Anda di halaman 1dari 16

ASBABUN NUZUL

Pengenalan
Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran
ialah wahyu yang Allah turunkan kepadaNabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang
secara mutawatir. Tujuan utama penurunan Al-Quran adalah sebagai panduan,
petunjuk serta sebagai ikutan umat manusia sejagat. Kandungannya meliputi segala
urusan keduniaan berkaitan kehidupan manusia, merangkumi urusan pentadbiran,
akhlak, hukum hakam, ibadat dan sebagainya. Antara kandungannya yang lain
adalah tentang sejarah iaitu perkara yang telah berlaku, perkara yang sedang dan
akan berlaku. Ayat- ayat yang diturunkan pula meliputi tujuan umum dan tujuan
khusus. Ada antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan bagi menghuraikan tentang
sesuatu perkara, atau menjelaskan hukum-hakam atau untuk menjawab soalan
yang diajukan kepada nabi, Peristiwa yang berlaku di sebalik penurunan sesuatu
ayat dinamakan Asbabun nuzul. Pengetahuan mengenai asbabun nuzul, memainkan
peranan besar dalam menjelaskan atau menghurai kehendak ayat yang dikaji.
Pengertian
Pengertian asbabun nuzul dari sudut bahasa adalah sebab-sebab turunnya ayat al-
Quran kepada nabi.
Dari segi istilah, asbabun nuzul membawa maksud apa-apa peristiwa yang berlaku
yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat, atau pemberian
jawapan terhadap sebabnya, atau untuk menerangkan tentang hukumnya pada
masa berlakunya peristiwa itu atau sebagai menjawab pertanyaan yang diajukan
kepada Rasulullah. Lalu turunlah ayat bagi menjelaskan perkara tersebut.

Menurut Az Zarqani didalam menakrifkan "Asbab An-Nuzul” adalah hal yang khusus
atau sesuatu yang terjadi serta ada hubungannya dengan penurunan sesuatu ayat
Al Qur’an sebagai penjelas hukum pada saat peristiwa itu terjadi. (1)

Menurut Ash Shabuni: “Asbab An-Nuzul” adalah peristiwa atau kejadian yang
menyebabkan turunnya satu atau beberapa ayat yang mulia yang berhubungan
dengan kejadian tersebut baik berupa pertanyaan yang diajukan kepada Nabi atau
kejadian yang berkaitan dengan urusan agama. (2)

Menurut Subhi Shalih

‫ما نزلة الاية او الايات بسببه متضمنة له أو مجيبة عنه أو مبينة لحكمه زمن وقوعه‬
Maksudnya: Sesuatu yang menjadi sebab turunnya sesuatu ayat atau
beberapa ayat Al-Quran yang menerangkan sebab peristiwa tersebut sebagai suatu
jawapan mengenai sebab itu, atau sebagai penjelas hukumnya pada masa
terjadinya peristiwa tersebut. (3)
Menutut Manna Al Qathan, Asbab An-Nuzul ialah peristiwa yang menyebabkan
turunnya Al Qur’an berkenaan dengannya pada masa peristiwa itu berlaku sama ada

1
berupa suatu kejadian atau pertanyaan yang diajukan kepada Nabi. (4)

Oleh itu asbabun nuzul dapat diertikan sebagai sebab sebab turun ayat. Dan ‘sebab’
ini dapat dilihat dalam bentuk peristiwa yang berlaku. Apabila ayat diturunkan
sebagai penjelasan atau penceritaan sempena berlakunya sesuatu peristiwa.maka
peristiwa tersebut dinamakan asbabun nuzul . Contohnya hadis riwayat alBukhari
tentang sahabat bernama Khabbab al-‘Arath katanya :
Maksudnya : “ Aku adalah seorang qain (tukang besi). Al-‘As Ibn Wa’il ada
berhutang denganku, lalu aku pergi kepadanya untuk menuntut hutangku itu,Lalu
al-‘As berkata kepada ku : aku tidak akan membayar hutangmu itu sehingga engkau
kufur kepada Muhammad dan menyembah al-lata dan ‘Uzza. Aku menjawab : aku
tidak akan kufur sehingga Allah mematikanmu kemudian membangkitkanmu. Lalu
al-‘As bertanya : Aku akan mati dan akan dibangkitkan ?. Aku akan tunggu hari
tersebut yang mana aku akan detang dengan harta dan anak, maka aku akan
tunaikan hutang engkau. Lalu Allah menurunkan ayat sebagaimana berikut :

Yang bermaksud : “Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan (wahai


Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta
ia berkata: "Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak
pada hari akhirat? (77) Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau
adakah ia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?(78)
Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan
tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda.(79) Dan Kami akan warisi (harta
benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami
dengan seorang diri.(80)”(5) - (S.Maryam:77-80)

Peristiwa yang berlaku kepada Khabbab al-‘Arath ini disebut sebagai asbabun nuzul.

Bentuk asbabun nuzul yang seterusnya adalah berbentuk pertanyaan , terdapat ayat
yang diturunkan dengan sebab pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah yang
meminta baginda menyatakan hukum atau menerangkan sesuatu. Contoh yang
berkaitan dengan hal ini ialah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Mu’az bin
Jabal katanya :

Yang bermaksud “ Sesungguhnya seorang Yahudi telah menipu kami dan


menambah masalah kami, dan bertanya berkaitan dengan anak bulan. Kenapa anak
bulan itu mula-mula kecil bentuknya ,kemudian semakin besar sehinggalah menjadi
separuh ,kemudian menjadi purnama dan kemudian kurang, mengecil balik hingga
kedudukannya yang asal. Maka Allah turunkan ayat al Quran sebagaimana
firmannya :

Maksudnya : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai


(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan
bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya
(ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang

2
bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah
kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.

CARA MENGETAHUI SEBAB NUZUL

Untuk mendapatkan pengetahuan tentang asbabun nuzul ,tidak boleh dengan hanya
bersandarkan pendapat atau akal fikiran atau Bi al-ra’yi semata-mata. Sebaliknya
perlulah disandarkan kepada riwayat yang sahih dan mendengar serta menyaksikan
sendiri ayat itu diturunkan ataupun mereka mengetahui sebab-sebabnya dan
mengkaji mengenainya. Mereka mestilah terdiri dari kalangan sahabat, tabi’in dan
mereka yang bertungkus lumus mengkaji ilmu ini yang terdiri dari kalangan ulama
yang dipercayai.(6)

Al Wahidi berkata “ Tidak boleh berbicara sebab turunnya ayat-ayat al Quran, kecuali
dengan periwayatan yang dinukilkan dari mereka yang menyaksikan turunnya ayat,
mengetahui sebab-sebab turunnya dan meneliti ilmunya. (7)

Untuk mengetahui asbabun nuzul bukanlah perkara mudah, ia mestilah berdasarkan


panduan dan riwayat yang sahih. Ulama salaf dan ahli tafsir begitu teliti dan sangat
berhati-hati dalam masalah ini. Ulama biasanya mengetahui sebab turunnya sesuatu
ayat melalui riwayat para tabi’in atau melalui sahabar Rasulullah atau melalui riwayat
yang secara sah berasal daripada nabi. Dan riwayat-riwayat tersebut bukanlah
pendapat semata-mata , tetapi merupakan riwayat yang marfu’ yang bersandarkan
kepada nabi, barulah riwayat tersebut diterima sebagai riwayat yang sahih.

Berkaitan dengan pentingnya riwayat-riwayat yang sah bersandarkan kepada nabi


atau riwayat marfu’ itu adalah untuk diterima sebagai hukum atau sah. Hal ini
seperti yang dijelaskan oleh al-Wahidi : “ Adalah tidak sah menyatakan sesuatu
pendapat berkaitan dengan asbab nuzul , kecuali dengan bersandarkan kepada
riwayat yang sah ataupun dengan mendengar sendiri secara langsung daripada
mereka yang menyaksikan turunnya ayat, mengetahui sebabnya serta berusaha
bersungguh-sungguh untuk menelitinya.(8)

FAEDAH MENGETAHUI ILMU

Sebagai seorang yang ingin mengetahui sesuatu perkara, lazimnya ia akan


mengkaji perkara tersebut sampailah ke akar umbi bagi mencari kebenaran yang
hakiki supaya menjadi hujah yang jitu sekiranya berhadapan dengan persoalan-
persoalan yang timbul dari kalangan masyarakat. Tidak kira apa jua bidang sekali
pun. Ini termasuklah salah satu cabang bidang ilmu al-Quran iaitu ilmu berkaitan
dengan Asbabul Nuzul. Di dalam kajian makalah yang ringkas ini, penulis hanya
mengkhususkan tentang faedah mengetahui akan ilmu tersebut serta betapa

3
pentingnya ilmu ini dalam mentafsir dan merungkai hokum sesuatu ayat yang
diturunkan oleh Allah s.w.t kepada pesuruhnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Di antara faedah mengetahui ilmu Asbabul Nuzul adalah mengetahui hikmah


ketetapan dan menjadi kaedah yang kuat serta menjelaskan secara terperinci dalam
memahami sebab atau akibat ditetapkannya sesuatu hokum oleh Allah s.w.t. Maka
dengan itu, secara awal perbicaraan, penulis merakamkan beberapa faedah serta
pandangan ulama-ulama yang mu’tabar bagi menguatkan hujah bahawa wajib
sesorang itu mengetahui akan ilmu ini. Di antara faedah-faedah berikut adalah
seperti yang tercatat dibawah ini :

i. Membantu memahami ayat Al-Quran.


Ilmu tentang asbabun nuzul mempunyai pengaruh yang sangat besar
terhadap bidang pentafsiran Al Quran. Hal ini kerana, pengetahuan
mengenainya membantu seseorang memahami ayat dengan lebih baik.
Sahabat-sahabat nabi sendiri akan bertindak mendahulukan pendapat
sahabat mereka yang mengetahui sebab-sebab turunnya ayat, berbanding
pendapat sahabat yang tidak mengetahuinya. Imam Al-Wahidi dengan
tegas menyatakan pendiriannya iaitu:

‫نلقايفمِةكقننمفعِةرنفقةنتفِةسيِةرا ن‬
‫لنايِةةقدوننالقوققوفعليقصتهاوبياننزولها‬
Maksudnya :” Tidak mungkin seseorang mengetahu itafsir dari sesuatu
ayat tanpa mengetahui kisahnya dan keterangan sekitar turunnya ayat
tersebut.i
Imam Ibnul Daqiqai-Aid berkata bahawa penjelasan asbabunnuzul adalah
jalan paling baik dalam memahami maksud yang terkandung di dalam Al-
Quran al- Quran.iiImam As-Syathibi menyatakan bahawa mengetahui
iii
asbabun nuzul wajib bagi orang yang ingin mengetahui ilmu alQuran.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata bahawa mengetahui asbabun nuzul
akan membantu untuk memahami ayat Al-Quran, kerana ilmu tentang
asbabun nuzul akan membawa kepada ilmu musabab( ayat yang
diturunkan berkaitan dengan sebab berlakunya sesuatu). iv Ini bererti
dengan mengetahui sebab sesuatu ayat diturunkan, akan membawa
kepada pengetahuan mengenai akibat. Di antara contoh yang boleh
dikemukakan seperti firman Allah dalam surah Al-Imran ayat188 :

4


Jangan sekali-kali Engkau menyangka (Wahai Muhammad, bahawa)
orang-orang Yang bergembira Dengan apa Yang mereka telah lakukan,
dan mereka pula suka dipuji Dengan apa Yang mereka tidak lakukan –
jangan sekali-kali Engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa,
dan mereka pula akan beroleh azab Yang tidak terperi sakitnya.

Berdasarkan ayat ini, setiap orang yang gembira dengan apa yang
dikerjakannya dan suka dipuji terhadap apa yang belum dikerjakannya,
kelak akan disiksa, maka semua orang pasti akan menerima nikmat atau
azab apa yang diusahakannya.Isi kandungan ayat ini tidak dapat difahami
sehingga Ibnu Abbas r.a menjelaskan bahawa ayat itu diturunkan kepada
kaum Yahudi ketika mereka cuba berpura-pura menyampaikan kepada
nabi s.a.w tentang sesuatu, akan tetapi mereka menyembunyikannya, dan
memberitahu perkara lain kepada Rasulullah dengan keadaan mereka
memperlihatkan telah memberitahu sesuatu kepada nabi dengan niat
supaya mendapat pujian daripada baginda. Hal ini memperlihatkan
bahawa pengetahuan tentang asbabun nuzul membantuk kefahaman ayat
dengan lebih jelas.v

ii. Mengetahui Pengkhususkan Hukum


Terdapat sebab Nuzul yang membetulkan kesilapan sesuatu perkara dan
menjelaskan hokum terhadap perkara tersebut. Seperti firman Allah dalam
surah An-Nisa’ ayat 43:





Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu
sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. Dan janganlah pula
(hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) –
kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan

5
jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara
kamu dating dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan
perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau
berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu,
Yang suci, Iaitu sapukanlah kemuka kamu dan keduatangan kamu.
Sesungguhnya Allah MahaPemaaf, lagiMahaPengampun.
Ayat ini diturunkan atas sebab ada dikalangan sahabat ketika menunaikan
solat dalam keadaan mabuk, tersilap membacas esuatu ayat Al-quran di
dalam solat.Maka Allah s.w.t menurunkan ayat ini bagi menjelaskan
supaya jangan melaksanakan solat dalam keadaan mabuk. vi

iii. Mengetahui Dengan Jelas Kepada Siapa Dan Apa Sebab Sebenar
Turunnya Sesuatu Ayat.
Pengetahuan mengenai Asbabun nuzul membantu mengetahui dengan
jelas kepada siapa dan apa sebab sebenar turunnya sesuatu ayat.
Contohnya hadis riwayat Bukhari yang menceritakan tentang Aisyah r.a
menegur Marwan ketika ia menuduh saudaranya Abdul Rahman b. Abu
Bakar dengan berkata: Demi Allah bukan dia yang berkaitan dengan ayat
itu, jika aku hendak aku boleh menyebutkan siapa dia dalam ayat 17
,surah Al-Ahqaf :




Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang Yang berkata kepada kedua
ibubapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan
perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan
kepadaKu Bahawa Aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, pada hal
berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? "
sambil mendengar kata-katanya itu – ibubapanya merayu memohon
pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada
Anaknya Yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! berimanlah (tentang
hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap
benar". lalui menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah
cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!"

6
iv. Faedah Mengetahui Sebagai Sanggahan Terhadap Dugaan Hashr
(Batasan Tertentu).
v. Antara hikmah lain dalam mengetahui asbabun nuzul adalah mengetahui
sanggahan terhadap dugaan hashr (batasan tertentu) iaitu menolak
sangkaan yang tidak benar tentang sesuatu batasan hukum, sebagaimana
yang diriwayatkan oleh imam Syafi’I tentang firman Allah dalam surah al-
An’am ayat 145:
 .vi



vii. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah
diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah
Yang mengalir, atau daging babi – kerana Sesungguhnya ia adalah kotor
– atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang
disembelih atas nama Yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa Yang
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
viii. Dalam menjelaskan hal ini beliau menyatakan bahawa orang-orang
kafir ketika mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah dan
menghalalkan apa-apa yang diharamkan oleh Allah serta mereka terlalu
berlebihan, maka turunlah ayat sebagai bantahan terhadap mereka.
Dengan demikian seolah-olah Allah berfirman” Yang halal hanya yang
kamu anggap haram dan yang haram itu yang kamu anggap halal”. vii
ix. Imam Al Haramain berkata“ uslub ayat tersebut amat indah. Kalau saja
Imam Syafi’I tidak menyatakan pendapat demikian, nescaya kami
tidakakan dapat menarik kesimpulan perbedaan imam Malik dalam hal
hashr/ batasan yang diharamkan sebagaimana di sebut dalam ayat di
atas.

Ayat Terlebih Dahulu Turun Daripada Hukum


Dalam (Al-Burhan, juz, 1, hal. 32), Az Zarkasyi menulis satu perbahasan yang
berhubung erat dengan Asbabun Nuzul, tajuknya : ‘ Penurunan ayat lebih dahulu
daripada hukum’ .Ia mengemukakan contoh yang tidak menunjukkan bahawa ayat

7
itu turun mengenai hukum tertentu, kemudian pengalamannya datang sesudahnya di
dalam Al-Burhan terdapat ayat yang dinyatakan :
“Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan diri”
(Al-A’la : 14)
Ayat Tersebut dijadikan dalil untuk kewajipan Zakat Fitrah. Diriwayatkan oleh Baihaqi
daripada ibnu Umar, bahawa ayat itunturun berkenaan dengan zakat Ramadhan
kemudian secara marfu’ , Baihaqi juga meriwayatkan keterangan yang sama.
Beberapa Ayat Turun Mengenai Orang Tertentu
Terdapat juga seorang sahabat mengalami beberapa kali peristiwa. Al-Quran juga
demikian, turun selari dengan pelbagai peristiwa yang berlaku,ia banyak turun
sesuai dengan banyak peristiwa yang berlaku sebagai jawapan daripadanya.
Misalnya apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitabnya “ Al-Adab Al-Mufrad”
tentang berbakti kepada orang tua. Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas Ia berkata :
“ Ada empat ayat Al-Quran turun berkenaan denganku”. Pertama apabila Ibuku
bersumpah bahawa ia tidak makan dan minum sebelum aku meninggalkan
Muhammad, lalu Allah menurunkan ayat:
“ Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan
denganku, sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh
adanya maka janganlah taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia
dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaku
( dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada akulah tempat
kembali kamu semua, maka aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah
kerjakan.” ( Lukman : 15 ).
Ibn Taimiyyah berpendapat, bahwa banyak ayat yang diturunkan berkenaan dengan
perkara tertentu bahkan, kadang-kadang menunjuk pribadi seseorang, kemudian
dipahami sebagai berlaku umum. Di sisi lain, ada juga ulama yang berpendapat
bahwa ungkapan satu lafadz Al-quran harus dipandang dari segi kekhususan sebab
bukan dari segi keumuman lafadz (al-„brah bi „umum al-lafzhi la bi khusus as-
sabab).

PERIWAYATAN ASBABUN NUZUL

Di dalam periwayatan Asbabun Nuzul, terdapat beberapa ungkapan yang digunakan


para sahabat untuk menunjukkan sebab turunnya Al-Qur’an. Ungkapan-ungkapan
tersebut dapat dikenali di dalam beberapa bentuk seperti berikut:

1. Asbabun Nuzul disebutkan dengan ungkapan yang jelas, seperti:

8
(Sebab turunnya ayat ini demikian). Ungkapan ini secara definitif
menunjukkan Asbabun Nuzul dan tidak mengandung kemungkinan makna
lain.
2. Asbabun Nuzul tidak ditunjukkan dengan lafaz sebab, tetapi dengan
mendatangkan lafaz ‘fa ta’qibiyah’ bermakna maka atau kemudian
dalam rangkaian suatu riwayat, termasuk riwayat tentang turunnya
suatu ayat setelah terjadi peristiwa atau kejadian. Ungkapan seperti ini
juga menunjukkan bahawa peristiwa itu adalah sebab baik turunnya ayat
tersebut. Misalnya ialah Asbabun Nuzul yang diriwayatkan oleh Muslim dari
Jabir. Jabir berkata: “Orang-orang Yahudi berkata: “Barang siapa yang
menggauli isterinya dari kubulnya dari arah duburnya, anaknya akan lahir
dalam keadaan juling”, maka Allah menurunkan ayat:
          
      
  
(Al-Baqarah: 223).

3. Asbabun Nuzul difahami dari kandungannya. Turunnya ayat


tersebut setelah wujudnya persoalan yang diajukan kepada
Rasulullah SAW dan Baginda menjawab pertanyaan tersebut
berdasarkan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT. Para mufassir
tidak menunjukkan sebab turunnya dengan lafaz Asbabun Nuzul dan tidak
dengan mendatangkan ‘fa ta’qibiyyah’ . Akan tetapi Asbabun Nuzulnya
dipahami melalui konteks dan jalan ceritanya, seperti sebab turunnya ayat
tentang ruh dari Ibnu Mas’ud.

4. Asbabun Nuzul tidak disebutkan dengan ungkapan sebab secara jelas, tidak
dengan mendatangkan ‘fa ta’qibiyyah’ yang menunjukkan sebab, dan tidak
pula seperti jawapan yang muncul hasil pertanyaan yang diajukan. Akan
tetapi, dikatakan:

Ungkapan seperti ini secara definisinya tidak menunjukkan sebab, tetapi ungkapan
ini mengandung makna sebab dan makna lainnya, iaitu tentang hukum khusus atau
persoalan yang sedang dihadapi. Di dalam menentukan cara yang keempat sebagai

9
Asbabun Nuzul, terdapat beberapa pendapat, a d a y a n g m e n g a t a k a n s e b a g a i
p e n j e l a s a n h u k u m . Menurut Az Zarkasyi bahawa kebiasaan para sahabat dan
Tabi’in telah diketahui apabila mereka mengatakan “ ayat ini adalah nuzul tentang
ini”. Ini bermakna ayat ini menjelaskan ianya mengandungi sesuatu hukum tertentu
dan bukan untuk menerangkan sebab turun ayat. Namun, terdapat satu kaedah
di dalam menentukan salah satu dari dua makna yang terkandung di
dalam sesuatu ayat itu adalam melalui isi kandungan yang terdapat di
dalam ayat tersebut. Maka perlu diteliti apakah ianya menunjukkan sebab
nuzul atau bukan, dalam hal ini perkara penting ialah dapat menentukan
qarinah dari riwayat tersebut .Selanjutnya ia menjelaskan, jika terdapat
dua redaksi tentang persoalan yang sama, salah satu ada nas
menunjukkan sebab turunnya ayat, sedangkan yang lain tidak demikian,
maka redaksi yang pertama diambil sebagai sebabnya dan redaksi yang
lain dianggap sebagai penjelasan hukum yang terkandung dalam ayat tersebut.Jika
ada dua riwayat yang menyebutkan sebab nuzul yang berlainan, maka
yang mu’tamad ialah riwayat yang sanadnya lebih shahih dari yang
lain.D a l a m h a l s e p e r t i i n i , p a r a U l a m a ’ memiliki beberapa alternatif
untuk menentukan riwayat-riwayat yang diterima sebagai penjelasan tentang
Asbabun Nuzul ayat itu.

a. Bila salah satu di antara riwayat-riwayat itu berdarjat shahih,, sedangkan lainnya
tidak, riwayat yang berdarjat shahih-lah yang di terima sebagai keterangan
tentang Asbabun Nuzul.

b. Bila dua riwayat atau lebih sama-sama shahih, dilakukan tarjih terhadap riwayat
itu. Pentarjihan itu dilakukan dengan mengarnbil hadis yang lebih tinggi tingkat
atau darjat keshahihannya atau hadis yang perawinya mengalami dan melihat
berlakunya peristiwa tersebut. Misalnya, riwayat Bukhari dari Ibni Mas'ud dengan
riwayat at-Tirmidzi dari Ibnu Abbas tentang masalah ruh di dalam Surah al-
Isra', 17: 85. Riwayat yang berasal dari Ibnu Mas'ud dipandang sebagai
asbab an nuzulnya kerana Ibnu Mas'ud dan Nadir menyaksikan ketika peristiwa
itu berlaku, sedangkan riwayat dari Ibnu Abbas tidak dipandang kuat.

c. Bila dua riwayat atau lebih sama-sama shahih dan sukar ditarjih, kedua
riwayat itu harus diambil. Misalnya, riwayat Bukhari melalui ‘Ikrimah dari Ibnu

10
Abbas tentang Li’an (menuduh istri berbuat zina tanpa mengajukan empat
saksi yang kuat) yang tersebut dalam surat an-Nur (24) ayat 6-9. Jika
dibandingkan dengan riwayat Bukhari dan Muslim dari Sahl bin Sa'ad, kedua
riwayat sama-sama shahih dan sangat sukar dilakukan tarjih. Langkah terbaik
adalah menerima pakai kedua riwayat itu. Menurut Azzarqani, tidak ada
keraguan apa pun untuk mengambil langkah untuk kompromi tentang
persoalan ini. Bahkan, lebih utama dilakukan kompromi dari pada menolak
salah satunya.

Pada zaman awal perkembangan Islam, kekerapan sesuatu ayat diturunkan tidak
menjadi isu untuk dibahaskan. Walaubagaimanapun ia dibahaskan oleh ulama’ tafsir
yang muta’akhirin.

Menurut Syeikh al-Zarkasyi, ada beberapa ayat yang diturunkan beberapa


kali seperti ayat-ayat surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Isra’ dan sebagainya. Ayat-ayat
surah al-Fatihah diturunkan sekali di Mekah dan sekali di Madinah. Ayat pertama
surah al-Ikhlas diturunkan sekali ke atas orang Musyrikin di Mekah al-Mukarramah
dan sekali lagi diturunkan ke atas Ahli Kitab di Madinah al-Munawwarah.

Beliau juga berpendapat, pengulangan penurunan ayat menunjukkan betapa


pentingnya sesuatu ayat dan memberi peringatan agar mereka tidak lupa. Ia juga
dipersetujui oleh ulama’-ulama’ tafsir yang lain seperti Imam as-Suyuti, Ibnu
Taimiyyah dan Ibnu Hajar al-‘Asqalani.

Walau bagaimana pun pendapat ini disangkal dengan beberapa hujah. Adapun jika
sesuatu ayat itu diturunkan dua kali dengan sebab kepentingan dan kebesarannya,
maka ayat-ayat lain seperti ayat al-Kursi yang menggambarkan sifat-sifat Allah s.w.t
dan nama-nama kebesarann-Nya ia seharusnya diturunkan berulang kali.

Manakala pendapat yang menyatakan penurunan ayat-ayat al-Qur’an beberapa kali


kerana dikhuatiri lupa, maka ia disangkal dengan beberapa potong ayat al-Qur’an
seperti ayat 9 Surah al-Hijr:
       
Maksudnya:

11
Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang
memelihara dan menjaganya.

Begitu juga Surah al-A’la ayat 6-7:


              
6. Kami sentiasa menjadikan Engkau (Wahai Muhammad) dapat membaca (Al-
Quran Yang diturunkan kepadamu - Dengan perantaraan Jibril), sehingga Engkau
(menghafaznya dan) tidak lupa,
7. kecuali apa Yang dikehendaki Allah Engkau lupakan; Sesungguhnya ia
mengetahui (segala keadaan Yang patut berlaku), dan Yang tersembunyi.

Manakala pendapat yang menyatakan ada ayat yang diturunkan dengan dua
huruf yang berbeza, ijma’ ulama tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana
penulisan setiap ayat al-Qur’an adalah dengan satu huruf. Contohnya huruf ‫ﺏ‬. Ia
hanya satu dan bukan ada dua atau tiga bentuk huruf.

Ijma’ ulama’ juga menyatakan bahawa jika ayat al-Qur’an diturunkan dua kali,
maka hanya sedikit perbezaan kaedah bacaan (Qira’at). Hujah akal yang diberikan
oleh golongan tersebut tidak boleh diterima.

Menurut ijma’ ulama’, Surah al-Fatihah diturunkan di Makkatul Mukarramah


bahkan ia juga merupakan surah yang awal diturunkan dan ayat-ayatnya diturunkan
dengan sempurna. Walaubagaimanapun ada di kalangan ahli tafsir yang
menyatakan Surah al-Fatihah diturunkan dua kali untuk menunjukkan kelebihan
surah tersebut yang terkandung di dalam solat dan ibadat solat tidak berubah
walaupun turun perintah untuk mengubah arah kiblat. Walaubagaimanapun tiada
satu riwayat pun yang sahih atau hampir sahih tentang periwayatan penurunan
Surah al-Fatihah ini. Ia hanya pendapat berdasarkan alasan dan sebab-sebab ayat
diturunkan.

Kesimpulannya, mempelajari, mengetahui dan memahami Asbabun Nuzul adalah


penting bagi seseorang untuk memahami sesuatu ayat al-Qur’an dengan tepat. Ibnu

12
Daqiqil ‘Ied berpendapat bahawa keterangan tentang Asbabun Nuzul adalah
merupakan salah satu jalan yang tepat dalam memahami Al-Qur’an. Manakala
menurut Ibnu Taimiyah, ilmu Asbabun Nuzul akan membantu dalam memahami ayat
kerana ilmu tentang sebab akan menimbulkan ilmu tentang akibat. Contohnya,
Urwah Ibnu Jubair mengalami kesulitan dalam memahami makna firman Allah SWT
di dalam Surah al-Baqarah ayat 158:

              
           
Maksudnya:
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar
(lambang) ugama Allah; maka sesiapa Yang menunaikan Ibadat Haji ke Baitullah
atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan Dengan
berulang-alik) di antara keduanya. dan sesiapa Yang bersukarela mengerjakan
perkara kebajikan, maka Sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha
mengetahui.

Menurut zhahir ayat dinyatakan bahawa sa’i antara Shafa dan Marwah adalah tidak
wajib sebagaimana yang difahami oleh Urwah ibnu Zubair. Saidatina Aisyah r.a
menjelaskan bahawasanya orang-orang Jahiliyah dahulu melakukan sa’i antara
Shafa dan Marwah sedang mereka dalam sa’inya mengunjungi dua patung yang
bernama Isaar yang berada di bukit Shafa dan Na’ilah yang berada di bukit Marwah.
Tatkala orang-orang masuk Islam diantara kalangan sahabat ada yang merasa
berkeberatan untuk melakukan sa’i antara keduanya kerana takut bercampur-baur
antara ibadah Islam dengan ibadah Jahiliyah. Dari itu turunlah ayat sebagai
bantahan terhadap keberatan mereka (yang mengatakan) kalau-kalau tercela atau
berdosa dan menyatakan wajib bagi mereka untuk melakukan sa’i kerana Allah s.w.t
semata-mata bukan kerana berhala. Itulah sebabnya Aisyah membantah pendapat
Urwah berdasarkan sebab turun ayat.

13
BIBLIOGRAFI

(1) Muhammad Abd Az-Azhim Az-Zarqani , Manhil Al-Irfan , Dar Al Fikr, Beirut, tt,
Jilid 1, hlm 106
(2) Muhammad Ali Ash Shabuni, At-Tibyan fi Ulum Al-Quran, Maktabah Al-Ghazali,
Damaskus, 1390, hlm 22
(3) Subhi Al- Shalih, Mabahits Fi Ulum Al-Quran, Dar Al-Qalam li Al-Malayyin, Beirut,
1988, hlm 132
(4) Manna Al Qathan, Mabahits Fi Ulum Al-Quran, Mansyurat Al-Asr Al Hadis, ttp,
1973 hlm 78
(5) Rosmawati Ali,2010, Pengantar Ulum Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd. H. 129
(6) Rosmawati Ali,2010, Pengantar Ulum Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd. H. 132
(7) Jalaluddin as Suyuthi, 2008, Asbabun Nuzul ,Sebab Turunnya Ayat Al-Quran,
Jakarta : Gema Insan..h.10
(8) Rosmawati Ali,2010, Pengantar Ulum Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd. H. 133
(9) AzmilHashim, Abd. RahmanAbdGhani, 2012, HIQ3013 Ilmu-Ilmu Al-Quran,
TanjongMalim,UPSI

14
(10) Al-Qattan Manna Khalil, pentj. Muzakir AS, 2007, StudiIlmu-ilmu Al-Qur’an,
Bogor: PustakaLinteraAntar Nusa.
(11) Djunaidi, AzharuddinSahil, HisyamAzwardi, 1990, Mukadimah Al-Quran
danTafsir, Departmen Agama Republik Indonesia.
(12) Yusuf Qaradawi, 1999, Berinteraksidengan Al-Quran , Jakarta, GemaInsani
Press.
(13) Izzan Ahmad. 2005. Ulumul Qur’an. Bandung. Pustaka Setia

(14) Asmawi Haji Ehsan. 2010. Ulumul Qur’an . Selangor. Pustaka Haji Abdul Majid

(15) Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis.2012. Selangor. Darul Furqan PTS
Media Grup Sdn. Bhd.

FADZIL BIN SOHAR (GB 02064)

15
i
ii

iii

iv
v
vi
vii

Anda mungkin juga menyukai