Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Kebijaksanaan dan kewibawaan seorang pemimpin yang terdapat pada diri Rasulullah
seharusnya dijadikan role model dan patut diteladani oleh setiap pemimpin.

Kunci

kepada sesebuah kejayaan salah satunya terletak pada pemimpinnya. Pemimpin yang
berwibawa sangat diperlukan dalam mengatasi segala masalah yang dihadapi. Namun,
ia tidaklah semudah yang disangka.

Kejayaan itu sendiri merupakan ramuan dari

kepercayaan antara pemimpin dan yang dipimpin. Dan satu catatan penting yang tidak
boleh dilupakan ialah seorang pemimpin perlu untuk membangunkan teladan dan
contoh yang terpuji sehingga pengikut boleh menaruh kepercayaan dan bersama-sama
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Konsep keteladanan dan kepimpinan itulah

yang cuba disampaikan oleh buku berjudul Perang Uhud tulisan Abdul Hamid Jaudah
Al-Sahhar yang diterjemahkan oleh Safiah Abd.Razak.
ISI KANDUNGAN
Sejarah telah membuktikan bahawa perang Uhud adalah rentetan dari perang Badar
yang paling dasyat dan dramatis antara muslimin di Madinah yang menghadapi ribuan
pasukan kaum Quraisy Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufyan dan Khalid Al-Walid.
Disebalik keteladanan yang ditonjolkan, buku ini turut menampilkan sikap para pengikut
yang tidak patuh dan hormat pada pemimpin. Disebalik kekalahan besar mereka dalam
peperangan Badar, saudagar-saudagar mereka tidak lagi berani pergi berniaga ke Syria
kerana takut ditangkap oleh orang Islam.

Sekiranya keadaan itu berterusan, kota

Makkah akan diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi. Oleh kerana itu, maka

berundinglah semua pembesar Quraisy untuk mendapatkan keputusan ini.

Hasil

perundingan semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan untuk


membentuk satu angkatan perang yang kuat untuk memerangi Rasulullah. Penulis juga
mengemukakan strategi yang digunakan oleh kaun Quraisy dalam usaha membalas
dendam dan menebus kembali kekalahan mereka di tangan orang Islam. Disebabkan
Abu Jahal sudah meninggal, maka Abu Sufianlah yang diangkat menjadi Panglima
Perang, yang akan memimpin tentera tiga ribu orang jumlahnya yang terdiri dari
pelbagai kabilah termasuk Arab Kinanah dan Tihamah.

Di antara ketua pasukan

mereka yang ternama ialah Safwan, anak dari Umaiyah bin Khalaf yang telah menyeksa
Bilal, dan 'Ikrimah anak Abu Jahal.

Selain itu, ikut serta pula memimpin tentera,

seorang yang gagah berani, iaitu Khalid Ibnul-Walid sebagai ketua tentera berkuda.
Kaum perempuan dengan dikepalai oleh Hindun (isteri Abu Sufian), dikerahkan untuk
menghibur dan menguatkan semangat perang bagi tentera yang ramai itu, mereka
turut ke medan perang memukul genderang.

Pelbagai cerita dan kisah yang

ditonjolkan oleh penulis disebalik perang Uhud ini. Kisah-kisah puteri Nabi dan para
sahabat Nabi juga turut diselitkan dan kebanyakannya menceritakan sikap dan peribadi
Nabi yang unggul. Kisah-kisah teladan tersebut bagi menyokong kuat bahawa Nabi
seorang pemimpin yang hebat dan Diutuskan oleh Allah s.w.t untuk menjadi tauladan
yang terbaik bagi umat. Contoh-contoh kepimpinan dan keteladanan jelas digambarkan
dalam buku ini. Terlebih dulu penulis menonjolkan kepimpinan Rasulullah di saat-saat
krisis. Bagaimana seorang pemimpin menjalankan peranannya. Seperti contoh kisah
Aisyah yang difitnah bersama Safwan dan bagaimana Nabi sebagai pemimpin umat dan

keluarga menghadapi fitnah tersebut dan menyelesaikannya dengan tenang. Perang


Uhud digambarkan oleh penulis dengan permulaan seramai seribu orang tentera Islam
yang kesemuanya berjalan kaki dan hanya 50 orang yang berkuda. Ramai di antara
mereka itu orang tua dan anak anak yang di bawah umur.
terbenam, mereka bertolak menuju ke bukit Uhud.

Sebelum matahari

Sesampainya di pinggir kota

Madinah, tiba tiba enam ratus orang Yahudi, kawan kawan dari Abdullah bin Ubay,
menyatakan hendak turut bertempur bersama sama dengan Nabi.

Tapi Nabi sudah

tahu akan maksud mereka yang tidak jujur, maka ditolaknya tawaran itu dengan
berkata: "Cukup banyak pertolongan dari Tuhan."

Kerana penolakan ini, Abdullah bin

Ubay malu, marah, lalu berusaha menakutkan kaum Muslimin dan memulakan operasi
jahatnya bagi melemahkan tentera Islam dari dalam dan akhirnya seramai 300 orang
tentera Islam berpatah balik dan bertahan di Madinah.

Di dalam buku ini, penulis

kurang menceritakan strategi pertahanan namun ada diceritakan saat pertempuran


bermula selepas tentera Ialam memenangi peperangan di peringkat awal. Selepas itu
pertempuran bermula dengan pertarungan perseorangan antara Talhah bin Abi Talhah
(pembawa bendera) dengan Zubair.

Kedua-dua pasukan bertempur dengan hebat.

Peperangan lebih tertumpu ke arah bendera orang-orang Musyrikin dan akhirnya 10


orang pembawa bendera dari Bani Abd al-Dar mati dibunuh. Antara para sahabat yang
syahid di medan adalah Hamzah bin Abdul Muthalib yang dikenali sebagai saifullah
(pedang Allah) yang tewas di tangan Wahsyi yang melontar tombaknya dan tepat
mengenai belakang Hamzah dan menembusi perutnya. Selain itu, turut syahid ialah
seorang sahabat

Hanzalah yang baru berkahwin.

Kekalahan Ini adalah akibat

daripada tentera Islam yang ingkar akan arahan pesuruh Allah. Diceritakan detik-detik
kekalahan tentera Islam.

Sebelum itu, ada lagi sepasukan tentera berkuda yang

diketuai Khalid al-Walid masih tersusun memerhati dari jauh suasana ini. Beberapa kali
pasukan ini membuat percubaan merempuh tentera muslimin tetapi mereka dihujani
dengan anak panah menyebabkan mereka berpatah balik dan terpaksa berundur ke
belakang.

Ternyatalah, kemenangan hampir berpihak kepada tentera Islam

dan

medan pertempuran dikuasai sepenuhnya oleh Rasulullah dan para mujahidin. Setelah
merasakan medan sudah dikuasai oleh tentera Islam, pemanah mula mengutip harta
rampasan perang. Pasukan pemanah yang ditempatkan di atas bukit turun mengutip
harta tersebut kerana menyangkakan peperangan sudah berakhir. Abdullah bin Zubair
menghalang dan mengatakan Muhammad arahkan kita supaya kita jangan bergerak
dari sini lalu dijawab oleh mereka Itu ketika peperangan berlansung, sekarang
peperangan sudah selesai dan tentera bukan Islam sudah lari . Khalid al-Walid yang
melihat bukit tersebut dikosongkan melancar serangan untuk mengambil alih posisi itu
dan berjaya membunuh pemanah yang masih ada di situ.

Dengan itu, beliau

melancarkan serangan dari arah belakang kepada tentera muslimin sehingga menjadi
kucar-kacir. Akhirnya, tentera Khalid berjaya menguasai medan pertempuran. Apabila
Rasulullah melihat keadaan ini, Baginda memanggil tentera Islam ke belakang
berkumpul berhampiran Baginda bagi menyusun semula kekuatan.

Pada masa itu

Rasulullah menjerit Ke sini semua wahai hamba-hamba Allah, Ke sini semua wahai
hamba-hamba Allah. Sesungguhnya aku pesuruh Allah . Rasulullah mengorbankan
dirinya disaat-saat genting.

Jeritan ini menyebabkan musuh dapat mengetahui

kedudukan Baginda dan mereka bertubi-tubi menyerang Baginda sehingga terjatuh ke


dalam lubang yang digali oleh Amir tadi. Sebahagian telah lari pulang ke Madinah.
Para sahabat bergelimpangan ke bumi menemui ajalnya. Anak panah dan batu tidak
putus putus menghujani tentera Islam yang berkumpul di sekitar Nabi da Baginda
dilontar oleh batu, sehingga luka parah dan patah gigi Baginda. Baju besi yang kena
batu, pecah dan pecahannya menembus ke pipi Nabi. Abu Usman mencabut besi itu
dari daging Nabi sehingga giginya pun patah pula.

Pasukan Quraisy lalu berteriak

mengatakan, bahawa Muhammad sudah tewas. Ali dan Talhah segera menolong dan
mengeluarkan Nabi dari dalam lubang itu.

Umar, Abu Bakar dan Ali pun serentak

menyerbu ke tengah tengah musuh sebagai singa yang lapar layaknya.

Maka

tinggallah Nabi dilindungi oleh Abu Dujanah, Abu Talhah dan beberapa sahabat yang
lain. Kesan daripada peperangan Uhud ini, membuktikan bahawa perintah pemimpin
perlu dipatuhi selagi mana pemimpin itu berada di jalan yang Al-Haq. Tentera Islam
melakukan kesilapan kerana menyalahi arahan pesuruh Allah sebagai pemimpin dan
tertipu terhadap helah musuh.

Penulis menyusun karyanya dengan menggunakan

teknik tersusun berteraskan sejarah dan sirah sebenar yang dapat difahami. Teknik ini
amat sesuai kerana pembaca akan dapat memahami sejarah dan pengorbanan
Rasulullah dan orang yang bersama Baginda. Penulis mempunyai keberaniannya
tersendiri dengan mengemukakan fakta baru dan analisisnya sendiri.

Disebalik

keberanian penulis mengemukakan fakta yang baru, penulis barangkali terlepas


pandang mengenai penulisan sejarah perang Uhud yang lebih mendalam. Kerana hasil
dari penulisan beliau, sejarah mengenai perang Uhud itu sendiri kurang dibincangkan

berbanding

peristiwa-peristiwa

di

sebaliknya.

Seperti

contoh

penulis

terlalu

menekankan kejadian yang menimpa Nabi bagi membuktikan kepimpinan teladan


sehingga pembaca mungkin ketinggalan agak jauh dari kisah perang Uhud itu sendiri.
Penterjemahan buku ini juga didapati agak keterlaluan dalam penggunaan bahasa yang
agak sukar sehingga boleh mendatangkan kekeliruan terhadap pembaca.
PENUTUP
Sebagai konklusinya, keseluruhan buku ini agak menarik dan boleh diketengahkan lagi
di masa akan datang. Pembaca-pembaca di luar sana juga boleh menjadikan buku ini
sebagai salah satu rujukan yang tidak mendung sekiranya mereka ingin mengkaji
tentang peristiwa perang Uhud dan kejadian-kejadian disebaliknya. Generasi-generasi
sekarang dan akan datang akan memperoleh banyak fakta sejarah perjuangan Baginda
melalui pembacaan buku seumpama ini dan akan memberikan manfaat yang besar di
dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai