Anda di halaman 1dari 11

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

71






Pemikiran Tasawuf Tuan Husain Nasir bin Muhammad Taib
al-Masudi al-Banjari (1280H/1863M-1353H/1935M)

Khairul Anuar Muhamad Ali & Faudzinaim Badaruddin

Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia




PENGENALAN

Tuan Husain Nasir bin Muhammad Taib al-Masudi
al-Banjari atau lebih dikenali dengan nama Tuan
Husain Kedah adalah seorang ulama yang terkenal
pada awal abad ke 20 M khususnya di utara tanah
air. Beliau adalah pengasas enam buah pusat
pengajian pondok dan juga pengarang kitab yang
giat mengarang sehingga menghasilkan 20 buah
karya yang bermutu dalam pelbagai bidang ilmu
Islam. Beliau adalah salah seorang ulama yang
memilih pendekatan tasawuf sebagai pendekatan
terbaik dalam usaha menyedarkan manusia daripada
kelalaian serta menjadi pendinding yang ampuh bagi
mengelakkan mereka dari terjebak dalam anasir
yang negatif. Justeru, penulisan ini akan
menumpukan kepada perbincangan tentang
pemikiran tasawuf Tuan Husain. Oleh itu, penelitian
dan kajian telah dibuat terhadap karya-karya beliau
dalam bidang tasawuf. Bertitik tolak dari inilah
pengkaji memilih kitab Qatr Ghaithiyyah
1
sebagai
asas dalam pengkajian kerana didapati di situlah,
Tuan Husain menumpukan perbahasannya tentang
ilmu tasawuf secara lebih mendalam berbanding
karya-karyanya yang lain. Selain itu, Kitab Bidayah
al-Talibin
2
pula dijadikan sebagai asas kedua dalam
pengkajian ini kerana ianya juga tergolong di dalam
kategori kitab tasawuf
3
. Di samping itu, karya-karya
Tuan Husain yang lain juga akan diteliti, demikian
juga bahan-bahan bacaan dari pengarang-pengarang
lain bagi mendapatkan maklumat tambahan. Bagi
mendapatkan hasil perbincangan yang lebih
berkesan, dapatan-dapatan dari temubual dengan
responden tertentu juga diambil bagi membantu
mencapai tujuan yang tersebut.

Pemikiran Tasawuf Tuan Husain: Perbincangan
dari sudut aspek amali akan melihat sejauh mana
pemikiran tasawuf Tuan Husain terutama dalam
karya-karya tasawuf dan tauhid iaitu Qatr al-
Ghaithiyah, Bidayah al-Talibin, Usul al-Tauhid,
Hidayah al-Mutafakkirin dan Tamrin al-Sibyan.
Justeru perlu dibuat satu penyelidikan yang
dikhaskan kepada asas pemikiran tasawuf beliau
yang dilihat dalam aspek ilmu akidah dan tasawuf.
Dengan melihat kepada karya-karya beliau dalam
kedua-dua bidang itu khususnya dan lain-lain amnya
dapat dibuat satu kesimpulan, iaitu sejauh mana pula
pengaruh pemikiran yang mendasari pemikiran Tuan
Husain tentang tasawuf dengan pelbagai
konsepsinya. Di samping itu, akan terbukti pula
sejauh mana keaslian pemikirannya dan di mana
konsep pembaharuannya yang berkaitan dengan
akidah dan tasawuf itu.
Setelah membaca dan meneliti karya-karya
Tuan Husain, dapat disimpulkan bahawa perkara-
perkara penting yang perlu dijadikan asas kajian
ialah berkisar kepada: Hubungan Tasawuf dan
Akidah; Hubungan antara Syariat, Tarikat dan
Hakikat; Konsep Marifatullah; Kelayakan
Bertarikat; Penentangan terhadap Penyelewengan
Dalam Agama dan kesimpulan. Walaupun ada
beberapa perkara lain yang dibincangkan oleh beliau
dalam tulisan-tulisannya, namun tidak didapati
sebagai satu perkara yang perlu ditonjolkan, kerana
ianya hanya setakat pandangan terhadap huraian
ulama lain yang mendahuluinya yang bukannya
pemikiran tersendiri atau penafsiran khusus tentang
perkara itu.

(1) Hubungan Tasawuf dan Akidah: Tuan Husain
dalam karyanya sering mengaitkan hubungan antara
Tasawuf dengan Akidah. Ianya adalah usaha
mengukuhkan pendekatan beliau dalam bidang
pendidikan akidah dengan tasawuf. Dalam
tulisannya, terutama dalam Bidayah al-Talibin dan
Qatr al-Gahithiyah, ada dikaitkan dengan perlunya
seorang hamba yang memulai suluknya
mengesahkan akidahnya. Ini bererti, perkara paling
utama diperlukan dalam menjalani amalan tasawuf
ialah asas akidah yang sahih. Jika ianya benar dan
kukuh, maka amalan tasawuf akan berjalan sesuai
dengan ajaran Islam yang sebenar. Tetapi jika
akidah yang tidak tepat dan goyang, tentu akan
menjejaskan amalan seterusnya, kerana asas akidah
yang tidak benar menjadikan seorang yang salik
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
72

boleh terperangkap dalam ajaran sesat tanpa
disedarinya. Oleh kerana itu, Tuan Husain sering
mengingatkan masyarakat Islam dalam karya-
karyanya agar berhati-hati dengan ajaran-ajaran
sesat yang ada dalam kalangan masyarakat dan
menjadikan ilmu akidah dan tasawuf sebagai perisai
yang ampuh untuk mengelakkan tersesat jalan.
Perkaitan atau hubungan antara tasawuf dan
akidah mengikut Tuan Husain adalah merupakan
satu ikhtiar tersendiri yang sering ditimbulkan dalam
karya beliau dengan tujuan untuk mengukuhkan
kedudukan tasawuf di hati umat Islam. Dengan
adanya asas utama tasawuf, akidah yang sebenar
yang bertunjangkan kepada al-Quran dan al-Sunnah,
menjadikan penafsiran beliau terhadap tasawuf
boleh diterima sebagai sebahagian daripada ilmu-
ilmu Islam. Beliau mendefinasikan akidah menurut
istilah ahli hakikat atau tasawuf ialah,
) ertinya,
mensuci Zat Allah Taala daripada sesuatu yang
digambarkan dia dari segala faham dan sesuatu yang
terlintas dari segala yang diwaham. Ianya bermaksud
menafikan pembahagian, penyerupaan,
perumpamaan dan syirik pada zat, sifat dan
perbuatan-Nya (Husain Nasir 1348:7).
Tuan Husain berpandangan tasawuf adalah satu
ilmu yang sangat penting sehingga dikatakan
sebagai pati ilmu tauhid dan lainnya. Tasawuf
sewajarnya diberikan perhatian yang lebih, justeru
menjadi pendekatan atau metodologi yang sesuai
untuk mengubah masyarakat, tasawuf mampu
menanamkan akidah yang kukuh ke dalam lubuk
hati, dan dapat membangkitkan semangat
perjuangan (jihad) yang amat diperlukan bagi
menghadapi berbagai rintangan samada dalaman
(nafsu) atau luaran (dunia, syaitan, makhluk dan
penjajah). Selain itu, metodologi ini sesuai untuk
merealisiasikan perpaduan dan ukhuwah dengan
penuh kasih sayang.
Kaitan antara tasawuf dan akidah mengikut
penafsiran Tuan Husain dalam karya-karyanya
seperti Tamrin al-Sibyan, Usul al-Tauhid, Hidayah
al-Mutafakkirin dan lain-lain menampakkan
keselarasan yang menunjukkan beliau berusaha
mendekatkan pandangan tasawufnya dengan akidah
al-Ashairah (khalaf) yang dipeganginya dengan
mendahulukan dalil al-Quran dan al-Hadis dan
diikuti dalil akal. Oleh itu pandangan tasawuf beliau
boleh dikategorikan sebagai selari dengan tasawuf
sufi dan tasawuf sunni tetapi beliau menentang apa
yang dikatakan sebagai tasawuf falsafi yang
bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Bagi
beliau seperti yang dinyatakan di atas tasawuf adalah
pemangkin kepada akidah kerana ianya dapat
mengukuhkan makna akidah dilubuk hati seseorang
hamba.
Justeru, Tuan Husain mempunyai pandangan
yang positif dan kritis terhadap tasawuf. Beliau
konsisten dalam menyedarkan masyarakat agar tidak
tertipu dengan golongan yang berpura-pura
bertasawuf tetapi dalam waktu yang sama
menyelewengkannya dari landasan yang sebenar.
Untuk menjelaskannya, beliau sering
mengemukakan contoh-contoh kesalahan yang
dilakukan oleh mereka itu supaya mudah difahami
oleh masyarakat. Beliau juga dengan tegasnya
mengkritik aliran yang menyelewengkan konsep
wahdatul wujud
4
, ittihad, hulul, nur Muhammad dan
lain-lain yang dikaitkan dengan Ibn al-Arabi, al-
Hallaj dan Syaikh Muhammad Nafis. Malah beliau
menyatakan mereka yang menyeleweng dari al-
Quran dan al-Sunnah itu sebagai musyrik dan boleh
menjadi kafir.
Di samping itu, dilihat beliau cuba
mendekatkan pandangan tasawufnya dengan akidah
Ahli Sunnah Waljamaah dengan tidak
mengenepikan pandangan-pandangan ulama sufi.
Oleh itu, sudah menjadi resmi Tuan Husain yang
turut menonjolkan juga dalam karya-karya
tasawufnya tentang perbahasan ilmu akidah aliran
khalaf, begitu juga sebaliknya. Penggabungan
kedua-dua ilmu dalam karyanya adalah sebagai
usaha beliau memperlihatkan kebersamaan antara
keduanya supaya masyarakat dapat melihat
kepentingan kedua-dua ilmu itu bergerak seiring
jalan agar tidak berlaku pemisahan ilmu yang boleh
menyebabkan salah faham pula dan membawa
kepada kesesatan dan penyelewengan.
Dari sudut yang lain pula, Tuan Husain cuba
mencari jalan tengah untuk memesrakan antara
tasawuf sunni dan tasawuf sufi. Buktinya beliau
mendahulukan dalil Naqli seiring dengan apa yang
dilakukan oleh ulama sunni, kemudian
mengukuhkannya dengan dalil Aqli dan juga
mengambil pendapat-pendapat ulama tasawuf sufi
dari kalangan al-Ashairah yang muktabar seperti
Imam al-Ghazali, Syaikh Ibnu Ataillah dan lain-
lain. Oleh itu, beliau berpandangan bahawa
pendekatan yang mungkin dapat mengubah
masyarakatnya adalah metodologi tasawuf sama
seperti yang diakui oleh Imam al-Ghazali. Baginya
Tasawuf mampu menanamkan akidah yang kukuh
ke dalam lubuk hati, dan dapat membangkitkan
semangat perjuangan (jihad) yang amat diperlukan
menghadapi musuh Islam. Di samping itu,
metodologi ini mudah merealisasikan ke arah
mewujudkan perpaduan dan ukhuwah yang berkesan
seterusnya dapat menjadi medium untuk
membangunkan modal insan yang berguna.

(2) Hubungan Syariat, Tarikat dan Hakikat:
Kajian tentang hubungan antara syariat, tarikat dan
hakikat dalam ilmu tasawuf sering diperkatakan. Ini
kerana ia telah menimbulkan beberapa isu yang
meragukan dalam dunia tasawuf. Tuan Husain
berpandangan syariah, tarikat dan hakikat umpama
kapal, laut dan mutiara. Beliau mengemukakan
contoh secara ringkas dalam bentuk bait puisi,
seperti yang dipetik dari kitab Bidayah al-Talibin
iaitu di bawah fasal berkenaan Ahl al-Hakikat

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
73

(hlm. 24): (Tatimmatun, ketahui olehmu
bahawasanya bagi kaum sufi itu tiga perkara) iaitu
syariat dan tarikat * maka hakikat * maka syariat
itu seperti kapal * dan tarikat itu seperti laut * dan
hakikat itu seperti mutiara *
5
dan barang siapa
berkehendak ia akan mutiara, maka naik ia akan
kapal dan masuk ia ke dalam laut, maka sampai ia
kepada durr (mutiara). Maka barang siapa meninggal
ia akan ini tertib nescaya tiada mendapat ia akan
mutiara. (Husain Nasir 1344H:24). Maksudnya
syariat dan tarikat adalah syarat penting untuk
mendapatkan hakikat kerana ianya adalah faedah
daripada syariat dan tarikat. Di sini, Tuan Husain
menunjukkan kepentingan tarikat yang diibaratkan
sebagai laut sebagai jalan atau laluan kapal (syariat)
untuk menuju hakikat (mutiara). Menurutnya lagi,
sesiapa yang menghendaki mutiara, ia mestilah
menaiki kapal dan menyelami dasar lautan sehingga
ia memperolehi mutiara. Maksudnya sesiapa yang
tidak bersungguh-sungguh melakukan segala
suruhan syariat dan tarikat, tidak akan mencium
hakikat kerana ianya didahului dengan cara
mengamalkan syariat dan mempunyai jalannya
ialah tarikat.
Dalam membicarakan hubungan antara
syariat, tarikat dan hakikat lagi, menurut Tuan
Husain dalam Bidayah al-Talibin (halaman 24),
perkara pertama yang wajib ke atas mukallaf selepas
mengucap dua kalimah syahadah ialah syariat.
Beliau mendefinisikan syariat sebagai sesuatu yang
disuruh oleh Allah Taala dan rasul-Nya, contohnya
amalan fardhu seperti taharah, solat, puasa, zakat,
haji, mengambil yang halal serta meninggalkan yang
haram dan lain-lain perkara yang disuruh dan
ditegah. Amalan syariat tersebut sebagai perkara
utama sebelum mengamalkan tarikat. Menurut
beliau, syariat ialah amalan zahir yang sangat perlu
diamalkan sehingga nur syariat itu tersemat di
hatinya dan hilang daripada hatinya ( dan
), dengan itu dapatlah tarikat itu menetap
dalam hatinya.
Kemudian Tuan Husain menyatakan definasi
tarikat ialah bersungguh-sungguh seseorang itu
melakukan semua amalan syariat dengan sentiasa
bermujahadah dengan memerangi hawa nafsu dan
syaitan; dan mengekalkan riadah (mengerjakan
amalan yang diridhai Allah;dan mengekalkan
muraqabah dalam semua ahwalnya;dan segala
usaha-usaha menghampiri () yang dapat
menghampirkan diri dengan Tuhannya; serta
disucikan batinnya daripada semua sifat-sifat yang
dikeji, malah diambil sifat-sifat yang dipuji supaya
nur syariat menerangi zahirnya dan batinnya pula
diterangi nur tarikat. Setelah itu, baharulah batinnya
mendapat hakikat. Jika di perhatikan di sini, ianya
bermaksud tarikat itu suatu jalan (wasilah) untuk
menuju kepada Allah Taala, iaitu merujuk kepada
aspek-aspek amali seperti proses mujahadah,
riyadah dan mujahadah dengan tujuan
membersihkan sifat kemanusiaan yang ada pada
insan. Jalan ini perlu dilalui seseorang untuk
mencapai ghayah (matlamat) iaitu berhubung
dengan Allah (al-Ittisal Billah) secara langsung
melalui al-Kasyf wa al-Mushahadah dan kemuncak
dalam perhubungan dengan Allah ialah marifah,
manakala kemuncak marifah ialah Tauhid al-Zat.
Seterusnya, Tuan Husain mendefinisikan
hakikat ialah sampai hal () yang diqasadkannya
iaitu mushahadah kepada ) (dan ) )
dan musyahadah ia kepada qada dan qadar serta
sesuatu yang zahir dan yang semua yang ghaib itu
datang daripada Allah dan kembali kepada-Nya
juga. Mushahadah yang sedemikian seperti yang
disebut itu adalah dengan ( ) yang
didatangkan ke hatinya ketika sunyi ia daripada
semua kekeruhan () dan tipu daya ( (.
Dengan kata lain, hakikat merupakan hasil dari
mujahadah riyadhah dan tarikat yang dilalui dan
dijalani oleh seseorang salik itu kepada Allah
Taala.
Tuan Husain dalam Bidayah al-Talibin)hlm 24
(, mengaitkan antara syariat dan hakikat dan ini
dapat dilihat dengan jelas pada kitab yang sama iaitu
beliau menyatakan, Ketahui olehmu bahawasanya
syariat dan hakikat iaitu berlaziman antara
keduanya dan tiada sempurna salah suatu daripada
keduanya dengan ketiadaan yang satu lagi.
Menurutnya, syariat itu zahir hakikat dan hakikat
itu batin syariat;dan tiap-tiap zahir memelihara ia
akan batin dan tiap-tiap batin kesempurnaan yang
zahir. . Katanya lagi, Maka syariat ialah asal bagi
hakikat; dan hakikat itu faedah bagi syariat yang
dikeluarkan dia daripadanya. Contoh yang
diberinya, iaitu syariat umpama laut yang
hakikatnya ialah mendapat mutiara;galian yang
hakikatnya mendapat emas dan minyak; dan pohon
kayu yang hakikatnya mendapatkan buah-buahan.
Jelaslah Tuan Husain membincangkan bahawa
syariat, tarikat dan hakikat adalah berkait dan
berhubungan antara satu sama lain dan tidak dapat
dipisahkan. Dengan itu dapat difahami di sini,
syariat adalah merupakan peraturan-peraturan
luaran manakala tarikat adalah berperanan untuk
melaksanakan syariat tersebut. Apabila tarikat dan
syariat dapat dikuasai, maka lahirlah hakikat pada
seseorang itu. Dari hakikat inilah seseorang itu akan
mencapai kepada makrifatullah. Justeru, pemikiran
Tuan Husain keseluruhannya membawa maksud,
hakikat adalah merupakan natijah daripada syariat
dan tarikat yang akhirnya membawa kepada
matlamatnya iaitu makrifatullah.

(3) Konsep Marifatullah: Ilmu tasawuf
menerangkan bahawa syariat itu hanya peraturan-
peraturan belaka, tarikatlah yang merupakan
perbuatan atau melaksanakan syariat. Apabila
syariat dan tarikat itu sudah dapat dikuasai, maka
lahirlah hakikat yang tidak lain daripada
memperbaikan keadaan dan ahwal, sedangkan
tujuannya ialah marifah iaitu mengenal Allah dan

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
74

mencintai-Nya dengan sebenar-benar dan sebaik-
baiknya.
Dalam hal ini, Tuan Husain juga menyatakan
perkara awal yang diwajibkan kepada kita berusaha
untuk mengetahuinya ialah marifatullah. Dalil
wajibnya menurut beliau ialah firman Allah Taala
dalam surah Muhammad 47:19: ( )
yang bererti: maka ketahui olehmu bahawasanya
tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya yang
ada melainkan Allah dan dalam surah al-Anfal 8:40
( ) yang bererti: Maka ketahui
olehmu bahawasanya Allah Taala itu Tuhan
kamu. dan dalam surah Yunus 10:3 (
(yang bererti: Bermula yang demikian itu
ialah Allah iaitulah Tuhan kamu, maka sembah
olehmu akan Dia, maksudnya maka iktikad olehmu
akan ketuhanan-Nya dan wahdaniyah-Nya dan
ketunggalan-Nya dengan menjadikan sekalian alam
ini, maka sembah olehmu akan Dia. (Husain Nasir
1344H:4) Dalil-dalil tersebut adalah menjadi hujah
yang kukuh tentang kepentingan marifatullah perlu
diutamakan.
Menyedari kepentingan marifatullah, Tuan
Husain menyediakan satu bab khas dalam
membincangkan kepentingannya. Beliau
memulakannya dengan mengemukakan pengertian
marifah dari sudut bahasa iaitu mengetahui sesuatu
secara mutlak. Manakala menurut istilah ahli hakikat
(tasawuf), beliau merujuk kepada kata-kata Syaikh
Ahmad Kamshankhanawi, marifah ialah sifat bagi
seseorang yang mengenali hak Allah Taala dengan
segala afal-Nya atau segala asma-Nya atau segala
sifat-Nya atau salah satu daripada ketiga-tiga yang
tersebut. Semua itu (mengenali sifat, asma dan
afal) menjadi bukti menunjukkan seseorang itu
mengetahui kewujudan Zat Allah Taala serta
membuktikan kebenaran dan keikhlasannya dengan
mengamalkan muamalat hidupnya mengikut
perintah Allah Taala dengan penuh yakin, harap,
tawakal dan sabar (Husain Nasir 1344H:3).
Seseorang yang mencapai marifah juga dapat
mengekang hawa nafsunya dengan sentiasa
mengikut perintah Allah Taala zahir dan batin serta
hatinya tidak lalai dengan pujukan nafsunya sendiri.
Ia juga perlu menyucikan dirinya dari perangai yang
keji dan perkara-perkara yang boleh membinasakan
marifah dan muamalahnya dengan sentiasa
memelihara hak Allah Taala serta tidak
memutuskan munajat kepada Allah Taala dalam
hati dan dengan lidahnya. Seseorang yang marifah
itu menurutnya akan sentiasa pasrah terhadap
ketentuan Allah kepadanya setiap lahzah (detik).
Ianya menjadi orang yang bersyukur kepada Allah
Taala Tuhan yang telah memberi nikmat kepadanya
untuk mengenali-Nya dan rahsia-Nya pada sesuatu
yang dilakukan-Nya di alam ini. Maka dinamakan
mereka yang memiliki sifat tersebut sebagai Arif
dan dinamakan Hal yang tersebut sebagai
marifah. (Husain Nasir 1344H:2-3)
6
Ini memberi
erti Tuan Husain bersetuju dengan pemikiran yang
mengatakan marifah akan tercapai dengan proses
pembersihan jiwa dan juga dengan mauhibah
(kurniaan Allah) (al-Tusi 1960:63 & Abu Bakar
Acheh 1977:52-55)serta tidak mengabaikan tuntutan
syariat ke seseorang itu.
Dalam kitab Usul al-Tauhid pula, Tuan Husain
memberikan pengertian marifah dari sudut bahasa
iaitu mengetahui dan mengenal, maka bermula tiap-
tiap ilmu iaitu marifah, bermula tiap-tiap marifah
iaitu ilmu, bermula tiap-tiap orang yang mengetahui
dengan Allah iaitu yang mengenal dengan Dia,
bermula tiap-tiap orang yang mengenal dengan
Allah iaitu yang mengetahui dengan Dia. Manakala
pengertian marifah menurut ahli Tasawuf dan ahli
hakikat pula menurut beliau dalam kitab tersebut
iaitu: (
) bererti iaitu mentahqiq, ertinya menguatkan
dan menetapkan pengetahuan dengan mengisbat
akan keesaan dan ketunggalan bagi Allah Taala dan
lupa akan yang lain daripada Allah Taala pada
sisinya. (Husain Nasir 1346H: 30). Beliau
berdalilkan firman Allah dari surah al-Anam, ayat
91 iaitu: ( (yang bererti: Tiada
mengenal mereka itu akan Allah akan sebenar-benar
mengenal, iaitu tiada dapat mengenal mereka itu
akan Allah seperti mengenal setengah mereka itu
akan setengahnya. Beliau juga berdalil dengan
hadis Nabi s. a. w. iaitu: (

)
Ertinya: bahawa sesungguhnya ketetapan rumah
iaitu umbi binaannya dan ketetapan agama ialah
mengenal dengan Allah Taala dan yakin dengan
Dia dan akal yang menegah/menahan ( ) .
Kemudian bersabda ia, bermula akal yang
( ) menegah daripada mengerjakan akan segala
maksiat akan Allah dan haloba akan taat kepada
Allah Azza wa Jalla. . Khushairi (Husain Nasir
1346H: 30).
Tuan Husain dalam kitab Bidayah al-Talibin
pula memberikan jalan untuk mencapai makrifah
yang dituntut oleh Islam dengan memetik sebuah
Hadith Qudsi yang bermaksud; Tiada menghampiri
kepada Aku oleh sekalian yang menuntut hampir
kepada-Ku dengan seumpama mengerjakan segala
ibadat yang fardhu atas mereka itu tetapi sentiasalah
hamba-Ku menuntut hampir ia kepada-Ku dengan
mengerja ibadah yang sunat hingga Aku kasih akan
dia, maka apabila Aku kasih akan dia, nescaya
adalah Aku pendengarannya yang ia dengar ia
dengannya dan penglihatannya yang melihat ia
dengannya dan lidahnya yang berkata-kata ia
dengannya dan tangannya yang memeganglah ia
dengannya dan kakinya yang berjalanlah ia dengan
dia dan hatinya yang bercita-cita ia dengannya
(Husain Nasir 1344H: 33).
Kemudian, Tuan Husain menjelaskan bahawa
amalan yang menjadi sebab diangkat darjat
seseorang ialah amalan sunat diibaratkan sebagai
untung dari amalan wajib yang diibaratkan sebagai

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
75

asas atau modal yang menggugurkan tuntutan
kewajipan melakukannya. Jelaslah di sini Tuan
Husain menegaskan yang marifah yang sempurna
dapat dicapai dengan melazimkan membuat berbagai
ibadah seperti qiamullail, berpuasa, melawan hawa
nafsu, benar dan ikhlas kerana Allah di samping
tidak meninggalkan amalan-amalan fardu. Nampak
di sini, pemikiran Tuan Husain dalam menerangkan
jalan untuk mencapai marifah yang dituntut adalah
lebih senang dan mudah diamalkan oleh masyarakat
umum, kerana setiap orang mampu dan dapat
mengerjakan amalan yang sunat. Tuan Husain
memahami realiti keadaan dan kemampuan
masyarakat awam yang mungkin sukar untuk
memahami dan menerima falsafah tarikat yang
begitu tinggi dengan lima rukun tarikat yang
memerlukan pengorbanan yang amat besar dan
amalan-amalan sufi yang tidak mudah dicapai oleh
mereka. Justeru beliau menunjukkan jalan yang
sederhana dan boleh diikuti oleh sesiapa sahaja yang
mahu mendekatkan diri dan menjadi kekasih Allah
Taala.
Bagi memudahkan masyarakat untuk mencapai
marifah yang sempurna, Tuan Husain menyatakan
juga dalam kitab Bidayah al-Talibin tanda orang
yang mencapai marifah sebagai panduan iaitu
hatinya dikosongkan dari bergantung kepada dunia
dan akhirat. Malah hatinya sentiasa bergantung dan
berhubungan dengan Allah sahaja, malah hatinya
sentiasa dihiasikan zahir dan batinnya kepada
berbakti kepada Allah sahaja. Seterusnya dalam
kitab itu juga, beliau mendefinasikan ahli al-Maarif
itu ialah orang yang bergantung hatinya dengan
Allah dan segala asma-Nya dan dengan segala sifat-
Nya dan dengan sesuatu yang disuruh-Nya. Dan
beliau menambah dengan katanya ilmu marifah
pula ialah terlebih mulia daripada segala ilmu kerana
menurutnya, segala ibadah tidak akan sah melainkan
dengan marifah (Husain Nasir 1344H:24). Jelas di
sini menurut beliau, makrifah adalah sesuatu yang
paling utama dalam kehidupan kita sebagai insan
yang mahu mencari keredhaan Allah s. w. t.
Pemikiran Tuan Husain yang memandang
suasana dan persekitaran sekelilingnya dalam karya-
karyanya mengambarkan keprihatinan beliau kepada
keperluan masyarakat yang perlu dipenuhi. Beliau
tidak mahu matlamat untuk mencapai makrifat yang
dituntut syarak disempitkan dengan hanya melalui
satu jalan sahaja. Beliau menyediakan alternatif
kepada masyarakat dengan cara konsisten untuk
melakukan amalan sunat di samping amalan wajib
dengan penuh keikhlasan. Apa yang jelasnya, Tuan
Husain bimbang atas kemampuan yang terhad
menyebabkan mereka gagal mencapai tujuan amalan
tarikat, malah mereka mungkin terus leka berlazat
mengamalkan amalan sunat yang terdapat dalam
tarikat tanpa mempedulikan amalan fardhu. Di sini
menampakkan ada usaha dari sudut pemikiran Tuan
Husain untuk membebaskan pemikiran masyarakat
yang terkongkong dengan fahaman seolah-olah
hanya mengamalkan tarikat seseorang itu boleh
mencapai marifat sedangkan jalan untuk mencapai
marifat itu berbagai-bagai mengikut kemampuan.
Kesimpulan yang dibuat oleh Tuan Husain
ialah marifah yang dituntut ke atas manusia
mencapainya ialah marifah yang sempurna yang
perlu diusahakan oleh mereka dengan bersungguh-
sungguh melalui amalan fardhu dan sunat agar
dikurniakan Allah Taala kepada mereka. Jelas di
sini, pendekatan yang dibuat oleh beliau untuk
mencapai marifah yang sempurna dengan melazimi
membuat amalan sunat di samping amalan wajib
adalah mudah difahami dan mampu dilakukan oleh
masyarakat awam.

(4) Kelayakan Bertarikat: Terlebih dahulu kita
lihat pengertian tarikat menurut Tuan Husain iaitu
beramal bersungguh-sungguh dengan syariat
dengan mengekali bermujahadah memerangi hawa
nafsu dan syaitan; sentiasa riyadah dengan
mengerjakan sesuatu yang diredhai Tuhannya;
sentiasa bermuraqabah di dalam setiap ahwalnya;
dan menghiasi dirinya dengan perkara-perkara yang
boleh mendekatkan dirinya kepada Tuhannya; dan
menyucikan batinnya daripada segala sifat
mazmumah serta diamalkan sifat mahmudah supaya
zahirnya diterangi nur syariat dan batinnya itu
diterangi nur tarikat, maka ketika itu, batinnya itu
akan mencapai hakikat. (Husain Nasir 1348H:24)
Ringkasnya tarikat berdiri di atas syariat. Tanpa
syariat tidak mungkin ada tarikat. Tarikat hanyalah
suatu wasilah (cara) untuk mempertingkatkan iman
dan menghampirkan diri kepada Allah menerusi
latihan dan amalan yang berdasarkan pada petunjuk
syariat.
Tujuan Tarikat menurut Tuan Husain pula,
ialah untuk membina atau menegakkan kembali
keruntuhan dan kerosakan akhlak peribadi manusia
yang tidak mengetahui atau memahami kehendak
maksud dan tujuan hidup beragama. Ianya menjadi
jalan untuk menyucikan dan membersihkan hati
yang sudah diselaputi dengan bermacam-macam
kekotoran dosa dan maksiat. Lebih dari itu tarikat
juga sebagai salah satu ranting agama untuk
membimbing dan memberi jalan petunjuk yang
ikhlas agar dapat mengenal si Penciptanya.
Apa yang menarik, meskipun perbahasan
tarikat menjadi satu tajuk yang penting dan sinonim
dengan bidang tasawuf tetapi menurut Haji Ghazali
Haji Arshad (muridnya), walaupunTuan Husain
pernah mengarang kitab tasawuf, tetapi dikatakan
beliau tidak pernah melibatkan diri dalam mana-
mana tarikat. (Ishak Mohd. Rejab2009: 16). Hal ini
diakui pula oleh cucu Tuan Husain iaitu Haji Ali
yang menyatakan bapanya (Haji Ahmad bin Tuan
Husain) juga berpendapat demikian, tetapi menurut
Haji Ali, kemungkinan Tuan Husain beramal dengan
tarikat untuk diri sendiri sahaja
7
. Penulis bersetuju
dengan kata-kata Tuan Haji Ali itu, dan beranggapan
kemungkinan besar Tuan Husain mengamalkan

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
76

tarikat tetapi tidak pernah memperturunkan ijazah
tarikat kepada murid-muridnya. Ini berdasarkan
penemuan bahan bukti iaitu manuskrip amalan wirid
tarikat Syatariyah yang ditulis tangan oleh Tuan
Husain sendiri yang dilampirkan dalam buku
Cenderamata 50 tahun al-Madrasah al-Khairiyah al-
Islamiyah, Pokok Sena, Kepala Batas Seberang
Perai pada halaman 176. Di permulaan tulisannya itu
selepas ( )ditulis secara jelas nama
Tarikat Syatariah dan kaifiyat amalannya serta
tertera juga di sana nama gurunya iaitu Umar bin
Zainul Abidin Fatani.
8

Sudah menjadi kebiasaannya, seseorang yang
menerima sesuatu tarikat akan menulis atau
menyalin kaifiat amalan tarikat tersebut dan
merakamkan di sana ambilan tarikatnya dengan
menulis nama gurunya pada bahagian
menghadiahkan al-Fatihah. Inilah yang berlaku
pada Tuan Husain dalam tulisan tangannya iaitu: (

) (1983:176).
Jika beliau tidak mengambil tarikat tersebut, sudah
tentu tidak ada kepentingan dan minat untuk beliau
menulis semula kaifiyat khusus tarikat tersebut. Jadi
kemungkinan beliau adalah pengamal tarikat
Syatariah ada asasnya berdasarkan maklumat di
atas. Hal ini telah pernah dinyatakan oleh Abd.
Ghani Said (1998:144&153)dalam buku 7 Wali
Melayu, kerana menurut beliau berdasarkan amalan-
amalan Tuan Husain yang diketahuinya, beliau
dikatakan adalah pengamal Tarikat Syatariyah
9
,
begitu juga ianya dipersetujui oleh Yusri Abd Karim
(2011: 250) dalam bukunya Indahnya Tasawuf dan
Hidup Sufi.
Pemikiran Tasawuf Tuan Husain dalam
membincangkan kelayakan bertarikat dapat kita lihat
pada kenyataannya dalam kritikannya kepada Tuan
Haji Wan Sulaiman bin Haji Wan Sidik (w. 1354H)
atau Pak Wan Sulaiman (Syaikh al-Islam Kedah)
yang mengajarkan tarikat Naqshabandi al-Mujaddid
al-Ahmadi kepada sesiapa sahaja yang ingin
mempelajarinya termasuk kanak-kanak dan wanita
yang tidak mempunyai asas ketauhidan. (Ishak
Mohd Rejab 1983: 46). Tuan Husain tidak bersetuju
jika pengajaran tarikat dibuat secara sangat terbuka
tanpa mengambil kira kemampuan penuntut dan
penerimanya. Menurutnya, cara tersebut akan
merosakkan mutu tarikat itu sendiri, kerana pada
zaman Nabi Muhammad s. a. w. , ilmu tarikat hanya
diajarnya kepada tiga orang sahabatnya sahaja,
(Ahmad Abd. Garni 1977:66)
10
sedangkan Pak Wan
Sulaiman menghebahkan pelajaran ini dengan tidak
menimbangkan kebolehan keagamaan penuntutnya.
Menurut Haji Harun Haji Ibrahim dalam wawancara
Ishak Mohd Rejab dengannya, Tuan Husain
diriwayatkan berkata, Mengajar tarikat kepada
orang ramai seperti menggantung berlian di leher
kucing. (Ishak Mohd Rejab 1983: 18). Beliau tidak
mahu amalan tarikat yang sangat berharga sehingga
disifatkan sebagai berlian itu diselewengkan oleh
mereka yang jahil atau mempunyai kepentingan
dunia dan mahukan sanjungan manusia.
Kritikan Tuan Husain ini merupakan satu
tamparan hebat terhadap Pak Wan Sulaiman kerana
bagi beliau hanya melalui Tarikat Naqshabandiah
sahaja manusia akan dapat mencapai makrifah yang
sempurna (Wan Sulaiman bin Wan Sidik. t. th. : 3).
Sedangkan tarikat-tarikat lain juga jika diamalkan
dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas akan
membawa kepada pencapaian yang tersebut. Hal ini
tidak disetujui Tuan Husain, kerana penegasan Pak
Wan Sulaiman yang mengkhususkan hanya Tarikat
Naqshabandiah dipelajari akan membuatkan orang-
orang yang kurang pengetahuan agama akan
terkeliru dalam usaha mereka beramal ibadah, dan
mereka seolah-olah tidak mempunyai pilihan untuk
beramal sedangkan bukan semua orang dapat
menerima falsafah tarikat yang terlalu tinggi lebih-
lebih lagi kepada golongan yang cetek pengetahuan
agamanya.
Jelas dilihat bahawa pemikiran Tuan Husain
dalam masalah bertarikat dilihat amat cermat dan
berhati-hati kerana beliau sangat memuliakan tarikat
dan tidak mahu ianya dicemari dengan pemberian
kepada orang yang bukan ahlinya seperti kepada
wanita yang tidak mampu dan kanak-kanak. Beliau
menganggap tarikat sebagai amalan tertinggi untuk
menghaluskan budi pekerti dan akhlak serta jalan
menghampirkan diri kepada Allah Taala. Oleh itu
beliau berpendapat tarikat hanya layak diamalkan
oleh orang yang faham tentang syariat (Yusri Abd.
Karim 2011:250). Tuan Husain tidak pernah
menafikan keperluan tarikat, buktinya beliau pernah
menegaskan dalam kitab Bidayah al-Talibin dengan
katanya: Tatimmatun, ketahui olehmu bahawasanya
bagi kaum sufi itu tiga perkara iaitu syariat, dan
tarikat * maka hakikat. .
11
Dalam hal di atas, Tuan
Husain cuma mahukan supaya pemberian tarikat
biarlah kena pada tempatnya agar tidak berlaku
sesuatu yang tidak diingini seperti salah
memahaminya dan membawa timbulnya ajaran sesat
dan sebagainya.
Pemikiran Tuan Husain yang memandang
biah atau persekitaran sekelilingnya dalam karya-
karyanya mengambarkan keprihatinan beliau kepada
keperluan masyarakat yang perlu dipenuhi. Beliau
tidak mahu matlamat untuk mencapai hakikat dan
makrifat yang dituntut syarak disempitkan dengan
hanya melalui satu jalan sahaja. Beliau menyediakan
alternatif kepada masyarakat dengan cara konsisten
untuk melakukan amalan sunat di samping amalan
wajib dengan penuh keikhlasan. Apa yang jelasnya,
Tuan Husain bimbang atas kemampuan yang terhad
menyebabkan mereka gagal mencapai tujuan amalan
tarikat, malah mereka mungkin terus leka berlazat
mengamalkan amalan sunat yang terdapat dalam
tarikat tanpa mempedulikan amalan fardhu. (Ahmad
Abd Garni 1977:102) Inilah yang cuba
ditekankannya kepada pencinta tasawuf yang ingin
mengetahui rahsia ilmu itu, supaya menuntut ilmu

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
77

dengan guru Mursyid yang Kamil Mukammal agar
mereka tidak terseleweng dari landasan yang
sebenarnya.
Pemikiran Tuan Husain dalam masalah
kelayakan mengamalkan tarikat ini dilihat lebih
bersifat terbuka dengan tidak memaksa atau
menentukan masyarakat supaya mengamalkan
sesuatu tarikat kerana beliau memahami
kemampuan seseorang itu tidak sama antara satu
sama lain. Beliau dikatakan tidak pernah dan
memperturunkan ijazah kepada murid-muridnya
sungguhpun dalam dirinya terdapat amalan tarikat
tertentu. Justeru, beliau dilihat ulama di zamannya
yang mencetuskan satu pemikiran dan kesedaran
supaya masyarakat boleh memilih mana-mana jalan
yang sesuai untuk beramal untuk mencapai
keredhaan Allah s. w. t. tanpa mempromosikan
jenama tarikat. Baginya amalan fardhu diutamakan
dengan ditambah dengan amalan sunat yang
berkekalan untuk mendampingkan diri kepada Allah
bagi mencapai marifah asalkan tidak bercanggah
dengan al-Quran dan al-Sunnah. Namun sekiranya
seseorang itu benar-benar memahami syariat
bolehlah mengamalkan tarikat sebagai wasilah
untuk mencapai hakikat.

Penentangan terhadap Penyelewengan dalam
Agama

Ajaran Sesat dan Bidah: Tuan Husain adalah
ulama yang konsisten menentang penyelewengan
terhadap ajaran sesat dan bidah dalam karya-
karyanya. Jika kita meneliti karyanya, khususnya
dalam tauhid dan tasawuf, kita akan mendapati
beliau tidak lupa memperingatkan tentang bahaya
ajaran sesat dan bidah dalam karya-karya
berkenaan terutama yang berlaku dalam masyarakat
dengan memberikan contoh-contoh yang semasa
dengan zamannya.
Ini menunjukkan pemikiran beliau yang amat
prihatin terhadap masalah yang berlaku di kalangan
umat Islam. Beliau beramal dengan suruhan Allah s.
w. t. yang mewajibkan kepada umat Islam
menegakkan Amar Maruf dan Nahi Mungkar
sepertimana firman Allah s. w. t. dalam surah Ali
Imran:104:
_>.l >.. . `s., _|| ,>' ``.!, .`-!,
., _s >..l ,.l` `> _>l.l
Ertinya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat
yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf
dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang
beruntung.

Sehubungan dengan itu, Tuan Husain
memberikan contoh-contoh amalan tarikat yang
sesat, antaranya ada golongan yang mengaku
bertarikat daripada Nabi s. a. w. dengan beriktikad
bahawa wirid ( ) yang bererti, tiada aku
melainkan Ia iaitu batal ia kerana dirinya itu
setengah daripada alam ini dan lagi tiada sah pula
pada susunan kaedah bahasa Arab. (Husain Nasir
1318H:13 &18). Contoh lain yang diberinya ialah
seperti kata mereka ( )yang bererti, Ia
sebenar wahai zat. Terdapat juga kata-kata mereka
lagi, mesti Ana, ( ) , ko Kermit ko, Engkau
kongsa dan engkaulah tangkas. (Husain Nasir
1318H:18). Beliau menyifatkan golongan itu adalah
menipu daya dan mencari dunia, sesat dengan sebab
mereka mengada-ngadakan perkara bidah yang sia-
sia dan yang fasiq pada agama Allah Taala dan
menyifatkannya sebagai dari Allah dan ajaran Rasul-
Nya.
Mengenai bidah dalam ibadat pula, Tuan
Husain dalam kitab Majmu al-Laali, jld. 2
(1350H:36) memberikan peringatan tentang adanya
perbuatan dalam ibadah sembahyang yang
dipengaruhi unsure bidah, contohnya;
Bahawasanya telah hamba dapat pertanyaan dari
beberapa orang daripada saudara hamba yang
berbuat amal akan beberapa perbuatan dan niat yang
berserta dengan salam dan kemudian daripada itu
iaitu sia-sia jua bukan daripada pekerjaan agama
yang suruh akan dia. . (ketahui olehmu)
bahawasanya sekalian yang tersebut itulah beberapa
pekerjaan yang bidah sekaliannya yang tiada
berkata dengannya oleh segala ulama Islam (dan
tiada) hamba dapat akan satu ayat Quran atau satu
hadith nabi yang suruh perbuat akan dia (maka)
barangsiapa yang telah jatuh ia akan yang demikian
itu maka hendaklah tinggal akan dia.
Selain itu, di akhir kitab Tamrin al-Sibyan
(1318H:18), Tuan Husain mengingatkan pembaca
dan masyarakat agar tidak tertipu dengan hal-hal
bidah iaitu:

(Maka hendaklah) tuan hamba ingat dan jaga-jaga pada zaman
ini kerana sangatlah banyak orang yang jadi akan dagangan
perniagaan daripada tembaga yang bercap atau bersadur akan dia
emas dan kaca dikata akan dia intan maka hendaklah bersungguh-
sungguh tuan hamba uji akan dia kepada jauharinya jika tuan
hamba hendak membeli akan dia barangkali tuan hamba terkena.

Tuan Husain menyarankan masyarakat supaya
berhati-hati sekiranya beramal dengan zikir-zikir
tertentu agar tidak tertipu dan tersesat atau
melakukan perkara bidah. Adalah lebih selamat
bagi seseorang supaya mengikuti jalan yang sesuai
dengan kemampuan masing-masing. Baginya, jalan
(tarikat) untuk mencapai marifat yang sempurna
kepada golongan yang kurang mampu, lebih mudah
difahami dan diikuti dengan sentiasa mengekali
amalan sunat di samping amalan wajib. Itu sudah
dikira menunaikan suruhan syara dan ianya lebih
selamat berbanding dengan pengamalan tarikat bagi
orang yang tidak mampu dan layak.

(2) Tentangan Terhadap Konsep Hulul dan
I ttihad: Tuan Husain dalam membicarakan tentang
konsep hulul dan ittihad mempunyai pandangan
yang keras terhadap konsep yang di bawa oleh
beberapa penulisan ulama terdahulu. Beliau

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
78

menyifatkan fahaman tersebut adalah sesat dan
bercanggah dengan hukum syara dan ijma ulama
Ahli Sunnah waljamaah.
Beliau mendapati kata-kata yang bercanggah
itu disebabkan penafian dan menidakkan wahdaniah
Allah Taala, menafikan Allah bersalahan dengan
yang baharu, mengisbatkan-Nya ada kekurangan
pada-Nya. Malah membawa maksud Allah
mempunyai persamaan dengan yang baharu serta
berbilang-bilang pada zat dan sifat-Nya. Beliau
mengaitkan aliran itu terdapat dalam beberapa buah
kitab yang membicarakan Martabat tujuh, Sebenar-
benar insan, mushahadah kepada Allah Taala,
insan kamil, mengenal diri, hal-hal berkaitan dengan
asal-usul sembahyang, puasa, zakat, haji, sebenar-
benar syahadah dan mengucap yang sebenar. Selain
itu, Tuan Husain juga mempertikaikan kitab-kitab
yang membicarakan dengan tafsil tentang makna
anasir yang empat, makna iman, Islam, tauhid,
makrifat; makna syariat, tarikat, hakikat, sakratul
maut dan hakikat roh.
Dalam kitab Hidayah al-Mutafakkirin (hlm 7-
8), Tuan Husain menyatakan antara kitab-kitab yang
menjadi kontroversi ialah kitab Bayanun Alfun
(tanpa nama pengarang), Majma al-Asrar li ahli
Allah al-Adyar oleh Muhammad Nafis
(1148H/1735-1245H/1829M)
12
. Beliau dalam
kitabnya tersebut mengkritik keras tulisan
pengarang-pengarang tertentu yang katanya bukan
dari karangan ulama yang rasikhin (mendalam
ilmunya), bahkan adalah daripada ( )
kerana dikatakan terdapat isi kandungannya
bercanggah dengan syariat. Beliau bagaimanapun
dalam Hidayah al-Mutafakkirin (hlm 8)beliau telah
membuat sedikit komentar terhadap karangan
Syaikh Muhammad Nafis iaitu Majma al-Asrar
yang menurutnya ada isi kandungannya yang selari
dengan karangan yang banyak-banyak (ulama)
dengan memberikan contoh, iaitu bermula kata
Nabi s. a. w. , ( ) , ertinya, bermula
Allah dan Muhammad dan Adam satu kerana inilah
kata setengah arif billah ( dan kata setengahnya
( ( . Berdasarkan kata-kata Tuan Husain
ini, timbul persoalan kenapa beliau membincangkan
karangan Muhamad Nafis di samping persoalan
yang dikatakan sebelumnya menyalahi syariat dan
ijma ulama ahli sunnah wal jamaah kemudian tiba-
tiba menyatakan seolah-olah membela Syaikh
Muhammad Nafis pula seperti di atas. Kemungkinan
Tuan Husain mengambil langkah berhati-hati
membuat komen terhadap ulama yang terdahulu
yang faham dengan ilmunya tetapi atas kepentingan
awam, beliau menyentuh juga karya tersebut kerana
bimbang masyarakat tidak dapat memahami isi
kandungan karangan Muhammad Nafis yang
berunsur falsafah itu supaya lebih berhati-hati.
Dibimbangi ada antara golongan yang
mempelajarinya tanpa guru atau bukan guru yang
mursyid sehingga menimbulkan salah faham,
penyelewengan dan akhirnya membentuk ajaran
sesat.
Menurut Tuan Husain lagi apa yang menjadi
masalahnya ialah dalil-dalil fasid yang merosakkan
akidah yang sebenarnya seperti kata-kata mereka
yang bertentangan: Kerana Allah Taala itu zat dan
Muhammad itu sifat Allah dan Adam itu afal Allah
dan jadilah ketiga-tiga itu qadim. Kata mereka lagi,
Muhammad itu Abu al-Arwah dan Adam itu Abu
al-Basyar, oleh itu semua manusia ini daripada
keduanya, lalu jadilah manusia ini semuanya qadim
juga yang pulang kepada wujud yang satu. (Husain
Nasir 1337H:8). Selain itu kata-kata, Sebenar-benar
insan itu nyawa, dan sebenar-benar nyawa itu
Muhammad dan sebenar-benar Muhammad itu
Allah. Kesesatan yang lain juga pada kata-kata
mereka, Rupa insan itu Adam dan lembaga insan
itu Muhammad dan batin insan itu Allah.
Selanjutnya kata mereka lagi, sebenar-benar
Muhammad itu insan dan sebenar-benar insan itu
rahsia dan sebenar-benar rahsia itu wujud Allah,
maka inilah muraqabah zat al-bahthi (yang dicari).
Malah kata mereka, Allah Taala itu orang-orang
yang menempati (diam) pada anak mata di dalam
rongga mata. Tambahnya lagi, mereka itu juga
berkata, Allah Taala menjelma dalam diri orang
yang elok rupanya. (Husain Nasir 1337H:8).
Di halaman 9 pula, Tuan Husain menyatakan
mereka yang berfahaman demikian bukan sahaja
sesat tetapi menyesatkan orang lain yang dinamakan
Musyrik ertinya orang yang mensyirikkan Allah
Taala dengan sesuatu yang lain yang dikenali
dengan nama Mulhidah, Hululliyah dan
Ittihadiyah. Kesemua fahaman yang tersebut
menurut beliau hukumnya menjadi kafir.
Selanjutnya Tuan Husain memetik kata-kata
Syaikh Ahmad Suhaimi dalam kitab al-Muqtadi bi
Syarh al-Hudhuda iaitu, Ittihadiyah dan Hululiyah,
kedua-duanya firqah (puak) yang zahir menyerupai
ahli tasawuf dan dikatakan kepada mereka
mutasauwifah (orang yang mengaku dirinya ahli
tasawuf dan berlagak seperti mereka) dan sufiah
pada hal ahli tasawuf yang sebenarnya ialah orang-
orang yang menjauhkan diri daripada apa yang
didakwa oleh mereka itu seperti kata-kata mereka
berikut; orang yang salik apabila dia bersungguh
dalam suluknya dan masuklah dia ke dalam lautan
wusul kepada Allah Taala, pasti diam Allah Taala
di dalamnya sekira-kira tiada berbeza kedua-duanya
itu atau bersatu dengan-Nya yang mana Dia menjadi
ain hamba-Nya dengan sekira-kira tidak
dibilangkan dua antara kedua-duanya. Maka sahlah
bahawa Dia berkata, Dialah Aku (Allah itu Aku)
dan Aku ini Dia dan terangkatlah daripadanya
suruhan dan larangan, dan terzahirlah daripadanya
daripada keramat yang ajaib yang tidak dapat
digambarkan kedatangannya itu oleh manusia dan
mereka inilah orang-orang kafir dengan ijmak
ulama. Tambah beliau lagi, (
) Ertinya; Hululiyah

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
79

apabila mereka melihat gambaran rupa yang cantik,
mereka menyangka bahawa Tuhan yang disembah
oleh mereka itu diam di dalamnya (Husain Nasir
1377H:9-10).
Untuk melihat lebih jelas, pemikiran Tuan
Husain dalam masalah al-Ittihad dan hulul yang
menyeleweng ini, penulis menyedut kembali
pengertian Tasawuf pada istilah menurut Tuan
Husain sebagai penjelasan kepada pemikirannya:
Tasawuf ialah melenyapkan perangai yang bersifat
manusia dalam dirinya dan digantikan dengan
perangai malaikat serta menyucikan zat Tuhannya
daripada sesuatu yang boleh menjejaskan ketuhanan-
Nya (Husain Nasir 1348H:2) Jika di perhatikan di
sini, Tuan Husain memberikan pengertian tasawuf
dengan merujuk kepada tasawuf sebagai satu
wasilah/tarikat (jalan) untuk menuju kepada Allah
Taala, iaitu merujuk kepada aspek-aspek amali
seperti proses mujahadah, riyadah dan mujahadah
dengan tujuan membersihkan sifat kemanusiaan
yang ada pada insan. Jalan ini pasti dilalui untuk
mencapai ghayah atau matlamat iaitu berhubung
dengan Allah (al-Ittisal Billah) secara langsung
tetapi bukan dalam bentuk kesatuan dan penjelmaan
(al-Ittihad dan Hulul) tetapi melalui al-Kasyf wa al-
Musyahadah dan kemuncak dalam perhubungan
dengan Allah ialah marifah, manakala kemuncak
marifah ialah Tauhid.
13
Dari jalan yang mesti
dilalui untuk matlamat yang akan dituju, lahirnya
bentuk atau cara perjalanan ataupun manhaj. Jelas
berdasarkan pengertian yang diberi, Tuan Husain
tidak menerima konsep al-Ittihad dan Hulul malah
menentangnya kerana ianya membawa kepada boleh
mensyirikkan Allah Taala disebabkan konsep
kesatuan dan penjelmaan tuhan dalam makhluk
tersebut.
Jelaslah di sini, Tuan Husain adalah ulama
yang sangat tegas menentang golongan sesat, bidah
yang beriktikad bertentangan dengan al-Quran dan
Hadis. Ini kerana pengambilan ilmu agama itu mesti
dari sumber yang pasti berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah. Selain itu, beliau juga tidak bersetuju
dengan iktikad sesetengah golongan sufi yang
menyatakan bahawa Allah itu Hulul atau Ittihad
dengan sesuatu kerana yang demikian menurutnya
membawa kepada syirik dan boleh menjadi kafir.
Apa yang menarik di sini, beliau bukan menentang
golongan tersebut atas dasar marah membuta tuli,
tetapi beliau berdalilkan ayat-ayat al-Quran, hadis-
hadis Nabi s. a. w. dan kata-kata ulama yang
muktabar. Beliau dilihat menentang mereka untuk
membetulkan kesalahan dan kesilapan mereka
dengan harapan akan kembali ke pangkal jalan yang
sebenarnya berdasarkan harapannya agar semua
pihak menegur dan membetulkan kesalahan
golongan yang sesat tersebut dengan menjalankan
amar makruf dan nahi mungkar dan mengajarkan
mereka ilmu yang betul.


KESIMPULAN

Pada keseluruhan dari perbincangan ini
memperlihatkan pemikiran tasawuf Tuan Husain
selari dengan al-Quran dan al-Sunnah kerana hakikat
tasawuf itu ialah sentiasa berdampingan dengan al-
Quran dan al-Sunnah yang seiring dengan syariat
Islamiah. Beliau telah berjaya mempersembahkan
karya- karya yang sesuai untuk masyarakat umum
untuk diamalkan. Beliau bijak melihat suasana dan
keutamaan dalam berdakwah melalui penulisannya.
Istimewanya Tuan Husain tidak tasub atau terikat
dengan pandangan dari satu aliran sahaja samada
akidah, tasawuf maupun fiqah. Bahkan beliau dilihat
boleh menerima mana-mana pendapat yang benar
asalkan selaras dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Beliau menunjukkan cara berfikirnya berdasarkan
panduan al-Quran dan al-Sunnah supaya dasar
pemikirannya tidak tercemar dengan hawa nafsu,
serta perkara-perkara yang membawa kepada
keburukan. Seandainya beliau mendapati sesuatu itu
bertentangan dan bercanggah dengan syariat, beliau
dengan tegas menyanggahnya dan cuba mengajak
masyarakat menghindarinya. Justeru, aliran
tasawufnya boleh dianggap sebagai mengambil
kedua-dua jalan, iaitu tasawuf sunni dan tasawuf
sufi. Oleh itu, karya-karya tasawufnya tidak
dikhususkan kepada hanya pihak tertentu sahaja
tetapi ianya boleh dibaca, diamalkan dan dihayati
serta dilaksanakan oleh semua insan yang mahu
mencari jalan menghampirkan diri kepada Allah
Taala dengan manhaj yang sederhana.
Kesimpulannya, tasawuf yang dibawanya ialah
berbentuk akhlak dalam pengamalan dan juga
tasawuf bentuk kejiwaan (penganalisaan jiwa insan)
yang menjadi kecenderungan jiwa manusia untuk
berhubung dengan Tuhan dan mencapai
marifatullah dan mushahadah. Walau
bagaimanapun, kebanyakan idea yang dibawanya
adalah penerusan kepada pemikiran tasawuf tokoh-
tokoh ulama sufi terdahulu seperti Imam al-Ghazali,
Syaikh Ibnu Ataillah, Syaikh Fadhlullah al-Hindi
dan lain-lain dengan beberapa tambahan dari
pemikiran beliau sendiri. Tuan Husain dilihat
berhati-hati ketika menghuraikan sesuatu persoalan
supaya ianya dapat diselarikan dengan al-Quran, al-
Sunnah dan ulama yang muktabar. Malah dalam
isu-isu yang melibatkan maslahah umum, beliau
dengan tegas menyatakan pendiriannya contohnya
penyelewengan yang berlaku dalam konsep al-hulul,
al-ittihad, martabat tujuh, nur Muhammad dan lain-
lain. Akhirnya, jelaslah bahawa pemikiran Tuan
Husain dalam tasawuf telah berjasa membentuk
pemikiran masyarakat Islam yang dan ianya telah
berperanan menjadi aset yang penting dalam dakwah
dan pendidikan Islam, khususnya dalam bidang
tasawuf, akhlak dan akidah. Keberkatan ilmu hasil
dari pemikiran yang berlandaskan wahyu yang
dicurahkan pula tanpa mengharapkan balasan


PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
80


menyebabkan beliau diingati dan dikenang sehingga
kini.

NOTA HUJUNG

1
Qatr al- Ghaithiyah fi `Ilm al- Sufiyah
c
ala
Shari'ah al- Muhammadiyah, diselesaikan pada
tahun 1348 H. Kitab ini merupakan kitab tasawuf
yang membicarakan beberapa disiplin ilmu
tersebut yang menyingkap segala rahsia ilmu
orang sufi termasuk kupasan ilmu tasawuf, rahsia
mushahadah, kelebihan ilmu dan amal,
memerangi hawa nafsu, makam-makam orang
arif dan perjalanan salik menuju Khaliq.
2
Bidayah al- Talibin ila Ma
c
rifati Rabbil
c
Alamin,
yang selesai dikarang tahun 1344 H/1924M.
Kandungannya membicarakan ilmu tauhid dan
tasawuf.
3
Sayangnya sebuah lagi kitab tasawuf beliau iaitu
Kasr al- Iksir li Saghir `indal Kabir li Ma'rifah
Allah al-`Alim al-Khabir, siap ditulis pada1336
H yang kandungannya juga membicarakan
tentang tasawuf dan tariqah sehingga kini belum
ditemui.
4
Perlu diteliti rujukan mereka yang menetapkan
konsep hulul dan ittihad sebagai keyakinan Ibn
Arabi dikaitkan dengan dua karya beliau
iaitu al-Futuhat al-Makkiyyah atau Fusus al-
Hikam. Mereka mengabaikan adanya ungkapan-
ungkapan tanzih (kesucian Allah dari
menyerupai makhluk-Nya) yang sama sekali
berlainan dengan akidah hulul dan ittihad dalam
kedua karya Ibn Arabi tersebut, juga dalam
karya-karya beliau lainnya. Kemungkinan
adanya tokok tambah oleh musuh-musuh Islam
atau sisipan-sisipan tangan yang tidak
bertanggung jawab dalam dua karya Ibn Arabi
tersebut menyebabkan ianya disalah tafsirkan
oleh orang lain sedangkan perkara itu tidak
pernah diperhalusi untuk lebih berlaku adil
kepada ulama yang telah pergi itu. (Rujuk Ibn.
Arabi. al-Futuhat al-
Makkiyyah:3/325;316;4/177)& Fusus al-
Hikam:1946:101;124)
5
Kemungkinan Tuan Husain memetik kata-kata
ini dari kitab karangan Syaikh Zainuddin bin Ali
al-Mabari Thumma al-Malibari, terj Haji
Fathullah Harun (tulisan tangan) (1960: 3) yang
berbunyi: ( )
6
(


). (Husain Nasir1344H: 2-3).
7
Temubual dengan Haji Ali bin Haji Ahmad pada
10. 1. 2013 (jam 3 petang) di rumahnya di Pokok
Sena, Seberang Perai.
8
Syaikh Umar (pengarang risalah pada bicara
asbab yang jadi murtad dalam kitab Miftah al-

Murid fi ilm al-Tauhid karangan bapanya)ialah
anak Ulama yang terkenal iaitu Syaikh Zainal
Abidin bin Muhammad al-Fatani atau lebih
dikenali dengan nama Tuan Minal (1820-an-
1913M)pengarang kitab Aqidah al-Najin.
9
Mereka (7 Wali Melayu termasuk Tuan Husain)
merupakan ahli-ahli tarikat dan tiga daripadanya
menjadi khalifah Tarikat.
10
Tidak pula dinyatakan nama-nama sahabat yang
tiga orang itu. Sebenarnya ramai sahabat-sahabat
Rasulullah s. a. w. yang menjalani kehidupan sufi
yang dikenali sebagai ahli Suffah. Antara yang
terkenal ialah Abu Hurairah (w. 59H), Bilal bin
Rabah (w. zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq),
Khabab bin al-harith, Suhayb bin Sanan bin
Malik, Abdullah bin Masud, Musab bin
Umair, Abu Dzar al-Ghifari, Muaz bin Jabal,
Abu Ubaidah al-Jarrah (w. 18H), Uthman bin
Mazun, Umayr bin Sad al-Ansari, Talhah bin
Abdullah (w. 36H), Abd al-Rahman bin Auf (w.
32H), Abdullah bin Abbas, Abdullah bin
Umar, Abdullah bin Amr bin al-As,
Abdullah bin Zubayr, Abu Darda, Salman al-
Farisi, Abu Said al-Khudri, Abu Barzakh al-
aslami, Ammar bin Yasir, Saad bin AbiWaqqas,
Uqbah bin Amir, Wabisah bin Mabad al-
Juhani, Tamim al-Dari, Huzaifah al-Yamani, al-
Hasan bin Ali, al-Husayn bin Ali, Anas bin
Malik (w. 93H) dan lain-lain lagi. (Lihat dalam
Mohd. Sulaiman Haji Yasin 1984:157 &171-
172).
11
Maksudnya ialah* Maka syariat itu seperti
kapal * dan tarikat itu seperti laut * dan hakikat
itu seperti mutiara * dan barang siapa
berkehendak ia akan mutiara, maka naik ia akan
kapal dan masuk ia ke dalam laut maka sampai ia
kepada durr. Maka barang siapa meninggal ia
akan ini tertib, nescaya tiada mendapat ia akan
mutiara. (Lihat Husain Nasir 1344H: 24).
12
Muhammad Nafis, nama penuhnya ialah Syaikh
Muhammad Nafis bin Idris al-Banjari dan
berasal dari keluarga bangsawan banjar,
Kalimantan Selatan. Ulama yang sezaman dan
seguru dengan Syaikh Muhammad Arsyad al-
Banjari (moyang Tuan Husain). Seorang yang
dikatakan berusaha mengharmonikan pemikiran
Imam al-Ghazali dan pemikiran Ibn Arabi yang
banyak ditentang oleh ulama syariat terutama
dalam kitabnya Dur al-Nafis yang menyentuh isu
ittihad, hulul, martabat tujuh, nur Muhammad
dan zat Allah. Selepas zaman kolonial, beberapa
ulama di alam Melayu turut mengharamkan buku
Dur al-Nafis. Tindakan ini dilakukan mungkin
kerana mereka bimbang masyarakat awam kini
tidak dapat memahami isi kandungan buku ini
yang terlalu tinggi falsafahnya. Namun ada
antara golongan yang mempelajarinya tanpa guru
atau bukan guru yang mursyid sehingga
menimbulkan salah faham, penyelewengan dan

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
81


akhirnya membentuk ajaran sesat. (Mohd Rosdi
Nik Ahmad 2011:160&161).
13
Tegasnya tasawuf dipandang dari segi hakikat
sebagai ilmu dan marifat yang didapati melalui
perasaan rohani (al-Dhawq), melalui Kasyf dan
Mushahadah dari dalam mata hati (al-Basirah)
adalah merupakan lautan yang maha luas.

RUJUKAN

Abdul Ghani Said. 1998. 7 Wali Melayu, cet. 5.
Kuala Lumpur: Mahbook Publications.
Abdul Manaf bin Hj. Mat. 1985. Latihan Ilmiah:
Tahqiq Kitab Qatr al-Ghaithiyyah karangan
Husain Nasir al-Banjari. Bangi: Fakulti
Pengajian Islam UKM.
Abu Bakar Acheh. 1980. Pengantar Ilmu Tarikat
dan Tasauf. Kota Baharu: Pustaka Aman Press.
Ahmad Abd. Garni bin Haji Said. 1977. Tuan
Hussain Kedah, Kajian Ilmiah Sarjana Muda
Sastera. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah
Universiti Malaya.
Anwar Asadullah. 1981. Tariqah al-Haq (1).
Singapura: Clementi Ave 2.
Husain Nasir. 1318H. Tamrin al-Sibyan. Pulau
Pinang: Maktabah Haji Abdullah bin
Muhammad Nurdin al-Rawi.
Husain Nasir. 1336H. Kasr al-Iksir. Pulau Pinang:
al-Huda Press.
Husain Nasir. 1337H. Hidayah al-Mutafakkirin.
Pulau Pinang: Persama Press & Kedai Kitab
Achen Street.
Husain Nasir. 1344H. Bidayah al-Talibin. Pulau
Pinang: The United Press.
Husain Nasir. 1346H. Usul al-Tauhid. Pulau Pinang:
Maktabah Haji Abdullah bin Muhammad Nordin
al-Rawi.
Husain Nasir. 1348H. Qatr al-Ghaithiyyah fi Ilm al-
Sufiah. Patani: Matbaah bin Halabi.
Husain Nasir. 1350H. Majmu al-Laali, jld. 2. Pulau
Pinang: The United Press.
Husain Nasir. 1356H. Tamrin al-Sibyan. Pulau
Pinang: H. Abdullah M. Noordin al-Rawi.

















Ibrahim Basyuniy. t. th. Nashat al-Tasawwuf al-
Islami. Qahirah: Dar al-Maarif.
Ishak Mohd Rejab. 1983. Kenangan Cenderamata
50 Tahun al-Madrasah al-Khairiyah al-
Islamiyah Pokok Sena. Pulau Pinang: Penerbit
Panitia Perayaan Jubli Perak.
Ishak Mohd Rejab. 2009. Tokoh Ulung: Tuan
Hussein b Mohd Nasir al-Banjari. Pulau Pinang:
Persatuan Bekas-bekas Pelajar al-Madrasah al-
Khairiyyah al-Islamiyyah.
Mahyu al-Din Abi Abd Allah Ibn Arabi. 1946M.
Fusus al-Hikam, Dr. Abu Ala Afifi (Ed. ).
Bayrut: Dar al-Fikri.
Mahyu al-Din Abi Abd Allah Ibn Arabi. 1987. al-
Futuhat al-Makkiyyah. Ibrahim Madkur (Ed. )
Qahirah: Dar al-MaArif. Lubnan: Dar al-Ahya
al-Turast al-Arabi.
Mohd Rosdi bin Nik Ahmad. 2011. Ilmuan
Nusantara Mutiara Tanah Serumpun. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Mohd. Sulaiman Haji Yasin. 1984. Mengenal Ilmu
Tasawuf (Pengantar). Kuala Lumpur: Bahagian
Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, hlm.
110-111.
Muhammad Nafis bin Idris. t. th. Al-Durr al-Nafis.
Pulau Pinang: Maktabah wa Matbaah al-
Maarif.
Al-Tusi, Abu Nasr bin Ali al-Sarraj. 1960. Kitab al-
Luma. Abdul Halim Mahmud & Taha Surur
(Ed. ) Qahairah: Matbaah al-Saadah.
Wan Sulaiman bin Wan Sidik. t. th. Fakihatun
Janiyah. Pulau Pinang: t. tp.
Yusri Abd. Karim. 2011. Indahnya Tasawuf dan
Hidup Sufi. Batu Cave Selangor: Yamani Angle
Sdn. Bhd.
Zainuddin Ali al-Mabari Thumma al-Malibari,
Syaikh. 1960. terj Haji Fathullah Harun. Hidayah
al- Azkiya ila Tariq al-Auliya. Jakarta: t. pt.
_____. 1983. Kenangan Cenderamata 50 Tahun al-
Madrasah al-Khairiyah al-Islamiyah Pokok Sena.
Pulau Pinang: Penerbit Panitia Perayaan Jubli Perak.

Anda mungkin juga menyukai