Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Kata berimbuhan merupakan suatu kata dasar yang diproses dengan
menambahkan imbuhan pada kata dasar tersebut untuk membentuk suatu
perkataan yang mempunyai makna tersendiri. Pengimbuhan kata dasar dapat
membezakan makna perkataan dan membuka luas lagi penggunaan perkataan
dalam menyampaikan suatu mesej dengan lebih berkesan. Secara asasnya,
proses pengimbuhan kata ini dijalankan bagi menukar fungsi ssesuatu perkataan
tersebut. Kata imbuhan sangat penting dalam penulisan akademik kerana
penyampaian mesej atau maklumat haruslah berkesan dan senang difahami oleh
pembaca. Penggunaan tatabahasa yang salah boleh menyebabkan pembaca
akan mengalami kekeliruan dan menyalahtafsir mesej yang ingin disampaikan.
Penggunaan imbuhan bukan sahaja digunakan dalam penulisan ilmiah, malah
dalam komunikasi seharian juga perlu menggunakan imbuhan untuk memastikan
kelancaran penyampaian maklumat. Penggunaan imbuhan adalah berfungsi
sebagai membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata serta mencipta
perkataan baru.

2.0 KONSEP KATA BERIMBUHAN


Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), sesuatu bahasa mempunyai kata dasar
dan juga kata terbitan. Menurut beliau juga, imbuhan adalah suatu proses di mana
unit-unit bahasa ditambahkan dengan bentuk-bentuk lain menyebabkan
perubahan makna sesuatu perkataan tersebut. Imbuhan boleh terbahagi kepada
beberapa jenis termasuklah imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan
dan imbuhan sisipan. Kata berimbuhan juga bukan sahaja digunakan dalam
bahasa Melayu, malah bahasa Inggeris, bahasa Sierra Popoluka dan juga bahasa
Tagalog menggunakan imbuhan dalam tatabahasa bahasa tersebut.

1
3.0 JENIS-JENIS IMBUHAN DAN KONSEPNYA

3.1 Imbuhan Awalan


Imbuhan awalan adalah imbuhan yang berada di hadapan kata dasar..
Penggunaan kata imbuhan awalan dalam bahasa Melayu adalah seperti
ber- dalam bersama dan ter- dalam terjatuh.

3.2 Imbuhan Akhiran


Imbuhan akhiran adalah imbuhan yang berada di belakang kata dasar.
Contoh imbuhan akhiran -an, yang digunakan dalam menunjukkan
kawasan yang luas atau panjang misalnya, lautan dan daratan.

3.3 Imbuhan Apitan


Imbuhan apitan ialah imbuhan yang berada di belakang dan di hadapan
suatu kata dasar secara serentak. Contoh penggunaan imbuhan apitan
adalah ke-…-an yang menunjukkan sesuatu yang dilkukan untuk faedah
orang lain atau tempat misalnya kedalaman dan pe-…-an yang
menunjukkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar atau tempat
misalnya pekarangan.

3.4 Imbuhan Sisipan


Imbuhan sisipan adalah proses yang melibatkan penyelitan imbuhan di
antara unsur kata dasar. Imbuhan ini terdiri daripada -el-, -er-, -em- dan
-in-. Penggunaan imbuhan sisipan amatlah terhad dan jarang digunakan
sehinnga penggunaan imbuhan sisipan ini tidak disedari apabila digunakan
dalam suatu penulisan akademik. Contoh perkataan yang menggunakan
imbuhan sisipan adalah -em- dalam gemuruh dan -el- dalam kelangkang.

2
4.0 ANALISIS KATA BERIMBUHAN DALAM TEKS “SIKAP LONGGAR
TERHADAP BAHASA YANG TIDAK BERMANFAAT"

Teks yang dikaji adalah ditulis oleh Profesor Emeritus dan Datuk Dr. Nik Safiah
Karim dalam karya yang dibukukan berjudul Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Teks
yang dipetik adalah bertajuk “Sikap Longgar Terhadap Bahasa Yang Tidak
Bermanfaat” dari muka surat 50 hingga 53.

4.1 Analisis Kata Berimbuhan Awalan


Kata Kata Imbuhan Contoh Ayat Sumber
Berimbuhan Dasar Awalan
Awalan
berasa rasa be- …mereka berasa m/s: 50
amat perlu P: 2
mencampuradukkan B: 3
bahasa mereka
bertukar tukar ber- …bertukar kepada m/s: 50
bahasa Inggeris P: 2
B: 5
tersebut sebut ter- Di majlis tersebut m/s: 51
tetamu khas… P: 3
B: 4

4.2 Analisis Kata Berimbuhan Akhiran


Kata Kata Imbuhan Contoh Ayat Sumber
Berimbuhan Dasar Akhiran
Akhiran
lapisan lapis -an …semua M/s: 51
lapisan P: 3
masyarakat B: 1
rancangan rancang -an …pengacaraan M/s 52
rancangan di P: 2
B: 1

3
televisyen dan
radio.
amalan amal -an Kita risau M/s: 53
dengan amalan P: 4
ini kerana sikap B: 1
yang salah
terhadap
bahasa
Melayu…

4.3 Analisis Kata Berimbuhan Apitan


Kata Kata Imbuhan Contoh Ayat Sumber
Berimbuhan Dasar Apitan
Apitan
kebangsaan bangsa ke-…-an Walaupun M/s: 50
bukan niat P: 1
mereka untuk B: 7
memperkecil
kedudukan
dan taraf
bahasa
Melayu,
bahasa
kebangsaan
negara ini…
berkaitan kait ber-…-an Antaranya M/s: 50
berkaitan P: 1
dengan sikap B: 3
pucuk
pimpinan…
digunakan guna di-…-kan Bahasa M/s: 51
campuran ini P: 5
merupakan B: 3

4
bahasa yang
digunakan
dalam situasi-
situasi tidak
rasmi…

4.4 Analisis Kata Berimbuhan Sisipan


Di dalam teks yang dikaji, penulis tidak menggunakan kata berimbuhan
sisipan. Maka, penulisan teks ini hanyalah menggunakan imbuhan awalan,
imbuhan akhiran serta imbuhan apitan.

5.0 PENUTUP
Berdasarkan teks yang dikaji, penulis menggunakan kata imbuhan secara
berhemah untuk menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan dan
para pembaca mudah untuk memahami keseluruhan konteks dalam teks tersebut.
Kesimpulannya, penggunaan kata imbuhan amatlah penting kerana kata imbuhan
dapat memperluaskan penggunaan bahasa dan membolehkan penyampaian
maklumat lebih berkesan tidak kira melalui lisan mahupun tulisan. Bukan sahaja
bahasa Melayu, malah bahasa lain juga memerlukan kata imbuhan untuk
melengkapkan tatabahasa bahasa itu. Penggunaan imbuhan memudahkan
penutur dan pendengar berkomunikasi dengan lebih lancar. Justeru, masyarakat
haruslah berhati-hati dalam menggunakan bahasa dan perlu mempelajari serta
memberi penekanan terhadap tatabahasa bahasa Melayu. Bukan sahaja
bertujuan untuk membetulkan penggunaan tatabahasa, malah mengekalkan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang relevan sehingga masa akan datang.

(1504 perkataan)

5
6

Anda mungkin juga menyukai