Anda di halaman 1dari 26

DAKWAH ISLAMIYYAH (DWI 20102).

IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH SEMESTER 4.

NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHAMAD NURUL


HAFIZ BIN AB. LATIF
TAJUK: USUL DAN SUMBER DAKWAH
BIL NAMA NOMBOR MATRIKS
1 AHMADI MUZDAHIR BIN JAMALUDDIN 046462
2 MUHAMMAD IDRIS BIN SHAARI 056679
3 MUHAMMAD HAFIZ BIN JOHARI 056678
4 MUHAMMAD ZULFIKRI BIN ABDULLAH 047146
PENGENALAN RINGKAS

USUL DAKWAH TERBAHAGI KEPADA 5 IAITU:


1.AL QURAN AL KARIM
2.HADIS NABAWIYYAH
3.SIRAH NABAWIYYAH
4.SIRAH KHULAFA AR RASYIDIN
5.WAQI ULAMA
SUMBER 1:
AL QURAN AL KARIM
MAKSUD AL-QURAN
 Al-quran dari segi bahasa diambil dari kata: ‫رأ‬66‫ ق‬yang berarti baca. Arti ini
mempunyai makna anjuran kepada umat Islam untuk membaca Al-quran.
Alquran juga bentuk mashdar dari ‫لقراة‬66‫ ا‬yang berarti menghimpun dan
mengumpulkan. Dikatakan demikian sebab seolah-olah Al-quran menghimpun
beberapa huruf, kata, dan kalimat secara tertib sehingga tersusun rapi dan
benar. Oleh karena itu Alquran harus dibaca dengan benar sesuai sesuai dengan
makhraj dan sifat-sifat hurufnya, juga dipahami, diamalkan dalam kehidupan
sehari-hari dengan tujuan apa yang dialami masyarakat untuk menghidupkan
Al-quran baik secara teks, lisan ataupun budaya.

 Manakala dari segi istilah ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril, dalam
Bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya
adalah ibadat, bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Nas
CIRI CIRI AL-QURAN
1. Kitab yang Terang dan Jelas
Ini bererti Al-Quran adalah kitab yang mudah difahami untuk diambil pengajaran darinya. Ianya bukan kitab falsafah yang
mempunyai ayat-ayat yang sukar difahami. Allah ta'ala berfirman:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa
yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Al-Qamar: 17)

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?" (Muhammad: 24).

2. Kitab Allah
Ini bererti sumber kitab ini adalah daripada Allah, yang diturunkan melalui perantaraan Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w.

: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu
persatu yang diturunkan daripada sisi Allah Yang Maha Mendalam pengetahuan-Nya.”
(Surah Hud : 1)

3. Kitab Yang Terpelihara


Allah ta'ala telah menjamin bahawa Al-Quran akan terpelihara daripada dulu hingga bila-bila, ini termaktub dalam firmanNya:

"Sesungguhnya kami yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya" (Al-Hijr: 9)

Segala isi Al-Quran tidak ada yang berubah sedikitpun dan bebas daripada penyelewengan sejak daripada
zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang.
4. Kitab Mukjizat
Mukjizat adalah satu kelebihan yang ada pada para nabi tanpa dapat ditiru oleh sesiapa pun. Al-Quran adalah
mukjizat untuk Rasulullah s.a.w dalam ertikata keagungan penulisannya, sekaligus mematahkan hujah para
pakar sastera arab yang ramai pada zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa dapat meniru atau
menghasilkan sesuatu semisal Al-Quran. Allah ta'ala berfirman:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan
hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan
mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri". (Al-Israk:
88)

5. Kitab yang mengandungi bukti yang pasti


Alquran memuat banyak fakta ilmiah yang ajaib yang baru ditemukan. Misalnya, Al-quran memberi tahu kita
tentang penghalang yang memisahkan air masin dari air tawar agar tidak bercampur satu sama lain.  Allah
Ta'ala Berkata dalam alquranSurat Ar-Rahman Ayat 19:  

Artinya: "Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu.“

Selain itu, al-Quran juga menceritakan tentang kejadian yang akan datang. Misalnya, Persia mengalahkan
Bizantium dalam salah satu pertempuran mereka. Alquran mencatat kekalahan ini dengan meramalkan bahwa
Bizantium akan mengalahkan Persia.
SUMBER 2:
AL HADIS NABAWI
HADIS NABAWI
Hadis nabawi sudut istilah ulama hadis yang mana perkataannya keluar
daripada nabi tanpa dinisbahkan kepada Allah s.w.t. Erti kata lain hadis nabawi
mengikut ulama Hadis ialah segala yang disandarkan kepada nabi baik berupa
perkataan,perbuatan,sifat tubuh badan atau kelakuan,ketetapan dan perjalanan
hidup Rasulullah s.a.w.  

Sudut isnad atau sanad hadis nabawi itu secara langsungnya dinisbahkan kepada
nabi sebagai orang yang bersabda.

Hadis nabawi sebahagian besar daripadanya merupakan wahyu dan sebahagian


besar yang lain pula merupakan ijtihad daripada Baginda Rasulullah s.a.w.itu
sendiri. Nabi Muhammad melakukan ijtihad yang difahami dari al-Quran.
Seterusnya jika terdapat mana-mana ijtihad Baginda itu yang tidak tepat atau
tersalah akan diperbetulkan oleh wahyu.
CIRI-CIRI HADIS NABAWI
 Makna dinisbahkan kepada Allah SWT dan lafaz dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW

 Terdapat dua bentuk iaitu:

i. Tauqifi: iaitu hadis yang kandungannya diterima oleh Nabi Muhammad melalui wahyu,
kemudian baginda sampaikan kepada umatnya

ii. Taufiqi: iaitu hadis yang tercipta murni dari pemahaman Nabi Muhammad terhadap al-
Quran, atau dari perenungan dan ijtihad baginda

 Hadis Nabawi membicarakan perkara-perkara yang bersangkutan dengan keperluan hidup


manusia, kepentingan manusia dan negara, menerangkan hukum halal dan haram serta
perkhabaran baik dan buruk yang akan diterima oleh manusia yang melakukan kebajikan dan
maksiat.
SUMBER 3:
SIRAH NUBUWIYYAH
SIRAH NUBUWIYYAH
 Sirah dari sudut bahasa ialah jalan atau penghuraian yang ada pada
diri seseorang insan.

 Sirah dari sudut istilah pula ialah perkara yang mengandungi sirah
Rasulullah SAW atau seperti cerita yang memberi tauladan kepada
pendengarnya serta menggerakkan kerja kerja dakwah Islamiah.
CIRI CIRI SIRAH NUBUWIYYAH
‫]ا لشمو [ل‬
 Sirah Nabi Muhammad SAW ditulis oleh para ulama berkenaan
dengan hayat baginda. Selain itu jika dilihat melalui kitab kitab
sirah yang dikarang oleh para ulama, ianya hampir sama dan tidak
terkeluar daripada penceritaan hayat Rasulullah SAW dan ia sangat
teliti dan jelas.

 Selain itu, sirah Nabi juga merupakan penceritaan yang


melengkapi kehidupan seperti manusia lain seperti contoh
penggiatan nabi juga wujud dalam aspek politik, kemasyarakatan
dan sebagainya.
CIRI CIRI SIRAH NUBUWIYYAH
[‫]ا حلفظ‬
 Sirah Nabi Muhammad SAW dijaga oleh Allah SWT sepertimana al Quran
dan hadis Nabi Muhammad SAW.

 Selain itu, sirah Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan oleh para sahabat
Nabi Muhammad SAW dan mereka Menyusun dan memeliharanya serta
memasukkannya sebagai dalil dalil syariat Islam dan menjaganya daripada
hilang supaya ianya mudah disampaikan kepada setiap muslim.

 Selain itu, kata dan janji mereka juga boleh dipercayai. Hal ini menunjukkan
bahawa allah swt juga memelihara kisah kekasihnya untuk dijadikan pedoman
kepada kita dan dapat menentukan syariat islam melalui tingkah laku yang
dilakukan oleh baginda Nabi SAW.
CIRI CIRI SIRAH NUBUWIYYAH
[‫]ا لعملية‬
 Sirah Nabi Muhammad SAW sesuai pada tempat dan masa dan pada setiap
aspek daripada aspek aspek kehidupan. Hal ini demikian kerana, sirah Nabi
Muhammad SAW jauh daripada perkara khayalan dan ianya merupakan
perkara realiti dalam kehidupan manusia.

 Oleh itu, sesiapa yang mahu contoh suri tauladan dari Rasulullah SAW
seperti contoh soal percintaan iaitu pemilihan lelaki yang baik atau
perempuan yang baik untuk dijadikan suami atau isteri.

 Selain itu, bagi mereka yang mahu ikuti dakwah Rasulullah SAW, boleh
diperolehi dari sirah Nabi Muhammad SAW dan bagi mereka yang
memimpin, boleh mengambil sirah Rasulullah SAW sebagai panduan untuk
SUMBER 4:
SIRAH KHULAFA RASHIDIN
KHULAFA AR RASYIDIN
 Khulafa ar rasyidin bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang
benar atau lurus
 Mereka adalah pewaris kepimpinan rasulullah selepas kewafatan
nabi muhammad S.A.W
 Mereka dilantik secara syura atau pilihan kahilfah sebelumnya
 Pada era khulafa ar rasyidin mereka telah memerintah dunia dengan
penuh kejayaan dan kegemilangan dan berjaya meruntuhkan
dominasi empayar rom dan parsi yang telah lama wujud
 Khulafa ar rasyidin terdiri daripada empat sahabat iaitu saidina abu
bakar, saidina umar al-khatab, saidina uthman affan, dan saidina ali
abi talib,
SAIDINA ABU BAKAR RA
Semasa Nabi Muhammad sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina
Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad,
sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk
melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu,
Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin
melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan khawarij.
Tentangan itu tamat selepas Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara
kejayaan yang diperoleh Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan
golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al
Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.

beliau wafat pada tahun 634M.


KHALIFAH UMAR AL-KHATAB RA
Semasa pemerintahan Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; orang Islam menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi
daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine
(Rom Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang
berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia
Kecil.

Pada tahun 637 Masihi, selepas pengepungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar
Baitulmuqaddis iaitu Patriarch Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya
bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat
tidak berapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun
kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru
ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra ♙ dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.


KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN RA
Uthman menjadi khalifah selepas Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644 M.
Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun
656M. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan angkatan tentera laut
yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik
dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula ayat al-Quran dalam
bentuk yang sempurna dan dikenali sebagai Mushaf Uthman.

Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan


Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.

Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas
hati dengan pemerintahannya.
KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB RA

Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di
dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan supaya Ali menjadi khalifah tetapi
Ali menolak. Namun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju menjadi khalifah.

Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam, iaitu Perang Jamal ("Perang
Unta") antara tentera pimpinan Ali dengan pengikut Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair
ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang Jamal berjaya dipadam oleh Khalifah Ali. Selepas
tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali ke Madinah sementara Perang Siffin pula
membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn
Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.

Ali wafat pada tahun 661 Masihi akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan
ke masjid untuk menunaikan solat subuh.
SUMBER 5:
WAQA’IE ULAMA DAN
PARA PENDAKWAH
ULAMA SEBAGAI PEWARIS NABI

 Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi


SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah
pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak
mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka
mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil
warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang
banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)]
Siapa itu Ulama?
 Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua
kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk
kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami
agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini
bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa
hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang
agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada kepada banyak istilah
selain ulama’ yang diguna bagi merujuk bidang masing-masing.
Contohnya: Istilah Tabib yang merujuk kepada pakar perubatan.
ULAMA SEBAGAI PEWARIS NABI
 Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau
untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh
dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang.
Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami
berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’
maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-
arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)

 Dan sebaik-baik ulama yang boleh dijadikan panduan dan sumber rujukan salam dalam
dakwah adalah para sahabat kerana mereka merupakan insan yang mendampingi Nabi SAW
dan lebih mengetahui serta memahami Sunnah dan Sirah Nabi SAW. Situasi dan suasana
mereka yang istimewa menempatkan mereka pada kedudukan yang khusus dalam kalangan
Ulama.
Akhir Kata
 Sebagai penutup, bolehlah disimpulkan bahawa para ulama
merupakan suatu sumber panduan dan tauladan dalam
menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

 Walaupun begitu, kita hendaklah mengambil kira keadaan


semasa dan menyesuaikan kaedah dakwah seiring dengan
waktu dan situasi memandangkan terdapat perbezaan
suasana pada zaman mereka dan zaman kita.
Rumusan
 Rumusan yang boleh dibuat untuk tajuk kumpulan kami adalah kita
semua sebagai seorang daie sepatutnya mendalami dan menjadikan
Al-Quran, Sunnah dan Sirah Nabi S.A.W, Sirah Khulafa Ar-Rasyidin
serta kisah para Ulama sebagai sumber rujukan dalam
menyampaikan dakwah.

Anda mungkin juga menyukai