Anda di halaman 1dari 35

SUMBER HUKUM

ILMU USUL FIQH


Kuliah 1

PENDAHULUAN

Sumber hukum atau dalil perundangan ialah


sumber pengambilan di dalam menetapkan
sesuatu hukum syarak, sama ada ia
berasaskan sumber yang disepakati oleh
ulamak mujtahid ataupun sumber yang tidak
disepakati mereka.

BAHAGIAN SUMBER HUKUM

Sumber hukum terbahagi dua:


1. Dalil Qati
al-Quran
al-Sunnah
Ijmak Ulamak
al-Qiyas
2. Dalil Zanni

AL-QURAN

Sebuah kitab suci yang menganduni berbagai


jenis ilmu pengetahuan, undang-undang
syarak, adab peraturan, berita ghaib dan
mengenai berita yang telah berlaku, sekarang
dan akan datang.
Al-Quran adalah suatu lafaz yang boleh
difahami iaitu bahasa arab yang diturunkan
kepada nabi Muhammad saw yang dapat
melemahkan musuhnya dengan sesuatu ayat
dan surah yang terkandung di dalamnya, yang
dipindahkan dengan cara mutawatir dan
sesiapa yg membacanya merupakan ibadah.

JENIS KANDUNGAN AL-QURAN

Ayat Muhkamat
Ayat Mutasyabihat
Dinyatakan dalam al-quran ayat 7 surah Ali
Imran bermaksud: Dialah yang menurunkan
kepadamu( wahai Muhammad) kitab suci alQuran. Sebahagian besar daripadanya ialah
ayat-ayat muhkamat( yang tetap, tegas dan
nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayatayat muhkamat itu ialah ibu atau pokok isi alQuran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat
mutasyabihat( yang samar2 , tidak terang
maksudnya)

AYAT MUHKAMAT

Ayat yang terang dan jelas maksudnya dan


dapat difahami dengan mudah.
Contoh:
Surah al-Baqarah : 275
Surah Al-Baqarah : 43

AAT MUTASYABIHAT
Membawa 2 pengertian.
1. Pengertian pertama
Ayat yang mengandungi beberapa
pengertian dan ia tidak dapat ditentukan apa
maksud sebenarnya, melainkan dengan
menyelidiki secara mendalam dan menilai
serta berpandukan dalil untuk menentukan
maksud sebenarnya. Contoh ayat Mujammal
dan ayat yang mengandungi lafaz musytarak.

Contoh
i. Surah Al-Baqarah ayat 237

Lafaz mujammal..tidak jelas siapakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan orang
yang memegang ikatan nikah, suami atau
wali.
Untuk beramal perlu mencari dalil yang
menentukan erti sebenar.

ii. Surah al-Baqarah ayat 228



Lafaz musytarak yang membawa erti suci dan
haidh

Pengertian kedua
Ayat mutasyabihat ialah ayat yang mana
Allah sahaja yang mengetahui maksud
sebenarnya. Contoh ayat yang berkait
dengan alam ghaib, syurga dan ayat-ayat
yang mnenunjukkan seolah-olah Allah
bersifat seperti makhluk, ayat-ayat yang
dimulakan dengan huruf dan lainnya.

CONTOH

Surah al-Fath ayat 10



Surah al-Baqarah ayat 43 ayat 1

Ada 2 pendapat ulamak berkaitan ayat ini


i. Boleh ditakwilkan
ii. Tidak boleh beramal dan tidak boleh
ditakwilkan

PERANAN AL-QURAN DALAM


PERUNDANGAN

Al-Quran membawa dalil yang berbentuk


umum yang mengandungi hukum.
Al-Quran mengandungi arahan dan tegahan
secara langsung dan digunakan sebagai
penetapan dari Allah tanpa
pentafsiran.Ulamak mengkaji sebab
penurunan ayat, serta nasikh mansukh
terlebih dahulu

Al-Quran juga menerangkan hukum-hukum


yang terkandung dalam kitab-kita terdahulu
kecuali ada ayat yang memansukhkan

CARA AL-QURAN MENUNJUKKAN


HUKUM

Hukum secara QatI


Hukum yang pasti yang tidak dipertikaikan
lagi maksud dan hukumnya. Contoh:
38 ...
Hukum secara zanni
Contoh perempuan yang diceraikan,
iddahnya tiga kali suci atau tiga kali haidh

Terdapat juga dalam al-Quran yang


menunjukkan hukum secara qati dan juga
zanni
Contoh ayat 2 surah al-Maidah
.........
Secara Qati wajib sapu kepala ketika
berwudhuk
Secara zanni qadar kepala yang wajib
disapukan

KEISTIMEWAAN AL-QURAN

Ketinggian bahasa al-Quran dari segi susunan


dan kesusateraan, merangkumi semua aspek
kehidupan
Memberitakan peristiwa2 yang akan berlaku
Menceritakan peristiwa lampau dan kisah
umat terdahulu
Bertepatan dan menunjukkan perkara yang
sesuai dengan teori dan amali

Hukum al-Quran sesuai dilaksanakan


sepanjang masa, tempat, bangsa dan situasi
Prinsip al-Quran dalam melaksanakan hukum
untuk kepentingan hidup manusia

AS-SUNNAH

Bahasa
As-sunnah perjalanan, kelakuan,perangai
sama ada baik atau buruk.
Hadis perkataan atau ucapan
Athar sisa atau bai atau peninggalan
Istilah segala apa yang disandarkan kepada
Nabi dari segi perkataan, perbuatan, sifat,
tingkahlaku, perjalanan hidup, pengakuan
atau takrir, baik sebelum dibangkitkan
menjadi rasul atau selepas baginda
dibangkitkan.

JENIS-JENIS AS-SUNNAH

Sunnah Qauliyyah

Sunnah Filiyyah

Sunnah Taqririyyah

Sunnah Hamiyyah

KEHUJJAHAN AS-SUNNAH
DALAM PERUNDANGAN

Firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 7


Hadis Rasulullah saw tentang peristiwa Muaz


bin Jabal ketika diutus ke Yaman

PERANAN AS-SUNNAH

Menyokong n menguatkan hukum yang sama


dalm al-Quran. Contoh hukum wajib
solat,haram menderhaka kepada ibubapa,
puasa dll
Perjelas ayat-ayat al-Quran yang umum dan
mujmal. Contoh suruhan solat
Mengkhususkan hukum al-Quran yang umum
Muqayyadkan hukum al-Quran yang
mutlak.Contoh hukum potong tangan pencuri

Membawa hukum baru yang tidak ada dalam


al-Quran. Contoh hukuman penzina yang
telah berkahwin.
Dan menghimpunkan seseorang dengan emak
saudaranya sebagai isteri dalam satu masa

IJMAK ULAMAK
Bahasa:
niat dan bersetuju di dalam sesuatu perkara
untuk melaksanakannya.
Azam dan kesungguhan dalam menghasilkan
sesuatu.
Istilah :Persepakatan ulamak mujtahid daripada
umat Nabi Muhammad selepas kewafatan
nabi Muhammad dalam perkara yang
berhubung dengan hukum syarak.

RUKUN IJMAK

Semua ulamak mujtahid sepakat mengenai


hukum syarak terhadap masalah berkaitan
Wujudnya sejumlah ulamak mujtahid pada
masa berlakunya sesuatu masalah atau
perkara
Sepakat semua ulamak mujtahid mengenai
hukum terbabit
Sepakat ulamak mujtahid mengeluarkan
pendapat masing-masing secara tegas sama
ada berupa perkataan, perbuatan sama ada
secara sendiri atau berkumpulan.

BAHAGIAN IJMAK

Ijmak Soreh atau hakiki sepakat semua


ulamak mujtahid pada satu masa tertentu
dalam masalah hukum agama, masing-masing
mengeluarkan dan melahirkan fatwa baik
dalam bentuk perbuatan atau perkataan.
Ijmak sukuti atau Itibari sebahagian
ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat
mereka melalui fatwa sedangkan sebahagian
ulamak mujtahid lain mendiamkan diri, tidak
menyatakan pendapat atau tidak sependapat

AL-QIYAS
Bahasa ukuran, persamaan, iktibar, tamsil
dan menyerupai/mumasalah
Istilah- menurut Qadhi al-Baidhowi,
menetapkan suatu perkara pada suatu
perkara lain kerana berkongsi keduanya pada
illah hukum.

Contoh:
Allah mengharamkan minum arak dengan
dalil nas dan wajib dikenakan had ke atas
peminumnya. Para mujtahid mendapati illah
dan sebab pengharamannya ialah
memabukkan. Maka diqiyaskan terhadapnya
setiap yang memabukkan selain daripada
arak seperti todi, ganja, dadah dan wiski
adalah haram

RUKUN QIAS
1.
2.
3.
4.

Perkara asal
Hukum perkara asal
Perkara cabang
illah hukum illah hukum yang berkongsi
antara perkara asal dengan perkara cabang
yang menetapkan hukumpada perkara asal.

CONTOH

Perkara asal
: Arak
Hukum perkara asal : Haram
Perkara cabang
: Perahan anggur
illah hukum
: Mabuk

SYARAT BAGI RUKUN QIAS


Syarat bagi perkara asal :
I. Boleh diqiaskan utk perkara cabang.
Hukum khusus tidak boleh diqiaskan spt
hukum Rasulullah berkahwin lebih daripada
empat wanita. Khusus utk Rasulullah s.a.w
ii. Perkara mustahil yang tidak bleh diqiaskan.
Contoh, bilangan solat, kadar hukum hudud

Syarat bagi hukum perkara asal


i. hendaklah daripada hukum syarak
ii. Hendaklah hukumnya tetap dan tidak
dimansuhkan
iii. Ketetapan hukum melalui nas
iv. Hendaklah bersebab dengan sebab yang
boleh diketahui kewujudannya
v. Hendaklah mendahului ketetapan hukum
daripada hukum perkara cabang

Syarat bagi perkara cabang


i.
Hendaklah terdapat sebab yang boleh
menetapkan hukum perkara asal kepada
perkara cabang
ii. Ii. Tidak boleh perkara cabang telah
dinaskan hukumnya oleh al-Quran, AsSunnah atau ijmak.

Syarat pada illah hukum


i.
Hendaklah ia merupakan sifat zahir yang tercapai
hukum pada perkara asal dan cabang
ii. Hendaklah merupakan sifat tetap. Tidak berbeza
dengan sebab berbezanya manusia dan keadaan.
iii. Hendaklah sifatnya sesuai bagi hukum
iv. Tidak boleh illah hukum menyalahi nas atau
ijmak.

Sekian .

Anda mungkin juga menyukai