Anda di halaman 1dari 67

PERBANDINGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA DI ANTARA TATABAHASA

DEWAN DENGAN LINGUISTIK AM.


Oleh
Sakinah Othman, Norzalina Baharuddin, Rozita Hamid & Muhamad Nazri Hussin

1.0

PENGENALAN

Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep
atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu (Nik Safiah
1989: 239).
Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau
kejadian baru yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian (1995;
24) turut menjelaskan bahawa kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila
penutur mencipta kata baru untuk menamai objek yang tidak wujud sebelumnya
yang terhasil daripada perubahan teknologi.
Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti
pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim, peluasan makna, penterjemahan
dan peminjaman (Amat Juhari 1985). Menurut Sager (1996), pembentukan kata
dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau morfem yang benar- benar baru.
Malah, menurut Umar (1987), tidak ada pembentukan kata baru sama sekali jika
pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan
kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada
unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini
terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk
tujuan tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan
meluaskan maknanya.
Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa
bahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan mudah difahami
oleh penggunanya. Oleh itu bahasa dapat diekplotasikan untuk mewujudkan gaya
dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, bahasa mestilah tepat, lengkap,
tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur
jati yang ideal.
2.0

DEFINISI PEMBENTUKAN KATA

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang
bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa
bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat
dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang
bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsurunsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan
morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

3.0.

PERBANDINGAN

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara
membentuk perkataan ini sebagai pembentukan katamanakala Abdullah Hassan di
dalam Linguistik Am (2007), menyebutnya sebagai menerbitkan perkataan.
Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tentang
proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu
Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara
membentuk perkataannya iaitu:
i)

Bentuk kata tunggal.

ii)

Bentuk kata terbitan.

iii)

Bentuk kata majmuk

iv)

Bentuk kata ganda.

Mengikut buku Linguisti Am (2007), pula Abdullah Hassan menyenaraikan tiga


kaedah menerbitkan kata iaitu:
i)
ii)
iii)
3.1

Pengimbuhan.
Penggandaan
Pemajmukan
Bentuk Kata Tunggal

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang
tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan
perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula
dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:
i)

Kata tunggal satu suku kata.

ii)

Kata tunggal dua suku kata

iii)

Kata tunggal tiga suku kata.

iv)

Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan
seperti ini, itu, sini dan sana. Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa
Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat
dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu suku kata
atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja
atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan.
Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di

hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).
3.1.1

Kata tunggal satu suku kata.

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada
antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab
dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi
perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu. Tetapi
perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata.
3.1.2

Kata tunggal dua suku kata.

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua
suku kata. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti aku, aur,
angka, indah, tua, kuih, guru, bakul, bangsa dan bintang.
3.1.3

Kata tunggal tiga suku kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan
kata tunggal dua suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya
agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata
pinjaman. Contohnya, tuala, ziarah, idea, deria, azali, istana, sutera, jendela, akaun
dan gelombang.
3.1.4

Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan
lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya
ialah keluarga, bijaksana, mandalika, dinihari, kapitalis, universiti dan maharajalela.
Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata
akronim boleh ditulis dengan cara:
i)
ii)
iii)

Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata ABIM


Gabungan suku kata dengan huruf awal atau dengan suku kata Mara
Gabungan suku kata dengan suku kata tabika

Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata
akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk
kata mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Tetapi, pembentukkannya agak
longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini
tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk
perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak
menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku
Linguistik Am.
3.2

Bentuk Kata Terbitan / Pengimbuhan

Di dalan buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata
terbitan ialah bentuk perkataaan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu
proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan
bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem
terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima
imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar.
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu
harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan
kepada kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat
jenis iaitu :
i)

Kata terbitan berawalan (hadir sebelum kata dasar).

Awalan kata nama.

Awalan kata kerja

Awalan kata adjektif

ii)

Kata terbitan berakhiran (hadir sesudah kata dasar).

Akhiran kata nama

Akhiran kata kerja

iii)

Kata terbitan berapitan (hadir secara mengapit kata dasar).

Apitan kata nama

Apitan kata kerja

Apitan kata adjektif

iv)

Kata terbitan bersisipan (hadir dicelah kata dasar).

Kata nama

Kata adjektif

Kata kerja

Manakala Abdullah Hassan (2007), menyebut kata terbitan sebagai pengimbuhan.


Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan
mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang
menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau
terikat atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan
pemajmukan. Imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat
berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu.
Imbuhan terdiri daripada :

i)
ii)

Awalan (dicantumkan pada pangkal kata dasar)


Akhiran (dicantumkan pada akhir kata dasar)

iii)

Sisipan (disisip selepas konsonan pertama kata dasar)

iv)

Apitan (dicantum pada pangkal dan akhir kata dasar serentak)

Oleh itu, kita dapat melihat persamaan pendapat antara buku Tatabahasa Dewan
dengan buku Linguistik Am dalam membentuk perkataan yang dihasilkan melalui
proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar
walaupun dari segi istilahnya berbeza kerana Nik Safiah menyebut kata terbitan
manakala Abdullah Hassan menyebut pengimbuhan. Tetapi hakikatnya, proses yang
berlaku adalah sama.
3.3

Bentuk Kata Majmuk / Pemajmukan

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang


merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu
bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi
malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti yang.
Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata
hubung dan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga
kelompok iaitu:
i)
ii)
iii)

Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaikata kata bebas.


Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.
Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.

Selain itu, terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya
sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata
tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap
dieja bercantum sebagai satu perkataan. Contohnya, antarabangsa.
Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang
tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum.
Contohnya, peribadi, barangkali dan sukacita. Penggandaan kata majmuk
melibatkan penggandaan unsure pertama sahaja. Contohnya, alat- alat tulis. Satu
kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap.
Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya, warganegarawarganegara. Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan
kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;
i)
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau
akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya, campur aduk - bercampur
aduk.

ii)
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya
menjadi bercantum. Contohnya, satu padu menyatupadukan.
Dalam buku Linguistik Am pula, Abdullah Hassan menyebutnya pemajmukan. Kata
majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap
kata tersebut boleh terdiri daripada kata akar atau kata terbitan. Kata majmuk yang
dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut
mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu
makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.
Apabila kata- kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa
Melayu, iaitu diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan
binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk
sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca dansebar luas. Apabila kata majmuk itu
bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian
dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya
ialah bumiputera dan mahasiswa. Kata bumi ialah penerang dan putera ialah inti
yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD iaitu yang
menerangkan mendahului inti yang diterangkan.
Menurut Abdullah Hassan (2007), kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa
ialah binaan sintaksis. Tiga ciri yang menunjukkan kata majmuk itu bukan frasa
ialah:
i)

Kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan.

ii)

Kata majmuk mempunyai siri kesatuan sebagai satu kata.

iii)

Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.

Penulisan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada yang dieja
terpisah contohnya kereta api. Ada juga kata majmuk yang dieja bergabung
contohnya antarabangsa. Pandangan ini adalah sama dengan Nik Safiah kerana di
dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat 30 kata majmuk yang dieja sebagai satu
perkataan. Selain itu, ada juga kata majmuk yang digandakan seluruhnya bagi
menunjukkan bilangan yang banyak. Contohnya ialah kakitangan- kakitangan. Kata
majmuk juga dipecahkan kepada kata nama majmuk, kata kerja majmuk, kata
adjektif majmuk, kata adverba majmuk dan kata tugas majmuk.
3.4

Bentuk Kata Ganda / Penggandaan

Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis
penggandaan iaitu:
i)

Penggandaan penuh

ii)

Penggandaan separa

iii)

Penggandaan berentak

3.4.1 Penggandaan Penuh


Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar
sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
i)
ii)

Penggandaan penuh kata tunggal contohnya ialah ayat- ayat.


Penggandaan penuh kata berimbuhan.

Dengan awalan contohnya ialah ketua- ketua.

Dengan akhiran contohnya ialah ajaran- ajaran.

Dengan apitan contohnya persatuan- persatuan.

3.4.2 Penggandaan separa


Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar
sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
i)
ii)

Penggandaan separa kata tunggal contohnya ialah sesiku.


Penggandaan separa kata berimbuhan .

Dengan awalan kata kerja- contohnya ialah berlari- lari dan tolongmenolong.
-

Dengan awalan kata adjektif contohnya ialah sepandai- pandai.

Dengan akhiran kata nama contohnya ialah sayur- sayuran.

Dengan akhiran kata kerja contohnya ialah doa- doakan.

Dengan akhiran kata adjektif contohnya ialah rindu- rinduan.

Dengan apitan kata kerja contohnya ialah bersalam- salaman, mendewadewakan, mengulang- ulangi dan dibayang- bayangi.
-

Dengan apitan kata adjektif contohnya ialah kebodoh- bodohan.

3.4.3 Penggandaan berentak


Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh
kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan
perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi demikian, maka penggandaan berentak
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i)
ii)
iii)

Penggandaan berentak pengulangan vokal.


Penggandaan berentak pengulangan konsonan.
Penggandaan berentak bebas.

Di dalam buku Linguistik Am (2007), Abdullah Hassan turut menyatakan proses


penerbitan kata boleh berlaku melalui penggandaan manakala Nik Safiah
menyebutnya sebagai bentuk kata ganda. Walaupun istilah berbeza tetapi ia
membawa maksud yang sama. Pada pendapat Abdullah Hassan, penggandaan ialah
proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Abdullah Hassan
menyenaraikan empat jenis penggandaan menurut cara kata dasar digandakan
iaitu:
i)

Gandaan penuh.

ii)

Gandaan separa.

iii)

Gandaan rentak

iv)

Gandaan bebas.

3.4.4 Gandaan Penuh.


Gandaan penuh boleh dilakukan pada kata akar dan kata terbitan daripada
golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
i)
-

Kata Nama (membawa maksud banyak dan menyerupai). Contohnya:


meja- meja ( banyak meja).

Orang- orang (banyak orang atau lembaga orang bagi menakutkan burung di
sawah)
ii)
Kata Kerja (membawa maksud perbuatan dilakukan berulang atau tidak
serius). Contohnya:
-

Makan- makan (makan berterusan)

Main- main (main berterusan, tidak serius melakukan sesuatu)

iii)
-

Kata Adjektif ( membawa maksud sifat yang menyeluruh). Contohnya:


Putih- putih (putih belaka)

iv) Kata Adverba (menerangkan bila dan jangka masa sesuatu perbuatan atau
perihal keadaan berlaku). Contohnya:
-

Sampai- sampai (sebaik sahaja sampai)

v)

Kata Terbitan (menghasilkan perkataan kompleks). Contohnya:

Pemain- pemain (ramai pemain)

3.4.5 Gandaan Separa


Penggandaan separa adalah kelainan bentuk penggandaan penuh yang berlaku
kepada kata nama tunggal. Seluruh kata tunggal boleh digandakan atau hanya suku
kata pertama digandakan. Bunyi vokal dalam suku kata yang digandakan itu
berubah menjadi e pepet. Kata ganda separa membawa maksud yang sama dengan
kata ganda penuh. Contohnya:
i)

Kata Nama laki

ii)

Kata Kerja tulis

iii)

Kata Adjektif sedap

iv)

Kata Adverba laju

laki- laki
tulis- tulis

lelaki (jantan, ramai laki- laki)


tetulis ( menulis berkali- kali)

sedap- sedap
laju- laju

sesedap (sedap belaka)

lelaju (dengan laju)

3.4.6 Gandaan Rentak


Ada beberapa kata nama yang boleh menerima penggandaan rentak sama ada
rentak suku kata atau berentak bunyi. Fungsi gramatis penggandaan rentak ialah
menunjukkan banyak yang beraneka. Perubahan suku kata atau bunyi vokal
memberi tambahan aneka kepada pengertian banyak yang sudah ada pada kata
ganda tersebut. Terdapat tiga jenis penggandaan rentak iaitu :
i)

Rentak suku kata awal bukit

ii)
iii)

Rentak suku kata akhir lauk


Rentak bunyi vokal suku

bukit- bukau
lauk- pauk
suku sakat

3.4.7 Gandaan Bebas


Bentuk gandaan bebas mengandungi bentuk bebas. Bentuk kata dasar itu ada
tetapi gandaannya hanya wujud dalam bentuk penggandaan sahaja. Fungsi
gramatisnya juga menunjukkan banyak. Bilangan penggandaan begini tidak
banyak. Contohnya ialah:
- ipar

ipar- duai (ramai ipar)

Rangkap kata berbeza daripada kata ganda. Dalam gandaan, ada kata dasar
yang digandakan. Dalam rangkap kata, kedua- dua perkataan itu adalah perkataan
lain sama sekali. Sebagai contoh cerdik pandai ialah rangkap kata. Bentuk
perkataan pandai bukanlah pengganda kepadacerdik. Sebaliknya pandai ialah
pasangan rangkap kepada cerdik. Oleh sebab itu, rangkap kata bukanlah kata
bebas.

3.4.8 Kata Ganda dan Imbuhan


Perkataan berganda juga berlaku dengan imbuhan. Bagi kata nama, penggandaan
mestilah berlaku di awal, di akhir atau mengapit kata dasar yang digandakan. Kata
ganda nama boleh menerima imbuhan ber-, -an, me--kan dan di--kan.
Contohnya:
i)
ii)

Dengan awalan- ber + hari- hari

berhari- hari

Dengan akhiran ber + bunga- bunga

iii)

Dengan apitan dikepal- kepalkan

iv)

Dengan awalan di tengah rayu- merayu

4.0

berbunga- bunga.

RUMUSAN

Kesimpulannya, menurut Nik Safiah Karim (2010), terdapat empat jenis


pembentukan kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata terbitan , kata
majmuk dan kata ganda seperti yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan
(2010). Manakala menurut Abdullah Hassan (2007), pula terdapat tiga kaedah
untuk menerbitkan perkataan dalam bahasa Melayu iaitu melalui pengimbuhan,
penggandaan dan pemajmukan. Ini kerana di dalam buku Linguistik Am (2007),
tidak ada cara menerbitkan perkataan melalui kaedah bentuk kata tunggal.
Walaupun berbeza dari segi istilah tetapi kaedah pembentukannya adalah sama.
Kaedah pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini
berbeza daripada kaedah pembentukan atau mewujudkan perkataan-perkataannya
melalui proses perubahan fonem (bunyi bahasa) dalam kata dasar itu sendiri
dengan berdasarkan golongan kata atau kasusnya.
Proses pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di antara kedua- dua buku
ini hampir sama walaupun istilah yang digunakan berbeza. Contohnya, buku
Tatabahasa Dewan (2010), menyebut kata terbitan manakala buku Linguistik Am
(2007), menyebut perkataan pengimbuhan. Begitu juga dengan kata majmuk yang
disebut sebagai pemajmukan manakala kata ganda disebut sebagai penggandaan
di dalam buku Linguistik Am.
Selain jenis-jenis perkataan yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga
bentuk yang dihasilkan melalui proses penyingkatan kata yang menghasilkan kata
tunggal jenis akronim. Menurut Abdullah Hassan, ada tiga proses morfologi yang
berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar ini akan membentuk imbuhan
apabila mengalami proses pemgimbuhan, bentuk yang digabungkan dengan bentuk
perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi
bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Ditegaskan bahawa bentuk dasar
boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. Kata terbitan ini pula terdiri
daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim.

Menurut Abdullah Hassan (2007), pengimbuhan ialah proses membentuk


perkataan melalui proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan
kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu
membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan
baharu. Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau
mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata
terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu
awalan ,akhiran, sisipan dan apitan. Abdullah Hassan menghuraikan pengimbuhan
kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Manakala Nik Safiah hanya
menghuraikan awalan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Selain itu, Nik Safiah
membahagikan bentuk kata terbitan kepada empat iaitu kata terbitan awalan, kata
terbitan akhiran, kata terbitan berapitan dan kata terbitan bersisipan. Abdullah
Hassan pula membahagikan pengimbuhan kepada tiga sahaja iaitu imbuhan
awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan.
Walau bagaimanapun, dalam proses pembentukan kata melalui kata
majmuk atau pemajmukan terdapat perbezaan dari segi huraian. Nik Safiah
membahagikan bentuk kata majmuk kepada tiga iaitu kata majmuk yang terdiri
daripada rangkaian kata, berbentuk istilah khusus dan yang mendukung maksud
kiasan. Abdullah Hassan pula menghuraikan proses menerbitkan kata melalui
pemajmukan dengan lebih terperinci dan membahagikannya kepada tiga iaitu kata
majmuk yang mempunyai makna khusus, dari satu perkataan dan kumpulan kata
majmuk tertutup.
Untuk pembentukan kata melalui kata ganda atau penggandaan, di dalam buku
Tatabahasa Dewan terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh,
penggandaan separa dan penggandaan berentak. Manakala, di dalam buku
Linguistik Am terdapat empat jenis penggandaan iaitu gandaan penuh, gandaan
separa, gandaan rentak dan gandaan bebas. Huraian menerbitkan kata di dalam
buku Linguistik Am adalah lebih terperinci.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua- dua buku ini ada banyak
perbezaan pendapat dan huraian tentang pembentukan kata atau menerbitkan
perkataan di dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit
persamaan dalam sesetengah huraian dan penerangan untuk membentuk kata.
Walau bagaimanapun, kedua- dua buku ini amat bermanfaat dan dapat membantu
dalam mempelajari proses pembentukan kata bahasa Melayu. Selain itu, keduadua buku ini amat menarik dan boleh dijadikan pegangan dalam mempelajari dan
mendalami tatabahasa bahasa Melayu khususnya dalam bidang morfologi.

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1985). Penerbitan kata dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu. Morfologi dan sintaksis.
Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS


Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.
Akmajian, Andrian, Aishah Mahdi, & Azizah Hussein. (1995). Linguistik:
Pengantar bahasa dan komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Seman Salleh, & Munsyi Zainal Abidin Kasim.
(2010). Morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
Amat Juhari moain. (1985). Pembentukan kata dan istilah. Dewan Bahasa. 29:1,
Januari, 1985, hlm. 18- 34.
Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa. Jilid 44. Bil. 9. 9 September 2000, hlm. 937-949.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood.
(2010). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1 (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford
Fajar.

morfologi- proses pembentukan kata dlm bahasa melayu, pembentukan kata melalui proses
pinjaman, proses pembentukan akronim
as salam...
enjoy cite tika k...........

1.0 Pengenalan

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk
kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1,
pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan
dan cara-cara pembentukannya.

Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi
unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan
kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk
dan fungsinya.

(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa
Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)

Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan
golongan kata dalam bahasa melayu.

2.0 Konsep Pembentukan Kata

Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang manaperkataan baru
dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa
Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu
dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau
derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses
pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan
mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu
mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama
dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini
demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah

melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan
golongan kataatau kasusnya.
(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)
Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber,
iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa
Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam
bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa
Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem,
peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan ,
penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk
dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta
membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak
boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi
makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.

2.1

Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada tajuk 1.0 iaitu Konsep Pembentukan Kata,
terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses-proses pembentukan
kata dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :
2.1.1

Akronim
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau
meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis
dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya:
i. JAIS Jabatan Agama Islam Selangor

ii. IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim


iii. IPG Institut Pendidikan Guru
2.1.2

Analogi
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan
bentuk

kata

yang

telah

sedia

ada

yang

telah

digunakan

sejak

dahulu.Misalnya,

perkataantatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula
bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara dan tatahias. Contoh lain :
i. Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti
ii.Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara

2.1.3

Peleburan Fonem
Proses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan cara menggabungkan
perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu.
Contohnya:
i. [benda] +[alir] = [bendalir]
Dalam contoh yang diberikan, perkataan [bendalir] terbentuk setelah satu fonem vokal /a/
digugurkan.

2.1.4

Peluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah
sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Contohnya, perkataan
[family] dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga, tetapi perkataan ini telah diperluaskan
maknanya menjadi [famili] yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada
haiwan juga.

2.1.5

Pemberian Makna Khusus

Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil katakata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Contohnya perkataan
[sirih] pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan yang dilalui
oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian makna khusus, [surih] membawa maksu
meniru atau melukis peta.

2.1.6

Peminjaman Kata
Pembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan
bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris dan
bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu
sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat
perkataan atau istilah sedemikian. Contohnya :
i.Element elemen
ii.Magistrate majistret
iii.Diplomat diplomat

2.1.7

Penambahan
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada
kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk
kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar [bu]
merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang
lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti berikut :
i. [bu] + [kit] = [bukit]
ii.[bu] + [lan[ = [bulan]
iii. [bu] + [luh] = [buluh]

2.1.8

Penciptaan

Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau
dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini,
perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang
dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya, nama kiwi merijuk kepada nama burung di New
Zealand. Daripada perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud
perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas.
2.1.9

Penggemblengan
Perkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara
menggabungkan dua patah perkataan atau lebih, di samping mneggugurkan bahagian yang lain
daripada perkataan tersebut. Contonhya, penggembemlengan perkataan kumpulan gitar
rancak menjadikugiran. Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh
yang berikut :

i.

Bernama Berita Nasional Malaysia

ii. Proton Perusahaan Otomobil Nasional


2.1.10 Penyempitan Makna
Pembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah
sedia ada, dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih
umum. Contohnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi
wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja. Sebaliknya, pada hari ini terdapat perkataan
tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini
digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi
lelaki dan perempuan.
2.1.11 Penyingkatan
Melalui proses penyingkatan, perkataan-perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis
dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut :
i. tv televisyen

ii.Dr. doktor
iii. Prof profesor

Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk kata yang
terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata
gandaan. Seterusnya, kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata
yang berikut :
a. Bentuk kata tunggal
Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa
Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan
perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang
mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.
Jadual di bawah menunjukkan antara pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa
Melayu beserta contoh perkataan :

Bentuk Kata Tunggal


(Pola suku kata beserta contoh perkataan)
Pola Kata Tunggal

1.

Bil

Satu

Dua

Tiga

Suku

Suku

kata

Kata

Kata

KV
yu

2.

VK
am

3.

V+K
aku

suku Empat suku kata dan

KV+V+KVcuaca

lebih

KV+KV+VK+KVkeluarga

V+VK KV+V+KVK KV+KVK+KV+KVaib

KVK V+KVK

-biawak

sementara

V+KV+V-

KVK+KV+V+KV-

4.

5.

cat

adik

usia

bendahari

KKVK

VK+KV

KV+KV+V-

KV+KV+KV+KV-

stor

undi

deria

bidadari

KVKK

VK+KV

KVK+KV+V KV+KV+KV+KVK-

teks

-mentua

kapitalis

ambil
6.

7.

KKKV

KV+V KV+KV+VK KVK+KV+KV+KVK-

skru

doa

-seluar

sentimeter

KKKV

KV+VK

V+KV+KV-

KVK+KVK+KV+KV-

ijazah

dispensari

jauh

skrip
8.

9.

10.

KV+KV

KV+KV+KV KV+KV+V+KVK-

pasu

-keliru

KV+KV

VK+KV+VK V+KV+KVK+KV+K

K telur

-ikhtiar

KVK+K

V+KV+VK-

mesyuarat

V-universiti

elaun

lampu
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan contoh perkatan berdasarkan pola suku kata yang terdiri daripada
jenis kata tunggal.Selain perkataan di atas, akronim juga tergolong dalam kata tunggal.
Contohnya ABIM, IKIM, dan ADUN. Penjelasan lebih lanjut akan dihuraikan dalam tajuk 2.0
iaitu Proses Pembentukan Akronim.

b. Bentuk kata terbitan


Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan antara
kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan :

Bentuk Kata Terbitan


Bil.

1.

Jenis imbuhan
Awalan

Akhiran

Apitan

Sisipan

Kata nama

Kata nama

Kata nama

Kata nama

pe-..-an perasaan

-el- telunjuk

Kata kerja

Kata kerja

pe-pelari,

2.

3.

pem- -an-pakaian,

pembuat

-wati-seniwati

Kata kerja

Kata kerja

me-melawan, di- -kan-buatkan,

me--kan

diatur

-di-duduki

memainkan

Kata adjektif

Kata adjektif

ter-terbesar,

se-

ke--an

secantik

-er- gerodak

Kata adjektif
-el- gelegak

keakraban

Jadual 2

c. Bentuk kata majmuk


Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk
yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain. Jadual di bawah
menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok :

Bentuk Kata Majmuk


Bil.

Rangkaian kata bebas

Istilah khusus

Kiasan

1.

gambar rajah

Perdana Menteri

hak milik

2.

alat tulis

Raja Muda

batu kapur

3.

air hujan

Maib Canselor

daerah panas

4.

nasi minyak

Timbalan
Pustakawan

Jadual 3

Ketua atur cara

d. Bentuk kata gandaan


Bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar.
Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan
separa. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi
tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut
tiga jenis penggandaan berikut :

Bentuk Kata Gandaan


(berserta contoh perkataan)
Bil.

Penggandaan Penuh

Penggandaan

Penggandaan Berentak

Separa
1.

Kata tunggal

Kata tunggal

Meja-meja, ayat-ayat

Laki-lelaki,

Pengulangan vokal
tikus- Kuih-muih,cerai-berai

tetikus
2.

3.

Kata berimbuhan

Kata berimbuhan

Pengulangan konsonan

Awalan-pelatih-pelatih

Awalan-berlari-lari

Batu-batan,

Akhiran-amalan-

Akhiran-sayur-

amalan

sayuran

Apitan-persatuan-

Apitan-kekuning-

persatuan

kuningan

gunung,

ganang, dolak-dalik

Bebas
Anak-pinak, ulang-alik,
lintang-pukang.

Jadual 4

Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam bahasa
Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa
Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan
penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam
bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian.
Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada bahasa
Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara
kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. Dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk
Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan
Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar terdapat beberapa perkataan pinjaman yang
digunakan. Setelah dianalisis, penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan
peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing, dan peminjaman
imbuhan.
Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam Petikan Kursus
Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan
dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar:

Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar


serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan
Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar
Bil.

Aspek/unsur peminjaman

Contoh perkataan dalam


petikan.

1.

Peminjama

Bahasa Inggeris

n tulen

auditorium
program
radio
serius
aspek
sesi
input
kreatif
kategori
unit
kokurikulum
aktiviti

2.

Peminjama
n

Bahasa arab dan

/sy/ ;syarikat

bunyi- parsi

bunyi asing
/kh/ ;khusus
Peminjama
n imbuhan
Jadual 5

3.0

Proses pembentukan akronim

Bahasa Sanskrit

tata - ;tatabahasa

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa


perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:
66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya
dilafazkan menjadi seperti perkataan.
Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada
penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih.
Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami
proses morfologi sebagaimana kata selapis.
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau
meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis
dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama
tunggal dan dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan.
Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada
perkataan.

3.1

Jenis-jenis akronim
Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim
boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.
(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa
Dewan, Edisi Ketiga, halaman 105.)
Antara jenis akronim tersebut ialah seperti berikut :
i.

Kata nama akronim cantuman hurup awal perkataan

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan
kebanyakkanya terdiri daripada nama khas ; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya.
Contohnya :

ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri


IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

ii.

Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah
perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas ; oleh itu ejaannya
bermula dengan huruf besar. Contohnya :
Perhilitan

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Mara

Majlis Amanah Rakyat


iii.

Negara

Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah perkataan.
Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaanya bermula dengan huruf besar. Contohnya :
Bernama Berita Nasional Malaysia
tadika taman didikan kanak-kanak
cerpen cerita pendek

iv.

Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain

perkataan yang mengikutinya.


Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan
bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :
asbut asap kabut
debunga debu bunga
purata pukul rata

4.0

Rumusan

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula
ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam
bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa
kata atau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.
Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan
baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam bahasa
Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang berstatus
imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan perbendaharaan
perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu.
Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah,
begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.

PROSES PEMBENTUKAN KATA

1)

Definisi Pembentukan Kata:


Penghasilan kata dalam bahasa Melayu melalui proses pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan.

2)

Pembahagian:

a)

Pengimbuhan

b)

Pemajmukan

c)

Penggandaan

3)

Proses Pengimbuhan
- Definisi: Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata
terbitan.
- Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan, dansisipan. Imbuhan-imbuhan
ini apabila digandingkan dengan kata dasar, membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan
kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

- Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber-+ tapa
(bertapa) dan ke-+tawa (ketawa).
- Kebanyakan proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan.
- Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi
proses pengimbuhan

kali

kedua.

Misalnya, ter-+libat

(terlibat).

(keterlibatan).
- Imbuhan Awalan.
Contoh:
Pe.pelari

pem. pembawa

Peng.penggubal

penge.pengebom

pen.pendakwah
pel.pelajar

- Imbuhan Akhiran.
Contoh:
-wan.angkasawan

-man.budiman

-wati.wirawati

-in.hadirin

-at.muslimat - ah.ustazah

- Imbuhan Apitan
Contoh:
Mekan = melaporkan

menkan = mendapatkan

Berkan = bertemankan

dikan = dipamerkan

Kean = kemalasan

memperkan = memperbetulkan

- Imbuhan Sisipan
Contoh:
Tunjuk.telunjuk

Terlibat

kean

Gilang.gemilang
Tulang.temulang
4)

Proses Pemajmukan
- Definisi: proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu
bentuk kata yang membawa makna atau maksud tertentu.
- Makna gabungan kata ini berbeza daripada maksud asal kata tersebut.
- Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan dalam binaannya dan mestilah dieja
terpisah sebagai dua atau tiga kata.
- Terbahagi kepada tiga iaitu pemajmukan rangkai kata bebas, pemajmukan istilah khusus,
dan pemajmukan bentuk kiasan.

i.
-

Pemajmukan Rangkai Kata Bebas

Definisi: percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana golongan kata dan percantuman
ini membawa maksud baru kepada kata dasar tersebut.

Contoh:

Gambar + rajah = gambar rajah


Jalan + raya = jalan raya
Rumah + tangga = rumah tangga
Perdana + menteri = perdana menteri

ii.
-

Pemajmukan Istilah Khusus

Definisi: penggabungan kata-kata istilah yang berkaitan dengan bidang ilmiah.

Sama dengan pemajmukan rangkai kata bebas, cuma berbeza dari segi gabungan kata yang
digunakan.

Contoh: peti suara, garis pusat, kanta sentuh, batu kapur, dan lesung sendi.
iii.

Pemajmukan Bentuk Kiasan

Penggabungan dua atau lebih kata untuk melahirkan maksud bahasa kiasan yang mempunyai
makna menyindir atau mengata seseorang, misalnya peribahasa atau simpulan bahasa.

Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi mengandungi maksud yang berbeza daripada
kata-kata dasar yang membentuknya.

Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka tembok, berat tulang, dan telinga lintah.
- Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan.

Penggandaan kata majmuk.


-

Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur kedua dikekalkan.

Contoh:
Alat tulisalat-alat tulis
Jalan raya..jalan-jalan raya
Garis pusat..garis-garis pusat

Pengimbuhan kata majmuk


Awalan
-

Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata pertama sahaja yang
menerima awalan ini manakala kata kedua masih bebas.

Contoh: campur aduk....bercampur aduk, ambil alih....mengambil alih.

Akhiran
-

Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata majmuk, kata kedua sahaja yang
menerima akhiran ini manakala kata pertama masig lagi bebas.

Contoh: daya serap.daya serapan, garis rintang....garis rintangan.

Apitan
-

Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu kata sahaja.

Contoh: satu padu....menyatupadukan, anak tiri....menganaktirikan.


5. Proses Penggandaan

- Ada tiga bentuk kata iaitu kata gandaan seluruh, kata gandaan separa, dan kata gandaan
berentak.

Kata Gandaan Seluruh


- Gandaan seluruh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar sama ada kata dasar tersebut
berimbuhan ataupun tidak berimbuhan.
- Berlaku pada semua golongan kata, sama ada kata kerja, kata nama, kata adjektif atau kata
tugas.
- Contoh:
labah....labah-labah

Orang....orang-orang

Jari....jari-jari

Kata Gandaan Separa


- Sebahagian daripada kata dasar digandakan sama ada di depan atau di belakang kata dasar.

- Boleh berupa kata tunggal atau kata terbitan.


- Penggandaan kata dasar tunggal.
contoh:
kura....kekura

labi....lelabi

rambut....rerambut

- Penggandaan kata dasar terbitan tidak melibatkan pengulangan imbuhan sebaliknya hanya
kata dasar tanpa imbuhan sahaja yang akan diulang. Ia melibatkan golongan kata adjektif dan
kata kerja sahaja. Kata dasar boleh terletak di bahagian depan atau belakang.
Contoh: berlari.berlari-lari, mencari.mencari-cari, kasih.kasih-mengasihi.

Kata Gandaan Berentak


- Dasar kata digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau mengalami perubahan.
- Ada tiga jenis pengulangan bunyi iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan, dan
pengulangan bebas.
Pengulangan vokal
-

Ciri-ciri vokal yang sama pada kata dasar akan diulang dalam kata yang kedua. Misalnya
vokal ui, au, ua, ia.

Contoh:
Kuih.kuih-muih
Sukasuka-duka

lauk.lauk-pauk
hina.hina-dina

Pengulangan Konsonan
-

Hanya konsonan sahaja yang mengalami pengulangan.

Contoh:

Gunung.gunung-ganang
Lintang.lintang-pukang

bukit.bukit-bukau
mandimandi-manda

Pengulangan Bebas
-

Tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau bunyi konsonan.

Contoh:
Lemah.lemah longlai

tinggi.tinggi lampai

Gemukgemuk gedempol cerdikcerdik pandai

PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA


MELAYU
3.0 PEMBENTUKAN KATA

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam
konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur bahasa sehingga
menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan
(1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu, bentuk kata tunggal, kata terbitan,
kata majmuk, dan kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya.
Selalunya, pembentukan satu-satu perkataan itu adalah melalui proses-proses pengimbuhan,
penggandaan, atau pemajmukan.

Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses
pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu.Daripada segi
persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa
Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.

Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang
terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf dan suku kata
perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen
(daripada cerita pendek), Gapena (daripada Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar
rancak).

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan
terbahagi kepada empat jenis iaitu imbuhan awalan, yang hadir sebelum kata dasar, imbuhan akhiran,
yang hadir sesudah kata dasar, imbuhan apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan
akhir kata dasar, dan imbuhan sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan
kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalanawalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran
imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu -an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang
membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran -kan dan -i.
Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, dan peR-an yang membentuk kata nama, dan meN--kan, beR-...-kan, meN--kan, meN--i, dan mempeR-kan yang membentuk kata kerja.
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya
kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.

Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami
pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan
penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar,contohnya cantik-cantik dan mata-mata.
Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri
daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal
biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan kata gandanya terletak pada bahagian
hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu juga mengalami proses pelemahan, menjadikannya
vokal (e) pepet. Misalnya, laki kepada laki laki dan kemudian kepada lelaki.

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan pula hanya menggandakan
kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, serta berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu.

Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan
mencari-cari atau bahagian kata dasar,contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.

Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan
bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal,
contohnya kuih-muih, tungkus-lumus. Melalui pengulangan konsonan pula misalnya simpang-siur dan
mandi-manda.

3 .1 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentuk- bentuk kata
tunggal, terbitan, majmuk dan ganda.

BENTUK KATA TUNGGAL

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami sebarang proses penggandaan dan
perangkaian kata. Selain itu, kata tunggal juga tidak menerima sebarang penambahan imbuhan pada
katanya sama ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.
Tambahan lagi, kata tunggal juga terbahagi kepada beberapa jenis kata tunggal seperti kata
tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata tunggal empat
suku kata dan lebih.
Dalam masa yang sama, kata tunggal juga boleh diperluaskan atau dikembangkan membentuk
kata terbitan setelah kata tunggal menerima proses pengimbuhan, proses penggandaan dan proses
pemajmukan.
Dalam pembentukan kata tunggal, sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) disertai
satu konsonan (K), satu vokal (V) sahaja atau satu vokal (V) dengan beberapa konsonan (K).
Konsonan-konsonan itu hadir dengan beberapa konsonan sama ada hadir di hadapan dan di
belakang vokal atau secara serentak di hadapan dan belakang serta ada juga konsonan yang boleh hadir
secara bergugus (KK).

BENTUK KATA MAJMUK

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil m

Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini jumlahnya adalah besar. Berdasarkan jenisnya, kata

a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas

Contohnya:

gambar rajah

alat tulis

biru laut

bandar raya

air hujan

tengah hari

jalan raya

jam tangan

nasi minyak

meja tulis

terima kasih

bom tangan

luar biasa

kapal terbang

merah muda

kuning langsat

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,

Contohnya:

Perdana Menteri

Ketua Menteri

Duta Besar

Naib Censelor

Raja Muda

Profesor Madya

Setiausaha Politik

Timbalan Ketua Pustakawan

Penolong Pendaftar

Ketua Setiausaha Negara

b) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah

Contohnya:

model linera

mata pelajaran

garis pusat

pita suara

lelefon dail terus

darah panas

lesung sendi

kertas kerja

kanta tangan

batu kapur

c) kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa

Contohnya:

kaki ayam

anak emas

buah hati

bulan madu

duit kopi

manis mulut

makan angin

tumbuk rusuk

pilih kasih

berat tangan

morfologi- proses pembentukan kata dlm bahasa


melayu, pembentukan kata melalui proses
pinjaman, proses pembentukan akronim

1.0 Pengenalan

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk
kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1,
pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji
perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi
unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau
fungsi, atau bentuk dan fungsinya.

(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa
Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)

Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan
golongan kata dalam bahasa melayu.

2.0 Konsep Pembentukan Kata

Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang manaperkataan baru
dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu
1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu
dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau
derivatif.jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses
pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan
mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu
mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama
dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini
demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah
melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan
golongan kataatau kasusnya.
(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)
Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua
sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun
bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat

dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam
bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan
fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan,
penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan,
majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri
serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan
tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza
dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.

2.1

Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada tajuk 1.0 iaitu Konsep Pembentukan Kata,
terdapat beberapa proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Proses-proses
pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :
2.1.1

Akronim
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau
meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis
dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contohnya:
i. JAIS Jabatan Agama Islam Selangor
ii. IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
iii. IPG Institut Pendidikan Guru

2.1.2

Analogi
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan
bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu.Misalnya,
perkataantatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula
bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara dan tatahias. Contoh lain :

i. Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti


ii.Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara

2.1.3

Peleburan Fonem
Proses peleburan fonem adalah satu proses yang berlaku dengan cara menggabungkan
perkataan agar menjadi satu kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem
tertentu. Contohnya:
i. [benda] +[alir] = [bendalir]
Dalam contoh yang diberikan, perkataan [bendalir] terbentuk setelah satu fonem vokal
/a/ digugurkan.

2.1.4

Peluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang
telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Contohnya,
perkataan [family] dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga, tetapi perkataan ini telah
diperluaskan maknanya menjadi [famili] yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan
kepada haiwan juga.

2.1.5

Pemberian Makna Khusus


Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil
kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Contohnya
perkataan [sirih] pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang dilalui sesuatu seperti jalan
yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian makna khusus, [surih] membawa
maksu meniru atau melukis peta.

2.1.6

Peminjaman Kata
Pembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa Melayu dan
bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris

dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu
itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak
terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contohnya :
i.Element elemen
ii.Magistrate majistret
iii.Diplomat diplomat
2.1.7

Penambahan
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada
kata akar satu suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga.
Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata
akar [bu] merujuk kepada benda-benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu
suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti
berikut :
i. [bu] + [kit] = [bukit]
ii.[bu] + [lan[ = [bulan]
iii. [bu] + [luh] = [buluh]

2.1.8

Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau
dihasilkan tanpa disandarkan kepada pembendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini,
perkataan ini diciptakan berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau yang
dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya, nama kiwi merijuk kepada nama burung di New
Zealand. Daripada perkataan tersebut tercipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud
perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas.

2.1.9

Penggemblengan
Perkataan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara
menggabungkan dua patah perkataan atau lebih, di samping mneggugurkan bahagian yang lain
daripada perkataan tersebut. Contonhya, penggembemlengan perkataan kumpulan gitar

rancak menjadikugiran. Pembentukan kata ini masih dilakukan sehingga hari ini seperti contoh
yang berikut :
i. Bernama Berita Nasional Malaysia
ii. Proton Perusahaan Otomobil Nasional
2.1.10 Penyempitan Makna
Pembentukan kata melalui proses ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah
sedia ada, dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih
umum. Contohnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi
wanita bangsawan atau wanita berketurunan raja. Sebaliknya, pada hari ini terdapat perkataan
tuan sahaja yang merujuk kepada orang lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini
digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi
lelaki dan perempuan.
2.1.11 Penyingkatan
Melalui proses penyingkatan, perkataan-perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis
dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut :
i. tv televisyen
ii.Dr. doktor
iii. Prof profesor

Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk kata
yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk
kata gandaan. Seterusnya, kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan bentukbentuk kata yang berikut :
a. Bentuk kata tunggal
Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam
bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses

penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata
tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua
suku kata atau lebih. Jadual di bawah menunjukkan antara pola gabungan konsonan-vokal
dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh perkataan :

Bentuk Kata Tunggal


(Pola suku kata beserta contoh perkataan)
Pola Kata Tunggal
Bil.

Satu
Suku
Kata

Dua
Suku
Kata

Tiga suku
kata

Empat suku kata dan


lebih

1.

KV yu

V+K
aku

KV+V+KVcuaca

KV+KV+VK+KVkeluarga

2.

VK
am

V+VK
aib

KV+V+KVKbiawak

KV+KVK+KV+KVsementara

3.

KVK
cat

V+KVK
adik

V+KV+V-usia

KVK+KV+V+KVbendahari

4.

KKVK
stor

VK+KV
undi

KV+KV+Vderia

KV+KV+KV+KVbidadari

5.

KVKK
teks

VK+KVK
ambil

KVK+KV+Vmentua

KV+KV+KV+KVKkapitalis

6.

KKKV
skru

KV+V
doa

KV+KV+VKseluar

KVK+KV+KV+KVKsentimeter

7.

KKKVK
skrip

KV+VK
jauh

V+KV+KVijazah

KVK+KVK+KV+KVdispensari

8.

KV+KV
pasu

KV+KV+KVkeliru

KV+KV+V+KVKmesyuarat

9.

KV+KVK
telur

VK+KV+VKikhtiar

V+KV+KVK+KV+KVuniversiti

10.

KVK+KV
lampu

V+KV+VKelaun
Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan contoh perkatan berdasarkan pola suku kata yang terdiri
daripada jenis kata tunggal.Selain perkataan di atas, akronim juga tergolong dalam kata
tunggal. Contohnya ABIM, IKIM, dan ADUN. Penjelasan lebih lanjut akan dihuraikan dalam tajuk
2.0 iaitu Proses Pembentukan Akronim.
Bentuk Kata Terbitan
Bil.

Jenis imbuhan
Awalan

1.

2.

3.

Akhiran

Apitan

Sisipan

Kata nama

Kata nama

Kata nama

Kata nama

pe-pelari, pempembuat

-an-pakaian,
-wati-seniwati

pe-..-an
perasaan

-el- telunjuk

Kata kerja

Kata kerja

Kata kerja

Kata kerja

me-melawan, didiatur

-kan-buatkan,
-di-duduki

me--kan
memainkan

-er- gerodak

Kata adjektif

Kata adjektif

ke--an
keakraban

-el- gelegak

Kata adjektif

ter-terbesar, sesecantik

b. Bentuk kata terbitan


Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan antara
kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan :
Jadual 2

c. Bentuk kata majmuk


Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk
yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsure lain. Jadual di bawah
menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok :

Bentuk Kata Majmuk


Bil.

Rangkaian kata bebas

Istilah khusus

Kiasan

1.

gambar rajah

Perdana Menteri

hak milik

2.

alat tulis

Raja Muda

batu kapur

3.

air hujan

Maib Canselor

daerah panas

4.

nasi minyak

Timbalan Ketua

atur cara

Pustakawan
Jadual 3

d. Bentuk kata gandaan


Bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar.
Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaan separa. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan
rentak bunyi tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang
dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut :

Bentuk Kata Gandaan


(berserta contoh perkataan)
Bil.
1.

2.

3.

Penggandaan Penuh

Penggandaan
Separa

Penggandaan
Berentak

Kata tunggal

Kata tunggal

Pengulangan vokal

Meja-meja, ayat-ayat

Laki-lelaki, tikustetikus

Kuih-muih,cerai-berai

Kata berimbuhan

Kata berimbuhan

Pengulangan konsonan

Awalan-pelatih-pelatih

Awalan-berlari-lari

Akhiran-amalanamalan

Akhiran-sayursayuran

Batu-batan, gunung,
ganang, dolak-dalik

Apitan-persatuanpersatuan

Apitan-kekuningkuningan

Bebas
Anak-pinak, ulang-alik,
lintang-pukang.

Jadual 4

Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam bahasa
Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa
Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit sehingga perkataan tersebut menjadi sebati
dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku dalam sesuatu bahasa
disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian.
Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada bahasa
Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita membezakan antara
kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. Dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa

untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan


Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar terdapat beberapa perkataan
pinjaman yang digunakan. Setelah dianalisis, penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini
melibatkan peminjaman unsur asing dari segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing, dan
peminjaman imbuhan.
Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam Petikan
Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan
Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar:

Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar


serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan Penguasaan dan
Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar
Bil.
1.

Aspek/unsur peminjaman
Peminjama
n tulen

Bahasa Inggeris

Contoh perkataan dalam


petikan.
auditorium
program
radio
serius
aspek
sesi
input
kreatif
kategori
unit
kokurikulum
aktiviti

2.

Peminjama
n bunyi-

Bahasa arab dan


parsi

/sy/ ;syarikat

/kh/ ;khusus

bunyi asing
Peminjama
n imbuhan

Bahasa Sanskrit

tata - ;tatabahasa

Jadual 5

3.0

Proses pembentukan akronim

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa


perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan
( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau
dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan
kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan.
Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada
penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih.
Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami
proses morfologi sebagaimana kata selapis.
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau
meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis
dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Akronim adalah kata yang berbentuk kata nama
tunggal dan dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian
perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau
bahagian daripada perkataan.

3.1

Jenis-jenis akronim
Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim
boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.

(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa
Dewan, Edisi Ketiga, halaman 105.)
Antara jenis akronim tersebut ialah seperti berikut :
i.

Kata nama akronim cantuman hurup awal perkataan


Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan
kebanyakkanya terdiri daripada nama khas ; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya.
Contohnya :
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

ii.

Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan


Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah
perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas ; oleh itu ejaannya
bermula dengan huruf besar. Contohnya :

Perhilitan
Mara

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara

Majlis Amanah Rakyat


iii.

Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan


Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah perkataan.
Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaanya bermula dengan huruf besar. Contohnya :
Bernama Berita Nasional Malaysia
tadika taman didikan kanak-kanak
cerpen cerita pendek

iv.

Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain
perkataan yang mengikutinya.
Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama
dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :
asbut asap kabut
debunga debu bunga
purata pukul rata

4.0

Rumusan

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu. Tatabahasa pula
ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan
dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam
bidang kosa kata atau pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.
Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan
baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata baharu dalam
bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu, imbuhan yang
berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana keperluan mengayakan
perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu.
Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah. Oleh hal inilah,
begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.

p/s : sekadar perkongsian ilmiah, segala kesilapan adalah datang dari diri saya sendiri.
harap membantu kalian..=)
PERBANDINGAN PROSES PEMBENTUKAN KATA DI ANTARA TATABAHASA DEWAN
DENGAN

LINGUISTIK

AM.

Oleh
Sakinah

Othman,

1.0

Norzalina

Baharuddin,

Rozita

Hamid

&

Muhamad

Nazri

Hussin

PENGENALAN

Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang
baru

timbul

dalam

masyarakat

pengguna

bahasa

itu

(Nik

Safiah

1989:

239).

Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru
yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian (1995; 24) turut menjelaskan bahawa
kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila penutur mencipta kata baru untuk menamai
objek

yang

tidak

wujud

sebelumnya

yang

terhasil

daripada

perubahan

teknologi.

Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan,
analogi, akronim, peluasan makna, penterjemahan dan peminjaman (Amat Juhari 1985). Menurut
Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau morfem yang
benar- benar baru. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada pembentukan kata baru sama sekali jika
pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan kata lama secara
baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada.
Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai
ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan
meluaskan

maknanya.

Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa bahasa menjadi asas
untuk penglahiran bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya. Oleh itu bahasa
dapat diekplotasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, bahasa
mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman
penutur
2.0

jati
DEFINISI

yang
PEMBENTUKAN

ideal.
KATA

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan
mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.

Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan
kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni
unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan.
Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem
menjadi
3.0.

kata

itulah

yang

dikenal

sebagai

morfologi.

PERBANDINGAN

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk
perkataan ini sebagai pembentukan katamanakala Abdullah Hassan di dalam Linguistik Am (2007),
menyebutnya sebagai menerbitkan perkataan. Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa
maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa
Melayu
Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk
perkataannya

iaitu:

i)

Bentuk

kata

tunggal.

ii)

Bentuk

kata

terbitan.

iii)

Bentuk

kata

majmuk

iv)

Bentuk

Mengikut buku Linguisti Am (2007),


menerbitkan

kata

ganda.

pula Abdullah Hassan menyenaraikan tiga kaedah


kata

iaitu:

i)

Pengimbuhan.

ii)

Penggandaan

iii)

Pemajmukan

3.1

Bentuk

Kata

Tunggal

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima
sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam
jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:
i)

Kata

tunggal

satu

suku

kata.

ii)

Kata

tunggal

dua

suku

kata

iii)

Kata

tunggal

tiga

suku

kata.

iv)

Kata

tunggal

empat

suku

kata

dan

lebih.

Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti ini, itu,
sini dan sana. Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk
diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh
mengandungi daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri
daripada satu vokal sahaja atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa
konsonan. Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di
hadapan
3.1.1

dan

di

belakang.
Kata

Ada

konsonan
tunggal

yang

boleh

hadir

satu

secara
suku

bergugus

(KK).
kata.

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya
merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada
juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih.
Misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu. Tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu
suku
3.1.2

kata.
Kata

tunggal

dua

suku

kata.

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara
pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti aku, aur, angka, indah, tua, kuih, guru,
bakul,
3.1.3

bangsa
Kata

tunggal

dan
tiga

bintang.
suku

kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan kata tunggal dua
suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya agak banyak. Kebanyakan
perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata pinjaman. Contohnya, tuala, ziarah, idea,
deria,

azali,

3.1.4

istana, sutera,

Kata

tunggal

jendela, akaun

empat

suku

dan gelombang.

kata

dan

lebih.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan
perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya ialah keluarga, bijaksana, mandalika,
dinihari,

kapitalis,

universiti

dan

maharajalela.

Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim boleh
ditulis
i)
ii)
iii)

dengan
Gabungan
Gabungan

suku

Gabungan

beberapa
kata
suku

huruf

dengan
kata

huruf

cara:

awal
awal

rangkai
atau

dengan

dengan

suku

kata

suku

kata

kata

ABIM

Mara
tabika

Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai
satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata mempunyai potensi dalam
bahasa Melayu. Tetapi, pembentukkannya agak longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas.
Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk
membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak
menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku Linguistik Am.
3.2

Bentuk

Kata

Terbitan

Pengimbuhan

Di dalan buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata terbitan ialah bentuk
perkataaan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan
pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang
dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut
akar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus
diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kepada kedudukannya

pada
i)

kata

dasar,

Kata

imbuhan
terbitan

dapat

berawalan

Awalan

Awalan

ii)

dibahagikan
(hadir

terbitan

empat

sebelum

jenis
kata

kata

(hadir

dasar).

kerja

kata

berakhiran

iaitu

nama.

kata

Awalan
Kata

kepada

adjektif
sesudah

kata

dasar).

Akhiran

kata

nama

Akhiran

kata

kerja

iii)

Kata

terbitan

berapitan

(hadir

secara

mengapit

kata

dasar).

Apitan

kata

nama

Apitan

kata

kerja

iv)
-

Apitan
Kata

terbitan

kata

bersisipan

(hadir

Kata
Kata
Kata

adjektif
dicelah

kata

dasar).
nama
adjektif
kerja

Manakala Abdullah Hassan (2007), menyebut kata terbitan sebagai pengimbuhan. Pengimbuhan
ialah proses membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata
dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri
daripada morfem bebas atau terikat atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan,

penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat
berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri
daripada

i)

Awalan

ii)

Akhiran

iii)
iv)

Sisipan
Apitan

(dicantumkan

pada

(dicantumkan
(disisip

(dicantum

pada

selepas
pada

pangkal

pangkal

kata

dasar)

akhir

kata

dasar)

konsonan
dan

pertama
akhir

kata

kata

dasar

dasar)
serentak)

Oleh itu, kita dapat melihat persamaan pendapat antara buku Tatabahasa Dewan dengan buku
Linguistik Am dalam membentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu
proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar walaupun dari segi istilahnya berbeza kerana Nik
Safiah menyebut kata terbitan manakala Abdullah Hassan menyebut pengimbuhan. Tetapi
hakikatnya,

proses

3.3

yang

Bentuk

Kata

berlaku

adalah

Majmuk

sama.
Pemajmukan

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain
seperti yang. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata
hubung dan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:
i)
ii)
iii)

Kata
Kata
Kata

majmuk

yang

majmuk
majmuk

terdiri
yang
yang

daripada

rangkaikata

berbentuk
mendukung

kata

bebas.

istilah

khusus.

maksud

kiasan.

Selain itu, terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap
mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi
dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan.

Contohnya, antarabangsa.
Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam
golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya, peribadi, barangkali dan
sukacita.

Penggandaan

kata

majmuk

melibatkan

penggandaan

unsure

pertama

sahaja.

Contohnya, alat- alat tulis. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah
mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya, warganegara- warganegara.
Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata
majmuk
i)

terdapat

dua

bentuk

iaitu;

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja,

ejaannya
ii)

dalam

tetap

terpisah.

Contohnya, campur

aduk

bercampur

aduk.

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi

bercantum.

Contohnya, satu

padu

menyatupadukan.

Dalam buku Linguistik Am pula, Abdullah Hassan menyebutnya pemajmukan. Kata majmuk ialah
binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut boleh terdiri
daripada kata akar atau kata terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini
bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan,
mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.
Apabila kata- kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu
diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM.
Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca dansebar
luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata
majmuk

demikian

dipanggil

kata

majmuk

bukan

sintaktik.

Contohnya

ialah bumiputera dan mahasiswa. Kata bumi ialah penerang dan putera ialah inti yang diterangkan.
Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD iaitu yang menerangkan mendahului inti yang
diterangkan.
Menurut Abdullah Hassan (2007), kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah binaan
sintaksis.
i)

Tiga
Kata

ciri

yang

majmuk

menunjukkan
mempunyai

kata

makna

majmuk
khas

itu
sebagai

bukan
satu

frasa

ialah:

perkataan.

ii)
iii)

Kata

majmuk

Kata

mempunyai

majmuk

siri

terdiri

kesatuan

daripada

sebagai

satu

satu

kata.

kumpulan

tertutup.

Penulisan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada yang dieja terpisah
contohnya kereta api. Ada juga kata majmuk yang dieja bergabung contohnya antarabangsa.
Pandangan ini adalah sama dengan Nik Safiah kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat 30
kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan. Selain itu, ada juga kata majmuk yang digandakan
seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang banyak. Contohnya ialah kakitangan- kakitangan.
Kata majmuk juga dipecahkan kepada kata nama majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk,
kata
3.4

adverba

majmuk

Bentuk

dan

Kata

kata

tugas

Ganda

majmuk.
Penggandaan

Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa
dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat
tiga

jenis

penggandaan

iaitu:

i)

Penggandaan

penuh

ii)

Penggandaan

separa

iii)

Penggandaan

3.4.1

berentak

Penggandaan

Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar
itu
i)
ii)
-

mengandungi
Penggandaan

penuh

imbuhan
kata

tunggal

Penggandaan
Dengan

awalan

ataupun

contohnya

penuh

tidak.
ialah ayat-

kata
contohnya

ayat.

berimbuhan.
ialah ketua-

ketua.

Dengan

akhiran

Dengan

contohnya

apitan

3.4.2

ialah ajaran-

ajaran.

contohnya persatuan-

persatuan.

Penggandaan

separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar
boleh

merupakan

i)

Penggandaan

ii)
-

Dengan

awalan

Dengan

Dengan

Dengan

Dengan

separa

kata

ataupun

tunggal

separa

kata

awalan

kerjakata

akhiran
akhiran
akhiran

kata

terbitan.

contohnya

ialah sesiku.

berimbuhan

ialah berlari-

nama

kata

kata

kata

contohnya
adjektif

kata

lari dan tolong-

contohnya

adjektif

pandai.

ialah sayur-

sayuran.

ialah doa-

doakan.

ialah rindu-

rinduan.

contohnya
contohnya

menolong.

ialah sepandai-

contohnya

kerja

Dengan apitan kata kerja contohnya ialah bersalam- salaman, mendewa- dewakan,

mengulang-

tunggal

Penggandaan

kata

ulangi dan dibayang-

Dengan

apitan

kata

3.4.3

adjektif

contohnya

bayangi.
ialah kebodoh-

Penggandaan

bodohan.
berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyibunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi
demikian,
i)

maka

penggandaan

Penggandaan

berentak

dibahagikan

berentak

kepada

tiga

pengulangan

jenis

iaitu:
vokal.

ii)

Penggandaan

iii)

berentak

pengulangan

Penggandaan

berentak

konsonan.
bebas.

Di dalam buku Linguistik Am (2007), Abdullah Hassan turut menyatakan proses penerbitan kata
boleh berlaku melalui penggandaan manakala Nik Safiah menyebutnya sebagai bentuk kata ganda.
Walaupun istilah berbeza tetapi ia membawa maksud yang sama. Pada pendapat Abdullah Hassan,
penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Abdullah
Hassan menyenaraikan empat jenis penggandaan menurut cara kata dasar digandakan iaitu:
i)

Gandaan

penuh.

ii)

Gandaan

separa.

iii)

Gandaan

rentak

iv)

Gandaan

bebas.

3.4.4

Gandaan

Penuh.

Gandaan penuh boleh dilakukan pada kata akar dan kata terbitan daripada golongan kata nama,
kata
i)

kerja
Kata

ii)

(membawa

meja-

maksud
meja

kata
banyak

dan

adjektif.

menyerupai).

banyak

Contohnya:
meja).

Orang- orang (banyak orang atau lembaga orang bagi menakutkan burung di sawah)
Kata Kerja (membawa maksud perbuatan dilakukan berulang atau tidak serius). Contohnya:

Nama

dan

MakanMain-

main

makan
(main

berterusan,

(makan
tidak

serius

berterusan)
melakukan

sesuatu)

iii)

Kata

Adjektif

iv)

membawa

maksud

Putih-

sifat

yang

putih

menyeluruh).

Contohnya:

(putih

belaka)

Kata Adverba (menerangkan bila dan jangka masa sesuatu perbuatan atau perihal keadaan

berlaku).

Contohnya:

v)

SampaiKata

sampai

Terbitan

(sebaik

(menghasilkan

Pemain-

sahaja

perkataan

pemain

3.4.5

sampai)

kompleks).

Contohnya:

(ramai

pemain)

Gandaan

Separa

Penggandaan separa adalah kelainan bentuk penggandaan penuh yang berlaku kepada kata nama
tunggal. Seluruh kata tunggal boleh digandakan atau hanya suku kata pertama digandakan. Bunyi
vokal dalam suku kata yang digandakan itu berubah menjadi e pepet. Kata ganda separa membawa
maksud

yang

i)

Kata

Nama

ii)

Kata

Kerja

iii)

Kata

iv)

Kata

sama

Adjektif

dengan

kata

ganda

laki

laki-

laki

lelaki

tulis

tulis-

tulis

tetulis

Adverba

sedap

laju

3.4.6

penuh.
(jantan,
(

ramai

menulis

sedap-

sedap

sesedap

laju-

laju

lelaju

Contohnya:
laki-

laki)

berkali-

kali)

(sedap
(dengan

Gandaan

belaka)
laju)
Rentak

Ada beberapa kata nama yang boleh menerima penggandaan rentak sama ada rentak suku kata atau
berentak bunyi. Fungsi gramatis penggandaan rentak ialah menunjukkan banyak yang beraneka.
Perubahan suku kata atau bunyi vokal memberi tambahan aneka kepada pengertian banyak yang
sudah ada pada kata ganda tersebut. Terdapat tiga jenis penggandaan rentak iaitu :
i)

Rentak

suku

kata

awal

bukit

bukit-

bukau

ii)

Rentak

suku

iii)

Rentak

bunyi

kata

akhir

suku

vokal

3.4.7

lauk

lauk-

pauk

sakat

suku

Gandaan

Bebas

Bentuk gandaan bebas mengandungi bentuk bebas. Bentuk kata dasar itu ada tetapi gandaannya
hanya wujud dalam bentuk penggandaan sahaja. Fungsi gramatisnya juga menunjukkan banyak.
Bilangan

penggandaan

begini

ipar

tidak

ipar-

banyak.

Contohnya

duai

ialah:

(ramai

ipar)

Rangkap kata berbeza daripada kata ganda. Dalam gandaan, ada kata dasar yang digandakan.
Dalam rangkap kata, kedua- dua perkataan itu adalah perkataan lain sama sekali. Sebagai
contoh cerdik

pandai

ialah

rangkap

kata.

Bentuk

perkataan pandai bukanlah

pengganda

kepadacerdik. Sebaliknya pandai ialah pasangan rangkap kepada cerdik. Oleh sebab itu, rangkap
kata

bukanlah

3.4.8

kata

Kata

Ganda

bebas.
dan

Imbuhan

Perkataan berganda juga berlaku dengan imbuhan. Bagi kata nama, penggandaan mestilah berlaku
di awal, di akhir atau mengapit kata dasar yang digandakan. Kata ganda nama boleh menerima
imbuhan
i)
ii)

ber-,
Dengan
Dengan

iii)
iv)

-an,
awalan-

akhiran

ber

Dengan
Dengan

4.0

RUMUSAN

me--kan
+

ber

apitan
awalan

dan
haribunga

di

tengah

di--kan.
hari
bunga

Contohnya:
berhari-

berbungadikepal-

hari
bunga.
kepalkan

rayu-

merayu

Kesimpulannya, menurut Nik Safiah Karim (2010), terdapat empat jenis pembentukan
kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata terbitan , kata majmuk dan kata ganda seperti
yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan (2010). Manakala menurut Abdullah Hassan
(2007), pula terdapat tiga kaedah untuk menerbitkan perkataan dalam bahasa Melayu iaitu
melalui pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Ini kerana di dalam buku Linguistik Am
(2007), tidak ada cara menerbitkan perkataan melalui kaedah bentuk kata tunggal. Walaupun
berbeza dari segi istilah tetapi kaedah pembentukannya adalah sama.
Kaedah pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini berbeza
daripada kaedah pembentukan atau mewujudkan perkataan-perkataannya melalui proses
perubahan fonem (bunyi bahasa) dalam kata dasar itu sendiri dengan berdasarkan golongan kata
atau kasusnya.
Proses pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di antara kedua- dua buku ini
hampir sama walaupun istilah yang digunakan berbeza. Contohnya, buku Tatabahasa Dewan
(2010), menyebut kata terbitan manakala buku Linguistik Am (2007), menyebut perkataan
pengimbuhan. Begitu juga dengan kata majmuk yang disebut sebagai pemajmukan manakala
kata ganda disebut sebagai penggandaan di dalam buku Linguistik Am.
Selain jenis-jenis perkataan yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga bentuk yang
dihasilkan melalui proses penyingkatan kata yang menghasilkan kata tunggal jenis akronim.
Menurut Abdullah Hassan, ada tiga proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu
pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar
ini akan membentuk imbuhan apabila mengalami proses pemgimbuhan, bentuk yang
digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga
yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Ditegaskan bahawa bentuk dasar
boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. Kata terbitan ini pula terdiri daripada
kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim.
Menurut Abdullah Hassan (2007), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan
melalui proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.
Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah
golongan kata dan mencipta perkataan baharu. Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata

dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan
terhasil kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu
awalan ,akhiran, sisipan dan apitan. Abdullah Hassan menghuraikan pengimbuhan kata nama,
kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Manakala Nik Safiah hanya menghuraikan awalan
kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Selain itu, Nik Safiah membahagikan bentuk kata
terbitan kepada empat iaitu kata terbitan awalan, kata terbitan akhiran, kata terbitan berapitan
dan kata terbitan bersisipan. Abdullah Hassan pula membahagikan pengimbuhan kepada tiga
sahaja iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan.
Walau bagaimanapun, dalam proses pembentukan kata melalui kata majmuk atau
pemajmukan terdapat perbezaan dari segi huraian. Nik Safiah membahagikan bentuk kata
majmuk kepada tiga iaitu kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata, berbentuk istilah
khusus dan yang mendukung maksud kiasan. Abdullah Hassan pula menghuraikan proses
menerbitkan kata melalui pemajmukan dengan lebih terperinci dan membahagikannya kepada
tiga iaitu kata majmuk yang mempunyai makna khusus, dari satu perkataan dan kumpulan kata
majmuk tertutup.
Untuk pembentukan kata melalui kata ganda atau penggandaan, di dalam buku
Tatabahasa Dewan terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan
separa dan penggandaan berentak. Manakala, di dalam buku Linguistik Am terdapat empat jenis
penggandaan iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan rentak dan gandaan bebas. Huraian
menerbitkan kata di dalam buku Linguistik Am adalah lebih terperinci.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua- dua buku ini ada banyak perbezaan
pendapat dan huraian tentang pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di dalam bahasa
Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit persamaan dalam sesetengah huraian dan
penerangan untuk membentuk kata. Walau bagaimanapun, kedua- dua buku ini amat bermanfaat
dan dapat membantu dalam mempelajari proses pembentukan kata bahasa Melayu. Selain itu,
kedua- dua buku ini amat menarik dan boleh dijadikan pegangan dalam mempelajari dan
mendalami

RUJUKAN

tatabahasa

bahasa

Melayu

khususnya

dalam

bidang

morfologi.

Abdullah Hassan. (1985). Penerbitan kata dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu. Morfologi dan sintaksis. Pahang: PTS
Publication
Abdullah

&
Hassan.

Distributors
(2007). Linguistik

am.

Sdn.
Kuala

Bhd.
Lumpur:

PTS

Ahmad Khair Mohd Nor. (2007). Pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Pustaka

Salam.

Akmajian, Andrian, Aishah Mahdi, & Azizah Hussein. (1995). Linguistik: Pengantar bahasa
dan

komunikasi.

Kuala

Lumpur:

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka.

Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Seman Salleh, & Munsyi Zainal Abidin Kasim.
(2010). Morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Amat Juhari moain. (1985). Pembentukan kata dan istilah. Dewan Bahasa. 29:1, Januari, 1985,
hlm.

18-

34.

Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Dewan

Bahasa.

Jilid

44.

Bil.

9.

September

2000,

hlm.

937-949.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood.
(2010). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1 (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai