Anda di halaman 1dari 20

Pantun Melayu mendapat perhatian istimewa dari sarjana bahasa Melayu baik dari bangsa Eropah maupun dari

anak tempatan. Manakala anak-anak tempatan melebihkan soal-soal keindahan dalam pantun dan persamaannya dengan bentuk puisi lain di alam Melayu, sarjanasarjana barat asyik memperkatakan asal perkataan itu dan perhubungan antara pembayang maksud dengan maksudnya hinggakan masing-masing mengeluarkan hujjah-hujjah yang tidak dapat dipersetujui oleh orang lain. Hingga kini belum ada persetujuan antara mereka dan tidak akan mungkin ada persetujuan. Pantun ialah ragam puisi yang hidup di kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan. Khasnya pantun berkehendakkan sajak dan irama, pilihan suku-kata dan perkataan. Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu lama sebelum orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca. Orang-orang Melayu menciptakan pantun untuk melahirkan berbagai-bagai bentuk perasaan, dengan mana pula merupakan satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, bersuka-suka dan berjenaka, menyindir, dan untuk menyatakan rasa kesedihan. Dengan adanya syarat-syarat tertentu di atas, pantun-pantun Melayu dilahirkan secara berkesan, padat dan ringkas. Pantun adalah hak masyarakat umum, tidak sesiapa yang memilikinya, tetapi semua ahli masyarakat tahu yang manakah pantun yang baik dan yang mana tidak. Keindahan pantun hanya dapat dirasakan bila didengar dan diucapkan. Kata pantun asalnya dari Sanskrit, dan membawa erti: bicara, aturan yang sah; dan dalam bahasa Jawa dengan erti yang lebih umum, pantun merupakan sebahagian dari peribahasa. Dalam buku-buku sastera lama Melayu pantun diertikan denganseperti. umpama, mithalnya dalam Hikayat Hang Tuah disebut: saperti pantun Melayupagar makan padi. Pantun juga kadang-kadang membawa maksud sebagai atauseumpama saperti dalam Tuan sepantun kilat cermin. Brandstetter telah mencuba memecahkan perkataan pantun kapada akar kata tundan katanya dalam bahasa Sunda pantun berasal dari akar tun. Dalam bahasa Tagalog tuntun bererti membawa secara teratur, dan dalam bahasa Jawa Kunomatuntunan bererti memimpin. Jadi sarjana-sarjana bahasa tidak dapat memutuskan soal pantun dari segi etimologi. Dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, pantun digunakan untuk mencemuh dan mengata sesuatu secara halus, mithalnya : Cau Pandan, anak Babanya Hendak menyerang ke Melaka. Ada cincin berisi bunga Bunga berladung si airmata.

Dalam Hikayat Hang Tuah, semasa pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat ada disebut saperti pantun Melayu, Rosak bawang ditimpa jambak Zaaba juga tidak ketinggalan menyatakan pantun biasa digunakan untuk membawa maksud seumpama, sebagai dan dalam kata-kata orang tua-tua biasa disebutkan: Sepantun ayam tidak berinduk, Menampi orang maka memakan Werndly seorang sarjana bahasa Melayu dalam tahun 1736, membawa perhatian kita kapada puisi Melayu yang disebutnya pantun Spellman, tetapi yang sebenarnya ialah syair iaitu Syair Perang Makasar. Nyata sekali dalam sastera lama pantun digunakan dalam berbagai corak. Dalam Sejarah Melayu juga pantun biasa digunakan sebagai nyanyian dalam kisah Singapura dilanggar todak: Carik baju raja, Dilompati todak, Bukan disengaja Sebab akal budak. Dalam kisah Tun Jana Khatib disebutkan pula, itulah dipantunkan orang: Telur itik dari Senggora, Pandan terletak dilangkahi; Darahnya titik di Singapura, Badannya terlantar di Langkawi. (Lihat ms. 74 Sejarah Melayu Abdullah) Memang sukar hendak ditentukan bilakah pantun mula digunakan dalam buku-buku sejarah Melayu lama. Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, iaitu sebuah teks Melayu yang tertua, ada sebuah karangan berangkap yang dua kali dipakai; tetapi kata Winstedt ini sukar hendak dikatakan bentuk pantun. Mungkin pantun telah dicatitkan ke dalam buku-buku Melayu lama itu pada masa kerajaan Melayu Melaka, dan banyak terdapat dalam hasil yang ditulis dalam abad ketujuh belas. Tetapi selepas abad delapan belas, pantun menjadi satu kebiasaan dan merupakan satu tingkat dalam perkembangan puisi Melayu. Syarat-syarat yang ada pada pantun Pantun sebagai satu cabang sastera puisi yang terpenting, berkehendakkan beberapa syarat tertentu. Syarat-syaratnyalah, yang menyebabkan pantun tidak menarik hati masyarakat moden. Bentuknya terikat dan tidak memberi kesempatan untuk gaya persendirian. Walau pun ada

beberapa jenis pantun, seperti pantun empat kerat, enam kerat, delapan kerat dan pantun berkait, Syarat-syarat untuk mengarang pantun ini adalah sama. Hanya pantun berkait sahajalah yang harus diperkatakan berasingan. Haruslah disedari bahawa pantun dua keratlah yang menjadi pendahuluan kapada pantun empat kerat dan seterusnya. Pada asasnya ada empat syarat yang harus dipenuhi oleh sesebuah pantun yang baik iaitu: i. Pantun dibahagikan dalam dua bahagian; bahagian pertama disebut pembayang maksud atau sampiran atau pembawa maksud, dan bahagian kedua disebut maksud pantun yang sebenarnya. Perlu ada perhubungan antara bahagian pembayang maksud dengan maksudnya. ii. Perhubungan antara pembayang maksud dengan maksud, sebenarnya dapat dilihat dalam bayangan bunyi. iii. Di samping sajak, mesti pula ada asonansi (bunyi yang sama) seterusnya. iv. Erti dan maksud dari seluruhnya tidak boleh tampil ke muka dengan sekali gus tetapi dengan perlahan-lahan. Sarjana, barat banyak menyumbangkan tenaga dalam mencari asal-usul pantun dan perkaitan antara pembayang maksud dengan maksudnya. Marsden dan Crawford berpendapat bahawa bahagian pertama pantun berisi metaphor, ibarat, mithalan yang membayangkan apa yang akan dikemukakan dalam bahagian kedua iaitu maksudnya. Bahagian maksud mengandungi isi yang lebih lanjut dari bayangannya dalam bahagian pertama. Contohnya terdapat dalam pantun: Telur itik dari Senggora, Pandan terletak dilangkahi; Darahnya titik di Singapura, Badannya terlantar di Langkawi. Ibarat dan bandingannya terdapat dalam jarak letak kedua tempat itu dan juga sifat-sifat tertentu yang dilambangkan oleh telur itik dan pandan itu. Unsur-unsur yang saperti ini dapat menolong kita untuk menerangkan lagi maksud pantun itu. Keadaan merintis jalan atau membayangkan apa yang dikemukakan dalam maksud pantun memang sukar hendak diadakan, tetapi lebih senang untuk mencari perhubungan antara pembayang maksud dengan maksud dari segi persamaan bunyi sahaja.

Winstedt dan Wilkinson pula berpendapat pembayang maksud serangkap pantun harus mengandungi sesuatu fikiran yang indah dan dalam dan bertaraf seni. Mereka berpendapat pantun harus mengandungi dua bentuk iaitu bentuk metaphor dan keduanya harus pula ada bayangan bunyi. H. Overbeck dalam makalahnya The Malay Pantun majalah Royal Asiatic Jil. 85 (1922) menyatakan bahawa bayangan bunyi dalam pantun ialah sifatnya yang utama dan assosiasi fikiran sifatnya yang kedua. Dr. Hussein Djajadiningrat telah membandingkan bait-bait pantun dengan bait-bait dalam bahasa Jawa dan Sunda dan berpendapat bahawa wangsalan Jawa dan pantun Melayu berdasarkan atas keinginan untuk menyampaikan hasrat atau menyatakan sesuatu dalam bentuk yang halus dengan menggunakan bayangan bunyi atau disembunyikan di sebalik sindiran. Orang-orang Bugis dan Makasar suka kepada sindiran dan bayangan bunyi dalam kebiasaan hidup mereka. Mereka menghadiahkan ikan penuo kapada pengantin baru dengan harapan, mereka akan berada dalam keadaan penuh dan tidak kekurangan sesuatu. Bagitu juga hadiah pokok riwu-riwu (ribu) ialah untuk mengucapkan selamat supaya makmur. Orang-orang Sibolga di Sumatra Barat menyembahkan ikan belanak dengan harapan orang yang menerimanya akan dikurniai Tuhan dengan beberapa orang anak. Demikianlah pentingnya bayangan bunyi dalam pantun. Untuk memperkatakan sifat-sifat pantun seterusnya, perhatikanlah pantun di bawah ini: 1. Buah langsat kuning mencelah, 2. Keduduk tidak berbunga lagi, 3. Sudah dapat gading bertuah, 4. Tanduk tidak berguna lagi. Dalam sesebuah pantun mesti ada persajakan (persamaan bunyi) antara hujung baris pertama dengan hujung baris ketiga dan hujung baris kedua dengan hujung baris keempat. Ringkasnya persajakan pada pantun mestilah a, b, a, b. Sajak di hujung begini dinamakan sajak akhir. Sajak akhir ada dua jenisnya iaitu sajak sempurna dan sajak tidak sempurna. Sajak itu sempurna kalau sukukata akhir bersuara sama tepat saperti:

lidi dengan padi gunting dengan benting mata dengan kota Sajak itu tidak sempurna kalau perulangan sukukata terakhir tidak sama tepat, tetapi hanya hampir sama bunyinya sahaja, seperti: peti dengan budi kunci dengan puji Selain dari bunyi hujung yang bersajak, Wilkinson dalam bukunya Pantun Melayu (MPH) berpendapat bahawa pantun yang baik hendaklah mengandungi lebih dari satu sukukata yang bersajak. Pantun yang baik mempunyai assonansi (persamaan bunyi) dalam keempat-empat sukukata dalam tiap-tiap kerat bersajak dengan pasangannya. Dalam pantun di atas terdapatlah sajak awal buah baris pertama bersajak dengansudah baris ketiga. Keduduk baris kedua bersajak dengan tanduk baris ketiga, dan sajak tengah Langsat dan kuning bersajak dengan dapat dan gading. Tidak bergunabersajak dengan tidak berbunga. Jadi dalam pantun yang baik, tiap-tiap perkataan ada peranannya yang tertentu, dan dari itu pantun Melayu susah hendak diterjemahkan. Kebiasaan mencari persamaan sajak dalam pantun dengan mengulang-ulang perkataan yang sama atau dengan menambah lah, pun dan lagi tidak dipandang tinggi dalam puisi pantun. Perhatikan pantun: Ke teluk sudah, ke Siam sudah, Ke Mekah saja saya yang belum, Berpeluk sudah, bercium sudah, Bernikah saja saya yang belum. Kita akan dapati beberapa sukukata dalam pantun ini bersajak dan ini akan menambahkan indah bunyi pantun tersebut, tetapi cara bersajak saperti ini dengan mengulang-ulangkan perkataan dipandang kurang baik dalam pantun. Dalam membentuk serangkap pantun ada orang yang mengemukakan soalan dalam baris pertama dan dijawab dalam baris kedua, mengemukakan lagi dalam baris ketiga dan dijawab dalam baris keempat saperti:Dari mana punai melayang, Dari sawah turun ke padi,

Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Ada pula yang memberikan pernyataan sahaja seperti:Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya gantikan, Kalau sungguh bagai dikata, Badan dan nyawa saya serahkan. Dalam mengarang pantun, ada orang yang mementingkan pembayang maksud dan maksud yang berkait atau bertalian dari suatu perkara untuk menunjukkan pantun yang elok, seperti: Kupu-kupu terbang merayap, Hinggap di bunga mengisap madu, Hendak terbang tidak bersayap, Meranalah dinda sepanjang waktu. Dalam pantun di atas perkaitan kerat pertama dengan kerat kedua membawa keindahan kapada pantun. Ada juga pantun dikarang dengan menggunakan dua unsur yang berlainan dalam pembayangnya saperti: Limau purut lebat di pangkal, Batang selasih condong uratnya, Hujan ribut dapat kutangkal, Hati kasih apa ubatnya. Dalam pantun di atas, tidak ada perkaitan antara kerat pertama limau purut dengan kerat kedua batang selasih. Banyak pula sarjana yang berpendapat bahawa pembayang maksud untuk pantun bukanlah boleh diambil sembarangan sahaja. Mereka berpendapat bahawa pantun yang baik ialah pantun yang mengandungi pembayang maksud yang ada perkaitan atau perbandingannya dengan maksudnya saperti dalam pantun-pantun ini : Pisang emas bawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. dan Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. atau Puaslah saya menanam keladi, Nenas juga ditanam orang, Puaslah saya menanam budi, Emas juga dipandang orang. Pilihan kata dan sukukata dalam pantun Pantun yang baik ialah pantun yang indah bunyinya dan dalam ertinya. Jadi pantun tidak seharusnya memenuhi syarat-syarat sajak dan irama, tetapi sajak, rentak, irama dan pilihan katakatanya berkehendakkan satu-satu penyatuan yang padat, jelas dan membawa makna yang dalam. Makna yang dalam hanya dapat disimpulkan dalam bentuk peribahasa, kiasan bahasa dan kata-kata yang pendek, tegas, tetapi luas dan dalam makna.nya. Jika kita pandang kepada masa-masa pantun digunakan saperti dalam istiadat meminang, menaiki pelamin, membuai anak, memberi nasihat dan mengeluarkan perasaan hati dalam percintaan, ketika-tika seperti ini berkehendakkan satu ikatan puisi yang indah yang dapat meyakinkan senikata-senikata yang dapat mencurahkan perasaan. Pemilihan kata-kata yang tepat, dalam, sesuai dan sedap bunyinya menambahkan nilai keindahan dalam pantun. Suasana ini hanya dapat diciptakan dalam masyarakat yang tenteram dan tenang di mana manusia mempunyai kesempatan untuk berfikir dan mengeluarkan kata-kata yang halus dan dalam yang berhubungan rapat dengan alam sekeliling dan dengan kehidupan sehari-hari. Kata-kata yang pendek, ringkas, padat dan tajam adalah dalam bentuk peribahasa, pepatah, dan kiasan. Dalam sifatnya yang ringkas itu terdapat efek yang tertentu. Dalam pantun buah langsat pembawa maksudnya ialah : Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi Gading bertuah dan tanduk adalah dua kiasan yang tepat dan indah dan masyarakat faham maknanya. Penggunaan perumpamaan dan kiasan sesuai dengan kehendak sukukata dan bilangan perkataan dalam pantun. Cuba perhatikan kiasan yang terdapat dalam pantun dibawah ini:

Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah Raja Melayu, Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Perhatikanlah betapa tepat dan dalam makna kiasan ikan busuk dan perencahdalam pantun diatas. Dalam pilihan kata, orang-orang Melayu kerapkali mengambil benda-benda disekeliling mereka untuk melambang atau menggantikan sesuatu maksud. Lambang-lambang ini mempunyai sifatsifat universal dengan maksud supaya ahli-ahli masyarakat faham akan erti lambang-lambang seperti kumbang, awan, bunga, burung dan bulan. Maksud di sebalik lambang-lambang ini sudah jelas kapada masyarakat lama, mithalnya: Cahaya sungguh bulan mengembang, awan juga membawa diri. atau kalau tuan menjadi burung, saya menjadi ranting kayu. Dalam memperkatakan sukukata dan bilangan perkataan dalam pantun, baiklah diambil kembali pantun buah langsat dan pecahkan kapada sukukatanya:

Bu/ah lang/sat ku/ning men/ce/lah 4 perkataan, 9 sukukata Ke/du/duk ti/dak ber/bu/nga la/gi 4 perkataan, 10 sukukata Su/dah da/pat ga/ding ber/tu/ah 4 perkataan, 9 sukukata Tan/duk ti/dak ber/gu/na la/gi 4 perkataan, 9 sukukata Pantun dipandang indah dari segi bunyi dan keindahan kandongannya. Dalam tiap2 kerat pembayang maksud dan maksud pantun diatas terdapat empat perkataan dan antara sembilan hingga sepuloh sukukata. Pantun yang baik mengandungi tidak lebih dari dua belas sukukata dan tidak kurang dari delapan sukukata dalam tiap kerat dan bilangan sukukata yang baik sekali ialah antara sembilan hingga sebelas sukukata. Kata-kata yang lebih diutamakan ialah kata-kata yang bersuku dua kerana kata-kata ini lebih seimbang. Dalam bilangan perkataan, sebaiknya tidak lebih dari empat dan kurang dari tiga perkataan pada tiap-tiap kerat. Sukatan-sukatan ini penting kerana bunyi dan bilangan rentaknya. Jenis Pantun Melayu Pantun bukan sahaja ada jenis-jenisnya, bahkan boleh pula dipecahkan ke dalam beberapa bahagian. Bentuk-bentuk pantun yang biasa didapati ialah:

1. Pantun dua kerat, teka-teki, ada kalanya disebut pantun kilat atau karmina. 2. Pantun empat kerat. Pantun ini pula dapat dibahagikan ke dalam pecahan-pecahannya: a. Pantun biasa atau pantun umum. b. Pantun seloka. c. Pantun berkait. 3. Pantun enam kerat yang biasa juga disebut talibun. 4. Pantun delapan, sepuluh dan dua belas kerat. Dalam kesemua bentuk pantun ini separuh daripadanya terdiri dari pembayang maksud dan separuh lagi maksudnya. 1. Pantun dua kerat terjadi dari dua baris, kalimatnya bersajak di tengah dan dihujung. Baris pertama merintis jalan kepada jawapan dalam baris kedua. Biasanya jawapan ini difahami oleh ahli-ahli masyarakat. Contohnya: Dahulu parang, sekarang besi, Dahulu sayang, sekarang benci. atau Sayangkan kain buangkan baju, Sayangkan lain buangkan aku. 2. Pantun empat kerat terbitnya dari pantun dua kerat. Pantun ini juga menunjukkan unsur-unsur dari pantun dua kerat seperti dalam: Lembing atas tangga, Perisai atas busut, tahulah orang jawabnya Kening atas mata, Misai atas mulut. a. Pantun empat kerat Pantun empat keratlah pantun yang umum atau biasa sekali digunakan dalam masyarakat. Pantun ini pula ada beberapa jenisnya saperti: i. Pantun anak-anak :- a) Pantun bersukacita, b) Pantun berdukacita. ii. Pantun anak muda:- a) Pantun dagang atau nasib, b) Pantun perhubongan mengenai soal-soal perkenalan, percintaan, perceraian dan berhiba hati.

iii. Pantun orang tua:- a) Pantun adat, b) Pantun agama, c) Pantun nasihat. iv. Pantun teka-teki. b. Pantun seloka: Menurut B. Simorangkir dalam bukunya Kesusasteraan Indonesia pantun ini sebenarnya adalah sebuah bidai yang diberi sampiran sehingga merupakan bentuk pantun biasa. Pantun ini bersamaan dengan syair mengenai jumlah sukukata dan sajaknya, tetapi berdasarkan kapada pantun dalam pembayangnya dan maksudnya. Rumus sajak dalam pantun ialah a, a, a, a; contohnya: Ada suatu burung merak, Lehernya panjang suaranya serak, Tuan umpama emas dan perak, Hati yang mana boleh tertolak. c. Pantun berkait: Ciri pada bentuk pantun ini samalah saperti syarat-syarat untuk pantun empat kerat. Tetapi pantun ini dikaitkan hingga menjadi sebuah kisah atau cerita lengkap. Caranya ialah dengan mengambil baris kedua dalam rangkap pertama, dan dijadikan baris pertama dalam rangkap kedua, dan baris keempat dalam rangkap pertama dijadikan baris ketiga dalam rangkap kedua. Seterusnya rangkap ketiga berdasarkan rangkap kedua dengan syarat yang sama. Contohnya : Tanam melati di rumah, Ubur-ubur sampingan dua, Kalau mati kita bersama, Satu kubur kita berdua. Ubur-ubur sampingan dua, Tanam melati bersusun tangkai, Satu kubur kita berdua, Kalau boleh bersusun bangkai. Tanam melati bersusun tangkai, Tanam padi satu persatu, Kalau boleh bersusun bangkai, Daging hancur menjadi satu.

3. Pantun empat kerat, atau lebih (tapi biasanya berjumlah dalam angka genap), tetapi pembahagiannya sama seperti pantun empat kerat dan berkehendakkan syarat yang sama, contohnya: Kalau tuan pergi ke pekan, Yu beli, belanak beli, Ikan parang beli dahulu, Kalau tuan pergi berjalan, Ibu cari sanak pun cari, Induk semang cari dahulu. 4. Pantun delapan kerat mengandungi empat baris pembayang maksud dan empat baris maksud, contohnya: Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan, Pahar, cerek sudah teratur, Cawan mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Contoh Pantun Pantun teka-teki, pantun kilat atau karmina: Pinggan tak retak, nasi tak dingin, Orang tak hendak, kami tak ingin. Pantun teka-teki yang menjadi permainan: Terima kasih daun keladi, kalau boleh mahu lagi. Pantun dua kerat yang mengejek: 1) Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. 2) Hujong bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak. Pantun empat kerat yang senang2 dan berbentuk tekateki:

1) Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab. 2) Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya sebiji ragi, Kalau tuan bijak pandai, Apa binatang keris di kaki. Pantun anak-anak pantun bersukacita. 1) Ikan parang-parang, Gulai sama cuka, Nyonya gigi jarang, Baba tiada suka. 2) Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang. Tidak terkata besar hati, Melihat ibu sudah pulang. Pantun berdukacita: Pecah cangkir berganti pinggan, Emas urai dalam geleta, Sejak anak emak tinggalkan. Gila berurai airmata. Pantun anak muda pantun dagang atau nasib: Asam pauh dari seberang, Tumbohnya dekat tepi tebat, Badan jauh dirantau orang, Sakit siapa akan mengubat. Pantun perkenalan: Samarinda tenunan suri, Bunga dedap di dalam puan, Maka pun kanda datang ke mari, Hendak mengadap adikku puan. Pantun berkasih-kasihan:

Dari mana punai melayang, Dari paya turun ke padi, Dari mana datangnya sayang, Dari mata terus ke hati. Pantun perpisahan: Kalau ada sumur di ladang, Dapatlah kiranya menumpang mandi, Kalau ada umur panjang, Tentulah kita bertemu lagi. Pantun jenaka: Elok rupanya pohon belimbing, Tumbuhnya dekat pohon mangga, Elok rupanya berbini sumbing, Walau marah tertawa juga. Pantun budi: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji diatas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pantun orang tua pantun adat: Rama-rama si kumbang jati, Khatib indah pulang berkuda, Patah tumbuh hilang berganti, Pusaka tinggal bagitu juga. Pantun agama: Banyaklah hari antara hari, Tiada semulia hari Jumaat, Banyaklah nabi antara nabi, Tiada semulia Nabi Muhammad. Pantun nasihat: Anak Cina membawa madat, Dari Perak langsung ke Deli,

Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli.

KANDUNGAN PANTUN MELAYU Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya. Pembayang atau Sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau Isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun tersebut(tema). Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku Kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga

dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau Bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiaptiap barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

Pantun - Pengenalan
Pantun juga adalah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam. Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yangberkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Pantun begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara danMalaysia. Menurut Zaba, pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Semenjak Orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulupun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri. Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adapt. Pendeknya setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.

Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat Pergi Ke sini.Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait Pergi Ke sini.Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat","agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa". Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan normanorma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "tekateki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.

Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :Jenis Pantun Jenis Pantun teki Fungsi menduga berfikir Jenis Pantun Fungsi hiburan : Empat Kerat - Jenaka : Semata-mata untuk : Dua Kerat : Empat Kerat - Teka: Untuk berseronok dan kebolehan dalam Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya. Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah.

Jenis Pantun Sayang

: Empat Kerat - Kasih

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Nasihat

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Budi

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Nasib

Jenis Pantun

Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; : Empat Kerat - Perantau Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut,

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Adat

Jenis Pantun Kepahlawanan

: Empat Kerat -

Jenis Pantun Peribahasa

: Empat Kerat -

Inikan pula kemarau panjang. Jenis Pantun Ibarat : Empat Kerat - Kias dan Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang. Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia. Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Agama

Jenis Pantun kanak Fungsi bersuka-ria

: Empat Kerat - Kanak: Lagu sedih dan

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut: Sebab pulut santan terasa, Sebab mulut badan binasa. Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias. KANDUNGAN PANTUN MELAYU Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a . Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik : Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/. CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

JENIS-JENIS PANTUN

Pantun 2 kerat Pantun 4 kerat (jenis paling popular) Pantun 6 kerat Pantun 8 kerat Pantun 10 kerat Pantun 12 kerat Pantun 14 kerat

Pantun berkait FUNGSI PANTUN Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan Sindiran atau tempelak Melepaskan rindu dan kasih sayang Menyatakan penghargaan/terima kasih Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran

Hiburan atau jenaka DI MANA ORANG BERPANTUN? Majlis pertunangan dan perkahwinan Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi Pertandingan berbalas pantun Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - Dikir Barat dan Lain-lain:

Perkataan pantun dikatakan berasal daripada perkataan Bahasa Sanskrit paribhasya atau Bahasa [3] Jawa parik yang bererti pari atau peribahasa dalam Bahasa Melayu . Antara penulisan klassik Tamil yang mempunyai bentuk pantun telah dikarang antara kurun ke dua hingga kurun ke lima dalam tempoh cankam. Contoh rangkapnya adalah:nilattinum perite vaninum uyarntanru nirinum arala vinre carar karunkor kurincip pukkontu perunte nilaikkum natanotu natpe (Tevakulattar: Kuruntokai, 3) Terjemahan (Besar dari bumi, tinggi dari langit Dalam dari laut, dilereng gunung (kurunci tangkai gelap mekar - seperti madu

Besar lagi cintaku bagi Tuanku (lord of the land)) Antara persamaan yang boleh dilihat adalah ia menggunakan puisi sebagai gambaran cinta, mempunyai jumlah silables sekata setiap baris, dan pecahan gambaran pada dua baris yang sama. Menurut Dr. Brandsetter pula, perkataan 'pantun' berasal daripada akar kata tun yang boleh dikesan dalam Bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam Bahasa Tagalog disebut tonton yang [4] diucapkan dalam aturan yang tertentu . Dalam Bahasa Sunda, pantun bermaksud satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Manakala dalam masyarakat Melayu pula, pantun bererti kuantrain, iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap. Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada bentuk/struktur, [5] tema/isi, fungsi dan penyebarannya . Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai