Anda di halaman 1dari 13

X PENGENALAN

Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata tidak tersusun dalam satu senarai
yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen;
mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa seperti susunan dalam
kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang
banyak serta mempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain.

Sesuatu perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Ini
bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mesti bersesuaian dengan sesuatu
situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan
kebudayaan.

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

6
6

X Semantik dan
Leksikal
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud medan makna dan kolokasi;
2. Menerangkan konsep paradigmatik dan sintagmatik;
3. Mengaitkan sistem warna dengan konsep hiponim dan hipernim;
4. Menghuraikan konsep perlambangan warna; dan
5. Mengaitkan kolokasi dengan peribahasa.
X TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL
72
MEDAN MAKNA DAN KOLOKASI
Dalam subtopik ini, anda akan mempelajari maksud medan makna dan kolokasi
dalam konteks psikolinguistik. Untuk makluman anda, medan makna dan
kolokasi mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam aspek
psikolinguistik. Apakah maksud medan makna?


Kajian lanjutan oleh Trier telah menghasilkan konsep medan (O Grady, 2000).
Beliau menjelaskan bahawa dalam medan makna ada makna inti dan makna
sampingan. Makna sampingan adalah bertindih dengan bahagian makna
perkataan-perkataan lain.

Sebagai contoh, apabila anda memberikan makna bagi sesuatu perkataan, anda
juga menggunakan perkataan-perkataan lain. Dalam hal ini, anda boleh
memberikan makna "universiti" sebagai "sebuah institusi pendidikan". Di sana,
mahasiswa memperoleh pelajaran dan pendidikan melalui dewan kuliah dan
buku, selain pensyarah yang bertauliah sebagai tenaga pengajar. Dalam pada itu
juga, mahasiswa melaksanakan tugasan serta latihan mengikut arahan-arahan
pensyarah. Universiti turut dilengkapi makmal, perpustakaan dan alat bantu
mengajar. Di samping itu, padang universiti adalah untuk aktiviti sukan dan
sebagainya.

Berdasarkan kenyataan ini, anda telah memperoleh pengertian bahawa banyak
perkataan lain boleh dikaitkan berpandukan perkataan "universiti". Secara jelas,
medan makna "universiti" meliputi perkataan-perkataan lain yang berkaitan.
Inilah yang dimaksudkan dengan medan makna. Rajah 6.1 menunjukkan
pengertian yang lebih nyata tentang medan "universiti".
6.1
Medan makna ialah satu set perkataan yang mempunyai pertalian rapat
yang boleh dikenal pasti. Contohnya seperti set tetikus, papan kekunci,
monitor, pencetak dan sistem unit (Finegan, 2004).
TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL W
73

Rajah 6.1: Medan "universiti"
6.1.1 Konsep Medan Makna
Bagi masyarakat Melayu kuno, perkataan seperti semangat", "hantu",
"penunggu", "serapah", "bomoh", "pawang", "kapak", "huma", "padi", "langgar
dan sebagainya membayangkan kegiatan hidup, kepercayaan dan pandangan
dunia orang Melayu pada zaman animisme atau sebelum Hindu-Buddha.

Lapisan perbendaharaan kata sedemikian berlaku kerana setiap perkataan tidak
wujud secara terpencil, tetapi mempunyai hubungan antara satu sama lain
berdasarkan jalinan perkataan yang mungkin ada kaitan dengan tatabahasa atau
kedua-duanya sekali. Konsep jalinan perkataan juga boleh menjurus kepada
makna sahaja dengan berdasarkan satu lingkaran yang mengelilingi lambang.
Contohnya perkataan "lembu jantan" adalah dalam lingkaran perkataan "sapi",
"jantan", "tanduk" dan "kunyah".

Satu lagi gagasan penting tentang konsep jalinan perkaitan bagi perkataan ialah
konsep lingkungan pengertian. Konsep medan makna juga timbul berdasarkan
gagasan bahawa perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu mempunyai struktur
tatabahasa dan fonologi.

X TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL
74
Nyatakan maksud medan makna dan berikan perkataan yang
mempunyai konsep medan makna.
Dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa terdapat medan atau lingkungan
konsep yang mesti bertindih kerana adanya perkaitan dan pergantungan. Jika
medan cukup besar, maka lapangan itu akan membentuk subperbendaharaan
kata. Medan juga mengandungi kata kunci yang mengelilingi satu kata kunci
sebagai pusatnya atau kata fokus.

Kata kunci merupakan sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu
bahasa yang sangat kuat mempengaruhi pembentukan fikiran konsep sesebuah
masyarakat tentang kewujudan alam, realiti dan kehidupan. Kata kunci
bertindak sebagai kata fokus apabila perkataan itu menampakkan lapangan
semantik yang ketara dan penting serta sangat rapat hubungannya dengan
makna pusat bagi sesuatu perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa.

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa kata kunci atau kata fokus merupakan
konsep makna asasi dan makna perkaitan. Jika anda merujuk kepada "lambang"
pula, maknanya ialah merujuk kepada pemikiran atau konsep tentang sesuatu
benda atau perkara.

Yang paling penting, kita perlu melihat perkaitan sebagai unsur yang tidak
wujud secara bersendirian dalam sesuatu lapangannya. Konteks pula ialah
keadaan yang mendahului dan membentuk medan, tetapi tidak semuanya
menghasilkan medan. Misalnya, ada piano di dapur merupakan konteks,
tetapi tiada kaitan dengan konsepsi. Jika anda menggunakan perkataan "pisau",
"rempah" dan "periuk", maka akan wujud medan yang mempunyai kaitan
dengan urusan dapur dan masakan.


SEMAK KENDIRI 6.1
Nyatakan maksud medan makna dan berikan perkataan yang
mempunyai konsep medan makna.
TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL W
75
6.1.2 Kolokasi
Apakah yang dimaksudkan dengan kolokasi pula?


Bagi memudahkan anda menaakul maksud kolokasi, anda perlu mengetahui
hubungan tentang ketepatan sesuatu ayat iaitu antara sifat dan nama. Dengan
wujudnya pasangan golongan perkataan tersebut, anda dapat menampilkan
maksud kolokasi secara relevan. Mari kita lihat beberapa contoh kolokasi dalam
Jadual 6.1.
Jadual 6.1: Kolokasi antara Sifat dan Kata Nama
Sifat Kata Nama
Lazat Makanan
Jelita Wajah
Tulus Hati
Lunak Suara
Gundah Perasaan

Berdasarkan Jadual 6.1 tadi, perkataan "lazat" adalah bawah golongan kata sifat
yang hanya relevan dikolokasikan dengan kata nama "makanan". "Wajah" pula
berkolokasi dengan "jelita", manakala "hati" berkolokasi dengan "tulus". Begitu juga
perkataan-perkataan seterusnya. Dalam kolokasi, anda perlu menumpukan kepada
sesuatu perkataan yang mempunyai kaitan dengan sesuatu situasi sahaja.
6.1.3 Paradigmatik dan Sintagmatik
Secara amnya, kajian sesuatu fenomena pembinaan kerangka penyelidikan
adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang menjurus ke arah pentafsiran
sesuatu data yang diperoleh. Oleh itu secara kebiasaannya, pengkaji-pengkaji
tidak bermula dari titik kosong atau titik terawal, tetapi mereka melakukan
penambahan maklumat untuk memperkukuhkan sesuatu teori.

Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu
perkataan dengan satu perkataan yang lain dalam susunan (Kamus Dewan,
2000).
X TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL
76
Lazimnya, para pengkaji berada dalam keadaan berkelompok dalam
memperjuangkan dan mendukung idea-idea atau prinsip-prinsip tertentu
bersama-sama. Fahaman dalam menyalurkan idea dan prinsip yang diterima
bersama oleh sekelompok penyelidik atau ilmuwan ini dikenali sebagai
paradigmatik dan sintagmatik. Berikut adalah maksud dan matlamat
paradigmatik dan sintagmatik (Jadual 6.2).

Jadual 6.2: Maksud dan Matlamat Paradigmatik dan Sintagmatik
Paradigmatik dan Sintagmatik
Maksud Matlamat
Kerangka ilmu bahasa yang didukung
sekumpulan ahli bahasa dengan
berasaskan prinsip.
Membantu penyelidik-penyelidik bahasa
dalam membentuk metodologi kajian, selain
mentafsirkan perolehan data.
Sumber: Kuhn (1970)

Dalam ilmu psikolinguistik, terdapat dua kategori pendapat tentang
paradigmatik iaitu berasaskan Teori Behavioris dan Teori Mentalis.

(a) Paradigmatik
Dalam penguasaan sistem fonologi, terdapat perbezaan huraian prinsip
antara golongan behavioris dengan golongan mentalis. Perbezaan ini
ditunjukkan dalam Jadual 6.3.
TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL W
77
Jadual 6.3: Perbezaan Huraian antara Golongan Behavioris dengan Golongan Mentalis
Tentang Penguasaan Sistem Fonologi
Behavioris Mentalis
x Perkembangan penguasaan sistem
fonologi ialah hasil langsung daripada
perkembangan sistem kognitif dan
kemajuan interaksi psiko-sosial antara
kanak-kanak dengan persekitaran
kewujudan mereka.
x Kanak-kanak menguasai konsonan-
konsonan yang mudah ditiru,
mendahului bunyi-bunyi konsonan
yang lebih sukar ditiru.
x Penguasaan bunyi-bunyi bahasa dan
sistem fonologi yang berkaitan
dengannya ialah hasil daripada proses
rangsangan dan gerak balas.
x Orang dewasa memberikan
rangsangan-rangsangan bahasa
dengan secukupnya dalam bentuk
yang mudah ditiru.
x Kanak-kanak memberikan gerak balas
terhadap rangsangan-rangsangan
menerusi aktiviti cuba jaya supaya
pada akhirnya mereka dapat
membunyikan bunyi-bunyi bahasa
dengan betul, selain mempelajari
sistem fonologi secara berperingkat
hingga dapat menguasai sistem ini
dengan sepenuhnya.
x Penguasaan bunyi-bunyi bahasa
tidak dianggap berlaku menerusi
proses peniruan semata-mata, tetapi
melibatkan organisasi minda.
x Pemerolehan fonem-fonem bahasa
tidak dapat ditafsir sebagai hasil
daripada hubungan psiko-sosial
kanak-kanak dengan persekitaran
sahaja. Sebaliknya, mereka
menekankan kepentingan faktor-
faktor dalaman (endogenous) seperti
alat pemerolehan bahasa semula jadi
seperti yang telah disarankan oleh
Chomsky (1981).
x Urutan pemerolehan fonologi
tidaklah begitu tetap dan teratur
berdasarkan graf yang kadangkala
berkembang menurut lengkok
berbentuk U (U-shaped curve).
x Kanak-kanak telah membina rumus-
rumus fonologi semasa mereka
menguasai sistem fonologi sesuatu
bahasa.

X TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL
78
(b) Sintagmatik
Jadual 6.4 pula menunjukkan perbezaan huraian prinsip antara golongan
behavioris dengan golongan mentalis tentang penguasaan sistem sintaksis.

Jadual 6.4: Perbezaan Huraian Prinsip antara Golongan Behavioris dengan Golongan
Mentalis tentang Penguasaan Sistem Sintaksis
Behavioris Mentalis
x Penguasaan sintaksis oleh kanak-
kanak dianggap sebagai hasil langsung
daripada pengaruh persekitaran atau
ditafsirkan sebagai hasil daripada
interaksi antara kanak-kanak dengan
penjaga.
x Berdasarkan model Motherese (Snow
& Ferguson, 1977), bahasa
dipertuturkan oleh penjaga berasaskan
ciri-ciri tertentu. Pertuturan yang
diucapkan oleh penjaga kepada kanak-
kanak bersifat telegrafik.
x Selepas kanak-kanak melepasi
peringkat telegrafik, penjaga
memasukkan kata tugas atau morfem
terikat dalam pertuturan mereka.
x Pemerolehan sintaksis dipersepsikan
sebagai bersifat mekanikal dan
dikuasai menerusi proses peniruan
berdasarkan prinsip rangsangan dan
gerak balas.
x Kebolehan menuturkan ayat tidak
dikuasai secara mekanikal atau terhasil
daripada aktiviti rangsangan gerak
balas.
x Sistem sintaksis telah wujud dalam
minda manusia sejak mereka lahir di
dunia.
x Rumus-rumus yang mengawal
pembentukan ayat sudah wujud dalam
alat pemerolehan bahasa.
x Kanak-kanak telah dilengkapi nahu
universal yang dikenali sebagai alat
pemerolehan bahasa (Hornstein &
Lightfoot, 1981).
x Kanak-kanak membetulkan kesalahan
mereka bukan kerana ditegur oleh
orang dewasa, tetapi mereka telah
dapat menentukan rumus-rumus yang
benar untuk membolehkan mereka
menghasilkan bentuk pertuturan yang
gramatis.
SISTEM WARNA
Untuk makluman anda, sistem warna adalah berdasarkan konsep hiponim
dan hipernim. Selain itu, sistem warna juga berpandukan konsep
perlambangan. Mari kita teruskan pembelajaran kita dengan mengenali
konsep hiponim dan hipernim.
6.2
TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL W
79
6.2.1 Konsep Hiponim dan Hipernim
Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan hiponim?


Mari kita lihat Jadual 6.5 berikut untuk lebih memahami konsep ini.
Jadual 6.5: Hiponim dan Hipernim
Jenis Makna Maksud Contoh
Hiponim Makna yang bersifat generalisasi
berasaskan kata nama umum.
Kenderaan dan buah
Hipernim Makna yang bersifat khusus berasaskan
kata nama khas.
Kereta, lori dan bas
(kenderaan)

Rambutan, durian dan
manggis (buah)
Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi
segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006). Dalam sesetengah bahasa lain,
golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti
struktur tatatingkatnya.

Untuk penjelasan lanjut, saya dedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang
terdapat dalam bidang linguistik makna iaitu hiponim tulen dan hiponim umum
(Jadual 6.6).

Hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi
makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan sesuatu
perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang
superordinat (O Grady, 2000).
X TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL
80
Jadual 6.6: Dua Jenis Hiponim
Hiponim Huraian
Tulen "Padi" ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang
segolongan dengannya, iaitu "beras" dan "nasi".
Umum Bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti
"rumah teres" dan "rumah banglo"; sesuatu jenis rumah mesti
bergabung dengan perkataan "rumah" untuk membentuk satu
komponen kata nama am.
6.2.2 Konsep Perlambangan
Konsep perlambangan menunjukkan bahawa warna membawa maksud tertentu.
Sesuatu warna boleh melambangkan sesuatu yang positif dan negatif. Misalnya,
warna kuning bermaksud raja; hijau adalah subur; merah adalah garang atau
berani; biru adalah perpaduan; putih adalah suci; dan hitam adalah kegelapan.
KOLOKASI DAN PERIBAHASA
Akhir sekali, mari kita pelajari kaitan kolokasi dengan peribahasa. Apakah
maksud peribahasa?


Terdapat penggunaan kata-kata yang membawa kolokasi dengan makna
asalnya. Misalnya, "tulang" apabila digunakan dalam peribahasa menjadi "ringan
tulang" atau "berat tulang". Dalam contoh tadi, anda dapati makna "ringan
tulang" berkolokasi dengan rajin.

Cuba anda teliti dua peribahasa berikut:
x Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Daripada sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, kolokasinya adalah lebih luas.
Maknanya adalah berkait rapat dengan penabungan.

x Bagai aur dengan tebing
Bermaksud hidup saling bekerjasama.

6.3
Peribahasa ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan
atau juga disebut bahasa kiasan.
TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL W
81
Selain itu, peribahasa juga boleh mencakupi perumpamaan, pepatah dan
bidalan. Peribahasa juga boleh mencakupi perbilangan dan lidah pendeta.
Peribahasa yang dipilih hanyalah merujuk kepada beberapa peribahasa yang
mengandungi unsur-unsur pemilihan jantina. Dalam kertas kerja Nor Hashimah
Jalaludin (2000), beliau ada menyenaraikan beberapa data mengenai peribahasa
yang mempunyai kaitan mengenai unsur "seksis" atau dalam erti kata lain
mengenai unsur pilih kasih jantina yang ditujukan kepada perempuan. Di
samping itu, beliau juga memilih data-data peribahasa yang mengandungi
makna secara terang dan juga data implisit yang tidak menggunakan kata-kata
seksis tetapi sebenarnya mempunyai makna tersirat dan tersembunyi mengenai
perempuan.

Selain itu, ada beberapa lagi simpulan bahasa ataupun peribahasa dalam bahasa
Melayu yang turut mencerminkan unsur jantina, seperti "puteri" berkolokasi
dengan "lilin", "suri" berkolokasi dengan "rumah", "orang" berkolokasi dengan
"dapur" dan sebagainya. Contoh ini sering kali digunakan untuk golongan
wanita sahaja. Sebagai contoh, "puteri lilin" merujuk kepada seorang perempuan
yang tidak tahan berpanas. Menurut Crosby dan Nyquist (1977), bahasa
perempuan ini didefinisikan sebagai "laras bahasa wanita".

Sebagai penutup, mari kita lihat apakah fungsi peribahasa. Berikut adalah enam
fungsi peribahasa:
(a) Memberikan bimbingan, panduan dan mendidik masyarakat.
(b) Membina kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.
(c) Menjadi wahana kawalan sosial.
(d) Mewujudkan sesuatu norma yang murni dalam kehidupan bermasyarakat.
(e) Menghalatujukan konsep hidup bermasyarakat.
(f) Mencorakkan pola pemikiran masayrakat berdasarkan kebijaksanaan dan
kecemerlangan.





SEMAK KENDIRI 6.2
1. Berikan maksud dan matlamat paradigmatik dan sintagmatik.
2. Huraikan sistem warna berdasarkan konsep hiponim dan hipernim.
Huraikan kolokasi dalam konteks peribahasa.
X TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL
82


x Dalam semantik, medan makna ialah satu set perkataan yang mempunyai
pertalian rapat dan boleh dikenal pasti.
x Dalam medan, ada makna inti dan makna sampingan. Makna sampingan
adalah bertindih dengan bahagian makna perkataan-perkataan lain.
x Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu
perkataan dengan satu perkataan yang lain dalam susunan.
x Fahaman menyalurkan idea dan prinsip yang diterima bersama oleh
sekelompok penyelidik atau ilmuwan ini dikenali sebagai paradigmatik dan
sintagmatik.
x Dalam ilmu psikolinguistik, terdapat dua kategori pendapat tentang
paradigmatik, masing-masing berasaskan teori behavioris dan mentalis.
x Sistem warna adalah berasaskan konsep hiponim dan hipernim. Selain itu,
sistem warna juga membabitkan konsep perlambangan.
x Konsep perlambangan menunjukkan bahawa warna membawa maksud
tertentu. Terdapat warna yang melambangkan sesuatu yang positif dan negatif.
x Peribahasa ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan atau
juga disebut bahasa kiasan. Terdapat penggunaan kata-kata yang membawa
kolokasi dengan makna asalnya.
x Peribahasa boleh mencakupi perbilangan dan lidah pendeta. Peribahasa yang
dipilih hanyalah merujuk kepada beberapa peribahasa yang mengandungi
unsur pemilihan jantina.


Hipernim
Hiponim
Kolakasi
Medan makna
Paradigmatik
Peribahasa
Perlambangan
Sintagmatik
Sistem warna

TOPIK 6 SEMANTIK DAN LEKSIKAL W
83

Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Chomsky, N. (1981). Principles and parameters in syntactic theory. Dalam N.
Hornstein & D. Lightfoot (pnyt.), Explaination in linguistics: The logical
problem of language acquisition, (32-75). London: Longman.
Crosby, L., & Nyquist, M. (1977). Gender in semantic and pragmatic. Dicapai
dari http://www.situs.kesrepro.info/ gendervaw/referensi. htm
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1997). Kamus Dewan (jld 3). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Finegan, E. (2004). Language: Its structure and use (4th ed.). Fort Worth:
Harcourt Brace College Publishers.
Hornstein, N., & Lightfoot, D. (pnyt.). (1981). Explaination in linguistics: The
logical problem of language acquisition. London: Longman.
Kuhn, T. S. (1970). The structure of sciencetific revolution. Chicago: The
University of Chicago Press.
Nor Hashimah Jalalauddin. (1994). Semantik dan pragmatik: Suatu pengenalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
OGrady, W. (1997). Syntactic development. Chicago: The University of Chicago
Press.
Snow, C. E., & Ferguson, C. A. (Eds.). (1977). Talking to children. Cambridge,
UK: Cambridge University Press.

Anda mungkin juga menyukai