Anda di halaman 1dari 35

KERASULAN NABI MUHAMMAD

SAW

RAIHAN, HAMIDAH, MAISARAH


PERLANTIKAN NABI
SEBAGAI RASUL
KHALWAH RASULULLAH
SAW
• Khalwah bermaksud berserah diri iaitu berserah diri dalam ketaatan kepada
Allah .

• Baginda memilih gua hira sebagai tempat khalwah

• Ketika Khadijah mengirim orang untuk melihat baginda, mereka mendapati


baginda sedang berzikir dan bersembahyang

• Di sanalah wahyu pertama turun daripada malaikat Jibril kepada baginda untuk
memperkenalkan kitab al quran
PENERIMAAN WAHYU YANG PERTAMA
• Peristiwa wahyu pertama berlaku di gua hira’ yang terletak di puncak jabal an nur 4 km
daripada masjidil haram

• Tujuan yang sebenarnya Rasulullah ke gua hira adalah untuk beribadah

• Hal ini kerna pada masa itu masjidil haram dipenuhi dengan berhala dan kesesatan.

• Wahyu pertama berlaku pada 17 Ramadhan pada ketika itu Rasulullah berumur 40 tahun

• Jibril turun bertemu baginda dengan menyerupai manusia

• Jibril mengajar nabi membaca dan memeluk baginda

• Selepas 3 kali Jibril menyuruh nabi, Jibril mengajar surah al alaq ayat 1--5
• Selepas itu, nabi bergegas pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan

• Isterinya Khadijah memujuk baginda dan menyelimuti baginda

• Nabi menceritakan semuanya dan Khadijah mengajak nabi berjumpa dengan


sepupunya

• Sepupunya Bernama waraqah bin Naufal seorang pendeta Nasrani

• Warqah berkata nabi anak menjadi pengutus Allah kelak

• Maka bermulalah perlantikan baginda sebagai rasul


KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW
DAKWAH RASULULLAH SAW SECARA RAHSIA
DAKWAH SECARA RAHSIA :

• Kegiatan dakwah Rasulullah SAW secara rahsia telah dilakukan oleh


baginda semasa baginda di Mekah.
• Tujuan baginda melaksanakan kegiatan dakwah secara rahsia adalah
untuk menghindarkan berlakunya ancaman daripada kaum musyrik
yang mampu menjejaskan dakwah Islam.
• Golongan-golongan yang menerima dakwah Rasulullah SAW pada
masa ini adalah dalam kalangan kaum kerabat, ahli keluarga, dan
beberapa orang daripada kalangan sahabat baginda.
GOLONGAN AWAL MENERIMA ISLAM:

• Setelah baginda Rasulullah SAW menerima perintah dakwah,


baginda bermula dengan menyampaikannya kepada orang terdekat
dahulu.
• Saidatina Khadijah Binti Khuwailid ialah orang pertama menerima
dakwah Rasulullah SAW.
• Kemudian, sepupu baginda pula menerima dakwah Islam iaitu
Saidina Ali Bin Abi Thalib.
• Seterusnya, Saidina Abu Bakar dan juga sahabat-sahabat karib
baginda.
GOLONGAN AWAL MENERIMA ISLAM :

• Baginda juga meneruskan dakwah kepada para sahabat terdekat yang


lain daripada pelbagai latar belakang.
• Antaranya ialah Saidina Uthman Bin Affan dari golongan
bangsawan Arab, Abdul Rahman Bin Auf dari golongan pedagang
Arab, Yasir, Sumaiyah dan Bilal Bin Rabah dari golongan hamba.
• Mereka adalah orang-orang yang berpengaruh dalam golongan
mereka masing-masing.
PERANAN RUMAH AL-ARQAM :

• Nadi pergerakan dakwah ini dimulakan dengan baginda menghimpunkan para sahabat
di suatu tempat rahsia iaitu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Dalam perjumpaan
demi perjumpaan bersama para sahabat ini, baginda memfokuskan kepada
mengenalkan “Islam” kepada mereka.
• Rasulullah SAW mengadakan perjumpaan secara sembunyi-sembunyi dengan para
sahabatnya di rumah Al-Arqam.
• Sebab rumah Al-Arqam dipilih menjadi pusat dakwah kerana Al-Arqam adalah
sahabat yang tidak diketahui keislamannya oleh orang Quraisy.
• Oleh itu, rumah beliau dijadikan sebagai markas untuk menimba ilmu dari Rasulullah
SAW.
• Rumah tersebut terletak di bukit Safa dan bahagian belakang rumahnya boleh
dimasuki tanpa dilihat oleh orang lain.
TOKOH-TOKOH YANG MASUK ISLAM PADA
ERA INI :

• Khadijah Binti Khuwailid


• Ali Bin Abi Thalib
• Zaid Bin Harithah
• Abu Bakar Bin Abi Qufahah
• Uthman Bin Affan
• Zubair Bin Awwam
• Abdul Rahman Bin Auf
• Abi Waqqash
KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW

DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN


DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN :

• Allah SWT memerintahkan baginda Rasulullah SAW di dalam Surah


Al-Hijr agar baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan kepada
masyarakat Mekah pada masa itu.
“ Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang orang yang
musyrik.”(Al-Hijr:94)
“ Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan
rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutmu iaitu
orang-orang yang beriman.”( Asy-Syu’ara 214-215).
DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN :

• Pada mulanya, Nabi Muhammad SAW tidak berani untuk menyebarkan


Islam secara terang-terangan.
• Abu Lahab merupakan antara orang yang menentang Rasulullah SAW dan
tidak bersetuju dengan cadangan Rasulullah SAW untuk dakwah secara
terang-terangan.
• Namun, Abu Thalib tetap menyokong perbuatan baginda dan memberi
perlindungan kepada Nabi Muhammad SAW semasa baginda berdakwah.
SERUAN DI BUKIT SAFA :

• Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW berdiri di atas bukit Safa untuk mengumpulkan Bani Fihr
dan Bani Adi.
• Kaum Quraisy terus berkumpul dan yang tidak dapat hadir menghantar wakil untuk mendengar
berita yang ingin disampaikan oleh baginda. Abu Lahab dan pembesar kaum Quraisy juga hadir.
• Lalu, baginda bertanya, “bagaimana jika aku khabarkan kepada kamu bahawa ada sepasukan
berkuda disebalik bukit ini yang hendak menyerang kamu, adakah kamu percaya kepadaku?”
• Lantas mereka menjawab, “ya,kami akan percaya”. Kemudian baginda menjelaskan,” Ketahuilah
kamu bahawa aku adalah seorang pemberi peringatan kepada kamu tentang akan datangnya seksa
oleh Allah SWT.
• Abu Lahab marah dan berkata dan berkata, “ Sungguh celaka kamu sepanjang hari ini, hanya untuk
inikah kamu memanggil kami. Lalu, pada ketika itu turunlah firman Allah SWT daripada surah
Al-Masad ayat 1.
PERJALANAN DAKWAH RASULULLAH SAW :

• Rasulullah SAW keluar berdakwah ke tengah masyarakat Quraisy untuk


mengajak mereka memeluk Islam setiap hari.
• Dakwah Rasulullah SAW hanya diterima oleh orang-orang yang bersih
hatinya, orang-orang yang sudah muak dengan tatacara kehidupan orang
jahiliah yang buruk dan golongan lemah.
• Perkembangan dan perluasan agama Islam yang semakin baik
membimbangkan kaum Quraisy kerana takut agama nenek moyang mereka
semakin lama semakin terancam dengan kehadiran agama Islam.
PENENTANGAN KAUM MUSYRIKIN :

• Terdapat pelbagai penentangan yang dilakukan oleh kaum Musyrikin terhadap dakwah
Nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah :

Nabi dituduh sebagai tukang sihir, tukang syair, orang gila dan sebagainya.
Usaha tawar menawar yang cuba diajukan oleh orang Quraisy untuk mempertemukan
Islam dengan Jahiliah pada suatu jalan tengah.
Mencaci Nabi ketika baginda sedang bertawaf.
Menarik selendang Nabi dengan kuat sehingga baginda tercekik.
Nabi Muhammad dicaci oleh setiap orang yang berjumpa dengannya termasuklah
kanak-kanak.
SEKSAAN TERHADAP KAUM MUSLIMIN :

• Bilal Bin Rabah sering diseksa oleh tuannya iaitu Umayah Bin Khalaf
dengan mengheret Bilal di keliling kota dan diseksa di bawah panas matahari
terik serta diletakkan batu besar di atas dada Bilal.
• Keluarga Yasir juga diseksa oleh Bani Mahzum.
• Uthman Bin Madh’um iaitu saudara susuan Nabi yang melindungi dirinya
pada salah seorang pemuka musyrik Quraisy Bernama Walid Bin Mughirah.
(Diseksa sehingga mata rosak).
PENGHIJRAHAN KE HABSYAH PERTAMA :

• Hijrah ke Habsyah dilakukan kerana seksaan yang semakin teruk dan zalim terhadap kaum
Muslimin.
• Rasulullah SAW tidak mampu memberikan perlindungan kepada mereka dan Mekah menjadi
tempat yang tidak selamat untuk umat Islam.
• Kaum muslimin terpaksa berhijrah ke Habsyah pada bulan Rejab tahun kelima kenabian baginda
Rasulullah SAW.
• Rasulullah SAW menyuruh kaum muslimin berhijrah kerana di Habsyah terdapat seorang Raja
Habsyah yang adil dalam pemerintahan dan tidak ada seorang pun yang dizalimi di wilayahnya.
• Seramai 10 orang lelaki dan 5 orang wanita dan pemimpin perjalanan mereka adalah Uthman Bin
Affan serta Sayyidah Ruqaiyah iaitu anak Rasulullah SAW.
• Mereka bergerak secara senyap pada waktu malam menuju ke laut dan menumpang kapal dagang
yang kebetulan ke Habsyah.
• Hijrah ini berlaku pada 615 masihi bersamaan dengan tahun kelima kerasulan baginda.
PENGHIJRAHAN KE HABSYAH KEDUA :

• Sebelum hijrah ini berlaku, keluarga Rasulullah SAW telah dipulaukan oleh kaum Musyrikin Mekah.
• Aktiviti jual beli tidak dapat dilaksanakan, perkahwinan serta bekalan makanan dan barang keperluan disekat.
• Lalu, baginda Rasulullah SAW sekali lagi memerintahkan untuk berhijrah ke Habsyah pada tahun 617 Masihi dan
disertai oleh 73 lelaki dan 11 wanita. Ia diketuai oleh Jaafar Bin Abi Thalib iaitu sepupu baginda.
• Semasa hijrah itu dilakukan, Raja Habsyah iaitu Raja Najasyi menyambut baik kedatangan orang Islam. Beliau
menolak untuk memulangkan orang Islam ke Mekah setelah mendengar penjelasan daripada Jaafar Bin Abi Thalib.
• Di sana, orang Islam diberi kebebasan untuk beribadah dan diberi perlindungan.
• Melalui Jaafar Bin Abi Thalib juga, Raja Najasyi telah memeluk Islam. Keislamannya menyebabkan penyebaran
dakwah Islam semakin meluas di Habsyah.
• Antara sebab penghijrahan ke Habsyah kali kedua berlaku adalah kerana tahap penindasan dan penyiksaan terhadap
orang Islam semakin hebat.
SUMBER RUJUKAN

● Tahun 3: Sirah (Peristiwa Hijrah Rasulullah 1 (ke Habsyah) by Mastura


Rosnaini (prezi.com)
● Dakwah nabi (slideshare.net)
● Dakwah secara rahsia – Abu Ammar Al-Mahmudi
● Awal Dakwah Nabi Di Rumah Al-Arqam | Rumah Tarbiyah | Mudahnya
Belajar Islam
● Dakwah secara terang (hanin, anis) (slideshare.net)
Pra-hijrah

-tahun dukacita
-dakwah ke taif
-perjanjian aqabah 1 dan 2
TAHUN
DUKACITA
TAHUN DUKACITA
-Dalam sejarah Islam dan sirah nabawiyah, Tahun Kesedihan atau Tahun Dukacita (Bahasa Arab: ‫ ‘ ;ﻋﺎم اﻟﺤﺰن‬Aam
al-Huzn) ialah gelaran suatu tahun dalam takwim Islam yang bertepatan dengan tahun ke-10 kenabian, dan 619[1] atau
620[2] M.

- Ia dinamakan sedemikian kerana kedua-dua Abu Talib dan Khadijah binti Khuwailid—bapa saudara dan isteri pertama
Muhammad—meninggal dunia pada tahun itu.

KEMATIAN
TAHUN KEMATIAN
SAYYIDATINA
KESEDIHAN ABU TALIB
KHADIJAH
KEMATIAN ABU TALIB

01 02 WALAUPUN DIA
MELINDUNGI
MERUPAKAN BAPA SAUDARA NABI
SAW, DAN PEMIMPIN SUKU BANI MUHAMMAD, ABU TALIB
HASHIM. DIA MEMBESARKAN DAN SENDIRI TIDAK
MELINDUNGI NABI MUHAMMAD SAW MEMELUK ISLAM

03
DIKATAKAN BAHAWA
KEMATIANNYA PADA
BULAN RAMADHAN,
04 MENINGGAL DUNIA
KERANA JATUH SAKIT
IAITU 3 HARI SEBELUM
KEWAFATAN
SAYIDATINA KHADIJAH
R.A
KEMATIAN KHADIJAH BINTI
KHUWAILID

-KHADIJAH BINTI KHUWAILID ADALAH ISTERI PERTAMA MUHAMMAD

-SELEPAS KEMATIAN ABU TALIB KIRA-KIRA 2 BULAN ATAU 3 HARI, SAYIDATINA


KHADIJAH MENINGGAL DUNIA PADA RAMADHAN TAHUN KE-10 KENABIAN IAITU
619 MASIHI, 3 TAHUN SEBELUM HIJ

-BELIAU WAFAT KETIKA BERUSIA 65 TAHUN DAN RASULULLAH BERUSIA 50


TAHUN

-DINAMAKAN TAHUN KESEPULUH KENABIAN INI DENGAN TAHUN DUKACITA


KERANA KESEDIHAN YANG DITINGGALKAN OLEH ISTERI BAGINDA YANG SUDAH
BERIMAN DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEJAYAAN DAKWAH.
DAKWAH
KE TAIF
- SELEPAS PENDUDUK MEKAH MENENTANG RASULULLAH, BAGINDA MULA RISAU
TERHADAP KESELAMATAN PENGKUTNYA DAN MULA MENCARI TEMPAT BAHARU
DI LUAR KOTA MEKAH

- BAGINDA MEMILIH TAIF YANG TERLETAK KIRA-KIRA 135 KILOMETER KE ARAH


TENGGARA MEKAH

- BAGINDA BERHARAP PARA PEMBESAR DARIPADA BANI THAQIF AKAN


MENERIMA BAGINDA DENGAN BAIK. BANI THAQIF MEMPUNYAI HUBUNGAN BAIK
DENGAN BANI HASHIM.

- BAGINDA BERTOLAK DENGAN PEMBANTUNYA, ZAID BIN HARITHAH.


PERJALANAN MENGAMBIL MASA SELAMA 10 HARI.

- APABILA SAMPAI, MEREKA PERGI MENEMUI PARA PEMBESAR DAERAH ITU.


NAMUN, PARA PEMBESAR MENGHALAU MEREKA SAMBIL MENGHINA DAN
MENCERCA BAGINDA SAW.
- RASULULLAH SABAR DAN TENANG MENERIMA CACIAN MEREKA DAN BAGINDA
TETAP MENYERU PENDUDUK TAIF AGAR MEMELUK ISLAM.

- SETELAH ITU PARA PEMBESAR MENYURUH PENDUDUK TAIF MENGEJEK BAGINDA.


PENDUDUK TAIF MEMBALING KAYU DAN BATU. ZAID MELINDUNGI RASULULLAH
DENGAN MENYURUH BAGINDA BERLINDUNG DIBELAKANGNYA.

- RASULULLAH DAN ZAID KELUAR DARI TAIF DALAM KEADAAN CEDERA DAN LETIH.
BAGINDA KESAL AKAN SIKAP PENDUDUK TAIF.

- SELAMA SEPULUH HARI BAGINDA BERDAKWAH, NAMUN MEREKA MASIH ENGGAN


MEMELUK ISLAM.

- RASULULLAH BERDOA DAN MENGADU KEPADA ALLAH TENTANG PENGHINAAN


MEREKA. MALAIKAT JIBRILMENDENGAR DOA ITU LALU MEMINTA KEBENARAN
UNTUK MENURUNKAN BALA KEPADA PENDUDUK TAIF. NAMUN BAGINDA TIDAK
MEMBENARKANNYA.

- SEBALIKNYA BAGINDA MEMOHON AGAR ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT DAN


HIDAYAH KEPADA GOLONGAN YANG TELAH MENGHINA DAN MENCACI MEREKA.
PERJANJIAN
AQABAH 1 & 2
APAKAH DIA PERJANJIAN
AQABAH

-PERJANJIAN TAAT SETIA (BAIAH) ANTARA RASULULLAH SAW


DAN BEBERAPA ORANG PENDUDUK MADINAH

-BERTUJUAN UNTUK MENUNJUKKAN KESETIAAN KEPADA


RASULULLAH SAW DAN AGAMA ISLAM

-BERLAKU DI SEBUAH BUKIT BERNAMA AQABAH

-DIBUAT SEBANYAK DUA KALI

-PERJANJIAN AQABAH PERTAMA BERLAKU PADA TAHUN KE-12


KENABIAN (621 MASIHI)

PERJANJIAN AQABAH KEDUA BERLAKU PADA TAHUN KE-13


KENABIAN (622 MASIHI)
ISI PERJANJIAN AQABAH PERTAMA KESAN PERJANJIAN AQABAH PERTAMA

- TIDAK MENSYIRIKKAN ALLAH - ORANG ISLAM MADINAH MESTI


MENINGGALKAN PENYEMBAHAN BERHALA
- TIDAK MENCURI
- APABILA MEREKA KEMBALI KE MADINAH,
- TIDAK BERZINA MUSA’B BIN UMAIR PERGI BERSAMA-SAMA
MEREKA.
- TIDAK MEMBUNUH ANAK PEREMPUAN
- MUSA’B BIN UMAIR DITUGASKAN UNTUK
- TIDAK MELAKUKAN FITNAH MENGAJAR TENTANG AGAMA ISLAM DI
MADINAH
- SETIA KEPADA RASULULLAH SAW
- -AGAMA ISLAM MULA BERKEMBANG DI
MADINAH
PERJANJIAN AQABAH KEDUA KESAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA

- MENTAATI RASULULLAH
- - ORANG-ORANG ISLAM MADINAH MESTI
- MEMBELANJAKAN HARTA KE JALAN ALLAH BERJUANG MEMPERTAHANKAN RASULLLAH
SAW DAN AGAMA ISLAM DENGAN NYAWA
- MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN DAN HARTA BENDA MEREKA
MENCEGAH KEMUNGKARAN
- MERUPAKAN SALAH SATU SEBAB
- TABAH MENGHADAPI CELAAN ORANG KAFIR BERLAKUNYA PERISTIWA HIJRAH KE
MADINAH.
- MELINDUNGI RASULULLAH SAW
RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Kesedihan

https://www.slideshare.net/hudhud321/pra-hijrah-nuraisy
ah-najlaa

http://sirahnabi-nabi.blogspot.com/2018/12/dakwah-ras
ulullah-ke-taif.html

Buku teks Pendidikan Islam tahun 4; mukasurat 138-141 “JANJI SETIA


PENDUDUK YATHRIB”.

Anda mungkin juga menyukai