Anda di halaman 1dari 25

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

PEMARKAHAN
1. TUGASAN A
2. TUGASAN B
JUMLAH

BML 3083

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU


TAJUK TUGASAN
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan
tentang makna makna di bawah. Ulasan perbincangan anda mesti dikemukakan
dengan mengambil beberapa pandangan tokoh dan contoh-contoh yang sesuai bagi
menggambarkan pemahaman anda tentang jenis-jenis makna tersebut.
1. Makna Leksikal
2. Makna Gramatikal
3. Makna Kontekstual
4. Makna Referensial
5. Makna Asosiatif
B.Dengan mengemukakan 5 contoh perkataan dalam bahasa Melayu, bincangkan
tentang contoh perkataan tersebut dengan menggunakan teori Analisis Komponen
Makna yang diasaskan oleh Karz dan Fodor. Ulasan perbincangan berkaitan teori
yang digunakan mesti disandarkan kepada beberapa pandangan tokoh dan
mengemukakan rajah yang sesuai bagi memperlihatkan wujudnya komponen makna
bagi setiap perkataan tersebut.
KUMPULAN
GROUP UPSI16(A122PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

DARMIN BIN LADIRO

D20112053772

013-8803681

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SITI SANIAH ABU BAKAR


TARIKH SERAH:

07.05.2013

TUGASAN A

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENDAHULUAN

2.0

MAKNA LEKSIKAL

3.0

MAKNA GRAMATIKAL

4.0

MAKNA KONTEKSTUAL

5.0

MAKNA REFERENSIAL

6.0

MAKNA ASOSIATIF

7.0

PENUTUP

1.0

PENDAHULUAN
Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu

linguistik ini, menjadi suatu pekara yang amat penting memandangkan kajian bahasa
tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952)
menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam
linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam
kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti.

Walau

bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya,


Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16
pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok,
kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan.
Dalam bidang linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau
erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu
bidang yang sangat luas, dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan
fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.
Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna leksikal,
makna gramatikal, makna kontekstual, makna referensial, makna asosiatif dan banyak
lagi.

2.0

MAKNA LEKSIKAL
Makna Leksikal adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah

leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem
iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal bermaksud
makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai
dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer,1992).
Menurut Kamus dewan melayu Edisi Pelajar (1985:316), leksikografi merujuk
kepada penyusunan kamus, hal-hal yang berkaitan dengan kamus. Ahli bahasa Soviet,
Maslov(1987:90) pula menyatakan makna leksikal sebagai Rujukan kepada sesuatu
kandungan tertentu, yang spesifik bagi sesuatu perkataan hanya sebagai perbezaan
dengan semua perkataan lain, dinamakan leksikal.

Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya
terdiri daripada kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. Contohnya,
kambing hitam. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan
maknahitam, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu orang yang dipersalahkan.
Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya,
maka perkataankambing hitam dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih
dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et.al., 2005).
Makna leksikal adalah makna suatu kata sebelum mengalami proses perubahan
bentuk. Makna leksikal disebut juga makna kamus sebagai contoh;

Rumah =bangunan tempat tinggal.Contoh ayat, :Itu rumah saya

Makan= memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan mengunyahnya.


Contoh ayat Nenek sedang makan sirih

Basikal=kenderaan tanpa motor beroda dua. Contoh ayat Saya naik


basikal ke sekolah

3.0

MAKNA GRAMATIKAL
Menurut Darwis Harahap (1994: 49), gramatikal membawa maksud nahuan

atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses
gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam sesuatu imbuhan
apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat
pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Makna gramatikal juga merupakan makna
yang ditimbulkan oleh proses gramatis yang ditentukan oleh urutan kata, intonasi, dan
bentuk. Abdullah Yusof (2009: 3) pula menjelaskan bahawa makna gramatikal adalah
bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal,
seperti pengimbuhan, penyisipan, penggandaan dan pemajmukan.

Penyisipan.

Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata
dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar. Walau bagaimanapun, sisipan tidak produktif
lagi kerana sisipan tidak menghasilkan bentuk-bentuk terbitan yang baharu. Dalam
bahasa Melayu terdapat empat bentuk sisipan, iaitu em-, -el-, -er-, dan in-. Sisipan
ini digunakan dalam pembentukan istilah dalam bahasa Melayu dan sesebuah kata

yang menerima sisipan akan berlaku perubahan maknanya. Sisipan kata nama, iaitu
el-, -er-, dan em- boleh membawa makna sesuatu yang mempunyai ciri yang
terkandung dalam kata dasar, seperti telunjuk, gerigi dan kemucup. Bentuk sisipan
kata adjektif pula, iaitu el-, -er-, em- dan in-, seperti selerak, gemuruh, dan kerlip
mendukung makna bersifat. Manakala bentuk sisipan kata kerja, iaitu el-, -er-, dan
em- , kata nama dan kata adjektif akan menjadi sisipan kata kerja apabila melalui
proses pengimbuhan, seperti menjelajah, bergerigi, dan bergemuruh.

Pengulangan/ Penggandaan

Pengulangan atau penggandaan terhasil dengan menggandakan atau mengulangi kata


dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagianbahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan,
1993: 49). Menurut Abdullah Hassan (2002: 36), kata ganda terbahagi kepada lima,
iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan berentak, gandaan bersisipan dan
gandaan bebas. Dalam Tatabahasa Dewan (1993: 77), terdapat tiga jenis kata ganda,
iaitu kata ganda seluruh atau penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak atau
bersajak atau berima.

Pemajmukan/Penggabungan.

Tatabahasa Dewan (1993: 73) mendefinisikan proses majmuk ialah proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
tertentu. Menurut Abdullah Hassan (2002: 11) pula, kata majmuk terdiri daripada dua
perkataan atau lebih, tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. Makna kata majmuk
merupakan makna gramatikal kerana makna itu hadir setelah terjadinya proses
gramatikal, iaitu proses pemajmukan. Makna kata majmuk berkaitan hubungan
makna antara unsur yang membentuk paduan itu, yakni ada atau tidak makna yang
muncul daripada hubungan makna antara unsur pertama dengan unsur kedua dari
paduan tersebut. Makna kata majmuk dapat dilihat dari unsur-unsur pembentuknya
sama ada makna itu terhasil daripada unsur pertama pembentuknya, unsur keduanya,
atau daripada kedua-duanya. Oleh hal yang demikian, kata majmuk merupakan dua
atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan
maksud asal kata itu.

Pengimbuhan.

Gramatikal merupakan proses perubahan bentuk kata yang terjadi kesan daripada
penggunaan imbuhan terhadap kata dasar yang akan melahirkan makna-makna
gramatis. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang
menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran ataupun apitan. Proses
pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan satu cara untuk mengembangkan kata
dasar. Hal ini bermakna bahawa pelbagai imbuhan dapat diimbuhkan pada satu kata
dasar. Contohnya, daripada kata dasar batas, dapat diberikan pelbagai pengimbuhan
pada kata tersebut seperti dibatas, perbatas, pembatas, berbatas, terbatas,
membataskan, batasan, keterbatasan, dan pembatasan. Dengan adanya pelbagai
bentuk imbuhan pada kata dasar batas, makna kata tersebut juga menjadi pelbagai.

4.0

MAKNA KONTEKSTUAL
Kamus Dewan, (2007) mengatakan makna kontekstual ialah berkaitan dengan

atau menurut konteks. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Rain Shaari, (2009)
pula menyatakan makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada
di dalam sesuatu konteks. Makna konteks juga boleh berkenaan dengan situasinya iaitu
tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. Makna sesuatu perkataan yang
diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.Contoh mankan
kontekstual dapat diperhatikan dalam ayat di bawah ini.
1)

Budak itu mengambil buku saya.

2)

Semester sebelum ini saya belum mengambil kuliah Sejarah Melayu.

3)

mengambil yang membawa maksud memungut.

mengambil yang membawa maksud mengikuti

Khabarnya Encik Arif akan mengambil Pak Abu menjadi pemandunya.

mengambil yang membawa maksud menjadikan

Kontek makna juga boleh berkenaan dengan situasi, waktu dan lingkungan bahasa
itu digunakan contohnya;
Lapan kali dua belas berapa?

Jikalau soalan ini kita ajukan kepada murid semasa pengajaran dan pembelajaran
matematik, murid tentu akan menjawab sembilan puluh enam. Namun jika kita pergi ke
kedai gambar ianya merujuk kepada harga foto yang berukuran lapan kali duabelas inci.
Oleh itu, sebagai penutur kita perlu mengetahui dengan siapa kita sedang
berbicara. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan antara
dua pihak dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik akibat kesalahan isi yang kita
tuturkan. Sebagai contoh, gambar di bawah ini memaparkan seorang guru yang sedang
mengajar di dalam kelas tetapi memakai pakaian seorang doktor. Hal ini tidak
bersesuaian dengan situasi, sebagai guru seharusnya beliau mengenakan pakaian yang
sesuai untuk seorang guru, agar dapat menarik minat pelajarnya untuk memberikan
perhatian.

5.0

MAKNA REFERENSIAL
Teori Referensial merujuk kepada segitiga makna seperti yang dikemukakan oleh

Ogden dan Richard. Makna, demikian ogdan dan Richard adalah hubungan antara
reference dan referent yang dinyatakan oleh simbol bunyi bahasa baik berupa kata
maupun frase atau kalimat. Simbol bahasa dan rujukan tidak mempunyai hubungan
langsung. Teori ini menekankan hubungan langsung antara referensi yang ada di alam
nyata.
Menurut Nik Safiah Karim, apabila perkataan mempunyai referen, maka
perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Sesuatu kata disebut bermakna
refensial jika ada referensinya atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori
kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.

Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan
antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman
nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diertikan berupa benda, peristiwa, proses atau
kenyataan. Referen adalah sesuatu yang ditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial
mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda,
gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses.Contoh perkataan adalah seperti berikut;

Minum

Merah

Cerdik

Gambar

Kasut

Kuda

Surau

Perkataan yang tidak mempunyai referen seperti yang, namun, walaupun, kerana, dan,
tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial atau kata-kata yang tidak bermakna.

6.0

MAKNA ASOSIATIF
Menurut Abdul Chaer, makna asosiasi adalah makna kata yang berkenaan dengan

adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Misalnya, kata
melati berasosiasi dengan sesuatu yang suci atau kesucian, kata merah berasosiasi berani,
kata buaya berasosiasi dengan jahat atau kejahatan. Makna asosiasi ini sebenarnya sama
dengan lambang atau perlambangan yang digunakan oleh suatu masyarakat pengguna
bahasa untuk menyatakan konsep lain, yang mempunyai persamaan dengan sifat keadaan,
atau ciri yang ada konsep asal tersebut.
Menurut Leech(1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki oleh sebuah
kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna
afektif, makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu
denganyang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut
SetiawatiDermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak
seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini
dipengaruhi unsur-unsur psikis,pengetahuan dan pengalaman seseorang. Makna asosiatif

biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo, 2003). Makna


asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu
masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan, atau ciri yang ada pada
konsep asal kata atau perkataan tersebut.
Sebagai contoh bunga di lambangkan sebagai seorang gadis yang cantik dan
masih muda, manakala perkataan buaya dikaitkan dengan jahat atau ganasatau
membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu juga
dengan kata mawar yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi
cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan bersih dan suci. Hal ini
bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif,
stilistik,afektif, reflektif dan kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk dalam
makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap
perkataan itu. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait
rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek
yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat, nada dan intonansi.
Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa
kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. Makna
asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja
makna referensial sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif memainkan peranan
yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat
makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi
sebuah puisi tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi
lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif. ( Kushartanti et.al., 2005).

7.0

PENUTUP
Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang . Semantik juga boleh dibahagikan

kepada beberapa jenis. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan
sudut pandangan. Jenis-jenis makna terdiri daripada makna leksikal, makna gramatikal,
makna kontekstual, makna referensial dan makna asosiatif. Konsep dan makna sesuatu
kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen. Kata (sama dalam bentuk bunyi
atau tulisan) konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran) dan

rujukan.(benda konkrit yang dirujuk),Perbincangan ilmu semantik juga perlu mengambil


kira semua konsep yang terkandungdalam makna. Konsep itu merangkumi semua aspek
termasuk keadaan, tindakan, proses atau benda. Dalam penggunaan bahasa, matlamat
utama adalah untuk menyampaikan mesej iaitu maksud atau makna yang ingin
disampaikan oleh penutur. Bidang semantik dapat memberi kefahaman kepada kita
bahawa secara sedar atau pun tidak kita sebenarnya sentiasa mengujarkan atau
memperlihatkan tingkahlaku dan komunikasi yang mempunyai pelbagai makna yang
tersurat dan tersirat.

RUJUKAN

Abdullah Yusof et. al.(2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Adn. Bhd.
Abdullah Hassan.(1992). Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Azman Wan Chik.(1985). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2 Latihan Guru Dan Bahan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
BML 3083 Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Suldan Idris.

RUJUKAN DARI INTERNET


http://faisalarshad90.blogspot.com/2012/10/keperluan-kontekstual.html
http://laiyina.blogspot.com/2012/11/makna-referensial-dan-makna-konseptual.html
http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/07/semantik-dan-peristilahan-bahasa-melayu.html
http://norlizasamzakaria.blogspot.com/

10

TUGASAN B

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENDAHULUAN

14

2.0

TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA

14

3.0

ANALISIS KATA HULU

15

3.1

ANALISIS KATA HULU MENGGUNAKAN


RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA.

3.2

ANALISIS HULU BENDA PARANG


MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN -

3.3

16

ANALISIS HULU TEMPAT KAMPUNG


MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

3.5

16

ANALISIS HULU TEMPAT SUNGAI


MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

3.4

15

16

ANALISIS HULU ORANG MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

17

4.0

PERKATAAN JANTAN

17

4.1

ANALISIS KATA JANTAN MENGGUNAKAN


RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA

17

11

4.2

ANALISIS JANTAN HAIWAN MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

4.3

18

ANALISIS JANTAN MANUSIA MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

18

5.0

PERKATAAN BUNGA

18

5.1

ANALISIS KATA BUNGA MENGGUNAKAN


RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA

5.2

ANALISIS BUNGA MANUSIA MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

5.3

18

19

ANALISIS BUNGA TUMBUHAN MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

19

6.0

PERKATAAN KUMBANG

19

6.1

ANALISIS KATA KUMBANG MENGGUNAKAN


RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA

6.2

ANALISIS KUMBANG SERANGGA MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

6.3

7.0

20

20

ANALISIS KUMBANG MANUSIA MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

21

PERKATAAN MANGGA

21

12

7.1

ANALISIS KATA MANGGA MENGGUNAKAN


RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA

7.2

ANALISIS MANGGA TUMBUHAN MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

7.3

8.0

21

22

ANALISIS MANGGA IBU KUNCI MENGGUNAKAN


SIMBOL + DAN

22

PENUTUP

22

13

1.0 PENDAHULUAN
Semantik merupakan suatu bidang linguistik yang mengkaji perihal makna atau
analisis makna secara sinkronis dalam bahasa. Sesetengah ahli bahasa berpendapat
bahawa bidang semantik merupakan antara bidang linguistik yang paling sukar dipelajari
dan dikuasai. Hal ini sedemikian adalah disebabkan bidang semantik merupakan suatu
bidang kajian linguistik yang amat kompleks dan luas dari segi ruang lingkup unit
pengkajiannya. Dalam bidang semantik, konsep makna boleh diklasifikasikan lagi
kepada beberapa kategori topik kajian yang berbeza-beza. Misalnya, makna logik
merupakan salah satu unit kajian yang terdapat dalam bidang semantik.
Teori kajian semantik mempunyai empat cabang kesemuanya. Antaranya ialah
Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen, Teori Imej dan Teori Logik Simbolik.
Teori-teori ini digunakan dalam mengkaji makna atau subskategori yang lain dalam
kajian tersebut. Dalam

menganalisis komponen makna, berdasarkan Teori Analisis

Komponen, kita perlu mengetahui konsep dan makna sebenar analisis komponen.

2.0 TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA.


Teori Analisis Komponen merupakan satu teknik menganalisis makna dan
pertalian yang terdapat di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Maknamakna yang terkandung di dalam setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan
melalui komponen makna perkataan itu. Melalui teknik ini, setiap konsep dipecahkan ke
dalam komponen atau fitur yang terkecil iaitu fitur distingtif yang diperkenalkan oleh
Jacobson (1938) dan seterusnya diperbaharui oleh Katz dan Fodor (1968) di mana ia
menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) bagi menandakan ada atau tiadanya
fitur pada sesuatu perkataan itu. Perkataan yang sering digunakan dalam hubungan
makna secara umumnya di dalam bahasa adalah sinonim (kata bersamaan makna) dan
antonim (kata berlawanan makna) (Geoffrey Leech, Semantics: The study of meaning,
1981).
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) pula, Teori Analisis Komponen cuba
menerangkan kata-kata mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain.
Hubungan ini disebut struktur leksikal. Analisis komponen diaplikasikan bagi melihat
hubungan makna bagi sepatah perkataan dengan sejumlah unsur atau komponen makna.

14

Antara perkara yang harus diperhatikan dalam teori ini ialah melihat sejumlah perkataan,
melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata lain, dan
melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang
membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain. Elemen semantik yang
menjelaskan makna linguistik bagi sesuatu morfem atau perkataan adalah berbeza
daripada elemen bukan linguistik seperti dalam bidang sains.

Misalnya, ahli sains

menjelaskan maksud air sebagai cecair yang terdiri daripada unsur hidrogen dan
oksigen.

Maksud sedemikian tidak menjelaskan makna sebenar bagi kata tersebut,

keperluan untuk menganalisis kata itu dengan melihat elemen semantiknya harus
dilakukan. Analisis sedemikian memberikan manfaat kepada pengguna bahasa kerana
dapat membantu seseorang untuk memahami makna semantik sesuatu perkataan yang
berhubung dengan makna rujukan. Dengan mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan
itu juga dapat membantu seseorang memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran,
di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan.

3.0

ANALISIS KATA HULU.


Perkataan hulu boleh dirujuk kepada beberapa makna iaitu,

3.1

Hulu benda parang.

Hulu tempat sungai.

Hulu tempat kampung.

Hulu orang.

ANALISIS

KATA

HULU

MENGGUNAKAN

RAJAH

ANALISIS

KOMPONEN MAKNA.
Hulu
Kata Nama
Hulu parang

Hulu sungai

Hulu kampung

Orang Hulu

kayu

jernih

mundur

mundur

keras

deras

jauh

sopan

berukir

jauh

terpencil

pendiam

tumpul

nyaman

nyaman

tidak
berpelajaran

senjata

bersih

desa
tradisional

15

bandar

sibuk

banyak bangunan

nyaman

tercemar

mundur

jauh

lengkap kemudahan asas

Hulu kampung

desa

3.4
jernih
keruh
tenang
deras
nyaman
tercemar
jauh
bersih
tempat berkelah
kawasan Bandar

Hulu sungai

tenang

3.3

kata nama

kata nama
keras
lembut
besi
kayu
tajam
tumpul
senjata
perhiasan
berkarat
seni tradisi

Hulu parang

kata nama

3.2
ANALISIS HULU BENDA PARANG MENGGUNAKAN SIMBOL +
DAN -

+
+
+
+
+
+
+

ANALISIS HULU TEMPAT SUNGAI MENGGUNAKAN SIMBOL +


DAN

+
+
+
+
+
+
+
+
-

ANALISIS HULU TEMPAT KAMPUNG MENGGUNAKAN SIMBOL +


DAN

16

4.0

sopan

berpendidikan tinggi

berkulit hitam

pendiam

pemalu

primitif

moden

bijak bercucuk taman

pemburu

Orang hulu

mundur

ANALISIS HULU ORANG MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

kata nama

3.5

PERKATAAN JANTAN

Perkataan jantan diboleh rujuk kepada beberapa makna;

4.1

jantan manusia

jantan haiwan
ANALISIS KATA JANTAN MENGGUNAKAN RAJAH ANALISIS

KOMPONEN MAKNA
Jantan
Kata nama

Ayam jantan

Anak jantan

berani

berani

bernyawa

bernyawa

haiwan

manusia

makan

makan

17

haiwan

boleh membaca

berani

dimakan

terbang

berparuh

berkaki dua

bersayap

5.0

manusia

haiwan

boleh membaca

berani

dimakan

terbang

berparuh

berkaki dua

Bersayap

Anak jantan

bernyawa

ANALISIS JANTAN MANUSIA MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

kata nama

4.3

manusia

Ayam jantan

bernyawa

ANALISIS JANTAN HAIWAN MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

kata nama

4.2

PERKATAAN BUNGA

Perkataan bunga boleh dirujuk kepada beberapa makna;

Tumbuhan

Manusia

5.1 ANALISIS

KATA

BUNGA

MENGGUNAKAN

RAJAH

ANALISIS

KOMPONEN MAKNA
Bunga
Kata nama
Tumbuhan
berwarna
cantik
berkelopak
lembut

Manusia
cantik
perempuan
belum berkahwin
muda
18

berbau harum

anak dara

manusia

Tumbuhan

muda

Anak dara

perempuan

berwarna

berkelopak

belum berkahwin

Bunga

bernyawa

ANALISIS BUNGA MANUSIA MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

kata nama

5.2

(manusia)

manusia

tumbuhan

berbau harum

Lembut

perempuan

berwarna

berkelopak

cantik

Bunga

berbau harum

ANALISIS BUNGA TUMBUHAN MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

kata nama

5.3

(tumbuhan)

6.0

PERKATAAN KUMBANG
Perkataan kumbang boleh dirujuk kepada beberapa makna;

manusia

serangga

19

6.1

ANALISIS KATA KUMBANG MENGGUNAKAN RAJAH ANALISIS


KOMPONEN MAKNA
Kumbang
Kata nama
Serangga

Manusia

berwarna

bernyawa

cantik

lelaki

bernyawa

berkaki dua

terbang

manusia
makan

berkaki enam

6.2

ANALISIS KUMBANG SERANGGA

MENGGUNAKAN SIMBOL +

berwarna

manusia

serangga

berkaki dua

berkaki enam

terbang

makan

berjalan

cantik

Kumbang

kata nama

DAN

(serangga)

20

6.3

ANALISIS KUMBANG MANUSIA MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

lelaki

manusia

Serangga

berkaki dua

berkaki enam

terbang

makan

berjalan

cantik

Kumbang

kata nama

(Manusia)

7.0

PERKATAAN MANGGA
Perkataan mangga boleh dirujuk kepada beberapa makna;

7.1

buah

ibu kunci

ANALISIS KATA MANGGA MENGGUNAKAN RAJAH ANALISIS


KOMPONEN MAKNA
Mangga
Kata nama
Buah
mempelam

Ibu kunci
keras

dimakan
besi/tembaga
berbau
keselamatan
mempunyai rasa
berkarat
jenis tumbuhan

21

7.2

ANALISIS MANGGA TUMBUHAN

MENGGUNAKAN SIMBOL +

Mempelam

mempunyai rasa

tumbuhan

besi\tembaga

berbau

keras

jenis tumbuhan

keselamatan

Dimakan

Mangga

kata nama

DAN

(Tumbuhan)

7.3

ANALISIS MANGGA IBU KUNCI MENGGUNAKAN SIMBOL + DAN

berkarat

mempunyai rasa

tumbuhan

besi\tembaga

berbau

keras

jenis tumbuhan

keselamatan

dimakan

Mangga(Ibu

kata nama

kunci)

8.0

PENUTUP
Setelah menghuraikan dan melihat komponen makna ini, barulah perhubungan

setiap kata dapat dilihat dengan jelas. Perhubungan kata-kata ini boleh diukur dari setiap
persamaan ataupun perbezaan maknanya berdasarkan komponen-komponen makna yang
dimiliki oleh setiap kata yang dianalisis. Setiap perkataan itu tidak mewakili satu simbol
sahaja tetapi terdiri daripada pelbagai komponen yang tersendiri. Di samping itu, dalam
menggambarkan hubungan antara kata dalam suatu bidang tertentu, kita dapat
mengungkapkan melalui komponen makna yang tercakup dalam kata-kata dalam suatu
bidang tertentu. Komponen makna menunjukkan bahawa setiap kata mempunyai

22

maknanya yang terbentuk daripada beberapa unsur atau komponen. Selain untuk
menunjukkan hubungan makna antara kata, komponen makna juga berguna untuk
perumusan makna dalam kamus dan untuk menentukan kalimat yang digunakan sama
ada boleh diterima atau tidak secara semantik.

23

Rujukan;
Abdullah Yusuf & Dr. Norul Haida Reduzan.(2012) BML 3083 Semantik dan
Pragmatik Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Abdullah Yusof, Alias Mohd. Yatim dan Mohd.Rain Shaari.(2009). Semantik dan
Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.
Dr. Adenan Ayob & Dr.Nathesan Sellapan.(2009) HBML3303 Psikolinguistik Dan
Semantik, Selangor Darul Ehsan: Open University Malayasia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Rujikan Dari Internet;


http://semantik-labu-labi.blogspot.com/2010/11/teori-makna.html
http://caeser-rio.blogspot.com/2011/09/teori-analisi-komponen.html
http://id.scribd.com/doc/133745202/Komponen-makna

24

Anda mungkin juga menyukai