Anda di halaman 1dari 10

DIALOG ANTARA AGAMA

DI MALAYSIA
Ghazali Basri (2005) menjelaskan sejarah awal
Malaysia mencatatkan pengalaman berinteraksi
dengan tamadun dan agama besar dunia telah
terjalin seawal abad ke-8M; bermula dengan agama
Hindu, diikuti Buddha dari benua India dan Islam
pada abad ke-13 dari Tanah Arab dan Parsi dan
Tamadun Barat Kristian pada abad ke-16 dan 17
Walaupun, catatan sejarah menunjukkan interaksi
antara agama telah berlangsung sejak sekian lama,
keadaan ini tidak bermakna fahaman budaya dan nilai
agama turut berkembang dalam masyarakat pelbagai
agama di Malaysia.

Ghazali basri (2005) menyatakan perlunya dialog yang


lebih telus dalam usaha memupuk hubungan harmoni
antara agama di Malaysia agar masyarakat menyedari
pentingnya dialog dalam interaksi seharian dan
bukannya bersifat bermusim ketika sambutan perayaan
semata-mata.
Budaya dialog dalam masyarakat Malaysia
sememangnya bukan satu perkara yang asing. Menurut
N. Kanthasamy (2009) negara kita telah mengamalkan
dialog dalam usaha menyelesaikan masalah tanpa
memberi ruang untuk membenarkan tunjuk perasaan,
mogok, boikot atau pemberontakan sebagai jalan
penyelesaian.

Pengalaman pra-merdeka dan proses pencapaian


kemerdekaan sedikit sebanyak mengajar masyarakat
Malaysia yang berbilang etnik dan agama untuk
mengadakan perbincangan dan perundingan dalam
sebarang masalah dan perbezaan yang dihadapi
Pentingnya dialog antara agama dibudayakan di Malaysia,
Azizan (2005) menjelaskan:
Pengalaman hidup bersama dan pertemuan melalui
interaksi seharian telah sekian lama terjalin, seharusnya
dihargai dan diperkukuhkan. Kesedaran harus dipupuk
bahawa hidup dalam kepelbagaian tamadun merupakan
satu keperluan.

Hanya apabila kesedaran ini wujud, masyarakat Malaysia


akan lebih bersedia menghadapi realiti hakikat ini
dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah.
Wujudnya perbezaan tidak bererti masyarakat Malaysia
tidak boleh hidup bersama.
Di sinilah peri pentingnya dialog melalui mana kita
boleh membincangkan perkara yg boleh disepakati
bersama dan mempertimbangkan perkara yang tidak
boleh disepakati bersama (agree to disagree).
Dialog Muslim-Kristian
Dialog Muslim-Kristian memaparkan pengalaman
sejarah yang panjang dan hubungan yang disifatkan
begitu rapat dan berpengaruh dalam mencorak masa
depan keamanan sejagat.

Dialog Muslim-Kristian lebih memfokuskan


pendekatan religious truth claim, iaitu menegakkan
kebenaran yang cenderung mengheret kepada
perdebatan kerana mempertahankan kemutlakan
kebenaran.
Cabaran dialog Muslim-Kristian yang begitu jelas ialah
menangani isu-isu teologi dengan cara yang lebih
terbuka dan menerima perbezaan pada perkara yang
tidak dapat disepakati bersama.

Namun begitu, kebarangkalian untuk mengadakan dialog


Muslim-Kristian lebih mudah jika dibandingkan dialog
antara agama yang lain. Ahmad Sunawari Long (2003)
menjelaskan:
Sekalipun, asas-asas ajaran pokok dalam agama Kristian dan Islam
menjarakkan berlakunya persefahaman, namun kedua-dua agama
ini berasal dari akar umbi yang sama, iaitu berasal dari keturunan
Nabi Ibrahim (Abrahamic Religion) dan mempunyai nature yang
hampir serupa, iaitu bertunjangkan Tuhan yang satu (Monotheistic
Religion).
Dalam konteks non-Abrahamic religion seperti Hindu,
Buddha, Sikh yg mengamalkan doktrin politeisme atau
kepercayaan Konfusionisme dan Taoisme yang
berteraskan budaya dan dan falsafah, jelas sekali
bertentangan dengan doktrin monoteisme dalam
Abrahamic Religion.

Aspek ini menyebabkan kemungkinan untuk


merealisasikan dialog antara Abrahamic dan Non-
Abrahamic Religion lebih sukar jika dibandingkan dialog
atau trialog yg melibatkan Muslim-Kristian ataupun
Muslim-Kristian-Yahudi.
Sayyed Hossein Nasr (1998) - intipati dialog
Muslim-Kristian ialah seseorang itu hendaklah
melihat diri pihak lain seperti mana dirinya
sekarang dan bukannya seperti apa yg dikehendaki
kerana kedua-dua penganut Islam dan Kristian
masing-masing mempunyai misi dan kewajipan yg
hendak dicapai.

Irfan A.H. Fattah (1999) - dialog Muslim-Kristian


mengkehendaki Muslim menyesuaikan diri
mengikut norma Islam dengan memahami dan
menerima rakan Kristian sebagaimana keadaan
mereka dan tidak bersifat subjektif dan normatif
dengan mempersoalkan kenapa mereka tidak
menjadi seperti yg Muslim kehendaki.

Anda mungkin juga menyukai