,terdapat lagi topik-topik kecil yang boleh dibincangkan lagi.

Putaran air
matahari hujan sejatan transpirasi Ke sungai Penyerapan air ke dalam tanah Air bawah tanah sejatan laut Matahari memanas kan laut awan

Dalam tema ini (putaran air), terdapat beberapa komponen seperti hujan,air bawah tanah,sejatan,transpirasi & pemeluwapan. Guru menjelaskan bagaimana hujan terjadi, maksud-maksud atau proses-proses yang berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses tersebut.

BERSEPADU
Kaedah ini menyatukan kemahiran pemikiran induktif, deduktif, serta isi kandungan. Direkabentuk untuk membantu pelajar memahami secara mendalam tentang pengetahuan dan dalam masa yang masa mengamalkan aras pemikiran tinggi mengenai setiap maklumat yang dipelajari. Terdapat lima langkah utama dalam perkaedahan; a) Menghuraikan b) Membandingkan c) Menerangkan d) Membina hipotesis e) Membuat generalisasi.

Tujuan Perkaedahan Bersepadu


Mendidik murid berdikari, boleh menyelesaikan masalah secara sendiri seterusnya melibatkan murid belajar dengan secara langsung. Membantu murid memahami & menghargai bahawa pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah saling berkaitan & sangat menarik. Menghuraikan proses pembelajaran yang memberi penekanan terhadap nilai-nilai sosial serta menggalakkan pelajar bekerja sama antara satu sama lain (pembelajaran koperatif).

Bercerita
Cerita ialah jalinan atau susunan mengenai kejadian atau hal-hal yang berlaku sama ada betul-betul berlaku yang diada-adakan. Ia ada permulaan dan ada kesudahan. Bercerita pula merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa.

Tujuan Bercerita
Memotivasikan murid-murid untuk belajar. Menarik perhatian murid-murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Boleh memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid-murid. Murid-murid dapat belajar dalam suatu suasana yang seronok. Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni. Pembelajaran yang berlaku melalui cerita lebih kekal dan diingati lebih lama.

Cara penyampaian cerita


1. Menggunakan boneka Alat yang menarik kerana tangan dan kakinya boleh digerak-gerakkan. 2. Bercerita tanpa menggunakan boneka Guru duduk atau berdiri di hadapan murid untuk bercerita dengan bantuan kad-kad gambar. 3. Bercerita terus dari buku Guru duduk dekat dengan murid sambil memegang buku dan bercerita. Nada suara hendaklah sesuai agar cerita yang disampaikan lebih menarik.

Perbincangan
Merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan murid di dalam kelas, atau sejenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah seliaan seorang guru. Murid berpeluang mengemukakan idea-idea mereka dan bertukar-tukar pendapat.

Guru biasanya mengemukakan topik perbincangan dan soalan-soalan yang berkaitan dengan sesuatu topik. Guru hanya memberi panduan dan bimbingan sahaja. Terdapat 2 jenis bentuk perbincangan;

i) Perbincangan keseluruhan kelas, biasanya diketuai & diarahkan oleh guru. ii) Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil,biasanya diketuai oleh murid.

Tujuan Perbincangan
1. Menggalakkan perkembangan mental murid secara kritis,analitis & kreatif. 2. Menggalakkan murid berkongsi pendapat. 3. Menggalakkan sifat membaca untuk mencari maklumat. 4. Memupuk semangat bekerjasama dan menerima pandangan orang lain. 5. Memperoleh kemahiran berbincang.

Jenis-jenis perbincangan
Perbahasan Seminar Forum Wawancara Dialog

Tunjukcara/demonstrasi
Merupakan satu kaedah pengajaran iaitu seseorang individu membuat sesuatu di hadapan individuindividu lain untuk menunjukkan cara sesuatu perbuatan itu dilakukan. Menggunakan bentuk komunikasi pendengaran serta penglihatan. Sesuai untuk pengajaran Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Menjalankan eksperimen, penggunaan alatan muzik,PJK & amalan-amalan bersuci dan tertib sembahyang dalam P. Islam.

Kebaikan-Kebaikan Tunjuk Cara


Murid dapat melihat dan mendengar perkara yang berlaku. Idea,prinsip,dan konsep dapat diilustrasikan. Dapat mengekalkan perhatian murid Murid dapat menjalankan tunjuk cara dan dapat membentuk kemahiran serta sikapsikap yang berkaitan.

PENYELESAIAN MASALAH
Merupakan cara pengajaran yang berdasarkan penyiasatan yang saintifik. Inkuiri atau penemuan dan sumbangsaran Rujuk Theory of Constraints (TOC) oleh M.Goldratt
Mengenal pasti Masalah (constraints) Menilai & Membuat Rumusan

Putuskan b/m Konst boleh atasi

Selaraskan usaha

Atasi Konstraint

PENYELESAIAN MASALAH

PEMBELAJARAN MASTERI
Memerlukan pengajaran di luar waktu biasa. Rancangan Keller (1968), memerlukan pelajar menduduki ujian setelah menerima satu siri pelajaran. Setiap pelajar yang gagal mencapai satu tahap pencapaian yang ditetapkan akan dibantu oleh pelajar lain yang telah mencapai tahap penguasaan (mastery level) atau dibenar untuk belajar sehingga pelajar itu lulus ujian tersebut.

Terdapat sesetengah sekolah memperuntukkan masa untuk pendidikan pemulihan pada waktu persekolahan yang biasa. Salah satu unsur pembelajaran masteri ialah menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar-pelajar yang belum mencapai aras pencapaian yang ditetapkan. Strategi pengajaran hendaklah berbeza daripada yang pertama. Pelajar yang telah mencapai tahap penguasaan akan diberi aktiviti pengayaan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KAEDAH & TEKNIK

Faktor Guru Mempunyai kemahiran memilih & menggunakan kaedah. Faktor Murid Tahap pencapaian/kognitif Faktor Bahan Kesesuaian dan kebolehgunaan bahan Strategi Pengajaran & Pembelajaran.

SEKIAN En Awang Razali b Awg Karim JIP , IPGK TAR

Anda mungkin juga menyukai