Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan pentaksiran berterusan dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan
pentaksiran berterusan ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk tugasan saya ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hanizad bin Ramlan yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya
dari awal lagi sejak tugasan pentaksiran berterusan ini diedarkan sehinggalah
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan model insan yang cemerlang.
2.0 PENDAHULUAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t melalui jelajah siri perjalanan hidup
baginda Nabi Muhammad. Kita dapat mengenali dan menyelami kehidupan
ikutan sepanjang zaman Baginda Nabi Muhammad adalah rasul yang terakhir
diutuskan Allah s.w.t kepada umat Islam dan syariat yang dibawa oleh Baginda
merupakan penutup segala syariat.
Nabi Muhammad merupakan contoh teladan yang sempurna dan model
kepada sesiapa sahaja yang ingin memiliki kehidupan yang baik dan bahagia
samada di dunia dan di akhirat. Tambahan pula, kehidupan Baginda tidak ditokok
tambah dengan sifat ketuhanan dan dijauhkan dengan ceritacerita dongeng yang
tidak memberi peluang kepada musuh Islam menyerang agama yang suci ini.
3.0KEHIDUPAN RASULULLAH SEBELUM MENJADI RASUL

Sebelum diangkat menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW digelar sebagai Al-
Amin, yang bermaksud "orang yang amanah”. Nama Baginda ialah Muhammad
Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib. Baginda berasal daripada kabilah Bani Hasyim
(Keturunan Quraisy yang paling mulia). Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12
Rabiulawal bersamaan 20 April 570 M iaitu pada tahun gajah di Kota Makah Al-
Mukarramah.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia


memberikan perlindungan? (Ad-Dhuha:6)

Ayat ini menjelaskan bahawa baginda membesar sebagai anak yatim.


Setelah mencecah umur 6 tahun, ibu Baginda telah meninggal dunia dan datuk
Baginda, Abdul Mutolib menjaganya sehingga berumur 8 tahun sebelum
meninggal dunia. Selepas itu, Baginda dijaga oleh bapa saudara Baginda
sehingga mencapai umur dewasa.
Nabi Muhammad SAW disusukan oleh ibunya selama tiga hari selepas
dilahirkan, dan kemudian oleh hamba Abu Lahab iaitu Thuwabatul Islamiyyah
selama beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan keadaan itu dan
membebaskannya. Baginda kemudian disusukan selama empat tahun oleh
Halimatus Sa'diah. Semasa membawa baginda pulang ke rumahnya, beliau
mendapati susu badannya banyak. Semenjak Nabi Muhammad SAW tinggal
bersamanya banyak berlaku perkara-perkara yang luar biasa, diantaranya ialah
kambing ternakannya membiak dengan banyaknya dan juga peristiwa dada
baginda dibedah.
Nabi Muhammad SAW dibesarkan oleh datuknya yang bernama Abdul
Muthalib dan kemudian oleh bapa saudaranya Abu Talib, setelah datuknya
meninggal dunia. Baginda seorang peniaga yang mempunyai sikap yang baik
kerana bersikap jujur dan adil semasa berniaga.
Pada usia baginda 25 tahun, Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan
Saidatina Khadijah. Nama panjang beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin
Asad bin Abdul Uzza bin Qushi. Bapanya bernama Khuwailid bin Asad dan
ibunya bernama Fatimah binti Za’idah. Saidatina Khadijah berasal dari keturunan
Bani Asad dari suku Quraisy. Garis keturunannya yang terpandang membuatkan
beliau sangat dihormati oleh kalangan penduduk Mekah. Saidatina Khadijah
adalah seorang pedagang dan pengusaha yang dermawan dan baik hati.
Sewaktu itu, Saidatina Khadijah dengan berbesar hati mengutus
pembantunya yang bernama Maisarah dengan niat menawarkan pekerjaan
kepada Rasulullah SAW untuk membawa barang dagangannya ke Negeri Syam.
Rasulullah SAW pun menerima tawaran itu. Baginda menghabiskan sebahagian
besar waktunya selepas berkahwin dengan Saidatina Khadijah dengan
bertafakur dan beribadat di Gua Hira.
Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah
SWT melalui Malaikat Jibril di Gua Hira pada tahun 610 Masihi, ketika baginda
berumur 40 tahun. Ini menandakan permulaan kenabian, dan Nabi Muhammad
SAW mula menyebarkan ajaran Islam kepada orang-orang di sekitarnya.
Walaupun menghadapi banyak kesukaran dan tentangan daripada kaum
Quraisy, baginda terus menyebarkan ajaran Islam dan memimpin kaumnya
dengan penuh hikmah dan penuh kasih sayang. Sebelum diangkat menjadi
Rasul, Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan budi pekerti dan keperibadian
yang terpuji, yang menjadi landasan kepimpinan baginda semasa menjalankan
tugas sebagai Nabi dan Rasul Allah.
4.0 KEHIDUPAN RASULULLAH SELEPAS DILANTIK MENJADI RASUL

Setelah baginda diutus menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW telah mula
menyebarkan dakwah ajaran Islam kepada penduduk Mekah dan sekitarnya.
Baginda menyebarkan dakwah Islam secara rahsia kepada keluarganya dahulu.
Golongan yang menerima dakwah ajaran Islam termasuklah dari golongan
wanita, lelaki, kanak-kanak dan hamba. Baginda menghadapi pelbagai cabaran
dan tentangan daripada Quraisy, yang tidak menyetujui ajaran baru ini.
Pada tahun 622 Masihi, Nabi Muhammad SAW berpindah ke Madinah, yang
menandakan permulaan penyebaran Islam ke seluruh Semenanjung Tanah
Arab. Beliau menubuhkan masyarakat Islam yang kuat dan memimpin
perjuangan mempertahankan dan menyebarkan Islam.
Nabi Muhammad SAW juga banyak terlibat dalam peperangan
mempertahankan umat Islam daripada serangan musuh semasa kepimpinan
baginda. Perang Badar, Uhud, dan Khandaq adalah antara yang paling terkenal.
Sepanjang pertempuran ini, beliau menunjukkan keberanian dan kepimpinan
yang luar biasa, memberi inspirasi dan menggalakkan umat Islam.
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja pemimpin politik dan tentera, tetapi juga
guru dan pembimbing rohani bagi umat Islam. Beliau mengajar tentang akidah,
akhlak, dan amalan Islam yang penting.
Nabi Muhammad SAW wafat di Madinah pada tahun 632 Masihi pada usia 63
tahun. Kepimpinan baginda telah menyatukan bangsa Arab yang berpecah
belah, serta keamanan dan keadilan kepada masyarakat. Legasi beliau sebagai
Rasul Allah telah memberi impak yang besar kepada sejarah dunia dan terus
mempengaruhi kehidupan umat Islam hari ini.
5.0 PENUTUP

Kehidupan Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi rasul telah menunjukkan ciri-
ciri seorang rasul yang akan memimpin umat Islam. Baginda telah menunjukkan
kebijaksanaan dalam menyelesaikan hal yang berkaitan dengan kabilah Arab di Mekah
dan dapat mengelakkan pertumpahan darah berlaku.
Selain itu, Baginda sendiri terdiri daripada kabilah yang mulia dan disegani oleh puak
kabilah yang lain dan Baginda telah menunjukkan ciri-ciri pendakwah yang betul dengan
tidak mengemis dan meminta-minta wang daripada orang lain, sebaliknya Baginda telah
bekerja keras untuk menyara kehidupan. Apa yang dapat kita saksikan di sini bahawa
Baginda merupakan contoh ikutan dan teladan yang sempurna dari segi individu,
keluarga dan masyarakat.
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menambahkan keyakinan diri dan memberi
manfaat kepada umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai