Anda di halaman 1dari 4

Salah Faham Dalam Tasawuf

Terdapat salah faham di dalam tasawuf terutama di dalam amalan tarekat. Ini kerana berlakunya penyelewengan yang di lakukan oleh ahli tarekat sendiri yang mengaburi hala tuju dan ajaran sebenar mengenai tasawuf di dalam tarekat yang pada asalnya tulen tapi telah berubah pemahaman mengenainya. Di bawah adalah antara salah faham yang ada dalam dalam tasawuf khusus di dalam tarekat.

a) Wasatah Perbuatan meminta sesuatu melalui perantaraan(wasit) dan tidak memintanya secara langsung daripada Allah kerana beranggapan bahawa perantaraan itu berkuasa atas segala sesuatu. Ini menunjukkan perbuatan wasatah ini telah masuk didalam kategori syirik kerana menyekutukan Allah dengan perkara yang lain serta menganggap benda lain berkuasa daripadanya. b) Tawassul Memohon daripada Allah secara langsung serta minta syafaat daripada Nya dengan apa atau siapa yang disukai Nya adalah tawassul yang dibenarkan, sama juga meminta seseorang syeikh atau ustaz yang masih hidup supaya mendoakan kesejahteraan atau menyembuhkan penyakit juga di bolehkan asal doa itu minta terus kepada Allah. Manakala tawasul kepada syeikh atau ulama yang sudah meninggal dunia untuk di jadikan perantaraan tidak dibenarkan oleh sesetengah ulama. c) Kasyaf Satu istilah yang diguna pakai kepada pembuka hijab melalui ilham, ia sumber maklumat atau penyingkap maklumat di sebalik hijab yang berupa ghaib dan perkaraperkara yang benar ada. Ada sesetengah mereka di dalam tarekat tidak dapat menbezakan kasyaf sehingga mereka mendakwa mampu melihat sesuatu yang mustahil untuk orang lain mendapatkannya. Menurut Iman al-Ghazali, kasyaf adalah limpah ilmu di dalam hati seseorang sehingga mendengar suara hak dan untuk mendapatkan hanya melalui jalan takwa dan mujahadah tetapi tidak semua mampu untuk milikinya. d) Syatahah Kata-kata ganjil yang lahir daripada lidah seorang syeikh atau ahli sufi ditambah pula dengan dakwaan sesuatu yang mengelirukan ahli yang lain. Mungkin ketika mereka melafazkan sesuatu disaat mereka terlalu mendalami kerohanian sehingga mereka tidak

sedar pengucapan mereka. Oleh itu, ahli-ahli tarekat yang lain harus bertanya semula untuk mendapatkan kepastian supaya tidak ada salah faham dan jangan terburu-buru menerimanya atau menafikannnya tanpa mendapat pemahaman sepenuhnya. e) Hakikat Ahli Tasawuf. Ramai di antara ahli-ahli tasawuf terutamanya ahli-ahli tarekat salah faham dan kurang mengerti apabila menjadi ahli tarekat. Kerana mereka merasakan apabila menjadi ahli tarekat, haruslah mereka mengasingkan diri dari orang ramai dan percaya Allah SWT akan memberikan mereka rezeki jika mereka hanya beribadat seperti berdoa atau solat sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut. Ini kerana mereka terlalu bergantung harap dan menyakini terhadap Allah sehingga mereka lupa tanggujawab mereka sebagai manusia yang harus hidup dengan bersyariat.

Bidaah Di Dalam Tarekat.

Wujudnya perkara-perkara bidaah apabila ahli-ahli tarekat sendiri sama ada kurang memahami, terlalu fanatik dengan perkara-perkara kerohaniaan sehingga lari dari konteks sebenar tarekat. Dibawah adalah antara perkara-perkara bidaah yang dilakukan oleh ahli-ahli tarekat. a) Fana daripada dirinya dan kekal dengan Tuhannya. Menurut Imam al-Syatibi di dalam kitabnya al-Itisam yang mengatakan bahawa tasawuf tidak bidaah secara mutlak, dan tidak juga sahih seratus-peratus. Sebab itu perlu memahami tasawuf itu terlebih dahulu untuk mengkaji kedudukannya. Sepatutnya sebagai ahli tarekat mereka tidak boleh merasakan bahawa apabila sampai ke peringkat atau maqam tertentu diri mereka akan fana daripada dirinya dan kekal dengan Tuhannya kerana telah terpesong dengan hukum fiqh. Berakhlak dengan setiap ahklak yang baik serta berlepas diri daripada segala akhlak yang buruk dan rendah baru tidak dikira bidaah kerana tidak bertentang dengan hukum fiqh yang menuntut seorang itu beramal dengan ilmu yang tepat berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah yang jelas. b) Membuat teori yang terpesong daripada agama. Erti tasawuf telah terpesong dari sebenarnya disebabkan wujud fahaman atau teori yang lari dari pemahaman islam. Seperti contoh yang dibawa oleh al-Halaj membuat teori al-Hulul ( iaitu jelmaan tuhan pada tiap sesuatu ) dan Wahdah al-Wujud ( iaitu mengenai kesatuan antara tuhan dan mahluk). Hasil dari teori telah menjadi lebih ekstrim oleh Muhyidin Ibn al- Arabi yang menyangka tiada kewujudan melainkan Allah dan tiada dua dalam Wujud. Apa yang dimaksudkan ialah, tiada serentak kewujudan allah SWT dan mahluk dan tiada tuhan dan hamba. c) Sering mentakwilkan sesuatu perkara tanpa dalil yang sah. Sering terjadi kepada ahli tarekat apabila mereka mentakwilkan sesuatu perkara tanpa dalil yang sah. Apa yang dimaksudkan apabila mereka cuba mengatakan amalan mereka berdasarkan prinsip-prinsip yang betul dengan mentauhidkan Allah dan menjaga akidahnya daripada perkara-perkara bidaah sehingga merasakan setiap perbuataan mereka di dalam tasawuf tidak bercanggah sama sekali tanpa memikirkan perbuataan itu diterima di dalam tasawuf atau tidak, berdasarkan al-Quran atau as-Sunnah. Disebabkan itu, berlakunya penyelewengan-penyelewengan dan di antaranya ialah:

i)

ii)

iii)

iv)

Mengambil kira cita rasa dan perasaan hati individu atau ilham sebagai ukuran untuk mengetahui baik dan buruk sesuatu serta untuk membezakan antara yang betul dan yang salah hingga ada yang melampau dalam perkara ini sampai berkata: hatiku telah berbicara dengan Tuhanku. Pengasingan yang mereka lakukan antara syariat dan hakikat. Menurut mereka, sesiapa yang melihaat kepada mahluk dengan kaca mata syariat nescaa dia akan memarahi mereka, sesiapa yang melihat mereka dengan kaca mata hakikat dia akan maafkan mereka. Berdasarkan prinsip sonsang ini, menurut mereka, orang kafir tidak boleh diperangi dan orang yang melakukan kemungkaran tidak boleh dihalang. Penghinaan mereka terhadap soal-soal kehidupan yang bercanggah dengan manhaj alQuran dan bercanggah dengan sunah serta manhaj sahabat seperti kata: bekerjalah untuk dirimu seolah-olah kamu akan hidup selama-selamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari Menghapuskan personaliti murid dalam proses pentarbiahan suluk dan pemikiran mereka tenggelam dan dikalahkan oleh idea syeikhnya dan dia tidak boleh membincangkan apatah lagi menentangnya atau mempersoalkan kenapa atau berkata tidak.

Anda mungkin juga menyukai