Anda di halaman 1dari 40

PROGRAM PPISMP

GWP 1092
WACANA PENULISAN

Tajuk 1:
Pengenalan kepada Wacana
Pengenalan

Apakah yang anda faham maksud


WACANA ?
Perkara yang akan dibincangkan
1.1 Definisi Wacana
 Wacana secara maknawi (kamus)
 Pendapat ahli bahasa
 Ciri-ciri wacana
Definisi Wacana
1. Wacana adalah terjemahan dari
perkataan Inggeris discourse.
“ Kata discourse berasal daripada
bahasa Latin discursus yang bererti
lari kian-kemari.

2. Wacana berasal daripada perkataan


bahasa Jawa wocono. Wocono pula
daripada woco yang bermaksud baca.
Definisi Wacana
Wacana ialah

1. hubungan fikiran dengan kata-kata;


ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan;
atau percakapan
2. hubungan secara umum, terutama sebagai
suatu subjek kajian atau pokok telahan
3. Risalah tulis; disertasi formal; kuliah,
ceramah; khutbah.
(Kamus Webster, 1983)
Definisi Wacana
Menurut kamus linguistik, wacana
didefinisikan sebagai satuan kebahasaan
terlengkap; dalam hierarki gramatikal
merupakan satuan gramatikal tertinggi atau
terbesar. Wacana direalisasikan dalam
bentuk karangan yang utuh (buku,
ensiklopedia, novel, ...) paragraf, kalimat atau
kata yang membawa amanat yang lengkap
(Kridalaksana, 2008).
Definisi Wacana
Wacana ialah
1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu
kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan
2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada
dalam bentuk lisan (seperti pidato,
khutbah) atau tulisan (seperti surat,
artikel, novel, cerpen).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan
seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian,
perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita,
dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.
(Asmah Hj Omar,1982)
Definisi Wacana
Wacana adalah keseluruhan kelahiran
bahasa oleh penutur atau penulis iaitu
penglahiran sistem bahasa dan unsur-
unsur luar pada sistem bahasa yang
menyumbang ke arah menjadikan
pertuturan atau tulisan itu sebagai yang
bermakna dalam berkomunikasi.
Asmah Hj Omar (1986)
Definisi Wacana
Wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab,
buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang
di dalamnya memperlihatkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang
berturutan. Menurut beliau lagi, wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

(Raminah Haji Sabran, 1984)


Definisi Wacana
Wacana adalah rentetan kalimat
yang berkaitan sehingga
terbentuklah makna yang serasi di
antara kalimat itu.

( Anton M.Moeliono, 1995)


Definisi Wacana
Istilah wacana digunakan bukan hanya
mencakupi percakapan, tetapi juga dalam
syarahan di khalayak, tulisan, laporan-
laporan ilmiah, dan lakonan. Wacana
meliputi keempat-empat tujuan
penggunaan bahasa, iaitu;
a. Ekspresi diri sendiri
b. Eksposisi (pemaparan)
c. Sastera
d. Persuasi
(Landsteen, 1979)
Definisi Wacana
Unit-unit wacana mempunyai struktur dalaman
apabila ditelaah, ternyata sama teratur dan
terpercayanya dengan struktur ayat-ayat. Unit-
unit ini dibentuk oleh sejumlah perinsip kepaduan
yang rasmi dan yang bersifat kultural, termasuk
pengaturan kala atau waktu, struktur pohon, dan
keseluruhan jaringan asumsi-asumsi sosial
tentang cara, hal-hal itu ada dan cara hal-hal itu
menjelma.
(Linde, 1981)
Definisi Wacana
Wacana merupakan satu peristiwa
yang berstruktur yang
dimanifestasikan dalam perilaku
linguistik (atau yang lainnya),
sedangkan teks adalah suatu urutan
ekspresi linguistik yang berstruktur
dan membentuk suatu keseluruhan
yang padu atau unit.
(Edmondson, 1981)
Definisi Wacana
Wacana adalah seperangkat proposisi yang
saling berhubungan untuk menghasilkan suatu
rasa kepaduan atau rasa kohesi bagi penyemak
atau pembaca. Kohesi atau kepaduan itu
sendiri harus muncul daripada isi wacana,
tetapi banyak sekali rasa kepaduan yang
dirasakan oleh penyemak atau pembaca perlu
mundur daripada cara pengutaraan atau
pengutaraan wacana tersebut.
(Deese,, 1984)
Definisi Wacana
Wacana merupakan kesatuan bahasa yang
lebih besar daripada ayat atau klausa.
Dengan perkataan lain wacana merupakan
unit-unit linguistik yang lebih besar
daripada ayat atau klausa, seperti
pertukaran-pertukaran percakapan atau
teks-teks tulisan. Secara ringkas: yang
disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi
ujaran (utterance).
(Stubbs,, 1983)
Soalan Perbincangan
Pelbagai definisi wacana daripada
kamus dan tokoh-tokoh bahasa dan
linguistik telah dibincangkan.
Apakah unsur-unsur penting
WACANA?
Bincangkan.
Rumusan Wacana
Menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal
Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “
menyatakan terdapat lapan unsur-unsur penting
(bahagian yang terkecil daripada sesuatu) dalam wacana iaitu :
1.satuan bahasa
2.terlengkap
3.mengatasi ayat atau klausa
4.teratur atau tersusun rapi
5.berkesinambungan
6.kohesi
7.lisan atau tulisan
8.awal dan akhir yang nyata.
Rumusan Wacana
Unsur-unsur penting wacana yang dapat dilihat
adalah seperti berikut:
awal &
akhir satuan
yang bahasa
nyata
lisan & terlengkap
tulis & tertinggi
HAKIKAT
rasa kohesi/ WACANA
di atas
rasa kese- ayat/klausa
paduan
berkesi- teratur
nambun- rapi/
gan koheren
Struktur Wacana
“wacana adalah satuan bahasa yang paling
lengkap, lebih tinggi dari klausa dan
perkataan” WACANA (unit bahasa yang melebihi batas ayat)
Kalimat/ayat (unit pengucapan tertinggi dlm tatabahasa)
Klausa (unit rangkaian perekataan yg ada 1S dan 1P)
Frasa (rangkai kata)
Kata (perkataan)
Morfem (unit pembeza yg terkecil) dlm tatabahasa
Fonem (bunyi)
Rumusan Definisi Wacana
Antara definasi wacana yang lengkap.

Henry Guntur Tarigan (1987), mengemukakan


bahwa wacana adalah satuan bahasa yang
paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan
perkataan, memiliki kohesi dan koheren yang
baik, mempunyai awal dan akhir yang jelas,
berkesinambungan, dan dapat disampaikan
secara lisan atau tertulis.
Ciri-Ciri Wacana
Apakah ciri-ciri wacana?
Ciri-Ciri Wacana
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat
tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk
menghasilkan wacana yang utuh, iaitu;
1.tautan (kohesi)
2.runtutan (koheren)
3.tujuan
4.penerimaan
5.maklumat
6.keadaan
7.interteks
Ciri-Ciri Wacana (sifat/unsur yang khusus)
Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi
Ketiga pula, ciri-ciri dalam sebuah wacana yang utuh iaitu,
1. kohesi (tautan)
2. koheren (runtutan)
3. tujuan sesuatu wacana
4. penerimaan oleh pendengar atau pembaca,
5. maklumat yang terkandung,
6. keadaan yang mewujudkan wacana
7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang
membantu pendengar atau pembaca memahami apa
yang didengar atau dibaca)
Tautan atau Kohesi
 Keserasian hubungan antara satu unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain
dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan
wacana yang mantap.

 Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat


melalui hubungan antara sesuatu perkataan,
frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau
ayat lain yang terdapat dalam wacana
tersebut.
 Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei
yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

 Kohesi juga dikenali sebagai tenunan, tautan,


kepaduan dan sebagainya.
Contohnya:
1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.
Kedua-dua ayat di atas mempunyai tautan
dan dianggap sebagai wacana
Runtutan atau Koheren
 Kesinambungan idea yang terdapat
dalam sesebuah wacana sehingga
menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

 Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam


pembinaan wacana kerana sesuatu teks
itu dianggap sebagai wacana jika teks
tersebut mempunyai makna.
 Contohnya:
Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah
gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di
beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan
teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak
dapat diatasi.

 Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea


melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini.
Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut
bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana
yang bermakna.
 Contoh ayat-ayat yang tidak koheren:
Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna
biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-
mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

 Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai


tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana
kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak
difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai
kesinambungan idea atau tidak koheren.
Tujuan
 Setiap wacana yang diujarkan sama ada
dalam bentuk tulisan atau lisan perlu
mempunyai tujuan.

 Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh


penghasil wacana tersebut sama ada penulis
atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu
mempunyai tujuan untuk menimbulkan
interaksi yang komunikatif.
 Tujuan ini akan menentukan jenis wacana
yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah
untuk mendapatkan maklumat, ayat yang
sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika
seseorang itu ingin menyatakan atau
menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan
ialah ayat penyata.
Penerimaan

 Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu


mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar
dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

 Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika


pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya
wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk
tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah
tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap
penerimaan.
Maklumat
 Setiap wacana mempunyai maklumat.
 Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat
lama dan maklumat baharu.
 Maklumat lama ialah maklumat yang telah
dinyatakan terdahulu.
 Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru
sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau
pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum
ini.
 Contohnya:
(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.
(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.
 Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan
maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam
ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh
ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan
dalam ayat itu
Keadaan

 Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu


digunakan, dan membantu pendengar atau
pembaca memahami sesuatu wacana.
Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami
kerana digunakan dalam keadaan latar
seseorang mempelawa seorang lain masuk ke
dalam bilik atau rumahnya.
.
 Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai
jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar
tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar
berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-
macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana
tersendiri.
 Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan
maklumat yang bertentangan dengan
maklumat yang terdapat dalam ayat
sebelumnya.

Contohnya:

“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin


dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
Interteks
 Interteks bermaksud sesuatu wacana itu
bergantung kepada wacana yang lain.

 Hal ini bererti wacana-wacana lain juga


memainkan peranan penting untuk
membantu seseorang memahami
sesuatu wacana yang sedang dibaca
atau didengarinya dengan mudah.
 Dengan kata lain, kefahaman seseorang
terhadap sesebuah wacana bergantung
kepada pengetahuannya terhadap perkara
yang dibaca atau didengarnya itu.
Rujukan
Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam
Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25
dan 24:4, hal. 9-25.
Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran
Wacana. Kuala Lumpur: DBP.
Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5
Januari 2014]. Boleh didapati:
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009
/07/wacana-bahasa-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai