Anda di halaman 1dari 33

PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

1.0 PENDAHULUAN

Program Tautan Kasih ini berhasrat membina guru yang berakhlak mulia, bersemangat
juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

2.0 RASIONAL

Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang
yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 OBJEKTIF KHUSUS

Memenuhi Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru (BIG) disediakan untuk
memenuhi keperluan Latihan Pergurun Pra Perkhidmatan .

3.2 OBJEKTIF UMUM

i. Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh
kepada ajaran agama.

ii. Memiliki kemahiran, ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.

iii. Menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

iv. Menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.

v. Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan


mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

Halaman | 1
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

4.0 PENGANJURAN

Unit TESL 1, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu.

5.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh : 9 Ogos 2012
Hari : Khamis
Tempat : Rumah Damai

6.0 PENGANGKUTAN

6.1 Perjalanan pergi dan balik dari IPG ke Rumah Damai.

 Bas IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

7.0 PENYERTAAN/SASARAN

32 orang guru pelatih PISMP TeSL 1 Semester 2. Para guru pelatih diiringi oleh
seorang pensyarah pengiring.

8.0 PENGISIAN PROGRAM

8.1 Mengemas bahagian dalam rumah, membersihkan kawasan halaman dan


membasuh van khas kegunaan penghuni Rumah Damai.

8.2 Melakukan senaman ringan bersama penghuni Rumah Damai.

8.3 Berkenalan dengan penghuni-penghuni Rumah Damai serta pemiliknya.

Halaman | 2
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

9.0 TENTATIF PROGRAM

Khamis

9 Ogos 2012

12.00 tengah hari Bertolak ke Rumah Damai

1.30 petang Bersedia untuk solat zohor berjemaah

2.30 petang Sampai di Rumah Damai

2.30 – 4.00 petang Aktiviti gotong-royong

4.30 petang Majlis penutup aktiviti

5.00 petang Solat Asar dan tadarus

6.00 petang Persediaan untuk berbuka

Halaman | 3
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

Penaung

Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali

(Pengarah IPG KDRI)

Penasihat

Tuan Haji M. Shaipullah Bin Awang Ibrahim

(Timbalan Pengarah IPG KDRI)

Pensyarah Penasihat

En. Mohd Dzaki bin Suda

(Pensyarah IPGKDRI)

Pengarah Program

Mohd Aliff bin Jahit

(Ahli Kelas PISMP Tesl 1 Sem 2)

Penolong Pengarah Program

Hafiza Husna binti Kamarudin

(Ahli Kelas PISMP Tesl 1 Sem 2)

Halaman | 4
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

JAWATANKUASA KERJA

Pengarah Program : Muhammad Aliff bin Mohd Jahit

Penolong Pengarah Program I : Hafiza Husna binti Kamarudin

Penolong Pengarah Program II : Wan Mohammad Aliff Azizi Bin Wan Abdul Razak

Setiausaha I : Nabihah binti Mohamad

Setiausaha II : Asmawiyah binti Mohamed Zulkifli

Bendahari : Nurul Izyan binti Mahari

AHLI JAWATANKUASA

Dokumentasi : 1. Asmawiyah binti Mohamed Zulkifli

2. Nur Auni binti Baharuddin

Aktiviti : 1. Muhammad Faizul Shahruddin bin Zulkiflee.

2. Noor Hajar Aswat bt Muhammad Tahir.

Peralatan : 1. Mohamad Farhan Adam bin Azhar

2. Dhaiful Ikram bin Kamaruzaman

Makanan dan Sajian : 1. Nurazwann bin Ismail

2. Nur Asilah bt Mat Daud

Pengangkutan : 1. Mohammed Nor Syukri bin Saadan

2. Muhamad Hafizi bin Saari

Halaman | 5
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

11.0 LAPORAN KRONOLOGI PROGRAM

11.1 Mesyuarat menjelang program

Sebelum program diadakan, beberapa siri mesyuarat serta perbincangan melalui


telefon dengan pihak Rumah Damai telah diadakan. Mesyuarat diadakan untuk
membincangkan secara terperinci untuk memastikan perjalanan program sentiasa
berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa masalah yang timbul sewaktu perancangan
program, contohnya masalah memilih tarikh yang sesuai untuk program tersebut.
Namun dengan diadakan mesyuarat dan perbincangan, maka segala masalah yang
timbul dapat diselesaikan dengan jayanya.

11.2 Pelaksanaan Projek

Ketibaan kami di Pusat Jagaan Rumah Damai Diocese Of West Malaysia (Warga Tua-
Berkediaman) NGO pada pukul 2.30 petang pada hari Khamis, 9 Ogos 2012.

Kami memulakan aktiviti yang telah di bahagikan. Bagi yag tidak berpuasa (non-
muslim), mereka di tugaskan di dapur bagi menolong aktiviti memasak.Sebahagian
pelajar lelaki ditugaskan membasuh van.

Halaman | 6
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

Manakala, sebahagian pelajar lelaki pula ditugaskan menyangkul salur air di belakang
rumah. Sebahagian pelajar perempuan ditugaskan membersihkan disekitar halaman
rumah.Sebahagian lagi ditugaskan membersihkan bahagian didalam rumah seperti
menyapu, memrsihkan tingkap dan mengemas bilik tidur.

Halaman | 7
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

Program bersama-sama warga pusat jagaan rumah damai iaitu aktiviti nyanyian dan
tarian secara beramai-ramai.

Halaman | 8
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

Aktiviti penutup, bekas pensyarah IPG KDRI memberi ucapan dan pengurus pusat
jagaan rumah Damai memberi ucapan. Setelah itu, sesi pemberian cenderahati dan
buah tangan kepada penjaga Pusat Jagaan Rumah Damai.

Halaman | 9
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

Tutor kami, En. Dzaki beramah mesra dengan tetamu jemputan, yang juga merupakan
bekas pensyarah di IPG Kampus dato’ Razali Ismail. Salah seorang ahli kelas kami,
Faris memainkan satu lagu untuk semua.

Halaman | 10
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

Ahli kelas kami beramah mesra dengan warga Pusat jagaan rumah Damai.

Majlis berbuka puasa mengakhiri program BIG kami pada hari tersebut

Halaman | 11
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

12.0 LAPORAN JAWATANKUASA

12.1 LAPORAN SETIAUSAHA

Ketua Setiausaha : Nabihah binti Mohamad

Penolong setiausaha : Asmawiyah binti Mohamed Zulkifli

Perancangan awal :

1. Perancangan awal untuk mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Rumah
Damai bertarikh 9 Ogos 2012 pada hari Khamis.

Peringkat proses perjalanan aktiviti :

1. Tarikh untuk melaksanakan program dipercepatkan kepada 9 Ogos 2012.


2. Menetapkan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi melancarkan pengendalian program.
3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) dijalankan untuk membhagikan tugas
kepada setiap AJK.

Refleksi

Syukur ke hadrat illahi kerana program Bina Insan Guru (BIG) pada semester ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Ogos 2012 yang lalu. Pelbagai input dan
pengalaman yang berguna dapat dicapai hasil daripada program yang dilakukan. Pada
peringkat permulaannya, kami menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan
tempat bagi melaksanakan program ini. Namun, berkat kesabaran dan kegigihan ajk
pelaksana program, kami berjaya mendapatkan tempat bagi melaksanakan program
khidmat masyarakat di rumah orang tua Rumah Damai.

Sepanjang melaksanakan program khidmat masyarakat ini, kami dapat


melakukan pelbagai aktiviti yang pastinya bermanfaat bukan sahaja kepada diri kami,
malah kepada penghuni-penghuni Rumah Damai. Kami membahagikan tugas mengikut

Halaman | 12
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

kumpulan supaya kerja yang dijalankan menjadi lebih teratur dan sistematik. Antara
kerja yang kami lakukan ialah membersihkan halaman dan taman, mengemas bahagian
dalam rumah, mencuci van dan membersihkan dapur. Disebabkan penghuni Rumah
Damai terdiri daripada orang bukan Islam, maka sebahagian daripada kami yang terdiri
daripada pelajar bukan Islam ditugaskan untuk menyediakan minum petang kepada
penghuni Rumah Damai walaupun aktiviti kami ini dijalankan pada bulan puasa.

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini berjalan dengan lancar


seperti yang dirancangkan. Kami sangat berbesar hati kerana penghuni Rumah Damai
bukan sahaja dapat menerima kami dengan hati yang terbuka malah memberikan
respon yang sangat-sangat baik sepanjang program dijalankan. Walaupun sebahagian
besar daripada mereka kurang berupaya untuk melakukan aktiviti yang berat, namun
dapat dilihat usaha daripada penghuni-penghuni Rumah Damai untuk mengikuti aktiviti
yang dirancang seperti senaman ringan dan tarian kaum Iban daripada Sarawak.

Saya amat berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi kerana ianya
bukan sahaja memberi pengalaman yang bermakna kepada para peserta, malah
memberi kesedaran bahawa kita sebagai manusia haruslah mempunyai rasa
tanggungjawab untuk saling membantu kerana tidak semua manusia mampu untuk
hidup dengan sempurna di samping keluarga tersayang. Insan-insan seperti mereka
sangatlah menghargai pihak yang mendekati mereka kerana bukanlah harta yang
diharapkan, tetapi kasih sayang insan sekeliling yang sangat mereka dambakan.

Penghargaan

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak IPG dan mana-mana
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
program kami ini. Penghargaan turut diberikan kepada pensyarah pembimbing dan
rakan-rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang program
ini dilaksanakan. Akhir kata, program yang telah dijalankan ini sememangnya memberi
seribu satu erti kepada kami.

Halaman | 13
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

(ASMAWIYAH BINTI MOHAMED ZULKIFLI)

Penolong Setiausaha,

Program Tautan Kasih IPG dan Rumah Damai.

Halaman | 14
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

12.2 LAPORAN PENGARAH PROGRAM

Nama : Mohd Aliff bin Jahit

Perancangan Awal :

1. Membuat penyelidikan tentang beberapa tempat yang sesuai untuk Program Bina
Insan Guru dengan mengambil kira beberapa aspek seperti kos yang berpatutan dan
lokasi yang strategik .

2. Membuat beberapa perbandingan dan tempat yang terpilih adalah Rumah Damai.

3. Membuat draf dan membuat berbincangan awal bersama ahli jawatan kuasa yang
lain.

Peringkat proses perjalanan aktiviti :

A. Sebelum Aktiviti :
1. Menyenaraikan rumah kebajikan yang memenuhi kriteria-kriteria yang dipilih.
2. Membuat perbincangan mengenai tempat, pengangkutan, makan dan juga
aktiviti yang boleh dijalankan.
3. Meneruskan perbincangan bersama pensyarah untuk mendapat maklumat lanjut.
4. Memberitahu ahli kelas secara berperingkat-peringkat mengenai perkembangan
terkini tentang program ini supaya ahli lain dapat membuat persediaan awal.
5. Membuat temu janji dengan pihak pengurusan Rumah Damai untuk berbincang
tentang masa, tarik dan aktiviti yang sesuai.

B. Semasa aktiviti :
1. Mengetuai ahli-ahli lain semasa berada di Rumah Damai.
2. Memastikan semua ahli mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Rumah
Damai.

Halaman | 15
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

3. Mengetuai dan memastikan aktiviti yang dijalankan adalah lancar dan sesuai
dengan masa dan penghuni Rumah Damai.
4. Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Program untuk memastikan bilangan
perserta mengcukupi sebelum dan selepas menjalankan aktiviti.

C. Selepas aktiviti :
1. Membuat refleksi bersama rakan-rakan tentang kelemahan dan juga kelebihan
aktiviti yang telah dijalankan.

Refleksi

Pertamanya saya ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat illahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya program ini dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Ucapan
jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah pengiring dan juga rakan-rakan
yang telah terlibat menjalankan program ini terutamanya ahli jawatan kuasa yang telah
dilantik. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang telah memberikan kepercayaan
kepada saya untuk mengetuai program pada kali ini.

Sepanjang saya menjadi ketua program untuk Program Bina Insan Guru (BIG) ini
ini, banyak yang telah saya belajar terutamanya dari segi pengurusan kertas kerja dan
juga rekod-rekod pembelian. Pengalaman seperti ini amatlah berguna dan juga penting
untuk kegunaan pada masa akan datang. Melalui program seperti ini juga, saya dapat
belajar untuk mengenali kawan-kawan sekelas dengan lebih lanjut seterusnya
mengeratkan hubungan antara kami dan juga pensyarah.Terdapat banyak juga yang
telah saya perolehi sepanjang mengetuai program ini. Saya dapat belajar cara untuk
menguruskan rombongan dan saya berharap agar ilmu ini amat berguna ketika saya
telah menjadi seorang guru pada masa akan datang.

Semua usaha penat lelah rakan-rakan yang menjayakan program ini dan
memberikan kerjasama kepada saya amat saya hargai dan saya dahulukan dengan
ucapan ribuan terima kasih. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan

Halaman | 16
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

program ini dan berharap agar pergram ini dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang. Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

(MOHD ALIFF BIN JAHIT)

Pengarah Program,

Program Tautan Kasih IPG dan Rumah Damai.

Halaman | 17
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

12.3 LAPORAN BENDAHARI

Bendahari : Nurul Izyan binti Mahari

Perancangan Awal :

1. Setiap pelajar dianggarkan perlu membayar sebanyak RM 35.00 untuk mengikuti


program Tautan Kasih di Rumah Orang-orang Tua Taman Damai.

2. Jumlah bayaran akan ditentukan semula dari semasa ke semasa mengikut jumlah
wang tajaan yang diperoleh.

Peringkat Proses Perjalanan Aktiviti :

A. Sebelum Aktiviti :

1. Senarai anggaran perbelanjaan ke program dikemukakan pada setiap pelajar.

2. Taklimat ringkas diberi mengenai jumlah wang tajaan yang diperoleh dan baki
bayaran yang perlu dijelaskan oleh setiap pelajar.

3. Setiap pelajar menjelaskan bayaran sebanyak RM35.00. Wang diserahkan kepada


pengarah program untuk diuruskan.

B. Semasa Aktiviti :

1. Perbelanjaan wang untuk program Tautan Kasih dikendalikan oleh bendahari dan
pengarah program. Berikut merupakan senarai perbelanjaan wang secara keseluruhan
sewaktu menjalankan program di sana.

Halaman | 18
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

Bil. Perkara Jumlah wang (RM)

1. Plaq RM 50.00
2. Buah-buahan (Cenderahati) RM 100.00
3. Makan malam RM 825.00
4. Aktiviti RM 100.00
Jumlah RM 1075.00

2. Jumlah kutipan ialah RM 1075.00 termasuk RM200.00 yang telah ditaja oleh pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

C. Selepas Aktiviti :

1. Wang baki sebanyak RM 6.25 dimasukkan ke dalam tabung kelas.

2. Menyediakan laporan perbelanjaan di Pulau Langkawi.

REFLEKSI

Berdasarkan pemerhatian dan penelitian bendahari, semua proses pengutipan


wang dan perbelanjaan wang untuk menjalankan program Tautan Kasih ini berjalan
dengan lancar. Jumlah wang yang perlu dikeluarkan oleh pelajar untuk menjalankan
aktiviti ini agak besar jumlahnya namun semua pelajar berpuas hati dan gembira
dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi.

Sebagai bendahari, saya dapati pelajar tidak mempunyai sebarang masalah


untuk mengeluarkan wang bagi melakukan aktiviti yang berfaedah. Pada mereka,
aktiviti seumpama ini akan dapat meluaskan pengalaman mereka sebagai seorang guru
pada masa akan datang di samping dapat bergaul dengan pelbagai golongan
melibatkan peringkat umur yang lebih tua. Hal ini menjadikan seorang guru itu fleksibel

Halaman | 19
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

kerana ketika di sekolah mereka bergaul dengan anak-anak kecil, tetapi ketika ke
program ini, mereka bergaul bersama warga tua. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan
hubungan sesama rakan sekelas.

Sebagai bendahari juga, saya dapat belajar cara untuk menguruskan wang yang
dipungut dari setiap pelajar. Saya juga sedar bahawa setiap manusia perlu sentiasa
berusaha untuk memudahkan urusan orang lain bagi memelihara hubungan setiap
insan. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang
diberikan oleh setiap pelajar.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

(NURUL IZYAN BINTI MAHARI)

Bendahari,

Program Tautan Kasih IPG dan Rumah Damai.

Halaman | 20
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

12.4 LAPORAN AJK AKTIVITI

Ahli Jawatankuasa Aktiviti :

1. Muhammad Faizul Shahruddin bin Zulkiflee.


2. Noor Hajar Aswat bt Muhammad Tahir.

Perancangan awal :

1. Mengadakan perbincangan terbuka bersama ahli kelas mengenai aktiviti-aktiviti yang


boleh dilaksanakan sepanjang program dijalankan.

2. Merangka pelbagai aktiviti yang sesuai untuk ahli-ahli Rumah Damai.

3. Mencapai kata sepakat melalui mesyuarat bersama ahli jawatankuasa yang lain.

Peringkat proses perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti

1. Memberi taklimat kepada para guru pelatih mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan
sepanjang program.

2. Mengagihkan tugas kepada para guru pelatih mengikut kumpulan.

B.Semasa aktiviti

1. Menjalankan semua aktiviti mengikut masa yang ditetapkan.

2. Memastikan penglibatan para guru pelatih dan ahli Rumah Damai dalam setiap
aktiviti yang diadakan.

C. Selepas aktiviti

1. Memastikan semua ahli Rumah Damai dan para guru pelatih berasa gembira.

2. Memberi sedikit sumbangan tanda penghargaan kepada pengerusi Rumah Damai.

Halaman | 21
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

REFLEKSI

Alhamdulillah, kami para pelajar PISMP TESL 1 semester 2, berjumlah seramai


32 orang telah menjayakan sebuah Program Bina Insan Guru Siri 2 2012 yang
diadakan pada 9hb Ogos yang lepas, bersamaan dengan hari khamis, bertempat
dirumah orang tua iaitu Rumah Damai. Program ini telah juga disertai oleh Encik Dzaki
bin Suda, sebagai pensyarah pengiring yang juga merupakan tutor bagi Kumpulan
TESL 1.

Sebagai ahli jawatankuasa aktiviti, pelbagai perkara yang telah dipertimbangkan


dalam merangka aktiviti sepanjang program ini dijalankan seperti matlamat yang ingin
dicapai, penglibatan semua peserta dan para guru pelatih, selain perancangan yang
rapi dan persiapan yang sempurna. Untuk mencapai semua perkara di atas, kerjasama
dan kesepakatan antara semua pihak amatlah perlu.Tanpa mengira perbezaan
jawatan, para guru pelatih bersatu agar program yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar. Jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada
pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna.

Beberapa mesyuarat telah diadakan untuk mencapai kata sepakat dalam


perangkaan aktiviti bagi program ini. Melaluinya kami telah belajar mengenai tatasusila
bermesyuarat yang betul, Bagaimana jika sesorang itu hendak memberi pendapat dan
sebagainya. Juga bagaimana untuk mengawal sesebuah mesyuarat itu daripada
menjadi tidak terkawal. Malah disiplin masa juga ditekankan kerana semua ahli perlu
sampai pada masa yang telah ditetapkan. Di dalam mesyuarat tersebut juga biro-biro
diterangkan tentang bidang tugas agar mereka jelas dengan tugas dan tanggungjawab
masing-masing.

Pada hari keberangkatan kami ke Rumah Damai, menunjukkan guru pelatih


IPGM KDRI amat menitik beratkan pengurusan masa. Apabila sampai di Rumah
Damai, terlebih dahulu kami para guru pelatih bersama-sama membersihkan rumah
dan seluruh kawasan sekelilingnya mengikut kumpulan masing-masing. Selepas itu,
kami meluangkan masa bersama ahli-ahli Rumah Damai yang terdiri daripada orang-
orang tua yang berbangsa Cina. Apa yang menariknya progam BIG ini ialah, pelbagai

Halaman | 22
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

aktiviti yang diadakan adalah khusus untuk mendidik dan mendedahkan guru pelatih
mengenai “Budaya Guru” disamping menanamkan sifat keinsafan dan kesedaran dalam
diri kami.

Program BIG ini telah mengajar kami tentang pengurusan masa yang sepatutnya
dimiliki oleh kami bakal pendidik. Masa sentiasa berjalan dan tidak akan menunggu kita,
malah kita yang sepatutnya mengejar masa. Jadi kami perlu memastikan aktiviti dapat
dijalankan tepat pada masanya. Kami tidak akan menghadapi masalah sekiranya
masing-masing memiliki tahap disiplin yang tinggi. Program ini banyak memberi faedah
kepada kami. Ia dapat memberi pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Kami telah
mendapat gambaran bagaimana untuk menganjur sesebuah program yang melibatkan
masyarakat setempat. Pengalaman ini dapat dipraktikkan ketika kami menjadi seorang
guru kelak dan ditugaskan untuk menjadi guru pembimbing sesuatu kelab dan
sebagainya.

Selain itu, menerusi program BIG ini, kami juga belajar tentang kemahiran
interpersonal dan intrapersonal yang mana merupakan kemahiran yang sangat penting
buat setiap insan apatah lagi khususnya apabila bergelar guru. Disana kami mendapat
peluang untuk berinteraksi dan lebih mengenali mereka. Walaupun pada mulanya
terasa amat sukar, memandangkan terdapat sedikit masalah komunikasi diantara kami
dengan mereka, tetapi, masa dan keadaan akhirnya membuatkan hubungan kami
bertambah erat. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka yang begitu teruja
dengan kehadiran kami.

Seterusnya, kami dididik mengenai kerjasama dan perpaduan yang merupakan


tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat’. Atas didikan itulah kami bersatu-padu dan sentiasa
berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Hal ini jelas kelihatan dalam
semua aktiviti yang kami laksanakan.

Kesimpulannya, pelbagai perkara yang dilalui sepanjang program ini diharapkan


dapat mematangkan kami dalam menempuh alam kehidupan khususnya alam guru
kelak. Pelbagai kemahiran baru dapat dicapai antaranya kemahiran membuat

Halaman | 23
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

keputusan, kemahiran pengurusan masa, malah bakat kepimpinan juga dapat diasah.
Perkara sebegini dapat memberi pengalaman yang tiada nilainya malah dapat dijadikan
panduan yang amat berguna pada masa yang akan datang. Dan yang paling penting,
sepakat membawa berkat telah terpahat dalam jiwa semua guru pelatih yang mengikuti
program ini.

Laporan disediakan oleh,

(NOOR HAJAR ASWAT BT. MUHAMMAD TAHIR)

AJK Aktiviti,

Program Tautan Kasih IPG dan Rumah Damai.

Halaman | 24
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

12.5 LAPORAN AJK PERALATAN

Ahli Jawatankuasa Peralatan :

1. Mohamad Farhan Adam bin Azhar


2. Dhaiful Ikram bin Kamaruzaman

Perancangan awal :

Membuat senarai peralatan yang diperlukan sepanjang program dilaksanakan.

Peringkat proses perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti :

Mengagihkan pembahagian tugas untuk membawa peralatan yang diperlukan kerana


semua peralatan merupakan barangan persendirian guru pelatih.

B. Semasa aktiviti :

Memastikan setiap peralatan cukup bilangannya semasa sampai ke tempat program


dijalankan dan semasa ingin pulang ke IPG supaya tiada sebarang kehilangan barang.

C. Selepas aktiviti :

Mengagihkan semula peralatan yang merupakan barangan kepunyaan guru pelatih.

Refleksi

Sebagai AJK Peralatan, kami telah menjalankan tugas dengan sebaik baik
dengan menyediakan peralatan yang cukup supaya tiada sebarang masalah yang
timbul semasa hari pelaksanaan program. Namun, semua itu tidak akan berlaku tanpa
kerjasama daripada semua pihak terutamanya bagi yang menyumbangkan barangan

Halaman | 25
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

kepunyaan untuk digunakan semasa hari pelaksanaan. Oleh itu jutaan terima kasih
kami ucapkan kepada mereka yang secara langsung atau tidak langsung yang
menolong kami sepanjang aktiviti di jalankan. Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

(MOHAMAD FARHAN ADAM BIN AZHAR)

AJK Peralatan,

Program Tautan Kasih IPG dan Rumah Damai.

Halaman | 26
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

12.6 LAPORAN AJK MAKANAN DAN SAJIAN

Ahli Jawatankuasa Makanan dan Sajian :

1. Nurazwann bin Ismail


2. Nur Asilah bt Mat Daud

Perancangan awal :

1. Membuat anggaran perbelanjaan untuk makanan dan minuman sepanjang


Program Tautan Kasih diadakan.

2. Membuat tempahan makanan untuk berbuka puasa.

3. Membuat pilihan menu bagi memastikan pihak pembekal tidak membekalkan


makanan yang sama dan tidak berkhasiat.

Peringkat proses perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti

Menyediakan 2 kotak buah kurma dan dibahagikan sesama peserta. Setiap peserta
juga dibekalkan dengan air mineral 500ml setiap seorang.

B. Semasa aktiviti

Para peserta berbuka puasa dengan buah kurma dan air mineral yang telah disediakan.
Selepas solat Maghrib secara berjemaah, kesemua peserta berbuka puasa di D’
Muara.

C. Selepas aktiviti

1. Memastikan semua peserta mendapat makanan dan minuman.

2. Memastikan sisa makanan dan sampah dibuang di tempat yang disediakan.

Halaman | 27
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

3. Bertanyakan komen peserta mengenai makanan yang telah disediakan.

Refleksi

Semua kerja-kerja dilakukan berjalan dengan lancar. Tiada masalah yang timbul
semasa program dijalankan. Kami telah berbincang dengan pihak pembekal mengenai
menu makanan. Pihak AJK Makanan telah membuat kaji selidik untuk menu berbuka
puasa. Hal ini kerana bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Makanan
yang disediakan untuk berbuka puasa telah mengikut masalah yang dihadapi oleh
peserta samada alergi atau sebagainya. Semua peserta lawatan berpuas hati dengan
makanan yang disediakan. Tiada rungutan yang diterima mengenai makanan.

Laporan disediakan oleh,

(NUR ASILAH BT. MAT DAUD)

AJK Makanan dan Sajian,

Program Tautan Kasih IPG dan Rumah Damai.

Halaman | 28
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

12.7 LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

Ahli Jawatankuasa Pengangkutan :

1. Muhamad Hafizi bin Saari


2. Mohammed Nor Syukri bin Saadan

Perancangan awal :

Berbincang bersama ajktertinggi untuk memastikan pengangkutan yang akan


digunakan sama ada menggunakan bas ipg ataupun kenderaan sendiri.

Peringkat proses perjalanan perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti :

Membuatkan tempahan bas IPG pada hari yang telah ditetapkan.

B. Semasa aktiviti :

Memastikan bas sampai pada masa yang telah dijanjikan.

C. Selepas aktiviti :

Memastikan bas sampai ke tempat pelaksanaan program pada masa yang telah
ditetapkan untuk membawa guru pelatih pulang ke IPG.

Refleksi

Kami sebagai AJK pengangkutan telah menjalankan tugas sebaik mungkin


dengan menempah bas dan memastikan pemandu bas mengikut jadual masa
penggunaan bas yang telah ditetapkan. Selama tempoh perjalanan program tersebut,
tiada masalah serius yang melibatkan pengangkutan selain daripada masalah

Halaman | 29
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

kesesakan lalulintas yang menyebabkan bas sedikit lambat datang daripada masa yang
telah ditetapkan. Namun begitu, semua itu adalah di luar kemampuan kami sebagai ajk
dan juga pemandu bas. Kesimpulannya, rata-rata guru pelatih berpuas hati dengan
perkhidmatan bas tersebut.

Laporan disediakan oleh,

(MUHAMAD HAFIZI BIN SAARI)

AJK Pengangkutan,

Program Tautan Kasih IPG dan Rumah Damai.

Halaman | 30
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

13.0 PENUTUP

Alhamdulillah, secara keseluruhannya program Bina Insan Guru pada semester


kali ini telah menjadi program yang amat bermakna bukan sahaja kepada guru pelatih
kita malah masyarakat terpilih yang bersama-bersama terlibat dalam menjayakan
program ini. Kesemua guru pelatih yang terlibat dapat memperolehi pelbagai
pengalaman dan nilai yang amat berguna untuk dijadikan bekalan seandainya mereka
layak ditauliahkan menjadi seorang guru dan pendidik anak bangsa. Ilmu yang
diperoleh daripda program ini harapnya dapat diterapkan dalam mendidik generasi
muda kita pada masa hadapan.

Program khidmat masyarakat ini harapnya dapat meningkatkan keyakinan diri


guru pelatih dalam berinteraksi bersama masyarakat khususnya masyarakat yang
memerlukan. Tugas sebagai seorang guru sememangnya memerlukan penglibatan
guru untuk berinteraksi bersama masyarakat sekeliling supaya hasil kerja yang
dilakukan menjadi lebih efektif. Pendedahan guru pelatih kepada masyarakat sekeliling
yang pelbagai semestinya mendidik mereka untuk menjadi lebih berkeyakinan dalam
berkomunikasi. Guru pelatih juga dapat memuhasabah diri kembali untuk bersyukur
dengan apa yang mereka ada, kerana terdapat lagi masyarakat yang masih
memerlukan.

Sokongan daripada pihak pengarah dan semua pensyarah amat dihargai dalam
menjayakan program ini sehingga segalanya dapat berjalan dengan lancar dan
seterusnya dapat mencapai objektif utama program ini. Semoga usaha murni ini
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Semoga segala ilmu yang diperoleh
daripada Program Tautan Kasih ini juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya nanti dengan
izin-Nya.

Halaman | 31
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-


Nya, akhirnya kami dapat menyiapkan laporan penuh sebelum, semasa dan selepas
Program Bina Insan Guru (BIG) yang dinamakan Program tautan Kasih antara IPG dan
Rumah Damai. Program tersebut adalah anjuran unit TESL1 PISMP Semester 2/2012
dan diadakan pada 9 Ogos 2012 bertempat di Rumah Damai. Program ini bertujuan
untuk memenuhi Sukatan Pelajaran Pendidikan Bina Insan Guru (BIG) disediakan
untuk memenuhi keperluan Latihan Pergurun Pra Perkhidmatan.

Setulus ikhlas dan sekalung apresiasi ditujukan khas buat pensyarah


pembimbing kami iaitu Encik Dzaki b. Suda kerana telah banyak membantu kami sejak
permulaan perancangan program tersebut sehinggalah selesai semuanya tanpa
sebarang kesulitan dan masalah yang berlarutan. Disamping itu juga, sifat beliau yang
tidak pernah lekang dalam menyumbang idea yang bernas serta mantap bagi
melancarkan gerak kerja kami sehinggalah berjayanya program kajian lapangan pada
kali ini. Kami juga berbesar hati kerana tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah
pembimbing kami telah mengajar kami cara pengurusan sesuatu aktiviti program
dengan cekap dan teratur.

Ucapan penghargaan juga kepada kesemua sahabat-sahabat seunit yang


banyak memberikan kerjasama, sokongan dan dorongan dalam merealisasikan objektif
yang ingin dicapai dalam program ini dengan begitu efektif sekali. Tanpa kerjasama
daripada setiap pihak, program ini tidak mungkin dapat dijalankan dengan jayanya.
Setiap ahli unit TESL1 ternyata mampu bergerak seiring apabila bersama-sama
melakukan tugas demi memastikan objektif program ini tercapai.

Diharapkan dengan adanya program yang berunsurkan kemasyarakatan ini


dapat mendedahkan dan membantu kami semua untuk menyesuaikan diri dengan
sistem kemasyarakatan di luar. Ia juga dapat melatih diri masing-masing dalam
mengaplikasikan interaksi sosial yang baik sebagai bakal guru kelak agar produk yang
dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali dapat mencapai tahap
kredibiliti yang sebenar.

Halaman | 32
PROGRAM TAUTAN KASIH IPG DAN RUMAH DAMAI

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

(ASMAWIYAH BINTI MOHAMED ZULKIFLI)

Setiausaha 2,

Program Tautan Kasih antara IPG dan Rumah Damai,

TESL1 Semester 2 PISMP,

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,

Kuala Terengganu,

Terengganu.

Halaman | 33

Anda mungkin juga menyukai