Anda di halaman 1dari 28

PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

1.0 PENGENALAN

Sembahyang berjemaah boleh disebut sebagai solat jemaah. Mendirikan solat fardhu
secara berjemaah semestinya telah menjadi tuntutan utama dalam Islam sekalipun di dalam
suasana musafir. Seperti yang diketahui solat fardhu secara berjamaah telah menjadi satu
disiplin dan prinsip tegas Nabi Muhammad s.a.w dalam melaksanakan solat-solat fardhu
secara berjemaah dan disiplin di ikuti oleh empat khalifah serta para-para sahabat r.a.
Keutamaan solat fardhu secara berjemaah diterangkan di dalam sebuah hadith masyhur yang
bermaksud; solat berjemaah adalah 27 kali lebih tinggi kedudukan daripada solat yang
didirikan bersendirian. Solat berjemaah harus diusahakan seboleh mungkin bilangan orang
adalah kecil kerana solat bersendirian hanya akan membuka pintu-pintu gangguan syaitan
iblis sama ada ketika solat mahupun semasa tidak mengerjakan solat.

Abu Daud (547) dan ibnu Hibban (425) mensahihkannya dan lain-lainnya juga
meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda: tiga orang yang berada dalam suatu kampung atau
pendalaman yang tidak didirikan jamaah di kalangan mereka, maka syaitan akan menguasai
mereka. Oleh itu hendaklah kamu bersama jemaah sesungguhnya serigala itu hanya akan
memakan kambing yang terpencil. Bermaksud syaitan akan menguasai mereka ialah
mengalah dan menguasai mereka serta mengajak mereka kepadanya (syaitan).

Sebagai umat Islam, amat perlu dalam mengingatkan segala pesanan serta sunnah
Nabi s.a.w mengenai keutamaan solat-solat fardhu jemaah, semestinya dituntut agar
melaksanakan solat-solat fahdhu secara berjemaah sama ada berada di tempat asal, di dalam
perjalanan atau pun apabila tiba ke destinasi. Dalam setiap suasana solat fardhu jemaah tetap
menajdi penekanan agama dan sesiapa yang mengikutinya akan mendapat ganjaran manakala
bagi sesiapa yang telah meremehkan hanya akan merugikan diri sendiri serta umat umumnya.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

2.0 SOLAT BERJEMAAH

2.1 Tarikh Ia Didirikan

Nabi s.a.w mendirikan sembahyang secara berjamaah selepas baginda berhijrah ke


Madinah. Selama baginda menetap di Mekah selama 13 tahun, baginda menunaikan
sembahyang secara tidak berjemaah kerana para sahabat berada dalam keadaan ditekan.
Mereka hanya menunaikan sembahyang di rumah-rumah mereka sahaja. Apabila baginda
berhijrah ke Madinah, baginda telah menunaikan solat secara berjemaah dan tidak sesekali
meninggalkannya.

2.2 Maksud

Menurut bahasa sembahyang berjemaah bermaksud sekumpulan manusia yang


mempunyai kesamaan sifat dan sebagainya. Ini bermaksud solat berjemaah dilakukan secara
berkumpulan. Selain itu sembahyang berjemaah ditakrifkan sebagai sembahyang beramai-
ramai dengan seorang imam di hadapan dan makmum berada di belakang imam. Ini kerana
sembahyang berjemaah bersama-sama imam itu lebih besar pahalanya berbanding dengan
sembahyang bersendirian atau berseorangan. Terdapat pendapat yang sahih mengenai hukum
sembahyang berjemaah kecuali sembahyang Jumaat adalah fardhu kifayah. Namun begitu
terdapat juga ulama mengatakan bahawa solat berjemaah ini adalah sunnah Muakkadah.

Sabda nabi s.a.w:


Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian dengan kelebihan 27 darjat.
(Riwayat Bukhari/Muslim)

Sembahyang jemaah adalah amat digalakkan. Rasulullah s.a.w menggalakkan


umatnya untuk mengerjakan solat jemaah dan menjelaskan pahala serta kebaikan yang
terkandung di dalam solat berjemaah itu sendiri. Baginda sentasa menjaga solat jemaah
dengan sempurna, begitu juga para sahabat, serta orang-orang soleh serta bertaqwa kepada
Allah sehingga sekarang. Ertinya mereka sentiasa mengerjakan solat lima waktu secara
berjemaah. Solat-solat yang disunanahkan berjemaah terdiri daripada solat fardhu lima
waktu, solat hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha), solat istiqara (mohon hujan), solat gerhana
matahari dan bulan, solat jenazah, solat tarawih dan solat witir serta solat jumaat.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

2.3 Beberapa Keuzuran Yang Dibenarkan Oleh Syarak

Beberapa bentuk keuzuran untuk tidak melakukan sembahyang secara berjemaah dan
ia telah dibenarkan mengikut hukum syarak terbahagi kepada dua bahagian. Antaranya ialah:

1. Keuzuran umum
Kezuran umum ini merangkumi hujan, angin yang kuat pada waktu malam serta jalan
yang terlalu becak dan belumpur. Dahulu keuzuran seperti ini selalu terjadi. Tetapi pada masa
sekarang keuzuran-keuzuran seperti ini teralu jarang berlaku melainkan di kampong-
kampung pun hanya sebahagian sahaja yang berlaku.

Telah diriwayatkan bahawa Ibnu Umar r.a telah melaungkanazan pada suatu malam yang
sejuk dan berangin (diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim), kemudia beliau berkata:
Bersembahyanglah dirumah kamu. Kemudia beliau menyambung lagi: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w menyuruh muezzin supaya berkata (apabila malam menjadi sejuk dan
hujan): bersembahyanglah di rumah kamu.

2. Keuzuran khusus
Keuzuran khusus ini dapat dilihat seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar dan dahaga,
takut kepada orang yang akan melakukan kezaliman ke atas diri dan hartanya dan ketika
menahan diri daripada berlakunya hadas (kecil) disebabkan kencing dan buang air besar.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkanbahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila makan malam seseorang kamu telah disediakan dan sembahyang akan didirikan,
makan hendaklah dia mendahulukan makan malam dan jangan sekali-kali gopoh sehingga
selesai makan.

2.4 Kelebihan Solat Berjemaah

Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,


Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh tujuh kali
pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah
kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan
ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di
dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan
keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah
yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia
menunggu solah tersebut.
(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar R.A bahawa Rasulullah SAW
bersabda, Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdhal daripada
solah bersendirian.
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

2.5 Rahsia Solat Berjemaah

Solat berjemaah melatih orang ramai supaya sentiasa mematuhi ketua-ketua, kerana
para makmum wajib mematuhi imam mereka. Di samping itu, ia juga akan membiasakan dan
melatih kaum muslimin supaya menjalani kehidupan dengan penuh berdisiplin. Selain itu ia
juga akan menimbulkan perasaan yang sama rata atau persamaan antara umat manusia serta
membuka peluang untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain di sesuatu tempat

2.6 Hukum Solat Jemaah Pada Pandangan 4 Mazhab

1. Mazhab Syafie
Mengikut mazhab Syafie hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu kifayah ke
atas semua lelaki yang mampu, namun apabila terdapat sekumpulan orang yang
melakukannya maka gugurlah kewajipan itu. Berdasarkan hadis: Tidak ada tiga orang
(lelaki) dalam sesebuah kampong atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang
berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka
mencuaikan perintah syara); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan
jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (riwayat
Imam Ahmad)
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

2. Mazhab Hambali
Sementara itu di dalam mazhab Hambali pula menyatakan bahawa hukum
sembahyang berjemaah bagi lelaki adalah fardhu ain. Ini berdasrkan kepada hadis: sabda
Rasulullah s.a.w: Seberat-berat sembahyang ke atas para muniafiqin ialah sembahyang
isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam
dua sembahyang berkenaan tentulah mereka akan didatangkan walaupun dalam keadaan
merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan
sembahyang berjemaah bersana para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang
membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirkan, lalu akan bakar rumah-rumah
mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari dan Muslim dari Abu
Hurairah)

Namun begitu, hadis ini telah dibatalkan setelah baginda mendapati ramai sahabat
yang tercicir dari sembahyang berjemaah.

3. Mazhab Hanafi Dan Maliki


Mengikut mazhab ini pula, hukum sembahyang jemaah ialah sunat muakkad
berdasarkan hadis yang mengatakan sembahyang berjemaah itu sunnatul huda (sunnah
petunjuk).

Dari Ibnu Masud r.a: sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengajari kami sunnah-sunnah
(jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah
sembahyang di masjid yang di kumandangkan azan di dalamnya. (HR Muslim)
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

3.0 KONSEP IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT BERJEMAAH

3.1 Imam
Imam dalam bahasa Arab bermaksud pemimpim. Dalam erti kata biasa imam
merupakan individu yang dilantik bagi memimpin golongan para jemaah ketika melakukan
ibadah solat atau amal kebaikan. Selain itu, dalam erti lain imam ialah mereka yang diberi
kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke jalan benar.

Keperluan untuk mendapatkan imam atau ketua semasa di dalam solat telah
diklasifikasikan sebagai suatu kepentingan yang diperlukan, namun tidak semestinya ia
merupakan satu kewajipan. Imam tetap mestilah seorang yang bebas iaitu tidak terkongkong
dengan pekerjaan lain serta mestilah adil, jujur dan mempunyai pengetahuan dalam agama
Islam yang baik.

Bagi masjid yang dibina oleh kerajaan dan dikawal selia olehnya, biasanya pihak
badan agama yang diiktiraf oleh kerajaan seperti jabatan agama Islam negeri atau negara
bertanggungjawab dalam menentukan siapakah yang layak menjadi imam. Bagi sesetengah
Negara, orang yang layak menyandang jawatan dan tugas sebagai imam adalah dipilih oleh
raja atau sultan mahu pun menteri yang bertanggungjawab. Manakala bagi masjid yang
dikawal selia atau dibina oleh pihak swasta, pemilihan imam walaubagaimana pun adalah
berdasarkan kepada undian atau pemilihan rasmi iaitu jawatan kuasa qariah yang dilantik atau
merujuk kepada pemilihan umum khususnya dari kalangan para jemaah. Berdasarkan kepada
mazhab Hanafi, orang yang membangunkan masjid ialah orang yang lebih berhak untuk
mebdapatkan gelaran imam. Namum begitu pandangan ini tidak mendapat sokongan daripada
mazhab-mazhab Islam yang lain.

Imam solat boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu bergantung kepada
jenis waktu tugasan pengimamam solatnya sama ada lima kali waktu solat sehari semalam,
solat Jumaat sahaja atau solat-solat tertentu sahaja. Berdasarkan pandangan mazhab hanafi
dan Maliki adalah diperlukan untuk setiap hari solat Jumaat sahaja, tetapi solat-solat lain
tidak diperlukan. Namun, pada mazhab Syafie dan Hambali telah mambantah bahawa
pernyataan tersebut adalah tidak diperlukan dan menyifatkan setiap solat selagi ia dikerjakan
secara berjemaah ia kekal perlu mempunyai imam. Kanak-kanak juga boleh menjadi imam di
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

dalam solat. Tetapi pemerintah muslim rata-rata kurang bersetuju dengan tugasan ini
melainkan jika kanak-kanak itu bersolart bersama dengan golongan kanak-kanak lain.

Menurut Syiekh Abdul Rahman Al-jaziry mangatakan bahawa, syarat sah imam
mestilah akil baligh, dan tidak sah kepada kanak-kanak (sibyan) iaitu mumayyiz sebelum
baligh (menjadi imam) di dalam solat fardhu. Dan ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga
iamam tetapi terdapat khilaf (perselisihan pendapat dan pandangan) di dalam mazhab imam
Syafie. Antara catatan yang diberikan oleh Syiekh Abdul Rahman ialah:

1. Mazhab Syafie
Di dalam mazhab ini membolehkan imam yang belum baligh di kalangan kanak-
kanak di dalam solat fardhu melainkan solat jumaat, tetapi jika terdapat imam yang biasa
(lelaki yang sudah baligh) maka tidak sah solat tersebut melainkan dengan imam yang biasa
tersebut.

2. Mazhab Hanafi
Mazhab hanafi mengatakan bahawa tidak sah bagi kanak-kanak yang belum akil
baligh secara mutlak dan tidak sah pengimamamnya di dalam solat fardhu dan solat sunat.

3. Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berpendapat bahawa tidak sah menjadikan wanita (sebagai imam),
dan tidak sah khunsa sebagai imam kerana masalah bagi mengetahui dia lelaki atau wanita,
tidak sah di dalam solat fardhu dan di dalam solat sunat. Lelaki yang belum sibyan adalah
adalah syarat imam mutlak dan kedua-dua (wanita dan khunsa) menjadi makmumnya.

3.2 Syarat-Syarat Imam

i. ISLAM
Tidak sah solat yang diimamkan oleh orang kafir.

ii. BERAKAL
Tidak sah solat yang diimamkan oleh orang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh
orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu
berulang ketika dia menunaikan solat.

iii. BALIGH
Tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di
dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas
dan Ibn Masud, Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia
baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau
kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna. Imam Syafie berpendapat, harus
orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini
berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah
mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru
berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

iv. LELAKI
Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat
yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada
solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata
maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

v. SUCI
Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam orang yang berhadas
atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui
hal tersebut atau lupa.

vi. QARI
Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik
bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-
rukun solat mesti seorang yang fasih al-lisan. Mampu menyebut huruf-huruf di dalam
al-Quran dari makhrajnya. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada
seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti
mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu
rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

vii. KEADAAN
Bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam.
Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:
a. Mazhab Hanafi: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana
dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh
diikuti.
b. Mazhab Maliki: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan
kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat
rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya
dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana
ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.
c. Mazhab Syafie: terputus ikutan/menurut imam dengan semata-mata keluarnya
imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya
wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka
pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain
yang mengikutnya sebagai imam.
Kesimpulannya : Mazhab Hanafiah dan mazhab Maliki tidak mengharuskan
mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan
harus pada mazhab Syafie dan mazhab hambali. Ini adalah lebih utama.

viii. SYARAT KHAS


a. Pada mazhab Hanafi dan mazhab Hambali: sihat daripada keuzuran.Tidak
lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang
mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang
mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang
yang mempunyai dua keuzuran.
b. Pendapat mazhab Maliki tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh
menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.
c. Bagi mazhab Syafie tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam
orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

3.3 Syarat Sah Mengikut Imam

a. Niat mengikut imam


Makmum hendaklah berniat mengikut imam, tetapi tidak menjadi satu syarat dalam
melakukan niat dan ia hanyalah sunat sahaja untuk mendapatkan ganjaran berjemaah.

b. Perbuatan mengikut imam


Makmum hendaklah mengikut imam dalam segala perbuatannya dan tidak boleh
mendahului imam walau pada satu perbuatan sekalipun.

c. Mengetahui gerak-geri perbuatan imam


Makmum hendaklah mengetahui sama ada dengan cara dapat melihat imam atau
melihat saf makmum di hadapan, mendengar suara imam atapun suara mubaligh iatu bilal
yang biasa menguatkan suaranya untuk memberitahu makmum yang solat di belakang.

d. Imam dengan makmum berhimpun atau berkumpul pada satu tempat/makmum


dibelakang imam
Keadaan perhimpunan antara kedua-duanya itu adalah seperti berikut:
i. Kedua-duanya berada di dalam satu bangunan walaupun jarak di antara kedua-duanya
sangat jauh.

ii. Kedua-duanya tidak berada dalam satu bangunan, umpamanya di tengah padang maka
jarak di antara kedua-duanya tidak boleh melebihi 300 hasta dan tidak perlu ada
dinding yang menghalang di antara kedua-duanya. Sekiranya keadaa tersebut
memisahkan di antara kedua-duanya ialah jalan raya sekalipun maka ikutan itu masih
lagi sah.

iii. Imam di dalam masjid iaitu di dalam bangunan dan makmum di luar ataupun di
belakang, maka jarak di antara kedua-duanya tidak melebihi 300 hasta dan tidak
mempunyai dinding yang menghalang kedua-duanya.

e. Makmum di belakang imam


Mamkum hendaklah ke belakang sedikit daripada imam iaitu diukur mengikut
tumitnya.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

f. Makmum tidak menyalahi imam


Makmum tidak boleh menyalahi imam terhadap sunat, sekiranya tidak diikuti akan
menyebabkan batal solat. Oleh itu, ia wajib sama ada meninggalkan atau melakukannya.
Begitu juga sujud sahwi di mana ia wajib mengikuti imamnya pada perbuatan dan tidak
meninggalkannya kerana apabila imam meninggalkan sujud sahwi maka sunat makmum
sujud sahwi selepas salam imamnya.

g. Imam tidak dipengaruhi oleh solat orang lain


Ini bererti ia melakukan solat tidak berimamkan kepada orang lain.

h. Imam mestilah lelaki


Jika berlainan perbuatan solat antara kedua-duanya seperti solat zuhur dengan solat
gerhana matahari maka ianya tidak sah. Akan tetapi jika solat isyak hukumnya harus dan
akan mendapat pahala.

i. Imam hendaklah mempunyai bacaan yang baik

j. Tidak boleh mengikuti imam yang diketahui batal solatnya

3.4 Makmum

Makmum ialah orang yang mengerjakan solat di belakang imam atau pn mengikut
pergerakkan imam, sama ada hanya dia seorang atau ramai iaitu para jemaah. Makmum
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu makmum muwafiq dan makmum masbuq.

3.5 Syarat-Syarat Sah Sebagai Makmum

Untuk memastikan sahnya solat makmum dalam mengerjakan solat secara berjemaah,
terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh makmum itu sendiri. Antaranya ialah:

Sekiranya seseorang itu hendak menjadi makmum secara berjemaah di dalam solat
dia haruslah niat semasa di dalam solatnya dengan mengikut imam. Ini berpandukan dalam
sebuah hadis, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Dari Umar bin al-Khaththab r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sesungguhnya setiap amalan itu mestilah disertai dengan niat dan bagi setiap orang adalah
apa yang diniatkan.

Seorang makmum hendaklah mengikut imam dalam semua perbuatannya, dan


makmum tidak boleh mendahului imam dalam semua perbuatan walaupun sedikit.
Berhubung dengan perkara ini terdapat satu riwayat yang menerangkan bahawa rasulullah
bersabda:

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya imam itu
dilantik untuk menjadi ikutan. Oleh sebab itu, janganlah kamu (para makmum) melanggar
perbuatannya. Apabila imam bertakbir, maka bertakbirlah kamu dan jika imam rukuk maka
rukuklah kamu, apabila imam membaca (Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya, maka
lafazkan (wahai Tuhan kami! Hanya kepada Engkau segala pujian) dan apabila imam
sujudlah kamu.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hendaklah kedudukan makmum berada di belakang imam. Makmum lelaki tidak


boleh berimam dengan imam perempuan. Berhubung dengan perkara ini, terdapat sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al-Baihaqi, bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

Dari jabar r.a dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami
dengan sabdana: kaum perempuan tidak boleh mengimami kaum lelaki.
(Hadis riwayat Ibnu majah dan al-Baihaqi)

Tidak ada penghandang yang menghalang atau menutup antara imam dan juga
makmum, sekiranya makmum berada di luar masjid sedangkan imam berada di dalam masjid.
Begitu juga sekiranya solat jemaah yang dikerjakan di kawasan lapang. Terdapat keterangan
yang menjelaskan, bahawa Rasulullah pernah bersabda:

Dari Aisyah r.s pernah pada suatu ketika sekumpulan dari golongan perempuan
mengerjakan solat di dalam biliknya dengan solat mengikut imam. Melihat keadaan itu, lalu
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Aisyah berkata: Janganlah kamu mengerjakan solat dengan mengikut imam, kerana di
antara kamu dan imam terdapat penghadang yang menutup (memisahkan).
(Hadis riwayat Syafii dan al-Baihaqi)

Namun begitu bagi makmum yang mengerjakan solat di amsjid tetapi dihalangi atau
dipisahkan oleh bilik atau ruang yang tertutup, maka disyaratkan membina lubang atau
tingkap yang terbuka supaya makmum dapat mengetahui segala gerak geri imam dan agar
makmum tidak mendahului perbuatan imam.

Para makmum perlulah mengetahui segala pergerakkan imam dari rukun ke rukun
yang lain dengan mendengar suara atau laungan darpada imam itu sendiri. Tidak berlaku
kesilapan pada bacaan imam, walaupun satu huruf, kerana telor (pelat) dan sebagainya.
Amam An-Nawawi pernah bekata: jika orang yang elok bacannya di dalam solat berada di
belakang imam yang tidak elok bacannya, maka batallah solat makmum dan sah solat imam
itu. Makmum perlulah memastikan bahawa imam yang diikutinya itu tidak akan mengulangi
solat akibat dari menghormati solat.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

4.0 KONSEP MASBUQ DAN MUWAFIQ DALAM SOLAT BERJEMAAH

Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas seseorang mamum pada mana-mana sahaja
rakaat sembahyangnya, dan kadangkala berlakunya kepada mamum muwafiq menjadi
mamum masbuq pada rakaat berikutnya. Setiap mamum wajib mengetahui dan memahami
tentang kedudukan mamum muwafiq dan masbuq untuk menjamin sembahyangnya sah dan
tidak terbatal

4.1 Masbuq
Seorang mamum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak
mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam
telah pun rukuk atau hampir-hampir rukuk kemudian mamum tadi masuk ke saf sembahyang
berjemaah. Ia boleh berlaku ke atas seseorang mamum kepada empat rakaat sama ada pada
rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat keempat.

Sebagaimana dalam huraian di atas bahawa orang masbuq ialah oang yang tidak
sempat berjamaah dalam qiam imamnya sekadar masa yang membolehkan dia membaca
fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang sederhana di kalangan orang ramai.
Contohnya seorang mamum masuk solat berjamaah lewat iaitu ketika imam membaca surah
al kafirun hampir tamat pada rakaat pertama, mamum itu dinamakan orang masbuq kerana
masa qiam imamnya itu tidak sempat dan tidak membolehkan ia membaca fatihah hingga
selesai.

4.1.1 Hukum Orang Masbuq


Sekiranya seorang mamum masuk berjamaah solat isya ketika imamnya hendak
memulakan bacaan surah ad Dhuha selepas fatihah, mamum itu dinamakan muafiq kerana
masa berdiri imamnya dia sempat membaca surah fatihah mengikut pembacaan uruf orang
ramai. Mamum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana
fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh mamum itu dikira
semuanya ditanggung oleh imamnya.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

4.1.2 Syarat-Syarat Masbuq


Syarat-syarat masbuq seperti berikut:
i. imam suci dari hadas dan najis
ii. Rakaat yang mamum masbuq ikut itu bukan rakaat yang lebih, contohnya rakaat
yang kelima.
iii. mamum masbuq sempat rukuk dan mempunyai tamakninah sebelum imamnya
bangkit daripada rukuk.

4.1.3 Contoh-Contoh Masbuq

Contoh Pertama
Setengah daripada mamum itu pada mulanya dia adalah orang muafiq, di dalam
menunaikan peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia bangkit qiam tiba-tiba
imamnya telah rukuk atau hampir rukuk, hukum mamum itu pada waktu itu ialah orang
masbuq. Jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka
ia mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah.

Contoh Kedua
Didapati imam-imam solat terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila
mamum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat
menghabiskan bacaan fatihah, maka hukumnya wajib ke atas mamum itu rukuk bersama-
sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu. Begitulah
hukumnya jika hal keadaan ini berlaku hatta setiap rakaat sekalipun.

Kalau mamum meneruskan bacaan fatihahnya hingga selesai sedangkan imam sudah
rukuk dan bangkit daripada rukuk, atau dia dapat rukuk bersama imam tetapi tidak sempat
dapat tamakninah dalam keadaan imamnya sudah bangkit dari rukuk, maka luputlah rakaat
itu darinya. Hendaklah dia terus mengikut imamnya sehingga salam, tetapi dia dikehendaki
menambah satu lagi rakaat yang terluput tadi.

Adalah sunat bagi orang masbuq untuk tidak membaca apa-apa bacaan sunat selepas
takbiratul ihram tetapi hendaklah membaca al fatihah sahaja kecuali ia menjangka sempat
membaca al fatihah dan membaca zikir yang sunat itu baharulah boleh berbuat demikian.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Contoh ketiga
Seorang masbuq yang berjamaah dengan imam, apabila rukuk imamnya dan makmum
yang masbuq belum lagi sempat membaca surah al fatihah di mana ia tidak membaca apa-apa
melainkan al fatihah, hendaklah ia tinggalkan bacaan al fatihahnya dan wajib ia mengikut
imamnya rukuk, kerana al-fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian
sahajaitu semuanya ditanggung oleh imamnya. Jika makmum yang masbuq itu bertabiat
lambat bacaannya sekalipun, tidak wajib ke atasnya membaca lebih daripada kemampuan
yang ia dapat. Berlainan kepada makmum muafiq yang lambat bacaan, dia dikehendaki
menghabiskan bacaan al-fatihahnya dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imamnya
sebagaimana dalam penerangan yang lepas.

Contoh keempat
Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca
al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke
atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.

Contoh kelima
Seorang makmum masbuq bersolat jamaah sibuk membaca zikir yang sunat, tiba-tiba
imamnya rukuk sedangkan dia belum membaca fatihahnya. Makmum itu wajib ke atasnya
membaca fatihah sekadar huruf-huruf yang dibaca dalam zikir sunat itu, dan ia dikehendaki
menggunakan ijtihad dzannya dalam hal ini.

Contoh keenam
Jika seorang makmum yang masbuq itu diam tanpa membaca fatihah selepas
takbiratul ihram sehingga imamnya rukuk, wajib ia membaca fatihah sekadar masa yang ia
diam itu, dan ia dikehendaki menggunakan ijtihad dzannya dalam hal ini.

Apabila makmum masbuq itu selesai membaca daripada fatihah kerana menggantikan
zikir sunat atau diamnya dalam contoh kelima dan keenam di atas, kemudian wajib ia rukuk,
jika ia dapat rukuk dengan imam sekadar tamakninah dengan yakin sebelum imamnya
bangkit daripada rukuk sedangkan ia baharu sahaja selesai membaca fatihah atau ia sempat
rukuk dengan imamnya tetapi tidak ada tamakninah, maka luputlah rakaat itu dan dia
dikehendaki tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Jika imamnya sudah mengangkat kepala daripada rukuk dan makmum yang masbuq
tadi masih belum sempurna bacaan fatihahnya maka wajib makmum tadi niat mufaraqah
sebagaimana diterangkan oleh Syeikh Ibnu Hajar menerangkan oleh syarbini dalam kitab
mughni dan diterangkan oleh Syeikh Ramli dalam kitab nihayah. Menurut pendapat syeikhul
Islam pula, makmum yang masih belum sempurna bacaan fatihah nya sedangkan imamnya
sudah mengangkat kepala daripada rukuk, tidak wajib atasnya niat mufaraqah, bahkan diberi
pilihan antara mufaraqah atau tinggalkan rukuk dan sujud terus bersama imamnya.

4.2 Muwafiq
Seorang mamum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di
mana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam dengan
bacaan yang sederhana

4.2.1 Hukum Orang Muafiq


Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang
daripada imamnya.tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk
dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahhud
awal dan duduk antara dua sujud.

4.2.2 Contoh Contoh Dan Gambarannya


i. Seorang mamum yang muafiq sedang solat berjamaah, sebelum imam qiam berdiri
tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk.Maka mamum berkenaan
mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun
keempat.
ii. Seorang mamum yang muafiq sedang berjamaah sebelum imam duduk tasyahhud
akhir mamum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.

Kedua-duanya contoh di atas menunjukkan bahwa mamum berkenaan masih lagi


berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun keempat.
Sebagaimana contoh-contoh di atas itu bahwa rukun-rukun yang renggang atau jarak antara
mamum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada:
Rukuk
Sujud yang pertama
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Sujud yang kedua

iii. Jika seorang muafiq itu solat berjamaah, apabila imamnya sudah berada dalam qiam
kedua untuk membaca al fatihah tetapi mamum berkenaan masih lagi berada di qiam
pertama belum lagi habis bacaan fatihahnya, atau imam sudah berada di tasyahhud
akhir sedangkan mamum masih lagi berada di qiam pertama dan fatihahnya belum
selesai, hukum mamum demikian ialah batal solatnya, kecuali ia membuat dua
pilihan segera semasa imam hendak berpindah kepada rukun keempat iaitu:

a. Pilihan pertama : mamum berkenaan dikehendaki meninggalkan bacaan


fatihahnya dan terus mengikut dan melakukan apa
yang sedang dilakukan oleh imam, dan ia tambah satu
rakaat lagi selepas salam imam, atau

b. Pilihan kedua : mamum berkenaan dikehendaki niat mufaraqah dari


mengikut imam, kemudian ia hendaklah meneruskan
bacaan al fatihah dan rukun- rukun yang lain dengan
seorang diri sehingga selesai solatnya.

Jika mamum berkenaan gagal membuat pilihan segera sebelum imam sampai kepada
rukun keempat iaitu qiam kedua atau tasyahhud akhir maka batal solat mamum itu dengan
sampainya imam kepada rukun kempat sedangkan ia masih berada di rukun yang pertama;
tetapi tidak mengapa jika sama-sama berpindah (selisih) iaitu mamum sedang berpindah
kepada rukuk manakala imam sedang berpindah kepada qiam kedua atau berpindah kepada
tasyahhud akhir.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

5.0 PERMASALAHAN SOLAT JEMAAH MENGIKUT MAZHAB SYAFIE

Masalah pertama : Awal Solat Makmum yang Masbuk

Soalan :
Seorang makmum masbuk sempat berniat makmum bersama imamnya (sebelum
imamnya memberi salam). Adakah sekadar apa yang sempat diperoleh oleh makmum
tersebut bersama imamnya itu dikira sebagai awal solatnya atau dikira sebagai akhir
solatnya?

Jawapan :
Jika apa yang sempat diperoleh bersama imamnya itu adalah dikira sebagai awal
solatnya. Ada pun tambahan yang dilakukan selepas imamnya memberi salam itu adalah
dianggap sebagai akhir solatnya.

Bagi makmum masbuq yang hanya sempat membaca qunut bersama imamnya pada
rakaat kedua bagi Solat subuh. Ia juga dikehendaki mengulangi bacaan qunutnya yang lain
daripada qunut yang dibaca bersama imamnya. Begitu juga halnya bagi makmum yang
menyertai imamnya ketika imamnya sedang duduk membaca tasyahud awal bagi solat
Maghrib. Maka makmum tersebut dikehendaki supaya mengulangi bacaan tasyahud awalnya
pada rakaat yang keduanya.

Dalam erti kata lain, inilah satu-satunya keadaan yang mana seseorang itu akan
membaca empat tahiyat dalam satu solat iaitu solat Maghrib dan tidak akan berlaku pada
solat-solat yang lain iaitu yang pertama ialah mambaca tahiyat awal bersama imamnya jika ia
menyertai imam ketika imamnya sedang membaca tahiyat awal pada rakaat kedua. Kedua
membaca tahiyat ketika imamnya duduk untuk membaca tahiyat akhir pada rakaat ketiga
sedangkan ia baru mendapat satu rakaat dan masih ada baki dua rakaat lagi. Ketiga ialah
apabila ia bangun untuk menambah dua rakaat lagi. Ia dikehendaki supaya duduk membaca
tahiyat awal pada rakaat keduanya. Ini bererti masih lagi berbaki satu rakaat. Keempat ialah
apabila duduk di akhir rakaat ketiganya, ia dikehendaki membaca tahiyat akhirnya sebelum
memberi salam, maka jumlah tahiyatnya adalah empat.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Masalah kedua: Buat Jemaah Kedua Atau Solat Sendirian

Soalan :
Seorang datang lewat ke masjid untuk berjemaah solat fardhu dan mendapati yang
imam telah memberi salam. Jadi yang mana lebih menepati petunjuk rasulullah s.a.w sama
ada membuat satu lagi jemaah untuk solat atau mengikuti jemaah yang dibentuk oleh orang
yang ketinggalan berjemaah bersama imam masjid atau solat bersendirian di dalam masjid
atau balik ke rumah untuk solat berjemaah dirumah?

Jawapan :
Sekiranya masjid tersebut ialah masjid jalanan, iaitu yang dibina di tengah-tengah
lebuhraya highway untuk kegunaan orang yang bermusafir, imam tetap tidak akan dilantik,
maka boleh sahaja atau tidak syak bahawa melakukan jemaah kedua adalah lebih baik.
Sekiranya masjid itu mempunyai imam tetap, maka yang lebih afdhal ialah bersembahyang
jemaah, dan tidak digalakkan bersembahyang berseorangan.

Menurut dalil yang terdapat dibawah adalah seperti berikut:

1. Hadis Nabi SAW: "Sembahyang seorang lelaki dengan seorang lelaki (berjemaah)
adalah lebih baik daripada sembahyangnya berseorangan. Dan sembahyangnya
dengan dua orang lelaki lebih baik daripada sembahyangnya dengan seorang lelaki.
Jemaah yang lebih banyak, lebih disukai oleh Allah". (HR Abu Daud dan Nasai).

2. Kisah seorang lelaki masuk ke dalam masjid Nabi, dan mendapati Rasulullah s.a.w
dan sahabat-sahabatnya telah selesai menunaikan solat jemaah. Lalu dia pun
bersembahyang berseorangan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang mahu
bersedekah kepada orang ini, dengan bersembahyang bersamanya?". Lalu seorang
lelaki bangun dan bersembahyang bersamanya. Kemudia Rasulullah pun bersabda:
"Dua orang ini adalah jemaah". (HR Ahmad dan Abu Daud). Di dalam hal ini,
jelaslah Nabi Muhammad s.a.w menyuruh umatnya supaya dilakukan jemaah kedua.
Oleh itu, tidak ada wajah bagi mereka yang mengingkari didirikan jemaah kedua,
kerana terdapat dalil yang jelas dalam setiap perkara yang disampaikan ini.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Masalah ketiga : Melintas Depan Jemaah Solat

Abdullah bin Abbas berkata; " Aku datang dengan menunggang keldai betina
dan saat itu aku hampir baligh. Ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang solat di
Mina dengan tidak menghadap tembok. Aku pun lewat di hadapan shaf
(solat), lantas ku turun dan ku lepas keldaiku agar merumput. Setelah itu,
aku masuk kedalam shaf, dan tiada seorang pun yang mengingkari
perbuatanku itu. (al-Bukhari)

Soalan:
1. Apakah petanda atau mesej yang hendak disampaikan pada hadis ini?
2. Adakah dibenarkan untuk kanak-kanak yang belum baligh melintas di depan
orang bersolat atau adakah dibenarkan untuk melintas di hadapan shaf makmum?

Jawapan:
Antara pengajaran dari hadis ini:

1. Imam Bukhari meletakkan hadis ini dalam kitab ilmu di mana telah menunjukkan
bahawa kanak-kanak yang belum baligh boleh meriwayatkan hadis. Kerana Ibn Abbas
r.a meriwayatkan hadis ini ketika beliau masih belum baligh.

2. Imam Bukhari meletakkan juga hadis bahawa makmum tidak memerlukan sutrah lain
kerana sutrah imam adalah sutrah mereka juga.

3. Hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh bersolat di dalam saf lelaki
dewasa. Selain itu hadis ini makmum kanak-kanak dibenarkan melintas depan saf
makmum dengan tujuan bersolat dalam saf mereka. Dan hadis ini mengkhaskan hadis
yang melarang melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, hadis itu dikhaskan
larangan kepada imam dan orang yang solat berseorangan sahaja, bukan larangan
kepada makmum yang berada di belakang imam.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

4. Ibn Abbas meriwayatkan hadis ini sebagai menasakhkan hadis yang mengatakan solat
akan terbatal jika dilintasi keldai dan wanita. Lebih-lebih lagi yang dinyatakan dalam
hadis ini adalah keldai betina pun tidak membatalkan solat, apatah lagi manusia
wanita tentulah tidak membatalkan solat.

5. Hadis ini membenarkan menaiki kenderaan untuk pergi bersolat jamaah.

6. Hadis ini menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan yang berlaku di hadapan Nabi
Muhammad SAW yang tidak diingkari adalah hujah dengan pengakuan Nabi SAW
(taqrir).
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

6.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERMASALAHAN INI


BERLAKU DAN KESAN TERHADAP PEMBENTUKAN MASYARAKAT
ISLAM ISLAM DI NEGARA INI

6.1 Faktor-Faktor
6.1.1 Kurangnya pengetahuan di dalam bidang agama khususnya di dalam solat
jemaah
Di dalam konteks ini, ramai umat Islam masih lagi kurang pengetahuan tentang
agama Islam terutamanya dari segi solat berjemaah. Ini kerana golongan manakah yang
terlibat di dalam perkara ini adalah kebanyakannya adalah golongan remaja. Golongan
remaja merupakan golongan yang terlalu kurang pengetahuan di dalam bidang ini.

Kebanyakan mereka lebih sukakan hiburan berbanding mendirikan solat secara


berjemaah. Sesetangah remaja tidak tahu bagaimana cara untuk mengerjakan solat secara
berjemaah. Apatah lagi membaca ayat-ayat al-Quran semasa menunaikan sembahyang.

Bukan sahaja remaja, orang dewasa juga mempunyai masalah yang sama dalam
solat berjemaah ini. Disebabkan kurangnya pengetahuan inilah, mereka akan
memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai masa dalam menunaikan solat
berjemaah. Sedangkan mereka tahu bahawa sembahyang berjemaah ini pahalanya lebih
daripada sembahyang bersendirian.

6.1.2 Kurang menitikberatkan penerapan di dalam pengajaran agama semasa dari


kecil
Solat berjemaah seharusnya dititikberatkan semasa dari zaman kanak-kanak lagi.
Sekiranya ia tidak di titikberatkan, akidah umat Islam akan mula goyah. Bermula dari
solatlah yang memberikan umat Islam kekuatan tidak kira dalam apa jua segi. Tetapi
sekiranya tiada manusia akan hidup terkapai-kapai mencari jalan petunjuk.

Akibat mengejar duniawi, umat Islam lupa dalam menerapkan solat berjemaah di
dalam kehidupan seharian. Ibu bapa hanya menganggap bahawa apabila anak-anak ke
sekolah mereka akan diajar mengenai solat dengan sempurna dan meletakkan
tangggungjawab ini kepada guru pelajaran agama Islam mendidik anak-anak mereka.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Tetapi mereka sendiri tidak mengaplikasikan atau menitikberatkan semasa berada


dirumah.

6.1.3 Kurang minat mendalami agama


Pada masa sekarang apa yang dapat dilihat begitu ramai orang dewasa tidak
gemar atau kurang minat dalam mendalami pengetahuan dalam agama dan juga tidak
mahu mendalami mengenai solat berjemaah.

Apabila timbulnya kurang minat dalam mendalami agama pemikiran manusia


mudah dipengaruh dengan ajaran sesat. Kini di Malaysia, terdapat banyak ajaran sesat
yang dapat menyesatkan umat Islam. Sebagai contoh, ajaran sesat yang dibawa oleh ayah
Pin. Ini dapat dilihat bahawa kurangnya pengetahuan serta minat dalam agama
menyebabkan manusia akan menganggap bahawa ajaran ayah Pin ini betul. Tetapi pada
hakikatnya terpesong jauh dari landasan Islam yang sebenar.

6.2 Kesan-Kesan
6.2.1 Memecah belahkan umat islam
Solat merupakan akar di dalam kehidupan manusia. Solat berjemaah amat
memberi kesan kepada sistem pentadbiran Negara. Ini kerana apabila tidak menunaikan
solat secara berjemaah sedikit sebanyak akan memberi kesan yang amat mendalam
kepada Negara itu sendiri.

Sebagai contoh, di Indonesia kehidupan masyarakat di Negara tersebut sudah


tidak lagi menerapkan ajaran Islam. Ini kerana kehidupan mereka telah jauh memesong
dari landasan agama. Dari segi perkahwinan, meraka boleh berkahwin antara yang
beragama Islam dengan agama lain. Malah mereka boleh mengamalkan ajaran masing-
masing selepas mendirikan rumah tangga. Anak-anak pula akan diberi pilihan apabila
mencecah umur 18 tahun keatas untuk memilih agama yang diinginkan.

6.2.2 Keruntuhan institusi kekeluargaan


Di Negara ini, institusi kekeluargaan adakalanya tidak sebegitu bermasalah.
Tetapi sekiranya ia tidak menerapkan atau mementingkan solat di dalam institusi
kekeluargaan maka ia akan goyah. Kebanyakkannya terlalu mengabaikan solat di dalam
kehidupan mereka.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

Selalunya kesan daripada keluarga yang mempunyai taraf kehidupan yang rendah
merupakan salah satu sebab tidak menerapkan atau mementingkan solat berjemaah
bersama-sama kerana ibu bapa begitu sibuk mencari nafkah untuk keluarga. Begitu juga
di dlaam keluarga yang berada, kerana terdapat sesetengah keluar yang tidak mengambil
berat didalam soal solat hinggakan keluarga menjadi porak peranda.

6.2.3 Mudah dijajah


Apabila masyarakat terlalu tidak mengambil berat mengenai solat mereka secara
tidak langsung akan memudahkan anasir-anasir dari luar menjajah pemikiran dan juga
kehidupan kita. Sebagai contoh terlalu banyak hiburan-hiburan dari luar Negara yang
boleh melalaikan masyarakat terutamanya umat Islam.

Ini dapat dilihat perkara-perkara ini terjadi di kota-kota besar seperti Kuala
Lumpr. Di mana di Kuala Lumpur terdapat pelbagai kelab hiburan yang boleh
melalaikan dan melengah-lengahkan umat Islam dari mengerjakan solat secara
berjemaah. Selain itu, di Genting Highland juga merupakan tempat perlancongan yang
menyediakan tempat perjudian yang terbesar di Malaysia. Tetapi sekarang umat Islam
sudah tidak dibenarkan pergi ke Genting Highland jika hendak dibandingkan dahulu.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

7.0 CADANGAN MENANGANI PERMASALAHAN


Terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya, masyarakat
haruslah mendalami bahagian ajaran agama. Ini kerana kini terdapat ramai ustaz atau ustazah
yang mana mengadakan kelas atau ceramah untuk menyebarkan ajaran agama Islam kepada
orang ramai. Ramai juga alim ulama yang mengajar agama di rumah-rumah mereka atau di
masjid-masjid di seluruh Negara untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang tidak
dapat disimpulkan oleh masyarakat sekarang.

Selain itu, media massa perlulah memperbanyakkan dalam menyediakan tayangan


ceramah-ceramah yang tidak dapat dikunjungi oleh orang ramai yang berada jauh dari rumah
mereka. Pelbagai cd atau dvd yang banyak membincangkan tentang pelbagai permasalahan
yang terdapat sekarang ini. Media cetak juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan bahan
maklumat kepada orang ramai mengenai permasalahan dan juga maklumat mengenai solat
secara berjemaah ini.

Di samping itu, pemimpin negara perlulah mengambil berat mengenai peranan dalam
mengangani permasalan ini. Ini kerana sekiranya pemimpin tidak mengambil berat atau
mengambil tahu tentang permasalahan ini ia akan menyebabkan negara akan menjadi pincang
dan segala proses pentadbiran akan mengalami masalah.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

8.0 REFLEKSI
Solat amat penting dalam kehidupan kita seharian. Tidak kiralah solat secara
bersendirian, solat sunat atau pun solat secara berjemaah. Namun begitu solat secara
berjemaah ini banyak kelebihan dan juga manfaatnya kepada umat Islam yang
mengamalkannya. Ini kerana sekiranya mereka mengerjakan solat secara berjemaah
mereka akan mendapat pahala sebanyak 27 kali ganda sekiranya dibandingkan solat
secara bersendirian.

Namun begitu, masih lagi terdapat masyarakat yang tidak mengerjakan solat
secara berjemaah kecuali solat Jumaat kerana wajib dikerjakan dengan makmum seramai
40 orang. Ramai masyarakat masih lagi keliru di dalam permasalahan mengerjakan solat
jemaah. Malah ada juga yang memandang remeh mengenai masalah solat jemaah ini.

Sekiranya masyarakat tidak mengambil berat tentang permasalahan di dalam


solat secara berjemaah ini akan menyebabkan solat itu tidak sah di mana di dalam solat
itu melibatkan makmum. Terdapat juga solat yang melibatkan imam semasa solat dan
terbatal dengan sendirinya sekiranya imam itu tidak mengambil berat semasa solat
berjemaah itu berlaku.
PENDIDIKAN ISLAM PIK2102W SOLAT BERJEMAAH DAN PERMASALAHANNYA

9.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, solat berjemaah ini amat penting kepada umat Islam di muka bumi
ini. Ia boleh dilihat dari segi kelebihan solat berjemaah kerana solat berjemaah ini
mempunyai pahala yang banyak jika dibandingkan dengan solat secara bersendirian. Sebelum
ini masyarakat di Malaysia hanya mengetahui ajaran agama Islam ini mengikut mazhab
Syafie dan tidak mengetahui bagaimana mazhab-mazhab lain mengaplikasikan
bagaimanakah solat jemaah ini dapat dilakukan.

Begitu juga berkenaan makmum masbuq dan juga makmum muwafiq. Selain itu,
segala permasalahan yang tidak pernah diketahui apakah masalah-masalah di dalam solat
berjemaah dapat diketengahkan. Oleh yang demikian, masyarakat kini perlulah mengambil
berat mengenai solat lima waktu secara berjemaah kerana ini akan memberi manfaat pada
masa sekarang dan juga masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai