Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Segala Puji bagi Allah yang Maha Pengasih, yang merahmati hambahambanya dengan Al Quran. Al Quran adalah Kalamullah yang diwahyukan
kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi petunjuk menerangi jalanjalan kehidupan dan membimbing seseorang insan kepada jalan yang lurus.
Seseorang muslim itu tidak dibiarkan hidup di dunia begitu sahaja melainkan
Allah swt telah menyediakan panduan lengkap kepada setiap hal yang berkaitan
dengan kehidupan dan ianya sesuai di sepanjang masa dan tempat.
Al-Quran adalah wahyu dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah SAW, ia
juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala
membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT.
Tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai petunjuk dan hidayah
bagi seluruh umat manusia. Kita perlu selalu meneliti hubungan kita dengan AlQuran. Apakah kita merujuk kepada Al-Quran dalam mencari panduan dan
hidayah Allah mengharungi kehidupan kita.
Hidayah merupakan bimbingan hati dari Allah swt dalam membuat
sesuatu keputusan. Islam mengajar manusia untuk membuat keputusan yang
betul dan mestilah keputusan itu adalah kerana mencari redha oleh Allah swt.
Justeru jika berpegang kepada Al-Quran ia akan membawa kepada hidayah
petunjuk jalan yang benar dalam apa jua perkara dalam kehidupan.
Melihat kepada kedudukan dan keistimewaan al-Quran itu dan peranannya
di dalam kehidupan, maka ia sudah semestinya ia wajib dijadikan sebagai
panduan, rujukan, ikutan dan amalan di dalam semua lapangan kehidupan. Nabi
Muhammad SAW menerangkan bahawa hidup akan teguh (istiqamah) jika
berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.
Sabda Nabi SAW yang maksudnya:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu yang jika kamu sesat selepasku
selama-lamanya (iaitu) Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku.(Hadis riwayat alHakim)

Al Quran seperti disebutkan adalah lengkap dari segi aqidah, ibadat dan
akhlak, undang-undang, ekonomi dan politik. Perlu diketahui bahawa al-Quran
adalah sumber maklumat bagi menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi di
dalam perkara-perkara yang berhubungkait urusan manusia di dalam kehidupan
mereka di dunia dan juga di akhirat, dari peringkat yang sekecil-kecilnya
hinggalah ke peringkat yang sebesar-besarnya.

Peranan al-quran dalam kehidupan manusia dalam bidang ekonomi

Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna yang mengatur seluruh


sendi kehidupan manusia dan alam semesta. Kegiatan perekonomian manusia
juga diatur dalam Islam dengan prinsip illahiyah yang sangat memberi manfaat
kepada semua manusia. Hal ini dapat dibuktikan dalam al-quran.
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran tentang prinsip berekonomi yaitu dalam
surat Al-Baqarah ayat 168-169, An-Nisa ayat 29, Al-Hadid ayat 25 dan AlMaidah ayat 2 yang telah dijelaskan diatas tadi, kita dapat menyimpulkan
bahwa menurut perspektif Islam, ada beberapa prinsip dalam sistem ekonomi
Islam, yang dijadikan sebagai kerangka acuan dalam melakukan berbagai aktiviti
perekonomian.
Antara prinsip-prinsip perekonomian yang telah digariskan dalam al-Quran
yang pertama ialah perniagan yang saling menguntungkan. Seperti telah
dijelaskan pada tafsir Al-Quran surat Al-Baqarah ayat 169, setiap akad yang
dilakukan oleh pihak yang satu dengan pihak yang lainnya harus bersifat
menguntungkan semua pihak yang berakad. Tidak boleh menguntungkan satu
pihak dengan merugikan pihak lain. Tidak merugikan dan mengeksploitasi
manusia dalam berbagai bentuk bidang usaha yang mana itu semua terjadi
kerana adanya pujuk rayu syaitan yang mana pada ayat tersebut kita sudah
diperintahkan agar tidak mengikuti jejaknya. Melalui prinsip ini para peniaga
dapat menjalankan perniagan mengikut syariat islam.
Asas Suka Sama Suka. Berdasarkan penjelasan tafsir Al-Quran surat AnNisa ayat 29, kita menyimpulkan bahwa kegiatan muamalah atau ekonomi
dapat dilakukan didasarkan atas adanya kerelaan kedua belah pihak yang

melakukan

transaksi.

Asas

suka

sama

suka

untuk

melakukan

kegiatan

perniagaan sangat penting. Tidak ada unsur paksaan dalam hal ini yang dapat
menimbulkan kerugian masing-masing. Islam adalah syariat yang benar-benar
menghormati hak kepemilikan umatnya. Oleh karena itu, tidak dibenarkan bagi
siapapun untuk memakan atau menggunakan harta saudaranya kecuali bila
sudaranya

benar-benar

merelakannya,

baik

melalui

perniagaan

atau

lainnya. Asas kerelaan (an taradhin minkum) dalam muamalah sangat penting.
Asas Keadilan. Keadilan merupakan pekara terpenting dalam ekonomi
Islam. Penegakkan keadilan telah ditekankan oleh Al-Quran dalam surat Al-Hadid
ayat 25 sebagai misi utama para Nabi yang diutus Allah, termasuk menegakkan
keadilan ekonomi dan menghapuskan jurang pendapatan. Keadilan sosio
ekonomi dalam Islam, selain didasarkan pada komitmen spritual, juga didasarkan
atas konsep persaudaraan universal sesama manusia. Komitmen Islam yang
besar pada persaudaraan dan keadilan, menuntut agar semua sumber daya
yang menjadi amanat suci Allah, digunakan untuk mewujudkan maqashid
syariah, yakni pemenuhan keperluan hidup manusia, terutama keperluan dasar
(primer),

seperti

sandang,

pangan,

papan,

pendidikan

dan

kesihatan.

Persaudaraan dan keadilan juga menuntut agar sumber daya dibahagikan


secara adil kepada seluruh rakyat melalui kebijakan yang adil dan instrumen
zakat, infaq, sedekah, pajak, kharaj, jizyah, cukai ekspot-impot dan sebagainya.
Sudah saatnya sistem ekonomi kapitalisme yang hanya menimbulkan
penderitaan itu kita hapuskan dan kita gantikan dengan ekonomi Islam yang
insya Allah akan membawa barakah bagi kita semua. Marilah kita renungkan
firman Allah SWT:
Kalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, niscaya akan
Kami limpahkan bagi mereka barakah dari langit dan bumi, tapi mereka
mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan
perbuatannya itu.[9]

Peranan al-quran dalam kehidupan manusia dalam bidang kebajikan

Islam amat menitik beratkan konsep kebajikan dalam menghayati cara


hidup

yang

sebenar

dan

sempurna

berkait

rapat

dengan

kehidupan

bermasyarakat, iaitu konsep tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana


sikap mengambil berat diantara satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah
.S.A.W yang bermaksud:
Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka
bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari
mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia
daripada golongan orang yang diredhai Allah
(Riwayat at-Tabarani)
Lumrah dalam kehidupan bahawasanya terdapat golongan manusia yang
hidup mewah dan berada akan tetapi pada masa yang sama juga terdapat
manusia yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
iaitu kehidupan yang serba kekurangan dan dilanda kemiskinan. Justeru itu,
syara telah menuntut golongan yang dilabelkan dengan status kehidupan yang
serba mewah ini bagi membela dan memberikan pertolongan kepada golongan

yang miskin dan lemah. Paparan melalui media

saban

77. Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan


sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta
kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

hari menengahkan isu berkenaan kisah penderitaan masyarakat yang


dilanda pelbagai musibah dan bencana yang menimpa mereka. Siapakah yang
berperanan untuk membantu golongan tersebut?
Firman Allah S.W.T:
Ertinya: Dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia
telah menjaga kehidupan manusia semuanya.
(Surah al-Maidah ayat ke 32)
Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan
hak mereka merupakan salah satu daripada cabang iman. Sesiapa yang
melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah
SWT dan Rasul.
Firman Allah S.W.T:
Ertinya : Kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan
di Akhirat). (surah al-Hajj ayat ke 77)
Selain itu, dalam masa yang sama kita juga dituntut supaya menjaga
kedua ibu bapa dan ia juga merupakan satu kebajikan seorang anak kepada ibu
bapanya kerana allah berfirman dalam al-quran:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut
dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada

keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan


ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
(Al Isra(17):23)

Maksud berbuat baik kepada kedua ibu bapa sebagai satu kebajikan
yang mana disebutkan dalam ayat suci al-Quran selain dari menjaga tingkah
laku, perkataan dan perbuatan dari sebarang kekasaran yang boleh melukai hati
keduanya, kita dituntut untuk menjaga ibu bapa setelah mereka berada di usia
yang tua.
Menjelang

saat-saat

hari

tua

adalah

penantian

kehidupan

yang

menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan


tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam, anak lelaki yang paling
berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan.
Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak
yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.
Maka,

antara

jalan

untuk

tergolong

sebagai orang-orang

yang

beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar
yang

perlu

dilaksanakan.

Kegagalan

berbakti

kepada

ibu

bapa

boleh

mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis


daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah
ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang
daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran
gagal berkhidmat kepada mereka).
[Riwayat Muslim]

Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah
pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang
pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup

dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan


kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.
Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi
Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya
dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar :
Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa
bakti ibuku?
Jawab Ibnu Umar : Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat
menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan
melahirkan kamu.
Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi
bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.
Sebagai

seorang

anak kewajipan

mendoakan ibu

bapanya

perlu

diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya kedua-duanya telah meninggal


dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya
yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan
dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : Wahai
Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka
mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil. [Surah
al-Isra' ayat : 24]
Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak
wajar dipandang remeh

atau

ringan

oleh

anak-anak.

Apabila keduanya

menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik


untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti.

Kesimpulannya, Islam itu menjaga kebajikan bersama dan sesungguhnya


manusia itu tidak boleh hidup bersendirian.Oleh itu,kehidupan bermasyarakat
tidak lari daripada saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu
sama lain.

Kesimpulan
Kesimpulannya Al-Quran mempunyai banyak rahsia yang perlu dirungkai dan
hikmah yang tinggi, ia diturunkan kepada munusia untuk menjadikan arah tuju
hidup manusia itu Berjaya dunia dan akhirat. Insha Allah hanya dengan
mengamalkan quran kita akan nampak kebenaran islam itu dan akan terbeza
kehidupan kita dari yang tidak.

Rujukan
Al Quran dan Terjemahnya Madinah, Saudi Arabia, 1990
Rahman, Afzalur, 1995, Doktrin Ekonomi Islam, ter. Nastangin dan Soeroyo, Jilid I,
Yogyakarta: Dana Bhakti Wakaf.
An-Nabhani, Taqiy Al-Din. 1990. An-Nizham Al-Iqtishadi fi Al-Islam.. Beirut : Dar
Al-Ummah.
An-Nabhaniy,T. 1990. An-Nizham Al-lqtishadi Fil Islam. Beirut : Darul Ummah
Shihab, M. Quraish, 2002. Tafsir Al-Mishbah: Pesan, Kesan dan Keserasian AlQuran. .Jakarta: Lentera Hati.
Al-Maragi, Ahmad Mustafa, 1993. Tafsir Al-Maragi juz II. Cetakan ke-2. Semarang:
PT. Karya Toha Putra Semarang

Anda mungkin juga menyukai