Anda di halaman 1dari 28

PENULISAN UNSUR SERAPAN : KATA PINJAMAN

DISEDIAKAN OLEH : AZMIAH ABD AZID NURFARIZAH ABD GHAPAR SH.NURUL ASHIKIN SY.JAFFAR

KONSEP KATA PINJAMAN


Kata yang dipinjam daripada bahasa lain, kemudian disesuaikan dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. Contohnya, frasa kapal terbang atau pesawat terbang adalah frasa pinjam terjemah daripada bahasa Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapal udara adalah pinjam terjemah daripada bahasa Inggeris, air-plane.

EJAAN KATA PINJAMAN


Terdapat dua golongan kata pinjaman : 1) Kata-kata yang sudah lama dipinjam - Cth : pencen, stesen dan lain-lain yang sudah termasuk dalam Kamus Dewan (1970). - Kata-kata ini dikekalkan dengan ejaan yang mantap (boleh rujuk kepada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia).

2) Kata pinjaman yang baru - Mestilah menurut pedoman ejaan dan peristilahan baru.

BAHASA SANSKRIT

BAHASA INGGERIS

BAHASA JAWA

PENGARUH BAHASA ASING

BAHASA CINA BAHASA PORTUGIS

BAHASA ARABISLAM

PENGARUH BAHASA SANSKRIT

Banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dikesan di batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya, iaitu batu bersurat : 1) Kedukan Bukit, Palembang (683 M) 2) Talang Tuwo, Palembang (684 M) 3) Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M) 4) Karang Brahi, Meringi, daerah Hulu Jambi (686 M).

Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Contoh :
BAHASA SANSKRIT Dosa Dukkha Deva Rupa Samsara BAHASA MELAYU Dosa Duka Dewa Rupa Sengsara

PENGARUH BAHASA JAWA

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu: 1) Penyebaran melalui cerita panji 2) Penyebarab melalui interaksi sosial

Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.

CONTOH :
PERKATAAN MAKSUD

Andong Batok Berangasan Wedana Adipati

Kereta sewa Tempurung Mudah naik marah Ketua daerah Raja

PENGARUH ARAB-ISLAM
- PERBENDAHARAAN KATA - SEBUTAN KATA - TULISAN

PERBENDEHARAAN KATA
Hampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. BAHASA BAHASA Contoh: ARAB MELAYU Abah Al-Kursiy Asy-Syukr Jadwal Syakhsiyyah Qamus As-Subh Abah Kerusi Syukur Jadual Sahsiah Kamus Subuh

SEBUTAN KATA
Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul. Sebutannya membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (orang Melayu) dengan penutur bukan asal (kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab. Contoh : - Abdullah - Maklumat - Iklan - Qadhi

TULISAN
Menyumbang kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Digunakan bagi memudahkan orang Melayu yang beragama Islam membaca Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ramai orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran.

PENGARUH BAHASA CINA

Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel C, ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Tapi bukan semua kata-kata yang berlabel C dalam Kamus Dewan Bahasa merupakan katakata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Dalam kajian Kong 1993, telah menyimpulkan bahawa lebih kurang 261 kata patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada Bahasa Cina.

Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu: 1) Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan. 2) Barang kegunaan harian. 3) Adat istiadat. 4)Bangunan dan tempat. 5) Permainan perjudian dan kepercayaan 6) Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial. 7) Kenderaan dan alat pengangkutan. 8) Perkataan lain-lain.

CONTOH :
1) Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan harmoni vokal Apek Kaleng Kongsi Lio Mahjong Taikong

2) Pinjaman kata Bahasa Cina yang bertentangan dengan rangkap nasal homorgan (bunyi yang sama daerah artikulasinya; bunyi ujaran yang dihasilkan oleh artikulator yang sama) Angpau Bangpak Camca Kamsia Samsu

3) Pinjaman kata Bahasa Cina yang tidak berlaku reduksi vokal Beca Camca Nyonya Mua Sempoa Taukua

4) Pinjaman kata Bahasa Cina yang mengalami nasalisasi vokal

(langit2 lunak)
Popia Misoa Sempoa Siya Taukua

PENGARUH PORTUGIS

CONTOH :
BAHASA PORTUGIS BAHASA MELAYU

Armario Garfo Igreja Limao Toalha Janela Escola Sapato

Almari Garpu Gereja Limau Tuala Jendela Sekolah Sepatu

PENGARUH INGGERIS

Perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang memanggil satu panggilan khusus merujuk kepadanya. Contohnya : konotasi = connoctation kompromi = compromise siri = series

CONTOH :
BAHASA INGGERIS Book Lamp Ball Mind Cheque Bus Taxi BAHASA MELAYU Buku Lampu Bola Minda Cek Bas Teksi

SEKIAN
JUMPA LAGI

Anda mungkin juga menyukai