Anda di halaman 1dari 49

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1

TAJUK 1
Sinopsis

TEORI HURAIAN BAHASA DAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Tajuk ini membincangkan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Empat teori huraian bahasa, iaiatu Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif, dan Teori Fungsional bincangkan dalam modul ini. Empat teori pemerolehan bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah Teori Behaviorisme, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis,dan Teori Konstruktivisme. Implikasi teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga dibincangkan dalam tajuk ini. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. ii. iii. iv. Menjelaskan Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif, dan Teori Fugsional bahasa. Menjelaskan Teori Behaviorisme, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori Konstruktivisme pemerolehan bahasa. Menghuraikan implikasi teori huraian bahasa bahasa terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menghuraikan implikasi teori pemerolehan bahasa bahasa terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Huraian Bahasa Teori HuraianTradisional Teori Huraian Struktural Teori Huraian Transformasi Generatif Teori Huraian Fungsional

Teori Pemerolehan Bahasa Teori Behaviorisme Teori Mentalis Teori Interaksionalis Teori Konstruktivisme

Rajah 1: Teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 1.1 Teori Huraian Bahasa Apakah maksud teori huraian bahasa? Teori huraian bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa bahasa. Terdapat banyak teori huraian bahasa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis. Teori-teori tersebut berbeza-beza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang terdapat pada zaman itu. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan boleh dihuraikan melalui proses pengajaran di dalam bilik darjah. Guru akan menentukan jenis bahan yang hendak digunakan untuk mengajarkan bahasa dan prosedur yang perlu dilaksanakan semasa menyampaikan isi pelajaran. Terdapat empat aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu Teori Huraian Tradisional, Teori Huraian Struktural, Teori Huraian Transformasi Generatif, dan Teori Huraian Fungsional. Pembahagian empat aliran teori huraian ini dapat digambarkan menerusi rajah berikut: iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang huraian

TEORI HURAIAN BAHASA Teori Huraian Tradisional Teori Huraian Struktural Teori Huraian Fungsional

Teori Huraian Transformasi Generatif

Rajah 2: Empat aliran pemikiran teori huraian bahasa

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1

a.

Teori Huraian Tradisional Sejarah tatabahasa tradisional amatlah berkait rapat dengan kajian bahasa yang bermula sejak abad ke-5 sebelum Masihi oleh ahli falsafah Yunani, Romawi, India, dan Arab. Kajian bahasa secara tradisional mula diterokai oleh orang Yunani pada kurun ke-5 sebelum Masihi. Plato (ahli falsafah Yunani), telah mengkaji bentuk bahasa mereka dengan menggunakan bahan-bahan penulisan mereka sendiri. Pada ketika itu bahasa menjadi salah satu cabang ilmu falsafah yang penting. Kajian-kajian yang dilakukan adalah berasaskan falsafah. Selain itu, bahasa juga merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka menyelidik tabii alam. Kajian orang Yunani meliputi aspek-aspek tatabahasa seperti penggolongan kata kerja, kata sendi, kata seru dan partikel. Pendeta-pendeta India seperti Panini (ahli tokoh fonetik India) pula mengkaji dan menghuraikan bahasa Sanskrit. Teori tradisional oleh Panini menganggapkan bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia yang teratur dan menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Kajian bahasa ini dilanjutkan oleh orang Romawi dan Arab. Orang Romawi mengkaji bahasa Latin, sementara sarjana-sarjana Arab pula menjalankan kajian terhadap bahasa Arab. Kebanyakan ahli falsafah dan tokoh bahasa ini menggunakan hasil karya karya agung dan penulisan klasik sebagai bahan kajian. Contohnya, puisi dan kitab suci (bahasa Yunani puisi Iliad dan Odyssey; India kitab suci dalam bahasa Sanskrit; Arab kitab suci al-Quran).

Konsep Tatabahasa Tradisional Kajian berkaitan bahasa pada ketika itu adalah berdasarkan falsafah kerana falsafah merupakan bidang penting yang dapat membantu para cendekiawan 3

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 membuat penyelidikan berkaitan alam tabii. nahu ini lahir suai. Model bahasa yang menjadi tatabahasa tradisional

acuan kepada kajian bahasa-bahasa lain ialah bahasa Greek dan Latin kerana pada zaman tersebut. Ahli-ahli mentakrifkan tatabahasa sebagai peraturan yang tetap dan tidak boleh diubah Aspek yang menjadi tumpuan analisis ialah penggolongan perkataan (parts of speech atau classes of words). Plato (429-327 S.M.) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan kata kerja (noun dan verb). Ayat pula didefinisikan sebagai ucapan yang mengandung buah fikiran yang lengkap yang dibahagikan pula kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, dan ayat perintah. Sementara Tharx yang mengkaji bahasa Yunani menghasilkan buku tatabahasa Yunani yang bertajuk Tehne Grammatike. Beliau menggolongkan kata kepada lapan iaitu kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata keterangan, kata sendi nama, partikel, dan kata seru. Zaba pula menyadur daripada tatabahasa untuk bahasa latin dan seterusnya unsur-unsur bahasa Arab untuk mendeskripsikan jenis kata mengikut golongan kata Yunani iaitu kata nama, kata kerja, kata sifat, kata sendi, dan kata seru. Beliau telah mengemukakan aspek pembentukan kata yang membincangkan rangkai kata dan ayat menerusi bukunya, Pelita Bahasa Melayu 1 (1941 dalam tiga jilid).

Ciri-ciri Tatabahasa Tradisional i. ii. iii. Bahasa dihuraikan berdasarkan tatabahasa sejagat. Kajian bahasa yang dijalankan adalah berdasarkan bahasa tulisan. Huraian bahasa yang dibuat adalah bersifat logik dengan menganggap disiplin ilmu lain tidak ada kaitan dengan bahasa. Contohnya: Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandung fikiran yang lengkap. iv. Susunan ayat pula dibahagikan kepada empat bahagian iaitu subjek, predikat, objek, dan keterangan. 4

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1

Implikasi

Teori

Tradisional

Terhadap

Proses

Pengajaran

dan

Pembelajaran Bahasa Yang berikut merupakan implikasi teori ini terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa: i. ii. iii. iv. Mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis adalah lebih penting daripada kemahiran lisan. Pengajaran tatabahasa dijalankan secara deduktif. Kesilapan semasa aktiviti penulisan merupakan masalah yang perlu diberikan perhatian. Kekuatan i. ii. Melahirkan murid yang cekap menganalisis ayat. Menjadi asas pembelajaran kepada bahasa lain.

Kelemahan i. ii. Terlalu menumpukan kepada proses menguasai peraturan tatabahasa. Guru mungkin terlalu menitikberatkan aspek tatabahasa dalam pengajaran sehingga tidak memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat untuk bersosial.

b.

Teori Huraian Struktural Aliran linguistik struktural ini bermula pada kurun ke-20. Ahli-ahli linguistik yang berpegang pada aliran ini terdiri daripada Ferdinand de Saussure, Leornard Bloomfield, Otto Jespherson, dan Edward Sapir. Mereka telah memfokuskan aspek penghuraian struktur bahasa di dalam pengkajian mereka. Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri. Tatabahasa struktural yang diasaskan oleh Bloomfield juga dikenali sebagai taxonomic atau Bloomfieldian atau penentangan terhadap teori huraian tradisional.

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Konsep Teori Huraian Struktural Penganut teori huraian struktural ini membuat deskripsi bahasa sebagai sistem lambang pertuturan yang terdiri daripada data-data yang berupa bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji. Istilah bahasa pula merujuk kepada sistem yang diandaikan, manakala ujaran pula dikaitkan dengan hasil ucapan seseorang secara deskriptif. Kajian yang dijalankan bersifat saintifik yang dapat dibuktikan dengan data-data yang boleh dianalisis. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa bahasa lisan merupakan bahasa yang dapat dianalisis.

Gambar 1: Leonard Bloomfield Mereka turut mengatakan bahawa bahasa merupakan satu sistem pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan dalam perhubungan sesama manusia. Bahasa dianggap sebagai alat untuk berhubung atau bersosial. Mereka mengatakan bahawa pertuturan adalah alat perhubungan yang paling asas sementara tulisan dilabelkan sebagai sekunder. Analisis Bahasa dalam Teori Huraian Struktural Peringkat-peringkat yang dianalisis dalam tatabahasa struktural bermula daripada bunyi, diikuti denga morfem, frasa, klausa dan ayat, termasuklah unsur-unsur supra segmental.

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Ayat dibahagikan kepada konstituen-konstituen (unsur-unsur) tertentu iaitu perkataan, frasa, klausa, subjek dan predikat. Perkataan yang mempunyai morfem terikat boleh dipecahkan dan dapat berdiri sebagai satu konstituen.

Petak hierarki berikut menggambarkan hubungan antara satu konstituen dengan konstituen yang lain dalam sesuatu konstruk: Kakak membaca membaca buku buku buku cerita cerita cerita cerita itu itu itu itu itu

Rajah 3: Petak berhierarki Sarjana bahasa yang mengamalkan tatabahasa struktural menggunakan kaedah konstituen terdekat untuk menganalisis ayat. Mereka menyatakan bahawa konstruk dalam konstituen terdekat merupakan binaan sintaksis. Konstruk berkenaan dibahagikan kepada dua jenis iaitu konstruk endosentrik dan konstruk eksosentrik. Rajah konstituen terdekat digambarkan seperti berikut: Ayah sedang mencuci kereta

Rajah 4: Konstituen terdekat Nelson Francis (1958) telah memperkenalkan dalam konstituen. Kotak Cina untuk tersebut

menggambarkan

perhubungan

Hubungan

digambarkan seperti dalam rajah di bawah ini:

mengemas Ibu sedang

rumah

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Rajah 5: Kotak Cina

Kekuatan Teori Huraian Struktural Menggalakkan penutur menggunakan tatabahasa yang betul dan sebutan yang tepat Kebolehan menggunakan bahasa (lisan) yang betul dengan pantas khususnya dalam komunikasi lisan Teknik penguasaan bahasa adalah mudah dan bergred

Kelemahan Teori Huraian Struktural Tidak mementingkan penyampaian makna Lebih mengutamakan penguasaan kemahiran lisan Penutur tahu menggunakan bahasa tetapi tidak dapat menghuraikan peraturan tatabahasa Latih tubi untuk tujuan menghafal adalah membosankan sekiranya dilakukan untuk tempoh yang panjang Menghalang kreativiti berbahasa Akan menghadapi kesukaran untuk menggunakan bahasa dalam situasi yang sebenar kerana terikat dengan kaedah hafalan yang digunakan sebelum ini

c.

Teori Huraian Transformasi Generatif Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky iaitu seorang ahli psikolinguistik ini bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumusrumus bahasa secara transformasi yang lengkap dengan berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu.

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran (permukaan) dan struktur dalaman ayat tersebut.

Teori ini muncul dalam tahun 50an yang merupakan aliran baharu selepas aliran struktural. Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky ini telah dibincangkan dengan lebih mendalam di dalam buku Noam Chomsky yang bertajuk Syntactic Structure pada tahun 1957 dan buku Aspects of the Theory of Syntax pada tahun 1965. Teori tradisional dan struktural mempunyai beberapa kekurangan. Oleh hal yang demikian, wujudlah Teori Huraian Transformasi Generatif ini. Generatif membawa maksud menerbitkan iaitu bermula dengan unsur-unsur yang terhad, kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses yang menggunakan rumus-rumus tertentu. Manakala transformasi pula bermaksud menukar atau mengubah iaitu menulis semula. Kesimpulannya, transformasi generatif adalah bermaksud, menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.

Gambar 2: Noam Chomsky

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Struktur Dalaman dan Struktur Luaran (Permukaan) Ayat Kedua-dua peringkat struktur ayat diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa iaitu: i. ii. Rumus struktur frasa --> menerbitkan ayat pada peringkat dalaman (rumus dasar abstrak) Rumus transformasi --> luaran (permukaan) (Tatabahasa Dewan: ms. 535-581) Kesan penukaran struktur dalaman kepada struktur luaran akan menyebabkan perluasan, pengguguran dan pensyusunan semula unsur-unsur dalam struktur dasar. Penukaran struktur dinamakan transformasi, manakala ayat baharu yang terbit daripada proses berkenaan dipanggil terbitan. Proses ini dapat ditunjukkan seperti berikut:
Proses Perluasan Maksud Penambahan unsur-unsur dalam ayat baharu Contoh Rumah banglo itu milik saya. + Rumah banglo itu terletak di Temerloh, Pahang. Perluasan: Rumah banglo milik saya itu terletak di Pengguguran Transformasi atas struktur ayat yang menyebabkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat. Pada peringkat permukaan, unsur yang digugurkan tidak lagi wujud. i. ii. Penyusunan Semula Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam struktur ayat gramatis yang Penyusunan semula: Temerloh, Pahang. i. Kamu boleh datang esok. ii. Mila membuat persembahan dalam konsert itu + Hafiz membuat persembahan dalam konsert itu. Pengguguran: boleh datang esok Mila dan Hafiz membuat

menukarkan pola struktur ayat ke struktur

persembahan dalam konsert itu. Sultan menganugerahkan pingat kebesaran kepada pembesar itu.

10

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1


baharu. Sultan menganugerahi pembesar itu pingat kebesaran.

Jadual 1: Kesan penukaran struktur dalaman kepada struktur luaran (permukaan) Kecekapan Penutur Jati Penutur Jati mampu menguasai bahasa dalam masa yang singkat. Mereka juga dapat membezakan antara satu jenis ayat dengan jenis ayat yang lain. Umumnya, mereka mampu mengenal pasti sama ada sesuatu ayat itu ayat yang gramatis atau sebaliknya (peranan struktur dalaman). Kemampuan dan kecekapan mengenal pasti dan membezakan jenis-jenis ayat itu juga ada kaitan dengan keupayaan untuk membentuk dan memahami kepelbagai jenis dan struktur ayat yang terdapat dalam bahasa ibunda masing-masing. Kesimpulannya, penutur jati mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang dikenali sebagai kecekapan berbahasa. Kecekapan tersebut termasuklah keupayaan menguasai satu set rumus tatabahasa yang membolehkan penutur jati membentuk dan memahami kepelbagaian jenis ayat dalam bahasanya. Implikasi Terhadap Pengajaran Bahasa Teori ini tidak mencadangkan kaedah untuk mengajarkan bahasa tetapi mewujudkan keghairahan pendidik untuk memahamkan murid-murid dengan peraturan tatabahasa. menguasai bahasa Rivers (1983) menyatakan bahawa, kecekapan amat bergantung kepada keupayaan menguasai

pengetahuan tentang rumus (Grammatical Knowledge = Competence) yang boleh diserap dan dipelajari secara tidak langsung hasil daripada pengalaman menggunakan bahasa.

d.

Teori Huraian Fungsional Teori Huraian Fungsional dipelopori oleh Halliday dan Wilkins. Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Kedua-dua orang pakar bahasa ini telah mengkaji bahasa daripada segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan. Oleh hal yang demikian, dapatan mereka ini 11

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Mereka berpendapat bahawa penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Mereka juga mengganggap bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan non-verbal. Aliran dan pengikut golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Gambar 3: Halliday Perkara-perkara utama berkaitan Teori Huraian Fungsional yang perlu diaplikasikan adalah seperti yang berikut: i. Bahasa yang digunakan haruslah mempunyai standard yang dapat diterima oleh penutur jati dan masyarakatnya. Sebagai seorang guru bahasa, kita haruslah menggunakan bahasa yang baik, betul dan tepat semasa menyampaikan ilmu. Tautan ayat juga harus baik dan mempunyai kesinambungan yang mantap serta tidak janggal. Pengajaran haruslah berdasarkan pendekatan lisan. Menurut Awang Mohammad Amin (1973), proses penguasaan bahasa pertama seorang 12

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 kanak-kanak khususnya dalam kemahiran mendengar dan bertutur adalah daripada orang yang hampir dengan kehidupannya iaitu ahli keluarga, saudara mara, jiran dan rakan sepermainan. Sebelum kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa yang lain, mereka terlebih dahulu menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh itu, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada kemahiran menulis dan membaca. ii. Bahan-bahan pengajaran mestilah dipilih, disusun, dikawal dan ditambah nilai kualitinya. Pemilihan bahan amat berkait rapat dengan tujuan, kegunaan dan tahap pencapaian murid. Penyusunan bahan pengajaran haruslah berbentuk konstruktif iaitu secara beransur-ansur dengan tertib dari peringkat awal sehinggalah ke peringkat akhir. Bahan yang dipilih juga perlu dikawal kerana mahu memastikan agar bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara seimbang. Oleh sebab itu, guru perlu mengawal masa pengajaran dan bahan yang dipilih juga perlu sesuai dengan peruntukan waktu pengajaran. iii. Penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Prinsip ini menekankan bahawa kemahiran mendengar dan bertutur perlu diajarkan terlebih dahulu sebelum guru-guru mengajar kemahiran membaca dan menulis. Oleh sebab itu, apabila bertutur, guru haruslah memastikan mereka menyebut setiap perkataan dengan jelas dan betul agar dapat dicontohi oleh murid-murid. iv. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna hendaklah dilaksanakan.

13

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik dan terancang serta menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai akan dapat mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. v. Penyediaan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur. Rancangan pengajaran yang disediakan oleh guru haruslah menitikberatkan aspek komunikasi, dapat mengukur perubahan tingkah laku dan mampu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran bahasa. Selain itu, rancangan pengajaran bukan sahaja perlu mempunyai matlamat dan objektif yang spesifik, tetapi juga harus disesuaikan dengan tahap perkembangan murid.

Aktiviti 1 Buatlah banding beza untuk keempat-empat teori yang telah dibincangkan di atas dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap teori yang telah dikemukakan.

14

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 2.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Teori pemerolehan bahasa menghuraikan tentang proses kanak-kanak memperoleh bahasa pertama. Bahasa pertama disebut juga sebagai ibunda atau bahasa natif. Semua kanak-kanak normal memilikii kebolehan untuk memperoleh bahasa pertama. Kanak-kanak juga mampu menguasai dua bahasa pertama secara serentak, iaitu pemerolehan bahasa secara bilingual. Contohnya, kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran ahli keluarga yang bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan memperoleh bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Pemerolehan bahasa berlaku tanpa disedari, berlaku secara ansur maju serta ditandai oleh belajar untuk bertutur dalam kalangan kanak-kanak. Hasil daripada pemerolehan bahasa ialah pemerolehan kecekapan bahasa. Pemerolehan bahasa adalah aspek perkembangan manusia yang sangat

mengagumkan. Walaupun bahasa adalah satu sistem yang kompleks, kanak-kanak mampu untuk menggunakan bahasa natif atau bahasa ibunda dengan berkesan sebelum memulakan alam persekolahan. Bermula dengan pemerolehan perkataan yang pertama dan ujaran satu perkataan bagi menggambarkan makna keseluruhan pada seawal umur sembilan bulan, kanak-kanak normal dapat menguasai sistem sintaksis, menunjukkan perkembangan penguasaan kosa kata, menggunakan bahasa secara pragmatik, dan memahami unsur jenaka dalam komunikasi lisan menjelang usia lima tahun. Penguasaan tatabahasa kanak-kanak pada peringkat umur lima atau enam tahun menyamai penguasaan tatabahasa orang dewasa, tetapi kanak-kanak tidak dapat menerangkan rumus-rumus tatabahasa bagi bahasa yang diperoleh. Kajian-kajian secara saintifik telah dilaksanakan bagi menghuraikan cara kanak-kanak memperoleh bahasa pertama. Empat mazhab utama telah menghuraikan fenomena pemerolehan bahasa pertama mengikut teori pemerolehan mazhab yang dipegang. Teori-teori pemerolehan yang terhasil daripada empat mahab yang berbeza ialah Teori Behaviorisme, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis, dan Teori Konstruktivisme. Keempat-empat teori menghuraikan pandangan yang berbeza tentang proses pemerolehan bahasa serta implikasi-implikasi terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

15

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Mazhab behavioris memberi fokus terhadap pentingnya pengaruh persekitaran dan pelaziman. Pada pandangan ahli mentalis/inatis, kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbahasa. Ahli interaksionalis menghuraikan bahawa perkembangan bahasa melibatkan proses mental dan interaksi bahasa. Sarjana mazhab konstruktivisme kognitif menghuraikan bahawa perkembangan bahasa dipengaruhi oleh perkembangan kognitif. Manakala mazhab konstruktivisme sosial mengutamakan faktor interaksi sosial mengikut konteks budaya dalam pemerolehan dan perkembangan bahasa. 2.1 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA BEHAVIORISME Skinner (1904-1990), seorang ahli psikologi telah membuat huraian awal secara saintifik tentang pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Skinner mendakwa bahawa pemerolehan bahasa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Pada pandangan ahli behavioris, pemerolehan bahasa dan perkembangannya bergantung kepada proses meniru model-model bahasa yang betul, latihan, pengukuhan, dan pembentukan tabiat. 2.1.1 Landasan Teori Behaviorisme Ahli behaviorisme menghuraikan bahawa pemerolehan bahasa adalah proses mekanis yang terhasil daripada hubungan antara stimulus (rangsangan) dengan gerak balas (respon). Pemerolehan berlaku melalui proses meniru input-input bahasa (stimulus) sehingga membentuk perlakuan bahasa (gerak balas) yang betul. Kanak-kanak akan meniru ujaran yang mereka dengar dan berlatih menyebut ujaran sehingga terbentuk perlakuan bahasa yang betul. Ahli behavioris menganggap bahasa ialah satu tingkah laku, dan tingkah laku bahasa boleh dibentuk.
...Language is behaviour and language behaviour can be learned by inducing the student to behave the way we want him to behave ... (Politzer dan Rivers, 1964 dalam Abd. Aziz Talib, 2000 hal. 21)

Skinner B.E (1957) telah memperkenalkan Teori Pelaziman Operan/ Operant Conditioning dalam hasil penulisan beliau bertajuk Verbal Behaviour untuk menghuraikan model pemerolehan bahasa berlandaskan fahaman behaviorisme. Pengukuhan ialan elemen utama model rangsangan-tindak 16

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 balas Teori Pelaziman Operan. Pengukuhan boleh diberikan dalam bentuk pujian, gred yang baik, hadiah, atau ucapan tahniah. Menurut proses pelaziman operan,lakuan bahasa boleh dilazimkan melalui pengukuhan positif. Melalui proses pelaziman operan, individu akan dapat membuat asosiasi antara perlakuan bahasa yang tertentu dan kesan terhadap perlakuan bahasa itu. Skinner mempercayai bahawa fokus hendaklah diberikan terhadap faktor luaran yang memberikan kesan terhadap perlakuan bahasa. Dalam pemerolehan fonologi dan makna kata, orang dewasa dikatakan memberikan rangsangan bahasa dalam bentuk yang mudah ditiru dan difahami. Melalui aktiviti cuba jaya, ulangan, dan ganjaran, kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi bahasa dan memahami makna bunyi-bunyi bahasa. Sebagai contoh, ibu bapa atau penjaga boleh menyediakan rangsangan dengan menyanyikan atau memperdengarkan lagu kanak-kanak bertajuk Ikan kekek sambil menunjukkan gambar ikan yang terdapat dalam sebuah buku cerita bagi mengajarkan konsep ikan kepada anaknya. Proses tersebut diulang beberapa kali bagi membolehkan anaknya mengenal dan dapat menyebut ikan dan kekek secara sendiri. Anak itu boleh diuji dengan cara bertanya Ini apa?, Ikan tinggal di mana? Sambil bernyanyi dan menunjuk gambar. Setiap kali anaknya dapat menyebut ikan apabila melihat gambar ikan, pengukuhan boleh diberikan dengan cara menyebut pandai/bagus atau beserta tepukan. Brown (2000) menyatakan bahawa pelaziman operan boleh berlaku tanpa kehadiran rangsangan yang boleh diperhati. Jika seseorang kanak-kanak diberikan minuman susu (ganjaran positif bukan verbal) oleh ibunya apabila anak tersebut menyebut nak susu (operan), maka operan itu dikukuhkan. Apabila berlaku secara berulang-ulang, operan dapat dilazimkan.
Operant conditioning refers to conditioningin which the organism [in this case human being] emits a response, or operant [a sentence or utterance], without necessarily observable stimuli; that operant is maintained [learned] by reinforcement [for example, a positive verbal or nonverbal response from another person]. If a child says want milk and a parent gives the

17

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1


child some milk, the operant is reinforced and, over a repeated instances, is conditioned [Brown, 2000 hal. 22].

Mengikut Zulkifli Hamid (2006), idea-idea behavioris tersimpul dalam model yang dikenali sebagai model motherese. Menurut model ini, bahasa yang dituturkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya, ibu akan mengujarkan dengan kuat bunyi-bunyi konsonan dan memanjangkan ujaran bunyi-bunyi vokal, menggunakan ayat mudah yang mengandungi beberapa perkataan, dan menggunakan hentian dari semasa ke semasa ketika berbual dengan bayi. Cara yang terakhir itu seolah-olah mempelawa bayi untuk berbual dan menunjukkan kepada bayi tempat untuk menyahut pertuturan ibu. Mengikut model motherese, tuturan yang diujarkan kepada kanak-kanak pada peringkat awal penguasaan sintaksis bersifat telegrafik. Ayat dibina dengan kata inti sahaja (Zulkifli Hamid, 2006), contohnya aju na bagi memaklumkan Ini baju Nana, la yang bagi memaklumkan bola itu hilang, aki ujuk bagi memaklumkan kaki saya sejuk, dan pi ana bagi memberi arahan pergi ke sana. Penjaga atau ibu bapa akan memasukkan kata pemeri (ialah, adalah) dan morfem terikat (imbuhan ) selepas kanak-kanak sudah melepasi tahap telegraf. Ibu bapa juga sentiasa mengikuti perkembangan bahasa kanak-kanak dan sentiasa memberikan rangsangan bahasa yang sesuai agar kanak-kanak dapat meniru perlakuan bahasa yang betul. Pada dasarnya model mothersese berprinsipkan proses pelaziman, iaitu respons bahasa yang akan terhasil dengan adanya stimulus atau rangsangan yang betul, melalui proses peniruan, proses pengukuhan, dan proses ulangan. Pada tahap ini kanak-kanak akan mengucapkan gabungan kata secara ringkas.

18

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 2.1.2 Implikasi Teori Behaviorisme Terhadap Amalan Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Abd. Aziz Talib (2000), telah memetik tiga hukum pembelajaran berdasarkan teori pehaviorisme yang diutarakan oleh seorang ahli linguis ialtu Thorndike bagi merangka panduan pengajaran dan pembelajaran bahasa, iaitu hukum latihan, hukum kesan dan hukum tubi. i. Hukum Latihan Berdasarkan hukum latihan, respos yang berulang-ulang berdasarkan stimuli adalah penting untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa.Contohnya, kanak-kanak hendaklah dilatih membaca ayat-ayat secara berulang-ulang bagi membina kemahiran membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Hukum Kesan Bagi memastikan lakuan bahasa yang ingin dilazimkan akan berkekalan guru hendaklah memberikan peneguhan dalam bentuk ganjaran positif dengan secepat mungkin. Kesilapan pula perlu dibetulkan dengan segera [hukuman] bagi mengelak tabiat perlakuan bahasa yang salah. Faktor yang menentukan kesan ganjaran dan hukuman ialah faktor masa. Lebih singkat masa antara respons dan ganjaran/hukuman semakin kuat pertalian antara respons dan ganjaran/hukuman. Kejayaan-kejayaan kecil akan menggalakkan murid untuk belajar. Pembelajaran bahasa juga akan berlaku dengan lebih berkesan jika guru mengajarkan unit bahasa yang kecil dahulu kemudiannya unit bahasa yang lebih besar. Kemahiran bahasa dapat dikuasai dengan baik jika dimulakan dengan pembelajaran kemahiran lisan dan seterusnya kemahiran menulis. Rumus bahasa tidak perlu diajarkan secara formal kerana murid belajar secara induktif melalui peniruan dan latih tubi. iii. Hukum tubi Guru hendaklah mengambil kira faktor pengukuhan dalam bentuk ganjaran. Ganjaran merupakan sumber motivasi intrinsik yang dapat memberikan kepuasan. Semakin kerap ganjaran diberikan apabila 19

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 perlakuan bahasa yang betul, maka perlakuan bahasa yang dikehendaki akan mudah kekal. Ganjaran dapat diberikan dalam bentuk pujian, gred yang baik, hadiah, mempamerkan hasil kerja terbaik, atau berkongsi dengan rakan hasil kerja contohnya dengan cara membacakan karangan murid yang mendapat markah yang tinggi.

iv.

Model proses pengajaran dan pembelajaran

Rajah 6 di bawah menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan mazhab behaviorisme yang dipetik daripada Pollard dan Triggs (1987).
Murid Respons Respons

Guru

membuat keputusan kemahiran yang akan diajarkan

mengaj ar

menilai dan membetulkan kesilapan

mengajar

Rajah 6: Model Proses Pengajaran dan Pembelajaran Behaviorisme (Pollard dan Triggs, 1987. Reflective Teaching in Secondary School) 2.2 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA MENTALIS Teori Mentalis pemerolehan bahasa sinonim dengan Noam Chomsky iaitu seorang ahli psikolinguistik dari Amerika Syarikat. Teori ini mula terkenal pada pertengahan abad ke-20. Teori Mentalis pemerolehan bahasa pertama dikenali juga sebagai teori inatis ( Brown, 2000; Nik Hassan Basri, 2009; Zulkifli bin Hamid, 1994, 2006 ). proses pemerolehan aspek-aspek bahasa yang kompleks. Mengikut Chomsky 1965) dalam Brown (2000), teori behaviorisme tidak dapat menghuraikan Pemerolehan bahasa tidak sama dengan dengan pembelajaran tingkah laku yang lain. Chomsky yakin bahawa kanak-kanak secara semula jadi berkeupayaan memperoleh bahasa pertamanya.

20

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1

2.2.1 Landasan Teori Mentalis Terdapat beberapa andaian yang mendasari teori mentalis pemerolehan bahasa. Andaian yang pertama ialah kanak-kanak telah diprogramkan secara biologis untuk menguasai bahasa. Perkembangan bahasa sama sepeti perkembangan fungsi-fungsi biologi yang lain. Kedua, kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan istimewa iaitu kebolehan untuk menemui rumus-rumus tatabahasa bahasa pertama. Melalui anugerah kebolehan ini, kanak-kanak mampu mempelajari bahasa pertama yang kompleks dalam tempoh masa yang singkat. Seterusnya, faktor kecerdasan didapati tidak memainkan peranan utama dalam penguasaan bahasa kerana semua kanak-kanak dapat menggunakan bahasa pertama dengan fasih apabila mencapai umur lima tahun asalkan tahap kecerdasan tidak terlalu rendah. Ahli mentalis menghujah dengan memberikan alasan bahawa input bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak sempurna serta tidak mencukupi. bagi pemerolehan bahasa dengan jayanya. The Poverty of Stimulus Argument/ Alasan Kemiskinan Stimulus menyatakan bahawa hampir semua kanak-kanak berjaya mempelajari bahasa ibunda sedangkan pada masa yang sama pada masa yang sama kanak-kanak tidak dapat mempelajari perkara lain yang sama kompleks dengan bahasa ibunda, mengguna kosa kata yang mereka belum pernah dengar, dapat menghasilkan ayat-ayat yang belum pernah mereka dengar dan mengguna struktur bahasa yang kompleks tanpa pengajaran. Walaupun kesilapan bahasa selalunya dibetulkan oleh ibu bapa, namun kanakkanak selalunya mengabaikan pembetulan oleh ibu bapa dan terus mengguna bahasa yang salah. Pemerolehan dengan cara meniru dan berlatih tidak dapat menjelaskan keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan ayat secara kreatif serta menyerap pola-pola struktur bahasa dan membuat rumusan yang tepat atau kurang tepat tentang pola-pola struktur bahasa untuk digunakan dalam konteks baharu. Dari semasa ke semasa kanak-kanak dapat memurnikan rumus-rumus tatabahasa melalui proses membuat generalisasi secara induktif.

21

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 2.2.2 Potensi Inatis Pemerolehan Bahasa Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan semula jadi/inatis untuk menguasai bahasa pertama. Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi atau kecekapan semula jadi/inatis untuk menguasai apa-apa bahasa dan penguasaan bahasa boleh berlaku tanpa pengajaran secara formal. Hal ini bagi menyokong kemampuan kanak-kanak menguasai bahasa pertama dalam tempoh masa yang singkat sungguhpun bahasa pertama kanak-kanak mengandungi rumus-rumus yang sangat kompleks. Kanak-kanak mula bertutur pada umur yang hampir sama dan pertuturan berkembang secara berperingkat mengikut peringkat perkembangan umur.Chomsky mendakwa bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa pertama kerana kanakkanak sudah dilengkapi secara biologis dengan Jentera Pemerolehan Bahasa / Language Aquisition Device (LAD) dan akses kepada Tatabahasa Sejagat(Brown, 2000) yang berada dalam LAD. Tatabahasa Sejagat ialah satu set prinsip-prinsip umum rumus tatabahasa yang terkandung dalam semua bahasa.Tatabahasa Sejagat mengawal bentukbentuk bahasa manusia. Ini bermakna bahawa rumus-rumus umum yang mengawal sistem fonologi dan pembentukan ayat wujud dalam alat pemerolehan bahasa. Misalnya, semua bahasa memerlukan subjek dan predikat dalam ayat. Proses pemerolehan bahasa pertama merupakan proses menyesuaikan pengetahuan tatabahasa atau nahu yang bersifat umum yang terdapat dalam alat pemerolehan bahasa dengan nahu yang khusus bagi bahasa ibunda atau bahasa pertama seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak tidak dapat menerangkan rumus tatabahasa yang diserapi tetapi boleh menggunakannya dengan betul. Kecekapan bahasa kanak-kanak ialah kecekapan penutur jati. Bagi mengaktifkan LAD dan membolehkan LAD beroperasi, kanak-kanak perlu terdedah kepada sample-sampel bahasa yamg digunakan dalam persekitaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa mempunyai keupayaan yang semula jadi untuk merumus dan membentuk hukum tatabahasa bahasa tersebut. Ini bermakna, jika kanak-kanak tidak terdedah

22

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 kepada sampel-sampel bahasa, maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku. McNeill (1966) dalam Brown (2000) mengelaskan bahawa LAD mempunyai empat keupayaan linguistk yang berfungsi secara inatis, iaitu: i. ii. keupayaan membezakan bunyi-bunyi bahasa dengan bunyi-bunyi bukan bahasa, keupayaan untuk menyusun data-data bahasa dalam kategori-kategori tertentu dan kategori-kategori linguistik itu boleh dimurnikan kemudian, contohnya menyusun data-data bahasa ke dalam kategori nama dan adjektif, dan seterusnya kategori frasa, iii. iv. pengetahuan bahawa sistem linguistik tertentu sahaja yang sesuai dan sistem-sistem yang lain adalah tidak sesuai, dan kebolehan untuk membuat penilaian dari semasa ke semasa terhadap sistem bahasa yang sedang berkembang dan membina sistem rumus bahasa berdasarkan data-data bahasa yang diterima. 2.2.3 Perkembangan Bahasa Terjadual Secara Biologis Para sarjana aliran mentalis menjelaskan bahawa perkembangan bahasa berlaku mengikut perkembangan mental dan kadar perkembangan bahasa biasanya sama bagi kanak-kanak pada peringkat perkembangan mental yang sama. Peringkat-peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dijangka dan bahasa kanak-kanak pada setiap peringkat bersifat sistematik. Salah satu dakwaan teori mentalis tentang hal ini ialah semua kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang agak sama Mereka memberi contoh keadaan anak yang lahir dari ibu bapa yang pekak dan bisu juga mula belajar bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-kanak lain dan perkembangannya dapat dijangka seolah-olah telah terjadual. Pada setiap peringkat kematangan, kanak-kanak akan membina hipotesis terhadap peraturan bahasa berdasarkan input bahasa yang diterima semasa berkomunikasi dengan pengguna bahasa. Hipotesis tentang rumus-rumus bahasa sentiasa disemak, dibentuk semula atau kadang-kadang digugurkan 23

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 dalam tempoh perkembangan dan penguasaan bahasa. Contohnya, kanakkanak sentiasa menamakan barang-barang bermula daripada yang umum kepada yang tertentu dan khusus. Kanak-kanak mempelajari benda-benda sebagai satu kumpulan dahulu, kemudian mengetahui bahagian-bahagian daripada kumpulan itu, perkataan makan mewakili semua jenis makanan, kemudian mengklasifikasikan makanan mengikut jenis : buah, roti, nasi. Pada ada usia tiga tahun, kanak-kanak sudah mampu menggunakan tatabahasa transformasi generatif. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa pertama pada umur lima atau enam tahun tanpa mengambil kira bakat/kebolehan dan kanak-kanak boleh menghasilkan ayat-ayat yang belum pernah didengar.Kanak-kanak tidak akan memberikan respons terhadap pembetulan kesilapan bahasa jika perkembangan bahasa kanak-kanak belum bersedia. Menurut i. ii. Lenneberg (1967), kanak-kanak melalui lapan peringkat

perkembangan pemerolehan bahasa (Abdullah Hassan, 2009). Umur tiga bulan: Boleh mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi vokal yang kadang-kadang berpanjangan antara lima belas sehingga dua puluh saat. Umur empat bulan: Boleh bertindak balas terhadap suara-suara manusia dengan lebih tajam. Mata bayi mencari penutur dan kadang-kadang bayi akan ketawa. iii. Umur lima bulan: Mula menyebut bunyi konsonan di antara bunyi-bunyi vokal. Umur enam bulan: Boleh mengagah dan bertukar kepada pengeluaran bunyi-bunyi yang bercirikan suku kata seperti ma, mam, da, dak, di, dan ta. iv. v. vi. Umur lapan bulan: Bayi boleh mengulang bunyi-bunyi dengan lebih kerap. Umur sepuluh bulan: Bayi mula mengeluarkan pelbagai bunyi dan mula meniru bunyi serta membezakan bunyi. Umur dua belas bulan: Bunyi yang serupa dengan bunyi-bunyi bahasa mula diterbitkan, seperti perkataan ma, bab, mamam. Kanak-kanak juga mula memahami arahan. ix. Umur lapan belas bulan: kanak-kanak sudah mempunyai antara tiga hingga lima puluh patah. Kefahamannya bertambah baik dan kanak-kanak mula menggabungkan dua perkataan untuk menjadi rangkai kata. Semasa 24

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 umurnya meningkat dua tahun, pola-pola ayatnya mula menjadi lengkap dan kanak-kanak dapat membina rumus dengan sendiri. Proses ini berterusan hingga umurnya baligh apabila bahasanya menjadi sempurna.

2.2.4

Tempoh Kritikal Pemerolehan Bahasa Tempoh kritikal pemerolehan bahasa ialah satu jangka masa yang suburuntuk pemerolahan bahasa dengan mudah, iaitu bermula antara lapan belas bulan sehingga mencapai umur baligh. Ini ialah tempoh perkembangan otak. Jika kanak-kanak tidak didedahkan kepada input/ stimuli bahasa dalam tempoh ini dan sekiranya masa ini terlangkau, maka pemerolehan dan penguasaan bahasa akan terhalang, terutama sekali penguasaan sistem tatabahasa. Dakwaan tentang adanya tempoh kritikal pemerolehan bahasa disokong oleh kajian Lenneberg (1965) dalam Abdullah Hassan (2009) tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak

2.2.5 Implikasi Teori Mentalis Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa i. Aktiviti pembelajaran bahasa pelu memberi peluang pengalaman menggunakan bahasa dan bukan menghafal ayat-ayat yang terpencil. ii. Pengetahuan baharu dibina berdasarkan pengetahuan sedia ada. Isi pelajaran pembelajaran bahasa yang hendak diajarkan hendaklah bersesuaian dengan peringkat perkembangan mental kanak-kanak dan dibina berdasarkan pengetahuan sedia ada. iii. Tatabahasa dipelajari secara tidak formal melalui contoh, peniruan dan penggunaan mengikut keperihalan keadaan atau secara kontekstual. iv. Guru hendaklah merancang aktiviti yang menggalakkan murid-murid menghasilkan ayat-ayat yang kreatif berdasarkan pengetahuan rumusrumus tatabahasa. v. Kesilapan bahasa hendaklah dianggap sebagai mencuba uji hipotesis / rumus-rumus sebelum kanak-kanak mencapai peringkat fasih menggunakan bahasa.

25

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 vi. Guru hendaklah menggunakan kesilapan bahasa kanak-kanak sebagai asas memahami peringkat penguasaan bahasa kanak-kanak dan asas membina aktiviti yang sesuai bagi menangani kesilapan bahasa. vii. Aktiviti menulis adalah aktiviti yang penting bagi perkembangan bahasa kanak-kanak.

2.3

TEORI INTERAKSIONALISME PEMEROLEHAN BAHASA Teori Interaksionalisme pemerolehan bahasa berkembang sekitar tahun-tahun 1960an dan 1970-an. Tokoh yang terkenal dengan teori ini ialah M.A.K.Halliday, seorang ahli linguistik. Ahli-ahli interaksionalisme menghuraikan bahawa kematangan bahasa kanak-kanak berlaku melalui hubungan yang kompleks antara kebolehan semula jadi kanak-kanak untuk memperoleh bahasa dengan penggunaan bahasa dalam persekitaran tempat kanak-kanak dibesarkan. Pendekatan interaksionalisme pemerolehan bahasa dapat memberikan penjelasan tentang cara kanak-kanak menghubungkaitkan bentuk bahasa/language forms dengan makna/meaning yang terhasil daripada bentuk bahasa, dan cara menggunakan bahasa dengan sesuai mengikut konteks interaksi sosial. 2.3.1 Landasan Teori Interaksionalisme Teori ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu terlibat dengan interaksi bahasa dalam pelbagai konteks sosial supaya mereka dapat menggunakan bentuk bahasa yang tepat bagi menggambarkan makna. Kanak-kanak bermotivasi untuk memperoleh bahasa kerana bahasa memenuhi fungsi-fungsi tertentu kepada mereka. Halliday telah mengenal pasti tujuh fungsi bahasa pada peringkat awal kanak-kanak seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Fungsi Instrumental/Instrumental Fungsi Regulasi/Regulatory FungsiInteraksional/Interactional Fungsi personal/Personal Fungsi heuristic/ Heuristic Fungsi Imaginatif /Imaginative Fungsi Informatif/ Representational

26

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Teori ini menggambarkan anjakan kefahaman bahawa penguasaan bahasa adalah proses mental sahaja yang memerlukan tumpuan terhadap menggunakan pengetahuan rumus-rumus tatabahasa. Terdapat dua faktor anjakan kefahaman: Petama, pengkaji-pengkaji bahasa mula melihat bahasa sebagai manifestasi kebolehan kognitif dan afektif bagi memenuhi keperluan hubungan antara diri dengan dunia, dengan orang lain, dan dengan diri sendiri. Kedua, kerangka mentalis/inatis hanya menjelaskan tentang bentuk-bentuk bahasa/forms of language sahaja. Kerangka mentalis/inatis dan rumus tatabahasa generatif yang dihuraikan oleh Chomsky tidak menjelaskan tentang fungsi-fungsi bahasa dalam sesuatu konteks interaksi sosial dan bentuk bahasa mengikut sesuatu fungsi. Contoh bentuk bahasa ialah rumus-rumus atau peraturan-peraturan bagi penggunaan imbuhan, pembentukan kata dan pembinaan ayat. Bahasa berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi sama ada secara lisan atau secara bertulis dalam sesuatu konteks interaksi sosial (Brown, 2000). Contohnya, berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat di kaunter pertanyaan, ibu memujuk anaknya supaya bersarapan sebelum pergi ke sekolah dan seorang jurujual yang sedang memujuk pengguna agar membeli produk yang dijualnya. 2.3.2 Fungsi Bahasa Kanak-kanak dalam Interaksi Sosial Halliday telah menyenaraikan tujuh fungsi bahasa pertuturan kanak-kanak. Bahasa digunakan untuk mencapai tujuan berkomunikasi mengikut konteks tertentu. Fungsi-fungsi bahasa tidak bersifat hieraki, namun fungsi terawal yang dapat diperhatikan dalam ujaran kanak-kanak ialah fungsi instrumental dan fungsi terakhir ialah fungsi informatif (Halliday, 2003). Empat fungsi pertama bahasa, iaitu fungsi instrumental, fungsi regulasi, fungsi interaksional dan fungsi personal membantu kanak-kanak untuk memenuhi keperluan fizikal, keperluan emosi, dan keperluan sosial. Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka bagi memenuhi keperluan asasi mereka dahulu dan kemudian berkembang kepada keperluan informatif (menyampaikan dan memperoleh maklumat).

27

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Halliday juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara sistem bahasa kanak-kanak pada peringkat awal dengan sistem bahasa orang dewasa. Bagi setiap kanak-kanak, setiap ujaran bermula sebagai satu fungsi sementara bagi orang dewasa setiap ujaran boleh mengandungi lebih daripada satu fungsi. Dalam pertuturan orang dewasa, fungsi bahasa dilahirkan melalui unsur-unsur tatabahasa seperti penggunaan ayat tanya dan ayat penyata.

Fungsi

Huraian

Contoh Saya mahu roti Tolong baiki komputer saya Tidak boleh ambil barang orang Mula-mula ambil kertas... dan gunting kertas ... lipat kertas.

- memenuhi keperluan
Instrumental: Saya mahu Regulasi: Buat seperti saya beritahu

- memastikan sesuatu
dilakukan

- mempengaruhi tingkah laku,


perasaan atau sikap orang lain

- bahasa mengandungi
peraturan dan arahan - mewujudkan hubungan Boleh saya ikut sama? Kamu pun suka bola sepakkah?

Interaksional: Saya dan anda

dengan orang lain

- mengetahui kehendak orang


lain ( sama ada sama atau tidak sama dengan kehendak diri sendiri) - menggambarkan peribadi Saya tahu lagu tu... dah nyanyi dulu. Saya ada baju baharu.

Personal: Ini saya

dan perasaan sendiri.

- memberitahu orang lain


tentang diri

- mencari maklumat dan


Heuristik: Beritahu mengapa Imaginatif: Mari berpura-pura saya belajar meneroka persekitaran.

Mengapa ....? Boleh tuang air dalam piring ..

- menggunakan bahasa untuk nanti boleh sejuk? - mereka cipta cerita,


permainan baharu, dan dunia baharu Lepas tu semut panjat pokok, dia jatuh.. dia balik rumahlah, main. ma apa?-makan, kan apa?kantin...

- permainan bahasa : teka teki,


puisi, bahasa berirama

- tidak semestinya tentang 28

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1


sesuatu

- berkomunikasi maklumat
Informatif: Saya ada sesuatu untuk memberitahu anda

Saya buat gelang tangan ni ... dengan manik warna biru. Hujan lebat. Mesti bawa payung.

- menyampaikan mesej
dengan merujuk khusus kepada proses, objek, orang, keadaan dan hubungan dengan dunia luar

Jadual 2: Fungsi Bahasa Kanak-kanak dalam Interaksi Sosial (Disesuaikan daripada Halliday, 2003) 2.3.3 Implikasi Teori Interaksionalis Terhadap Amalan Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa i. Makna ialah elemen penting pembelajaran bahasa. Murid hendaklah terlibat dalam aktiviti berkomunikasi bagi menyampaikan makna dengan lancar. Walau bagaimanapun, kelancaran berkomunikasi tidak bermakna bahawa ketepatan tatabahasa boleh diabaikan. Pengajaran bahasa hendaklah memberikan keseimbangan antara pengetahuan tatabahasa dan penggunaan aspek tatabahasa yang sesuai dengan tujuan berkomunikasi. Tatabahasa dapat dikuasai jika murid dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan komunikasi yang bermakna. ii. Pendedahan kepada pelbagai situasi interaksi bahasa penting bagi membolehkan murid-murid belajar menggunakan bahasa secara berkesan bagi memenuhi pelbagai fungsi bahasa mengikut situasi penggunaan bahasa. iii. Latar kehidupan sosial mempengaruhi bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi. Guru disarankan mewujudkan situasi penggunaan bahasa yang autentik dan kontekstual serta bahan bantu yang sesuai dengan persekitaran kehidupan murid bagi memudahkan proses pembelajaran dan memotivasikan murid untuk belajar bahasa.

2.4

TEORI KONSTRUKTIVISME PEMEROLEHAN BAHASA 29

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Paradigma konstruktivisme dalam pemerolehan bahasa dipelopori oleh dua orang tokoh bidang psikologi perkembangan kognitif, iaitu Jean Piaget and Lev Vygotsky. Kedua-dua tokoh ini berminat tentang hubungan antara perkembangan pemikiran dan persekitaran dengan pemerolehan dan penguasaan bahasa. Piaget membuat hipotesis bahawa bahasa berkembang sebagai satu sistem simbol bagi menggambarkan pengetahuan yang diperoleh melalui interaksi antara individu dengan dunia fizikal. Perkembangan bahasa bergantung kepada perkembangan kognitif. Manakala Vygotsky menghasilkan hipotesis bahawa bahasa berkembang melalui interaksi sosial. 2.4.1 Teori Konstruktivisme Kognitif (Jean Piaget) Jean Piaget ialah seorang sarjana psikologi dan pelopor Teori Perkembangan Kognitif. Piaget telah mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak dan membuat pemerhatian perkembangan bahasa kanak-kanak yang berlaku mengikut peringkat perkembangan kognitif mereka. Beliau mengetengahkan dakwaan bahawa perkembangan bahasa bergantung dan berputik daripada perkembangan kognitif, iaitu perkembangan kognitif akan menentukan perkembangan bahasa. Bahasa kanak-kanak pada satu-satu tahap menggambarkan perkembangan kognitif kanak-kanak pada tahap yang berkenaan. Perkembangan kognitif kanak-kanak terhasil daripada proses interaksi antara kanak-kanak dengan objek dalam dunia fizikal yang diperhati, yang disentuh, dan yang dimanipulasikan oleh mereka. 2.4.1.1 Perkembangan bahasa bergantung kepada perkembangan kognitif Mengikut pemerhatian Piaget, kanak-kanak melalui empat peringkat perkembangan kognitif dan tahap-tahap ini berlaku pada usia yang hampir sama bagi semua kanak-kanak. Setiap tahap perkembangan akan ditandai dengan pemerolehan dan penguasaan struktur bahasa yang tertentu. Contohnya, selepas kanak-kanak melalui perkembangan kognitif untuk membezakan saiz, kanak-kanak akan dapat menyebut, bola ini lebih besar daripada bola itu.

30

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Piaget menegaskan bahawa sesuatu struktur bahasa diperoleh melalui interaksi dengan dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam persekitaran dan dengan cara mengambil bahagian yang aktif semasa berinteraksi. Contohnya, berdasarkan pengalaman kanak-kanak melihat ikan-ikan di kolam dan burungburung di udara, maka akan terbina konsep ikan, dan burung dan seterusnya konsep ikan berenang dan burung terbang. Tegasnya, sebelum seseorang kanak-kanak mampu menggunakan dan memahami struktur bahasa yang tertentu, kanak-kanak perlu memahami konsep yang terkandung dalam struktur bahasa tersebut. Peringkat pertama perkembangan kognitif ialah keupayaan bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bayi memiliki potensi ini kerana dilahirkan dengan pengetahuan dalam minda bagi membolehkan bayi menyesuaikan diri dengan persekitaran. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapi dengan potensi am pergerakan seperti menghisap, mencapai, dan memegang. Pengetahuan tentang gerakan memegang ialah memegang benda yang tidak menyakitkan. lapar. Apabila Bagi pengetahuan bagi perlakuan menangis, ialah menangis apabila ditinggalkan ibu atau apabila deria sensori seperti mendengar dan melihat berkembang, kanak-kanak dapat meniru bunyi-bunyi yang didengar dan menghubungkaitkan bunyi dengan benda, situasi, atau aksi yang dilihat. Pada peringkat perkembangan kognitif ini, kanak-kanak belum dapat mengujarkan perkataan, namun dapat membentuk imej yang jelas tentang benda,situasi, atau aksi yang dilihat. Oleh itu, apabila kanakkanak menyebut sesuatu sambil menunjuk pada objek tertentu, kanak-kanak tersebut mungkin meminta supaya objek itu diberikan kepadanya atau mungkin meminta supaya objek itu dialihkan. Perkembangan bahasa bermula ketika kanak-kanak berumur antara lapan belas bulan sehingga dua tahun, dan seawal sembilan bulan 31

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 ada yang sudah boleh menuturkan perkataan. Pemerolehan bahasa pada peringkat ini seiring dengan perkembangan kognitif kerana kanak-kanak sudah dapat menyebut perkataan yang sebenar dengan benda yang dmaksudkan. Sebelum peringkat, ini perkataan bagi objek, situasi atau perlakuan adalah dalam bentuk imej-imej dalam minda. Menjelang umur lima tahun, kanak-kanak sudah dapat mengingat dan menyebut nama dan alamat, serta bercerita tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang mudah. Perkembangan bahasa adalah sebahagian daripada perkembangan kognitif yang berlaku secara berterusan. Perubahan daripada satu peringkat perkembangan kognitif ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak terdedah kepada pengalaman-pengalaman yang baharu. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu membina pengetahuan-pengetahuan baharu, mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi, dan menguasai kosa kata baharu yang luas dan beragam. 2.4.1.2 Empat peringkat perkembangan bahasa Berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget, terdapat empat peringkat perkembangan kognitif dan setiap peringkat memperlihatkan perkembangan aspek bahasa yang berbeza-beza. i. Peringkat Sensori Motor: sejak lahir hingga 2 tahun Sepanjang peringkat sensori motor, bayi memahami dunia melalui persepsi sensori dan aktiviti motor. Bayi secara beransur-ansur mempelajari bahawa terdapat hubungan antara aksi mereka dengan dunia fizikal. Mereka menemui untuk pengetahuan bahawa akan terdapat kesan tertentu apabila mereka memanipulasikan objek. Mereka belajar melakukan aksi yang memberikan kesan fizikal seperti menarik, membaling, dan mengayun. Bayi dapat membezakan cara

32

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 membuka mulut apabila disuapkan makanan dengan sudu berbeza dengan apabila hendak menghisap puting botol susu. Perkembangan bahasa bermula ketika berumur antara lapan belas bulan sehingga dua tahun, dan seawal sembilan bulan ada yang sudah boleh menuturkan perkataan. Pada peringkat ini kanak-kanak dapat mengujarkan satu perkataan, namun satu perkataan boleh melambangkan beberapa fungsi bahasa, contohnya fungsi instrumental (menyatakan kemahuan), fungsi kawalan (mengawal tingkah laku orang dewasa), fungsi imaginatif (berimaginasi). Fungsi instrumental: Ibu boleh membawa maksud saya Fungsi kawalan: Ibu boleh membawa maksud buat Fungsi imaginatif: shh berimaginasi bahawa semua mahu atau saya perlu. seperti ini atau mari bermain dengan anak patung orang perlu diam. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh mengenal nama-nama objek yang sudah dikenali, seperti bapa, kereta, ayam, sudu. Kanak-kanak juga mula memberi respon terhadap permintaan dan arahan mudah (Berikan kepada mama, Jangan sentuh, panas) dan soalan (Mahu lagi?, Mana burung?) ii. Pada Peringkat Praoperasi: 2 tahun sehingga 7 tahun peringkat praoperasi, perkembangan kognitif dan

perkembangan bahasa sangat pesat. Kefahaman kanak-kanak tentang dunia persekitaran dapat dilihat melalui bahasa dan imej mental. Fikiran, percakapan dan kelakuan kanak-kanak bercorak egosentrik kerana kanak-kanak menanggapi sesuatu daripada perspektif diri mereka sahaja. Mereka tidak dapat melihat sesuatu daripada perspektif orang lain dan mempercayai bahawa orang lain mempunyai pendapat yang sama dengan mereka. 33

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1

Apabila kanak-kanak menutup matanya sehingga tidak dapat melihat orang di hadapannya, kanak-kanak itu menganggap orang di hadapannya juga tidak dapat melihat dia. Kelakuan mereka bersifat egosentrik kerana meraka belum dapat memahami perasaan, keperluan dan pendapat orang lain.Tahap ini ialah tahap Saya punya. Kanak-kanak kerap menyebut Mainan Anim punya, Tak boleh, Anim punya, Eh, tu baju Anim!. Bahasa yang bercorak egosentrik berkait rapat dengan

animisme, iaitu kecenderungan kanak-kanak untuk melihat semua benda termasuk benda tidak bernyawa sebagai hidup dan bersifat seperti manusia yang mempunyai perasaan dan kehendak. Kanak-kanak mempercayai bahawa Pokok menolak saya sehingga saya jatuh dan menyebabkan kaki saya sakit. Animisme diperhatikan melalui corak bahasa semasa kanakkanak bercakap dengan anak patung ketika mereka bermain seorang diri, di hadapan orang dewasa atau dengan kanakkanak yang lain. Tingkah laku semasa bermain sangat penting untuk

perkembangan bahasa kanak-kanak. Permainan Olok-olok dan Permainan Simbolik amat penting kerana kanak-kanak menggunakan sesuatu objek bagi mewakili objek yang lain. Contohnya berpura-pura bahawa kotak kecil sebagai telefon bimbit, sudu sebagai mikrofon, tangga sebagai pentas, dan bawah meja sebagai rumah. Corak bahasa jelas semasa kanakkanak memainkan peranan sebagai ibu, doktor dan watakwatak lain dalam permainan olok-olok. Perkembangan kognitif menunjukkan bahawa kanak-kanak cuba memahami dan menjelaskan hubungan logik tentang perkaraperkara yang didengar, dilihat, dan dialami dalam dunia fizikal. 34

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Bahasa yang diujarkan adalah seperti perbualan antara ibu dengan anaknya di bawah. (Ibu dan anak yang berumur 3 tahun) Ibu: (Menunjuk kepada ikan goreng di dalam pinggan di atas meja sambil bertanya kepada anaknya). Ikan ni buat apa? Anak: Dia tidurlah. Ibu: Kenapa ikan tak berenang? Anak: Tak ada airlah! Dalam lingkungan umur lima sehingga tujuh tahun, bahasa dan perlakuan kanak-kanak mula bercorak sosial. Kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan alam persekitaran yang lebih luas; dan interaksi sosial yang lebih

banyak, iaitu dengan anggota masyarakat lain selain daripada ibu bapa atau penjaga dan adik beradik. Kebolehan berbahasa pada peringkat ini menggambarkan peningkatan kemahiran berfikir. Percakapan kanak-kanak menggambarkan pemikiran intuitif dan mereka banyak menyoal, bertukar pendapat, dan berkongsi pengalaman dengan orang lain. Kosa kata dan kebolehan kemahiran mendengar dan bertutur semakin berkembang. iii. Peringkat Operasi Konkrit: 7 tahun hingga 11 tahun Peringkat ini bermula pada umur lebih kurang tujuh tahun sehingga umur lebih kurang sebelas tahun. Pada peringkat ini, kebolehan untuk berfikir secara induktif adalah agak baik tetapi kanak-kanak menghadapi masalah untuk berfikir secara deduktif. Kanak-kanak dapat memikirkan secara logik tentang peristiwa konkrit berbanding konsep abstrak. Mereka boleh berfikir tentang peristiwa atau objek sebenar berbanding dengan berfikir tentang idea-idea. Contohnya, mereka boleh memahami maksud yang berikut: 35

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 ibu iv. Peringkat Operasi formal: 12 tahun dan ke atas Peringkat operasi formal bermula pada umur lebih kurang dua belas tahun sehinggalah kanak-kanak itu dewasa. Apabila mereka mencapai tahap ini, mereka berupaya berfikir tentang perkara yang abstrak, berfikir secara deduktif, membuat hipotesis, merancang secara sistematik, dan menyelesaikan masalah yang memerlukan penaakulan yang tinggi. Ketika ini seseorang individu itu akan mampu untuk berfikir secara logik tentang idea-idea abstrak, bukan sekadar peristiwa atau objek konkrit. Contohnya, boleh memahami konsep abstrak tentang persahabatan dan kejujuran Persahabatan bermakna saling mempercayai dan berkongsi perasaan Kejujuran bermakna berkata benar Bersahabat bermaksud bermain dengan saya Perbuatan jujur bermaksud tidak mengambil barangSikap bertanggungjawab adalah seperti rajin menolong

barang saya

2.4.1.3

Implikasi Teori Kognitif Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa i. Guru perlu menyediakan pengalaman berbahasa yang kaya dan menyediakan pelbagai bahan bantu supaya murid bermotivasi dan bertanggungjawab untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran kemahiran berbahasa. Menurut Piaget kadar perkembangan bahasa biasanya sama bagi kanak-kanak pada peringkat perkembangan mental yang sama. Namun, cepat atau lambat perkembangan bahasa pada sesuatu tahap perkembangan dipengaruhi oleh kecerdasan, interaksi dengan alam persekitaran, dan interaksi sosial.

36

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 ii. Masa dan isi pelajaran yang hendak diajarkan perlu bersesuaian dengan tahap kesediaan, kebolehan, dan perkembangan kognitif murid. Menurut Piaget kanak-kanak akan bertutur apabila bersedia. Jika operasi intelek kanakkanak belum matang ke peringkat kanak-kanak tersebut mampu mempelajari sesuatu struktur bahasa yang kompleks, pengajaran tidak akan dapat menghasilkan pembelajaran. Malahan, pengajaran yang mendahului kematangan perkembangan mental berbahaya kepada kanak-kanak. iii. Pembelajaran hendaklah berpusatkan murid, contohnya melalui aktiviti yang menitikberatkan penyelesaian masalah atau membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada dan guru berperanan sebagai pemudah cara proses pembelajaran. iv. Minat, kebolehan dan tahap keupayaan murid-murid dalam pembelajaran bahasa hendaklah dihormati dan diambil kira dalam pengajaran. Oleh itu aktiviti pembelajaran bahasa hendaklah dipelbagaikan bagi menangani gaya belajar yang berbeza dan kadar kelajuan yang berbeza.

v.

Model

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

konstruktivisme kognitif Rajah 7 yang berikut adalah menunjukkan model proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme kognitif.

37

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Murid pengalaman pengalaman kefahaman

daerah tugasan dan aktiviti bahasa yang dipersetujui

Guru

penilaian pembelajaran

Rajah 7: Model proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme kognitif (Pollard dan Triggs, 1987. Reflective Teaching in Secondary School 2.4.2 Teori Konstruktivisme Sosial Pemerolehan Bahasa Teori konstruktivisme sosial dalam pemerolehan bahasa mendakwa bahawa pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku melalui interaksisosial. Vygotsky, ahli konstruktivisme sosial dari Rusia menegaskan bahawa kanak-kanak hanya boleh memperoleh bahasa jika berinteraksi dengan orang lain dalam persekitaran budaya bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak. Vygotsky menekankan kepentingan interaksi antara kanak-kanak dengan ibu bapa atau penjaga, kepentingan motherese, sumbangan keperihalan keadaan/konteks komunikasi, dan tujuan komunikasi antara kanakkanak dengan ibu bapa atau penjaga. Orang dewasa, tempat tinggal dan persekitaran budaya sangat signifikan kepada pemerolehan bahasa kanak-kanak. (Hamilton dan Ghatala, 1984; Shrum & Glisan, 2005 ). Teori konstruktivisme interaksi fizikal Piaget dikritik dengan hebat kerana teori ini terlalu berfokuskan proses-proses mental individu kanak-kanak dan interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran fizikal sehingga mengabaikan fungsi sosial perbualan antara kanak-kanak dengan orang lain dalam konteks kehidupan sosial. 2.4.2.1 Landasan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky mengkritik teori konstruktivisme interaksi fizikal Piaget kerana pada pendapat beliau teori ini terlalu berfokuskan interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran fizikal sehingga 38

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 mengabaikan fungsi interaksi sosial. Interaksi sosial dan

pengalaman berbual dalam konteks budaya sangat penting bagi perkembangan bahasa. Vygotsky telah mengenal pasti dua faktor yang sangat signifikan yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan bahasa dalam konteks interaksi sosial. Pertama, Percakapan Kendiri/PrivateSpeech, iaitu apabila kanak-kanak bercakap secara kuat dengan diri sendiri bagi mengawal tingkah laku dan pemikiran kendiri. Percakapan kendiri akan berubah kepada bentuk Percakapan Dalaman Kendiri/Directive Inner Speech iaitu percakapan secara senyap dengan diri sendiri setelah berlaku proses internalisasi Percakapan Kendiri. Kedua, Zon Perkembangan Termampu/The Zone of Proximal Development (ZPD), iaitu apabila kanak-kanak memerlukan bimbingan daripada penjaga atau ibu bapa semasa berinteraksi bagi melaksanakan sesuatu tugsan pembelajaran (Shrum & Glisan, 2005). 2.4.2.2 Perkembangan bahasa melalui Percakapan Dalaman

Kendiri/Directive Inner Speech Teori konstruktivisme sosial, menegaskan bahawa perkembangan bahasa pada mulanya berlaku pada peringkat sosial dan kemudiannya akan berubah ke peringkat individu. Mengikut Withers, Vygotsky, menegaskan bahawa perkembangan bahasa bahasa kanak-kanak sangat penting bagi perkembangan intelek kerana terdapat hubungan saling bergantung antara perkembangan minda untuk berfikir dengan perkembangan bahasa. Melalui pemerhatian beliau, Vygotsky mendapati bahawa perbualan antara kanak-kanak dengan orang dewasa semasa menyelesaikan sesuatu tugasan kognitif, adalah sumber perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif kanak-kanak. Percakapan Kendiri/PrivateSpeech, digunakan apabila kanak-kanak mengambil bahagian menyelesaikan tugasan bersama-sama dengan orang dewasa dengan cara bercakap secara kuat dengan diri sendiri bagi mengawal tingkah laku dan pemikiran kendiri 39

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 semasa. Percakapan Kendiri/PrivateSpeech akan berubah kepada bentuk Percakapan Dalaman Kendiri/Directive Inner Speech. Percakapan Dalaman Kendiri/Directive Inner Speech ialah proses penyuaraan fikiran bagi menyelesaikan sesuatu tugasan secara dalam minda dengan menggunakan bahasa tetapi tanpa bersuara. Kanak-kanak menggunakan directive inner speech untuk memandu arah aktiviti-aktiviti kognitif dalam penyelesaian sesuatu masalah. Proses penyuaraan fikiran secara dalaman dibantu oleh orang dewasa yang mengujarkan atau menyuarakan matlamat dan strategi bagi menyelesaikan masalah pembelajaran semasa berinteraksi dengan kanak-kanak. Apabila menggunakan directive inner speech, kanak-kanak dapat membuat perkaitan antara pemikiran dengan bahasa, lalu mampu untuk melahirkan buah fikiran mereka kepada orang lain melalui bahasa.
As a result of participating in problem solving activities with adults who take the lead in verbalizing goals and strategies, the child learns to talk to himself in order to direct his own cognitive activities. A child will be deficient in self directive inner speech if he does not have the opportunity to participate in such social dialoges. (Hamilton and Ghatala, 1994. Learning and Instruction)

2.4.2.3

Perkembangan Zon

bahasa

dalam

Zon ialah

Perkembangan perbezaan antara

Termampu/The Zone of Proximal Development (ZPD) Perkembangan Termampu perkembangan bahasa sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah pembelajaran secara sendiri (X) berbanding dengan potensi perkembangan termampu (Y) melalui aktiviti penyelesaian masalah dengan cara bimbingan atau berkolaboratif (perbualan) dengan orang dewasa atau rakan yang lebih mahir. Dalam proses ini, potensi perkembangan bahasa yang seterusnya ialah (Z). ZPD ialah tahap perkembangan apabila ada sokongan interaktif (perbualan) yang membolehkan pencapaian pengetahuan kanak-

40

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 kanak melonjak ke tahap yang tidak mampu dilakukan secara sendiri. Vygotsky menjelaskan bahawa:
...learning precede and contributes to development, and the learners language performance with others exceeds what the learnes is able to do alone. The learner brings two levels of development to the learning task: anactual development level, representing what the learner can do without assistance, an a potential development, representing what the learner can do with the assistence of adults or more capable peers. (Shrum & Glisan, 2005)

X: Tahap potensi perkembangan bahasa atas usaha sendiri

x
y

Y : Zon Perkembangan Termampu Tahap potensi perkembangan bahasa melalui bimbingan atau secara berkolaboratif

z
Z:Belum mampu dikuasai oleh kanak-kanak Setiap individu kanak-kanak

Rajah 8 : Zon Perkembangan Termampu 2.4.2.4 Peringkat-Pringkat Perkembangan Pertuturan Mengikut Vygotsky, individu akan melalui tiga peringkat perkembangan pertuturan yang bermula dari lahir hingga ke umur tujuh atau lapan tahun.

41

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 i. Peringkat Thoughtless speech Seawal umur dua bulan, bunyi yang dihasilkan oleh bayi adalah untuk menggambarkan reaksi sosial terhadap suara atau kehadiran orang dan mengawal tingkah laku orang lain. ii. Peringkat pertuturan luaran/pertuturan egosentrik Peringkat pertuturan luaran terdapat dalam kalangan kanakkanak yang berumur tiga hingga tujuh tahun. Perkataanperkataan digunakan untuk memberi nama pada benda dan untuk menggambarkan keperluan kendiri. Pada peringkat ini, makna sesuatu objek adalah tetap dan fungsi simbolik perkataan masih kurang difahami. Kanak-kanak tidak faham bahawa perkataan adalah simbol yang fleksibel dan boleh bertukar makna dengan persetujuan masyarakat pengguna sesuatu bahasa. Ibu bapa dan penjaga berperanan untuk membentuk tabiat berbahasa yang betul pada peringkat perkembangan ini. Penggunaan bahasa kanak-kanak menepati rumus bahasa tetapi kanak-kanak belum memahami operasi rumus bahasa. Perbualan kendiri/egocentric/private speech berkembang pada peringkat ini. Perbualan kendiri berlaku semasa kanak-kanak bercakap dengan diri sendiri ketika bersendirian dan semasa berinteraksi dengan orang lain. Walaupun disuarakan tetapi perbualan kendiri tidak ada fungsi komunikasi melainkan untuk mengawal pemikiran dan tindakan kendiri. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan berbual dengan diri sendiri tanpa mengira kehadiran orang lain. Kanak-kanak mungkin bercakap tentang perkara yang sedang mereka lakukan sambil melakukan perkara itu. Peringkat ini ialah peringkat permulaan penyuaraan fikiran. Perbualan kendiri akan bertukar kepada Percakapan Dalaman Kendiri/ Directive Inner Speech. Mengikut Azmita (1992),Vygotsky berpendapat bahawa Perbualan/Private Speech 42

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 mula digunakan pada umur empat tahun hingga ke lima tahun dan memuncak pada umur lima tahun hingga enam tahun. Perbualan kendiri menurun pada pertengahan atau akhir umur tujuh tahun apabila berubah kepada Percakapan Dalaman Kendiri/ Directive Inner Speech. iii. Peringkat perkembangan bahasa secara

dalaman/ingrowth stage Peringkat ini ialah peringkat terakhir perkembangan pertuturan. Pertuturan berlaku secara dalaman dan pertuturan dalaman memandu arah fikiran dan tindakan seseorang. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mengekspresikan fikiran mereka kepada orang lain dengan menggunakan bahasa. 2.4.2.5 Implikasi Teori Konstruktivisme Sosial Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa i. Guru digalakkan melibatkan murid dalam tugasan pembelajaran bahasa yang bermakna dan memerlukan interaksi sosial. Teori konstruktivisme sosial mengandaikan bahawa proses pembelajaran bahasa adalah usaha kolaboratif iaitu berlaku melalui rundingan dan pembinaan makna secara bersama. Contoh strategi pembelajaran bahasa ialah pembelajaran berasaskan senario, pembelajaran berasaskan masalah, Whole Language, teknik bacaan berpandu, teknik reciprocal dalam pembacaan, dan bengkel penulisan secara proses. ii. Aktiviti pembelajaran bahasa hendaklah dirangka supaya dapat mengembangkan potensi berbahasa murid-murid dalam Zon Perkembangan Termampu. Murid-murid mampu mendapat manfaat daripada bimbingan yang diberikan oleh guru. Guru boleh menggunakkan strategi pengajaran seperti penyoalan, model, panduan belajar, serta strategi-strategi pembelajaran

43

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 kemahiran bahasa yang berfungsi sebagai perancah

sementara/scaffolding proses pembelajaran. iii. Pebelajaran bahasa hendaklah berlaku dalam konteks yang bermakna dan autentik supaya murid dapat membuat perkaitan antara pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah dengan penggunaan bahasa yang dipelajari dalam dunia yang sebenar. iv. Pembelajaran bahasa memberikan fokus kepada proses belajar dan hasil pembelajaran. Berdasarkan penggunaan strategistrategi membuat pembelajaran refleksi dan semasa sedar proses bimbingan untuk sementara/scaffolding, murid diharapkan terhadap berupaya

strategi-stretegi

pembelajaran yang dilalui dan boleh menggunakan strategistretegi pembelajaran yang dipelajari dalam situasi yang baharu. Contohnya, berdasarkan bimbingan bacaan intensif yang menggunakan teknik bacaan berpandu, murid sedar tentang strategi kognitif dalam pembacaan. Rajah 9 di bawah menunjukkan model proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, Konstruktivisme Sosial. Aktiviti konkrit, berasaskan situasi, kontekstual bersama dengan guru, orang dewasa atau rakan yang lebih mahir (May, 1994).
Murid Aktiviti & Aktiviti & Aktiviti & Bincang bincang bincang Membina makna

Isi bahasa yang dipersetujui

ZPD

ZPD

Menyemak/Menilai

Guru

Agen Refleksi (bina pemikiran)

Agen Refleksi (bina pemikiran)

Proses dan hasil pembelajaran

Rajah 4 : Model proses pengajaran dan pembelajaran bahasa: Konstruktivisme Sosial (Pollard & Triggs, 1997. Reflective Teaching in Secondary Schools)

44

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1

LATIHAN

Sila jawab soalan-soalan di bawah


Soalan 1 Lengkapkan jadual di bawah. Teori behaviorisme Teori Mentalis Teori Interaksionalis Teori Konstruktivisme

Peranaan input bahasa terhadap pemerolehan bahasa

45

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Soalan 2 Berdasarkan peta banding beza di bawah, buat perbandingan antara Teori Pemerolehan Bahasa Behaviorisme dengan Teori Pemerolehan Bahasa Mentalis.
Membanding dan Membezakan antara Teori Pemerolahan Bahasa Behaviorisme dengan Teori Pemerolahan Bahasa Mentalis

Mentali s

Behaviori sme

perbezaan Soalan 3

persamaan

perbezaan

Mengapakah Teori Behaviorisme hanya sesuai untuk mengajarkan peringkat asas kemahiran bertutur? Soalan 4 Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, adakah Teori Mentalis dapat diaplikasikan untuk mengajarkan ayat-ayat yang kompleks? Soalan 5 Teori yang manakah yang sesuai untuk menggajarkan penggunaan bahasa yang sesuai mengikut situasi penggunaan. Hujahkan.

46

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Soalan 6 Lengkapkan borang di bawah bagi menunjukkan sebab dan kesan aplikasi Teori Konstruktivisme Sosial dalam pengajaran bahasa di dalam kelas anda. Sebab dan kesan aplikasi Teori Konstruktivisme dalam pembelajaran bahasa di dalam kelas saya

Teori Konstruktivisme Sosial

47

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Rujukan Abd Aziz Talib.(2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Abdullah Hassan Pemerolehan Bahasa (2009) bmp6103.blogspot.com/.../pemerolehanbahasa.ht..bmp6103.blogspot.com/.../pemerolehan-bahasa.ht.. Abdullah Hassan. (2009). Linguistik Am. Selangor: PTS Publishing Adapted from Halliday, M. A. K. 1969, Relevant models of Language, in 2003, The Language of Early Childhood,Continuum, London http://education.qld.gov.au/literacy/docs/ oral-language-early.doc Troike, M. S (2010). Introducing Second Language Acquisition. New York: Cambridge University Press. Brown, H.D. (1994). Teaching by principles. An integrative approach to language pedagogy. 2nd Ed . Prentice Hall. USA. Brown, H.D. ( 2000). Principles of language learning and teaching. 4th Ed.New York. Pearson Education Company. Eysenck, M,W. & Keane m.T. (2010). Cognitive psychology. A Students Handbook. Sixth Edition.Psychology Prsss. USA Glison, E.W. dan Shrum,J.L.(2005). Contextualized language instruction. 3rd Edition. USA.Thomson and Heinle. Hamilton & Ghatala. (1984).Language Instruction. USA Hassan Nasir www.scribd.com/.../Cognitive-Language-Acquisition-Theories-Prese... Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa. Shah Alam: Fajar Oxford Sdn. Bhd. LanguageCentral Role of Languagewajeehnaseer.blogspot.com/.../educational-theoriesof-lev-vygotsky. Learning First Languagewww2.nkfust.edu.tw/.../SLA/.../1_Learning_a_First_Language_new. Language Acquisition Study Guide & Homework Help eNotes.comwww.enotes.com Richards dan Rodgers. (1996). Approaches and methods in language teaching. A description analysis. Cambridge University Press.USA. Stern, H.H.(1996). Issues and options in language teaching.Oxford University Press.Hong Kong. WithersVygotsky and Language Development | eHow.comhttp wajeehnaseer(2010) The Educational Theories Of Lev Vygotsky Zulkifli bin Hamid.(1994). Pembelajaran dan pengajaran bahasa. DBP. Kuala Lumpur.

48

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1 Zulkifli bin Hamid.(2006). Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Editor. Abdullah Hassan. Kuala Lumpur PTS Profesional. Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa Konsep, Fungsi dan Penguasaannya Oleh Penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

49

Anda mungkin juga menyukai