Pengenalan
Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran
ialah wahyu yang Allah turunkan
kepadaNabi
Muhammad
s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat
Jibril yang
sampai
ke
zaman
sekarang
secara mutawatir. Tujuan utama penurunan Al-Quran adalah sebagai panduan,
petunjuk serta sebagai ikutan umat manusia sejagat. Kandungannya meliputi segala
urusan keduniaan berkaitan kehidupan manusia, merangkumi urusan pentadbiran,
akhlak, hukum hakam, ibadat dan sebagainya. Antara kandungannya yang lain
adalah tentang sejarah iaitu perkara yang telah berlaku, perkara yang sedang dan
akan berlaku. Ayat- ayat yang diturunkan pula meliputi tujuan umum dan tujuan
khusus. Ada antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan bagi menghuraikan tentang
sesuatu perkara, atau menjelaskan hukum-hakam atau untuk menjawab soalan
yang diajukan kepada nabi, Peristiwa yang berlaku di sebalik penurunan sesuatu
ayat dinamakan Asbabun nuzul. Pengetahuan mengenai asbabun nuzul, memainkan
peranan besar dalam menjelaskan atau menghurai kehendak ayat yang dikaji.
Pengertian
Pengertian asbabun nuzul dari sudut bahasa adalah sebab-sebab turunnya ayat alQuran kepada nabi.
Dari segi istilah, asbabun nuzul membawa maksud apa-apa peristiwa yang berlaku
yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat, atau pemberian
jawapan terhadap sebabnya, atau untuk menerangkan tentang hukumnya pada
masa berlakunya peristiwa itu atau sebagai menjawab pertanyaan yang diajukan
kepada Rasulullah. Lalu turunlah ayat bagi menjelaskan perkara tersebut.
Menurut Az Zarqani didalam menakrifkan "Asbab An-Nuzul adalah hal yang khusus
atau sesuatu yang terjadi serta ada hubungannya dengan penurunan sesuatu ayat
Al Quran sebagai penjelas hukum pada saat peristiwa itu terjadi. (1)
Menurut Ash Shabuni: Asbab An-Nuzul adalah peristiwa atau kejadian yang
menyebabkan turunnya satu atau beberapa ayat yang mulia yang berhubungan
dengan kejadian tersebut baik berupa pertanyaan yang diajukan kepada Nabi atau
kejadian yang berkaitan dengan urusan agama. (2)
Menurut Subhi Shalih
Maksudnya: Sesuatu yang menjadi sebab turunnya sesuatu ayat atau
beberapa ayat Al-Quran yang menerangkan sebab peristiwa tersebut sebagai suatu
jawapan mengenai sebab itu, atau sebagai penjelas hukumnya pada masa
terjadinya peristiwa tersebut. (3)
Menutut Manna Al Qathan, Asbab An-Nuzul ialah peristiwa yang menyebabkan
turunnya Al Quran berkenaan dengannya pada masa peristiwa itu berlaku sama ada
1
berupa suatu kejadian atau pertanyaan yang diajukan kepada Nabi. (4)
Oleh itu asbabun nuzul dapat diertikan sebagai sebab sebab turun ayat. Dan sebab
ini dapat dilihat dalam bentuk peristiwa yang berlaku. Apabila ayat diturunkan
sebagai penjelasan atau penceritaan sempena berlakunya sesuatu peristiwa.maka
peristiwa tersebut dinamakan asbabun nuzul . Contohnya hadis riwayat alBukhari
tentang sahabat bernama Khabbab al-Arath katanya :
Maksudnya : Aku adalah seorang qain (tukang besi). Al-As Ibn Wail ada
berhutang denganku, lalu aku pergi kepadanya untuk menuntut hutangku itu,Lalu
al-As berkata kepada ku : aku tidak akan membayar hutangmu itu sehingga engkau
kufur kepada Muhammad dan menyembah al-lata dan Uzza. Aku menjawab : aku
tidak akan kufur sehingga Allah mematikanmu kemudian membangkitkanmu. Lalu
al-As bertanya : Aku akan mati dan akan dibangkitkan ?. Aku akan tunggu hari
tersebut yang mana aku akan detang dengan harta dan anak, maka aku akan
tunaikan hutang engkau. Lalu Allah menurunkan ayat sebagaimana berikut :
Yang bermaksud : Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan (wahai
Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta
ia berkata: "Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak
pada hari akhirat? (77) Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau
adakah ia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?(78)
Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan
tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda.(79) Dan Kami akan warisi (harta
benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami
dengan seorang diri.(80)(5) - (S.Maryam:77-80)
Peristiwa yang berlaku kepada Khabbab al-Arath ini disebut sebagai asbabun nuzul.
Bentuk asbabun nuzul yang seterusnya adalah berbentuk pertanyaan , terdapat ayat
yang diturunkan dengan sebab pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah yang
meminta baginda menyatakan hukum atau menerangkan sesuatu. Contoh yang
berkaitan dengan hal ini ialah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin
Jabal katanya :
Yang bermaksud Sesungguhnya seorang Yahudi telah menipu kami dan
menambah masalah kami, dan bertanya berkaitan dengan anak bulan. Kenapa anak
bulan itu mula-mula kecil bentuknya ,kemudian semakin besar sehinggalah menjadi
separuh ,kemudian menjadi purnama dan kemudian kurang, mengecil balik hingga
kedudukannya yang asal. Maka Allah turunkan ayat al Quran sebagaimana
firmannya :
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan
bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya
(ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang
2
bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah
kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.
CARA MENGETAHUI SEBAB NUZUL
Untuk mendapatkan pengetahuan tentang asbabun nuzul ,tidak boleh dengan hanya
bersandarkan pendapat atau akal fikiran atau Bi al-rayi semata-mata. Sebaliknya
perlulah disandarkan kepada riwayat yang sahih dan mendengar serta menyaksikan
sendiri ayat itu diturunkan ataupun mereka mengetahui sebab-sebabnya dan
mengkaji mengenainya. Mereka mestilah terdiri dari kalangan sahabat, tabiin dan
mereka yang bertungkus lumus mengkaji ilmu ini yang terdiri dari kalangan ulama
yang dipercayai.(6)
Al Wahidi berkata Tidak boleh berbicara sebab turunnya ayat-ayat al Quran, kecuali
dengan periwayatan yang dinukilkan dari mereka yang menyaksikan turunnya ayat,
mengetahui sebab-sebab turunnya dan meneliti ilmunya. (7)
Untuk mengetahui asbabun nuzul bukanlah perkara mudah, ia mestilah berdasarkan
panduan dan riwayat yang sahih. Ulama salaf dan ahli tafsir begitu teliti dan sangat
berhati-hati dalam masalah ini. Ulama biasanya mengetahui sebab turunnya sesuatu
ayat melalui riwayat para tabiin atau melalui sahabar Rasulullah atau melalui riwayat
yang secara sah berasal daripada nabi. Dan riwayat-riwayat tersebut bukanlah
pendapat semata-mata , tetapi merupakan riwayat yang marfu yang bersandarkan
kepada nabi, barulah riwayat tersebut diterima sebagai riwayat yang sahih.
Berkaitan dengan pentingnya riwayat-riwayat yang sah bersandarkan kepada nabi
atau riwayat marfu itu adalah untuk diterima sebagai hukum atau sah. Hal ini
seperti yang dijelaskan oleh al-Wahidi : Adalah tidak sah menyatakan sesuatu
pendapat berkaitan dengan asbab nuzul , kecuali dengan bersandarkan kepada
riwayat yang sah ataupun dengan mendengar sendiri secara langsung daripada
mereka yang menyaksikan turunnya ayat, mengetahui sebabnya serta berusaha
bersungguh-sungguh untuk menelitinya.(8)
FAEDAH MENGETAHUI ILMU
Sebagai seorang yang ingin mengetahui sesuatu perkara, lazimnya ia akan
mengkaji perkara tersebut sampailah ke akar umbi bagi mencari kebenaran yang
hakiki supaya menjadi hujah yang jitu sekiranya berhadapan dengan persoalanpersoalan yang timbul dari kalangan masyarakat. Tidak kira apa jua bidang sekali
pun. Ini termasuklah salah satu cabang bidang ilmu al-Quran iaitu ilmu berkaitan
dengan Asbabul Nuzul. Di dalam kajian makalah yang ringkas ini, penulis hanya
mengkhususkan tentang faedah mengetahui akan ilmu tersebut serta betapa
pentingnya ilmu ini dalam mentafsir dan merungkai hokum sesuatu ayat yang
diturunkan oleh Allah s.w.t kepada pesuruhnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Di antara faedah mengetahui ilmu Asbabul Nuzul adalah mengetahui hikmah
ketetapan dan menjadi kaedah yang kuat serta menjelaskan secara terperinci dalam
memahami sebab atau akibat ditetapkannya sesuatu hokum oleh Allah s.w.t. Maka
dengan itu, secara awal perbicaraan, penulis merakamkan beberapa faedah serta
pandangan ulama-ulama yang mutabar bagi menguatkan hujah bahawa wajib
sesorang itu mengetahui akan ilmu ini. Di antara faedah-faedah berikut adalah
seperti yang tercatat dibawah ini :
i.
iii
jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara
kamu dating dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan
perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau
berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu,
Yang suci, Iaitu sapukanlah kemuka kamu dan keduatangan kamu.
Sesungguhnya Allah MahaPemaaf, lagiMahaPengampun.
Ayat ini diturunkan atas sebab ada dikalangan sahabat ketika menunaikan
solat dalam keadaan mabuk, tersilap membacas esuatu ayat Al-quran di
dalam solat.Maka Allah s.w.t menurunkan ayat ini bagi menjelaskan
supaya jangan melaksanakan solat dalam keadaan mabuk. vi
iii.
(ketika
perasaanku
terhadap
mereka
mengajaknya
kamu
berdua!
beriman):
Patutkah
kamu
"Ah!
Bosan
menjanjikan
kepadaKu Bahawa Aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, pada hal
berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? "
sambil mendengar kata-katanya itu ibubapanya merayu memohon
pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada
Anaknya Yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! berimanlah (tentang
hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap
benar". lalui menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah
cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!"
iv.
v.
(Batasan Tertentu).
Antara hikmah lain dalam mengetahui asbabun nuzul adalah mengetahui
sanggahan terhadap dugaan hashr (batasan tertentu) iaitu menolak
sangkaan yang tidak benar tentang sesuatu batasan hukum, sebagaimana
yang diriwayatkan oleh imam SyafiI tentang firman Allah dalam surah alAnam ayat 145:
.vi
vii.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah
Yang mengalir, atau daging babi kerana Sesungguhnya ia adalah kotor
atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang
disembelih atas nama Yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa Yang
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha
viii.
ix.
kamu anggap haram dan yang haram itu yang kamu anggap halal. vii
Imam Al Haramain berkata uslub ayat tersebut amat indah. Kalau saja
Imam SyafiI tidak menyatakan pendapat demikian, nescaya kami
tidakakan dapat menarik kesimpulan perbedaan imam Malik dalam hal
hashr/ batasan yang diharamkan sebagaimana di sebut dalam ayat di
atas.
(Sebab
turunnya
ayat
ini
secara definitif
(Al-Baqarah: 223).
3. Asbabun
tersebut
Nuzul
setelah
Rasulullah
SAW
difahami
wujudnya
dan
dari
kandungannya.
persoalan
Baginda
yang
menjawab
Turunnya
diajukan
pertanyaan
ayat
kepada
tersebut
dipahami melalui konteks dan jalan ceritanya, seperti sebab turunnya ayat
tentang ruh dari Ibnu Masud.
4. Asbabun Nuzul tidak disebutkan dengan ungkapan sebab secara jelas, tidak
dengan mendatangkan fa taqibiyyah yang menunjukkan sebab, dan tidak
pula seperti jawapan yang muncul hasil pertanyaan yang diajukan. Akan
tetapi, dikatakan:
Ungkapan seperti ini secara definisinya tidak menunjukkan sebab, tetapi ungkapan
ini mengandung makna sebab dan makna lainnya, iaitu tentang hukum khusus atau
persoalan yang sedang dihadapi. Di dalam menentukan cara yang keempat sebagai
9
yang
sama,
salah
satu
ada
nas
Abbas tentang Lian (menuduh istri berbuat zina tanpa mengajukan empat
saksi yang kuat) yang tersebut dalam surat an-Nur (24) ayat 6-9. Jika
dibandingkan dengan riwayat Bukhari dan Muslim dari Sahl bin Sa'ad, kedua
riwayat sama-sama shahih dan sangat sukar dilakukan tarjih. Langkah terbaik
adalah menerima pakai kedua riwayat itu. Menurut Azzarqani, tidak ada
keraguan apa pun untuk mengambil langkah untuk kompromi tentang
persoalan ini. Bahkan, lebih utama dilakukan kompromi dari pada menolak
salah satunya.
Pada zaman awal perkembangan Islam, kekerapan sesuatu ayat diturunkan tidak
menjadi isu untuk dibahaskan. Walaubagaimanapun ia dibahaskan oleh ulama tafsir
yang mutaakhirin.
Menurut Syeikh al-Zarkasyi, ada beberapa ayat yang diturunkan beberapa
kali seperti ayat-ayat surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Isra dan sebagainya. Ayat-ayat
surah al-Fatihah diturunkan sekali di Mekah dan sekali di Madinah. Ayat pertama
surah al-Ikhlas diturunkan sekali ke atas orang Musyrikin di Mekah al-Mukarramah
dan sekali lagi diturunkan ke atas Ahli Kitab di Madinah al-Munawwarah.
Beliau juga berpendapat, pengulangan penurunan ayat menunjukkan betapa
pentingnya sesuatu ayat dan memberi peringatan agar mereka tidak lupa. Ia juga
dipersetujui oleh ulama-ulama tafsir yang lain seperti Imam as-Suyuti, Ibnu
Taimiyyah dan Ibnu Hajar al-Asqalani.
Walau bagaimana pun pendapat ini disangkal dengan beberapa hujah. Adapun jika
sesuatu ayat itu diturunkan dua kali dengan sebab kepentingan dan kebesarannya,
maka ayat-ayat lain seperti ayat al-Kursi yang menggambarkan sifat-sifat Allah s.w.t
dan nama-nama kebesarann-Nya ia seharusnya diturunkan berulang kali.
Manakala pendapat yang menyatakan penurunan ayat-ayat al-Quran beberapa kali
kerana dikhuatiri lupa, maka ia disangkal dengan beberapa potong ayat al-Quran
seperti ayat 9 Surah al-Hijr:
Maksudnya:
11
Menurut zhahir ayat dinyatakan bahawa sai antara Shafa dan Marwah adalah tidak
wajib sebagaimana yang difahami oleh Urwah ibnu Zubair. Saidatina Aisyah r.a
menjelaskan bahawasanya orang-orang Jahiliyah dahulu melakukan sai antara
Shafa dan Marwah sedang mereka dalam sainya mengunjungi dua patung yang
bernama Isaar yang berada di bukit Shafa dan Nailah yang berada di bukit Marwah.
Tatkala orang-orang masuk Islam diantara kalangan sahabat ada yang merasa
berkeberatan untuk melakukan sai antara keduanya kerana takut bercampur-baur
antara ibadah Islam dengan ibadah Jahiliyah. Dari itu turunlah ayat sebagai
bantahan terhadap keberatan mereka (yang mengatakan) kalau-kalau tercela atau
berdosa dan menyatakan wajib bagi mereka untuk melakukan sai kerana Allah s.w.t
semata-mata bukan kerana berhala. Itulah sebabnya Aisyah membantah pendapat
Urwah berdasarkan sebab turun ayat.
13
BIBLIOGRAFI
(1) Muhammad Abd Az-Azhim Az-Zarqani , Manhil Al-Irfan , Dar Al Fikr, Beirut, tt,
Jilid 1, hlm 106
(2) Muhammad Ali Ash Shabuni, At-Tibyan fi Ulum Al-Quran, Maktabah Al-Ghazali,
Damaskus, 1390, hlm 22
(3) Subhi Al- Shalih, Mabahits Fi Ulum Al-Quran, Dar Al-Qalam li Al-Malayyin, Beirut,
1988, hlm 132
(4) Manna Al Qathan, Mabahits Fi Ulum Al-Quran, Mansyurat Al-Asr Al Hadis, ttp,
1973 hlm 78
(5) Rosmawati Ali,2010, Pengantar Ulum Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd. H. 129
(6) Rosmawati Ali,2010, Pengantar Ulum Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd. H. 132
(7) Jalaluddin as Suyuthi, 2008, Asbabun Nuzul ,Sebab Turunnya Ayat Al-Quran,
Jakarta : Gema Insan..h.10
(8) Rosmawati Ali,2010, Pengantar Ulum Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd. H. 133
(9) AzmilHashim, Abd. RahmanAbdGhani, 2012, HIQ3013 Ilmu-Ilmu Al-Quran,
TanjongMalim,UPSI
14
(10) Al-Qattan Manna Khalil, pentj. Muzakir AS, 2007, StudiIlmu-ilmu Al-Quran,
Bogor: PustakaLinteraAntar Nusa.
(11) Djunaidi, AzharuddinSahil, HisyamAzwardi, 1990, Mukadimah Al-Quran
danTafsir, Departmen Agama Republik Indonesia.
(12) Yusuf Qaradawi, 1999, Berinteraksidengan Al-Quran , Jakarta, GemaInsani
Press.
(13) Izzan Ahmad. 2005. Ulumul Quran. Bandung. Pustaka Setia
(14) Asmawi Haji Ehsan. 2010. Ulumul Quran . Selangor. Pustaka Haji Abdul Majid
(15) Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis.2012. Selangor. Darul Furqan PTS
Media Grup Sdn. Bhd.
15
i
ii
iii
iv
v
vi
vii