Anda di halaman 1dari 87

TUTORIAL SOALAN

PENULISAN AKADEMIK 1-24:TESL1

GWCP1042 SEP 2021 SIMBOL T

1-27: BM2

SIMBOL B

1.0 PENGENALAN PENULISAN AKADEMIK 2T(1 dan 2)

Penulisan dikategorikan sebagai formal dan tidak formal.Penulisan AINA NABILA


akademik adalah suatu penulisan yang formal dan bersifat objektif. BINTI ADNAN
Pelajar, profesor, dan penyelidik menggunakan tulisan akademik untuk
menyampaikan idea, membuat hujah dan dalam perbualan ilmiah. AUNI ADLINA
Penulisan akademik juga membolehkan pembaca untuk memahami BINTI AMRAN
sesuatu bahan ilmiah dengan lebih jelas.Hal ini kerana, penggunaan
kata yang tepat dan nada yang tidak peribadi digunakan dalam
penulisan. Konsep kejelasan dan gaya penulisan juga diaplikasikan
dalam penulisan ini supaya menjadi lebih sistematik.

1.1
APAKAH KONSEP PENULISAN AKADEMIK?

Konsep penulisan akademik melibatkan kajian secara teratur dan teliti


pada setiap persoalan yang dibincangkan. Penulisannya cermat,
tepat, benar dan tidak membuat andaian. Gaya penulisan akademik
yang jelas menggunakan kata-kata yang pendek ringkas dan jitu.
1.2 APAKAH JENIS-JENIS PENULISAN AKADEMIK ? 4T(3 dan 4)

Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi esei ilmiah, kertas kerja, AUNI QISTINA
laporan kajian, tesis dan disertasi. Selain itu, penulisan akademik juga BINTI AZRUL
merangkumi ringkasan eksekutif, abstrak dan artikel.
ALESYA
Jenis-jenis penulisan akademik adalah seperti berikut: AMIERA BINTI
AHMAD KAMAR
(i) Esei Ilmiah: karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau
permasalahan berdasarkan data yang diperoleh melalui rujukan
perpustakaan dan/ kerja lapangan. Penguraian bersifat
rasional-empiris dan objektif.

(ii) Kertas kerja: Penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu


fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan/ atau
rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius
serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya
ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan
dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel dan sebagainya.

(iii) Laporan kajian atau penyelidikan: Penulisan ilmiah yang


menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak
lain. Penguraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik
dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan
perpustakaan.

(iv) Tesis : Penulisan ilmiah sifatnya lebih mendalam. Tesis


mengungkapkan pengetahuan baharu yang diperoleh daripada
pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan
pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran.Tesis biasanya
ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat
Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-você.

(v) Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki


pencapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor
Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis
sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci.
Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di
hadapan panel atau lembaga viva-você.

1.3 NYATAKAN TUJUAN AMALAN PENULISAN AKADEMIK. 6T

Tujuan amalan penulisan akademik adalah agar pelajar dapat MAISARAH


memahami konsep penulisan akademik serta dapat HUDA BINTI
mengaplikasikannya dalam penulisan. Seterusnya, melalui penulisan ABD
akademik pelajar menjadi mahir untuk menganalisis keutuhan MUSTAFFA
wacana, sumber rujukan dan kejelasan yang terdapat dalam penulisan
akademik. Akhir sekali, tujuan penulisan akademik ialah berupaya MAANDEEP
mengaplikasikan konsep dalam kehidupan seharian. KAUR SIDHU
A/P SURJIT
SINGH

1.4 APAKAH CIRI-CIRI PENULISAN AKADEMIK? 8T

Antara ciri-ciri penulisan akademik ialah penyampaian yang MADHURI A/P


sistematik, penulisan yang cermat, tepat, benar, jujur dan tidak RAJAN
bersifat emosional. Selain itu, penulisan akademik haruslah tidak
memutar belitkan sesuatu fakta, tidak bersikap argumentatif dan MUHAMMAD
setiap pandangan patut disokong dengan bukti yang kukuh. Contoh AKMALHADI
yang boleh dikemukakan ialah esei ilmiah seperti yang terdapat dalam BIN MOHD ZIN
pautan berikut:
https://www.academia.edu/24309107/Contoh_Esei_Ilmiah

Esei ilmiah tersebut menjelaskan fakta secara terperinci tanpa


memalsukan sebarang maklumat beserta bukti bagi menyokong
kenyataan yang diberi. Penulisan ilmiah digunakan untuk
mempersembahkan laporan, kertas kerja dan projek kajian. Penulisan
ilmiah dapat disiapkan dengan lengkap apabila pelajari memahami
tema,konsep dan keperluan kajian.
2.0 KEUTUHAN WACANA DALAM PENULISAN AKADEMIK 10T

2.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEUTUHAN SEMANTIK? MUHAMMAD


DANISH
Keutuhan semantik dimaksudkan sebagai jalinan makna diantara satu
ayat dengan ayat yang lain.Dari segi etimologi, perkataan semantik MUHAMMAD
yang disebut sebagai sema dalam bahasa Yunani membawa maksud IRFAN
tanda atau lambang.Dari segi bahasa, perkataan semantik merujuk
kepada ilmu yang mengkaji perkaitan antara lambang atau perkataan
atau ayat dengan maknanya.Secara umumnya, semantik merupakan
kajian berkenaan dengan makna sesuatu perkataan, frasa dan ayat
dalam sesuatu bahasa yang digunakan dalam komunikasi lisan atau
tulisan.

APAKAH HUBUNGAN-HUBUNGAN SEMANTIK ANTARA BAHAGIAN


WACANA?

● Hubungan sebab dan akibat


● Hubungan sebab dan hasil
● Hubungan sebab dan tujuan
● Hubungan syarat dan hasil
● Hubungan latar dan kesimpulan
● Hubungan perbandingan
● Hubungan memperkuat isi
● Hubungan aditif

HURAIKAN DAN BERIKAN CONTOH BAGI


HUBUNGAN-HUBUNGAN SEMANTIK ANTARA BAHAGIAN
WACANA.

1)Hubungan sebab dan akibat

Contohnya: Dari pagi lagi Alia tidak makan. Dia menuju ke dapur
untuk mengambil sekeping roti.

2.2 BERIKAN ENAM JENIS HUBUNGAN YANG MEMBENTUK 12T


KEUTUHAN LEKSIKAL DAN HURAIKAN.
NOOR
QURRATU’AINI
BINTI MOHD
Enam jenis hubungan yang membentuk keutuhan leksikal adalah RASHIDI
akronim, sinonim, kolokasi, pembuka dan penutup, pengulangan serta
hiponim. NUR AMYRA
BATRISYA
Akronim ialah perkataan yang berlainan ejaan atau bunyi dan BINTI
mempunyai makna yang berlawanan. ZULKARNIN

Sinonim pula ialah dua perkataan yang mempunyai ejaan dan bunyi
yang berbeza tetapi makna yang sama atau hampir sama.

Kolokasi ialah hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu


perkataan dengan satu perkataan yang lain dalam satu susunan ayat.
Misalnya, ‘menjalani gaya hidup sihat’.

Pembuka dan penutup ialah perkara yang melengkapkan dan


membentuk sebuah wacana.

Pengulangan merujuk kepada pengulangan sesuatu unsur yang sama


dimana setiap perkataan diulang secara penuh tanpa melakukan
sebarang perubahan.

Hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh


menunjukkan makna bagi suatu perkataan lain iaitu makna umum dan
makna khusus. Contohnya, lembu yang merupakan makna khusus
adalah hiponim kepada binatang yang merupakan makna umum.

2.3 BERIKAN DUA FUNGSI KEUTUHAN GRAMATIKAL DALAM 14T


PENULISAN AKADEMIK.
NURHAFIZAH
Dua fungsi keutuhan gramatikal dalam penulisan akademik adalah IZZATI BINTI
sebagai kata rujukan dan kata hubung MA’MUN

Kata rujukan ialah kata yang boleh menggantikan sesuatu sama ada NURIN
benda atau manusia. NADHIRAH
BINTI
Misalnya, kata ganti nama saya,dia,mereka,kami,kita,itu,ini, siapa dan HAIRULASWAN
lain-lain.

Seterusnya, kata hubung ialah menghubungkan di antara ayat dengan


ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain.

Tamsilnya, berfungsi sebagai penghuraian seperti seterusnya,selain


itu,pada sudut yang lain dan banyak lagi.
2.4 CONTOH AYAT BAGI KEUTUHAN FONOLOGI DALAM PENULISAN 16T
AKADEMIK?
NURUL
Contoh ayat bagi keutuhan fonologi dalam penulisan akademik NABIHAH BINTI
adalah "abang Ali sudah makan nasi". Ayat ini mengandungi ZULKIFLY
ketaksaan makna dan bergantung kepada hentian atau kesenyapan
suara yang berlaku. Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas NUR IZZARITH
perkataan 'abang', maka ayat ini akan membawa maksud 'Ali' yang SOFEA BINTI
sudah makan nasi. Tetapi, jika kesenyapan suara berhenti selepas JUMAT
perkataan 'Ali', maka ayat ini bermaksud 'abang Ali yang sudah makan
nasi. Begitu juga halnya dengan intonasi dan nada suara yang
berbeza. Misalnya perkataan 'makan'. Jika ia diungkapkan dengan
nada suara yang keras dan intonasi yang tinggi di akhir kata, ia akan
menjadi ayat paksaan, arahan atau suruhan yang tidak boleh
ditentang atau pun ia juga boleh menjadi ayat soal, "makan?" Tetapi,
jika ianya disebut dengan nada yang lembut, ia akan berubah menjadi
ayat silaan, ajakan atau pelawaan yang ikhlas.

NYATAKAN HUBUNGAN DARI ASPEK KEUTUHAN FONOLOGI?

Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh dilihat daripada segi


hentian suara, nada suara dan intonasi suara.

2.5 BAGAIMANA CARA UNTUK MENGAPLIKASIKAN KEUTUHAN 18T


WACANA DALAM PENULISAN ILMIAH?
PUTERI IRDINA
Terdapat beberapa cara untuk mengaplikasikan keutuhan wacana ARISYA BINTI
dalam penulisan ilmiah, antaranya adalah sebagai: ABDULLAH

i) Fungsi penghuraian;

- Fungsi penghuraian dalam Bahasa Melayu boleh dibuat NUR ZAYANI BT


dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti ZAMRI
seterusnya, pada sudut yang lain, selain itu, sebaliknya dan
sebagainya.
- Contohnya: Dia bukanlah pesalah, sebaliknya dia difitnah.

ii) Fungsi pengembangan


- Ianya sering kali digunakan bagi mengembangkan idea.
Contoh perkataan adalah seperti, dan, tetapi, oleh itu, sebab
dan sebagainya.
- Contohnya : Dia tidak hadir kerana kurang sihat.

: Kereta itu sudah lama, tetapi masih boleh digunakan.

iii) Fungsi penambahan

- Ianya sering digunakan bagi menyatakan masa atau kejadian.


Contoh perkataan ialah kemudian, berikutnya, sebelum,
selepas, pada masa, dalam hal itu, dan sebagainya.
- Contohnya

: Sebelum mereka datang semua tetamu telah pulang

: Mereka datang, kemudian menanyakan keberadaan ayah.

3.0 PENANDA WACANA DALAM PENULISAN AKADEMIK 20T

3.1 APAKAH FUNGSI PENANDA KRONOLOGI? SHARIFAH


NOOR EISYAH
Fungsi penanda kronologi adalah untuk memberi pengertian kepada BINTI SYED
persoalan berkaitan waktu. Penanda kronologi mengandungi kata AHMAD FUAD
kunci seperti “bila” dan seumpanya. Antara contoh penanda kronologi
termasuk kini, lantas, pada zaman dahulu, sebelum, kemudian, SHYRA A/P B.
semenjak itu, beberapa tahun kemudian, dua tahun lepas dan pada SHAJI
hari esoknya.

● Contoh Ayat: Pada zaman dahulu, Kerajaan Melayu Melaka


merupakan sebuah kerajaan yang kuat.
● Contoh Ayat: Beberapa tahun lepas, banjir yang terburuk di
Malaysia telah dicatatkan dengan lebih 300,000 orang
dipindahkan.
● Contoh Ayat: Pada hari esoknya,Encik Hamid sekeluarga telah
memulakan perjalanan pulang mereka ke bandar setelah
bermalaman di kampung halaman mereka.
3.2 APAKAH FUNGSI PENANDA ORGANISASI DAN BERIKAN CONTOH 22T
PENANDA ORGANISASI YANG DIGUNAKAN DALAM PENULISAN
AKADEMIK. SITI HALIMAH
BINTI MASROM
Fungsi penanda organisasi adalah untuk mempertautkan sesuatu
bahagian wacana dengan bahagian yang lain.Selain itu,memberitahu TIVYAA A/P
pembaca apa-apa yang dibuat atau didedahkan kepada bahagian SUGUMAR
tertentu.

Contoh penanda organisasi yang digunakan dalam penulisan


akademik ialah:

● tegasnya
● pertama
● contohnya
● sebagai kesimpulan
● untuk merumuskan
● akhir sekali
● dengan kata lain
● untuk menjelaskan lagi
● dan yang seumpamanya
● dapat dinyatakan bahawa
● dalam hal ini
● dengan perkataan lain
● dalam bahagian ini kita akan membincangkan
● demikian juga

Contoh ayat :

- Terdapat pelbagai makanan di Malaysia. Contohnya, nasi


lemak,roti canai, laksa, nasi goreng dan sebagainya.

- Pada minggu lalu, keluarga Ahmad berkelah di Pantai Cahaya


Bulan. Demikian juga keluarga kami.

- Antara kebaikan menggunakan telefon bimbit ialah, kita dapat


menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja. Selain itu, telefon bimbit dapat menghantar mesej
dengan cepat dan mudah serta mampu membantu kita ketika
berlakunya kecemasan. Sebagai contoh, kita dapat menelefon
bomba dengan segera sekiranya berlaku kebakaran.
Tegasnya, banyak kebaikan yang boleh kita peroleh dengan
menggunakan telefon bimbit.

3.3 APAKAH FUNGSI PENANDA IDEA? 24T DAN 25T

Fungsi penanda idea adalah untuk menghubungkan antara fakta WAN NURUL
dengan fakta dan idea dengan idea yang berfungsi untuk HANNAN BINTI
mengembangkan idea. Selain itu, penanda idea juga boleh digunakan WAN ABDUL
apabila dua idea yang menentang idea. FATTAH

Contoh bagi pengembangan idea : YEAP ZHONG


XIAN
★ Antara contoh pengembangan idea ialah selain itu,tambahan
pula,manakala dan sebagainya.

Contoh ayat pengembangan idea :

★ Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak membawa erti


tanpa istilah-istilah tersebut digunakan dalam penulisan
,penterjemahan dan perbincangan.Tambahan pula,istilah yang
secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum
tentu sesuai bagi sesuatu bidang.

Contoh bagi pertentangan idea :

★ Antara contoh bagi pertentangan idea ialah tetapi,namun,sama


ada dan sebagainya.

Contoh ayat pertentangan idea :

★ Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir


tahun lalu.Namun, hatinya masih teringat akan kampung
halamannya.

Contoh untuk hubungan idea :

★ Antara contoh hubungan idea adalah maka,sebaliknya,kecuali


dan sebagainya.

Contoh ayat hubungan idea :

★ Beg itu bukan saya beli sebaliknya ia adalah beg percuma.


3.4 APAKAH KEPENTINGAN MENGAPLIKASI PENANDA WACANA 1B
DALAM RENCANA?
MUHAMMAD
Kepentingan aplikasi penanda wacana dalam rencana adalah RIZQ DANISH
perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan BIN MD.JA’FAR
antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau
perenggan.Dalam hal ini,penanda wacana akan menghasilkan 2B
ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan,gramatis serta
bermakna.Hal ini demikian kerana penggunaan penanda wacana NUR AMELIA
dalam rencana merupakan suatu perkara yang sangat penting bagi ZULAIKHA
menghasilkan karya yang berkualiti dan baik dari keseluruhan BINTI KHAIRUL
aspek.Tambahan pula,kegagalan bagi seseorang itu untuk mahir ANUAR
mengaplikasikan penanda wacana dalam rencana akan menyebabkan
mereka gagal dan tidak mampu memiliki hasil penulisan yang kritis
serta puitis.Sebagai contoh,seseorang itu perlu tahu cara
mengaplikasi dan tahu mengenai kepentingan wacana itu sendiri
kerana setiap sudut penanda wacana itu akan mempengaruhi cara
pengolahan serta penyusunan struktur ayat ,pembahagian perenggan
,penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa. Dalam kaca mata
yang berlainan, penanda wacana harus diaplikasikan dalam penulisan
rencana kerana penanda wacana ini dapat menunjukkan imej
kematangan dalam penulisan pengarang. ‘Imej kematangan’ ini dapat
ditonjolkan melalui penggunaan penanda wacana yang betul dan
bombastik. Hal ini menunjukkan bahawa pengarang mempunyai ilmu
tentang perangkai ayat. Selain itu juga panduan untuk memantapkan
penulisan rencana adalah rencana tersebut perlulah mempunyai
pendahuluan dan penutup yang rapi. Oleh itu,penggunaan penanda
wacana ini sangat penting untuk mendapatkan pendahuluan dan
penutup yang baik. Hal ini kerana, penulisan rencana yang
menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa
dan penanda wacana dapat menghidupkan dan memberikan tenaga
kepada rencana tersebut.Ini menyebabkan pembaca akan lebih
tertarik dan tidak berasa bosan semasa membaca rencana yang
dihasilkan .Tambahan pula , isi di dalam rencana akan menjadi lebih
kemas dan tersusun menyebabkan konteks perbincangan akan selari
dengan tujuan yang hendak disampaikan.

BAGAIMANAKAH APLIKASI PENANDA WACANA DIGUNAKAN


DALAM RENCANA?
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang
berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan
seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu
wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia
akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak
mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda
wacana seperti berikut:-

Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,


selanjutnya, seterusnya, di samping

Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian,


kemudian daripada itu, akhirnya

Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang


diterangkan

Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai,


bak kata, sebagai

Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir


kata, sebagai penyimpul kata

Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan


dengan

Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya,


lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu

Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga


dengan

Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun,


namun begitu, bertentangan dengan

Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,


pastilah, sememangnya

Perenggan Pendahuluan
Dewasa ini...
Belakangan...

Kebelakangan ini...
Baru-baru ini...
Mutakhir ini...
Akhir-akhir ini...
Dalam era globalisasi...

4.1.0 PENANDA WACANA DALAM PENULISAN AKADEMIK

APAKAH DEFINISI BAGI PENANDA KRONOLOGI DALAM


PENULISAN AKADEMIK?
4.1.1 3B
Penanda kronologi bermaksud memberi pengertian kepada persoalan
berkaitan dengan waktu. Penanda kronologi ini mengandungi kata NUR AIN
kunci “bila” dan seumpamanya. NABILLA BINTI
AMIZAL
BERIKAN CONTOH PENANDA KRONOLOGI.

Antara contoh penanda kronologi ialah:

1. Kini
2. Lantas
3. Mula-mula
4. Lepas itu
5. Sebelum
4B
6. Kemudian
7. Semenjak itu ROHAIYU BINTI
8. Pada suatu waktu ABDUL RAHIM
9. Pada hari esoknya
10. Pada zaman dahulu
11. Dua tahun kemudian
12. Beberapa tahun kemudian

BERIKAN CONTOH AYAT BAGI PENANDA KRONOLOGI.


1. Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu Melaka merupakan
sebuah kerajaan yang kuat.

2. Kini masalah disiplin di sekolah semakin hari semakin serius


dan membimbangkan ibu bapa.
3. Dua tahun kemudian Siti telah berjaya mendapat ijazah dalam
bidang perubatan.
4. Semenjak itu Aiman tidak berani untuk mengulangi perbuatan
itu lagi.

APAKAH FUNGSI PENANDA ORGANISASI DALAM PENULISAN


AKADEMIK?

Fungsi penanda organisasi ialah mempertautkan sesuatu bahagian


wacana dengan bahagian yang lain.

BERIKAN CONTOH PENANDA ORGANISASI.

Antara contoh penanda organisasi ialah:

1. Pertama
2. Tegasnya
3. Contohnya
4. Akhir sekali
5. Dalam hal ini
6. Sebagai kesimpulan
7. Dalam hubungan ini
8. Untuk merumuskan
9. Dapat dinyatakan bahawa
10. Dalam bahagian ini kita akan membincangkan
11. Dengan perkataan lain
12. Untuk menjelaskan lagi

BERIKAN CONTOH AYAT BAGI PENANDA ORGANISASI.


1. “Penduduk di negara ini yang dilanda peperangan hidup dalam
kesengsaraan. Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda
malahan anggota keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai
penduduk Kemboja terpaksa melarikan diri ke negara jiran
semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada menjadi
korban peperangan.”

2. Merujuk artikel tersebut, dapat dinyatakan bahawa


pembelajaran dalam talian akan menjadi efektif sekiranya
pelajar mendapatkan rehat yang secukupnya bagi
mengekalkan konsentrasi yang berterusan.
3. Akhir sekali, kita dapat memupuk semangat perpaduan antara
kaum dengan saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama kita.

4.1.2 NYATAKAN PERATURAN MENULIS RUJUKAN DARIPADA BUKU? 5B

Peraturan menulis rujukan daripada buku ialah nama AINUR SYASYA


pengarang(tahun). Tajuk buku(Edisi). Tempat terbit: Penerbit. TIHANI BINTI
Contohnya Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi Maklumat AHMAD NAZLI
untuk Institusi Perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.
6B
MAKSUD TERBITAN BERKALA ?
SYAZZRIN
Maksud terbitan berkala ialah terbitan yang keluar dalam bagian SYUHADDAH
secara berturut-turut dengan menggunakan nombor urut dan/atau BINTI
secara kronologi , serta dimaksudkan untuk terbitan dalam waktu yang KAMARUDDIN
ditentukan . (Sulistyo-Basuki,1991).Terbitan berkala juga bermaksud
terbitan yang direncanakan untuk diterbitkan terus dengan frekuensi
tertentu (Lily K. Somadikarta 1979:2) .

Contoh Buku Terbitan Berkala :

-Asesmen Diagnosis Kognitif Berkala


-Contoh Kedua ialah Majalah Fokus
NYATAKAN PERATURAN MENULIS RUJUKAN DARI DARIPADA
MAKALAH?

Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara,


biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar dan lain-lain.
Peraturan menulis rujukan daripada makalah ialah nama
pengarang(tahun). Tajuk makalah. Nama Makalah: Nombor muka
surat. contohnya , Azlin Norhani Mansor(2004). Amalan pengurusan
pengetua; Satu kajian kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan
dan Kepimpinan Pendidikan ke-1; 255-265.

CONTOH MAKALAH:

NYATAKAN PERATURAN MENULIS RUJUKAN DARIPADA


MAJALAH?

Peraturan menulis rujukan daripada majalah ialah nama


pengarang(tahun). Tajuk. Nama majalah, Bulan Terbit, Nombor muka
surat. Contohnya, Rusdina Abdul Rahim.(1993). Ke arah
pengkomputeran pengajaran bahasa Cereka atau fakta. Majalah
Dewan, Jan, 16-30.

CONTOH MAJALAH: MAJALAH AL-ISLAM


-Contoh Majalah Muslimah

NYATAKAN PERATURAN MENULIS RUJUKAN DARI SEGI JURNAL


?

Menurut kamus dewan edisi keempat, jurnal bermaksud 1.Terbitan


atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion
atau bidang tertentu. 2.Akhbar harian atau mingguan. 3.Buku catatan
harian tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku. Peraturan menulis
rujukan dari segi jurnal ialah pengarang tunggal . Contohnya Iskandar
Zakaria (2005) Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari Kepada
Pelajar Khas . Jurnal Pendidikan , 12(2) , 152-163. Selain itu , ialah
pengarang lebih seorang . Contohnya , Whyte , M., Karolick , D.&
Taylor, M.D.(1995) .Cognitive Style and Impact On curriculum
development . Education Communications and Technology 11(10) ,
783-799 .

-Contoh Jurnal daripada Jurnal Ilmiah Kesihatan

NYATAKAN PERATURAN MENULIS AKHBAR DALAM TALIAN ?

Peraturan menulis rujukan dari segi akhbar dalam talian ialah Nama
pengarang . (Tarikh penerbitan). Judul artikel . Judul Akhbar .
Retrieved tarikh bahan diakses , from URL . Contohnya , Feller , B.
(2005,May 6) . GM , Ford get “junk” rating . The Detroit News Online.
Retrieved May 6, 2005 , from
.http://www.detnews.com/2005/autosider/0505/06/A01-173553.htm)
-Contoh Akhbar dalam talian dari Astro Awani

NYATAKAN PERATURAN MENULIS RUJUKAN DARI SEGI BAHAN


RUJUKAN DALAM TALIAN?

Peraturan menulis rujukan dari segi bahan rujukan dalam talian ialah
nama pengarang(Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid,
[Online]. [Retrieved Tarikh bahan diakses], from URL. Contohnya,
Summerville,J(1999). Role of awareness of cognitive style in
hypermedia. International Journal of Educational Technology. [Online],
[Diakses; 15 Ogos 2005]. Boleh didapati:
http://www.outreach.uiuc.edu/ijet/v1n1/summerville/.

4.1.3 APA ITU PENANDA IDEA? 7B

Penanda idea adalah medium yang menghubungkan fakta dengan NURUL


fakta dan idea dengan idea yang berfungsi untuk mengembangkan SHAFIQAH
idea ,pertentangan idea dan hubungan idea. SHAHIRAH
BINTI
Mengembangkan idea ; ZULKAPLI

● Memilih pengenalan yang sesuai,mantap dan dapat


memberi kesan kepada pemeriksa.
Contoh pengembangan idea:

● Antara contoh pengembangan idea ialah Malah,Satu


lagi,Selain itu,Seterusnya,Begitu juga,Di samping
itu,Lebih-lebih lagi,Tambahan pula.

Contoh ayat pengembangan idea :

8B

SHAFIQAH
NUR IZZWANIE
BINTI
SHAMSUL
BASID

● Bukan guru sahaja yang terlibat dalam program Hari


Kebangsaan tersebut malah para pelajar juga turut
dialu-alukan untuk melibatkan diri.
● Selain itu, murid yang bijak mampu menentukan jenis
pengenalan yang sesuai digunakan semasa mengarang
kerana bukan semua pengenalan dapat menarik minat
pemeriksa kertas.

Pertentangan idea ;

Contoh pertentangan idea:

● Antara contoh penentangan idea ialah tetapi,sama


ada,sebenarnya,sebaliknya,walaupun,walau
bagaimanapun,pada masa yang sama,dan yang
seumpamanya.

Contoh ayat pertentangan idea :


● Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir
tahun lalu. Namun, hatinya masih teringat akan kampung
halamannya.

Hubungan idea :

Contoh hubungan idea :

● Antara contoh hubungan idea ialah jadi,maka,kecuali, oleh


itu,oleh sebab , oleh hal yang demikian, untuk tujuan itu,
berikutan dengan itu.

Contoh ayat hubungan idea :


● Pihak kerajaan akan memastikan pendapatan para petani
dapat ditingkatkan. Oleh itu, pelbagai langkah yang difikirkan
sesuai sedang direncanakan.
● Suria sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan
pencapaiannya dalam akademik amat baik. Oleh sebab itu, dia
dipilih sebagai Ketua Murid.

4.1.4 9B

10B

NUR ALIA
MAISARAH
BINTI YAMAN

AMIRUL HAZIM
BIN DAHRI
APAKAH FUNGSI PENGAPLIKASIAN PENANDA WACANA DALAM
RENCANA?

Fungsi pengaplikasian penanda wacana dalam rencana adalah untuk


menghubungkan sesuatu idea,hujah dan pandangan seseorang
semasa menulis atau berucap dan ia amat penting dalam sesuatu
teks.
MENGAPAKAH KEHADIRAN PENANDA WACANA SANGAT
PENTING?

Kehadiran penanda wacana sangat penting dalam rencana kerana


tanpa kehadiran penanda wacana yang tepat,akan menyebabkan idea
yang diturunkan seolah-olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan
yang lengkap.

NYATAKAN 5 CONTOH PENANDA WACANA YANG DAPAT


DIGUNAKAN DALAM RENCANA.

1)Selain itu,...

2)Di samping itu,...

3)Tambahan pula,...

4)Bertitik tolak daripada itu,...

5)Oleh hal yang demikian,...


BERIKAN 5 PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN ATAU
MEMASUKKAN PERIBAHASA.

1)Bak kata peribahasa,...

2)Persis kata peribahasa,...

3)Persis kata cendekiawan,...

4)Bak kata mutiara,...

5)Bak kata peribahasa Melayu

APAKAH FUNGSI PENANDA WACANA DALAM WACANA BAHASA


MELAYU

-Merujuk pada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Nik Safiah Karim telah
menetapkan sekurang-kurangnya terdapat lima jenis penanda
wacana yang digunakan dalam Bahasa Melayu iaitu :

1)penanda penghubung

2)penanda rujukan

3)penanda penggantian

4)penanda leksikal

5)penanda elipsis atau pengguguran.

Penanda wacana menjalankan beberapa fungsi yang berbeza seperti


membawa maksud :

a) urutan

b) pernyataan semula

c) rumusan

d) tempat

e) perbandingan

f) pengesahan.
Namun, dalam membincangkan fungsi penanda wacana, hanya
empat fungsi yang paling utama akan dibincangkan dengan lebih
terperinci iaitu :

i) menunjukkan maksud tambahan

ii) menjelaskan maksud bertentanga

iii) menerangkan sebab dan akibat serta

iv) menunjukkan tempoh waktu.

APAKAH JENIS-JENIS PENANDA WACANA?

Jenis-jenis penanda wacana ialah;

1. Penanda Kronologi

● Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu


● Mengandungi kata kunci: “bila” dan seumpamanya.

Contoh ayat:

Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah


kerajaan yang kuat.
2. Penanda Organisasi

● mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian


yang lain

a. pertama

b. tegasnya

c. contohnya

d. akhir sekali

e. dalam hal ini

f. sebagai kesimpulan

g. dalam hubungan ini

Contoh ayat:

Penduduk di negara yang dilanda peperangan hidup dalam


kesengsaraan. Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda malahan
anggota keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai penduduk
Kemboja terpaksa melarikan diri ke negara jiran semata-semata untuk
menyelamatkan diri daripada menjadi korban peperangan.

3. Penanda Idea

● menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea dengan


idea yang berfungsi untuk:

1)mengembangkan idea

Contoh ayat:

Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak membawa erti tanpa
istilah-istilah tersebut digunakan dalam penulisan, perbincangan, dan
penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan
oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang.
2).pertentangan idea

Contoh ayat:

Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu.


Namun, hatinya masih teringat akan kampung halamannya.

3)hubungan idea

Contoh ayat:

Beg itu bukan saya beli, sebaliknya ia adalah beg percuma.

4.2.0 KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN 11B

ASHLEY
DYLANE
4.2.1 APAKAH SISTEM RUJUKAN AMERICAN PSYCHOLOGY SEMAT
ASSOCIATION (APA) TERKINI?

Sistem rujukan American Psychology Association (APA) ialah gaya


rasmi dalam menyenaraikan sumber rujukan (references) dan citaci 12B
(citations).
NUR AZIERAH
BINTI AZMI
BERIKAN LATAR BELAKANG SISTEM RUJUKAN AMERICAN
PSYCHOLOGY ASSOCIATION (APA).

● Gaya APA dibangunkan oleh para sarjana dalam Persatuan


Psikologi Amerika.
● Gaya ini amat sesuai bagi penulisan akademik dalam bidang
psikologi.
● Gaya APA juga banyak digunakan di dalam penulisan
akademik dan laporan penyelidikan pendidikan.

BERIKAN GAYA PENYENARAIAN SISTEM RUJUKAN SELAIN


AMERICAN PSYCHOLOGY ASSOCIATION (APA).

1. MODERN LANGUAGE ASSOCIATION (MLA)


2. CHICAGO CITATION STYLE (CCS)
3. TURABIAN CITATION STYLE
APAKAH PERATURAN DAN APLIKASI MENULIS RUJUKAN DALAM
TEKS MENGIKUT GAYA ‘APA’?

1.Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama


pengarang yang dirujuk.Contohnya:

“Menurut Khan(1999),pembelajaran berasaskan laman web telah ber


jaya meningkatkan pencapaian dan minat para pelajar di dalam
pembelajaran mereka”

2.Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat,maka tuliskan


nama dan tahun dalam kurungan.Contohnya:

“Pembelajaran berasaskan laman web telah berjaya meningkatkan


pencapaian dan minat para pelajar di dalam pembelajaran
merek(Khan,1999)

3.Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua


pengarang,tuliskan nama kedua-dua pengarang.Contohnya:

“Collins dan Stevens(1993) telah mencadangkan model pengajaran


inkuiri bagi membolehkan pelajar membina teori sendiri berdasarkan
peraturan-peraturan yang telah dipelajari’

4.Bagi tiga pengarang atau lebih,tuliskan et.al selepas nama


pengarang pertama.Contohnya:

“Mereka tergolong dalam kumpulan Field Independence dapat


menyelesaikan masalah baru dengan usaha gigih sendiri,mempunyai
kemahiran untuk menganalisis dan lebih berminat untuk bekerja
sendiri(Witkin et.al,1997)”

5.Gunakan huruf kecil(a,b,c),untuk mengenal pasti dua atau lebih


penerbitan bagi pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun
yang sama.Contohnya:

“Penggunaan objek amat meluas,terutama dalam pengaturcaraan


kepintaran buatan(Puget dan Albert,1994b)

TERANGKAN MAKSUD PARAFRASA


Parafrasa merupakan salah satu cara meminjam gagasan/idea dari
sebuah sumber tanpa menjadi plagiat. Parafrasa juga adalah
pengungkapan semula sesuatu tulisan dengan memakai kata-kata lain
tanpa mengubah makna dan maksud serta merupakan cara
mengekspresikan apa yang ditulis dan dikatakan oleh orang lain
dengan menggunakan kata-kata yang berbeza agar membuatnya
lebih mudah untuk difahami.(Oxford Advanced Learner's Dictionary)

NYATAKAN CONTOH AYAT PARAFRASA

Ayat asal : Komputer mampu membawa orang-orang ke


tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi
sebelumnya,termasuk ke permukaan planet lain.

Parafrasa: Melalui komputer, orang dapat pergi ke tempat yang belum


pernah mereka kenal.(Krisnawati,2000)

Contoh 10 :

Sitasi:

Bahasa pengantar adalah bahasa Melayu (Harun di dalam


Indhumathy A/P Munusamy, 2013)

Rujukan:

Indhumathy A/P Munusamy, (2013). Penguasaan Bahasa Melayu


dalam Kalangan Pelajar Peralihan di Tiga Buah Sekolah di Daerah
Skudai. Universiti Teknologi Malaysia

Nama pengarang. (Tahun penerbitan) Judul. Tempat penerbitan


4.3.1 KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

APAKAH PERATURAN MENULIS RUJUKAN DARIPADA BUKU?

Peraturan menulis rujukan daripada buku yang tidak mempunyai 13B


pengarang adalah mesti mengandungi judul, tahun penerbitan, tempat
penerbitan, dan penerbit. Contohnya, buku Give Me Liberty (1969) 14B
New York: World
NUR SHAMIMI
Give Me Liberty . (1969). New York: World. BINTI
SHAHARUDDIN

FATIN AMSYA
BINTI AZHAR

Selain itu, peraturan menulis rujukan daripada buku yang


mempunyai seorang pengarang adalah mesti mengandungi nama
pengarang, tahun penerbitan, judul buku, tempat dan syarikat
penerbitan. Contohnya, Hassan Mohd Ghazali (2009) .Teks Kreatif
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Kreatif
Enterprise.

Ghazali, H. M. (2009). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan 5.


Kuala Lumpur: Kreatif Enterprise
Di samping itu, peraturan menulis rujukan daripada buku yang
mempunyai dua orang pengarang pula mesti mengandungi nama
pengarang (1), nama pengarang (2), tahun penerbitan, judul buku,
tempat dan syarikat penerbitan. Contohnya, Politics and Government
in Malaysia (1997). Buku ini mempunyai dua orang pengarang iaitu
Robert Stephen Milne dan Diane K. Mauzy. Buku ini diterbitkan di
Kuala Lumpur oleh syarikat Longmans.

Robert Stephen Milne, D. K. (1997). Politics and Government


in Malaysia . Kuala Lumpur: Syarikat Longmans.

Seterusnya, peraturan menulis rujukan daripada buku yang


mengandungi tiga hingga enam pengarang ialah nama pengarang (1),
nama pengarang (2), nama pengarang (3), nama pengarang (4),
tahun penerbitan, judul buku, tempat dan syarikat penerbitan.
Contohnya, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku ini mempunyai 4
orang pengarang iaitu Nik Safiah Karim, Farid Onn, Hashim Musa dan
Abdul Halim Mahmood. Buku ini diterbitkan pada tahun 2012
bertempat di Kuala Lumpur. Syarikat yang menerbitkan buku ini
adalah syarikat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim., Farid Onn, Hashim Musa dan Abdul Halim
Mahmood (2012). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sementara itu, peraturan menulis rujukan daripada buku yang


mengandungi pengarang dan penyunting pula mesti mengandungi
nama pengarang, tahun penerbitan, judul, nama penyunting, tahun
penerbitan dan penerbit. Contohnya, A Writer’s Eyes: Collected Book
Reviews. Nama pengarang bagi buku ini ialah Eudora Welty manakala
nama penyuntingnya pula ialah Pearl Amelia Mchaney. Buku ini
diterbitkan pada tahun 1994 di Jackson oleh Universiti Press of
Mississippi.

Welty, E. (1994). A Writer's Eyes: Collected Book Reviews. (P.


A. Mchaney, Ed.) Jackson: University Press of Mississippi.
Pada waktu yang sama, peraturan menulis rujukan daripada buku
yang mengandungi penyunting sahaja, ia mesti mengandungi nama
penyunting (1), tahun penerbitan, judul, tempat penerbitan, dan
penerbit. Contohnya, Pelaksanaan Hukum Hudud: Satu Analisis:
Himpunan Kertas Kerja Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan
2014 Sempena Program Dakwah Negara Anjuran Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia. Nama penyunting ialah Asyraf Wajdi Dusuki dan
diterbitkan pada tahun 2015. Seterusnya, buku ini diterbitkan di Kuala
Lumpur oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Dusuki, A. W. (Ed.). (2015). Pelaksanaan Hukum Hudud: Satu


Analisis: Himpunan Kertas Kerja Muzakarah Jenayah Syariah
Kebangsaan 2014 Sempena Program Dakwah Negara Anjuran
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Dalam pada itu, peraturan menulis rujukan daripada buku yang
mengandungi terjemahan, kita hendaklah menyatakan nama
pengarang, tahun penerbitan, judul, nama penterjemah, tempat
penerbit dan penerbit. Contohnya, buku yang berjudul The Fault In
Our Stars. Buku ini dikarang oleh John Green dan diterbitkan pada
tahun 2012 di London oleh Penguin. Buku ini diterjemahkan oleh
Birsillah Bakar.

Green, J. (2012). The Fault In Our Stars. (B. Bakar, Trans.)


London: Penguin.
Lain daripada itu, peraturan menulis rujukan daripada buku yang
dikeluarkan oleh korporat atau organisasi, kredit hendaklah diberikan
kepada nama korporat, tahun penerbitan, judul, tempat penerbitan,
dan juga penerbit. Contohnya, buku Panduan Menulis Tesis. Nama
korporat buku ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini
diterbitkan pada tahun 2001 di Bangi oleh Pusat Pengajian Siswazah.

Universiti Kebangsaan Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis.


Malaysia, Bangi: Pusat Pengajian Siswazah .

Selanjutnya, peraturan menulis rujukan daripada buku yang


mengutamakan bab dalam buku adalah mesti mengandungi nama
pengarang, tahun penerbitan, judul bab dalam buku, nama penyunting
(1), judul buku, edisi muka surat, tempat penerbitan dan penerbit.
Contohnya, buku yang berjudul Pengajaran Sastera. Buku ini dikarang
oleh Othman Puteh dan disunting oleh Awang Haji Salleh. Buku ini
diterbitkan pada tahun 1996 di Kuala Lumpur dan diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab yang difokuskan dalam buku ini
adalah bab Beberapa Persoalan Penting dalam Pengajian Sastera.

Othman Puteh (1996). Pengajaran Sastera. (A. H. Salleh, Ed.)


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seterusnya, peraturan menulis rujukan daripada buku seperti
kamus, hendaklah mengandungi judul, edisi, tahun penerbitan, tempat
penerbitan dan nama penerbit. Sebagai contoh, Kamus Dewan.
Kamus Dewan ini merupakan edisi kelima yang diterbitkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991 di Kuala Lumpur.

Selain itu, peraturan menulis buku seperti ensiklopedia haruslah


mengandungi nama pengarang, tahun penerbitan, judul ensiklopedia,
tempat penerbitan dan penerbit. Contohnya, The Complete
Encyclopedia of Herbs: Magnificent Photograph and Detailed
Description of Hundreds of Different Species. Ensiklopedia ini
dikarang oleh Nico Vermeulan pada tahun 1998 di Revo. Tidak lupa
juga pada The Netherlands yang telah menerbitkan ensiklopedia ini.

APAKAH PERATURAN MENULIS RUJUKAN DARIPADA JURNAL

Peraturan menulis rujukan daripada jurnal mesti mengandungi nama


pengarang, tahun, tajuk kertas,nama jurnal, edisi/volum dan nombor
muka surat. Contoh menulis rujukan:

Bristow, B.J (2013). Smoking cessation basics: An essential


component of radiation therapy clinical practice. Journal of Medical
Imaging and Radiation Sciences, 44(2), 106-116.
CONTOH RUJUKAN DARIPADA AKHBAR ONLINE

-Nyatakan nama pengarang, tarikh akhbar, tajuk artikel dalam akhbar,


nama akhbar dan pautan artikel
- Rafidah Mat Ruzki, Mohd Iskandar Ibrahim dan Suzalina Halid.
(2021, Oktober 12). PM bentang RMK-12 di Dewan Negara.
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/875275/p
m-bentang-rmk-12-di-dewan-negara
Contoh makalah:

- Nama pengarang (Tahun), Tajuk makalah, Nama makalah,


Nombor muka surat.
- Syaifullah (2014), Zat Adiktif dan Psikotropika, Makalah Zat
Adiktif, 1-13.
https://123dok.com/document/qmj749wq-contoh-makalah-zat-a
diktif.html
- Sitasi :

- Zat adiktif adalah istilah untuk zat-zat yang pemakaiannya


dapat menimbulkan ketergantungan fisik yang kuat dan
ketergantungan psikologis yang panjang. Syaifullah (2014).

5.1.0 APLIKASI KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN 15B

5.1.1 NYATAKAN APLIKASI PERATURAN MENULIS RUJUKAN MALIYANA


ZULAIKA BINTI
Peraturan menulis rujukan daripada buku, terbitan berkala, jurnal, MUHAMMAD
akhbar dalam talian dan lain-lain ialah merangkumi lima peraturan KAMAL
asas iaitu
16B
a.Pengarang
b.Tahun penerbitan NIK NURUL
INSYIRAH
c.Judul BINTI SALLEH

d.Maklumat penerbitan (jilid,isu,edisi,muka surat dsb)

e.Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)

SISTEM RUJUKAN AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION


(APA)

APA ITU FORMAT APA?

● APA (American psychological association) Referencing style


ialah gaya rasmi dalam menyenaraikan sumber rujukan
(reference)dan citasi (citations).

FORMAT RUJUKAN (REFERENCING STYLE)

Terdapat format rujukan (referencing style) yang berlainan.

Namun yang wajib dipelajari ialah rujukan untuk Buku, Jurnal dan
Laman Web.

APA ITU CITATIONS?

MAKSUD

CITATIONS adalah petikan dari atau merujuk kepada buku, makalah,


atau pengarang, terutama dalam karya ilmiah. CITATIONS a
quotation from or reference to a book, paper, or author, especially in a
scholarly work.

Citations digunakan dalam sebarang penulisan ilmiah atau akademik.


Citations digunakan untuk memberitahu pembaca tentang rujukan asal
pernyataan yang ditulis (khususnya fakta daripada sumber rujukan)
Citations boleh digunakan dalam dua cara:

Author-focus (nama penulis diutamakan)

According to Adams (2010) many students prefer group work


assignment as it reduces their study burden.

Info-focus (info/fakta diutamakan)

Many students prefer group work assignment as it reduces their study


burden (Adams,2010)

BERIKAN CONTOH FORMAT PENULISAN RUJUKAN UNTUK

A)BUKU

1.Buku tanpa pengarang


Give Me Liberty. (1969). New York: World.

2.Buku seorang pengarang

Hassan Mohd Ghazali. (2009). Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual


Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Kreatif Enterprise.

3.Buku dua pengarang


Milne, R. S. & Mauzy, D. K., (1997). Politics and Government in
Malaysia. Kuala Lumpur: Longmans.

4.Buku tiga hingga enam pengarang


Nik Safiah Kariam., Farid Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid
Mahmood. (2012). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.Pengarang dan penyunting


Welty, E. (1994). A Writer’s Eye: Collected Book Reviews. (P. A.
McHaney, (Ed.). Jackson: University Press of Massissippi.

6.Penyunting

Asyraf Wajdi Dusuki. (2015). Pelaksanaan Hukum Hudud: Satu


Analisis: Himpunan Kertas Kerja Muzakarah Jenayah Syariah
Kebangsaan 2014 Sempena Program Dakwah Negara Anjuran
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.

7.Terjemahan
Green, J. (2012). The Fault In Our Stars. Birsillah Bakar,
Penterjemah. London: Penguin.

8.Korporat/Organisasi

Universiti Kebangsaan Malaysia. (2001). Panduan Menulis Tesis.


Bangi: Pusat Pengajian Siswazah

9.Bab dalam buku


Othman Puteh. (1996). Beberapa Persoalan Penting dalam Pengajian
Sastera. Awang Haji Salleh (Peny.).(pp. 1-8). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

10.Kamus

Kamus Dewan. Edisi Kelima. (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

11.Ensiklopedia

Vermeulen, V. (1998). The complete encyclopedia of herbs:


Magnificent photographs and detailed descriptions of hundreds of
different species. The Netherlands: Revo.

12.Buku elektronik
Asher, J . (2017). Thirteen Reasons Why: Stage Play. London:
Penguin Books. Retrieved at February 1, 2018 daripada
http://www.penguin.com/static/pages/youngreaders/pdf/13rw_commun
ityread/13rw_communityread_stageplay.pdf

B)JURNAL
C)MAKALAH

D)MAJALAH

E)AKHBAR
F)BADAN KORPORAT/SWASTA

G)BADAN BERKANUN/INSTITUSI/KERAJAAN

H)AKHBAR DALAM TALIAN


I)SUMBER JURNAL DALAM TALIAN

Contoh 6: Buku Teks (Maliyana)


Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid
Mahmood.(2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku Dewan
Bahasa dan Pustaka, 4(4.2.2.4), 71-617.
Cara buat sitasi:
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan,
dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan
sisipan (Nik Safiah Karim et al., 2015).

Contoh 7 : tesis (master/phd)

Browder, J. K.(2020).A narrative inquiry into the lived

experiences of early childhood teachers who implemented

garden-based learning.(Doctoral dissertation, University of

South Carolina). Retrieved from

https://scholarcommons.sc.edu/etd/6105
5.2.0 APLIKASI KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

1.BERIKAN MAKSUD RUJUKAN DAN SENARAIKAN 17B


CONTOH-CONTOH APLIKASI RUJUKAN PERATURAN MENULIS
5.2.1 RUJUKAN. INTAN NUR
SYAHIRAH
Rujukan merupakan elemen yang penting bagi menyokong penulisan BINTI ROZAIDI
akademik yang ditulis di bahagian akhir penulisan akademik.
Penulisan bahan rujukan mestilah secara piawai dan tekal. Antara 18B
aplikasi kemahiran untuk membuat rujukan ialah buku, terbitan
berkala, jurnal, majalah, akhbar dalam talian, badan berkanun, swasta FATHIN
dan kerajaan dan bahan rujukan dalam talian. NABIHAH BINTI
MOHD SAIFUL
2.KESAN PENYERAPAN ELEMEN RESEARCH BASED EDUCATION
DALAM MEMBUAT RUJUKAN?

-Kesan penyerapan elemen research based education dalam


membuat rujukan adalah dapat menghubungkan antara pengajaran,
penelitian dan pengabdian kepada masyarakat. Research Based
Education juga berpeluang untuk menjadikan pengkajian lebih
sempurna. Kajian ini fokus pada definisi, manfaat, langkah, serta
peluang dan halangan. Tambahan pula, elemen research based
education memberi manfaat dalam mengembangkan sikap saintifik,
kemampuan inkuiri kritis dan solusi yang kreatif. Melalui penyerapan
elemen ini, dapat merumuskan sesuatu tajuk menjadi lebih terperinci.

3. CARA-CARA MENULIS PANDUAN NAMA DAN PENGARANG


UNTUK BUKU DAN JURNAL YANG DITERBITKAN.

● Penulisan Judul

Dalam menulis judul bagi bahan rujukan, penulis hendaklah


menggunakan huruf besar pada huruf pertama judul karya
tersebut dan pada huruf pertama kata nama khas. Huruf lain
hendaklah ditulis dengan huruf kecil, kecuali perkataan itu
singkatan dan menggunakan huruf kecil. Selain itu, ketika
menulis judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak untuk
pengedaran) judul buku hendaklah ditulis dengan huruf
condong.
Contoh:

1. Buku

Dr. Shamsul A. N., Dollah S. , Yusoff Z. (2013).


Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.
Global Mediastreet Sdn Bhd.

2. Jurnal:
Mohamad Khalid Nordin (2020). Pengajian Melayu dan Masa

Depan Keperluan Membangun Naratif Baru (Malay

Studies and the Future: The Need to Construct New

Narrative). Pengajian Melayu dan Masa Depan:

Keperluan Membangun Naratif Baru, 3(1), 1-20.

Contoh ayat sitasi untuk rujukan di atas:‌

Menurut Mohamad Khalid Nordin (2020), Malaysia ialah antara contoh


negara di bawah konsep negara di Nusantara yang merupakan
negara ke-14 paling kompetitif ekonominya di dunia, selain merupakan
pasaran kewangan Islam global yang terbesar dan terbaik.

Cara menulis nama pengarang:

Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti


yang dicetak pada halaman judul sebuah karya. Selain
daripada itu, nama pengarang boleh didapati pada halaman
maklumat hak cipta yang mengandungi
Data-Pengkatalogan-dalam-penerbitan Data.

Nama pengarang perlu ditulis tanpa pangkat atau gelaran.


Nama pengarang Barat atau pengarang yang menggunakan
nama keluarga hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga
sahaja. Nama selainnya hendaklah menggunakan nama parap
(huruf-huruf pertama).
Contoh:

John Alan Kennedy jadi J.A.Kennedy.

Robeto Christano Ronaldo jadi R.K.Ronaldo.

Dalam menulis rujukan, pada senarai bibliografi, nama


keluarga perlu didahulukan.

Contoh:

J.A.Kennedy jadi Kennedy, J.A.

R.K.Ronaldo jadi Ronaldo, R.K.

Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama


keluarga.

Contoh:

Abu Bakar ibn Mansor al-Tabrani ditulis sebagai al-Tarbani,


Abu Bakar ibn Mansor dan disenaraikan dibawah abjad T.

Nama pengarang Melayu dan Cina yang ditulis dengan


lengkap hendaklah dikekalkan. Nama yang menggunakan
parap hendak ditulis seperti berikut.

Contoh:

Mohamad J.S. ditulis sebagai Mohamad J.S.

Choong K.F. ditulis sebagai Choong K.F.

D.K. Jamal ditulis sebagai Jamal, D.K

M.C.Koh ditulis Koh, M.C


4. CONTOH PENULISAN RUJUKAN BAGI MAKALAH.

● Pengarang

Contoh 1:

Mohd Razalan Salleh. (2008). Anak yatim terokai Dunia


Sains.Harian Metro , 3 Jun: V8.(b)

● Tanpa Pengarang

Contoh 2:

Umat Islam perlu mempunyai ciri mulia kekuatan iman.


2008.Berita Harian , 20 Mac:13

5. CONTOH 5: MENULIS SUMBER BACAAN JURNAL KE DALAM


SENARAI RUJUKAN:

Wang, Y., Han, X., & Yang, J. (2014). Revisiting the Blended

Learning Literature: Using a Complex Adaptive Systems

Framework. Journal of Educational Technology & Society,

18 (2), 380-393.
Cara buat sitasi (ke dalam ayat esei):

Menerusi pembelajaran hibrid iaitu meliputi pembelajaran maya dan


bersemuka telah membuktikan perubahan positif dari segi hasil
pembelajaran dan perubahan tingkah laku (Wang et al., 2014).

Contoh 6: Buku Teks (Maliyana)


Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid
Mahmood.(2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku Dewan
Bahasa dan Pustaka, 4(4.2.2.4), 71-617.

Cara buat sitasi:


Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan,
dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan
sisipan (Nik Safiah Karim et al., 2015).
Contoh 7 : tesis (master/phd) (insyirah)

Browder, J. K.(2020).A narrative inquiry into the lived

experiences of early childhood teachers who implemented

garden-based learning.(Doctoral dissertation, University of

South Carolina). Retrieved from

https://scholarcommons.sc.edu/etd/6105

Cara buat sitasi:

Bahagian penting dalam pengajaran literasi berkesan untuk pelajar


tadika ialah arahan kosa kata, tumpuan khusus untuk pelajar bahasa
inggeris semasa kemahiran bahasa inggeris mereka berkembang
(Browder,J.K.,2020)
Contoh 8: Makalah (Shamimi)

Contoh makalah:

- Nama pengarang (Tahun), Tajuk makalah, Nama makalah,


Nombor muka surat.
- Syaifullah (2014), Zat Adiktif dan Psikotropika, Makalah Zat
Adiktif, 1-13.
https://123dok.com/document/qmj749wq-contoh-makalah-zat-a
diktif.html

Contoh 9: Akhbar (Fatin)

-Nyatakan nama pengarang, tarikh akhbar, tajuk artikel dalam akhbar,


nama akhbar dan pautan artikel
- Rafidah Mat Ruzki, Mohd Iskandar Ibrahim dan Suzalina Halid.
(2021, Oktober 12). PM bentang RMK-12 di Dewan Negara.
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/875275/p
m-bentang-rmk-12-di-dewan-negara

CARA BUAT SITASI:

- Mempercepat pertumbuhan hijau dan meningkatkan


kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan
pelaksanaan dasar yang berkesan (Rafidah Mat Ruzki et al.,
2021)

Contoh 10: ….?..... di dlm ….?......., 2020 (cuba tengok dlm tesis
bahasa melayu (Norazirah)

Contoh 10 :

Sitasi:

Bahasa pengantar adalah bahasa Melayu (Harun di dalam


Indhumathy A/P Munusamy, 2013)

Rujukan:

Indhumathy A/P Munusamy. (2013). Penguasaan Bahasa Melayu


dalam Kalangan Pelajar Peralihan di Tiga Buah Sekolah di Daerah
Skudai. Universiti Teknologi Malaysia

Nama pengarang. (Tahun penerbitan) Judul. Tempat penerbitan


5.3.0 1.NYATAKAN BEBERAPA ENJIN CARIAN SUMBER ILMIAH. 19B

5.3.1 Antara jenis enjin carian sumber ilmiah ialah ‘Google Scholar’,”My NUR NAIMAH
journal’,’Open Journal Source’,’Science Humanika’,’Education BINTI ZULKIFLI
Resources Information Centre’(ERIC),’I-Focus’,’Emerald Publications’
dan ‘Mendeley’. 20B

MUHAMMAD
AMSYAR BIN
ZAIDI

2. APAKAH MANFAAT DARIPADA PENGGUNAAN ENJIN CARIAN


SUMBER ILMIAH?
Manfaat penggunaan enjin carian sumber ilmiah adalah pelbagai
maklumat dapat diperolehi tanpa had masa,maklumat yang diperoleh
bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar.

3.APAKAH ISU-ISU YANG TIMBUL APABILA ENJIN CARIAN


SUMBER ILMIAH DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR?

Berlakunya kegiatan plagiarisme iaitu pelajar meniru kata-kata,idea


dan lain-lain daripada karya orang lain.Selain itu,perlakuan melanggar
hak cipta iaitu menggunakan mana-mana karya yang mempunyai hak
cipta tanpa kebenaran daripada penulis.

4.SENARAIKAN JENIS-JENIS PLAGIARISME

Verbatim(perkataan demi perkataan)daripada perkataan yang


digunakan tanpa pengiktirafan.

Potong dan tampal(cutting dan pasting)daripada internet tanpa diberi


pengiktirafan.

Peniruan "mosaik" adalah gabungan plagiarisme langsung dan


parafrasa. Jenis ini melibatkan memasukkan pelbagai perkataan,
frasa, dan ayat (beberapa kata demi kata, beberapa parafrasa) ke
dalam karangan anda tanpa memberikan tanda petikan atau atribusi.

Plagiarisme tidak sengaja berlaku apabila petikan hilang, sumber


dikutip dengan tidak betul, atau pengarang berkongsi idea tanpa
petikan yang tidak sepengetahuan seperti yang mereka fikirkan.
Plagiarisme yang tidak disengajakan selalunya merupakan hasil dari
proses penyelidikan yang tidak teratur dan masalah masa terakhir.
Pada akhirnya, jika anda gagal menyebut sumber anda dengan tepat,
anda telah melakukan penipuan - walaupun anda mempunyai niat
untuk memberi penghargaan.

6.0 KEJELASAN DALAM PENULISAN 21B

6.1 .NUR AINNA


ARIESSA BT
SHARIFFUDIN
1.HURAIKAN DENGAN JELAS TENTANG KONSEP KEJELASAN AMRY
DALAM PENULISAN DAPAT MEMPENGARUHI SESUATU
PENULISAN. 22B.NOR
FATIHAH BINTI
1.Konsep kejelasan dalam penulisan bermaksud jelas yang bererti ABD WAHAB
mudah difahami,mudah dibaca,tidak memberi ruang untuk
disalahtafsirkan,tidak bersifat samar-samar dan tidak kabur.Perkataan
terlalu panjang akan menyebabkan penulisan sukar difahami dan
pembaca hilang tumpuan.

2.APAKAH KEPENTINGAN KEJELASAN DALAM PENULISAN BAGI


SEORANG PELAJAR?

2.Kepentingan kejelasan dalam penulisan bagi seseorang pelajar


dapat membantu hasil penulisan untuk lebih mudah difahami.Isi
penulisan yang jelas pula amat membantu untuk menyemak semula
panjang pendek ayat.Ayat pendek membantu
koheren(kesinambungan) manakala ayat panjang membantu
kohesi(kekuatan tarikan) dalam penulisan akademik.

3.NYATAKAN ELEMEN YANG PENTING DALAM MENGHASILKAN


PENULISAN YANG JELAS?

Perkara penting dalam menghasilkan penulisan yang jelas merupakan


:

1.Susunan dan organisasi idea secara kasar.

2.Memaklumkan pembaca perkara yang ingin disampaikan.

3.Kekal dan fokus kepada isi utama.

4.Jadikan penulisan menarik.

5.Tulis untuk sasaran pembaca.

6.Kaitkan isi dalam perenggan kohesif dengan idea utama.

7.Elakkan bahasa slanga.

8.Gunakan kata-kata biasa dan istilah positif.

9.Elakkan penggunaan kata negatif secara berulang.

10.Elakkan penggunaan akronim dan singkatan.


11.Menyemak ejaan.

12.Tulis ayat yang pendek.

4. APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKSANAKAN


UNTUK MENGHASILKAN PENULISAN YANG JELAS?

● Pemilihan masalah dan topik penulisan.


● Mengumpul maklumat atau data untuk penulisan.
● Menyusun atau mengorganisasi data untuk menghasilkan satu
penulisan yang baik.
● Meneliti semula hasil penulisan dengan membuat
penambahbaikan.
● Menyemak hasil penulisan untuk memastikan tiada kesalahan
tatabahasa dan kesalahan teknikal.

5. NYATAKAN KAEDAH UNTUK MENJADIKAN TULISAN ANDA


JELAS DAN MUDAH DIFAHAMI.

1. Faham dahulu apa yang hendak disampaikan

Kejelasan bermula sebelum anda mula menulis.


Anda perlu berfikir terlebih dahulu apa yang anda ingin sampaikan,
sebelum jari bergerak menaip ayat.

Sebelum menaip sesuatu ayat, anda harus mempertimbangkan


beberapa perkara ini:

● Subjek anda: Sebagai contoh, artikel ini adalah mengenai


penulisan yang jelas.
● Tujuan anda: Tujuan saya di dalam artikel ini adalah untuk
menerangkan bagaimana untuk menulis dengan jelas.
● Rangka penulisan: Rangka penulisan adalah bagaimana
struktur asas artikel tersebut akan terbina.
2. Mengenali pembaca, maka lebih jelas anda dapat
berkomunikasi dengan mereka. contoh:
● Untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak , kita perlu
menulis dengan cara kanak-kanak supaya mereka
mudah memahami perkara yang ditulis.
● Letakkan satu idea dalam setiap ayat
● Gunakan perkataan yang mudah dan ayat yang
pendek.

Teknik penulisan ini dapat membantu pembaca memahami kandungan


penulisan anda.

6.2 JELASKAN TENTANG KOHESI DALAM BIDANG PENULISAN 23B:NURUL


BESERTA CONTOH. TASNIM
“ASYIQAH BT
Kohesi dimaksudkan dengan teks atau wacana yang berhubung MOHD SALLEH
antara satu sama lain iaitu frasa,kata,ayat bagi membina makna yang
lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca.Yang
penting,kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan
dan maksud yang lebih kurang sama. 24B.NUR
NURIN
MASARRAH
BINTI ABD
RAZAK

28B.NOR
AYUNI BINTI
HAMZAH

Contoh(1): Hanisah dan Masyitah berasa gembira.Mereka berjaya


melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

MENGAPAKAH KOHESI PENTING DALAM BIDANG PENULISAN?


Kohesi penting untuk memudahkan pembaca memahami maklumat
yang disampaikan dalam penulisan.Tanpa ayat kohesi,pembaca akan
berasa seolah-olah mereka membaca senarai panjang yang tiada
kaitan idea.
6.3 APAKAH MAKSUD KOHEREN PENULISAN DALAM AKADEMIK? 25B

AMIR FIRDAUS
BIN MOHD
RIFFIN
Koheren adalah kesepaduan antara satu bahagian dengan bahagian
yang lainnya sehingga ayat-ayat memiliki kesatuan makna yang utuh. 26B

MUHAMMAD
PENDAPAT TOKOH MENGENAI KOHEREN. ASYRAF ILMAM
BIN RAZALI

27B
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa
koheren (runtutan) ialah cara komponen dunia teks, iaitu konfigurasi WAN QURRATU
konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses HUSNA BINTI
bersama dan berkaitan. ZAMRY

BERIKAN CONTOH AYAT BERDASARKAN MAKSUD KOHEREN

CONTOH:Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah


fenomena yang baharu.Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa
buah negara di Eropah.Walaupun bidang sains dan teknologi telah
berkembang maju,namun masih belum berjaya sepenuhnya
menghasilkan ubat untuk penyakit ini.

HURAIAN:Terdapat kesinambungan idea melalui perkataan


AIDS,Fenomena,penyakit,belum berjaya dan ubat.

CONTOH : Ekonomi Malaysia masih dalam keadaan gawat. Jelaslah,


ekonomi kita masih belum betul-betul pulih. Harga komoditi kita masih
rendah. Imbangan dagangan kita masih belum meningkat. Oleh itu,
kita mesti menghadapi kenyataan ini dengan realistik. Kita tidak harus
berbelanja lebih kerana keadaan ini.
HURAIAN :Dalam contoh di atas, kesinambungan idea tentang
keadaan ekonomi yang tidak menentu terjalin melalui perkataan dan
frasa ekonomi Malaysia dalam ayat 1, belum betul-betul pulih dalam
ayat 2, harga komoditi dalam ayat 3, imbangan dagangan dalam ayat
4, dan menghadapi kenyataan ini dalam ayat 5. Kelima-lima ayat
dalam perenggan di atas menjadi koheren yang bermakna.

APAKAH CIRI-CIRI KOHEREN MENGIKUT TOKOH-TOKOH


BAHASA?

1) Menurut F.J D’ Angelo, beliau membahagikan ciri koheren


kepada beberapa jenis:

i. Penambahan
ii. Rentetan
iii. Pengulangan
iv. Penekanan
v. Pertentangan
vi. Parallel

2) Menurut Harimurti Kridalaksana, beliau membahagikan ciri


koheren kepada beberapa jenis iaitu hubungan:
i. Alasan dan akibat
ii. Sebab dan akibat
iii. Hasil kegagalan
iv. Perbandingan
v. Aditif temporal
vi. Ibarat

NYATAKAN ELEMEN-ELEMEN KERANGKA KOHEREN.


1. Fokus hala tuju
2. Memupuk budaya kolaboratif
3. Mendalami pembelajaran
4. Melindungi akauntabiliti

6.4 NYATAKAN APLIKASI KEJELASAN DALAM PENULISAN AKADEMIK 2T(1 dan 2)

Kejelasan dalam penulisan akademik bermaksud mudah difahami dan AINA NABILA
dibaca serta tidak mudah disalahtafsir. Antara aplikasi kejelasan BINTI ADNAN
dalam penulisan akademik adalah penggunaan bahasa formal. Selain
itu , penulisan ayat yang jelas digunakan supaya pembaca mudah AUNI ADLINA
memahami. Seterusnya ialah penulisan secara objektif yang BINTI AMRAN
menekankan perkara serius,konkrit dan mantap. Akhir sekali ,
perkembangan idea secara logik iaitu koheren dan kohesif.

PERKARA PENTING DALAM MENGHASILKAN PENULISAN YANG


JELAS

1. Idea disusun secara teratur dan sistematik.


2. Penyampaian menjadi menarik sekiranya disertakan dengan
contoh-contoh yang relevan.
3. Menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
4. Memastikan isi penulisan jelas.

7.1.0 STRUKTUR PENULISAN AKADEMIK 4T(3 dan 4)


APAKAH MAKSUD STRUKTUR PENULISAN AKADEMIK? AUNI QISTINA
BINTI AZRUL
Menurut Awang Sariyan(1992), pada dasarnya binaan karangan yang
lengkap harus terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu ALESYA
pendahuluan, badan, karangan dan penutup. AMIERA BINTI
AHMAD KAMAR
7.1.1 APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM ORGANISASI
KANDUNGAN?

Organisasi Kandungan terdiri daripada kemahiran bahasa,hasil


pembelajaran,sistem bahasa dan pengisian kurikulum.

7.1.2 APAKAH FORMAT PENULISAN YANG TERDAPAT DALAM 6T


PENGENALAN, KANDUNGAN DAN KESIMPULAN?
MAISARAH
Format penulisan yang terdapat dalam pengenalan adalah perlu HUDA BINTI
memuatkan definisi atau huraian ringkas tentang keseluruhan isi ABD
karangan atau tema karangan. MUSTAFFA

Seterusnya, format penulisan yang terdapat dalam kandungan pula MAANDEEP


adalah ia merupakan idea-idea utama mengenai sesuatu topik yang KAUR SIDHU
dibincangkan secara lebih mendalam. A/P SURJIT
SINGH
Akhir sekali adalah format penulisan dalam kesimpulan iaitu
kesimpulan merupakan perenggan yang menyimpulkan kesemua idea
yang telah dibincangkan dalam kandungan. Penulis juga dapat untuk
menyatakan harapan terhadap sesuatu isu.

7.2.0 STRUKTUR PENULISAN AKADEMIK 8T

7.2.1 APAKAH KAEDAH PENULISAN BAGI PENULISAN AKADEMIK, MADHURI A/P


ARTIKEL ILMIAH DAN LAPORAN? RAJAN

Kaedah penulisan bagi penulisan akademik, artikel ilmiah dan laporan MUHAMMAD
adalah melalui rujukan, fakta yang sahih, kajian dan bibliografi. AKMALHADI
Kaedah penulisan yang sempurna dan lengkap dibuat mengikut BIN MOHD ZIN
format yang betul dengan sumber rujukan yang sistematik.

8.1.0 ETIKA DAN PLAGIAT DALAM PENULISAN 10T

8.1.1 APAKAH KONSEP ETIKA? MUHAMMAD


DANISH
Etika adalah pengetahuan mengenai hal yang biasa dilaksanakan MUHAMMAD
atau ilmu berkaitan adat kebiasaan. Etika juga mudah dikenali sebagai IRFAN
moral. Etimologi kata etika sama dengan etimologi kata moral kerana
kedua-duanya berasal dari kata yang bererti adat kebiasaan.Etika
merujuk pada analisis dan penerapan suatu konsep seperti benar,
salah, baik, buruk, dan tanggungjawab.Etika sangatlah diperlukan
dalam kehidupan sosial untuk menjaga keharmonian dan keselarasan
sesama manusia.Oleh sebab itu, dalam menulis perlu ditanamkan
dasar-dasar etika dan moral.

8.1.2 BERIKAN KEPENTINGAN-KEPENTINGAN ETIKA DALAM 12T


PENULISAN DAN PLAGIAT.
NOOR
i) Supaya seorang penulis dapat dan perlu bersikap jujur dengan QURRATU’ANI
menyatakan rujukan yang digunakan olehnya, sama ada berasal BINTI MOHD
daripada bahan sendiri atau sumber idea orang lain terutamanya bagi RASHIDI
penulisan ilmiah.
NUR AMYRA
ii) Supaya tidak berlaku lambakan penulisan yang tidak berkualiti atau BATRISYA
tidak mengikut spesifikasi sebagai penulisan yang baik atau BINTI
kemungkinan ditulis semata-mata hanya untuk mendapatkan ZULKARNIN
keuntungan.

iii) Untuk mengelakkan penulis karya ilmiah menceburkan diri daripada


melakukan tindakan penipuan iaitu plagiat ketika menghasilkan karya
8.1.3 mereka.

BERIKAN CONTOH PERKARA-PERKARA YANG DAPAT DIHINDARI


SEKIRANYA ETIKA DALAM PENULISAN DIGUNAKAN DALAM
MENULIS SECARA ‘ONLINE’.

Antara perkara yang dapat dihindari sekiranya etika dalam penulisan


digunakan dalam menulis ‘online’ ialah,kesalahan penciplakan suatu
karya. Penciplakkan jelas melanggar hak cipta, iaitu hak seseorang
atas hasil penemuannya yang dilindungi oleh undang-undang. Plagiat
adalah pengambilan penulisan dari pendapat orang lain dan
menjadikan seolah-olah pendapat sendiri seperti mana menerbitkan
karya penulisan orang lain atas nama dirinya sendiri yang sangat tidak
beretika dan jelas sangat tidak berintegriti.

Selain itu, pencemaran nama baik turut dapat dielakkan. Contohnya,


perbuatan menghina dan mengkritik sesuatu pihak atau individu. Hal
ini bukan sahaja dapat menghindari penulisan yang berunsurkan
negatif malah dapat mengelakkan hubungan tegang.

Seterusnya, penyebaran berita palsu dapat diberhentikan lebih-lebih


lagi pada era globalisasi kini dimana sesuatu informasi mudah
tersebar dalam masa yang singkat dan mudah dipercayai oleh orang
ramai.

8.2.2 NYATAKAN ISU-ISU ETIKA DALAM PENULISAN. 14T

Isu-isu etika dalam penulisan ialah mencuri informasi dari orang NURHAFIZAH
lain dan terlalu kerap menulis kata-kata dengan huruf besar. IZZATI BINTI
MA’MUN
Selain itu, melakukan flood atau menulis kalimat secara
berulang-ulang.Seterusnya, dengan sengaja tanpa hak mengakses NURIN
komputer orang lain dengan tujuan mendapatkan informasi. Di NADHIRAH
samping itu, mengirim dan mengedarkan dokumen elektronis yang BINTI
boleh mencemarkan nama baik, mengancam, menghina dan HAIRULASWAN
menyinggung perasaan. Sebagai contoh, mengirimkan dokumen
seperti melalui e-mel yang bernada ancaman akan disabit dengan
kesalahan perbuatan terlarang.

Seterusnya, mengakses komputer orang lain dengan tujuan


mendapatkan informasi atau dokumen elektronik dengan sengaja
tanpa sebarang hak dan menyemak atau melampaui sistem
keamanan elektronis. Oleh itu, mengakses komputer individu lain
tanpa sebarang izin boleh dituntut ke pengadilan.

8.2.3 APAKAH CONTOH UNDANG-UNDANG YANG MELINDUNGI HARTA 16T


INTELEK?
NURUL
Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang NABIHAH BINTI
untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal ZULKIFLY
penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah
berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Oleh itu, terdapat beberapa
undang-undang yang melindungi harta intelek di Malaysia. Antaranya
adalah Akta Cap Dagangan 1976, Akta Paten 1983, Akta Hakcipta
1987 dan Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996.
8.2.4 APAKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN PLAGIAT DALAM NUR IZZARITH
PENULISAN SOFEA BINTI
JUMAT
Cara untuk mengelakkan plagiat dalam penulisan ialah dengan
lebih menghargai, memahami dan menyebutkan sumber penulisan
yang kita rujuk di dalam tugasan.

Cara seterusnya ialah dengan memahirkan diri dalam membaca


karangan atau penulisan orang lain dan pandai melakukan
‘paraphrasing’. Bukan sahaja perlu bijak menyusun semula kata-kata
penulis asal, tetapi ia tidak boleh lari dari makna sebenarnya.

8.3.1 APAKAH KONSEP PLAGIAT? 18T

Konsep plagiat ialah penggunaan bahan/idea dari suatu sumber PUTERI IRDINA
atau orang lain yang tidak disertai dengan rujukan tepat. Plagiat juga ARISYA BINTI
adalah perbuatan secara sengaja atau tidak sengaja dengan ABDULLAH
menggunakan sebahagian atau seluruh karya orang lain sebagai
karya ilmiahnya sendiri dalam memperoleh kredit atau nilai untuk
sesuatu karya ilmiah tanpa menyatakan sumber rujukan secara tepat
dan memadai. NUR ZAYANI BT
ZAMRI
APAKAH PLAGIARISME?

Plagiarisme boleh didefinisikan sebagai penggunaan idea atau hasil


karya orang lain tanpa mengakui sumber idea-idea tersebut.

Contoh plagiarisme adalah:

-Menyalin frasa dan ayat-ayat serta seluruh perenggan, kata demi


kata tanpa tanda pengikat kata dan tanpa referensi kepada penulis
lain.

- Menyalin mana-mana bahagian daripada karya lain dengan turutan


yang berbeza tetapi dari sumber yang sama.

- Menggunakan reka bentuk dan gambar-gambar orang lain dan


mengiktirafkannya sebagai kerja sendiri.

- Menggunakan hasil kerja orang lain tetapi mengakuinya sebagai


hasil kerja sendiri.
8.3.2 NYATAKAN JENIS PLAGIAT YANG SERING DIGUNAKAN DALAM 20T
PENULISAN?
SHARIFAH
Antara jenis plagiat yang sering digunakan ialah plagiat yang tidak NOOR EISYAH
sengaja. Ini berlaku akibat ketidaktahuan penulis terhadap BINTI SYED
perkembangan ilmu yang menjadi bidang kepakarannya. Plagiat tidak AHMAD FUAD
sengaja juga terjadi akibat ketidakfahaman penulis dalam melakukan
pengutipan dan penulisan sumber kepustakaan atau rujukan. SHYRA A/P B.
SHAJI
Selain itu,plagiat lain yang sering berlaku ialah plagiat sengaja.
Sebagai contoh, seseorang itu menggunakan, meminjam dan
menciplak karya orang lain sama ada idea, ayat atau teori tanpa
menyatakan sumber rujukan dengan sengaja.

8.3.0 ETIKA DAN PLAGIAT DALAM PENULISAN 22T

8.3.1 BERIKAN MAKSUD BAGI HARTA INTELEK DAN CONTOHNYA. SITI HALIMAH
BINTI MASROM
Harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti atau ciptaan yang datang
daripada daya intelektual atau minda seseorang. Selain itu, harta TIVYAA A/P
intelek juga merupakan satu tuntutan kepada hasil ciptaan manusia SUGUMAR
dan merupakan harta yang perlu dilindungi.

Contoh harta intelek ialah :

1. Paten - hak eksklusif bagi rekacipta baharu untuk produk atau


proses.
2. Hakcipta - karya sastera, muzik, seni, rakaman bunyi, filem
dan penyiaran.
3. Cap dagangan - logo, gambar, nama, huruf atau nombor
pengenalan barangan.

8.3.1.1 NYATAKAN CARA MENGELAKKAN PLAGIAT. 24T

Cara untuk mengelakkan plagiat ialah kita perlulah sentiasa WAN NURUL
mengenalpasti asal usul sumber bahan tersebut. Dengan cara HANNAN BINTI
tersebut kita dapat memberi kredit kepada individu yang menghasilkan WAN ABDUL
sumber itu. Mereka juga seharusnya lebih teliti dan tidak gopoh dalam FATTAH
menulis karya masing-masing. Hasil karya mereka perlulah bermutu
dan berkualiti.Mereka perlu yakin bahawa setiap karya yang mereka
hasilkan berdasarkan hasil kajian yang mereka sendiri lakukan dan YEAP ZHONG
data-data yang mereka sendiri kumpulkan. Seterusnya, individu mahir XIAN
dalam membaca karangan atau penulisan orang lain dan pandai
melakukan perangkaan. Individu mestilah bijak menyusun semula
kata-kata penulisan asal dan tidak mengubah maksud awal.

8.3.1.2 Bagaimanakah penyerapan elemen pendidikan sivik dapat 2B


mengelakkan plagiarisme?
NUR AMELIA
Pendidikan sivik penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk ZULAIKHA
membentuk generasi Malaysia yang mempunyai semangat BINTI KHAIRUL
patriotisme, mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai ANUAR
warganegara serta memiliki akhlak mulia dan keperibadian tinggi
NUR AIN
dalam pelbagai konteks termasuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat
NABILLA BINTI
dan negara.Di sinilah pokok pangkalnya kenapa kita kembali
AMIZAL
melaksanakan Pendidikan Sivik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,
Sivik bererti ilmu tatarakyat, atau perasaan tanggungjawab terhadap
masyarakat.

Asasnya ialah untuk membentuk seorang warganegara yang


mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi
menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global.

Mengungkap kepentingan pendidikan sivik ini, Bertrand Russell


pernah berkata, “Without civic morality communities perish; without
personal morality their survival has no value.”

Pelaksanaan Pendidikan Sivik dilakukan secara bersepadu dan


holistik dengan memberi penekanan terhadap LITERASI SIVIK (dalam
bilik darjah) dan AMALI SIVIK (luar bilik darjah). Pelaksanaannya
akan melibatkan pihak sekolah, komuniti, swasta dan
kementerian.Literasi Sivik adalah rangkuman pengetahuan
kewarganegaraan, sosioemosi kewarganegaraan dan tindakan
kewarganegaraan yang tersurat dalam kurikulum dan perlu dikuasai
oleh murid. Sementara itu, Amali Sivik pula memberi ruang dan
peluang kepada murid untuk mengaplikasikan literasi sivik secara
praktikal. Pengaplikasian literasi sivik dilaksanakan dalam
perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum, dan program sekolah.

Kebanyakan pelajar yang melakukan plagiarisme adalah terdiri


daripada mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu dalam diri
mereka. Mereka telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru tanpa
usaha sendiri. Berjaya menjejaki kaki ke mara gading tanpa usaha
sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan
terbawa-bawa ke universiti. Apabila mereka berada di universiti
kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat meneruskan pelajaran
mereka dan mereka akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa
menamatkan pengajian mereka terlebih awal.

8.3.1.3 8. Etika dan Plagiat dalam Penulisan 4B

* Penyerapan elemen Hak Asasi

Anda mungkin juga menyukai