Anda di halaman 1dari 4

NOTA BMM 3111 : SINONIM BERDASARKAN KOLOKASI

DEFINISI SINONIM

kata-kata yang sama atau yang hampir sama maknanya Kamus Pelajar Edisi Kedua 2010

kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain Kamus Dewan Edisi Keempat

set perkataan yang mempunyai makna yang sama iaitu perkataan-perkataan itu seerti atau bersinonim di antara satu sama lain . F.R.Palmer ( 1989 : 97 )

Kata-kata sinonim terdiri dari kata-kata yang mempunyai makna yang sama.

Abdullah Hassan ( 1982 : 241 ) dalam buku Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama OGraddy, 2008 : 118 dalam Bab 7 Modul Open Universiti Malaysia

NOTA BMM 3111 : SINONIM BERDASARKAN KOLOKASI

DEFINISI KOLOKASI

hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan. (misalnya dalam ayat) Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:806) Kolokasi ialah penggunaan perkataan bersama-sama ( F.R.Palmer,1989 : 83 ). Penyusunan subkelas dalam suatu pengelasan yang dibuat berdasarkan kelas atau subjeknya.

NOTA BMM 3111 : SINONIM BERDASARKAN KOLOKASI Apa itu SINONIM Set perkataan yang merujuk makna yang sama tetapi BERDASARKAN KOLOKASI berbeza dari segi hubungan penggunaan perkataan yang bersinonim dalam ayat.

NOTA BMM 3111 : SINONIM BERDASARKAN KOLOKASI

CONTOH : Perkataan banyak bersinonim dengan perkataan ramai. Banyak = ramai Tetapi dalam konteks ayat, penggunaan perkataan banyak digunakan untuk kata nama hidup bukan manusia, dan kata nama tak hidup bukan manusia. Contohnya, banyak untung. Penggunaan perkataan ramai digunakan untuk kata nama hidup manusia sahaja. Contoh, ramai guru, ramai pelajar, ramai pesakit dan lain-lain lagi. Perkataan kemuruk bersinonim dengan basi. Kedua-duanya membawa makna busuk. Kemuruk = basi Tetapi dalam konteks ayat, kemuruk digunakan untuk telur. Basi digunakan untuk nasi. Perkataan buruk bersinonim dengan perkataan hodoh Buruk = Hodoh Tetapi dalam konteks ayat, penggunaan perkataan buruk sesuai untuk menyatakan tulisan yang tidak cantik iaitu, tulisan buruk. Manakala perkataan hodoh pula sesuai untuk menyatakan muka yang kurang cantik iaitu, wajahnya hodoh sekali. Perkataan hingga bersinonim dengan perkataan sampai. Keduanya dipakai untuk menyatakan batas akhir waktu/tempat. Hingga = Sampai Hingga: tidak dapat diikuti oleh kata dengan atau didahului oleh kata tidak/belum/sudah. Sampai: dapat diikuti oleh kata dengan atau didahului oleh kata tidak/belum/sudah. Contoh: (1) Saya belajar [hingga/sampai] jauh malam. (2) Surat yang Anda kirimkan itu tidak/belum/sudah [*hingga/sampai] padanya. Perkataan tidak bersinonim dengan perkataan bukan. Keduanya dipakai untuk menyatakan ingkar (negasi). tidak = bukan Keduanya dipakai untuk menyatakan ingkar (negasi). Kata tidak biasanya bergabung (berkolokasi) dengan kata kerja atau kata sifat, Tidak berposisi mendahului kata kerja atau kata sifat. Kata bukan biasanya bergabung (berkolokasi) dengan kata benda. Bukan: berposisinya mendahului kata benda atau yang dibendakan.

Anda mungkin juga menyukai