Anda di halaman 1dari 3

Pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan

1.0 Pemerintahan enam tahun pertama

Pembukuan al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila
ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara
sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang
paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al-Quran. Banyak terdapatnya
perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat
yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh
sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang mana
ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan
lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah
yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani.
Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber
perundangan Islam.

Menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negaradalam
usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang
dapatmengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman
kegemilanganmereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus,
Afganistan, Samarqand,Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi.
Beliau juga bertanggungjawabdalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama
bagi menjamin keselamatan danmelakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang
telah dibuka melalui angkatan tentera ini.

Pembangunan meningkat

Bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para
pegawai yang bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Bagi
kepentingan rakyat umum, jalan raya, jambatan dan telaga air dibina bagi keperluan para
pengembara, dan begitu juga tebing-tebing sungai turut dibina bagi mengatasi masalah banjir
yang sering dihadapi oleh penduduk Madinah. Manakala Masjid Nabawi telah menjadi padat
kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah
membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan
tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

Ramai individu yang mengikuti Islam melalui dakwah yang disampaikan

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai
banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai
pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga
telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang
membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak menggunakan Al-Quran dan as-Sunah dalam
menjalankan hukum-hukum.

2.0 Sebab-sebab munculnya fitnah besar

Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah
Saidina Uthman ra. hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah
yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang
yang datang hendak umrah pada bulan Rejab. Saidina Ali bin Abi Thalib ra. bermati-matian
membela Saidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan
dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka,

Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar sewaktu di Mekah,


mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat
pimpinan dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala kemudahan
untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.

Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata,

Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku.

Saidina Ali ra menjawab,

Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada
sekarang ini dan adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun shalat yang
tidak diqasar sewaktu di Mekah, adalah kerana dia berkeluarga di Mekah dan dia berniat
untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang
dikhususkan itu adalah untuk ternakan sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk
ternakan unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini
sebelumnya. Adapun mengangkat pimpinan dari generasi muda, hal ini dilakukan
semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut.
Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun beliau
mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan
kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di
tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga.

Setelah mendengar penjelasan Ali ra., umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para
peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara
mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu daripada sahabat termuka
yang memburukkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh. Fitnah keji pun
terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga
terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung selama satu bulan di
rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan “Al-Fitnah al-Kubra” yang pertama, sehingga
merobek persatuan umat Islam.

https://d1.islamhouse.com/data/en/ih_articles/single2/en_Uthman_Ibn_Affan.pdf
(www.islamreligion.com)

Aisha S. (2014). The Rightly Guided Caliphs: Uthman ibn Affan. Diakses melalui
https://www.newmuslims.com/lessons/235

Anda mungkin juga menyukai