Anda di halaman 1dari 112

PENGENALAN

SOLAT
TAJUK:
SOLAT,
KAFIAT DAN
FADHILAT
Apa itu solat
Solat Fardhu : Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan
sesuatu kebaikan. Dari segi syarak‘, bermaksud perkataan-perkataan dan
perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan diakhiri
dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Solat fardu ialah solat yang
wajib dilaksanakan iaitu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Solat terbahagi kepada solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu diwajibkan ke atas orang
islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu.
Sekiranya seseorang terrtinggal solat fardhu, maka wajib baginya untuk
mengulangkannya dengan niat qada.
Wakt
u sol
at
Solat Zohor: Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan
berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya
dengan benda itu.
Solat Asar: Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika
bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir
setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib: Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan
berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak: Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai
terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh: Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai
terbitnya matahari.
Bilangan rakaat solat:

• Solat subuh 2 rakaat


• Solat zohor 4 rakaat
• Solat asar 4 rkaat
• Solat maghrib 3 rakaat
• Solat isyak 4 rakaat
Dalil tentang solat

َ‫( اﻟﱠﺬِﯾﻦَ ﯾَﻈُﻨﱡﻮن‬٤٥) َ‫ﺼ ْﺒ ِﺮ وَاﻟﺼﱠﻼ ِة َوإِﻧﱠﮭَﺎ ﻟَ َﻜﺒِﯿ َﺮةٌ إِﻻ َﻋﻠَﻰ ا ْﻟﺨَﺎﺷِ ﻌِﯿﻦ‬
‫وَا ْﺳﺘَﻌِﯿﻨُﻮا ﺑِﺎﻟ ﱠ‬
(٤٦) َ‫أَﻧﱠﮭُ ْﻢ ﻣُﻼﻗُﻮ َرﺑﱢ ِﮭ ْﻢ َوأَﻧﱠﮭُ ْﻢ إِﻟَ ْﯿ ِﮫ رَاﺟِ ﻌُﻮن‬

Surah Al-Baqarah ayat 45-46, tafsirnya:


Dan mintalah pertolongan kepada Allah Subhanahu Wataala atas segala
pekerjaan kamu itu dengan membanyakkan sabar dan melakukan
sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu sangat berat
mengerjakannya melainkan bagi orang-orang yang khusyuk. Iaitu mereka
yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa
mereka akan kembali kepadaNya.
Hadis tentang solat ِ‫ﻋَﻦْ أَﺑِﻲ َﻋ ْﺒ ِﺪ اﻟﺮﱠﺣْ ﻤَﻦِ َﻋ ْﺒ ِﺪ اﻟﻠ ِﮫ ﺑْﻦِ ُﻋ َﻤ َﺮ ﺑْﻦ‬
ُ‫ َﺳ ِﻤﻌْﺖ‬: ‫ب رَﺿِ َﻲ اﻟﻠﮫُ َﻋ ْﻨﮭُﻤَﺎ ﻗَﺎ َل‬ ِ ‫ا ْﻟ َﺨﻄﱠﺎ‬
‫ ﺑُﻨِ َﻲ‬: ‫ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﮫُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﯾَﻘُﻮْ ُل‬
َ ‫َرﺳُﻮْ َل اﻟﻠ ِﮫ‬
Sabda Nabi saw: َ‫ َﺷﮭَﺎ َدةُ أَنْ ﻻَ إِﻟَﮫ‬: ‫ﺲ‬ ٍ ‫اْﻹِ ْﺳﻼَ ُم َﻋﻠَﻰ َﺧ ْﻤ‬
ِ‫إ‬
‫ﺻَ ﻠﱡوا َﻛﻣَﺎ رَ أَ ْﯾ ُﺗﻣُوﻧِﻲ أ ُﺻَ ﻠﱢﻲ‬ ‫ ]رواه اﻟﺘﺮﻣﺬي وﻣﺴﻠﻢ [ﻟ‬. َ‫ﺖ َوﺻَﻮْ ُم َر َﻣﻀَﺎن‬ ِ ‫ﺣَﺞﱡ ا ْﻟﺒَ ْﯿ‬
Solatlah kalian sebagaimana
kalian melihat aku solat “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku
bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya
disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku
bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya;
mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan
haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR
BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR)
Bentuk-bentuk
solat fardhu

• Solat bersendirian
• Solat berjemaah
SOLAT
BERJEMAAH
Sebahagian ulama mengatakan hukum solat berjemaah ialah
fardhu ain manakala sebahagian yang lain pula mengatakan
sunat muakkad. Di samping itu, ada sesetengahnya pula
berpendapat solat berjemaah adalah fardu kifayah dan inilah
pendapat imam asy-Syafi'i serta para ulama mazhabnya.
Sabda Nabi SAW:

ً‫ْﻀ ٗﻞ ﺻ ََﻼةَ ا ْﻟﻔَ ﱢﺬ ﺑِ َﺴ ْﺒ ٍﻊ َو ِﻋ ْﺸ ِﺮﯾْﻦَ َد َر َﺟﺔ‬


ٗ ‫ﺻﻼَةٗ ا ْﻟ َﺠﻤَﺎ َﻋ ِﺔ ﺗَﻔ‬
َ

Maksudnya : "Solat berjemaah itu lebih afdal (bagus) daripada solat


berseorangan dengan kadar 27 darjat (pangkat)".
SOLAT BERJEMAAH
• Sekurang-kurangnya solat berjemaah ialah seorang imam dan seorang
makmum

• Solat beramai-ramai adalah lebih baik dan afdal daripada solat dengan jemaah
yang sedikit.

Hadis daripada Rasulullah yang bermaksud : Daripada Ubay bin Ka'ab katanya,
telah bersabda Rasulullah SAW :
"Solat seorang lelaki berserta seorang lelaki adalah
lebih baik daripada ia solat seorang diri dan seorang lelaki berserta dua orang
lelaki lebih banyak ganjarannya daripada ia solat bersama-sama dengan
seorang lelaki sahaja. Manakala lebih banyak jemaah, lebih dikasihi oleh Allah
• Masih medapat pahala berjemaah bila makmum dapat mengikut imam sebelum imam memberi
salam.Akan tetapi makmum yang mengikuti dari mula-mula mendapat ganjaran lebih banyak daripada
makmum yang mengikut kemudian.

• Imam hendaklah meringkaskan solat kecuali kalau makmumnya hanya terdiri daripada golongan yang
sedikit bilangannya dan mereka redha jika imam memanjangkan solat.

Terdapat sebuah hadis al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Nabi SAW :

َ ‫ َوإِذَا‬.َ‫ﻀ ِﻌﯿْﻒَ وَاﻟ ﱠﺴﻘِ ْﯿ َﻢ وَا ْﻟ َﻜﺒِ ْﯿﺮ‬


‫ﺻﻠﱠﻰ أَ َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ ﻟِﻨَﻔْﺴِ ﮫِ؛ ﻓَ ْﻠﯿُﻄَﻮﱢلْ ﻣَﺎ ﺷَﺎ َء‬ ‫ ﻓَﺈِنﱠ ِﻣ ْﻨﮭُ ُﻢ اﻟ ﱠ‬. ْ‫ﺻﻠﱠﻰ أَ َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ ﻟِﻠﻨﱠﺎسِ؛ ﻓَ ْﻠﯿُ َﺨﻔﱢﻒ‬
َ ‫إِذَا‬.
Maksudnya: "Apabila seseorang dalam kalangan kamu menjadi imam kepada sekumpulan manusia,
maka ringankanlah solatnya. Sesungguhnya dalam kalangan mereka ada yang lemah, sakit dan tua.
Apabila salah seorang dalam kalangan kamu perlu solat bersendirian, maka panjangkanlah selagi
mana dia kehendaki."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Imam Al-Ghazali rahimahullah dalam kitabnya Ihya' Ulum al-Din menyebutkan perkara-perkara
menjadi imam dan makmum termasuk tugas-tugas imam sebelum solat dan ketika solat.

TUGAS IMAM SEBELUM SOLAT

• Dilarang seseorang menjadi imam jika di belakangnya ada orang yang lebih pandai dan
utama kecuali orang berkenaan itu menolak. Jika berlaku demikian, maka bolehlah dia maju
menjadi imam dan (dengan syarat) dia mengetahui syarat-syarat imam ada pada dirinya, ketika
itu makruh menolaknya.

• Hendaklah imam menjaga waktu-waktu solat dan solat pada awal waktu bagi mendapatkan
keredhaan Allah SWT kerana kelebihan solat pada awal waktu seperti kelebihan Akhirat ke
atas dunia.
KEUZURAN BERJEMAAH
Solat berjemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali ada keuzuran sebagaimana hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Majah daripada Rasulullah SAW :

‫ﻣَﻦْ َﺳ ِﻤ َﻊ اﻟﻨﱢﺪَا َء ﻓَﻠَ ْﻢ ﯾَﺄْﺗِﮫِ؛ ﻓ ََﻼ ﺻ ََﻼةَ ﻟَﮫٗ إ ﱠِﻻ ﻣِﻦْ ُﻋ ْﺬ ٍر‬.
Maksudnya : "Sesiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak hadir ke arahnya (untuk mendirikan solat) maka tidaklah

ANTARA KEUZURAN SOLAT


sempurna solatnya kecuali BERJEMAAH
disebabkan keuzuran."

• Cuaca terlampau sejuk.


• Hujan lebat.
• Terpaksa buang air.
• Lapar ataupun dahaga.
• Takut pemiutang meminta hutang kepadanya di tengah jalan sedangkan ia benar-benar
tidak mampu.
• Takut kepada orang zalim.
• Siap sedia untuk bermusafir takut kalau-kalau terlewat atau ditinggalkan oleh
SUSUNAN IMAM DAN MAKMUM
1 Apabila seorang imam bersolat dengan seorang makmum
maka caranya ialah makmum itu berada di belakang imam
di sebelah kanan.
Apabila datang seseorang yang lain, maka hendaklah ia berada di sebelah kiri
2 imam. Setelah itu hendaklah imam ke hadapan dan kedua-duanya makmum
merapatkan saf semula. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, makmum
yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian makmum yang
pertama mundur ke belakang untuk menyamakan saf.
3 Kanak-kanak lelaki yang belum baligh apabila
bersolat dengan imam sedangkan dia seorang sahaja,
maka samalah ia seperti orang dewasa.
4 Apabila terdapat seorang makmum lelaki dan seorang
perempuan, makmum lelaki berada di bahagian kanan dan
belakang sedikit daripada imam. Manakala makmum
perempuan berada di belakang imam.
5 Apabila seorang imam lelaki dan seorang
makmumnya perempuan , maka perempuan itu
hendaklah berdiri di belakang imam.
MAKRUH
SYARAT SAH MENJADI IMAM

• Imam itu hendaklah qari'


• Memiliki lidah yang fasih
• Janganlah imam itu sedang mengikut imam yang lain
• Baligh
• Berakal
• Lelaki
• Imam hendaklah lebih berilmu daripada makmum.
• Sihat tubuh badan
SYARAT SAH MENGIKUT IMAM

• Berdiri di belakang imam


• Makmum hendaklah mengetahui perpindahan imam
• Mengikuti imam dalam segala perbuatannya
• Hendaklah jarak antara imam dengan makmum tidak
melebihi 300 hasta (135 meter)
• Berada di tempat yang sama.
• Hendaklah solat imam itu sah
SUSUNAN SAF
IMAM

LELAKI DEWASA

KANAK-KANAK LELAKI

KHUNSA

KANAK-KANAK PEREMPUAN

PEREMPUAN DEWASA
MEMBERHENTIKAN SOLAT

Harus bagi orang yang solat fardhu dan juga sunat


memberhentikan solat sekiranya :

• Untuk mencegah daripada berlaku jenayah.


• Untuk mencegah binatang buas daripada menangkap
ternakan.
• Bagi bidan yang sangat diperlukan.
MASBUK &
MUAFIK
MASBUK

MAKNA MASBUK

Masbuk ialah makmum yang ketinggalan, iaitu


makmum yang tidak mendapat masa yang cukup
untuk membaca al-Fatihah bersama imam.
• Ini disebabkan semasa dia masuk berjemaah, imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan
rukuk. Orang yang berkeadaan begini sekiranya dia didapati imam sedang rukuk, maka
hendaklah dia terus bertakbir serta niat dan setelah berdiri sebentar (lamanya dalam kadar
bacaan Subhanallah), teruskanlah rukuk bersama imam.

• Sekiranya dapat berhenti bersama imam semasa rukuk, maka itu dikira satu rakaat walaupun
tidak membaca al-Fatihah kerana orang yang masbuk al-Fatihahnya ditanggung oleh imam.

• Sekiranya dia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang singkat, maka
hendaklah dia membaca al-Fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut
imam dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama dalam rukuk itu.
MUAFIK

MAKNA MUAFIK

Muafik ialah makmum yang mempunyai masa


yang cukup bersama imam untuk membaca
al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.
• Jika dia (muafik) masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk,
maka hendaklah dia menghabiskan al-Fatihah itu sehingga imam selesai sujud dan
bangun daripada sujud yang kedua.

• Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah pun bangun berdiri
ataupun duduk tahiyat akhir, maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah
dengan niat mufaraqah (berpisah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat itu
tidak diambil kira. Jika tidak berbuat salah satu antara kedua-dua hal tersebut, maka
batallah solatnya.
RAHSIA SOLAT BERJEMAAH

• Melatih orang ramai supaya sentiasa mematuhi ketua-ketua kerana para


makmum wajib mematuhi imam mereka.
• Membiasakan dan melatih kaum muslimin supaya hidup berdisiplin.
• Menimbulkan perasaan sama rata atau persamaan antara umat
manusia.
• Membuka peluang untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain di
sesuatu tempat.
SOLAT
JAMAK &
QASAR
PENGENALAN

Solat jamak merupakan rukhsoh bagi orang yang

musafir iaitu dengan cara menghimpunkan atau

mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu

menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib

dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada

dalam waktu yang pertama atau yang kedua.

Creative Writing 101 Presentation


• Jamak terbahagi kepada 2 :

1.TAQDIM 2.TAKKHIR

• Manakala menqasarkan solat pula ialah melaksanakan solat

yang bilangannya empat rakaat, dilaksanakan sebanyak 2

rakaat.

Creative Writing 101 Presentation


SYARAT SOLAT JAMAK DAN QASAR
1-Tujuan musafir bukannya maksiat.
2-Jarak melebihi dua marhalah.
3-Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja,
dan dilaksanakan secara tunai.
4-Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
5-Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
6-Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu.
7-Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
8-Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
SYARAT SOLAT JAMAK TAKDIM

• Didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib.


• Diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu
itu dalam sembahyang sebelum salam.
• Muwalat
• Hendaklah berkekalan musafirnya semasa melakukan solat.

Creative Writing 101 Presentation


SYARAT SOLAT JAMAK TAKKHR
• Berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama
• Berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan
sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya
yang pertama itu jadi solat qada’

Creative Writing 101 Presentation


TEMPOH DAN JARAK MUSAFIR
YANG MEMBAWA KEPADA
RUKHSOH SOLAT
• Tidak ada nas yang jelas lagi khusus dalam penetapan jarak dan

tempoh musafir.

• Jarak 2 marhalah = Berjalan kaki atau berjalan dengan unta

bersama bebanan 2 hari = 4 burud = 16 farsakh = 48 Batu

Hasyimiyyah = 80,81,84,85,89,90 KM

• Dalam penetapan tempoh pula ulama khilaf pada tempohnya

iaitu: 3, 15, 20 hari dan tiada had tempoh jika tidak diniatkan

Creative Writing 101 Presentation bermukim tetap


SOLAT-SOLAT
SUNAT
PENGENALAN SOLAT SUNAT
Solat-solat sunat juga dikenali dengan solat-solat nawafil. Ia
merupakan solat-solat yang tidak diwajibkan ke atas manusia untuk
melakukannya. Sebahagiannya sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
seperti solat-solat Rawatib. Solat-solat sunat dilakukan seumpama
solat fardu, namun ia berbeza dari sudut niat serta tidak mempunyai
azan dan iqamah. Sementara solat lima waktu dan solat Jumaat
mempunyai azan dan iqamah. Tujuan melakukan solat sunat ialah
untuk mendekatkan diri kepada Allah (al-taqarrub ila Allah).
JENIS JENIS SOLAT SUNAT
1. Sunat hajat 5. Sunat tahajjud

2. Sunat tarawih
6. Sunat dhuha

3. Sunat witir
7. Sunat
tahiyyatul masjid
4. Sunat rawatib

8. Sunat
aidlfitri&aidiladha
Tujuan dan maksud kita menunaikan solat sunat Hajat adalah untuk
memohon kepada Allah s.w.t agar mengabulkan hajat dan permintaan
kita. Hajat tersebut boleh terdiri daripada pelbagai bentuk dan maksud,
sama ada untuk tujuan dunia atau akhirat serta berkait dengan manusia
atau Allah s.w.t.
Namun, ia mestilah dengan tujuan yang baik dan selari dengan syariat.

Solat sunat Hajat adalah cara paling baik kerana ia


menggabungkan unsur unsur Rabbani dengan manusia, iaitu
SOLAT SUNAT
memohon bantuan dan
pertolongan dari Allah di samping usaha dan ikhtiar bagi
mencapai tujuan dan matlamat yang dihajatkan.
HAJAT
DALIL SOLAT SUNAT HAJAT
AlQuran telah menganjurkan orang-orang mukmin supaya memohon dan
meminta pertolongan daripada Allah s.w.t. dengan melakukan solat.
Ia dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. dalam surah alBaqarah ayat 45:

‫ﺻﺑْرِ َواﻟﺻﱠﻠٰ و ِة ۗ َو ِا ﱠﻧﮭَﺎ َﻟ َﻛ ِﺑﯾْرَ ةٌ ا ﱠِﻻ ﻋَ ﻠَﻰ اﻟ ْٰﺧﺷِ ِﻌﯾ ۙ َْن‬


‫َواﺳْ َﺗ ِﻌ ْﯾﻧ ُْوا ﺑِﺎﻟ ﱠ‬
BERMAKSUD: Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar
dan salat. Dan (salat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk,
Hukum solat sunat Hajat adalah sunat (tidak sampai kepada tahap
sunat muakkad). Menurut pandangan ulama, jumlah rakaat solat
sunat Hajat yang paling sedikit ialah dua, manakala yang paling
CARA MENUNAIKAN
banyak adalah 12. Ia bergantung pada keadaan dan bentuk hajat
yang diminta.
SOLAT SUNAT HAJAT

Waktu paling afdal adalah pada waktu malam, iaitu di hujung


malam,sebelum terbit fajar. Ia merupakan antara salah satu daripada
waktu doa dan permintaan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Ia juga waktu
hening yang memungkinkan datangnya ketenangan jiwa serta
kekhusyukan dalam solat

Waktu untuk mengerjakan solat Hajat juga tidak ditentukan. Ia


boleh dikerjakan pada bilabila masa, siang atau malam, pagi
atau petang
IMPLIKASI SOLAT SUNAT HAJAT
Pada pandangan ulama, terdapat empat cara Allah s.w.t. mengabulkan
hajat hambaNya,Empat Cara Allah s.w.t. Mengabulkan Hajat HambaNya
Empat Cara Allah s.w.t Mengabulkan Hajat HambaNya

(a) Allah s.w.t. memberi segera apa yang diminta.


(b) Allah s.w.t. menangguhkan pemberian hajat pada waktu dan ketika yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. (bukan pada waktu yang diminta).
(c) Allah s.w.t. tidak memberi apa yang diminta, tetapi memberi perkara lain yang
lebih baik daripada yang diminta; atau
(d) Allah tidak memberi apa yang diminta, juga tidak menggantikannya dengan
yang lebih baik, namun memberikan ganjaran dan balasan di akhirat kelak
di atas kesabaran hamba tersebut.
Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam
sambal memperbanyakkan zikir pada setiap rakaat keempat dan
dilakukan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa
SOLAT SUNAT menyelesaikannya. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara
TARAWIH berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada
malam-malam bulan Ramadan, antara waktu selepas solat Isyak dan
sebelum fajar.

Tarawih bererti istirehat,


manakala solat Tarawih pula Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam,
bermaksud solat yang sekurang-kurang empat kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat
atau boleh juga dilakukan dua kali empat rakaat
merehatkan
HUKUM
Sunat Muakkad

WAKTU SOLAT
selepas menunaikan solat fardu Isyak dan
solat sunat ba’diah

LAFAZ NIAT
SOLAT WITIR
Witir atau witr dalam bahasa Arab bermaksud ganjil. Ia merujuk kepada jumlah rakaat solat tersebut dalam
bilangan ganjil. Solat sunat Witir boleh dilakukan dengan bilangan rakaat bermula dengan satu, tiga, lima, tujuh,
sembilan atau sebelas rakaat. Cara solat Witir ialah dengan dua rakaat satu salam dengan ditambah satu lagi solat
Witir satu rakaat satu salam agar sempurna rakaat ganjilnya.

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk
dikerjakan

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:


Maksudnya: „Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir,
maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli al-Quran.‰
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-NasaÊi dan Ibnu Majah)
LAFAZ NIAT

Lafaz niat solat Witir dua rakaat ialah: Lafaz niat solat Witir satu rakaat ialah:

WAKTU

setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (Subuh)


SOLAT SUNAT RAWATIB Sabda Rasulullah
s.a.w.:

Maksudnya: „Daripada Abdullah bin Umar, katanya, "Saya


mengingati (lafaz)
daripada Rasulullah s.a.w. dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat
Perkataan Rawatib adalah kata jamak kepada sesudah
Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."
perkataan ratib yang bermaksud berterusan (Muttafaq ÂAlayh)

~Maksud solat rawatib~


Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat
fardu sama ada sebelum atau selepas solat fardu.
HUKUM&JENIS SOLAT SUNAT RAWATIB
HUKUM LAFAZ
NIAT
Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : ً‫ﻗَ ْﺒﻠِﯿﱠﺔ‬
Solat sunat Rawatib ada yang muakkad dan ada yang ghayr
muakkad. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : ‫ﺑَﻌْ ِد ﱠﯾ ًﺔ‬
Sunat Rawatib juga terbahagi kepada dua kategori: Qabliah ‫ اﻟﺻﺑﺢ ( رَ ﻛْﻌَ َﺗ ْﯾ ِن‬/ ‫ اﻟ ِﻌﺷَﺎ ِء‬/ ‫ب‬ ِ ِ‫ اﻟﻣَﻐْ ر‬/ ِ‫ اﻟﻌَ ﺻْ ر‬/ ِ‫أ ُﺻَ ﻠﱢﻲ ُﺳ ﱠﻧ َﺔ ) اﻟ ﱡظﮭْر‬
(sebelum solat fardu) dan Ba'diah (selepas solat fardu). ‫ ﺑَﻌْ ِد ﱠﯾ ًﺔ ( ﻟِﻠﱠ ِﮫ ﺗَﻌَ ﺎﻟَﻰ‬/ ‫) َﻗ ْﺑﻠِ ﱠﯾ ًﺔ‬

SUNAT RAWATIB MUAKKAD&GHAIR MUAKKAD


Sunat Rawatib yang ghayr muakkad pula adalah 12 rakaat seperti berikut:
Sunat Rawatib yang muakkad adalah 10 rakaat seperti berikut:
(i) Dua rakaat sebelum solat Zohor;
(i) Dua rakaat sebelum solat Subuh;
(ii) Dua rakaat selepas solat Zohor;
(ii) Dua rakaat sebelum solat Zohor;
(iii) Empat rakaat sebelum solat Asar;
(iii) Dua rakaat selepas solat Zohor;
(iv) Dua rakaat sebelum solat Maghrib; dan
(iv) Dua rakaat selepas solat Maghrib; dan
(v) Dua rakaat sebelum solat Isyak.
(v) Dua rakaat selepas solat Isyak.
SOLAT AIDILFITRI & AIDILADHA
Solat Aidilfitri adalah solat sunat yang dilakukan pada
hari raya Aidilfitri,manakala Solat Aidiladha pula
dilakukan pada hari raya Aidiladha

Definisi dan Lafaz Niat bagi Solat Aidilfitri dan Solat Aidiladha

AIDILFITRI AIDILADHA

Solat Aidilfitri ialah solat sunat Solat Aidiladha ialah solat sunat
dua rakaat yang dilakukan pada dua rakaat yang dilakukan pada
pagi 1 Syawal pagi 10 Zulhijjah.
CARA MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA

Sebelum membaca al-Fatihah, disunatkan bertakbir tujuh


RAKAAT kali dan diselangi dengan lafaz tasbih
PERTAMA:
Sebelum membaca al-Fatihah, disunatkan bertakbir lima
RAKAAT kali dan diselangi dengan lafaz takbir
KEDUA:
Lafaz Tasbih dan Takbir Semasa Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri dan
Aidiladha

Tasbih ‫ُﺳ ْﺒﺤَﺎنَ اﻟﻠ ِﮫ وَا ْﻟ َﺤ ْﻤ ُﺪ ﻟِﻠ ِﮫ َوﻻَ إِﻟَﮫَ إِﻻﱠ اﻟﻠﮫُ وَاﻟﻠﮫُ أَ ْﻛﺒَ ُﺮ‬

َ‫ ﻻَ إِﻟَﮫ‬، ‫اﻟﻠﮫُ أَ ْﻛﺒَ ُﺮ اﻟﻠﮫُ أَ ْﻛﺒَ ُﺮ اﻟﻠﮫُ أَ ْﻛﺒَﺮ‬


Takbir ِ‫إ‬
‫ َو َھ َﺰ َم ْاﻷَﺣْ ﺰَابَ وَﺣْ َﺪهُ ﻻَ إِﻟَﮫَ إِﻻﱠ اﻟﻠﮫُ وَاﻟﻠﮫُ أَ ْﻛﺒَ ُﺮ اﻟﻠﮫُ أَ ْﻛﺒَ ُﺮ َوِﻟﻠ ِﮫ اﻟْﺤَ ْﻤﺪُﻟ‬، ُ‫ َوأَ َﻋ ﱠﺰ ﺟُ ْﻨ َﺪه‬، ُ‫ﺼ َﺮ َﻋ ْﺒ َﺪه‬
َ َ‫َوﻧ‬

Hikmah (i) Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.;


(ii) Mengeratkan silaturrahim;
(iii) Mengukuhkan perpaduan umat; dan
(iv) Menzahirkan syiar Islam.
SOLAT TAHIYATUL
MASJID
Tahiyyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua
rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang
itu duduk.

Malah mazhab Syafie dan kebanyakan alim ulama menyatakan, jika


Lafaz niat bagi solat Tahiyyatul Masjid
seseorang baru sampai ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah, dia
juga disunatkan supaya bersolat Tahiyyatul Masjid dengan ringkas

‫إِذَ ا دَ ﺧَ َل أَﺣَ ُد ُﻛ ُم ا ْﻟﻣَﺳْ ﺟِدَ َﻓﻼَ ﯾَﺟْ ﻠِسْ ﺣَ ﺗﱠﻰ ﯾُﺻَ ﻠﱢﻲَ رَ ﻛْﻌَ َﺗ ْﯾ ِن‬
Maksudnya : Apabila salah seorang dari kamu masuk Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid
ke dalam masjid maka janganlah dia duduk sehingga dua rakaat kerana Allah Taala.
dia selesai solat dua rakaat.
Riwayat Al-Bukhari (1167)
Lafaz Niat Solat Dhuha

َ‫أ ُﺻَ ﻠﱢﻲ ُﺳ ﱠﻧ َﺔ اﻟﺿﱡﺣَ ﻲ رَ ﻛْﻌَ ﺗَﯾن ِﻟﻠ ِﮫ ﺗَﻌَ ﺎﻟﻲ‬


SOLAT DHUHA ’’Sahaja aku menunaikan solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala’’

Solat ini dinamakan Solat Dhuha kerana ia dilakukan pada waktu


dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan Waktu Pelaksanaan Solat Dhuha
(istiwa’)
Waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut
dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh
sekadar satu al-rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu
solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zohor. Jadi, secara
mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga
1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan
sepotong hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin
Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan yang bermaksud:
„Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas
sinarnya.’’ Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00
tengah
SOLAT ISTIKHARAH
Istikharah bermaksud memohon diberi pilihan terbaik. Ini bersesuaian dengan tujuan orang
melakukan solat Istikharah iaitu memohon daripada Allah s.w.t. supaya memberi petunjuk dalam
membuat pilihan sedangkan dia menghadapi kesukaran dalam menentukannya.
Solat Istikharah elok dilakukan tiga atau tujuh hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Tanda
diterima solat seseorang itu dia akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat
sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Lafaz Niat Solat


Istikharah
SOLAT FARDHU
KETIKA
BERKENDERAA
N
GUGURNYA KEWAJIPAN
MENGHADAP KIBLAT
Gugur kewajipan mengadap kiblat bagi orang yang solat sunat di atas
kenderaannya.Dibolehkan solat sunat di atas kenderaan berdasarkan hadis Amir
Bin Rabi’ah RA.
Beliau berkata “Aku melihat Rasulullah S.A.W. solat di atas kenderaan menurut
arah kenderaannya.”
(HR. Bukhari dan Muslim, sedang Bukhari menambahkan keterangan: memberi
isyarat dengan kepala tetapi tidak dilakukan pada solat solat fardhu)
SOLAT FARDHU DI ATAS
KENDERAAN
• Orang berada di atas kenderaan, jika ia dapat turun atau berhenti, wajiblah ia
turun atau berhenti untuk menunaikan solat.
• Jika dibimbangi habis waktu sebelum sampai ke destinasi, dia hendaklah solat
setakat kemampuan. Jika ia mampu berdiri wajiblah ia berdiri. Jika tidak , harus
ia melakukannya sambil duduk.
• Bagi kiblat pula, jika ia dapat mengadap ke arah kiblat, wajiblah ia mengadap
ke arahnya. Jika di tengah solat, kapal/kenderaan beralih dari arah kiblat,
dimaafkan. Jika ia tidak mampu mengadap ke arah kiblat, hendaklah ia
mengadap ke arah mana yang boleh.
• Begitu juga dengan rukun rukun yang lain, hendaklah dilakukan mengikut
kemampuan mengikut kaedah fiqh iaitu al Masyaqqah tajlibu at Taisir.
DALIL DALIL YANG
BERKAITAN
1.Sabda Nabi s.a.w.; “Hendaklah kamu tunaikan solat
dengan berdiri. Jika tidak mampu, tunaikan dengan
duduk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan mengiring di
atas rusuk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan isyarat”
(HR Imam al Bukhari dari ‘Imran bin Hushain r.a)

2.Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan


; Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang lelaki;
“Bagaimana hendak saya tunaikan solat di dalam perahu/kapal laut?”. Baginda
menjawab; “Tunaikan dengan berdiri kecuali jika kamu bimbang akan tenggelam”
(HR Imam ad Daruqutni dan al Hakim. Menurut al Baihaqi; hadis ini hasan. Lihat;
Faidhul Qadier, hadis no. 5009).
Adakah Wajib
SOLAT BAGI ORANG
SAKIT
"Tidak ada alasan bagi seseorang islam untuk tidak
menunaikan kewajipannya dalam mendirikan solat
walaupun sewaktu dia berada dalam keadaan sakit."

• Islam telah menggariskan cara-cara tertentu bagi


memberi peluang kepada orang sakit untuk beribadat
selagi akalnya masih dalam keadaan sedar dan waras.
SOLAT CARA DUDUK

• Lakukan solat dalam keadaan duduk seperti duduk antara dua sujud.
Lakukan takbiratulihram dan bacaan al-Fatihah serta surah seperti
solat biasa. Apabila rukuk memadai dengan menunudukkan kepala
sehingga dahi setentang dengan tempat sujud. Kemudian, sujud boleh
dilakukan sama seperti solat biasa.

• Jika tidak mampu untuk sujud, memadailah dengan menundukkan


sedikit badan melebihi tunduk bagi rukuk. Cara ini sama seperti dari
mula bersolat sehinggalah ke rakaat yang terakhir.
PERGERAKAN SOLAT DUDUK DI
LANTAI
KEDUDUKAN LAIN DALAM SOLAT DUDUK DI LANTAI
PERGERAKAN SOLAT DUDUK DI KERUSI

PERHATIAN
Sekiranya pesakit tidak mampu duduk, rukuk dan sujud seperti biasa tetapi boleh
berdiri tegak, maka hendaklah dia berdiri kemudian duduk di atas bangku
kembali untuk melakukan rukun-rukun solat yang lain.
PERGERAKAN SOLAT BARING MENELENTANG
Sekiranya tidak mampu berdiri atau duduk, solat boleh dikerjakan secara baring menelentang
dengan kedua-dua belah kaki diluruskan ke arah kiblat. Kepala hendaklah diangkat sedikit
dan disandarkan ke bantal. Ini bagi memudahkan orang yang sakit itu menghadap kiblat.
PERGERAKAN ISYARAT MATA
Bagi yang tidak mampu bergerak boleh menggunakan isyarat kelopak mata dan
pergerakan menundukkan kepala bagi rukuk, sujud, iktidal dan lain-lain lagi.

PERHATIAN
Sekiranya tidak mampu menggerakkan anggota untuk solat, maka
bolehlah menggunakan isyarat jari, isyarat tangan atau isyarat dalam
hati.
PERGERAKAN SOLAT BARING MENGIRING
Caranya adalah dengan berbaring mengiring di atas rusuk sebelah kanan. Perlulah
diingatkan bahawa dada dan muka mestilah menghadap kiblat.
PERINGATAN
Bagi orang yang tidak mampu untuk
melakukan solat dengan cara yang
disebutkan, dia bolehlah melakukannya
dengan isyarat kepala, mata ataupun
dalam hati asalkan akal dan jiwanya
masih berada dalam keadaan waras.
SOLA
T
KE
TIK solat khauf
PENGERTIAN
SOLAT
KHAUF
Dilakukan dalam keadaan berperang
dengan musuh atau dalam keadaan
ketakutan akibat peperangan atau
bencana alam dan malapetaka.
SEBAB
MEMBOLEHKAN
SOLAT
Wujudnya musuh sama
KHAUF
Melarikan diri dari air
ada menggugat atau banjir
tidak

Melarikan diri dari Melarikan diri daripada


kebakaran perompak dan
penyamun
CARA
(MUSUH TIDAK BERADA DI ARAH
MENGERJAKAN
KIBLAT)
Imam membahagikan tentera Muslimin kepada dua pasukan.

Apabila imam berdiri untuk rakaat kedua, makmum di belakang berniat


mufaraqah dan menyudahkan solatnya secara bersendirian.

Mereka mengambil alih tempat untuk berjaga. Pasukan yang berhadapan


dengan musuh tadi pergi ke belakang imam untuk berjemaah dengan imam
yang sedang solat rakaat kedua.

Apabila imam membaca tahiyat, makmum bangun mengerjakan


rakaat kedua dan seterusnya solat seperti biasa dan mendapatkan
imam yang sedang bertahiyat.

Mereka memberi salam bersama imam.


CARA
(MUSUH TIDAK BERADA DI ARAH
MENGERJAKAN
KIBLAT)
Pasukan yang berada di belakang, solat dengan sempurna
bersama dengan imam.

Selepas salam, mereka berpindah ke hadapan mengambil untuk berjaga.


Imam mendirikan pula solat sekali lagi dan kumpulan yang di hadapan
pula solat bersama dengan imam.
CARA
(MUSUH BERADA DI ARAH
MENGERJAKAN
KIBLAT)
Imam memerintahkan makmumnya berdiri dua saf dan mengangkat
takbir serentak semua sekali.

Apabila imam ruku', makmum saf pertama sahaja ruku' bersama,


manakala makmum saf kedua tetap berdiri mengawal keadaan.

Apabila imam dan makmum saf pertama berdiri untuk rakaat yang
kedua, barulah makmum saf yang kedua ruku' dan mereka
mendapatkan imam pada qiam rakaat kedua.
solat jenazah
solat jenazah

Solat yang dilaksanakan muslim


sebelum pengebumian mayat dan
selepas dikafankan. Solat ini
dilakukan secara berjemaah untuk
meminta ampun dan mendoakan si
mati. Hukumnya, sunat dan
merupan fardu kifayah.
syarat sah

1 2 3
Mayat Mayat diletak
Sama seperti sebelah qiblat
sudah
syarat sah mereka yang
dimandikan menyembahyangka
solat fardu.
dan n kecuali jika
dikafankan sembahyang ghaib
fadhilat solat jenazah

Dari Abdullah bin Abbas RA, katanya; aku


ada mendengar Rasul SAW, bersabda
mana- mana orang Islam (lelaki atau
perempuan) yang mati lalu
disembahyangkan jenazahnya oleh 40 orang
lelaki yang tidak mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain nescaya Allah
kabulkan doa permohonan mereka
kaifiat
Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke
atas mayat. Membaca Surah Al-Fatihah.

Bertakbir untuk kali kedua. Seterusnya membaca salawat dan selawat


yang paling afdhal ialah salawat Ibrahimiyyah.

Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas
takbir tersebut

Kemudian bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya. Kemudian


memberi salam ke sebelah kanan dan kiri.
AZAN DAN IQAMAT
TAKRIF AZAN

● DARI SEGI BAHASA

Azan pada istilah bahsa ialah


“memberitahu”

● DARI SEGI SYARAK:

Perkataan yang tertentu untuk


memaklumkan kepada orang ramai
tentang masuknya waktu solat fardu
LAFAZ AZAN
PERKARA SUNAT KETIKA AZAN

Suci dari hadas Memalingkan


kecil dan besar wajah dan leher

1 2 3 4

Menghadap Tarjie’
kiblat
TAKRIF IQAMAH

• TAKRIF BAHASA:
• DARI SUDUT BAHASA Berdiri

• DARI SEGI SYARAK:


Memberitahu orang yang hadir supaya
bersedia untuk solat dengan lafaz tertentu.
LAFAZ IQAMAH
DOA SELEPAS
AZAN DAN
IQAMAT
JENIS SUJUD
TAKRIF SUJUD
Berasal daripada bahasa arab yang dapat disama
ertikan dengan perbuatan yang menempatkan
dahi,hidung,kedua tapak tangan,kedua lutut dan
kedua hujung kaki dalam masa yang sama
JENIS SUJUD
• Sujud Tilawah

• Sujud Sahwi

• Sujud Syukur
TILAWAH • Sujud apabila membaca atau
mendengar orang lain
membaca ayat-ayat yang
tertentu dalam alquran

• Syarat-syarat sujud tilawah:


INSERT PIC HERE I. Suci dari hadas kecil/besar
II. Menutup aurat
III. Menghadap kiblat
RUKUN SUJUD TILAWAH

Rukun sujud tilawah ini di luar solat:


❑ Niat
❑ Takbiratulihram
❑ Sujud
❑ Memberi salam semasa duduk
Sujud Sahwi

• Dari segi bahasa:


Perkataan sahwi
bermaksud “lupa
sesuatu”

• Dari segi syarak:


Sujud yang dilakukan
sebanyak dua kali
setelah selesai tahiyat
akhi sebelum memberi
salam.Hukumnya adalah
sunat
Masalah berkaitan sujud sahwi

• Tertinggal perkara fardu


Sekiranya tertinggal salah satu daripada fardu
atau rukun,solat tidak boleh ditutup dengan
sujud sahwi semata-mata.Ia hendak terlebih
dahulu melakukan rukun yang tertinggal itu
sekiranya jarak tidak jauh dan ia teringat
sebelum memberi salam
Terlupa dalam perkara sunat
ab’adh
Imam terlupa sujud sahwi

Sekiranya imam terlupa sujud


sahwi,makmum bolehlah
melakukan sujud sahwi setela
imam memberi salam,
Terlupa sujud sahwi

Sekiranya seseorang itu terlupa sujud


sebelum memberi salam.Maka
bolehlah melakukan sekiranya ingat
dengan syarat tidak terlalu lama.Tapi
terlupa sujud sahwi,masih sah solat
tersebut kerana hukumnya hanyalah
sunat
BACAAN SUJUD SAHWI

01
SUJUD SYUKUR
Dua keadaan disunatkan sujud
syukur:

1) Ketika baru memperolehi


anugerah atau nikmat seperti
seseorang yang diberitakan
dengan kelahiran
anak,kejayaan atau apa jua
yang menggembirakan.
2) Terselamat dari
musibah.Misalnya terselamat
dari kebakaran.
Cara Sujud Syukur

1. Niat
2. takbiratulihram
3. Sujud(sekali
sahaja)
4. Memberi salam
Syarat Sah Sujud
Sahwi

✔ Berwuduk
✔ Menghadap kiblat
✔ Menutup aurat
✔ Suci pakaian dan
tempat sujud

Anda mungkin juga menyukai