Anda di halaman 1dari 23

KEMAHIRAN BELAJAR

■ Satu proses tindakan seseorang untuk


mendapatkan perubahan tingkah laku yang
baru secara keseluruhan.
■ Pengalaman individu dalam
melaksanakan interaksinya dengan
persekitaran.
■ Satu proses yang digunakan oleh
seseorang untuk memproses maklumat
yang diperoleh dan membawa kepada
perubahan atau peningkatan tingkah laku.
■ Penguasaan kemahiran belajar penting
kerana hanya beberapa maklumat penting
sahaja yang masuk ke dalam minda dan
disimpan dalam memori jangka pendek dan
jangka panjang.
■ Mengikut Slameto, (2003), belajar
adalah suatu proses usaha yang
dilakukan seseorang untuk
memperoleh suatu perubahan
tingkah laku yang baru secara
keseluruhan, sebagai hasil
pengalamanya sendiri dalam
interaksi dengan lingkungannya.
■ Sardiman A.M (2001), belajar
merupakan proses yang terus terjadi
secara berkesinambungan dalam
kehidupan manusia baik dilakukan
secara sedar atau tidak sedar.
Belajar merupakan perubahan
tingkah laku atau penampilan dengan
serangkaian kegiatan misalnya
dengan membaca, mendengar,
meniru, dan sebagainya
■ Gagne dan Briggs (1988),
perubahan tingkah laku dalam proses
belajar menghasilkan aspek
perubahan seperti kemampuan
membedakan, konsep kongkrit,
konsep definisi, nilai, nilai/aturan
tingkat tinggi, strategi kognitif,
informasi verbal, sikap, dan
keterampilan motorik. Menurut
Sudjana (1989), belajar juga
merupakan proses melihat,
mengamati dan memahami sesuatu.
■ Felder dan Henriques (1995), untuk
berjaya, setiap pelajar perlu memiliki
sikap ingin belajar dan mampu
menguasai kaedah belajar agar
pengetahuan dan kemahiran dapat
diperolehi.
Pembelajaran Abad
21
■ PAK21 sebenarnya mestilah
berasaskan kepada konsep 4C dan
yang paling penting proses
pembelajaran adalah mesti
berpusatkan pelajar.
■ Konsep 4C yang dimaksudkan
ialah C (Creativity), C (Critical
Thinking), C (Collaboration) dan C
( Communication).
Kepentingan Kemahiran
Belajar
❑ Meningkatkan daya ingatan pelajar. ❑ Memudahkan
seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara
sistematik ❑ Memupuk minat dan amalan suka belajar ❑
Dapat mengaplikasikan kemahiran belajar ❑ Melatih
pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan
sebaiknya. ❑ Memupuk disiplin kendiri dalam
pembelajaran ❑ Melatih pelajar membaca dengan cepat
dan tepat. ❑ Melatih pelajar mengumpul dan memproses
maklumat dengan
cekap. ❑ Membantu pelajar memperolehi kemahiran
membuat rujukan
kepada pelbagai sumber media. ❑ Menghayati
pembelajaran sepanjang hayat.

Persekitaran
Pembelajaran di IPG
■ Institut Pendidikan Guru (IPG)
sehingga 2010 mempunyai 27 kampus di
seluruh Malaysia. Pada 13 Julai 2005,
Jemaah Menteri telah meluluskan 27
buah Maktab Perguruan di Malaysia
dinaik taraf kepada Institut Pendidikan
Guru.
■ Daripada institusi yang hanya
mengeluarkan graduan bertaraf diploma
dan sijil. IPG telah mendapat mandat
yang melayakkannya menganugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan
ianya bertaraf universiti.
■ Sehubungan dengan itu, IPG
melaksanakan program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) dan Graduan
sulung IPG telah pun menamatkan
pengajian mereka dan menerima Ijazah
Sarjana Muda Perguruan pada tahun
2011.
■ IPG juga telah diberi mandat untuk

melaksanakan Program Pendidikan

Keguruan Praperkhidmatan dan dalam

Perkhidmatan seperti yang ditetapkan

dalam Akta Pendidikan 1996.


■ Senat telah diwujudkan bagi
membuat keputusan mengenai dasar-

dasar akademik.
■ Institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPGM), merupakan induk kepada 27

IPG seluruh Malaysia

bertanggungjawab merancang dan

memantau Perkhidmatan Pendidikan

Keguruan (PPK) yang dilaksanakan

oleh IPG.
Sejarah Pendidikan Guru
di Malaysia
111
Malayan Teachers' Training College, Kirkby, Liverpool,
England : Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil
alih
sebuah pusat latihan guru British untuk melatih guru
Tanah

Melayu di England dengan hasrat untuk melahirkan


tenaga

pengajar tempatan yang mantap dari segi latihan


guru dan fasih berbahasa Inggeris. Maktab ini telah
ditutup pada tahun 1962 apabila kerajaan Britain
mengambil semula tapak

maktab ini dan kini ia merupakan kawasan perumahan dan

pusat komersial.
1952
Pembinaan MPKB bermula di tanah seluas 93 ekar, di

Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. 1954 MPKB


ditubuhkan bagi menggantikan maktab perguruan di
Kirby, Liverpool dan di Wovehampton, England,
Kumpulan pertama

seramai 150 guru pelatih melapor diri. Tenaga


pengajar

pada masa itu adalah dari London. Perasmian pada 11


Ogos

1954 oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah


Melayu,

Sir Donald Mac Gillivary. Turut hadir ialah Sultan


Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan.

1955
Malaysian Teacher Training College (MIT), Brinsford
Lodge, Wolverhampton, England: Bekas sebuah kilang
di Britain ini

pernah menjadi sebuah kolej latihan untuk guru


Malaysia

pada 1955 hingga 1964. Pusat latihan perguruan ini


telah

melatih 300 guru dalam pelbagai matapelajaran


1960
Menerima guru pelatih dari Brunei dan Singapura.
Maktab ini

telah melatih 1500 guru antara 1952 hingga 1962.


Salah

satu peristiwa bersejarah yang berlaku di tempat ini


adalah

peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaya oleh


YAM

Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia


yang

pertama

Pada 13 Julai 2005


Jemaah Menteri telah meluluskan
27 buah Maktab

Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada


Institut

Pendidikan Guru (IPG)


■ Persekitaran dan budaya pembelajaran di
IPG adalah sangat berbeza dengan
pembelajaran ketika di alam persekolahan.
■ Peringkat awal pelajar akan menjalani
kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama
setahun dan Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) selama empat tahun.
■ Fokus utama pembelajaran di IPG adalah
untuk melahirkan guru yang berkebolehan,
cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik
sebagaimana visi utama iaitu melahirkan
guru peneraju kecemerlangan pendidikan
guru dan misinya pula melahirkan guru
yang kompeten dan berjiwa pendidik
melalui program pembangunan guru yang
dinamik ke arah pendidikan bertaraf dunia.
■ IPG adalah setaraf dengan Intitut
Pendidikan Tinggi yang lain.
■ Peluang untuk melanjutkan
pelajaran terbuka luas di mana
selepas disahkan jawatan mereka
layak untuk melanjutkan pelajaran
sama ada dengan tajaan kerajaan
atau tanggungan sendiri.
■ Membolehkan para guru
melanjutkan pelajaran dengan lebih
mudah daripada peringkat Ijazah
Sarjana sehingga ke peringkat
Doktor Falsafah.
■ Persekitaran dan budaya di IPG
akan mendidik guru untuk
mengamalkan beberapa budaya iaitu
budaya ilmu, budaya kepimpinan,
budaya kerja professional, budaya
akhlak moral, budaya penyayang dan
budaya estetika.
Pembelajaran Regulasi
Kendiri
■ Pembelajaran regulasi kendiri
merupakan suatu proses
pembelajaran di mana pelajar
menentukan sendiri matlamat
pembelajaran, memilih alat sokongan
belajar , mengaplikasikannya dalam
pembelajaran mereka, mengkaji dan
menilai pendekatan pembelajaran
untuk mendapatkan pemahaman
yang lebih mendalam.
■ Pembelajaran Regulasi Kendiri
adalah salah satu kaedah selari
dengan tujuan pendidikan iaitu
asasnya merujuk kepada proses
metakognisi (berfkirkan apa yang kita
fikir).
Menurut Winne dan Hadwin
(1998)
■ Fasa persepsi tugas iaitu pelajar mengumpulkan
maklumat dan membuat persepsi terhadapnya.
Tahap ini ditentukan situasi motivasi, keberkesanan
diri, dan maklumat mengenai persekitarannya.
■ Fasa menetapkan matlamat dan merancang
bagaimana menyelesaikan tugas PdPC. Ianya
bergantung kepada tingkah laku eksplisit, kognitif
dan perubahan motivasi.
■ Fasa membuat perancangan dengan
menggunakan kemahiran belajar dan kaedah lain
dalam strategi pembelajaran.
■ Fasa terakhir adalah adaptasi, di mana pelajar
menilai prestasi mereka dan menentukan
bagaimana mengubah strategi mereka untuk
mencapai prestasi yang lebih tinggi pada masa akan
datang.
Elemen Dalam Proses
Pembelajaran Regulasi
Kendiri
■ Motivasi Kendiri - motivasi kendiri
untuk belajar dengan berkesan di
mana pelajar akan bermotivasi jika
mereka mempunyai kualiti kendiri
yang tinggi berhubung dengan
kebolehan mereka menyudahkan
tugasan pembelajaran dengan
cemerlang.
■ Perancangan Masa - kaedah ynag
terbaik menggunakan masa bagi
sesuatu tugasan. Perancangan awal
tugasan dan menggunakan masa
dengan berkesan.
■ Pengawalan Tumpuan - fokus
terhadap tugasan pembelajaran dan
cuba tumpukan pada isi-isi pelajaran
dan hindari fikiran dan emosi
daripada terganggu.
■ Aplikasi Strategi Pembelajaran -
menggunakan strategi dengan betul
untuk memproses bahan yang
diperolehi.
■ Menetapkan Matlamat - mengenal
pasti matlamat akhir yang diingini
untuk aktiviti pembelajaran iaitu
mereka mungkin mahu belajar fakta
dengan lebih spesifik atau hanya
untuk persediaan peperiksaan
■ Pemantauan Kendiri - pemantauan
dari semasa ke semasa untuk
mendapatkan sebarang
perkembangan sentiasa memantau
perkembangan semasa tentang
aktiviti pembelajaran dan mengubah
strategi pembelajaran jika perlu
■ Penilaian Kendiri - pelajar menilai
sendiri hasil akhir pembelajaran dan
menentukan sanma ada apa yang
dipelajari sudah mencukupi bagi
matlamat yang telah ditetapkan
Perspektif Kognitif
Sosial
■ Perspektif kognitif sosial melihat
pembelajaran kendiri ialah interaksi
seseorang kepercayaan tentang
kejayaannya, tingkah lakunya dalam
pembelajaran dan persekitaran
melibatkan maklum balas dari
seseorang.
■ Zimmerman et al. (1989)
dinyatakan tiga ciri penting
pembelajaran kendiri iaitu
pemerhatian kendiri penilaian kendiri
dan reaksi diri terhadap hasil
prestasinya.
Perspektif
Pemprosesan
Maklumat
■ Tujuan utama PdPc adalah untuk
menghasilkan pelajar yang dapat
mengawal diri sendiri
■ Model Pemprosesan maklumat ialah
melalui proses menyimpan maklumat ke
dalam memori jangka panjang dan jika
diperlukan pelajar dapat melalui proses
mengingat kembali.
■ Pemprosesan Maklumat mengikut prinsip-
prinsip asas psikologi ianya berkait dengan
elemen motivasi. Elemen motivasi
memainkan peranan utama dalam
pembelajaran kendiri. Motivasi diperlukan
untuk membantu pelajar kekal dengan
prestasi pembelajaran mereka.

Perspektif Prestasi
Pelajar
■ Lovett, Meyer dan Thille (2008),
menunjukkan prestasi pelajar perlu
sealiran dengan persekitaran
pembelajaran yang distrukturkan oleh
pembelajaran kendiri.
■ Pembelajaran kendiri menjadikan
pembelajaran menjadi lebih cepat
dalam meningkatkan kadar
pengekalan ingatan jangka panjang.
Gaya Pembelajaran
Akses Kendiri
■ Gaya Pembelajaran Akses Kendiri ialah
satu program membuka ruang kepada
pelajar bebas mengakses tempat, bahan,
bimbingan, cara dan tempoh belajar.
■ Pelajar belajar secara kendiri melalui
bahan pembelajaran dan memilih aktiviti
pembelajaran sendiri serta menilai dan
memantau perkembangan sendiri.
■ Pelajar juga mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab dan berdikari atas
pembelajaran mereka. Aspek yang perlu
ada dalam pembelajaran regulasi kendiri
ialah kawalan akhlak kendiri, kawalan
motivasi kendiri dan kawalan strategi
kendiri.

TUTORIAL 1
■Huraikan secara
ringkas
bagimanakah cara
anda belajar
sebelum masuk ke
IPG.
TUTORIAL 2
■ BANDING BEZAKAN
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN DI
ALAM PERSEKOLAHAN
DENGAN
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN DI IPG
TUTORIAL 3
■ HURAIKAN IMPLIKASI
MENGAPLIKASIKAN
PEMBELAJARAN
REGULASI KENDIRI.
HURAIAN ANDA
DISERTAKAN DENGAN
CONTOH YANG SESUAI.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai