Anda di halaman 1dari 10

Kertas kerja

Program Banteras Pencemaran Bumi,

Care our Earth, Less Pollution

Peringkat Mukim Bandar Baru Bangi,

43000 Kajang,

Selangor.

Tarikh:

14 Mac 2019

Tempat:

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Anjuran:

IPG Kampus Pendidikan Islam dan Majlis Perbandaran Kajang

Dengan Kerjasama:

Jabatan Alam Sekitar, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Rakan Alam Sekitar &
Kementerian Kesihatan Malaysia
1.0 PENGENALAN
Program Banteras Pencemaran Bumi (Care Our Earth, Less Pollution) merupakan satu
program yang direalisasikan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada
komuniti tentang masalah pencemaran alam sekitar yang kian meruncing di negara kita
pada masa kini. Hal ini disebabkan oleh komuniti sendiri tidak mempunyai kesedaran dan
pengetahuan tentang penjagaan alam sekitar yang sewajarnya. Dengan melaksanakan
program ini, para komuniti akan dapat menimba ilmu pengetahuan dan kesedaran bahawa
penjagaan alam sekitar perlu dititikberatkan bagi membantu mengatasi masalah
pencemaran. Tambahan pula, mereka juga akan sentiasa peka akan kebersihan alam
sekitar. Secara tidak langsung, program ini amat berkait rapat dengan falsafah
perkembangan Pendidikan persekitaran iaitu mengenengahkan suatu konsep kesedaran
dan pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi dengan persekitaran dalam
kehidupan sejagat. Oleh itu, program ini juga akan dapat membuka mata dan minda para
komuniti tentang kepentingan alam sekitar.

2.0 OBJEKTIF
Berikut merupakan beberapa objektif yang ingin dicapai sepanjang program:
2.1 Melindungi dan mempertingkatkan keadaan persekitaran
2.2 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan pencemaran
alam sekitar.
2.3 Menanamkan sifat nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan komuniti.
2.4 Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengatasi
masalah pencemaran persekitaran.
2.5 Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan
aktiviti yang bersesuaian.
2.6 Melahirkan komuniti yang bertanggungjawab dalam hal menangani pencemaran
demi kehidupan yang harmoni.
2.7 Memelihara dan memulihara flora dan fauna supaya mengekalkan keadaan semula
jadi
3.0 RASIONAL

Melalui akhbar Utusan Online yang bertajuk ‘Tasik Cempaka hilang seri’ pada 30 November
2010, kita dapat melihat terdapat berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman Tasik
Cempaka. Hal ini demikian berpunca daripada kelalaian dan kurang kesedaran dalam diri
setiap komuniti untuk menjaga kebersihan kawasan rekreasi tersebut. Pencemaran sungai
yang berkait rapat dengan persekitaran dengan persekitaran fizikal. Ia dapat dibuktikan
dengan keadaan tasik tersebut penuh dengan sampah sarap sehingga mengeluarkan bau
yang tidak menyenangkan. Selain itu, keadaan tasik yang kotor menyebabkan habitat flora
dan fauna di tasik tersebut terjejas. Hal ini demikian dapat dilihat banyak hidupan air seperti
ikan mati terapung di permukaan air dan tumbuhan menjadi semak memenuhi permukaan
tasik. Selain itu juga, air tasik telah dicemari dengan microbia yang berbahaya dan boleh
mendatangkan kemudaratan kepada komuniti setempat. Justeru itu, para komuniti haruslah
mempunyai kesedaran yang tinggi dan berwaspada tentang bahayanya pencemaran alam
sekitar yang acap kali berlaku di negara kita. Oleh itu, rasional program ini dilaksanakan bagi
menyedarkan dan memberitahu kepada komuniti setempat bahawa kebersihan kawasan
rekreasi tersebut haruslah dijaga bersama bagi menjamin keharmonian kehidupan sejagat.
Melalui program ini juga, komuniti dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu
sama lain.

4.0 PENGISIAN PROGRAM


4.1 Rujuk Lampiran A

5.0 SENARAI PENYERTAAN AKTIVITI MENGIKUT KATEGORI UMUR


5.1 Rujuk Lampiran B

6.0 ANJURAN
6.1 IPG Kampus Pendidikan Islam.
6.2 Majlis Perbandaran Kajang

7.0 DENGAN KERJASAMA


7.1 Jabatan Alam Sekitar
7.2 Persatuan Pencinta Alam Malaysia
7.3 Rakan Alam Sekitar
7.4 Kementerian Kesihatan Malaysia

8.0 TARIKH
8.1 14 Mac 2019

9.0 TEMPAT
9.1 IPG Kampus Pendidikan Islam
10.0 SASARAN

10.1 Komuniti Bandar Baru Bangi

11.0 AHLI JAWATANKUASA


11.1 Rujuk Lampiran C

12.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN


12.1 Rujuk Lampiran D

13.0 PENUTUP
Diharapkan agar penganjuran Program Banteras Pencemaran Bumi (Care Our Earth, Less
Pollution) ini dapat diadakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada semua pihak. Hal ini demikian selaras dengan objektif program iaitu memberikan
kesedaran kepada komuniti tentang bahayanya pencemaran terhadap kesihatan komuniti. Di
samping itu, program yang diadakan dapat membantu meningkatkan jati diri dan moral setiap
komuniti yang terlibat kerana dapat membantu mereka mengelakkan diri daripada melakukan
sebarang pencemaran pada masa akan datang.
Lampiran A

Pengisian program

Masa Aktiviti Cacatan


7.30 pagi – 7.55 Peserta bergerak ke dewan dan
pagi ketibaan penceramah.

8.00 pagi -10.00 Pembuka majlis:


pagi 1) Bacaan doa.
2) Kata alu-aluan dari pengarah
IPG Kampus Pendidikan Islam.
3) Sesi ceramah:-
Slot 1 : Penceramah Jabatan
Alam Sekitar
Slot 2 : Penceramah
Kementerian Kesihatan Malaysia

10.00 pagi - Rehat *Café IPG Kampus


10.30 pagi Pendidikan Islam
10.30 pagi – Aktiviti: *penyertaan aktiviti
11.30 pagi 1) Pameran berkaitan pencemaran mengikut kategori umur
alam sekitar kecuali Pameran.
2) Permainan dam besar.
3) Pertandingan lukis poster.
4) Pertandingan cipta logo dan
slogan.
5) Kuiz.
6) Cari, fikir dan bertindak
(tayangan video).

11.30 pagi - Penyampaian hadiah:


12.00 tengah 1) Permainan dam besar.
hari 2) Pertandingan lukis poster.
3) Pertandingan cipta logo dan
slogan.
4) Kuiz.
5) Cari, fikir dan bertindak
(tanyangan video)

12.00 tengah majlis penutup:


hari – 1.30 1) Ucapan penutupan dari
petang pengarah Jabatan Alam Sekitar
2) Penyampaian cenderamata
kepada penceramah.
3) Penyampaian cenderamata
kepada pihak IPG.
4) Sesi bergambar.
5) Bersurai.

(Chek, M. (2005). Kursus pengurusan program: Memperkukuhkan pemahaman, pengetahuan dan


kemahiran dalam mengendalikan program. Kuala Lumpur: Utusan.)
Lampiran B
SENARAI PEYERTAAN AKTIVITI MENGIKUT KELAS

Aktiviti Kategori umur Tempat

Permainan dam besar Dewasa dan Gelanggang


Veteran berbumbung

Pertandingan lukis poster Kanak-kanak Kelas

Pertandingan cipta logo dan slogan Remaja Kelas

Kuiz Semua Dewan


Tertutup

Cari, fikir dan bertindak (tayangan video) Remaja Perpustakaan

Pameran Semua Dewan


Terbuka
Lampiran C

Jawatankuasa Pelaksanaan Program Banteras Pencemaran Bumi (Care Our


Earth, Less Pollution)

Pegerusi : Zubair Bin Azmi

Naib Pengerusi : Muhammad Shahrul Bin Saad

Setiausaha : Adnan Fikri bin Ahmad Mahayuddin

: Nadiah binti Samsul Bahri

Bendahari : Samieha Naii’ma binti Shaimi

AJK Jemputan : Amirul Daniel Helmi bin Sazali

: Nur Anis Zulaikha bt Zulkifl

AJK Tajaan : Jalaludin Bin Hassan

: Nazmi Faiz Bin Mansor

AJK Buku Program : Noradam Azlin Bin Jaafar

AJK Kebersihan : Muhammad Safiq Bin Rahim

AJK Hadiah : Nur Hanim Binti Amran

Tan Wei Ying

AJK Tempat : Azikrul Hakim Bin Bidon

AJK Aktiviti : Nurfatin Hadirah Abdul Hamid

Nurul Syuhada Binti Romzi

Low Wei Han

AJK Dokumentasi : Nurul Umairah Binti Mohammed

Alif Syukri Bin Maanaf


Lampiran D

Anggaran Perbelanjaan Program Banteras Pencemaran Bumi (Care Our Earth,


Less Pollution)

Anggaran Pendapatan

Bil Perkara RM

Pendapatan / sumbangan

 Sumbangan pensyarah 500

 Jabatan Alam Sekitar 4000

 Majlis Perbandaran Kajang 2500

 Kementerian Kesihatan Malaysia 2000

 Kelab Pencinta Alam Sekitar 2000

 Sumbangan lain-lain 460

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 11460

Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara RM

1. Jamuan 7730

 VIP

 Minum pagi ( 10 org x RM 5 ) 50

 Tengah hari ( 10 org x RM 13 ) 130

 Minum petang ( 10 org x RM 5 ) 50

 Peserta

 Minum pagi ( 1000 org x RM 1.50 ) 1500

 Tengah hari ( 1000 org x RM 4 ) 4000

 Minum petang ( 1000 org x RM 2 ) 2000


2. Sijil dan Cenderamata 1175

 Cenderamata Penceramah (2 orang x RM 15) 30

 Cenderamata Pengarah 25

 Goodie Bags Tetamu Kehormat (10 org x RM 12) 120

 Sijil (Peserta & Urusetia) 1000 org x RM 1.00 1000

3. Publisiti 250

 Banner : RM 30 x 1 30

 Backdrop : RM 50 x 2 100

 Bunting : RM 20 x 6 120

4. Sambutan dan Pendaftaran

 Tag Nama Urusetia/Peserta: RM 1.50 x 1000 org

1500

5. Bayaran ceramah jemputan( 2 orang x RM 250 sejam) 500

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 11155


Disediakan oleh : Disemak oleh :

(ADNAN FIKRI BIN AHMAD ( ZUBAIR BIN AZMI)


MAHAYUDDIN)
Pengerusi Pencinta Alam Sekitar,
Setiausaha Kelab Pencinta Alam Sekitar,
IPG Kampus Pendidikan Islam
IPG Kampus Pendidikan Islam

Diluluskan oleh :

(MUHAMMAD SHAHIR BIN SHAHRIM)


Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai