Anda di halaman 1dari 14

Imejan Kritikan Sosial Masyarakat dalam Puisi- Puisi Pilihan Usman Awang

Oleh: Azrie Izham Hamzah 21123014

Pendahuluan

Satu gambaran tentang permasalahan sosial masyarakat Malaysia untuk beberapa dekad semenjak era pasca kemerdekaan. Kumpulan Puisi ini merangkumkan karyakarya puisi dari tahun 1949 - 1984

Perincian Kajian

Imejan menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa maksud penggunaan beberapa imej yang terhimpun dalam sesebuah karya sastera. Kritikan sosial adalah analisis struktur sosial serta kandungannya yang dilihat bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu isu dalam kelompok masyarakat menerusi penghasilan teks atau karya. Menurut Dharrnawijaya (dalam A. Rahman, 2005) kritik sosial menerusi genre sajak paling awal ditemukan ialah sajak Angan-angan dengan Gurindam karya Omar Mustaffa (Utusan Melayu, 1913:18)

Perincian Kajian

Faktor kepada penciptaan sesebuah karya kesusasteraan adalah institusi kehidupan masyarakat penulis itu sendiri. Baik dari segi sosio ekonomi, sosio budaya mahupun sosio politik.(Rene Welleck, 1956:73).
Hal ini disokong oleh Hashim Awang yang menyatakan pertumbuhan dan pembentukan kesusasteraan Melayu lebih banyak dipengaruhi oleh keadaan dan situasi sosio politik dan psikologi penulis itu sendiri (1980:19). Kajian ini bakal merungkai beberapa elemen permasalahan masyarakat era pasca kemerdekaan: Kemanusiaan Sejagat Kelas Sosial dan Integrasi Nasional Politik

Sajak atau puisi adalah satu pengucapan atau pengakuan seseorang penyair. Tiap patah perkataan dalam tiap bait dan rangkap itu diisi dengan perasaan dan jiwa penciptanya.
Lahir pada 12 Julai 1929 di Kuala Sedili, Johor Belajar hingga Darjah Enam Sekolah Melayu sahaja. Menjadi anak tani di Segamat. Dikerah menjadi buruh paksa Jepun di Singapura. Melarikan diri dan menjadi office boy di Pejabat Taliair Segamat. Menjadi sidang pengarang di beberapa penerbitan Utusan dan Federal. Menjadi penyelidik kanan di DBP. Usman Awang Anggota ASAS 50 Seni Untuk Masyarakat Anugerah Sastera Negara 1983 Sasterawan (1929- 2001) Negara Ketiga.

Kritikan Sosial dalam Aspek Kemanusiaan Sejagat


Anakku dan anak- anak kita semua, Jangan dilukai hati mereka dengan senjata, Biar di wajah dan hatinya cinta berbunga Dunia yang damai, hidup sejahtera! (Hadiah, 136)

Dedikasi bersempena hari lahir anak Usman. Dedikasi ini tidak terkongkong kepada seorang individu (anaknya) semata- mata. Menerusi rangkap di atas dapat kita lihat bahawa keprihatinan serta harapan besar Usman untuk memastikan generasi pada hari ini dapat hidup dalam jagat yang harmoni dan sejahtera.

Kritikan Sosial dalam Aspek Kemanusiaan Sejagat


Merpati putih, jelajahilah dunia ini! Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam, Biar bunga- bunga mekar menguntum, Biar bibir- bibir segar tersenyum. (Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini, 48)

Dalam konteks perlambangan simbol sejagat, merpati putih atau white dove dimaksudkan sebagai keamanan. Elemen 'udara', 'malam' dan 'bunga' yang diadun menjadikan puisi ini sesuatu yang mendamaikan sesuai dengan tema kemanusiaan sejagat. Satu peristiwa yang memberi signifikasi penulisan puisi ini adalah penubuhan pasukan Tentera Udara Persekutuan Malaya pada tahun 1958 yang dilambangkan sebagai 'merpati putih' yang terbang membawa mesej keamanan.

Kritikan Sosial dalam Aspek Kelas Sosial dan Integrasi Nasional

Kesan sistem pemerintahan divide and rule British menjadikan wujud jurang sosial yang sangat jauh dikalangan masyarakat yang berbeza kaum. Usman sedar bahawa beliau harus mengekspresikan fenomena ini dalam bentuk penulisan untuk disampaikan kepada masyarakat tentang peri pentingnya pemansuhan kelas sosial serta perlu wujudnya kesepakatan dan toleransi sesama bangsa.

Kritikan Sosial dalam Aspek Kelas Sosial dan Integrasi Nasional


Esoknya kuih pau dan ketupat bertukar pinggan Mereka saling menerima dan memberikan kepunyaan Dan dari kedua telaga hati berkocak mesra Mengucapkan Kong Hee dan Selamat Hari Raya (Suasana, 104)

Penggunaan konotasi dua bangsa berbeza iaitu pau; makanan tradisi bangsa Cina dan ketupat; makanan perayaan masyarakat Melayu adalah bagi menggambarkan toleransi di antara kaum dan semangat kekitaan atau sense of belonging membibit kemesraan lebih- lebih lagi pada musim perayaan.

Kritikan Sosial dalam Aspek Permasalahan Politik

Pada tahun 1969, Kambing Hitam karya Usman telah menjadi satu medium yang lantang untuk mengkritik para politikus yang dilabelkan sebagai pemabuk politik ganja kerana mencetuskan sejarah hitam dalam sejarah tanah air; Perisitwa 13 Mei.

Ganja atau cannabis sativa merupakan sejenis pokok yang sinonim dengan penyalahgunaannya di kalangan masyarakat pelbagai negara di dunia.
Situasi negara yang kacau bilau rentetan daripada keputusan pilihanraya umum Malaysia ketiga pada 10 Mei 1969 - Parti Perikatan kalah teruk.

Kritikan Sosial dalam Aspek Permasalahan Politik


menteri demi menteri di tv - demokrasi telah mangkat pemakamannya di mana saja, di mana saja pemabuk politikganja - taridra 13 mei (Kambing Hitam, 75)

Usman mengkritik pemabuk ganja politik yang terdiri daripada para pengamal politik yang bertanding serta para penyokongnya yang menyemarakkan sentimen perkauman serta hak- hak istimewa orang melayu yang dipertikaikan. Tindakan ini dilihat sebagai pemabuk ganja yang hilang pedoman sehingga melakukan pelbagai perkara di luar pemikiran waras sehingga memangkatkan demokrasi.

Kritikan Sosial dalam Aspek Permasalahan Politik

Karenah politik dan birokrasi juga disemat kemas di dalam Menuju Hati. Rakyat perlu melalui pelbagai karenah birokrasi. Hal ini sebenarnya membuatkan rakyat mengeluh dan tidak berpuas hati lebih- lebih lagi apabila sesuatu permohonan tidak diluluskan. Disinilah wujudnya kebencian rakyat terhadap kerajaan sekitar era pasca kemerdekaan yang membangkitkan pelbagai isu politik.

Kritikan Sosial dalam Aspek Permasalahan Politik


Inilah sebabnya kini kupilih sajak Untuk berbiacara sepatah kata denganmu Sebab sajak langsung menuju hati Tanpa memo dan G.O yang paling kubenci. (Menuju Hati, 105)

Menuju Hati merupakan dedikasi khas Usman kepada Perdana Menteri Malaysia - Tun Abdul Razak bin Hussein. Ini jelas menggambarkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab Usman dalam mewakilkan masyarakat untuk pamer hasrat berhubung terus dengan Perdana Menteri serta lain- lain individu berjawatan tinggi dan berkepentingan.

Kesimpulan

Usman menulis tentang apa yang ada dihadapan matanya, tentang manusia dan keadaan manusia. Tidak kira pangkat, keturunan mahupun kelas sosial. Kritikan- kritikan sosialnya adalah berasas dan tidak berniat mengecilkan hati atau merendahkan individu demi individu Pemilihan temanya bersifat universal.

Usman Awang penting sebagai kritikawan sosial, politik dan budaya untuk Malaysia pada eranya.

Anda mungkin juga menyukai