Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 KLASIFIKASI RETORIK

2.1 RETORIK POLITIK / PERUNDINGAN 3


2.2 RETORIK DEMOSTRATIF / ADAT ISTIADAT 4
2.3 RETORIK PERUNDANGAN 4

3.0 JENIS-JENIS RETORIK

3.1 RETORIK PEMUJUKAN 6


3.2 RETORIK PENGHUJAHAN 7
3.3 RETORIK PEMERIAN 8
3.4 RETORIK PENDEDAHAN 9

4.0 PRINSIP RETORIK 11

5.0 STRATEGI RETORIK 13

6.0 KESIMPULAN 14
1.0 PENDAHULUAN
Retorik merupakan salah satu bahagian seni yang digunakan secara khusus bagi
mempengaruhi penonton, pendengar, pembaca ataupun khalayak ramai melalui ucapan,
penyampaian mahupun penulisan seseorang. Retorik juga merupakan medium yang
mementingkan unsur yang merangsang respons daripada sang penerima. Retorik merupakan
seni yang memberi kesan pemujukan dalam penyampaian sesuatu mesej dalam usaha untuk
memujuk dan juga mempengaruhi khalayak ramai. Ia berkembang dari zaman ke zaman
bersama sama teori-teori baru tentang gaya dan memberikan jawaban kepada soalan-soalan
penting berkenaan penciptaan, gaya, bentuk, pedagogi, proses mengubah dan lain-lain perkara.

Menurut Waltzer, seawall 1000 SM, para sarjana, guru, dan ahli falsafah telah
memberikan fokus penuh tentang cara bertutur di khalayak umum. Ahli-ahli falsafah Yunani
dan Romawi telah membuat kajian tentang teknik berpidato dan membentuk sekolah pemikiran
sendiri tentang cara pengucapan yang efektif. Bagi mereka, pidato ialah suatu kepakaran yang
penting bagi ahli-ahli politik dan juga merupakan suatu bentuk hiburan yang sangat digemari
orang ramai pada waktu itu.

Menurut John Smith, istilah retorik berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘Rheo’ yang
bermaksud ‘bertutur’, dan ‘technicos’ yang bermaksud ‘kepalsuan’. Lantaran itu, menurut
Cicero, Gorgias dan guru retorik yang lain telah mendakwa bahawa seseorang pemidato tidak
perlu mengisahkan dirinya dengan kebenaran sesuatu perkara. Tujuan utama adalah supaya
suatu maklumat itu disampaikan dengan cara yang meyakinkan namun kebenaran merupakan
suatu elemen yang tidak diketengahkan di dalam penyampaian retorik.

Pendapat ini telah disokong oleh Brilhart, yang mengatakan sebagai pemidato, kita
boleh memilih untuk menggunakan medium retorik untuk membuat sesuatu yang batil menjadi
suatu kebenaran, memusnahkan pemikiran kritis, atau mebuatkan sesuatu perkara yang teruk
menjadi lebih baik. Tanggungjawab seorang pelakon adalah juga tanggungjawab seorang
pemidato. Justeru itu, retorik dilihat sebagai ilmu yang mengajarkan penuntutnya menjadi
seseorang yang tidak bermoral.

Pada permulaan sejarah displin retorik, keutamaan seni ini diletakkan pada sang
pemidato dan seni berpidato itu sendiri. Justeru, rata-rata ahli retorik kuno sering mengaitkan
retorik dengan dengan seni berbicara. Abrahan Fraunce mendefinisikan retorik sebagai suatu
seni di dalam komunikasi verbal. Beliau telah membahagikan retorik kepada dua sendi, iaitu

1
seni berpidato dan pengucapan. Nyata kedua-dua bahagian ini tetap berkait rapat dengan aspek
‘berbicara’.

Menurut Richard E. Young, dasar makna retorik itu sendiri secara etimologinya diambil
daripada himpunan frasa Yunani iaitu ‘eiro’ yang bermakna gaya berbicara. Falsafah di sebalik
‘eiro’ ialah ianya sangat mementingkan kebolehan dari aspek budi bahasa yang semestinya
dapat dikaitkan dengan tutur kata. Perkara inilah yang menjadi garis pengukur jika pertuturan
itu mempunyai retorik ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang menyempitkan pengertian retorik dan
menyimpang daripada pengertian retorik yang agak umum sifatnya. Hoyt H. Hudson dengan
nada yang agak pesimis telah memerhatikan bahawa penggunaan frasa retorik telah banyak
kehilangan konotasi positifnya. Penyamaan retorik dengan stereotaip gaya tutur yang
berbunga-bunga, serta retorik sebagai salah satu senjata lidah merupakan dua jenis gelaran
yang memberi nama buruk pada retorik.

Pada zaman kegelapan dan zaman Renaissance, retorik lebih dikenali sebagai salah satu
unit dalam displin ilmu kesusasteraan. Retorik hanya dipelajari dalam kerangka sastera. Tidak
kurang juga bahawa sesetengah ahli retorik yang beranggapan bahawa retorik ialah gabungan
gaya bertutur dan gaya bahasa. Lantaran itu, di dalam pembelajaran Bahasa Anglo-Amerika,
ada sesetengah pendapat yang mengatakan retorik merupakan salah satu unsur utama di dalam
mengarang sesuatu tulisan.

Berdasarkan pengertian-pengertian retorik yang telah dinyatakan, konklusinya adalah


retorik merupakan satu cabang ilmu yang luas. Di dalamnya termaktub tindakan dan usaha
berterusan bagi mencapai proses komunikasi yang berkesan tidak kira secara verbal atau
tulisan.

2
2.0 KLASIFIKASI RETORIK

2.1 RETORIK POLITIK / PERUNDINGAN

Retorik politik atau juga dikenali sebagai retorik deliberatif ialah sejenis retorik yang
berkaitan dengan perhimpunan politik atau perhimpunan popular seperti rapat umum dan
ceramah politik. Retorik ini selalunya digunakan untuk memujuk khalayak (rakyat marhean)
agar menyokong dan/atau membangkang sesuatu dasar mahupun keputusan yang dibuat oleh
pihak berkuasa. Ia juga digunakan untuk meraih sokongan pengundi terutamanya pada masa
pilihan raya. Retorik politik acapkali digunakan oleh ahli politik supaya dapat mempengaruhi
orang ramai agar menyokongnya, lantas membuatkannya menjadi lebih popular serta
berpengaruh dalam politik.

Secara umumnya, retorik politik/perundingan ini digunakan untuk menceritakan dan


membicarakan berkenaan perkara yang akan datang atau masa depan. Tujuannya adalah untuk
mempengaruhi atau menasihati seseorang akan baik atau buruk serta berfaedah atau tidak
sesuatu perkara itu. Sebagai contoh, seseorang ahli politik dari pembangkang misalnya sedang
memberi ceramah tentang kesan buruk yang akan ditanggung rakyat sekiranya kerajaan
menandatangani sesuatu perjanjian antarabangsa. Hal ini akan membuatkan sebilangan rakyat
akan terpengaruh seterusnya akan memberi tekanan kepada kerajaan yang memerintah.

Retorik ini jika digunakan dengan sebaiknya pasti akan menjadi sesuatu yang sangat
berguna terutama untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada rakyat akan baik dan
buruk sesuatu dasar itu serta akan menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan yang
memerintah. Tetapi sekiranya digunakan dengan cara yang salah pasti akan mengakibatkan
huru hara dalam masyarakat serta akan merencatkan pembangunan atau sebarang dasar yang
ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

Pokok pangkalnya terpulang kepada rakyat samada ingin mempercayai sepenuhnya apa
yang diungkapkan oleh ahli politik atau menapis serta memperhalusinya terlebih dahulu
sebelum sebarang tindakan dibuat, seperti apa yang dinyatakan oleh Aristotle bahawa orang
ramai merupakan hakim yang menentukan masa depan sesebuah negara atau institusi.

3
2.2 RETORIK DEMOSTRATIF / ADAT ISTIADAT

Retorik demostratif atau juga dikenali sebagai retorik adat istiadat ini digunakan dalam
majlis-majlis rasmi/umum seperti majlis pengkebumian dan majlis penganugerahan. Retorik
ini digunakan bertujuan untuk memuji atau mengutuk seseorang. Sejarah atau permulaan
retorik ini berpunca daripada upacara pengebumian bagi penganut agama Kristian, di mana
kebiasaanya ahli keluarga terdekat serta sahabat handai akan menyampaikan ucapan di mana
mereka akan mengenang kembali segala perbuatan baik si mati serta memuji mereka. Secara
umumnya, retorik demostratif ini digunakan untuk menceritakan perkara yang sedang terjadi
pada masa kini. Retorik ini juga digunakan atau diucapkan bagi menghargai sumbangan
seseorang ketika hayatnya, serta kemudianya dikembangkan menjadi ucapan berkaitan
ungkapan tahniah dan pujian. Pada masa ini, retorik ini sering digunakan pada majlis rasmi
yang melibatkan orang kenamaan di mana pengacara majlis akan mengalu-alukan kedatangan
tetamu kehormat tersebut serta memujinya.

2.3 RETORIK PERUNDANGAN

Seni berpidato forensik, juga dikenali sebagai “judicial speaking” atau retorik
perundangan. Mengikut Kamus Oxford Inggeris, penggunaan perkataan forensik itu sendiri
adalah sangat berkait rapat dengan keadilan dan mahkamah. Forensik melibatkan penggunaan
teknik dan kaedah yang saintifik dan teknologi dalam tujuan untuk membantu sesuatu
penyiasatan. Malah, menurut Kamus American Heritage, penggunaan perkataan forensik
boleh didefinisikan sebagai satu seni yang juga menggunakan kaedah saintifik dan teknologi
dalam menyiasat dan mengemukakan fakta yang berada dalam undang-undang sivil mahupun
kesalahan jenayah.

Walau bagaimanapun, pada masa ini, sains forensik dianggap benar memandangkan
terma forensik itu sendiri diguna pakai dalam aktiviti yang berkaitan dengan perundangan serta
mahkamah. Istilah forensik yang kini berkait rapat dengan pelbagai bidang saintifik
sehinggakan banyak kamus yang kita jumpa pada hari ini turut mengklasifikasikan terma ini
dengan Sains Forensik. Sains forensik adalah satu kaedah dalam mengumpul serta memeriksa
maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang berlaku pada masa dahulu. Perkara ini dianggap
amat penting dalam penguatkuasaan undang-undang di mana forensik diguna pakai dalam
aktiviti berkaitan dengan undang-undang sivil mahupun kesalahan jenayah. Selain itu, forensik

4
juga digunakan di dalam bidang lain seperti astronomi, arkeologi, biologi and geologi untuk
menyiasat fakta zaman purba.

Dalam seni berpidato, forensik atau retorik perundangan, penggunaannya adalah


bertujuan dalam penggunaan bahan-bahan bukti yang kecil dan rumit dalam membuktikan
seseorang yang didakwa itu disabitkan kesalahan atau dilepaskan dari hukuman. Melalui
penggunaan retorik ini, perbincangan perlulah melibatkan aspek keadilan yang hakiki. Orang
atau penrucap yang bermain dengan seni berpidato forensik ini perlu berusaha untuk
mempengaruhi pendengar agar yakin dengan hujah-hujah yang disampaikan. Menurut Herrick
(2001), “ forensic speaker must be skilled in convincing a jury that available evidence supports
a particular hypothesis” yang membawa maksud kemahiran perucap dalam bermain kata-kata
dan gaya ucapan mempengaruhi keputusan juri. Selain itu, retorik ini juga digunakan oleh
seseorang peguam sebagai retor untuk beliau menuntut keadilan di depan khalayak juri agar
keputusan mahkamah berpihak kepadanya.

Retorik forensik ini diguna pakai dalam membuat hujahan tentang masa lalu yakni
perkara yang telah pun berlaku. Melalui penggunaan retorik ini, wujudnya persoalan yang
melibatkan definisi, fakta-fakta atau butiran mengenai sesuatu insiden itu berlaku serta
persoalan yang melibatkan kualiti yang membawa kepada perkara logik dan waras. Sebagai
contoh, seseorang individu telah dituduh kerana mencuri dan dihadapkan ke mahkamah atas
kesalahan yang dilakukannya. Maka pihak pendakwa dan peguam akan menggunakan retorik
forensik dalam menentukan niat dan butiran-butiran mengenai kejadian tersebut sepanjang
prosiding mahkamah. Oleh itu, penggunaan retorik forensik ini adalah melibatkan sesuatu
perkara yang telah pun berlaku.

5
3.0 JENIS-JENIS RETORIK

3.1 RETORIK PEMUJUKAN

Retorik pemujukan adalah satu gaya bahasa yang diguna pakai bagi mempengaruhi
daya pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang
diperkatakan itu. Retorik ini menggalakkan penulis agar menggunakan gaya bahasa yang
menarik yang mampu menarik minat dan pengaruhnya terhadap sesuatu perkara. Menurut
Raminah Sabran (2002), retorik pemujukan bermatlamat untuk membuat pembaca membuat
sesuatu seperti yang diharapkan oleh penulis.

Retorik pemujakan bercirikan satu rayuan atau unsur yang memainkan perasaan sama
ada dalam bentuk positif atau negatif. Misalnya, retorik ini kebiasaannya digunakan dalam cara
pengiklanan bagi menarik pelanggan supaya membeli produk mereka. Maka retorik pemujukan
ini mampu mempengaruhi daya pemikiran pelanggan bagi menjelaskan keberkesanan produk
mereka bagi memenuhi kemahuan yang mereka ingini. Itulah salah satu strategi pemasaran
yang diguna pakai bagi menarik minat pelanggan kepada produk mereka. Retorik ini juga
memerlukan kepandaian dalam gaya bahasa yang halus dan manis bagi mengubah psikologi
seseorang untuk menarik dan mempengaruhi mereka.

Retorik pemujukan ini berkonsepkan pengaruh. Prinsipnya adalah dengan mengubah


daya pemikian seseorang, kepercayaan atau perlakuan pihak yang menjadi sasaran. Retorik ini
juga terbahagi kepada dua iaitu pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional. Pemujukan
rasional adalah dengan cara yang menggunakan fakta, maklumat dan data yang lengkap untuk
mempengaruhi pembaca atau pendengar. Manakala, pemujukan tidak rasional ialah pemujukan
yang melibatkan emosi untuk mempengaruhi pemikiran pendengar. Kebiasaanya retorik ini
bertujuan bagi menarik khalayak ramai menerusi pengaruh psikologi bagi menyatakan sesuatu
yang diperkatakan misalnya, retorik ini digunakan dalam bidang pengiklanan.

6
3.2 RETORIK PENGHUJAHAN
Secara umumnya, retorik penghujahan adalah satu seni pemakaian serta penggunaan
bahasa secara lisan atau bertulis. Retorik ini juga turut dikenali sebagai pemujukan rasional
atau yang bersifat intelek. Kebiasaannya, retorik jenis ini digunakan dalam perdebatan,
perbahasan, perbicaraan, serta penulisan akademik seperti kertas projek, tesis dan kertas kerja.
Tujuan utama retorik ini digayakan dalam penggunaan bahasa adalah untuk meyakinkan
pembaca terhadap kewajaran sesuatu perkara yakni alasan, bukti serta isi yang konkrit
seterusnya bersetuju dengan perkara tersebut tanpa sebarang keraguan. Selain itu, ia juga
berperanan sebagai alat dalam mempengaruhi sikap dan pendirian seseorang pembaca bagi
sesebuah penulisan. Retorik ini sedikit berbeza daripada pemujukan iaitu dari segi kaedah
pengaruhan yang digunakan. Hal ini kerana retorik penghujahan memberi peluang kepada
khalayak ramai untuk membuat pertimbangan sendiri berasaskan fakta yang telah
dikemukakan. Pendekatan yang berbeza diambil oleh pemujukan yang hanya mengambil kira
satu pihak sahaja yang dikira mempunyai kepentingan yang sama dengannya. Dalam
penghujahan, sebarang bentuk gesaan atau paksaan seperti yang dilakukan dalam pemujukan
tidak rasional adalah dilarang keras sama sekali.

Salah satu daripada ciri- ciri penting retorik penghujahan ialah sesebuah pemujukan itu
haruslah dilakukan dengan pemikiran yang jelas, logik dan waras. Sebagai contoh, Pegawai
Sulh dalam mengadili Majlis Sulh perlulah meneliti terlebih dahulu keterangan dan maklumat
yang diberikan oleh kedua - dua pihak suami dan isteri supaya beliau mempunyai maklumat
dan alasan yang jelas untuk memujuk si suami dan isteri untuk berdamai dan berbaik semula
demi mengelakkan penceraian daripada berlaku. Selain itu, penghujahan perlulah
menggunakan bukti, dalil serta alasan yang munasabah dan diterima akal. Contoh yang dapat
kita lihat secara jelas berkaitan dengan proses perbicaraan di mahkamah adalah seseorang
peguambela itu seharusnya menggunakan fakta dan afidavit kes dengan sebaik mungkin serta
membahasnya dengan penuh keyakinan dan ketersediaan untuk memujuk Yang Arif Hakim
untuk melepaskan dakwaan OKT (orang kena tuduh).

7
Oleh itu, untuk mewujudkan kedua - dua ciri penting di atas, terdapat tiga unsur penting
yang perlu ada supaya standard sesebuah retorik penghujahan itu tercapai. Pertama, tesis yakni
suatu dakwaan, pendapat atau idea utama yang ingin dipertahankan. Contohnya, Ahmad
berjumpa dengan seorang penasihat undang - undang bagi membuat kepastian bahawa adakah
dakwaan jirannya tentang kedudukan batu sempadan tanah miliknya tidak tepat dan telah
memasuki kawasan tanah milik jirannya itu adalah benar atau sebaliknya. Unsur yang kedua
adalah premis iaitu alasan atau bukti yang dikemukakan oleh seseorang untuk menyokong serta
mempertahankan tesisnya. Sebagai contoh, Ahmad mengemukakan geran tanah serta
membawa bersama seorang pegawai dari pejabat tanah sebagai bukti mengatakan bahawa
kedudukan batu sempadan tersebut adalah tepat dan benar. Unsur yang terakhir pula adalah
khalayak iaitu pihak yang perlu diyakinkan tentang kenyataan tesis. Sebagai contoh, dengan
membawa kedua - dua bukti tersebut maka secara tidak langsung menunjukkan ketidaksahihan
kepada tuduhan yang dibuat oleh jirannya itu.

3.3 RETORIK PEMERIAN


Retorik pemerian merupakan satu teknik penggunaan bahasa berbentuk penjelasan
yang memindahkan pengamatan dan pemerhatian sesuatu idea kepada khalayak. Ia juga
dikenali sebagai retorik deskriptif atau naratif di mana ia menggambarkan sesuatu peristiwa
dengan kata-kata sehingga para pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenai sesuatu
perkara tersebut. Ringkasnya, retorik ini berhubung dengan sifat sesuatu perkara dengan
penjelasan dan huraian yang lengkap sebagaimana keadaannya yang sebenar.
Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Raja Ali Haji dalam karyanya, Tuhfat al- Nafis, retorik
pemerian adalah bertujuan untuk memerihalkan sesuatu (edisi 1991, hlm. 279) yakni mencipta
gambaran atau imej yang jelas dalam fikiran pembaca agar fakta dan maklumat yang lengkap
dapat disampaikan kepada pembaca.

Ciri- ciri yang ada pada retorik pemerian adalah antaranya sesuatu perkara tersebut
mestilah tepat, jelas dan objektif serta realistik iaitu menggunakan fakta yang konkrit.
Contohnya, senjata yang digunakan oleh pembunuh itu adalah sepucuk “revolver” jenis Smith
& Weston 686 kaliber 357. Seperti yang kita lihat, maklumat tentang senjata itu sangat jelas
dan kemungkinan untuk orang ramai menyangkal fakta tersebut adalah amat rendah. Selain itu,
penyampaian maklumat tersebut haruslah secara deskriptif, huraian dan informatif. Emosi serta
pandangan sendiri tidak diambil kira sebagai retorik pemerian kerana ia hanyalah suatu

8
anggapan yang subjektif bersesuaian dengan peribahasa “rambut sama hitam tetapi hati
masing- masing lain”.
Seterusnya, retorik jenis ini boleh diwujudkan dalam dua cara iaitu saintifik/ realiti dan
imaginatif. Kaedah yang sesuai digunakan dalam perbicaraan di mahkamah atau bersama klien
adalah secara saintifik sahaja iaitu apa - apa penulisan yang berasaskan fakta yang ada pada
sesuatu perkara. Sebagai contoh, tertuduh merupakan seorang lelaki yang berumur dalam
lingkungan 25-30 tahun. Tinggi 6’ 3, berkulit sawo matang, berbadan sasa, berkepala botak,
dan terdapat parut sebesar syiling 50 sen di bahu sebelah kanan. Dalam perbicaraan atau
perbincangan bersama klien adalah amat sesuai untuk bercakap dengan fakta yang jelas
daripada secara abstrak atau kiasan untuk mengelakkan sebarang salah faham daripada berlaku.

3.4 RETORIK PENDEDAHAN

Retorik pendedahan merupakan satu bentuk retorik yang digunakan untuk


mendedahkan atau menunjukkan seasuatu maklumat atau perkara dengan jelas dan terperinci.
Retorik ini juga dikenali sebagai retorik penjelasan. Proses pendedahan maklumat atau perkara
itu biasanya dilakukan secara pentakrifan, percontohan, perbandingan, pencerakinan,
pengelasan dan sebagainya. Contoh ayat yang menggunakan retorik pendedahan adalah seperti
berikut. ‘Gagasan 1Malaysia adalah satu gagasan yang bertujuan untuk memupuk perpaduan
di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum’. Ayat tersebut, dengan menggunakan
retorik pendedahan, telah menjelaskan kepada pembaca tentang apa itu gagasan 1Malaysia.
Secara lebih jelas, tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan maklumat atau idea daripada
seseorang kepada orang lain.

Antara ciri-ciri retorik pendedahan adalah pendedahan mestilah dilaksanakan dengan


tujuan untuk memberitahu, menghuraikan dan menyatakan sesuatu perkara secara jelas dan
berkesan. Seterusnya, retorik pendedahan mestilah bersifat objektif, tepat dan jelas. Sebagai
contoh, jika kita ingin menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang lain, kita mestilah
menyampaikannya secara jelas tanpa ada perkara yang boleh menyebabkan maklumat yang
kita ingin sampaikan itu sukar atau tidak boleh difahami oleh orang yang menerima maklumat
itu. Akhir sekali, retorik pendedahan mestilah digunakan tanpa ada apa-apa emosi dan
pandangan peribadi dari diri kita sendiri. Hal ini kerana, jika pendedahan itu dibuat dengan
emosi dan pandangan peribadi kita sendiri dikhuatiri maklumat yang ingin di sampaikan itu
terpesong dari maksud asalnya sekaligus menyebabkan terjadinya maklumat palsu.

9
Dalam konteks undang-undang, retorik pendedahan banyak digunakan didalam
perbicaraan mahkamah dan juga semasa seorang peguam itu sedang berbicara dengan kliennya.
Sebagai contoh, kita dapat lihat penggunaan retorik pendedahan didalam perbicaraan di
mahkamah dimana apabila seseorang peguam atau pendakwa raya itu menyampaikan fakta kes
kepada Hakim dan juga orang-orang didalam perbicaraan tersebut. Fakta kes yang ingin
disampaikan itu mestilah disampaikan secara jelas dan terperinci tanpa ada perkara yang
meragukan. Contoh seterusnya, kita juga dapat lihat retorik pendedahan digunakan apabila
mahkamah menerangkan akibat atau hukuman yang bakal diterima oleh tertuduh jika
disabitkan kesalahan. Contoh ayatnya ialah, ‘kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun
Keseksaan diman jika tertuduh didapati bersalah, boleh mebawa kepada hukuman mati’.

10
4.0 PRINSIP RETORIK
Retorik terbahagi kepada lima cabang prinsip yang dimilai dengan reka cipta,
penyusunan, gaya, ingatan dan di akhiri dengan penyampaian itu sendiri. Jadi prinsip pertama
ialah reka cipta, merupakan satu tahap pencarian atau penemuan maklumat dan data yang
berkaitan degan tujuan pengucapan retorik dan bersesuaian dengan keperluan wacana tersebut.
Dalam prinsip ini 3 perkara pokok perlu di ambil kira iaitu pembuktian, topik dan kelaziman.
Menurut Aristotle, pembuktian dibahagikan kepada 2 iaitu pembuktian secara tulen dan
pembuktian palsu. Perkara ini dibincangkan dalam retorik pemujukan.

Seterusnya, prinsip kedua ialah mengenai penyusunan. Setelah mengumpul maklumat


atau data yang diperolehi maka penyusunan maklumat perlu di buat supaya maklumat yang
ingin disampaikan jelas dan mudah difahami oleh orang yang mendengarnya. Di bawah prinsip
ini kita boleh meggunakan beberapa teknik dalam penyampaian maklumat itu sendiri. Misalnya
teknik deduksi, teknik ini dimulai dengan menyatakan perkara umum atau sesuatu topik yang
terdahulu kemudian diikuti dengan perkara yang khusus. Caranya dengan menyampaikan isi
penting dan huraian berserta kesimpulan di dalam ayat. Selain itu, teknik induksi. Teknik ini
dimulakan dengan penyataan khusus dan diikuti dengan pernyataan umum. Caranya dengan
menyatakan huraian, bukti atau contoh kemudian diikuti perkara yang hendak di sebut iaitu isi
pokok dalam perbincangan tersebut. Teknik analogi merupakan teknik atau kaedah yang
melibatkan perbandingan. Caranya ia dengan mengambil contoh yang berlawanan bagi
membezakan sesuatu perkara. Cara ini akan membuatkan para pendengar berfikir dalam
membuat keputusan.

Prinsip ketiga ialah gaya. Perkara yang di fokuskan dalam gaya ialah penggunanan
bahasa itu sendiri dengan cara pemilihan kata-kata dan penggunaan bahasa yang tepat, benar,
jelas dan indah serta bersesuaian dengan konteks ucapan di khalayak ramai. Gaya bahasa yang
menarik akan membuatkan para pendengar tertarik dengan penyampaian atau pidato yang ingin
disampaikan. Setiap ucapan dan syarahan yang diberikan berbeza gaya bahasa yang digunakan
kerana tahap pemikiran manusia berbeza. Misalnya, pidato politik yang hebat takkan difahami
oleh seorang budak berumur 10 tahun tapi di fahami oleh yang dewasa. Jadi penggunaan gaya
bahasa yang betul amat penting dalam penyampaian maklumat itu sendiri agar perkara yang di
“highlight” kan atau difokuskan dapat diterima dan difahami.

11
Seterusnya, prinsip keempat ialah ingatan. Prinsip ini menggalakann penyampaiannya
menghafal dan mengingati perkara penting yang ingin disampaikan. Setiap perkara yang ingin
di fokuskan perlu dititikberatkan di dalam penyampaian tersebut. Penyamapaian tidak perlu
menghafal secara keseluruhan teks yang telah dikarang tetapi hanya mengingati isi pokok atau
perkara penting kemudian yang selebihnya dihuraikan kepada bentuk contoh atau
perbandingan ketika menyampaikannya. Teks yang dikarang berserta huraian dan fakta
hanyalah satu modus operandi bagi membantu penyampai mengeluarkan idea-idea dalam
syarahan atau pidatonya. Setiap contoh atau fakta yang telah dihuraikan setelah dikarang pasti
akan terlintas difikiran sekiranya penyampai menghafal maklumat penting yang ingin
disampaikan.

Akhir sekali, prinsip penyampaian ialah proses terakhir yang merujuk kepada proses
penyampaian dalam bentuk lisan. Penyampai perlu menyampaikan syarahan atau pidatonya
yang telah dikarang kepada bentuk lisan iaitu dengan memberi ucapan atau syarahan atau
sebagainya. Ketika proses penyampaian ini penyampai seharusnya telah bersedia dengan
perkara yang ingin disampaikan dan bersiap-siaga dalam memberikan ucapan yang penuh
yakin. Penyampaian juga harus pandai dalam memainkana nada ketika berucap. Misalnya,
sekiranya ingin menekankan tentang kepentingan sesuatu perkara atau memberi amaran maka,
nada yang lantang dan keras perlu bagi menunjukkan perkara tersebut adalah satu topik yang
perlu dititikberatkan dan difokuskan.

12
5.0 STRATEGI RETORIK

Menurut Aristotle, terdapat 3 cara bagi mempengaruhi manusia. Pertama, logik (Logos)
iaitu menggunakan bukti sesuatu perkara atau logik pemikiran manusia. Di bawah cara ini
terdapat beberapa bahagian iaitu proecthesis iaitu satu rumusan yang dibuat melalui bukti sahih
dan tepat. Misalnya kajian sains yang boleh menjadi bukti kerana ia telah dikaji dan di analisis
oleh pakar. Seterusnya, syllogismus iaitu kata-kata atau imej yang megajak orang ramai untuk
membuat rumusan yang nyata. Cara ini dengan membuat seruan kepada khalayak ramai dengan
menyatakan bukti dan fakta agar orang ramai membuat rumusan sendiri. Apophasis merujuk
kepada sebab mengapa sesuatu perkara itu perlu atau tidak perlu dilakukan kemudian membuat
keputusan yang kukuh. Selain itu, prosapodosis menjelaskan bahawa penyampai perlu
memberikan setiap kata bagi diucapkan, dengan kata lain setiap hujah dan ucapan yang
diberikan seorang penyampai perlu diikuti dengan huraian dan bukti kukuh. Akhir sekali,
paramologia menjelaskan bahawa penyampai mengakui kelemahan sesuatu perkara bagi
mengukuhkan perkara yang lain.

Kedua, emosi (Pathos) iaitu satu cara atau kaedah dalam meyentuh emosi dan perasaan
manusia. Di bawah cara ini terdapat beberapa bahagian iaitu synonyma, ecphonesis, descripto,
cataplexis, aganatecsis dan lain-lain. Secara keseluruhannya kita boleh simpulkan dalam cara
ini, penyampai perlu pandai dalam memilih perkataan, intonasi suara serta mimik muka atau
gerak badan penyampai. Cara ini boleh disampaikan secara verbal atau bukan verbal dalam
pelaksaannya. Contohnya, secara verbal ialah menceritakan kisah perang Palestin manakala
bukan verbal ialah dengan tulisan surat.

Akhir sekali, perwatakan (Ethos) iaitu kredibiliti seorang penyampai itu sendiri. Dalam
cara ini, perwatakan seorang penyampai amat penting kerana dengan kredibiliti tersebut orang
akan melihat kita sama ada setiap kata-kata kita boleh dipercayai atau tidak. Misalnya, seorang
penagih dadah berucap mengenai keburukan rorkok. Walaupun dia bukan seorang perokok
tetapi pengambilan dadah lebih teruk daripada rokok jadi perspektif orang akan menganggap
bahawa orang itu itu tidak waras. Oleh itu, seorang penyampai perlu menunjukkan kredibiliti
yang baik kerana mereka tonggak kepada kata-kata meraka itu sendiri.

13
6.0 KESIMPULAN

Secara mudahnya, retorik boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu retorik politik, retorik
demostratif dan retorik perundangan yang penggunaannya berbeza mengikut kesesuaian
situasi. Retorik juga terdapat beberapa jenis yang boleh kita gunakan semasa berinteraksi
termasuklah retorik pemujukan, retorik penghujahan, retorik pemerian dan retorik
pendededahan. Setiap satu daripada jenis-jenis retorik ini mempunyai kaedah penggunaan dan
pengaplikasian yang berbeza antara satu sama lain yang membuatkan retorik bahasa
sebenarnya suatu yang unik dan menarik untuk dipelajari masyarakat umum. Retorik juga
mempunyai strategi dan perinsip tersendiri supaya penggunaan retorik mampu bagi
mempengaruhi pendengar melalui penyampaian lisan. Dengan penggunaan retorik,
penyampaian individu akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

Kesimpulannya, retorik adalah suatu ilmu yang penting dalam komunikasi sosial
terutamanya ketika memberi penyampaian lisan yang perlu dipelalari agar perkara yang ingin
disampaikan mampu disampaikan dengan jelas dan meyakinkan. Retorik juga mampu
membantu dalam membuatkan penyampaian sesuatu maklumat lebih dipercayai serta
mendapat perhatian pendengar.

14
BIBILIOGRAFI

Brilhart, J. K. (1992). Practical public speaking. New York, NY: HarperCollins.

Gross, A. G. & Walzer, A. E.(2008). Rereading Aristotle's Rhetoric. Carbondale: Southern


Illinois University Press.

http://pppnukm.files.wordpress.com/2016/01/retorik.pdf

http://sabah.jksm.gov.my/peranan-majlis-sulh/

http://stpmsemestertiga.blogspot.com/2014/07/retorik-pendedahan.html

Kuypers, Jim A., “Hoyt Hopewell Hudson’s Nuclear Rhetoric,” Twentieth-Century Roots of
Rhetorical Criticism. Jim A. Kuypers and Andrew King, eds. (Westport, CT: Praeger,
2001), 71-102

Malone, E. A. (2001). British rhetoricians and logicians, 1500-1660. Detroit: Gale Group.

Max A., A. P. (24 May, 2011). KnightsWrite. Chapter 3 Rhetoric And Communication Asking
For Directions:
http://knightswrite.wikidot.com/chapter-3-rhetoric-and-communication-asking-fo r-
directions

Miller, C. R. (2006). The Rhetoric of RHETORIC: The Quest for Effective Communication
(review). Philosophy and Rhetoric, 39(3), 261-263. doi:10.1353/par.2006.0025

Rebhorn, W. A. (2000). Renaissance debates on rhetoric. Ithaca (N.Y.): Cornell University


Press.
Winterowd, W. R. (1975). Contemporary rhetoric: A conceptual background with readings.
New York: Harcourt Brace Jovanovich.

Young, R. E., Becker, A. L., & Pike, K. L. (1976). Rhetoric: Discovery and change. New York:
Harcourt, Brace, and World.

Anda mungkin juga menyukai