Anda di halaman 1dari 10

GPIM 1022

MUHAMMAD AMSYAR BIN ZAIDI


MUHAMMAD RIZQ DANISH BIN MD JA’FAR
AMIRUL HAZIM BIN DAHRI
KONSEP ERTI KEHIDUPAN

"Dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang, pasti ada tanda-tanda
bagi semua yang diberkahi dengan wawasan, yang mengingat Allah ketika mereka berdiri, dan
ketika mereka duduk, dan ketika mereka berbaring untuk tidur, dan renungkan penciptaan
langit dan bumi: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini tanpa makna dan tujuan. Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."(Al-Quran 3: 190-191).
NIKMAT yang sewajarnya disyukuri ialah apabila diberi keistimewaan oleh Allah untuk diciptakan
dan menjalani kehidupan sebagai seorang manusia di atas muka bumi ini, malah disediakan
segala kelengkapan bagi mereka sama ada di langit mahupun di bumi. Kenyataan ini dibuktikan
melalui firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 164: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan
membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang
Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah
matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada)
peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit
dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan
Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu)
menggunakan akal fikiran.”
Antaranya bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Akal yang dikurniakan Allah kepada
setiap manusia untuk kewarasan menguruskan kehidupan dan ini adalah di antara timbulnya larangan
meminum arak atau mengambil sesuatu benda yang memabukkan. Akal juga menjadi sumber kepada
manusia untuk beroleh nikmat hidayah dan agama yang akan mendorong mereka agar mentaati Allah.
Selain itu kewarasan akal menjadi sumber kecerdikan manusia mencari nikmat iman dan Islam yang
menemukan mereka dengan al-Qu ran dan hadis Rasulullah SAW yang ditinggalkan Baginda kepada
umatnya.Adalah menjadi satu kerugian yang besar kepada umat manusia apabila gagal menjadi hamba
Allah. Apabila perintah Allah diabaikan ia bererti manusia melanggar syariat agama dan peraturan yang
telah disusun, menyebabkan pelbagai ujian dan tekanan diturunkan kepada mereka. Manusia akan
melakukan kerosakan dan mula memusnahkan alam yang diciptakan Allah. Sewajarnya manusia yang
hidup di dunia ini perlu bermatlamat untuk menghuni syurga pada Hari Akhirat
Manusia juga perlu menerima hakikat bahawa dirinya adalah hamba kepada Allah SWT yang bukan hanya akan menikmati kurniaannya di
dunia, tetapi juga kehidupan di alam barzakh. Malah kehidupan manusia diteruskan di Padang Mahsyar dan masih bergantung kepada
perlunya makanan dan minuman serta perjalanan selamat yang ditentukan oleh cara hidup dan amalan mereka ketika menjalani kehidupan
di dunia dahulu. Seterusnya manusia akan menempuhi kehidupan di Akhirat yang kekal, sama ada menjadi penghuni syurga atau neraka. Di
dalam surah ar-Rum, ayat 47, Allah SWT berfirman: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai
Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas
nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi
tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” Oleh itu manusia harus memilih untuk menjadi orang mukmin dan
bukan menjadi mereka yang mengkufuri nikmat kurniaan Allah kerana hanya agama Islam diredhai sebagai cara hidup manusia di
muka bumi ini dan tidak akan diterima di sisi Allah selain daripadanya.
Kejarlah keikhlasan di dalam beragama dan sentiasa berada di dalam keadaan
bebas daripada menyengutukan Allah, walaupun sukarnya menjadi seorang
yang ikhlas sehingga turunnya surah al-Ikhlas yang sangat tinggi nilainya iaitu
apabila ia dibaca, seumpama membaca satu pertiga daripada al-Quran. Dan
akhirnya berusahalah mendapatkan redha Allah untuk melengkapkan dan
melayakkan diri agar beroleh ganjaran syurga.
KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Konsep persaudaraan yang berteraskan ikatan rabbani menjadi asas dan instrumen yang
efektif kepada perpaduan seluruh umat Islam. Ini kerana, ikatan rabbani bersifat universal
dan bersifat kualitatif tanpa mengira perubahan masa dan zaman. Pada zaman
pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda telah berjaya membentuk satu masyarakat
yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah
memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan intergrasi yang bersepadu
antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani.
Antara konsep persaudaraan ini adalah bagi memenuhi konsep saling lengkap melengkapi sesama insan
dalam suasana yang harmoni. Sekiranya dibuka lipatan sejarah permulaan Islam, dinukilkan konsep
persaudaraan yang ditunjukkan oleh golongan Ansar dan Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah Kubra.
Peristiwa ini perlu dihayati dan diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh
masyarakat Islam kini. Kepentingan konsep persaudaraan sangat ditekankan kepada umat manusia
dalam mengimbangi tuntutan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Islam menggesa umatnya memperkukuh hubungan Persaudaraan Dalam kalangan umatnya untuk
merealisasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini. perkara yang perlu dilaksanakan seperti Yang
berikut:

● Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT


● Mengutamakan orang lain
● Berkerjasama
● Perasaan belas kasihan
● Saling menasihati
● Saling membantu sesama Islam
● Saling bertanggungjawab
PENGAJARAN VIDEO

Pengajaran yang kami dapati dalam video ini ialah sebagai seorang anak,haruslah membalas
jasa ibubapanya,sentiasa membantu ibubapa walaupun dalam keadaan susah atau
senang,sentiasa berada di sisi mereka ketika mereka sihat atau sakit,sentiasa bersedia
berkorban untuk membantu ibu bapa.Selain itu,umat islam perlu saling membantu antara
satu sama lain,elakkan diri daripada bersikap sombong,memahami masalah saudara seislam
yang dalam kesusahan,membantu dengan tujuan mendapat keberkatan,keihklasan dan redha
daripada Allah SWT.Ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama islam.Kami juga mendapati
bahawa setiap kebaikan yang dilakukan,pasti rezeki dan nikmat akan melimpah ruah kepada
seseorang itu apabila dia membantu saudaranya yang dalam kesusahan.Setiap perkara yang
berlaku ke atas seseorang itu merupakan ujian sama ada untuk melihat jika seseorang itu
sanggup membantu dan melakukan sesuatu atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai