Anda di halaman 1dari 48

Kuliah 7: Kesantunan Lisan Dan Penulisan

Kesantunan Lisan

 Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan


seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan
majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan,
mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan
setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa,
tetamu, dan seumpamanya.
 Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
o Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan
halus.
o Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan
bertatasusila.
 Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak
balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
 Ini bermakna ia dinilai dengan dilihat serta-merta, dan
dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
 Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang
dilawan bercakap.
 Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya
tindak balas yang kita terima.
 Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu
diambil perhatian ialah :
o Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap
yang sopan.
o Suara dan intonasi yang sopan.
o Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
o Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
o Penggunaan sistem panggilan yang betul.
o Gaya bahasa yang sesuai.
o Isi perbincangan yang tidak sensitif.
 Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan
yang perlu diambil perhatian ialah :
o Gaya percakapan yang sopan
o Pandangan mata yang sesuai
o Gerak laku yang bertatasusila
o Mimik muka yang positif
o Hanyunan tangan yang sesuai
o Imej diri
 Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk :
o Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato,
forum
o Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon,
perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
 Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal
mempunyai peraturan yang berbeza dari segi
penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan
gerak laku.
 Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di
kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan
kata sapaan dan budi bahasa.
 Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan
yang neutral seperti 'cik' atau 'saudari', 'encik' dan
'saudara'.
 Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan
panggilan 'pak cik' atau 'mak cik' kerana ia mungkin tidak
gembira disapa dengan cara itu.
 Maka 'encik' dan 'puan' lebih wajar digunakan untuk
menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
 Kesantunan berbahasa atau bahasa yang bersantun
banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau
panggilan hormat yang tepat.
 Semasa seseorang individu berkomunikasi dengan
seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang
digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti
hubungan peribadi antaranya dengan orang yang dilawan
bercakap serta statusnya.
 Dalam komunikasi seharian, seseorang itu akan
menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan
berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain.
 Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada
disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan
terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun
menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.
 Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta
ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul
dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi.
 Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti
nama diri.
 Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur
masyarakatnya.
 Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk
kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan
bercakap.
 Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem
sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang
sesuai.
 Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh
menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara
penutur dan pendengar.
 Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang
berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan.
 Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan
kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa
tersebut.
 Situasi formal dan tidak formal mempunyai system
sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya
mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut
sesuka hati.
 Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.
 Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah
sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau
urusan yang berkenaan.
 Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan
majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan
pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap
terpelihara.
 Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan
bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu
ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi
peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik,
sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
 Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa
yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa.
 Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adab sopan
yang berkaitan dengan sistem sosial.
 Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata
panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut
sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
 Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan
untuk merujuk diri seseorang.
 Secara umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga
iaitu kata ganti nama diri orang pertama (tunggal dan
jamak), kata ganti nama diri orang kedua (tunggal dan
jamak) dan kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal dan
jamak).
 Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu
dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan
terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan
sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan
kepada faktor umur, pangkat atau status dalam
masyarakat.
 Kata Ganti Nama Diri
o Kata Ganti Nama Diri dengan Bahasa Santun dan
Bahasa Kasar

Kesantunan Penulisan
 Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan
pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk
dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
 Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan
bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat,
laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan
seumpamanya.
 Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa
secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau
tidak rasmi/tidak formal
 Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :
o Surat kiriman rasmi
o Laporan
o Kertas kerja
o Ucapan rasmi
o Pidato
o Minit mesyuarat
 Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti
penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan lain-lain.
 Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang
perlu diberikan perhatian ialah seperti:
o Penggunaan kata panggilan yang betul
o Kata sapaan yang betul
o Gaya bahasa yang tepat
o Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
o Isi yang tidak sensitif
Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat
Rasmi & Memo

"Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.


Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ..."

"Yang Berbahagia Dato’ diundang ...


Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji ........."

"Saya bersetuju untuk meluluskan ..." lebih sopan lagi dengan


frasa "Saya tiada halangan meluluskan ..."

“Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-
sama ini disertakan ...”

Kesantunan Berbahasaa )
D E F I N I S I

Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan


berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui
lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan
adab tertib, sopan santun danmengandungi nilai-nilai
hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang
sopanmempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan
sesuatu mesej atau perasaan,seperti ibarat kata bijak pandai:“Yang
Kurik itu kendi, yang merah itu sagaYang baik itu budi, yang indah itu
bahasa”

I . K a t a S a p a a n / P a n g g i l a n
Sebagaimana terlihat dalam situasi di atas, jelaslah
bahawa kesantunan berbahasaatau penggunaan bahasa
yang bersantun banyak bergantung pada pemilihan
katasapaan/panggilan yang tepat. Semasa
seseorangindividu berkomunikasi denganseseorang
individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan ditentukan
oleh beberapafaktor seperti hubungan peribadi antara dia
dengan orang yang dilawan bercakap, usiadan juga status.
Bentuk Kata Sapaan/Panggilan/Rujukan1) Sapaan Ganti Nama Diri
(GND):
Ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk
kepada diri seseorang.Dalam bahasa Melayu, ganti nama diri
dibahagikan kepada tiga, iaitu ganti nama diripertama, ganti
nama diri kedua dan ganti nama diri ketiga.
K a t a G a n t i N a m a
D i r i B a h a s a S a n t u n B a h a s a
K a s a r
PertamaKeduaKetigasaya, kamianda, awakia, beliau,
merekaAkuEngkau (kamu)
Terdapat dua j enis bentuk kata ganti nama di ri
dal am bahas a Mel ayu, iai tu yang digunakan oleh kerabat
Diraja (bahasa istana/bahasa diraja), dan kata ganti nama diri

rakyat biasa atau orang kebanyakan. Dalam keluarga,


sama ada keluarga Dirajamahupun keluarga orang
kebanyakan, kata ganti nama diri selalunya melibatkan
katasapaan. Sapaan dalam keluarga begitu rencam,
lazimnya sapaan dibuat mengikutkedudukan seseorang
dalam keluarga. Bagi keluarga orang kebanyakan,
sapaanberbeza bentuk sapaan berbeza mengikut negeri atau
kawasan. Berikut adalah contohumum ganti nama diri Diraja dan
orang kebanyakan.
G N D
D i r a j a G N D
o r a n g
k e b a n y a k a n
betapatiktuankubagindaayahandabondahambapak cikmak
cikangahpak longkak longbusupak uda
2) Kata Sapaan Kehormatii). Gelaran
a). Gelaran Keturunan:
Raja
: Tengku, tunku, engku, tuanku, raja
Bangsawan
: Megat, Syed, Wan, Nik, Abang, Dayang
b). Gelaran Kurniaan:

i). Panggilan berprotokol


Yang Amat Bahagia (Y.A. Bhg.)Yang Amat Berhormat (Y.A.B)Yang
Bahagia (Y. Bhg.)Yang Berhormat (Y.B)Yang Mulia (Y.M)Yang
Teramat Mulia (Y.T.M)Yang Amat Arif (Y.A.A)Yang Arif (Y.A)Tuan
SyedTuan Guru
Kurniaan Darjah Kebesaran:
Tun, Tan Sri, Datuk (Dato’) Seri, Datuk(Dato’)
Kurniaan Ikhtisas:
Profesor, Irsenio (Ir.), Jeneral
c). Gelaran Keagamaan:
Haji, Hajah, Sohibul Samahah
d). Gelaran Kekeluargaani). Keluarga Sedarah
:Kak Long, Pak Long, Pak Lang dll
ii). Keluarga Semenda
:Menantu, mentua, ipar, besan, biras
https://www.scribd.com/doc/27252868/KESANTUNAN-
BERBAHASA

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


KESANTUNAN VERBAL
Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada
percakapan, lisan dan pertuturan
Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya
semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda
dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat dan
sebagainya.
Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua
aspek komunikasi secara lisan.
Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen
dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta
sesi ucapan.
Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar
menggunakan bahasa yang sopan santun semasa
menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.

Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam


Pengacaraan Majlis

1. Anak haruan si anak lokan, berenang-renang di sungai


Bera;
Kehadiran tuan dialu-alukan, disambut dengan hati gembira.

2. Yang Berhormat Dato’ Sang Nila Utama,

3. Yang Berbahagia Datuk Nik Nab,

4. Yang dihormati Tuan Haji Isnin …,


Contoh Kesantunan Berbahasa dan Kata Sapaan dalam
Wawancara
Yang Berbahagia Dato’, boleh saya tahu di mana …
Saya difahamkan bahawa … adakah Tuan Yang Terutama …
Saya mohon maaf Tuan Haji, soalan ini agak sensitif sedikit,
bolehkah …

Kesantunan Berbahasa dalam Pengucapan Awam


Saya yakin bahawa …
Pada pandangan saya, idea untuk …
Saya tidak berani mengatakan bahawa …

KESANTUNAN NONVERBAL
Kesantunan berbahasa dari segi nonverbal pula merujuk
kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
Konsep kesantunan berbahasa nonverbal ini merujuk kepada
semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk
menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Sebagai contoh, melalui media cetak seperti surat khabar,
majalah, jurnal dan buku.
Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi
hubungan mata juga memainkan peranan yang penting untuk
melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.

BAHASA TUBUH
Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang
melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan.
Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej
yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.
Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan
emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu.
Isyarat tanpa lisan boleh digunakan untuk:
mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan
mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang
tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang ditunjukkan oleh
penerima mesej.

Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa


tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan
maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.

KEPENTINGAN BAHASA TUBUH


Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui
sama ada apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau
negatif, sama ada dia bercakap terbuka atau defensif, bosan
atau berpura-pura minat.
Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui:
Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan
percakapan
Bila patut berhenti
Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali
Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan
bercakap, kita akan gagal menyakinkan mereka.
Bahasa tubuh juga menunjukkan kesopanan/ kesantunan
seseorang.

GERAKAN ANGGOTA BADAN


Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa
lisan mempunyai makna tertentu.
Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej
dalam komunikasi yang dihasilkan.
Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna
sejagat yang difahami oleh semua orang seperti:
· Isyarat gerakan tangan
· Isyarat air muka
· Bahasa tubuh

GERAKAN MATA
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi
tanpa lisan. Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak
berminat
Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak
percaya
Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia
berdusta
Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/
tidak tenteram perasaannya.
GERAKAN TANGAN

Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami


oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang
kebudayaan.
Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan
dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk
menyampaikan maksudnya.
Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi
oleh budaya
Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk
di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap
Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan
lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau
mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia
akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu
yang ingin disampaikannya itu.
MIMIK MUKA

Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat


diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan
seseorang.
Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk
bertindak balas terhadap seseorang.
Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan
kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan
tersirat.
Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor
biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui
keperibadianseseorang
Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar
seseorang dengan mengamati air mukanya.
Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan
komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi
yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

EMBLEMS
Isyarat tangan yang digunakan secara tersendiri untuk
menyampaikan sesuatu maksud.
Dipengaruhi oleh sesuatu budaya sesuatu bangsa, sebagai
contoh, bunuh diri.
Ada yang mempunyai maksud sejagat: V
Maksudnya tepat & difahami penerima.
Untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tidak mahu
diucapkan.

Illustrators
Isyarat gerakan tangan yang digunakan bersama-sama dengan
ucapan untuk membantu/ mengukuhkan pemahaman.
Mengenal Bahasa Tubuh Seseorang

1. Bahasa tubuh orang yang tertarik


Meletakkan tangan di dada
Mendekat kepada lawan berbicara
Menunjuk dengan kaki (kakinya mengarah ke orang yang dia
tertarik kepadanya)
Tatapan menjadi lebih lama
Pupil mata membesar
Merapikan rambut
Merapikan/mengusap baju

2. Bahasa tubuh penolakan/marah,


Menyilangkan tangan di dada
Meremas kedua-dua tangan
Berpura-pura membersihkan pakaian sambil mengalihkan
tatapan

3. Bahasa tubuh orang yang berbohong


Menutup mulut dan terbatuk
Menyentuh hidung
Memalingkan pandangan
Menggosok mata
Lebih sering mengedip
Memalingkan wajah
Menggaruk leher
Nada suara berubah

4. Bahasa tubuh kekuasaan


Meletakkan kaki d iatas meja/kerusi
Tangan dilipat ke belakang
Asap rokok dihembuskan ke atas (bagi perokok)

5. Bahasa tubuh orang kecewa/sedih/stres


Sering lupa tampil rapih
Sering menunduk
Mengusap bagian belakang kepala sambil sesekali
menggaruknya
Mengusap jidad
Tatapan kosong atau agak takut-takut
Mata merah berair seperti mahu nangis
Senyum bergetar dan senyum seperti tertahan

6. Lain-lain
Memainkan/menggigit kaca mata-menghulur-hulur waktu
sampai dia merasa nyaman untuk mengambil keputusan
Mengusap dagu-sedang berfikir untuk mengambil keputusan
Tangan di pinggang-menunjukkan keagresifan dan kesiagaan
terhadap lingkungan

TIPS MEMBACA BAHASA TUBUH ORANG LAIN


Mata
Mata berbinar misalnya, menunjukkan ketertarikan.
Mata yang menatap ke bawah biasa bererti menghindari
percakapan.
Mata melihat ke samping kiri bawah biasa menunjukkan rasa
malu atau bersalah.
Mata menatap kanan biasa diertikan orang itu sedang
memikirkan sesuatu di masa depan.

Telapak Tangan
Telapak terbuka menunjukkan orang itu sedang relaxed dan
tenang.
Telapak tangan tertutup atau mengepal baisa bererti orang itu
sedang gugup.
Jika kepalannya kencang, ada kemungkinan orang itu sedang
marah.

Lengan
Lengan terbuka menunjukkan kejujuran dan penerimaan orang
itu pada apa yang kita bicarakan.
Lengan terlipat baisa bererti orang itu masih ragu-ragu dengan
pendapat kita sehingga cenderung menutup diri.

Dagu
Tangan yang meraba dagu baisa bererti orang itu sedang
berfikir atau mencuba memecahkan persoalan.

Tangan
Tangan yang menggaruk-garuk leher atau kepala biasa
diertikan orang itu sedang berfikir atau mencuba menemukan
kata-kata yang tepat untuk diungkapkan.
Jika gerakan tangan ini berlangsung terus-menerus dalam
sebuah percakapan, kita bisa menebak orang itu sedang gugup
dan kesulitan untuk mengutarakan perasaannya.

Kaki
Jika kakinya terbuka selebar bahunya ertinya orang itu percaya
diri dan relaxed.
Jika kakinya terbuka lebar melebihi bahunya, orang itu
cenderung ingin menunjukkan dirinya berkuasa.
Jika posisi kakinya sempit atau malah menghimpit satu sama
lain, orang itu agak malu dan cenderung melindungi dirinya.

Emblem-Emblem yang Mengganbarkan Kesantunan Nonverbal

Ekspresi Muka

Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang


menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti:
perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat.
· Orang lain dapat mengetahui perasaan kita dengan melihat
ekspresi muka kita.
· Dalam sesetengah budaya, muka yang masam ketika
berjumpa dengan orang lain merupakan ekspresi yang tidak
sopan.
Suka atau tidak suka, lebih baik kita selalu senyum dan ramah
ketika berjumpa dengan orang lain

Mata

Daripada pandangan mata, dapat kita tahu tentang sikap


seseorang, topik yang dia mahu bincang sekarang, benda yang
diminatinya, perkara yang dia perhatikan dan sebagainya.
Tatapan mata juga menunjukkan ketertarikan, tetapi ini
mungkin berbeza antara budaya dan suku bangsa.
Bagi sesetengah bangsa, berbicara dengan memandang
lansung dianggap tidak sopan jika dilakukan kepada peserta
yang lebih tua atau kedudukan sosialnya lebih tinggi.
Jika melihat dengan 60% menatap langsung itu bermaksud
seseorang itu tertarik. Ketertarikan adalah satu penghormatan
terhadap lawan bicara.
Tatapan 80 % itu biasa ditafsirkan ketertertarikan secara
seksual. Pada situasi tertentu, tatapan ini ditafsirkan sebagai
perbuatan yang tidak sopan.
Tatapan 100%, iaitu melihat terus menerus tanpa berkedip,
adalah tatapan yang bererti perlawanan. Orang berkelahi yang
biasanya melakukan tatapan sebegini. Dalam kebanyakan
situasi, tatapan sebegina dianggap sangat tidak sopan.
Gerakan isyarat (gesture)

Gerakan isyarat adalah gerakan badan, kepala, tangan, dan


kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan pesanan
tertentu.
Misalnya, apabila seseorang bertanya, jawapannya dapat
ditunjukkan dengan menggunakan gelengan sebagai pengganti
kata “tidak”.
Begitu juga kita dapat menggunakan gerakan bahu apabila kita
mahu menjawab sesuatu yang masih meragukan atau tidak
tahu,
Membuat ibu jari dan telunjuk berupa lingkaran untuk
menyatakan “OK”, dan sebagainya.
Mengangkat ibu jari yang mengarah ke atas menunjukkan
pujian, manakala ibu jari yang mengarah ke bawah membawa
maksud yang tidak baik.

Sentuhan

Sentuhan banyak digunakan untuk memberikan dorongan,


pernyataan kehalusan budi dan sokongan emosional
Sentuhan lebih berkuasa dan berkesan daripada kata-kata.
Misalnya, apabila seorang teman baru saja menerima berita
buruk, suatu tepukan di bahu teman tersebut dapat
menyenangkan hatinya dengan lebih berkesan berbanding
dengan kata-kata yang diucapkan sebagai tanda memahami
keadaannya.
Sentuhan yang dianggap tidak bersopan bergantung pada
bahagian tubuh yang menyentuh dan disentuh, interaktif dan
cara sentuhan dilakukan.
Ketika bertemu dengan orang lain, umumnya kita berjabat
tangan sebagai tanda bersalaman.
Jika kita bertemu dengan orang yang dinilai tinggi darjatnya
seperti ulama, guru dan orang tua, mencium tangan, atau
menyentuhkan pipi pada tangan boleh dilakukan sebagai satu
tanda kesopanan dan penghormatan.
Berjabatan tangan yang disertai penyentuhan pipi dilakukan
untuk menunjukkan hubungan yang akrab dan mesra, biasanya
dilakukan dalam kalangan kaum perempuan sahaja atau kaum
lelaki sahaja.

Sikap tubuh

Secaru umumnya, orang yang mempunyai status yang lebih


rendah, lebih kaku dan kelihatan tegang
Manakala orang yang berstatus lebih tinggi, biasanya
kelihatannya lebih relaks.
Berdiri kaku, agak menunduk, tangan disilang mengarah ke
bawah adalah gestur paling umum bagi orang bawahan.
Ketika dihidangkan makanan, kita dianggap tidak bersopan jika
kita menolak hidangan tersebut atau mengkritik bahawa
makanan tersebut tidak disukai atau tidak sedap dimakan. Di
sebaliknya, kita haruslah mengucapkan terima kasih kepada
tuan rumah yang menghidangkan makanan tanpa memberi
komen negatif terhadap makanan tersebut agar tidak menyakiti
hati tuan rumah.

KESANTUNAN LISAN
Penggunaan bahasa yang baik.
Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita hendaklah
bercakap dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan
beradab.
Contohnya, apabila kita hendak menegur seseorang kanalan
kita, kita hendaklah menegurnya dengan memberi salam dan
jangan menegur mereka dengan bahasa yang kasar.
Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila
dia sedang bercakap dengan temannya.
Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah
lembut dan bersopan santun, ia dapat mencerminkan
bahawanya kita merupakan orang yang mempunyai
kesantunan berbahasa dan sebaliknya.
Penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil.
Sebagai contoh, apabila kita berjumpa dengan orang mungkin
hampir sama baya dengan kita, kita hendaklah memanggil dia
dengan nama yang sesuai dengan umurnya seperti saudara
atau saudari.
Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada
kita hendaklah memanggil mereka pak cik kerana itulah nama
yang sesuai bagi mereka.

KESANTUNAN PENULISAN

Conton Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam


Penulisan Surat Rasmi & Memo

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.


Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ...
Yang Berbahagia Dato’ diundang ...
Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji .........
“Saya bersetuju untuk meluluskan ...” lebih sopan lagi dengan
frasa “Saya tiada halangan meluluskan ...”
“Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan
frasa “Bersama-sama ini disertakan ...”

CONTOH KESANTUNAN PENULISAN DALAM BAHAN


PENULISAN

Cerpen : Harga Sebuah Lukisan

1. Menjemput orang lain makan sebelum menjamu selera.


• Maryati: ‘‘Marilah kita sama-sama menjamu selera, Kamal.’’
2. Mengambil berat terhadap orang lain

• Pengawas pertandingan: ‘‘Hah, mengapa dengan kamu?’’

3. Menyedari dan mengakui kesilapan yang telah kita lakukan

• Maryati: “Tapi maafkanlah aku. Aku tetap bersalah padamu


walaupun kamu berterima kasih kepada aku.

4. Bersikap pemaaf terhadap orang yang memohon maaf


kepada kita

• Kamal memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah


lukisan kepadanya walaupun Maryati pernah mengkhianati
Kamal.
Cerpen : Budi Semangkuk Daging

1. Berkongsi makanan dengan jiran kita

• Puan Ainun sentiasa mencuba resepi baharu dan


memberikan masakannya kepada jiran-jiran yang lain.
2. Menghormati adat budaya kaum lain

• Puan Ainun menyedari bahawa penganut agama Hindu tidak


makan daging lembu dan akhirnya dia menghantar semangkuk
bubur kacang kepada Cik Punita.

3. Menyedari dan mengakui kesilapan yang dilakukan


• Puan Ainun sedar akan kesilapannya kerana sebelum ini dia
menganggap penolakan makanan daripada Cik Punita sebagai
satu penghinaan.

Cerpen : Mencari Nafas Baharu

1. Menggelar orang perempuan yang usianya lebih tinggi


daripada kita sebagai kakak

• Ana: “Kakak, sudah bawa Milah ke hospital?”


2. Mengambil berat terhadap pelajar

• Ana pergi ke rumah Milah untuk menziarahinya selepas dia


mendapati Milah sakit dan berkeadaan lemah.
3. Sanggup berkorban terhadap pelajar

• Ana ingin mendermakan sumsum tulangnya apabila disahkan


sumsum tulangnya sesuai untuk Milah.
4. Percaya kepada Tuhan

• Ana: Sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih lagi Maha


Penyayang. Soal hidup dan mati terletak pada tangan-mu.

Drama : Sebuah Perjuangan

1. Memberi penghargaan kepada orang yang berjasa


• Pegawai Inggeris: Kamu mesti terima ini hadiah. Kompeni beri
penghargaan kepada kamu yang telah memberi kerjasama.
2. Mengucapkan terima kasih selepas menerima hadiah

• Jahul: Baiklah tuan. Terima kasih banyak tuan.

3. Memberi salam kepada tuan kita

• Jahul: Selamat pagi, tuan.

4. Memberi pujian kepada orang yang berjasa

• Pangeran Syahbandar: Syabas, Awang! Syabas! Semangat


dan sokongan begitu yang kita mahukan untuk meneruskan
suatu perjuangan

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN 1 ( KULIAH & TUTORIAL


& ISL )
KULIAH 6
KESANTUNAN VERBAL DAN NON-VERBAL

Kesantunan verbal ialah komunikasi seharian dengan


menggunakan bahasa secara sopan dan beradab

Aspek-aspek kesantunan verbal


1. Cara sapaan lisan/bertulis dengan bahasa Melayu dengan
sopan santun dan tidak biadap
2. Kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa
3. Sistem sapaan dan panggilan tersendiri
4. Mempunyai ciri-ciri tertentu.Penggunaan kosa kata diberi
perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat,
umur dan keakraban hubungan
5. Termasuk juga bahasa istana seperti berangkat, bersiram
dan bercemar duli.
6. Sistem panggilan kekeluargaan
7. Gelaran Pergaulan Tak bersahaja ( formal )
8. Gelaran warisan
9. Gelaran kurniaan

Kesantunan non verbal ialah kumunikasi bahasa tanpa kata-


kata atau menggunakan bahasa tubuh secara sopan dan tidak
biadap.
Bahasa tubuh dirujuk kepada proses menyampaikan mesej
melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan
dan gerakan tubuh.

Aspek-aspek kesantunan non-verbal


1. Gerakan anggota badan seperti isyarat gerakan tangan,
isyawat air muka dan bahasa tubuh
2. Gerakan mata
3. Gerakan tangan
4. Mimik Muka

TUTORIAL 6
SIMULASI YANG MENUNJUKKAN AMALAN KESANTUNAN
VERBAL DAN NON VERBAL

Contoh kesantunan Verbal


i. bertanya khabar atau memberi salam apabila bertemu
dengan kawan. Sebagai contoh " apa khabar",
"assalamualaikum", "Sila duduk"
ii. panggilan kekeluargaan atau panggilan berdasarkan usia:
"pakcik--untuk lelaki yang agak sebaya dengan ayah
sendiri"
"makcik--untuk wanita yang sebaya dengan emak sendiri"
" kakak--untuk wanita yang tidak setua emak sendiri dan
tidak semuda sendiri"
"pak long, pak ngah, Mak su, kak long, mak mentua"
iii. Gelaran formal seperti " tuan", "encik". "saudara"
Contoh kesantunan nonverbal
i. gerakan mata
mata yang bergerak sana sini menunjukkan tidak berminat
mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia
berdusta
ii. gerakan tangan
jari telunjuk diletakkan di depan mulut yang bermakna tolong
diam
huruf "v" dengan jari yang menunjukkan keamanan
iii. mimik muka
berkedut dahi menunjukkan dia tidak kesabaran dengan orang
lain
BAB 3 : BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN
3.1 PENDAHULUAN

" Yang Kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa. "
Menurut Amat Juhari Moin (1992), kesantunan berbahasa
adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa
ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan
santun, dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

3.2 KESANTUNAN VERBAL


Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara
sopan dan beradab.
Dikenali sebagai kesantunan berbahasa.
Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau
tulisan.
Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat
penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi,
kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut.
Misalnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu
sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan
sahabat handal atau orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.
- "Apa khabar? Lama kita tidak berjumpa.
- "Assalamualaikum.
- "Terima kasih. Sila duduk.
Semasa kita berkomunikasi, komponen-komponen bahasa
seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis
digunakan.
Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi
bahasa.
Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul.
Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk, dan golongan
kata.
Sematik berkaitan dengan makna kata atau ayat.
Aspek-aspek Kesantunan Verbal
Cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu
dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab
atau tidak berbudi bahasa.
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan
bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan
pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai
sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat, dan ganti nama.
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus
agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan
bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.
Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,
bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
sebagainya.
Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam
keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada
kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
Contoh 1 : Pak cik - digunakan untuk orang lelaki yang amat
sebaya dengan ayah semdiri.
Contoh 2 : Mak cik - digunakan untuk orang perempuan yang
kira-kira sebaya dengan emak sendiri.
Contoh 3 : Tok - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan
yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.
Contoh 4 : Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak
setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.
Contoh 5 : Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang
tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
Contoh 6 : Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan
yang lebih muda daripada diri sendiri.
Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada : panggilan
kekeluargaan pertalian darah dan gabungan nama
kekeluargaan asas.
Gelaran pergaulan tak bersahaja.
Contohnya : Tuan, Encik, Cik, Puan, Saudara, Saudari, dan
sebagainya.
Contoh bagi Gelaran warisan ialah : Raja, Pangeran, Nik
(Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Syed, Syarifah,
Raden (Jawa), Daeng (Bugis) dan sebagainya.
Contoh bagi Gelaran Kurniaan ialah : Tun, Puan sri, Pendeta
Za'aba dan lain-lain lagi.

3.3 KESANTUNAN NONVERBAL


Kesantunan non verbak ialah komunikasi bahasa tanpa kata-
kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab
dan sopan.
Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di
mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi
wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.
Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah
:-
Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang
sudah disampaikan secara verbal.
Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan
simbol atau lambang.
Kontradiksi (contrast/regulating) - menolak sebuah pesan
verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan
non verbal.
Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan
bahasa bukan verbal.
Penegasan (accenting/moderating) - menegaskan dan
mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Aspek-aspek Kesantunan Non Verbal

Gerakan Anggota Badan


Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasitanpa
lisan mempunyai makna tertentu.
Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej
dalam komunikasi yang dihasilkan.
Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat
yang difahami oleh semua orang seperti isyarat gerakan
tangan, isyarat air muka, dan bahasa tubuh.
Gerakan Mata
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi
tanpa lisan.
Contohnya : - Mata yang bergerak ke sana ke mari
menunjukkan tidak berminat.
- Mata dan dahi berkerut, menunjukkan
minat tetapi tidak percaya.

Gerakan Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami
oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang
kebudayaan.
Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan
dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
Contohnya : - Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara
tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
Mimik Muka
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat
diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan
seseorang.
Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk
bertindak balas terhadap seseorang.
Contohnya : - Melalui pengamatan air muka orang yang
berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksud
yang tersurat dan tersirat.

3.4 KESANTUNAN LISAN

Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :


a) Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
b) Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas
tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
Ini bermakna ia dinilai dengan serta-merta, dan dapat
menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang
dilawan bercakap.
Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak
balas yang kita terima.
Aspek-aspek Kesantunan Lisan.

DARI SEGI BAHASA


Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang
sopan.
Suara dan intonasi yang sopan.
Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
Penggunaan sistem panggilan yang betul.
Perbincangan yang tidak sensitif.
DARI SEGI BAHASA TUBUH BADAN
Gaya percakapan yang sopan.
Pandangan mata yang sesuai.
Gerak laku yang bertatasusila.
Mimik muka yang positif.
Hayunan tangan yang sesuai.
Imej atau penampilan diri.
KOMUNIKASI SECARA LISAN :
Rasmi / formal : mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum.
Tidak Rasmi / tidak formal : perbualan telefon, perbualan di
kedai kopi, perbualan di majlis kenduri.
Komunikasi lisan secara formal atau tidak formal mempunyai
peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata
panggilan, kata sapaan, dan gerak laku.
Sebagai contoh, untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai
makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata
sapaan dan budi bahasa.
Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang
neutral seperti 'cik' atau 'saudari', 'encik', dan 'saudara'. Orang
tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan 'pak cik'
atau 'mak cik' kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan
cara itu. Maka 'encik' dan 'puan' lebih wajar dan sesuai
digunakan untuk menyapa orang berumur yang kita tidak kenal.
Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai
dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang
berkenaan.
Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis
atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu
yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa
hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam
bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-
peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosialinguistik
mahupun pragmatiknya.
Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang
berkaitan dengan sistem sosial.
3.5 KESANTUNAN PENULISAN
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan
pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca
atau digunakan pada masa akan datang.
Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara
bertulis sama ada dalam situasi rasmi / formal atau tidak rasmi
/ tidak formal.
Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah :-
Surat kiriman rasmi
Laporan
Kertas kerja
Ucapan rasmi
Pidato
Minit mesyuarat
Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan
surat kepada sahabat dan sebagainya.
Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan
yang perlu diberikan perhatian ialah :-

Penggunaan kata panggilan yang betul.


Kata sapaan yang betul.
Gaya bahasa yang tepat.
Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks.
Isi yang tidak sensitif.

Kuliah 7
BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN LISAN
-Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
Penggunaan bahasa yang sopan , beradab dan bertatasusila.
Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

-Dalam komunikasi lisan , penggunaan bahasa dan gerak balas


tubuh badan dapat didengari dan dilihat serta-merta .
-Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil
perhatian ialah :

Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang


sopan .
Suara dan intonasi yang sopan .
Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
Penggunaan sistem panggilan yang betul .
Gaya bahasa yang sesuai
Isi perbincangan yang tidak sensitif.
-Dari segi tubuh badan , aspek-aspek kesantunan perlu diambil
perhatian ialah :
Gaya percakapan yang sopan.
Pandangan mata yang sesuai.
Gerak laku yang bertatasusila.
Mimik muka yang positif.
Hayunan tangan yang sesuai.
Imej diri .
-Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk rasmi
(mesyuarat , syarahan , ucapan )dan tidak rasmi(perbualan).

-Komunikasi lisan secara formal atau tidak formal mempunyai


peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa , kata
sapaan dan gerak laku.
-Pemilih kata , ungkapan , ayat dan gaya hendaklah sesuai
dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang
berkenaan .

- Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis


atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu
yang sama , kesantunan bahasa tetap terperihara.

-Dalam semua suasana dan urusan rasmi , kesantunan bahasa


hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi , iaitu ragam
bahasa yang secara maksimum mematuhi peraturan-peraturan
bahasa baik daripada sudut linguistik , sosiolingustik mahupun
pragmatiknya.

-Penutur untuk majils rasmi perlu menggunakan bahasa yang


baik suasananya serta mematuhi sistem bahasa. Bahasa yang
digunakan mestilah menepati adab sopan yang berkaitan
dengan sistem sosial.

KESANTUNAN PENULISAN

-Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan


pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca
atau digunakan pada masa akan datang.

-Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat


kiriman rasmi , laporan, kertas kerja , pidato dan lain-lain
manakala bukan formal ialahsurat kepada sahabat .
-Dalam bentuk komunikasi bertulis , aspek-aspek kesantunan
yang perlu diberi perhatian ialah:
Penggunaan kata panggilan yang betul .
Kata sapaan yang betul.
Gaya bahasa yang tepat .
Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks.
Isu yang tidak sensitif.

KESANTUNAN PENULISAN

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk
lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat kiriman rasmi, laporan, kertas
kerja, pidato dan lain-lain manakala bukan formal ialah surat kepada sahabat. Dalam
bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek kesantunan yang perlu diberi perhatian ialah
penggunaan kata panggilan yang betul. Contohnya dalam masyarakat Melayu mesti
menggunakan kata sapaan yang betul, gaya bahasa yang tepat, pemilihan kata dan
ayat yang sesuai dengan konteks. Selain itu, bahan tidak boleh menyentuh isu yang
tidak sensitif.

Protokol Panggilan Hormat

Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan, adab berbual, penggunaan


bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan
penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah
sangat penting dalam masyarakat Melayu kerana ini menunjukkan sikap menghormati
orang yang berpangkat dan bersikap sopan semasa memanggil mereka. Dalam teks
ucapan, mereka biasanya akan menggunakan panggilan yang hormat dalam teks
ucapan. Ini adalah contoh teks ucapan:

Yang Berbahagia,

Dato’ Hj.Abdullah bin Hj. Abd.Kadir,


Pengarah Penddikan Guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Berbahagia Dato’, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin yang dihormati sekalian.

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir, saya rasa terima kasih yang tidak
terhingga kerana tuan-tuan dan puan-puan dapat meluangkan sedikit masa untuk
bersama-sama dalam majlis ini. Seterusnya kepada Yang Berbahagia Dato’, kami amat
berbesar hati dan menyanjung tinggi atas kesudian Yang Berbahagia menyempurnakan
majlis kami dengan amanat yang penuh bermakna dan seterusnya menyampaikan
diploma kepada para graduan. Semoga kehadiran Yang Berbahagia Dato’ akan
menambahserikan majlis ini. Terima kasih daun keladi…

Ini adalah contoh protocol panggilan hormat yang sering digunakan dalam teks
ucapan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah

 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong
 Duli Yang Maha Mulia Tuanku …….( nama )
 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku …….( nama )
 Duli Yang Maha Mulia Sultan …….( nama )
 Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah ……( nama )
 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ….. ( nama )

Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing / Duta Besar / Duta
/ Pesuruhjaya Tinggi

 Tuan Yang Terutama


Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak

 Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ……( nama )

 Duli Yang Amat Mulia Tuanku …… ( nama )

 Yang Amat Mulia Undang ……( nama )

 Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku …..( nama )

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-
menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan
Kerajaan

Yang Amat Berhormat

 Yang Amat Berhormat Mulia


 Yang Berhormat
 Yang Berhormat Mulia
 Tuan Yang Dipertua
 Yang Mulia Tuan Yang Dipertua
 Yang Berhormat Senator
 Yang Berhormat Mulia Senator

Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah

 Yang Amat Berbahagia


 Yang Amat Mulia
 Yang Mulia

Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim

 Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara


 Yang Amat Arif Tengku…..
 Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim
Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk
Amar/ Datin/ Datin Paduka

 Yang Berbahagia
 Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )

Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah

 Yang Berbahagia Tuan Mufti


 Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti …..( nama )
 Yang Mulia ( kerabat diraja )
 Yang Mulia Tuan Haji
 Yang Mulia Puan Hajah

Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus

 Yang Berbahagia

Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang

 Yang Berbahagia

Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua

 Yang Berbahagia
Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/
Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis

Yang Mulia Tuan Syed

 Yang Berbahagia Tuan…..


 Yang Mulia Cik……
 Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi

Contoh kesantunan berbahasa dan bahasa sapaan dalam surat rasmi & Memo
dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.


Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa….”

“Yang Berbahagia Dato’ diundang…

Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji….”

“Saya bersetuju untuk meluluskan…” lebih sopan lagi dengan frasa” Saya tiada
halangan meluluskan…”

“Di sini saya kepilkan…” lebih sopan lagi dengan frasa

“Bersama-sama ini disertakan…”

RUMUSAN

Akhir kalam, kesantunan penulisan Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah
surat kiriman rasmi, laporan, kertas kerja, pidato dan lain-lain manakala bukan formal
ialah surat kepada sahabat. Masyarakat Melayu mesti menggunakan penggunaan kata
panggilan yang betul, kata sapaan yang betul, gaya Bahasa yang tepat, pemilihan kata
dan ayat yang sesuai dan akhirnya tidak boleh menyentuhkan isi yang bersensitif
semasa menulis teks ucapan.
LAMPIRAN

Contoh Ucapan Rasmi

Contoh Ucapan Rasmi


KESIMPULAN

Kesantunan bahasa telah merangkumi bahasa verbal, bahasa nonverbal, kesantunan


lisan dan kesantunan penulisan. Kesantunan Bahasa sangat diberi perhatian dalam
masyarakat Melayu. Mereka perlu menggunakan kata-kata atau perlakuan yang sesuai,
tidak menimbulkan konflik, sentiasa menjaga air muka pendengar, ikhlas dan
merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.

Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan
pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa
berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan
maklumat dan lain- lain lagi. Contohnya ketika bertemu, masyarakat Melayu akan
menundukkan sedikit bahagian kepada sebagai tanda hormat kepada orang yang
ditemui itu.

Manakala, kesantunan berbahasa daripada segi nonverbal pula merujuk kepada


perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Konsep kesantunan berbahasa itu
perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. Konsep kesantunan berbahasa non
verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan
untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.

Dalam komunikasi lisan, penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat
didengari dan dilihat serta-merta. Dari segi Bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu
diambil perhatian ialah ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan,
suara dan intonasi yang sopan, pemilihan kata dan ayat yang sopan dan lain-lain.
Aspek-aspek ini juga sama seperti kesantunan penulisan. Komunikasi bertulis ialah
kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk
dibaca atau digunakan pada masa akan datang.

Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan


dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan
dalam berbahasa itu sangat penting bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah
air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita
sesama insan pelbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan
silaturahim yang baik dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai