Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN SEMESTER MAY 2016

KOD KURSUS
NAMA KURSUS

EEM 422
KAEDAH

&

STRATEGI

MENGAJAR

PENDIDIKAN MORAL
PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MUHAMMAD B MOHD NOOR

NO. MATRIK

E 30209130028

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

ENCIK AMINUDDIN BIN MAMAT

PUSAT PEMBELAJARAN

KOTA BHARU, KELANTAN.

BAHAGIAN A

Baca artikel Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya oleh Kalaiselvi Ettikan,
Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf.
BAHAGIAN A
Baca artikel Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya oleh Kalaiselvi Ettikan,
Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan konsep Guru Cemerlang pada tahun
1994 sebagai satu laluan kenaikan pangkat sebagai ganjaran kepada guru yang pakar dalam
sesuatu mata pelajaran. Ini adalah untuk mengelak guru-guru yang berdedikasi ini ditukarkan ke
jawatan pentadbiran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Dengan cara ini, guru-guru yang
bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus
dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang yang dilantik ini adalah berdasarkan kepada beberapa aspek
kecemerlangan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu aspek peribadi,
pengetahuan dan kemahiran, hasil kerja, komunikasi, potensi dan sumbangan kepada kemajuan
pendidikan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).
Guru-guru yang memohon jawatan guru cemerlang juga perlu mempunyai pengalaman
mengajar melebihi lima tahun dan mengajar mata pelajaran kepakarannya bagi tiga tahun
terakhir berturut-turut sebelum membuat permohonan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).
Ini bermakna walaupun guru tersebut tidak mempunyai pengkhususan dalam mata dalam bidang
yang diajar, juga layak memohon jawatan guru cemerlang. Dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral, terdapat seramai lima puluh orang guru cemerlang. Keadaan ini membangkitkan pelbagai
persoalan. Adakah pengetahuan kandungan bagi guru Pendidikan Moral tidak penting? Sejauh
mana guru cemerlang Pendidikan Moral Walaupun perlantikan guru cemerlang telah melalui
beberapa proses saringan untuk tujuan melantik mereka yang betul-betul pakar dan cemerlang
namun terdapat isu yang tidak diingini timbul. Menurut Rahim (2013), terdapat isu yang
menyatakan bahawa guru cemerlang yang dipantau di sekolah kurang menyerlah dan tidak
terdapat perbezaan dengan guru biasa di sekolah. Pelbagai persoalan timbul akibat daripada hasil

pemantauan ini. Adakah guru cemerlang Pendidikan Moral tergolong dalam kumpulan ini?
Apakah tahap kecemerlangan dan kepakaran guru cemerlang Pendidikan Moral? Oleh itu kertas
konsep ini adalah penting kerana memberi ruang untuk perbincangan mengenai isu ini. Justeru,
sebelum menjawab persoalan yang diutarakan, adalah penting untuk melihat apakah yang perlu
dikuasai oleh guru cemerlang Pendidikan Moral.
Sorotan kajian ini berdasarkan kepada kajian-kajian lepas serta teori yang berkaitan
dengan pengetahuan kandungan. Menurut Shulman (1987), pengetahuan kandungan merupakan
pengetahuan asas sesuatu mata pelajaran yang diperlukan oleh seorang guru dan merupakan
elemen paling penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang hanya mempunyai asas
pengetahuan tetapi tidak menguasainya tidak mungkin dapat mengajar dengan berkesan
(Grossman, Hammerness, & McDonald, 2009). Ini bermakna guru yang memiliki pengetahuan
dalam bidangnya, perlu mahir dalam penyampaian kepada murid supaya pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan berlaku. Kemahiran menyampaikan pengetahuan berlaku apabila
guru faham dan menguasai pengetahuan kandungan mata pelajaran yang diajar.
Menurut Aroff dan Chang (1994) adalah tidak wajar sekiranya guru yang tidak
mempunyai asas pengetahuan dalam Pendidikan Moral mengajar murid.Guru yang betulbetul memahami dan menguasai setiap konsep dalam Pendidikan Moral akan dapat
penyampaian isi pelajaran dengan berkesan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada guru yang mengajar dan murid yang mempelajari suatu mata
pelajaran. Oleh hal yang demikian, penguasaaan pengetahuan kandungan guru cemerlang
Pendidikan Moral adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pembelajaran
murid di dalam kelas (Solis, 2009). Satu kajian telah dijalankan oleh Rahman (2007)
untuk melihat pengetahuan kandungan dan pedagogi guru . Kajian berbentuk kualitatif ini
menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kajian diperolehi melalui temubual, senarai
semak serta analisis dokumen. Responden kajian terdiri daripada tiga orang guru
berpengalaman Pendidikan Moral di sebuah sekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan
guru-guru kurang mempunyai pengetahuan dalam konsep-konsep moral, nilai, dan isi
pelajaran.
Hasil pembelajaran juga kurang selaras dengan Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Moral Tingkatan Empat. Guru berpengalaman ini didapati keliru antara nilai
dan tajuk pengajaran yang mempengaruhi isi pelajaran dan hasil pembelajaran. Hanya

pendekatan pemupukan nilai serta teknik pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru
digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengajaran guru lebih
berpusatkan kepada persediaan menjawab soalan dalam peperiksaan dan kurang memberi
penekanan kepada dimensi moral secara seimbang. Impak kepada masalah penguasaan
guru dalam isi kandungan bukan sahaja mengganggu proses pengajaran dan apatah lagi
sebagai seorang guru cemerlang. Ini kerana guru yang menguasai isi kandungan mata
pelajaran membantu meningkatkan kefahaman murid dalam topik yang diajar (Shadreck
& Isaac, 2012). Ada pandangan yang menyatakan bahawa guru yang mempunyai
pengkhususan suatu mata pelajaran lebih menguasai isi kandungan mata pelajaran dengan
baik. Namun dapatan kajian Mahamod dan Nor (2012) menunjukkan bahawa guru
Bahasa Iban yang tidak mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran yang diajar
menguasai isi kandungan dengan lebih baik berbanding guru yang mempunyai
pengkhususan dalam mata pelajaran yang diajar. Ini adalah kerana guru yang mengajar
Bahasa Iban adalah berasal daripada kaum Iban itu sendiri. Guru-guru ini telah pun
mempunyai pengalaman awal dalam menggunakan bahasanya sendiri yang dapat
membantu ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dapatan Mahamod dan Nor (2012) bercanggah dengan dapatan Rahman (2007) di mana
guru yang mempunyai pengkhususan (minor) dalam mata pelajaran Pendidikan Moral belum lagi
menguasai isi kandungan dengan baik.Kepelbagaian latar belakang guru mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Sugarman, 1973). Keadaan ini

akan

mempengaruhi hasil pembelajaran Pendidikan Moral dan matlamat yang diharapkan tidak
mungkin dapat dicapai. Oleh hal yang demikian, pengkhususan adalah perlu bagi guru yang
mengajar Pendidikan Moral. Melalui pengkhususan, guru-guru akan didedahkan mengenai
pembelajaran tetapi juga memberi kesan terhadap pencapaian murid (Mahamod & Nor, 2012). I
Penguasaan pengetahuan kandungan adalah amat penting kepada guru Pendidikan Moral. Ini
kerana konsep-konsep yang difahami tidak akan diajar secara langsung kepada muridnya.
Konsep-konsep ini akan diterapkan secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya guru memahami setiap konsep dan fungsinya, pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi mudah kerana guru tahu tujuan setiap pengajaran. Ini akan memudahkan cara
penyampaian guru kepada bentuk yang mudah difahami oleh murid. Susunan pengajaran

menjadi teratur dan kaedah pengajaran lebih berpusatkan murid menyebabkan murid memahami
tujuan pengajaran (Zakaria, 2011).
Menurut (Shulman, 1987) hanya menguasai pengetahuan kandungan, seorang guru
mungkin tidak dapat menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Guru perlu menguasai
strategi pengajaran kerana di dalam satu kelas terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan latar belakang. Apabila wujud murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dalam satu kelas, murid-murid ini mempunyai harapan yang berbeza daripada guru
yang mengajar. Halim, Abdullah, dan Meerah (2013) mendapati bahawa murid yang
berpencapaian tinggi menaruh harapan yang tinggi daripada guru. Murid-murid ini
mengharapkan guru bersedia dengan sepenuhnya sebelum memulakan pengajaran di dalam
kelas. Persediaan guru termasuklah persediaan mengenai mata pelajaran yang diajar, isi
kandungan yang akan disampaikan, penggunaan alat bahan bantu mengajar dengan mengambil
kira karekteristik murid yang akan diajar. Walaupun murid berpencapaian rendah mempunyai
harapan yang rendah daripada gurunya, namun guru perlu mempunyai pengetahuan dalam
pelbagai dimensi supaya guru ini dapat mengolah isi pelajarannya bagi menarik minat murid
sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, pengetahuan
kandungan guru memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Walaupun kajian yang mengkaji elemen
pengetahuan kandungan guru Pendidikan Moral kurang tetapi pelbagai kajian telah dijalankan
dalam bidang lain seperti bidang Sains, Matematik dan Bahasa. Chantaranima dan Yuenyong
(2014) telah menjalankan satu kajian terhadap guru pakar Fizik di sebuah sekolah di Thailand
untuk mengkaji elemen pengetahuan kandungan dan pedagogi guru pakar. Kajian berbentuk
kualitatif dilakukan dengan menemubual dan pemerhatian di dalam kelas sewaktu guru pakar
mengajar. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan kandungan dan pedagogi guru pakar
membolehkan murid membina pemahaman terhadap mata pelajaran sains dan pengetahuan
mereka dalam konteks sosial. Kepelbagaian aktiviti yang dijalankan sewaktu pengajaran dan
pembelajaran dapat mengekalkan minat belajar murid.
Satu kajian telah dilakukan terhadap penuntut universiti oleh Jang (2011) untuk menilai
pengetahuan kandungan dan pedagogi enam pensyarah dari pelbagai pengkhususan melalui
persepsi penuntut universiti. Kajian ini telah menggunakan teori pengetahuan asas guru yang
dipelopori oleh Shulman. Jang telah membina instrumen sendiri untuk mendapatkan data kajian.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa dua daripada enam pensyarah mempunyai tahap
pengetahuan kandungan dan pedagogi yang baik. Manakala pengetahuan kandungan dan
pedagogi bagi empat pensyarah memerlukan penambahbaikan dari segi mengetahui pengetahuan
lepas murid, pendekatan pengajaran, penggunaan pedagogi dan penilaian pengajaran yang terlalu
sukar. Dapatan kajian ini menunjukkan, walaupun responden kajian terdiri daripada pensyarah
berpengalaman namun pengetahuan kandungan dan pedagogi mereka masih memerlukan
penambahbaikan.
Zakaria, Yaakob,Maat, & Adnan (2010) telah menjalankan satu kajian terhadap 250
murid matrikulasi di Malaysia. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk melihat pengetahuan
konseptual matematik pensyarah dan hubungannya dengan pencapaian murid. Kajian berbentuk
kuantitatif ini menggunakan ujian pengetahuan konseptual untuk diedarkan kepada responden.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan konseptual matematik murid aliran
akaun adalah rendah berbanding dengan murid aliran sains. Namun begitu, dapatan kajian
menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara pengetahuan konseptual
matematik dengan pencapaian akademik murid. Ini menunjukkan pengetahuan konsep yang
dimiliki oleh guru mempengaruhi secara langsung pengetahuan konsep murid. Pengetahuan
konsep murid sangat penting dalam menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah.
Selain itu, guru cemerlang yang menguasai pengetahuan kandungan juga dipercayai mampu
menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang komited di dalam
kelas dapat menunjukkan pencapaian yang positif kerana memahami apa yang disampaikan oleh
gurunya (Hashim, 2013). Pemahaman murid boleh diketahui melalui sesi soal jawab yang
dilakukan di dalam kelas oleh guru dan muridnya. Namun apa yang berlaku hari ini di dalam
kelas Pendidikan Moral adalah, situasi di mana guru mengenalkan suatu topik atau nilai, diikuti
dengan perbincangan dalam satu kumpulan kecil dan diakhiri dengan pembentangan oleh ahli
kumpulan tersebut berdasarkan catatan atas kertas mahjong dengan ringkas dan tergesa-gesa
tanpa sebarang persoalan dan perbincangan yang bermakna di dalam kelas (Hashim, 2013).
Aktiviti diadakan untuk mengisi masa kelas. Situasi ini menunjukkan kelemahan guru yang tidak
menguasai isi pelajarannya dan kurangnya pengetahuan kandungan yang menyebabkan guru
tidak membuat perbincangan lanjut dengan muridnya.
Sugarman (1973) menyataka salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan moral murid
adalah pengetahuan guru dalam Pendidikan Moral. Pengetahuan yang diperolehi ketika program

perguruan serta pengalamannya memainkan peranan dalam perkembangan moral murid yang
boleh diukur melalui tingkah laku murid. Perkembangan moral bermaksud apabila seorang murid
menghadapi suatu situasi, murid tersebut dapat berfikir, mempunyai perasaan serta bertindak
bagi menyelesaikan situasi yang dihadapinya. Perkembangan moral adalah penting kerana dapat
menggalakkan murid membuat tindakan yang rasional.
Berdasarkan sorotan kajian di atas, dapat dirumuskan bahawa guru cemerlang Pendidikan
Moral harus menguasai pengetahuan kandungan. Guru yang menguasai pengetahuan kandungan
mampu mengolah isi pelajarannya kepada bentuk yang mudah difahami oleh murid yang terdiri
daripada pelbagai kebolehan. Penguasaan guru dalam pengetahuan kandungan adalah amat
penting dalam kesemua fasa pengajaran dan pembelajaran dari menyediakan rancangan
pengajaran sebelum mengajar hinggalah membuat refleksi diri selepas pengajaran.
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini adalah tentang guru yang
mengajar Pendidikan Moral perlulah memahami, menguasai dan mengolah isi pelajaran ke pada
bentuk-bentuk yang lebih mudah difahami.
Begitu juga dengan perlantikan guru cemerlang yang melalui pelbagai proses saringan
turut dipersoalkan kerana semasa dipantau di sekolah ianya kurang menyerlah dan sama seperti
guru biasa yang lain.
Oleh itu, guru seharusnya menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajar. Guru yang
memiliki pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajar dapat mengolah isi
dengan baik, menyusun pengajaran dengan sempurna dan paling penting murid dapat aplikasikan
apa yang diajar dalam kehidupan seharian. Ini menunjukkan pengajaran berkesan telah
dilakukan.
Hari ini kebanyakan di sekolah kebangsaan, guru yang mengajar Pendidikan Moral
bukanlah guru opsyen. Keadaan ini akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah dan matlamat yang diharapkan tidak mungkin dapat dicapai.

BAHAGIAN B
PENDIDIKAN MORAL : KEPENTINGAN KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR
DI SEKOLAH.
PENDIDIKAN MORAL
Pengenalan
Pendidikan Moral sudah lama dijalankan di sekolah-sekolah secara langsung dan tidak langsung, di
mana secara langsung ianya di ajar dalam mata pelajaran seperti agama dan etika.
Bagaimanapun Pendidikan Moral pada masa dulu tidaklah seko mpleks sekarang
kerana pada masa dulu Pendidikan Moral hanya diberi penekanan dari segi pembentukan nilai
serta perwatakan yang baik di kalangan pelajar sekolah oleh pihaksekolah. Dalam konteks
masyarakat yang sedang berubah Pendidik an Moral dilihatsebagai satu program
formal dan tidak formal yang bertujuan menerapkan nilai-nilai kema nusiaan selaras
dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka boleh menyumbang sepenuhnya untuk
kebaikan masyarakat dan negara.
Nilai-nilai

baik

seperti

kebersihan

diajar

dalam

mata

pelajaran

kesihatan,manakala nilai-nilai kasih sayang, kerjasama dan sebagainya diajar melalui Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.Nilai patriotisme dan cinta akan negara diajar melalui mata
pelajaran sivik
Dalam melaksanakan pendidikan moral secara lebih berkesan, beberapa
kaedah pengajaran yang menarik telah dikenalpasti dan dijalankan oleh guru-guru
agar murid lebih memahami dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kaedah
merupakan satu perancangan

aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dengan

teratur dan sistematik. Kaedah perlu dibuat dalam bentuk

langkah demi langkah

yang tersusun dan sesuai untuk mencapai dan memenuhi objektif pembelajaran.
Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dan boleh memenuhi objektif dan objektif
dan keperluan pembelajaran murid.
Antara kaedah pengajaran yang dikenalpasti boleh meningkatkan kebolehan
murid ialah kaedah simulasi. Kaedah simulasi atau main peranan adalah suatu

situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk
yang lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa
tanggungjawab antaranya, memilih satu masalah yang melibatkan minat atau
pandangan yang berlawanan. Guru perlu memastikan unsur-unsur utama masalah
atau isu terkandung dalam simulasi. Seterusnya guru perlu mengenalpasti konsepkonsep yang terlibat dalam masalah serta guru berperanan menentukan langkahlangkah yang perlu diambil semasa simulasi. Ini termasuklah bagaimana tingkahlaku
murid, peranan yang dimainkan oleh murid, serta peraturan yang mempengaruhi
tingkah laku murid.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara main peranan
individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan
oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi tentang hasil bagaimana pekerja-pekerja
kebun

sayur

keseluruhannya
seharian.Simulasi

menggunakan
simualsi
juga

pelbagai

peralatan

Berjaya

jika

akan

digunakan

semasa

melibatkan

bersama-sama

dengan

bekerja.

Secara

situasi

kehidupan

kaedah

buku

tks

,perbincangan dan penyoalan.


Kaedah kedua yang turut digunakan dalam pengajaran pendidikan moral ialah
kaedah bermain. Permainan merupakan satu aktiviti yang paling diminati dana mat
sesuai untuk perkembangan murid. Guru-guru boleh mengadakan perbincangan
selepas aktiviti bermain. Kaedah ini memberi peluang kepada murid membina
kemahiran jasmani, keyakinan diri dan merangsang sifat kepimpinan.
Aktiviti bermain sebenarnya dapat merangsang interaksi social secara positif
dengan guru dan rakan sebaya.Kaedah bermain dapat merangsang interaksi social
dan dapat menambah keyakinan diri serta mengurangkan kebosanan dalam
pembelajaran.Bermain

sebenarnya

mampu

bertindak

sebagai

alat

pemulihan,

pengukuhan dan penggayaan. Permainan juga dapat memperkembangkan kekuatan


fizikal, koordinasi dan ketangkasan.

Selain itu, permainan juga dapatmembentuk

perkembangan tumpuan seseorang murid serta minat untuk menjelajahi dan


mencipta idea.
Kaedah yang ketiga pula ialah kaedah bercerita. Bercerita merupakan sautu
teknik yang boleh menarik minat murid. Biasanya murid akan lebih cepat

menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran


dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai cerita berunsur moral boleh
didapati dengan mudah di dada akhbar, majalah, internet dan lisan. Bercerita boleh
merangsang minda dan menimbulkan minat murid jika guru melaksanakannya secara
berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral dapat dcungkil daripada cerita-cerita
yang mengandungi unsur moral. Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk
menyampaikan sesuatu mesej. Cerita yang baik harus mempunyai permulaan,
perkembangan dan penutup. Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang
baik daan harus dicontohi. Antara perkara yang harus ditekankan oelh guru dalam
kaedah bercerita ialah cerita harus sesuai dengan tahap kanak-kanak.. Jalan cerita
yang

menarik

serta

kadangkala

berbantukan

gambar

atau

video

klip

atau

bonekadalam menunjukkan sesuatu jalan cerita. Biasanya murid-murid dapat


mengambil iktibar atau mendapat pengajaran dari cerita yang disampaikan. Dari
segi suara guru, intonasi dan sebutan yang jelas serta nada tinggi rendah dapat
menarik perhatian murid untuk mendengar cerit ahingga tamat.
Dalam pengajaran dan pembelajaran moral, kadah bercerita merupakan
kaedah yang paling popular digunakan di dalam bilik darjah dalam kebanyakkan
pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Guru dapat

menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita tersebut .Antara cerita
yang mempunyai pengajaran moral seperti Anjing dengan baayng-bayang, Monyet
yang tamak, Pengembala dan serigala dan banyak lagi. Kadangkala, guru boleh
meminta murid-murid menceritakan kisah-kisah benar yang pernah mereka dengar
atau pernah mereka sendiri alami. Dalam apa jua keadaan dan suasana yang pernah
mereka alamiatau dengar.

Selepas sesuatu cerita diperdengar atau disampaikan,

perlu diingatnilai-nilai moral diakhir aktiviti bercerita perlu dibincang dan dihayati
oleh murid.
Seterusnya kaedah yang digunakan oleh guru ialah kaedah nyanyian.
Nyanyian meruapakn salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat disukai
oleh kanak-kkkanak pelbagai peringkat umur terutamanya murid sekolah rendah.
Teknik nyanyian sebenarnya amatmenghiburkan murid dan dapat mengurangkan

tekanan. Kaedah nyanyian boleh digunakan sebagai set induksi dalam penyampaian
sesuatu isi pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup.
Kaedah lakonan pula satu kaedah yang memerlukan seseorang itu memainkan
peranan semasa melakonkan watak sesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara
spontan atau membaca skrip yang telah disediakan oleh guru. Lakonan sebenarnya
dapat

menghidupkan

pengajaran

Pendidikan

Moral

dan

merupakan

suatu

kuasanmenarik yang mengekalkan minat murid terhadap sesuatu subjek. Terdapat


empat jenis lakonan iaitu lakonan spontan. , lakonan berskrip, lakonan mimos
dimana murid hanya menggunakan mimic muka dan lakon tanpa suara serta lakonan
menggunakan pelbagai boneka.

Lakonan

tanpa skrip atau

lakonan

spontan

memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk membawa sesuatu watak.


Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai yang ada dalam cerita.
Kemudian murid kaitkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian.
Kaedah yang lain yang turut digunakan ialah kaedah perbincangan. Kaedah
ini dapat menggalakkan murid untuk berbincang secara dua hala.

Disamping itu

juga,melalui kaedah perbincangan ini memberi peluang kepada semua murid untuk
mengutarakan pendapat, saranan dan pandangan yang bersesuaian. Secara tidak
langsung, ia melatih murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kelebihan
kaedah ini ialah guru hanya berperanan sebagai pemudah cara manakala murid akan
berasa lebih dihargai kerana diberi peluang.
Kaedah ini mempunyai kelebihannya dari segi

penglibatan murid dimana

murid dapat melibatkan diri dalam kumpulan Murid juga perlu memainkan peranan
yang aktif dalam mengulas, menganalisis dan memberi idea mengenai sesuatu isu
yang dibincangkan. Guru pula berperanan

untuk mengagihkan murid kedalam

kumpulan berdasarkan kebolehan murid.


Strategi
yang

merupakan susunan pendekatan dan kaedah atau langkah-langkah

diambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan dalam pengajaran untuk

mencapai objektif. Pemilihan dan pelaksanaan strategi yang tepat dan bersesuaian
akan mampu melancarkan proses pembelajaran dan mencapai objektif dengan lebih
berkesan. Strategi pengajaran yang bersesuaian akan ddapat menarik minat murid
terhadap pembelajaran.

Dalam pengajaran pendidikan moral, secara amnya terdapat tiga strategi


utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu strategi berpusatkan guru,
strategi berpusatkan murid dan strategi berpusatkan bahan.
Strategi utama iaitu strategi berpusatkan guru, Strategi pemusatan guru ini
berlaku dimana guru memainkan peranan dalam menguasai aktiviti pembelajaran.
Strategi ini sesuai untuk murid tahap satu amnya tahun 1 dan 2 khususnya. Pelajar
itahun 1 dan 2 selalunya mempunyai pengetahuan yang agak terhad dan memerlukan
bimbingan dari guru. Guru perlulah menjelaskan konsep dan isi pelajaran kepada
murid.
Strategi berpusatkan murid pula melibatkan murid secara aktif

dalam

pembelajaran. Murid-murid dan guru perlulah bersama-sama memainkan peranan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat-sifat bersosial yang positif juga
boleh diterapkan dalam aktiviti kumpulan seperti tolong menolong, hormat
menghormati dan bekerjasama dalam kumpulan serta lebih bertimbang rasa.
Strategi yang ketiga pula ialah strategi berpusatkan bahan.
Strategi ini sebenarnya banyak menekankan kepada penggunaan bahan-bahan bantu
mengajar seperti gambar, atau carta, model, slaid dan televisyen. Penggunaan bahan
boleh menarik perhatian dan tumpuan murid-murid terhadap pengajaran guru dan
mampu membantu murid memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan lebih
mudah, cepat dan bermakna.

BAHAGIAN C
1.0 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran :

Pendidikan Moral

Tahun

5 Sedar 1

Tarikh

8 Ogos 2016

Masa

8.45-9.45 pagi

Bil. Murid

20 orang

Bidang pembelajaran: 4. Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Alam Sekitar


Nilai

: 4.2 Menyayangi alam sekitar

Tema

: Sumber alam sumber berharga

Tajuk

: Sumber alam digunakan sebaik mungkin


Amalan bersederhana dalam penggunaan sumber-sumber alam yang

I.

bernilai :
Projek mengurangkan sisa, mengguna dan mengitar semula sisa

Isu/ Situasi:
Hasil Pembelajaran:

Fikir Dahulu Sebelum Buang


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid

akan dapat;
1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua cara penggunaan sumber
alam dengan betul.
2. Menghuraikan sekurang-kurangnya dua kesan kepupusan sumber
alam dengan jelas.
3. Menyatakan reaksi dan perasaan mereka terhadap tindakan
membazirkan penggunaan sumber alam.
4. Menghasilkan satu bekas meletak alat tulis dengan menggunakan
botol minuman.

Pengetahuan Sedia Ada

Murid selalu makan atau minum

daripada makanan yang

dibungkus atau ditinkan.

Pendekatan

Pemupukan Nilai

Bantu Mengajar:
Buku teks ms 92 -95, Buku Latihan, Komputer/ LCD, Gambar hasil
kraftangan, jambangan bunga, tin/botol minuman, gam dan gunting
Kemahiran Generik

Langkah
P&P/
masa

Set
Induksi
(5 minit)

KBKK (membanding-beza), KMD

Isi Pelajaran

Lagu `Hijau Zainal


Abidin.

Aktiviti P&P

Guru meminta
murid untuk
memberi
perhatian
terhadap lagu
yang di
perdengarkan
menerusi
youtube.
Guru
memaparkan
seni kata lagu
di layar putih.

Catatan
(Kaedah/
teknik,
ABM, Nilai,
ICT, KBKK,
KMD)
Sumbangsar
an
- Nyanyian
- Youtube
Hijau
Zainal
Abidin.
- Cintai dan
hargai alam
sekitar.

Langkah 1
(15 minit)

Fikir Dahulu
Sebelum Buang

Murid diminta
menyanyi lagu
`Hijau
bersamasama.

Murid diminta
memberi
maksud
beberapa
perkataan
dalam seni
kata lagu.

Guru
mengaitkan
jawapan murid
dengan tajuk.

- Cara penggunaan
sumber alam.
- Kesan kepupusan
sumber alam

Guru meminta
murid untuk
memberikan
perhatian
kepada video
klip mengenai
kitar semula di
layar putih.

Guru dan
murid
berbincang
mengenai
video klip yang
dipaparkan.

Murid diminta
merujuk buku
teks m.s 92-93

Murid
membaca
petikan.

Perbincangan
kelas.
- Buku teks
m.s 92-93
- Menjana
idea

Langkah 2
(10 minit)

Fikir Dahulu
Sebelum Buang
Betul
- Kongsi kereta
- Menggunakan
kenderaan
awam
- Menutup dapur
gas
selepas memasak
- Menutup pili
selepas
mencuci kereta
Salah
- Membiarkan air
melimpah
- Membuang
sampah merata.

Guru dan
murid
berbincang
berdasarkan
soalan dalam
buku teks.

Murid diminta
Menyenaraikan
cara
penggunaan
sumber alam
dan kesan
kepupusan
sumber alam.

Murid
berbincang
secara
berpasangan
tentang
penggunaan
sumber alam
yang betul
atau salah.

Perbincangan
dan
pembentang
an.
- Rasional

- Buku teks
m.s 92-93
Mengisi borang - `GO
Banding
`GO.
Beza
- KMD
(perasaan)
Meluahkan
perasaan
terhadap
tindakan
seseorang
yang
membazirkan
sumber alam.

Langkah 3
(20 minit)

Langkah 4
(5 minit)

Menghasilkan
bekas alat tulis
dengan
menggunakan tin
atau botol
minuman terpakai/
terbuang.

Murid diminta
bersedia untuk
melakukan
projek.

Guru
memaparkan
contoh hasil
kraftangan
yang telah
siap.

Guru
menunjukkan
cara membuat
bekas alat
tulis.

Murid
melakukan
aktiviti.

Guru meminta
murid
mempamerkan
hasil masingmasing.

Pengukuhan

Murid diminta
menjawab
soalan latihan
dengan
menandakan
(
) pada
ruang yang
betul.

Demonstrasi
Projek
- Komputer/
LCD
- Kreativiti

- Latihan
bertulis
-Buku teks
m.s 95)
- Buku
Latihan
- Yakin

Penutup
(5 minit)

Rumusan

Murid diminta
menyanyikan
semula `Hijau
.

Dua orang
murid diminta
membuat
kesimpulan
pembelajaran
hari ini.

Guru meminta
murid
membawa tin
botol minuman
ke sekolah
untuk projek
seterusnya.

- Nyanyian
Komputer/LC
D
- Cintai dan
hargai alam
sekitar.

Anda mungkin juga menyukai