Anda di halaman 1dari 35

1

PENGENALAN
Pengajian Ilmu Hadis amat penting pada hari ini, sama ada peringkat di peringkat
individu, institusi pendidikan mahupun pengajian umum. Dengan ilmu ini, seseorang
itu merasa yakin dengan sesebuah hadis yang dipegangnya dan dipelajarinya. Selain
itu, hadis tersebut boleh dijadikan satu dalil yang kukuh dengan mengetahui
kedudukannya sama ada dalam kategori hadis yang diterima atau hadis yang ditolak.
Seseorang itu juga mampu menolak sebarang ancaman dan memperbaiki andaian-
andaian yang tidak berasas terhadap hadis dan perawinya.
Sebagaimana yang diketahui umum, hadis merupakan suatu sumber atau
khazanah yang amat bernilai. Hadis amat penting kepada setiap individu atau
masyarakat seluruhnya untuk membantu dan sekaligus memandu mereka kearah
kebahagian yang hakiki di dunia dan di akhirat. Ini disebabkan hadis Baginda
Rasulullah S.A.W. merangkumi aspek keagamaan juga keduniaan.
Ulama menyatakan pendirian mereka sebegitu rupa bukanlah berdasarkan
tindakan yang membuta tuli, taasub atau mengikut hawa nafsu semata-mata, namun
dengan mengemukakan hujah serta dalil yang cukup jelas dan kukuh sekali.
Terdapat begitu banyak firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran yang
menyatakan dan menyuruh umat Islam seluruhnya supaya mengikuti landasan Hadis
dan juga al-Sunnah Baginda sebagai sumber kedua disamping merujuk kepada al-
Quran sebagai sumber pertama dan utama.






OBJEKTIF
2


Bagi melahirkan manusia yang tahu kegunaan hadis yang sepenuhnya dan
tidak mensia-siakan hadis sebagai sumber rujukan yang kedua selepas al-
Quran.
Agar dapat membezakan antara hadis yang benar dan mana satu hadis yang
palsu. Antara contoh hadis Maqbul dan hadis Mardud. Antara lain hadis antara
hadis Sahih, Hasan dan Daif.
Selain itu, ia dapat memberi pengetahuan kepada manusia tentang sejarah
wujudnya hadis dan dapat memberi iktibar kepada manusia.
Ia juga dapat memberi iktibar kepada manusia tentang kesungguhan umat
terdahulu menjaga dan mendalami ilmu hadis serta mengamalkannya.
ia juga ada ciri-ciri yang tertentu untuk seseorang itu menerima dan
menyampaikan hadis serta meriwayatkannya. Bukan semua orang yang boleh
meriwayatkan hadis. Hanya orang-orang memiliki sifat-sifat yang telah
ditetapkan sahaja yang boleh menyampaikan dan meriwayatkan hadis.
Melalui ilmu hadis juga dapat memahami al-Quran secara lebih mendalam
yang mana kandungannya adalah sinonim dengan hadis kerana kedua-duanya
adalah wahyu daripada Allah S.W.T.
Melalui pengajian hadis juga dapat mengistinbatkan banyak hukum yang
terdapat di dalam sumber kedua ini.
Mendalami ilmu hadis dapat menjaga kandungan hadis Rasulullah S.A.W. dari
sebarang penyelewengan, seperti: Khurafat, Israiliyyat dan seumpamanya.



DEFINISI
Maksud ilmu hadis ialah kaedah-kaedah yang diguna untuk mengetahui dan menilai
kedudukan sanad atau perawi dan matan atau lafaz hadis. Melalui kaedah ini
seseorang dapat mengetahui kedudukan atau martabat sesebuah hadis dengan
3


mengkaji sifat-sifat perawi dan jumlah mereka serta kesahihan matan hadis yang
diriwayatkan sebagai dalil atau hujah baik di dalam akidah mahupun syariat.
Dengan menggunakan kaedah ini, ulama hadis mampu mengumpulkan hadis-
hadis yang berselerak dan bercampur aduk kategorinya dalam tangan umat Islam dan
membentuk satu khazanah berharga untuk panduan umat Islam sebagaimana
terhasilnya karya-karya agung seperti: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnad
Ahmad bin Hanbal, Sahih Ibn Hibban, Sunan Abu Daud, al-Muwatta dan kitab-kitab
hadis yang lain yang dapat kita lihat dan manfaatkannya pada hari ini.
1

TAKRIF AL-SUNNAH
Al-sunnah dari segi bahasa arab ialah al-Tariqah al-Mutadah ertinya cara atau
peraturan sesuatu amalan yang dilakukan berulang kali. Maksudnya juga terdapat
dalam al-Quran:

OELc *.- ) -g~-.-
W-OUE= }g` N:~ W }4
E_` gOELOOg *.-
1ECgl> ^gg
Maksudnya: Yang demikian itu adalah menurut sunnah Allah (undang-undang
peraturan Allah) yang berlaku kepada orang-orang yang telah lalu, dan engkau tidak
sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi sunnah Allah itu
(Al-Ahzab:62)
Al-Tariqah al-Mutadah atau cara yang biasa dilakukan adakalanya ia dipuji
dan nada juga dikeji sepertimana terdapat dalam hadith Rasulullah:

Maksudnya: Barangsiapa mencipta sesuatu cara atau peraturan yang baik maka dia
akan memperolehi pahalanya dan pahala orang lain yang mengamalkannya hingga

1
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit Pustaka salam Sdn Bdh,
Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd. Muka surat 3
4


hari kiamat, dan siapa yang mencipta sesuatu cara yang jahat maka dia akan mendapat
dosanya dan mereka yang mengamalkannya hinggalah hari kiamat.
(Riwayat Muslim)
Sementara al-Jawahir menyebut dalam kitabnya al-Sihah. Sunnah ertinya al-
Tariqah dan juga al-Sirah. Al-Sunnah dari segi syara dimaksudkan sesuatu yang
terbit dari baginda Nabi Muhammad s.a.w selain dari al-Quran, sama ada berupa
perkataan, perbuatan dan pengakuan Baginda.
Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-
rasyidin yang diberi petunjuk.
2


Dalil kehujahan As-Sunnah sebagai sumber perundangan islam
As-Sunnah sebagai sumber perundangan Islam dapat telah dapat dibuktikan
kebenarannya berdasarkan kepada beberapa ayat al-Quran, di antaranya:
a) Perintah mentaati baginda Rasulullah s.a.w oleh Allah dalam firman-Nya:

W-ONOgC4 -.-
4OcO-4 :^UE
]OEOO> ^@g
Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi
rahmat.
(Ali Imran: 132)

Maksudnya: Sesiapa yang taat kepada Rasul Allah, maka sesungguhnya dia telah
taat kepada Allah.

2
Pengantar Syariat Islam, pengarang Haji Abdul Majid bin Haji Jaafar, edisi pertama Cetakan Pertama
Ogos 1999, penerbit Pustaka Haji Abdul Majid.
5


b) Allah memerintah supaya mengikuti apa yang didatangkan kepada kita oleh
Rasul-Nya.
.E` 47. +.- _O>4N
g).Oc4O ;}g` u-
O4O^- *+ OcOUg4
Og~).4 _O.O^-
_OE4-41^-4
-=OE^-4 ^-4
O):OO- O. 4pO74C
.1 4u-4
g7.41g4^N- 7Lg` _
.4`4 N7>-47 NOcO-
+7ONC 4`4 7Og4+
+Ou44N W-O_4^ _
W-OE>-4 -.- W Ep)
-.- CgE- g^-
^_
Maksudnya: Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka
ambillah ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka
patuhilah larangannya.
(Al-Hasyr:7)
c) Wajib dirujuk kepada Allah dan Rasul-Nya dalam perkara-perkara yang
dipertikaikan:
Og^4C 4g~-.-
W-EON44`-47 W-ONOgC -.-
W-ONOgC4 4OcO-
6


Ojq4 jO- 7Lg` W
p) u7+;N4O4L> O) 7/E*
+1NO O) *.-
OcO-4 p) u7+47
4pONLg`u> *.)
gO4O^-4 @O=E- _
ElgO OOE= }=O;O4
ECj> ^)_
Maksudnya: Kemudian jika kamu berbantah-bantah (perselisihan) di dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengambilkannya, kepada (Kitab) Allah (al-Quran)
dan (Sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Kiamat,
yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(An-Nisa:59)
d) Wajib berhakimkan Rasul Allah dalam perkara yang berlaku perselisihan dan
mesti menerima keputusannya.

E El)4O4 ]ON4g`uNC
_/4EO EOENC E1g
4OEE- _E4uO4
W-_ EO) )O^
~w}4OEO Og)` =e^1_~
W-OggU=O+C4 V1)UO
^g)
Maksudnya: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad), mereka tidak disifatkan
beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan
yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati
7


mereka sesuatu keberatan dari apa yang engkau hukumkan, dan mereka menerima
keputusan itu dengan sepenuhnya.
(An-Nisa:65)
e) Tiada pilihan bagi orang Islam dalam perkara yang telah diputuskan oleh
Allah dan Rasul-Nya:

4`4 4p~E }g`ug 4
O4Lg`uN` -O) /=/~ +.-
N.Oc4O4 -O^` p
4pO74C N_ 7E4O=OgC^-
;}g` g-@O^` }4`4 +u4C
-.- N.Oc4O4 ; E=
1EU= 4LO)lG` ^@g
Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara
mempunyai (memilih) ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan siapa yang
tidak taat pada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat
dengan kesesatan yang jelas nyata.
(Al-Ahzab:36)
f) Nas al-Quran menjelaskan bahawa baginda Rasulullah memperkatakan
sesuatu berdasarkan perintah Allah:

4`4 -gCL4C ^}4N
-O4OE- ^@
Maksudnya: dan dia (Muhammad s.a.w) tidak memperkatakan (sesuatu yang
berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya.
8


(An-Najm:3)
g) Menyalahi perintah Rasulullah akan di timpa azab yang dasyat:

W-OUE^_` 47.4N1
OcO- :E4uO4
g7.~4E 7_u4 V_u4
_ ;~ NUu4C +.- -g~-.-
]OU^U=O44C 7Lg` -+O-4Og
_ jOEO41U 4g~-.-
4pOgC7 ;}4N jjO
p g=1> NO4Lug u
g=ONC R-EO4N v1g
^g@
Maksudnya: Maka hendaklah mereka mengingkari perintahnya beringat serta
berjaga-jaga supaya mereka tidak ditimpa fitnah atau ditimpa azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.
(An-Nur: 63)

h) Allah telah memberi kuasa kepada Rasul-Nya untuk menerangkan hukum-
hukum al-Quran, kerana terdapat dalam al-Quran beberapa hukum mujmal
(ringkas) yang perlu kepada perincian dan penjelasan supaya dapat
dilaksanakan dengan tepat. Allah berfirman:

ge4L)O4l^)
@O+O-4
.4L^4O^4 El^O)
9


4O-g]~.- 4))-4l+g
+EELUg 4` 4@O+^
jgO) _^UE4
]NO-E4-4C ^jj
Maksudnya: dan kamilah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-
Quran yang memberikan peringatan, supaya engkau menerangkan kepada manusia
apa yang telah diturunkan kepada mereka.
(An-Nahl:44)
Nas-nas al-Quran yang telah disebut ini jelas membuktikan bahawa Sunnah
merupakan hujjah dan dalil yang wajib diikuti kerana ia adalah sumber perundangan
Islam selepas al-Quran.
3


KEHUJAHAN HADIS
Seperti yang diketahui, jumhur ulama telah bersepakat dengan menegaskan serta
menyatakan bahawa hadis diterima dan menjadi sumber rujukan yang kedua selepas
al-Quran. Oleh sebab perkara tersebut, Imam Syafii merupakan orang pertama yang
menerima serta berpegang dengan hadis sebagai hujah dalam mengistibat hukum-
hukum syariat. Untuk membuktikan perkara-perkara tersebut ia dapat diteliti
sebagaimana yang termaktub serta dapat dipraktikkan dalam kitabnya iaitu al-Umm
dan al-Risalah.
Seterusnya, kehujahan hadis dan dalam perundangan dan syariat adalah
dengan berdasarkan dalil yang termaktub secara di dalam al-Quran, Ijmak Ulama dan
pendapat Fuqaha yang menyuruh orang-orang yang beriman supaya mentaati Allah
S.W.T. dan Rasulnya.
4



3
Buku merah
4
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit Pustaka salam Sdn Bdh,
Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd. Muka surat 91-92.
10


KEDUDUKAN HADIS SEBAGAI
SUMBER HUKUM
Sunnah adalah sumber hukum Islam iaitu pedoman hidup kaum Muslimin yang kedua
setelah Al-Quran. Bagi mereka yang telah beriman terhadap Al-Quran sebagai
sumber hukum Islam, maka secara automatik harus percaya bahawa Sunnah juga
merupakan sumber hukum Islam. Bagi mereka yang menolak kebenaran Sunnah
sebagai sumber hukum Islam, bukan saja memperoleh dosa, tetapi juga murtad
hukumnya. Ayat-ayat Al-Quran sendiri telah cukup menjadi alasan yang pasti
tentang kebenaran Al-Hadis ini sebagai sumber hukum Islam.



DALIL AL-QURAN
Banyak ayat al Quran yang menerangkan mempercayai dan menerima segala
sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. kepada umatnya untuk dijadikan
pedoman hidup. Diantaranya adalah: Ali Imran yang ertinya Allah sekali-kali tidak
akan membiarkan orang-orang mukmin seperti keadaan kamu sekarang ini, sehingga
Dia memisahkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-
kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi, Allah
akan memilih siapa yang dikehendaki-Nya diantara Rasul-rasul-Nya. Oleh sebab itu,
berimanlah kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan jika kamu beriman dan bertaqwa,
maka bagimu pahala yang besar.

Dalam surat An-Nisa ayat 136 Allah S.W.T. berfirman:
Og^4C 4g~-.-
W-EON44`-47 W-ON4g`-47
*.) g).Oc4O4
U4^-4 Og~-.- 4EO4^
11


_O>4N g).Oc4O
U4:^-4 -Og~-.-
44O^ }g` N:~ _ }4`4
O'4C *.)
gOgj^U4`4 gO)l+74
g)-c+O4 gO4O^-4
@O=E- ; E= EU=
-Og4 ^@g
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah
dan Rasul-rasul-Nya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-rasul-Nya,
serta Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Bagi siapa yang kafir kepada Allah,
Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya
orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.
Biarpun sudut zahirnya antara al-Quran dan Hadis tidak sama martabatnya,
namun hakikatnya ia adalah sama. Iaitu sumber yang satu daripada Allah, kerana Nabi
S.A.W. bercakap juga bertindak berdasarkan wahyu atau ilham daripada Allah
semata-mata.
Apa sahaja yang lahir daripada Nabi S.A.W. bukannya berdasarkan akal
fikiran dan nafsu.Baginda semata-mata, bahkan melalui petunjuk Allah. Selain
daripada itu, Baginda sama sekali tidak dapat dikuasai oleh syaitan dan juga hawa
nafsu, kerana Baginda bersifat masum.
Firman Allah S.W.T.:
~ W-ONOgC -.-
[OcO-4 W p)
W-O-4O> Ep) -.- OUg47
4jOg^- ^@g
12


Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W.): Taatlah kamu kepada Allah
dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
(Surah Al-Imran ayat 32)

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa ia mewajibkan seluruh
umat Islam supaya taat kepada Rasulullah S.W.T. dalam apa jua keadaan dan tanpa
dolak dalik. Justeru itulah, saranan supaya mengikuti Nabi, mengambil sumber dan
merujuk kepada Sunnah Rasulullah S.A.W. dalam erti kata yang menyeluruhnya ialah
mengikuti juga mengambil segala apa yang dibawa oleh Baginda. Oleh itu, gesaan
tersebut hukumnya adalah wajib sebagaimana juga mematuhi al-Quran.
Konteks ayat tersebut juga, apa yang dimaksudkan dengan suruhan dan
tuntutan supaya kembali atau merujuk kepada Allah S.W.T. ialah merujuk kepada al-
Quran. Seterusnya apa yang dimaksudkan dengan kembali kepada Rasulullah S.A.W.
ialah merujuk kepada Nabi secara langsung sewaktu hayat Baginda dan hadis atau
Sunnahnya setelah Baginda S.A.W wafat.
Apa yang dapat dirumuskan di sini, berdasarkan keterangan ayat tersebut
menjelaskan supaya merujuk kepada keseluruhan hadis Baginda Rasulullah S.A.W.
di samping al-Quran yang mana ia serentak menunjukkan bahawa beramal dengan
hadis merupakan perkara yang mewajibkan.

Firman Allah S.W.T.:

.4`4 N7>-47 NOcO-
+7ONC 4`4 7Og4+ +Ou44N
W-O_4^ _
13


TERJEMAHAN: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. kepada
kamu, maka terimalah dan amalkan dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya
maka patuhilah larangannya.
(Surah Al-Hasyr ayat 7)

Daripada hadis tersebut, Allah menyarankan kepada umat Islam seluruhnya
supaya mengikuti sunnah Baginda, beramal dengannya serta menjadikannya sebagai
ikutan. Lantaran daripada itu juga, ayat tersebut menggesa supaya mentaati Rasulullah
S.A.W. iaitu dengan memberikan sepenuh komitmen tanpa rasa syak, tanpa berbelah
bagi terhadap segala hadis Baginda, beramal dengan segala isi kandungannya.
Justeru itu, hadis yang bertaraf sahih disepakati oleh jumhur ulama bahawa ia
tetap menjadi sumber rujukan kedua selepas al-Quran, sama ada dalam urusan yang
berkaitan dengan perundangan juga akidah. Konteks seterusnya, ayat tersebut
menjelaskan wajib beramal dengan hadis atau sunnah Rasulullah S.A.W. yang mana
ia pula telah disokong dengan amalan para sahabat menerusi lembaran sirah
Rasulullah S.A.W.
5

DALIL HADIS
Dalam salah satu pesanan Rasulullah S.A.W. berkenaan dengan kewajipan
menjadikan hadis sebagai pedoman hidup di samping al-Quran sebagai pedoman
utamanya, adalah dalam sabdanya iaitu:
Maksudnya: Aku tinggalkan dua perkara untukmu sekalian, dan kalian tidak akan
tersesat selama-lamanya, selama kalian selalu berpegang teguh kepada keduanya,
iaitu kitab Allah S.W.T. dan sunnah Rasul-Nya.
(H.R Hakim)


5
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit Pustaka salam Sdn Bhd,
Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd. Muka surat 92-94
14


Hadis tersebut menunjukkan kepada kita bahawa berpegang teguh kepada
hadis atau menjadikan hadis sebagai pegangan dan pedoman hidup adalah wajib,
sebagaimana wajibnya berpegang teguh kepada al-Quran.
6

Hadis juga banyak menyeru supaya ia dijadikan sebagai pegangan serta rujukan
dalam perkara yang berkaitan dengan hukum hakam. Antara dalil hadis yang
menyuruh umat Islam merujuk kepada hadis Baginda dalam apa jua keadaan ialah:
a. Sebagaimana sabda Baginda pada hari berlangsungnya Haji perpisahan yang
diriwayatkan daripada Umar al-Khattab:

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan
sesat selama kamu berpegang kepada kedua-duanya: iaitu al-Quran dan
Sunnah Nabi-Nya.

b. Sebagaimana sabda Nabi yang lain diriwayatkan daripada al-Irbad:

Maksudnya: hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan
Sunnah Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk.
Justeru itu, semua dalil tersebut menjelaskan kepada kita bahawa al-Quran dan
hadis adalah sejajar serta saling lengkap melengkapi dalam semua aspek dan dasar
syariat.
Lantaran itu, ia membuktikan adalah mustahil sama sekali jika ada pendapat
yang menyatakan tidak ada satu pun hukum syarak dan syariat yang diterangkan
menerusi hadis atau hadis tidak perlu dijadikan hujah dalam perundangan kerana al-
Quran telah lengkap, sama ada dalam perkara asas atau dasar dan pecahannya.
Hal itu kerana Allah sememangnya melantik Baginda secara khusus serta
sebagai Rasul utusan-Nya. Oleh itu, Baginda sekaligus wajib menyampaikan segala
ajaran Islam, bertindak sebagai pemimpin umat serta menjadikan hadis dan sunnah

6
http://dunia-sarjana.blogspot.com/2012/10/kedudukan-hadis-sebagai-sumber-
hukum.html
15


Baginda sebagai ikutan umat, petunjuk dan teladan yang perlu diikuti oleh seluruh
umat Baginda hingga ke hari Kiamat.
7


DALIL IJMAK ULAMA
Antara dalil ijmak ulama yang menjelaskan bahawa seluruh umat Islam digesa supaya
merujuk kepada hadis Baginda dalam apa jua keadaan antaranya ialah:
a) Rasulullah S.A.W. merupakan rasul utusan Allah yang bersifat masum
berserta anugerah mukjizat-mukjizat tertentu untuk membuktikan
kerasulannya sekaligus sebagai ikutan dan tempat rujukan umat Baginda
S.A.W..
b) Ulama islam semua peringkat dan zaman telah bersepakat tentang kewajipan
beramal dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang telah terbukti kesahihannya.
Jumhur menyatakan perkara itu berdasarkan khalifah Abu Bakar juga
Umar dan lainnya sentiasa merujuk kepada hadis apabila tidak terdapat
sumbernya di dalam al-Quran. Begitu juga ulama selepas mereka juga
bertindak demikian, bahkan tidak ada seorang pun yang mengingkari
kehujahan hadis.
c) Telah ditetapkan secara pasti bahawa Rasulullah S.A.W. adalah utusan Allah.
Oleh itu, kita wajib beriman dengan Baginda, taat segala perintah Baginda dan
menerima segala apa yang dibawa oleh Baginda S.A.W.
d) Antara lain juga, Fuqaha telah bersepakat mengatakan hadis dan al-Sunnah
adalah sumber kedua syariat Islam. Cuma apa yang mereka perselisihkan ialah
tentang syarat-syarat penerimaan hadis itu sahaja.
e) Para sahabat serta ulama semua zaman telah sepakat mengatakan wajib
hukumnya mengikuti Sunnah Baginda, sama ada ketika hidup atau selepas
Baginda wafat.
Sebagai buktinya juga, semasa hayat Baginda para sahabat sentiasa
mengikuti dan melaksanakan segala apa yang Baginda perintahkan sekaligus
menjauhi segala larangan Baginda.

7
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit Pustaka salam Sdn Bhd,
Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd. Muka surat 95-97
16



DALIL LOGIK AKAL
Antara dalil logik yang menjelaskan umat Islam digesa supaya merujuk kepada
Hadis, khususnya dalam perkara-perkara yang berkenaan dengan perundangan dan
syariat ialah:
i. Allah S.W.T. menyuruh para rasul supaya menyampaikan risalah yang
disampaikan kepada mereka. Untuk itu, salah satu daripada bentuk
menyampaikan wahyu ialah Baginda membacakan al-Quran serta menjelaskan
isi kandungannya menerusi hadis.
ii. Sememangnya terdapat banyak dalil yang menyatakan para rasul bersifat
masum daripada melakukan segala kesalahan, lupa dan dosa. Justeru itu, asas
syariat ialah al-Quran dan Hadis atau Sunnah Baginda.
iii. Telah pasti dan tetap melalui dalil yang jelas bahawa Baginda adalah rasul
utusan yang wajib menyampaikan segala wahyu Allah S.W.T. umatnya juga
diwajibkan beriman dengan Baginda dan apa yang Baginda sampaikan.
Lantaran itu, kewajipan serta tuntutan tersebut merangkumi semua
yang Baginda sampaikan, sama ada al-Quran mahupun Hadis.
8


AUTORITI DAN PERANAN HADIS
Untuknya membincangkan berkaitan dengan autoriti dan peranan hadis ia
perlulah dikaitkan dengan al-Quran, di mana ia bertindak sebagai sumber
perundangan yang kedua selepas al-Quran. Hal itu disebabkan al-Quran itu sabitnya
secara pasti atau Qati al-Thubut, sedangkan hadis sabitnya secara tidak pasti atau
Zanniyah al-Thubut.
Antara lain juga, dimana al-Quran itu sendiri sememangnya banyak
menjelaskan tentang kedudukan dan peranan hadis. Konteks seterusnya al-Quran
diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai petunjuk untuk membawa manusia ke jalan
yang benar serta untuk mencapai kebahagian di dunia dan Akhirat.

8
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit Pustaka salam Sdn Bdh,
Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd. Muka surat 98
17


Sebahagian nas dan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan dalam bentuk yang
ringkas, umum serta tidak boleh diketahui dengan jelas oleh manusia kecuali melalui
penjelasan Rasulullah S.A.W.. Justeru itu, antara peranan utama hadis sebagaimana
yang telah dijelaskan oleh ulama terhadap al-Quran ialah:

Hadis mengukuhkan hukum al-Quran
Biarpun al-Quran diturunkan dalam bentuk gaya bahasa yang sangat mudah
difahami serta mudah dibaca, namun begitu ia tetap memerlukan kepada hadis
untuk menguatkannya. Konteks tersebut, di kala itu sesuatu hukum yang terbentuk
dikira mempunyai dua dalil dan dua sumber perundangan serentak.
Sebagai contohnya ialah: Di mana dalam al-Quran terdapat ayat yang
menyuruh umat Islam supaya mendirikan sembahyang lima waktu serta
mengeluarkan zakat, antaranya ialah:
1. Sebagaimana firman Allah S.W.T.:

^ W-O1g~4
E_OUO-
W-O>-474
E_OEO-
Terjemahan: Dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.
(Surah al-Baqarah ayat 83)

Yang mana hukum yang terdapat serta berkaitan dengan kewajipan
menunaikan sembahyang juga berzakat sebagaimana yang termaktub di dalam
ayat dan nas al-Quran di atas telah disokong oleh Hadis sebagaimana sabda
Rasullulah S.A.W. daripada Abd Allah bin Umar bin al-Khattab:

18


Maksudnya: Islam itu diasaskan atas Lima rukun: Mengakui bahawa tiada
Tuhan lain yang layak disembah melainkan Allah S.W.T. Nabi Muhammad S.A.W.
sebagai pesuruh Allah S.W.T., mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.
2. Sebagaimana firman Allah yang lain pula:

E^^) 4pONLg`u^-
E4Ou=) W-O)U;
4u-4 7uC4OE= _
Terjemahan: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua bersaudara kamu (yang
bertelingkah) itu.
(Surah al-Hujurat ayat 10)

Yang mana nas al-Quran yang menyatakan tentang ikatan persaudaraan yang
terjalin antara semua orang Muslim tersebut telah disokong oleh hadis, sebagaimana
sabda Baginda Rasulullah S.A.W. daripada Abd Allah bin Umar bin al-Khattab:
Maksudnya: orang Islam itu bersaudara bagi orang Islam.

Hadis sebagai pentafsir al-Quran
Hadis yang bertindak sebagai pentafsir serta menjelaskan al-Quran adalah selaras
dengan perutusan Baginda sebagai pesuruh Allah S.W.T. Hal ini adalah disebabkan
hanya Rasulullah S.A.W. sahaja yang lebih mengetahui maksud sebenar ayat-ayat
tersebut.
9


9
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit Pustaka salam Sdn Bdh,
Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd.

19


Dr. Fauzi mengatakan sebenarnya sunnah atau hadis mempunyai hubungan yang
sangat kuat dengan al-Quran. Malah, Allah S.W.T. memuji Rasulullah S.A.W. dalam
firmannya iaitu:
Maksudnya: sesungguhnya telah ada pada diri (Rasulullah) itu contoh teladan yang
baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah S.W.T. dan
kedatangan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah S.W.T.
(Surah al-Ahzab: 21)
Rasulullah S.A.W. juga mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sesuatu hukum
di luar al-Quran.
10


Secara lebih terperinci tentang keadaan hadis yang mentafsirkan al-Quran dapat
dibahagikan kepada tiga keadaan lain pula iaitu:
- Hadis berperanan menjelaskan nas-nas al-Quran yang berbentuk mujmal.
Untuk itu, dalam keadaan tesebut ia membawa maksud hadis menjelaskan nas
al-Quran yang masih berbentuk umum.
Konsep serta skop mujmal menurut pengertian sebagaimana yang dijelaskan oleh
al-Amidi di dalam kitabnya iaitu al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam iaitu nas yang tidak
boleh ditangguhkan terhadap salah satu daripada dua maksud dan nas yang tidak jelas
mana satukah yang dimaksudkan.
Lantaran itulah, nas mujmal itu juga merupakan nas yang ringkas sekaligus
sememangnya memerlukan kepada penjelasan, khususnya dalam perkara yang
berkaitan dengan ibadat juga hukum-hakam yang lainnya.
Antara contoh ialah sebagaimana berikutnya:
i. Ayat serta nas-nas al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T. berkaitan
dengan suruhan atau perintah kewajipan mendirikan sembahyang lima waktu.
Sebagaimana firman Allah S.W.T.:

10
http://darmawihamdani.blogspot.com/2008/08/hadith-sumber-kedua-hukum-hakam-
islam.html
20



Ep) E_OUO- ;e4^~E
O>4N --gLg`u^-
4l4g 4>O~OE` ^@
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang
diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa ayat 103)
Daripada penelitian dan tinjauan terhadap ayat tersebut yang mana ia dibawa
dalam bentuk mujmal, iaitu tidak diterangkan cara, bentuk, syarat dan masa untuk
menunaikannya secara khusus. Oleh sebab itu, apa-apa sahaja keadaan yang
berkenaan dengan cara mengerjakan sembahyang akan ditunjukkan oleh Baginda
Rasulullah S.A.W. melalui Sunnah Amaliah atau praktikal Baginda.
Antara contohnya, sebagaimana sabda Baginda kepada salah seorang Sahabat
lelaki yang tidak tahu mendirikan sembahyang dengan cara yang sempurna dan betul
melalui hadis Baginda S.A.W. daripada Abu Hurairah:
Maksudnya: Apabila kamu berdiri betul, maka takbirlah, kemudian bacalah mana-
mana ayat al-Quran yang mudah bagi kamu, kemudian rukuklah hingga tetap rukuk
kamu, kemudian angkat kepala hingga kamu berdiri betul, kemudian kamu sujud
hingga tetap sujud kamu, kemudian kamu angkat kepala kamu hingga duduk tetap.
Lakukan demikian dalam semua sembahyang kamu.
ii. Begitu juga yang berkaitan dengan firman Allah S.W.T. tentang kewajipan
atau tuntutan mengeluarkan zakat, sebagaimana firmannya:
'O ;}g` g)4O^`
LO~E=
Maksudnya: Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai zakat.
(Surah al-Taubah ayat 103)

21


Apabila dirujuk kepada nas al-Quran sebagaimana yang termaktub di atas adalah
berbentuk mujmal. Dimana di sana tidak dijelaskan secara jelas berkaitan jenis
harta yang dikenakan zakat serta kadarnya. Oleh itu, Rasulullah S.A.W.
menjelaskan kepada umatnya antara harta yang diwajibkan berzakat ialah
Binatang ternakan seperti unta dan lembu, Tanaman seperti Buah Tamar dan
gandum.
Sebagai contoh untuk penjelasannya ialah hadis Rasulullah s.a.w. mengenai
perbezaan diantara zakat tanaman yang tumbuh melalui siraman air hujan dengan
tanaman yang disirami dengan menggunakan tenaga manusia. Ia dinyatakan
sebagaimana sabda Baginda daripada Ibn Umar:

Maksudnya: Tanaman yang disirami oleh air hujan atau mata air atau menyerap
air sendiri melalui akarnya 1/10, manakala tanaman yang tumbuh dengan
disirami menggunakan tenaga (kos), zakatnya 1/20.

iii. Terdapat nas al-Quran yang masih tidak jelas atau kesamaran pengertiannya.
Oleh kerana itu hadis bertindak mentafsir dan menjelaskan nas kesamaran
tentang maksud sebenarnya disebabkan ia sukar untuk difahami oleh akal
pemikiran manusia.
Antara contohnya ialah sebagaimana firman Allah:

E_ W-OU74
W-O+4O'=-4 _/4EO
4E-4lE4C N7 7O^OC^-
+*4O- =}g` O^OC^-
g14Oc- =}g` @O;E^-
W
22


Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu
benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu (waktu)
fajar.
(Surah al-Baqarah ayat187)

Maksud bagi perkataan Benang Putih serta Benang Hitam sebagaimana
yang termaktub di dalam ayat tersebut ialah berbentuk samar-samar. Untuk itu, tentu
sekali sukar untuk memahami nas yang sama itu melalui akal dan pemikiran manusia
yang terbatas.
Oleh sebab itu, Rasulullah S.A.W. telah bertindak menjelaskan segala kesamaran
tersebut, sebagaimana riwayat oleh Adi bin Hatim, sabda Baginda S.A.W.:
Maksudnya: Sesungguhnya itu ialah kegelapan waktu malam dan cerah pada waktu
siang.
Lantaran itu, hadis telah mentafsir maksud sebenar perkataan Benang Putih yang
membawa maksud siang serta Benang Hitam yang membawa maksud malam.
11

Selain itu, menjelaskan yang samar iaitu contoh ayat 82 dalam surah al-
Anam mengenai kezaliman.
Ayat ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sahabat Nabi kerana
mereka memahami zalim di sini adalah cuai dalam melaksanakan hak dan
tanggungjawab. Rasulullah S.A.W. kemudian menjelaskan yang maksud zalim dalam
ayat ini adalah syirik.
12

- Hadis mengkhususkan nas al-Quran yang berbentuk umum. Di mana di dalam
al-Quran sememangnya terdapat banyak nas yang disebut secara umum.
Justeru itulah, hadis Rasulullah S.A.W. yang mengkhususkan segala
keumuman nas tersebut.

11
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit Pustaka salam Sdn Bdh,
Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd.

12
http://darmawihamdani.blogspot.com/2008/08/hadith-sumber-kedua-hukum-hakam-
islam.html
23


Hasil dan maksud sebenar yang dikehendaki oleh nas al-Quran bukanlah dalam
bentuk keumumannya itu, tetapi hukum yang telah dikhususkan oleh hadis
Baginda. Antara contohnya ialah sebagaimana firman Allah S.W.T. yang
berkaitan dengan wasiat.
O71gONC +.- EO)
gu W @OE-~-g
NuVg` ]^EO u-4OV^1- _
Maksudnya: Allah S.W.T. perintahkan kamu mengenai harta (pembahagian
harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki
menyamai bahagian dua orang anak perempuan.
(Surah al-Nisa ayat 11)

Ketetapan hukum yang terdapat dalam ayat al-Quran tersebut adalah
berbentuk umum, di mana ia menjelaskan secara umum tentang anak yang berhak
mewarisi harta pusaka dengan merangkumi semua anak, sama ada pembunuh
kepada pewaris atau tidak. Anak para nabi atau sebaliknya.
Lantaran itulah, hadis telah bertindak mengkhususkan segala nas yang
berbentuk umum tersebut, antaranya ialah:
I. Menerusi hadis telah menjelaskan bahawa anak-anak Nabi tidak berhak
mewarisi harta pusaka. Semua itu dapat dijelaskan sebagaimana sabda
Baginda yang diriwayatkan daripada Abu Bakar:
Maksudnya: Kami (para nabi) tidak dipusakai, apa yang kami tinggalkan menjadi
sedekah.

II. Hadis juga mengkhususkan ayat atau nas yang berbentuk umum. Di mana
pembunuh tidak dapat mempusakai harta peninggalan si mati. Hal itu,
dinyatakan sebagaimana sabda baginda daripada Abu Hurairah:
24


Maksudnya: Pembunuh tidak mewarisi.
III. Hadis membataskan nas yang berbentuk mutlak. Dalam erti kata lain, ia
membawa maksud hadis yang bertindak sebagai muqayyad atau membataskan
terhadap hukum dan nas al-Quran yang berbentuk mutlak.

Untuk itu, mana-mana nas dan ayat yang bersifat mutlak akan diterangkan oleh hadis
dengan terperinci. Antara contohnya ialah sebagaimana firman Allah S.W.T.:
7-jOOO-4
O~jOOO-4
W-EONC^~ E_4CguC
Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri
maka (hukumnya) potonglah tangan mereka.
(Surah al-Maidah ayat 38)

Ayat tesebut adalah berbentuk mutlak. Ia tidak menjelaskan secara terperinci
kedudukan yang berkaitan dengan pencuri yang dikenakan hukum potong tangan. Ia
tidak dibataskan sempadan tangan yang patut dipotong apabila sabit kesalahan dan
tidak dibataskan jumlah atau kadar barangan curian yang menyebabkan seseorang
pencuri itu, sama ada lelaki atau perempuan sabit kesalahan mereka serta dikenakan
hukuman potong tangan.
Ketetapan tentang nilai atau kadar barangan yang dicuri terdapat hadis yang
membataskan kadarnya. Hal itu dinyatakan sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.
daripada Aisyah:
Maksudnya: Dipotong tangan pencuri terhadap barang curian bernilai dinar dan
lebih.

Hadis sebagai Nasikh Hukum
25


Bukan satu perkara yang mudah bagi mengetahui serta menentukan nasikah
dan mansukh daripada nas al-Quran. Oleh sebab itu, hadis bertindak memainkan
peranan penting untuk menetapkannya serta ia bertindak sebagai dalil untuk
mensabitkan sudut nasikh dan mansukh terhadap nas al-Quran.
Berkaitan perkara tesebut, terdapat perselisihan pendapat. Di mana jumhur
ulama menyatakan bahawa hadis itu kadang-kala bertindak serta harus menasakh
dan menggantikan hukum yang ditetapkan atau thabit melalui al-Quran, tetapi
Imam Syafii berpendapat sebaliknya.
Bagi pendapat Imam Syafii, nas al-Quran hanyalah boleh dibatalkan dengan
nal al-Quran atau nas al-Quran hanya bertindak membatalkan al-Quran sahaja,
bukannya melalui hadis. Faktor atau hujah Imam Syafii berpendapat demikian
ialah kerana kedudukan al-Quran adalah lebih tinggi daripada hadis.
Walau bagaimanapun, menurut pendapat sebahagian daripada kalangan
ulama mazhab Syafii seperti al-Baydawi dan al-Asnawi, hadis bukan sahaja
dapat bertindak sebagai dalil dan bukti yang menetapkan konsep nasikh dan
mansukh nas al-Quran.
Namun begitu, hadis juga boleh bertindak untuk membatalkan al-Quran.
Menurut mereka, hal itu terbukti dan telah berlaku berdasarkan firman Allah
S.W.T.:

=Ug-7 7^OU4 -O) 4O=EO
N7E4 OE^- p)
E4O> -OOE= OOg4O^-
^}uCEg4OUg
4-)4O^~-4
NOuE^) W EO
O>4N 4-+^- ^g

26


Maksudnya: Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia
ada meninggalkan harta pusaka, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan
kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu
kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.
(Surah al-Baqarah ayat 180)
Daripada sudut praktikal dan reality, ayat dan nas al-Quran telah dinasakahkan
oleh hadis Rasulullah S.A.W. sebagaimana sabda Baginda daripada Amru bin
Kharijah:
Maksudnya: Tiada wasiat bagi ahli waris (penerima pusaka).
Oleh sebab keadaan tersebut telah membuktikan bahawa hadis boleh bertindak
untuk memansukhkan al-Quran. Hukum di dalam ayat tersebut yang mewajibkan
berwasiat daripada harta peninggalan kepada ibu bapa, ahli waris dan kaum kerabat
telah dibatalkan oleh hadis.

Hadis berperanan membawa hukum baru
Daripada perkara tersebut, kadang-kala hadis juga berperanan sebagai pengasas
atau membentuk hukum yang tidak disebut dan tiada di dalam al-Quran. Dalam erti
kata lain, ia juga menerangkan tentang hukum yang tidak ada atau tidak dinyatakan di
dalam al-Quran.
Contohnya seperti hak perwarisan untuk nenek, hukuman rejam terhadap penzina,
haram hukumnya menghimpunkan isteri dengan emak saudaranya serentak, sama ada
sebelah bapa atau sebelah ibu. Iaitu haram kedua-duanya dijadikan sebagai isteri
pertama dan isteri kedua dalam satu masa.
Apa yang dijelaskan di dalam nas al-Quran, hanya haram menghimpunkan atau
tidak boleh menghimpunkan dua orang adik-beradik sahaja sebagai isteri dalam satu
masa. Iaitu sebagai isteri pertama dan isteri kedua dan ia disebut di dalam firman
Allah S.W.T.:
27


p4 W-ONE;> -u-4
u-4-u=1- ^g@
Maksudnya: Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk
menjadikan isteri-isteri kamu).
(Surah al-Nisa ayat 23)
Hukum pengharaman menghimpunkan anak saudara dengan emak saudara
serentak sebagai isteri pertama dan kedua dinyatakan dengan jelas melalui hadis
daripada Jabir:

Maksudnya: Rasulullah S.A.W. melarang mengahwini wanita (himpunkan antara
isteri) dengan emak saudaranya sama ada sebelah ibu atau bapa.
Hadis berperanan untuk menambah hukum baru juga ada hubungan dengan hadis
yang bertindak menyatakan hukum-hukum yang mana pada asasnya sahaja yang
terdapat di dalam al-Quran.
13


Hubungan al-Hadis dengan al-Quran

Dalam hubungan dengan Al-Quran, maka As-Sunnah berfungsi sebagai
penafsir, pensyarah, dan penjelas daripada ayat-ayat tertentu. Apabila disimpulkan
tentang fungsi As-Sunnah dalam hubungan dengan Al-Quran itu adalah sebagai
berikut:

1 Bayan Tafsir,

Yaitu menerangkan ayat-ayat yang sangat umum, mujmal dan musytarak.
Seperti hadits: Shallu kamaa ro-aitumuni ushalli (Shalatlah kamu sebagaimana
kamu melihatku shalat) adalah merupakan tafsiran daripada ayat Al-Quran yang
umum, iaitu: Aqimush-shalah (Kerjakan shalat). Demikian pula hadits: Khudzu

13
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit Pustaka salam Sdn Bdh,
Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd. Muka surat 99-107
28


anni manasikakum (Ambillah dariku perbuatan hajiku) adalah tafsir dari ayat Al-
Quran Waatimmulhajja (Dan sempurnakanlah hajimu).

1 Bayan Taqrir

Iaitu As-Sunnah berfungsi untuk memperkokoh dan memperkuat pernyataan
Al-Quran. Seperti hadits yang berbunyi: Shoumu liruyatihiwafthiru liruyatihi
(Berpuasalah karena melihat bulan dan berbukalah karena melihatnya) adalah
menguatkan ayat Al-Quran dalam surat Al-Baqarah: 185.

2 Bayan Taudhih,

Iaitu menerangkan maksud dan tujuan sesuatu ayat Al-Quran, seperti
pernyataan Nabi: Allah tidak mewajibkan zakat melainkan supaya menjadi baik
harta-hartamu yang sudah dizakati, adalah taudhih (penjelasan) terhadap ayat Al-
Quran dalam surat at-Taubah: 34, yang artinya sebagai berikut: Dan orang-orang
yang menyimpan mas dan perak kemudian tidak membelanjakannya dijalan Allah
maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih. Pada waktu ayat ini turun
banyak para sahabat yang merasa berat untuk melaksanakan perintah ini, maka
mereka bertanya kepada Nabi yang kemudian dijawab dengan hadits tersebut.

Hadis dalam menentukan hukum

Dalam pembicaraan hubungan As-Sunnah dengan Al-Quran telah disinggung
tentang bayan tasyri, yaitu hadits adakalanya menentukan suatu peraturan/hukum
atas suatu persoalan yang tidak disinggung sama sekali oleh Al-Quran. Walaupun
demikian para Ulama telah berselisih faham terhadap hal ini. Kelompok yang
menyetujui mendasarkan pendapatnya pada ishmah (keterpeliharaan Nabi dari dosa
dan kesalahan, khususnya dalam bidang syariat) apalagi sekian banyak ayat yang
menunjukkan adanya sewenang-wenangnya kemandirian Nabi saw. untuk ditaati.
Kelompok yang menolaknya berpendapat bahawa sumber hukum hanya Allah, Inn al-
hukm illa lillah, sehingga Rasul pun harus merujuk kepada Allah SWT (dalam hal ini
Al-Quran), ketika hendak menetapkan hukum.

29


Kalau persoalannya hanya terbatas seperti apa yang dikemukakan di atas,
maka jalan keluarnya mungkin tidak terlalu sulit, apabila fungsi Al-Sunnah terhadap
Al-Quran didefinisikan sebagai bayan murad Allah (penjelasan tentang maksud
Allah) sehingga apakah ia merupakan penjelasan penguat, atau rinci, pembatas dan
bahkan mahupun tambahan, kesemuanya bersumber dari Allah SWT.

Sebenarnya dengan kedudukan Nabi sebagai Rasul pun sudah cukup menjadi
jaminan (sesuai dengan fungsinya sebagai tasyri) adalah harus menjadi pedoman bagi
umatnya, dan seterusnya. Tetapi mereka yang keberatan, beralasan antara lain:
Bahawa fungsi Sunnah itu tidak lepas dari tabyin atas apa yang dinyatakan Al-Quran
sebagaimana penegasan Allah:

keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. dan Kami turunkan kepadamu Al
Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada
mereka (An-Nahl: 44)

Maka apa saja yang diungkap Sunnah sudah ada penjelasannya dalam Al-
Quran meski secara umum sekalipun. Sebab Al-Quran sendiri menegaskan

Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab ini (Al- Anam : 38)

Sebenarnya kedua pendapat itu tidak mempunyai perbezaan yang utama.
Walaupun titik tolak permikirannya berbeza, tetapi kesimpulannya adalah sama. Yang
diperdebatkan keduanya adalah soal adanya hadits yang berdiri sendiri. Apakah betul-
betul ada atau hanya karena menganggap Al-Quran tidak membahasnya, padahal
sebenarnya membahas.

Seperti dalam soal haramnya kahwin kerana sesusuan, menurut pihak pertama
adalah karena ditetapkan oleh Sunnah yang berdiri sendiri, tetapi ketetapan itu adalah
sebagai tabyin atau tafsir daripada ayat Al-Quran yang membahasnya secara umum
dan tidak jelas. Mereka sama-sama mengakui tentang adanya sesuatu tersebut tetapi
mereka berbeza pendapat tentang apakah Al-Quran pernah menyinggungnya atau
tidak (hanya ditetapkan oleh Sunnah saja)

30


Dalam masalah-masalah persoalan lain sebenarnya masih banyak hal-hal yang
ditetapkan oleh Sunnah saja, yang barangkali sangat sulit untuk kita cari ayat Al-
Quran yang membahasnya, walaupun secara umum dan global. Oleh kerana itulah
kita cenderung untuk berpendapat sama dengan pihak yang pertama.


Nabi Muhammad S.A.W. sebagai sandaran hadis

Pada dasarnya seorang Nabi punya keluarga sebagai panutan bagi umatnya.
Sehingga umatnya wajib menjadikan diri seorang Nabi sebagai tauladan dalam
hidupnya.

Namun perlu juga diketahui bahwa tidak semua perbuatan Nabi menjadi
ajaran yang wajib untuk diikuti. Memang betul bahwa para prinsipnya perbuatan Nabi
itu harus dijadikan tuntunan dan panutan dalam kehidupan. Akan tetapi kalau kita
sudah sampai masalah, ternyata tetap ada yang menjadi wilayah khushushiyah beliau.
Ada beberapa amal yang boleh dikerjakan oleh Nabi tetapi haram bagi umatnya. Di
sisi lain ada amal yang wajib bagi Nabi tapi bagi umatnya hanya menjadi Sunnah.
Lalu ada juga yang haram dikerjakan oleh Nabi tetapi justeru boleh bagi umatnya. Hal
ini boleh kita teliti lebih lanjut dalam beberapa huraian berikut ini:

1. Boleh bagi Nabi, haram bagi umatnya

Ada beberapa perbuatan hanya boleh dikerjakan oleh Rasulullah SAW,
sebagai sebuah pengecualian. Namun bagi kita sebagai umatnya justeru haram
hukumnya bila dikerjakan. Contohnya antara lain:

Berpuasa Wishal

Puasa wishal adalah puasa yang tidak berbuka saat Maghrib, hingga puasa itu
bersambung terus sampai esok harinya. Nabi Muhammad SAW berpuasa wishal dan
hukumnya boleh bagi beliau, sementara umatnya justeru haram bila melakukannya.

31


Boleh beristeri lebih dari empat wanita

Contoh lainnya adalah masalah kebolehan poligami lebih dari 4 isteri dalam
waktu yang bersamaan. Kebolehan ini hanya berlaku bagi Rasulullah SAW seorang,
sedangkan umatnya justeru diharamkan bila melakukannya.

2. Yang wajib bagi Nabi, Sunnah bagi umatnya

Sedangkan dari sisi kewajiban, ada beberapa amal yang hukumnya wajib dikerjakan
oleh Rasulullah SAW, namun hukumnya hanya Sunnah bagi umatnya.

Solat Dhuha

Solat dhuha yang hukumnya Sunnah bagi kita, namun bagi Nabi hukumnya wajib.

Qiyamullail

Demikian juga dengan shalat malam (qiyamullaih) dan dua rakaat fajar. Hukumnya
Sunnah bagi kita tapi wajib bagi Rasulullah SAW.

Bermusyawarah

Hukumnya wajib bagi Nabi SAW namun Sunnah bagi umatnya

3. Yang haram bagi Nabi tapi boleh bagi umatnya

Menerima harta zakat

Semiskin apapun seorang Nabi, namun beliau diharamkan menerima harta
zakat. Demikian juga hal yang sama berlaku bagi keluarga beliau (ahlul bait).
Makan makanan yang berbau

32


Segala jenis makanan yang berbau kurang sedang hukumnya haram bagi
beliau, seperti bawang dan sejenisnya. Hal itu karena menyebabkan tidak akan
datangnya malaikat kepadanya untuk membawa wahyu.

Sedangkan bagi umatnya, hukumnya halal, setidaknya hukumnya makruh.
Maka petai dan makanan sejenisnya, masih halal dan tidak berdosa bila dimakan oleh
umat Muhammad SAW.

Haram menikahi wanita ahlulkitab

Kerana isteri Nabi berarti umahat muslim, ibunda orang-orang muslim. Kalau
isteri Nabi beragama nasrani atau yahudi, maka bagaimana mungkin boleh terjadi.

Sedangkan bagi umatnya dihalalkan menikahi wanita ahli kitab, sebagaimana
telah dihalalkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran surat Al-Maidah ayat 3.

Selain hal-hal yang dihuraikan di atas, perbuatan-perbuatan Nabi Muhammad
sebelum kerasulan bukan merupakan sumber hukum dan tidak wajib diikuti.
Walaupun oleh sejarah dicatat bahawa perbuatan dan perkataan Nabi selalu terpuji
dan benar, sehingga beliau mendapatkan gelar Al-Amin. Akan tetapi kehidupannya
waktu itu boleh dijadikan sebagai suatu contoh yang sangat baik bagi kehidupan
setiap setiap muslim. Sebagaimana bolehnya kita mengambil contoh atas perbuatan-
perbuatan yang baik walaupun dari orang luar Islam sekalipun.

Semua contoh di atas merupakan hasil istimbath hukum para ulama dengan
cara memeriksa semua dalil baik yang ada di dalam Al-Quran mahupun yang ada di
dalam Sunnah Nabi SAW.
14




14
http://dunia-sarjana.blogspot.com/2012/10/kedudukan-hadis-sebagai-sumber-
hukum.html
33












KESIMPULAN
1. Secara bahasa, hadits dapat bererti baru, dekat dan khabar (cerita). Sedangkan
menurut istilah, hadits bererti segala perkataan, perbuatan dan taqrir atau persetujuan
yang disandarkan pada Nabi Muhammad SAW (aqwal, afal wa taqrir).

2. Kedudukan Hadits adalah sebagai tabyin atau penjelas dari Al-Quran dan juga
menjadi sumber hukum sekunder/kedua_setelah Al-Quran.
34



3. Dalam hubungannya dengan Al-Quran, As-Sunnah memiliki beberapa fungsi
seperti; bayan tafsir yang menerangkan ayat-ayat yang sangat umum, mujmal dan
musytarak; Bayan Taqrir, berfungsi untuk memperteguhkan dan memperkuat
pernyataan Al-Quran, dan; Bayan Taudhih, yaitu menerangkan maksud dan tujuan
sesuatu ayat Al-Quran.

4. Dalam beberapa masalah, As-Sunnah dapat saja berdiri sendiri dalam menentukan
hukum, hal ini didasarkan pada keterpeliharaan Nabi dari dosa dan kesalahan,
khususnya dalam bidang syariat. Dan hal ini terbatas pada suatu perkara yang Al-
Quran tidak menyinggungnya sama sekali, atau sulit ditemui dalil-dalilnya dalam Al-
Quran.

5. Tidak semua perbuatan Nabi Muhammad merupakan sumber hukum yang harus
diikuti oleh umatnya, seperti perbuatan dan perkataannya pada masa sebelum
kerasulannya.




RUJUKAN
Pengantar Syariat Islam, pengarang Haji Abdul Majid bin Haji Jaafar, edisi
pertama Cetakan Pertama Ogos 1999, penerbit Pustaka Haji Abdul Majid.
Rosmawati bt Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Penerbit
Pustaka salam Sdn Bdh, Dicetak oleh Prospecta Printers Sdn Bhd. Muka surat
3
http://darmawihamdani.blogspot.com/2008/08/hadith-sumber-kedua-hukum-
hakam-islam.html
35


http://dunia-sarjana.blogspot.com/2012/10/kedudukan-hadis-sebagai-sumber-
hukum.html

Anda mungkin juga menyukai