Anda di halaman 1dari 19

PROFAIL

NAMA :
MOHAMAD AZZRUL ARIFF BIN HAMSAN
NO K/P :
950215-01-5701
ALAMAT :
NO 8 , PARIT YUSOF,
MK 4 , PARIT SULONG ,
83500 BATU PAHAT ,
JOHOR
EMEL :
azzrulariffhamsan@gmail.com
NO TELEFON :
018-9490308
KURSUS :
PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (SK)
PROGRAM :
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN.............................................................................................................. 3
2.0 TUGASAN 1..................................................................................................................... 4
2.1 KONSEP WACANA...................................................................................................4
2.2 KEUTUHAN WACANA..............................................................................................4
2.3 JENIS-JENIS WACANA............................................................................................4
3.0 TUGASAN 2..................................................................................................................... 8
3.1 KEUTUHAN WACANA DRAMA................................................................................8
3.2 KEUTUHAN WACANA PUISI....................................................................................8
3.3 KEUTUHAN WACANA PROSA.................................................................................8
4.0 TUGASAN 3................................................................................................................... 14
5.0 TUGASAN 4................................................................................................................... 17
5.1 RUJUKAN............................................................................................................... 17
6.0 LAMPIRAN ......18

1.0 PENDAHULUAN
Wacana atau juga disebut sebagai discourse dalam Bahasa Inggeris merupakan
kesatuan bahasa yang lengkap dan tertinggi dalam sistem pertuturan dan juga
penulisan. Wacana dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi dalam
susunan tatabahasa menurut kajian sintaksis. Dalam mengungkapkan sesuatu perkara
sama ada dari segi lisan atau bertulis, ungkapan tersebut bukan dalam bentuk satu ayat
sahaja tetapi merupakan gabungan ayat-ayat. Gabungan ayat-ayat ini dinamakan
sebagai wacana.
Sebelum sampainya ke tahap wacana, terdapat tahap-tahap bahasa yang perlu
dilalui. Dalam heiraki bahasa, wacana terletak pada tingkat bahasa yang paling tinggi.
Heiraki bahasa bermula dari fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan akhirya
wacana. Penggunaan wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang lengkap
seperti novel, ensiklopedia, cerita pendek dan buku. Wacana merupakan unit bahasa
yang mengabungkan ayat-ayat lengkap dan melebihi batas ayat.
Pelbagai definisi dan pendapat dapat diberikan oleh ahli-ahli bahasa terhadap tahap
wacana dalam heriaki bahasa contohnya seperti Asmah Haji Omar dan Harimurti
Kridalaksana yang umumnya menyatakan bahawa wacana merupakan unit bahasa yang
melebihi batas ayat. Oleh itu, huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan sehingga ke tahap
wacana dan bukan sehingga ke tahap ayat sahaja.

2.0 TUGASAN 1
2.1 KONSEP WACANA
Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana, aspek
yang teliti tidak terbatas bagi ayat sahaja, tetapi turut merangkumi aspek-aspek
yang lebih luas daripada ayat. Menurut Asmah Haji Omar, wacana ialah unit
bahasa yang melebihi batas ayat, yang didalamnya memperlihatkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat,
ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, buku bersiri dan
sebagainya.
Menurut Harimurti Kridalaksana pula, wacana adalah satuan tatabahasa
tertinggi atay terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang
lengkap seperti buku, novel, ensiklopedia, paragraph, ayat atau kata yang
membawa amanat yang lengkap. Menurut ahli-ahli bahasa tersebut, wacana
bukan sahaja melengkapi penggunaan ayat, malah melebihi batas penggunaan
ayat.
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinasikan wacaana
sebagai keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan , ucapan, pertuturan,
percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.
Kesimpulannya, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat
dan menduduki kedudukan tertinggi dalam heriaki bahasa serta mengandungi
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.

2.2 KEUTUHAN WACANA


Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berturutan atau
teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang
menentukan samada suatu wacana itu teratur atau tidak teratur. Terdapat
beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam keutuhan wacana iaitu kesatuan,
tautan, sematik, leksikal dan gramatikal.
Dua aspek yang paling penting dalam menghasilkan wacana yang utuh ialah
terdapatnya kesatuan dan tautan. Kesatuan yang juga dikenali sebagai koheran
memainkan peranan dalam kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu
suatu teks yang bermaksna dan dapat difahami. Contohnya ayat-ayat,
perenggan dan subtajuk yang mempunyai hubungan kepada pokok wacana itu.
Tautan yang juga dikenali sebagai kohesi merupakan keserasian antara suatu
unsur bahasa seperti kata hubung, penanda wacana, kata rujukan dan
sebagainya yang berfungsi untuk menyambung bahagian-bahagian dalam
wacana tersebut.
Selain itu, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan
dari aspek semetik, leksikal dan gramatikal juga. Hubungan dari segi semetik
bermaksud jalinan makna antara satu ayat dengan ayat yang lain. Keutuhan
wacana dari segi simetik terbahagi kepada dua bahagian iaitu hubungan simetik
umum dan hubungan simetik interaktif. Hubungan semetik umum terbahagi
kepada lapan bahagian iaitu hubungan sebab dan akibat, hubungan sebab dan
pasangan, hubungan tempoh masa, hubungan parafasa, hubungan kebenaran
dan kesalahan, hubungan ikatan, hubungan penekanan, dan hubungan suasana
dan pengakuan. Manakala hubungan semetik interaktif terbahagi kepada tiga
bentuk asas iaitu inisiatif, respond dan susulan.
Keutuhan wacana dari segi leksikal pula ialah pemilihan dan penggunaan
perkataan yang sesuai berdasarkan dengan makna yang ingin disampaikan. Dari
segi leksikal, sifat dan fungsi perkataan itu sendiri boleh ditafsirkan lebih daripada
satu makna. Menurut Michael McCarthy, leksikal mempunyai bentuk yang
mempunyai pertautan makna yang akan mempengaruhu kejelasan sebuah
wacana. Pemilihan leksikal dari konsep sematik terbahagi kepada lima bahagian
iaitu hiponim yang merujuk kepada perbezaan makna berdasarkan konteks dan
situasi, sinonim yang memberi maksud yang sama, antonim yang membawa
makna yang berlawanan, polisim yang membawa makna yang banyak bagi satu
perkataan, homonim yang bermaksud perkataan itu mempunyai sebutan dan

ejaan yang sama tetapi membawa makna yang berlainan, pengulangan kata
yang sama, dan akhir sekali ialah unsur bersambut.
Akhir sekali, elemen yang penting dalam menghasilkan wacana yang utuh
ialah aspek gramatikal atau lebih dikenali sebagai tatabahasa. Menurut Michael
McCarthy, terdapat tiga aspek yang mempengaruhi tatabahasa dalam sebuah
wacana iaitu kata rujuk, kata hubung, peleburan dan penggantian. Kata rujuk
bermaksud penggunaan kata yang boleh menggantikan sesuatu, kata hubung
ialah kata yang digunakan untuk menguhubungkan dua ayat menjadi satu ayat
atau

menghubungkan

perenggan-perenggan

manakala

peleburan

dan

penggantian merupakan satu aspek dimana perkataan yang sama tidak diulang
dalam ayat yang sama. Kata hubung terbahagi kepada kepada tiga fungsi iaitu
penghuraian, pengembangan dan penambahan.
2.3 JENIS-JENIS WACANA
Dalam menghasilkan wacana yang berkesan, jenis-jenis wacana perlu
diketahui supaya wacana yang dihasilkan menepati aspek wacana yang
dikehendaki. Wacana terbahagi kepada tiga bentuk iaitu berdasarkan media
penyampaian ialah wacana lisan dan tulisan, berdasarkan pengungkapan ialah
wacana langsung dan tidak langsung dan berdasarkan bentuk ialah wacana
prosa, puisi dan drama serta penanda wacana.
Jenis wacana yang wajib diketahui dalam penulisan Bahasa Melayu ialah
wacana lisan dan wacana penulisan. Wacana lisan dihasilkan secara lisan yabg
melibatkan komunikasi secara langsung iaitu antara penutur dan pendengar.
Ekspresi wajah, nada suara dan gerakanbadan memainkan peranan pentind
semasa menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar untuk menarik
perhatian pendengar. Contoh wacana lisan ialah perbualan harian, temuramah,
ceramah, ucapan, khutbah, siaran telivisyen dan radio.
Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis dan
melibatkan hubungan antara penulis dan pembaca. Komunikasi yang berlaku
dalam wacana penulisan ini ialah komunikasi satu arah atau lebih dikenali sebgai
komniokasi tidak langsung. Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar,
majalah, buku dan novel.
Akhir sekali ialah penanda wacana. Wacana juga mempunyai penanda yang
dikenali sebagai penanda wacana. Penanda wacana wujud bagi memastikan
keutuhan wacana, kata atau rangkaian kata digunakan sebagai unsur perangkai
yang dapat merangkaikan ayat dengan ayat yang lain dan perenggan dengan

perenggan yang lain. Selain itu, penanda wacana dapat mewujudkan pertautan
atau kesinambungan dalam wacana sehingga membentuk kesatuan. Unsur
perangkaian ini dipanggil penanda wacana.

3.0 TUGASAN 2
3.1 KEUTUHAN WACANA DRAMA
Wacana drama disampaikan dalam bentuk drama. Biasanya drama
berbentuk percakapan atau dialog. Oleh itu, dalam wacana drama harus ada
pembicara dan yang ajak berbicara.
Contoh Drama 1 : Idola
Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenar, namun saya
bertanggungjawb dalam memikul amanah ini. Ya amanah sutradara, juga
beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan
sandiwara ini.
Merujuk potongan drama di atas, keutuhan wacana dari segi leksikal
dapat kita lihat melalui pengulangan perkataan amanah. Pengulangan ini
menerangkan apa itu amanah yang dimaksudkan oleh Si hero.
Contoh Drama 2 : Idola
Si penjaga panggung terkulat-kulat, merenung muka si hero dengan seliratan
tanda Tanya.
Maafkan saya, saudara. Kita berjumpa lagi malam nanti. Saudara dengan
tugas saudara, saya dengan tugas saya, ucap si hero dengan menganggukangguk, lalu tunduk kearah si penjaga panggung.
Nanti dulu. Ada lagi perkara yang ingin saya ajukan kepada saudara.
Merujuk potongan drama di atas, terdapatnya hubungan sematik umum
dari kategori hubungan suasana dan pelaku. Terdapat dua situasi iaitu
keadaan pelakuan dan arah pelakuan. Keadaan pelakuan iaitu si hero
mengangguk-angguk kepalanya dan arah pelakuan ialah si hero menunduk
kearah si penjaga panggung.
Contoh Drama 3 : Idola
Berperang?
Ya, berperang dengan diri saya sendiri.
Maksud saudara?
Si hero melepaskan dengusan kecil lalu menggaru-garu dagu.

Merujuk kepada potongan petikan di sebelah, keutuhan wacana yang


digunakan ialah hubungan sematik interaktif dimana banyak digunakan dalam
wacana lisan. Tiga bentuk asas aplikasi sematik interaktif yang ditunjukkan
dalam petikan ialah inisiatif iaitu Berperang?, respon iaitu Ya,berperang
dengan diri saya sendiri. dan susulan iaitu Maksud saudara?.
Contoh Drama 4 : Cempaka Berdarah
PROF. PETER: Aku rakyat di sini. Aku juga da hak di sini !
ZAMAN

: Rakyat negeri ini? Kerakyatan yang kamu dapat dengan tipu


helah? Kau datang untuk memecahbelahkan kami. Bukan
unutk menguatkan perpaduan kami. Kaulah Profesor yang
berbulu ayam. Apakah ini intelektual yang patut mengajar
kami?

Merujuk kepada potongan dialong daripada drama Cempaka


Berdarah itu, keutuhan wacana yang dapat kita lihat ialah hubungan sematik
umum dari kategori hubungan sebab dan akibat. Contohnya dilihat dari segi
sebab dan tujuan dimana Prof Peter mendapat kerakyatan dengan bertujuan
memecahbelahkan rakyat dan bukan untuk menguatkan perpaduan.
Contoh Drama 5 : Gelanggang Tok Wali
RIPIN

: Bertimbang pikullah gamaknya, wak !

TOK WALI: Dulu rancangan besi siap racik, bersih, lapan belas ringgit
sekilo. Tongkat ali pula jejak dua puluh ringgit, sekarang ini Guan ambil
tongkat ali Cuma Sembilan ringgit, rancang besi Cuma enam ringgit
sahaja sekilo.
Merujuk kepada petikan dialog drama Gelanggang Tok Wali di atas,
terdapat unsur keutuhan wacana dari segi hubungan tatabahasa. Keutuhan
wacana dari segi tatabahasa yang digunakan ialah kata hubung yang
berfungsikan penambahan. Penambahan digunakan dari segi faktor masa.
Dalam petikan, sekarang merujuk faktor masa dimana nilai bagi bahanbahan tradisional yang dibeli oleh Guan dari percakapan Tok Wali sudah
merusut.

3.2 KEUTUHAN WACANA PUISI


Wacana puisi dituturkan dalam bentuk puisi samada bertulis mahupun lisan.
Bahasa dan isi berkonsepkan pada keindahan. Puisi, lagu, tembang dan balada
merupakan contoh wacana puisi.
Contoh Puisi 1 : Gurindam Tonggak Dua Belas
Hendak pandai mengahargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
(Seuntai Kasih Secebis Harapan, 2007)
Melihat pada rangkap satu

gurindam di atas, kita akan dapat

mengenalpasti keutuhan wacana yang digunakan ialah hubungan sematik


umum dari kategori hubungan kebenaran dan kesahan. Penyataan
pengesahan dapat dikenalpasti iaitu Hendak pandai mengahargai masa,
Jangan dinanti esok lusa. Melalui penyataan pengesahan tersebut, jika
seseorang itu ingin pandai menghargai masa, dia perlu bergerak pantas dan
jangan berlengah-lengah.
Contoh Puisi 2 : Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru

dia seorang guru pembina insan sepadu


dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
(Ismail Haji Adnan,1989)
Puisi

di

atas

mempunyai

hubungan

leksikel

dalam

aspek

pengulangan. Hal ini kita dapat lihat dengan pengulangan perkataan dia dan
guru. Pengulangan ini untuk menunjukkan kesinambungan antara baris
dengan baris yang lain. Selain itu, hubungan leksikal dari segi sinonim juga
terdapat dalam puisi di atas iaitu di baris kedua, harga diri dan maruah
mempunyai maksud yang sama.

Contoh Puisi 3 : Seloka Si Luncai


Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan,biarkan ..!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
(Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003)

Puisi

di

atas

mempunyai

hubungan

leksikel

dalam

aspek

pengulangan. Hal ini kita dapat lihat dengan pengulangan perkataan ada
dan perkataan tidak. Selain itu, puisi ini juga mengandungi hubungan
sematik umum dari kategori hubungan kebenaran dan kesahan. Contoh
hubungan kebenaran dan kesahan yang terdapat dalam puisi ini ialah dari
segi luar biasa iaitu di akhir puisi ini tiba-tiba Si Luncai terjun dengan labulabunya walhal rangkap sebelumnya tiada kaitan dengan penghujungnya.

3.3 KEUTUHAN WACANA PROSA


Wacana prosa adalah wacana yang disampaikan atau ditulis dalam bentuk
prosa. Wacana prosa boleh didapati dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Novel,
cerita pendek, artikel, makalah, buku, laporan, dan kertas kerja digolongkan
dalam wacana prosa.
Contoh Prosa 1 : Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
Apabila jurumudi dan mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua,
masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, Ya, ayahanda, tua
orang tua, berakal ; makin tua makin berminyak,tetapi ayahanda tua cendawan
makin tua makin busuk!
Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka
Prosa di atas mengandungi keutuhan wacana dari segi leksikal yang
berkategorikan antonim. Hal ini kerana makin tua makin berminyak
merupakan maksud yang bertentangan kerana makin tua makin berkarat.
Penggunaan berminyak biasanya digunakan pada orang muda yang masih
kuat dan ligat. Terdapat juga leksikal yang berkategorikan pengulangan
perkataan yang sama dalam satu ayat iaitu tua.

Contoh Prosa 2 : Hikayat Langlang Buana


Setelah sudah berkata-kata itu maka tuan itu pun kembali ke mahligai
membawa bayan itu. Maka disuruh oleh tuan puteri itu diperbuatkan sangkarnya
daripada emas sepuluh mutu dan bertahtakan ratna mutu manikan berumbaiumbaikan mutiara.
Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka
Potongan petikan prosa diatas mengandungi hubungan wacana dari
segi tatabahasa atau gramatikal berkategori kata penghubung dalam aspek
pengembangan. Aspek pengembangan kata hubung yang ditunjukkan dalam
petikan ialah perkataan dan yang mengaitkan antara ayat pertama dan ayat
kedua menjadi satu ayat lengkap.

Contoh Prosa 3 : Anak Laut

Maka dilihatnya oleh Laksamana Hang Jebat membuka pintu istana itu,
maka laksamana pun menyinsing lengan bajunya. Maka kata laksamana, Cih, Si
Jebat derhaka! Mari engkau olehku! . Maka Hang Jebat pun segera menutup
pintu istana itu seraya berkata, siapa engkau yang datang bertikam dengan aku
itu dan siapa namamu? . Maka kata laksamana, Hai si Jebat derhaka, takutkah
engkau aku bertanya? Akulah Laksamana, baharu datang dari berguru di Hulu
Melaka, .
Antalogi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka
Di dalam petikan prosa ini kita dapat lihat hubungan dari segi leksikal
idari aspek pengulangan. Kita dapat lihat dengan jelas Hang Tuah
mengulangi perkataan engkau sebanyak dua kali di dalam petikan yang
sama. Selain itu, dalam petikan prosa ini juga terdapatnya hubungan dari
aspek fonologi berdasarkan hentian. Kita boleh lihat apabila Hang Jebat
bertanya siapa engkau, kita boleh lihat ada hentian di tengah-tengah dialog
ini dan mempunyai tekanan nada di sini. Selain itu, terdapat juga fonologi
berdasarkan nada dimana Mari engkau olehku! memainkan nada tinggi dan
intonasi yang tinggi kerana terdapat tanda seru disitu.

4.0 TUGASAN 3
Menurut berita yang disiarkan oleh Astro Awani pada 18 Mac 2015, kerajaan
tetap laksanakan GST mulai 1 April menjadi berita hangat pada bulan ini dan
sering muncul dan timbul dalam setiap perbualan rakyat Malaysia. GST yang
bermaksud Goods and Tax Service memainkan peranan penting dalam sistem
berkerajaan yang mengandungi pros dan kontra yang tersendiri.
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, GST akan tetap berkuatkuasa
pada 1 April 2015. Kebanyakkan rakyat memberontak perlaksanaan GST mulai 1
april 2015 ini kerana kenaikan harga-harga barangan di pasaran akan
menjejaskan corak kehidupan rakyat. Menurut kenyataan Menteri Kewangan
Malaysia, pelaksanaan GST merupakan satu langkah konsolidasi fiskal bagi
memastikan kemapanan negara dan jika tidak dilaksanakan GST, penarafan
kredit negara akan terjejas.
Jika dilihat kembali dari ucapan Perdana Menteri Malaysia, Dato Najib Tun
Razak, beliau menyatakan Malaysia mengalami kemunduran dari segi ekonomi
dan struktur pemerintahan dimana ekonomi negara terjejas dan merusut lebih
banyak daripada tahun-tahun sebelumnya. Disebabkan jatuhnya nilai mata wang
Malaysia, negara berada dalam keadaan kurang stabil dari segi taraf ekonomi
dan pemerintahan. Nilai minyak mentah negara juga murusut lebih 50%
berbanding tahun-tahun sebelumnya dan ini merupakan antara penyebab
penarafan kredit negara terjejas.
Menurut berita tersebut, kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkan
tarikh pelaksanaannya kerana sehingga 17 Mac 2015, sebanyak 353,372
syarikat telah berdaftar di bawah GST. Pendaftaran syarikat-syarikat ini
menunjukkan peniaga-peniaga pada umumnya menyokong dan bersedia untuk
pelaksanaan GST di Malaysia. Bedasarkan petikan itu, dapat kita ketahui
bahawa syarikat-syarikat besar sudah bersedia untuk perlaksanaan GST kerana
mereka tidak terjejas banyak walupun selepas perlaksanaan GST, tetapi rakyat
yang menanggung derita.
Dalam

berita

tersebut

juga

menyatakan

bahawa

dalam

proses

mengaplikasikan GST pada 1 April 2015 nanti, pihak kerajaan telah mengambil
kira perlaksanaan GST terhadap kebajikan masyarakat. Tetapi adakah kebajikan
tersebut merangkumi seluruh rakyat Malaysia samada yang berpendapatan
rendah atau tinggi? Atau mengikut bangsa? Hal ini kerana dalam berita tersebut

tidak

menyatakan

dengan

terperinci

mengenai

kebajikan

yang

akan

dilaksanakan.
Tambahan pula, pihak kerajaan menyatakan bahawa mereka akan terus
melaksanakan program kesedaran GST kepada pengguna dan program-program
latihan kepada peniaga, tetapi sampai bilakah pihak kerajaan bertekad untuk
melaksanakan program ini secara berterusan. Semestinya untuk melaksanakan
suatu program memakan penajaan yang lumayan tidak kira program itu kecil
atau besar. Namun, bayaran akan tetap dikenakan kepada peniaga yang hendak
menjalani latihan tersebut serta pengguna yang ingin menyertai program
berkenaan.
Pada pendapat saya, terdapat pros dan kontra pelaksanaan GST pada 1
April 2015. Pros yang akan kelihatan ialah penigkatan dalam ekonomi dan
pendapatan negara tetapi kontra bagi hal ini ialah rakyat sukar mengadaptasi
dengan kenaikan GST akibat pendapatan yang tidak meningkat. GST atau
dikenali sebagai cukai dari hukum Islam ialah haram kepada umat Islam
disebabkan oleh orang Islam sudah dikenakan zakat. Tetapi GST menjadi harus
dalam menjana pendapatan negara dan menjadi wajar jika negara tersebut
mengalami kesesakan contohnya seperti Malaysia sekarang. Maka, pelaksanaan
GST pada 1 April 2015 ini memainkan peranan penting dalam memulihkan
pendapatan negara dan seluruh warga Malaysia wajiblah memberi sokongan
terhadap perlaksanaan GST ini.
Berdasarkan rumusan yang telah saya tulis diatas, terdapat beberapa
keutuhan wacana yang digunakan untuk menulis rumusan tersebut. Salah satu
antaranya ialah hubungan dari segi leksikal kategori pengulangan perkataan
dalam satu ayat. Perkataan GST pada perenggan lima ayat pertama diulang
dua kali dalam satu ayat. Unsur ini dinamakan leksikal pengulangan.
Penggunaan hubungan sematik umum kategori hubungan sebab dan akibat dari
segi sebab dan tujuan juga termasuk dalam teks ini. Aspek sebab dan tujuan
dalam teks ini dapat dikenalpasti pada perenggan kedua yang menyatakan
perlaksanaan GST berkuatkuasa pada 1 April 2015 dan tujuan dilaksanakan
adalah untuk memastikan kemapanan negara.
Tambahan pula, keutuhan wacana dari segi tatabahasa juga digunakan
yang berkategori kata penghubung dari segi penghuraian. Kata penghubung dari

aspek penghuraian ini dapat dilihat di perenggan keenam dengan menggunakan


kata hubung namum yang menerangkan bahawa perlaksanaan program akan
turut dikenakan bayaran walaupun pihak kerajaan yang melaksanakannya.
Tambahan pula, wacana dari segi tatabahasa berkategorikan kata rujuk juga
digunakan dalam teks tersebut. Kata rujuk beliau yang merujuk kepada
Perdana Menteri Malaysia, Dato Najib Tun Razak pada perenggan ketiga
memenuhi ciri-ciri keutuhan wacana tatabahasa dari aspek kata rujukan.
Di samping itu, keutuhan wacana hubungan leksikal dari segi sinonim
juga digunakan pada perenggan pertama iaitu muncul dan timbul. Muncul dan
timbul mempunyai maksud yang sama tetapi mempunyai perlakuan yang
berbeza. Akhir sekali ialah hubungan sematik umum berkategori hubungan
kebenaran dan pengesahan dari segi penyataan pengesahan. Hubungan ini
dapat dilihat pada perenggan ketiga ayat akhir yang mengesahkan bahawa
penarafak kredit negara terjejas akibat penurunan lebih 50% nilai minyak mentah
negara.

5.0 TUGASAN 4

5.1 RUJUKAN

(n.d.). Retrieved 3 20, 2015, from http://www.bmspm.net/menukomsast52011.htm


Ahmad, M. (n.d.). Retrieved 3 19, 2015, from http://www.astroawani.com/berita-gst/kerajaantetap-laksana-gst-mulai-1-april-kementerian-kewangan-55898
Alias, A. (n.d.). Retrieved 3 19, 2015, from
https://www.academia.edu/4369481/KEUTUHAN_WACANA
Aziz, A. (2012, 5 3). Retrieved 3 16, 2015, from http://www.slideshare.net/AzizahAziz2/notawacana
Belldendy. (2010, 11 6). Retrieved 3 18, 2015, from
https://www.scribd.com/doc/41255503/Wacana-Dalam-Bahasa-Melayu
Jayuz, Z. (2012, 4 7). Retrieved 3 19, 2015, from http://wacanaq.blogspot.com/
Junaiyah, H. M. (2010). Keutuhan Wacana. Jakarta: Grasdo.
Muhammad. (2014, 5 15). Retrieved 3 16, 2015, from
http://www.slideshare.net/muhammadaniq/wacana-34728052

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai