Anda di halaman 1dari 2

Peranan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan manusia

Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW


melalui perantaraan Malaikat Jibril secara mutawattir dan merupakan sumber rujukan
utama bagi sekalian umat manusia. As-Sunnah pula membawa maksud segala segala
perbuatan, pengakuan, takrir, akhlak dan sirah junjungan Nabi Muhamad s.a.w yang
dijadikan sebagai sumber kedua dalam sistem perundangan Islam. Kedua-dua sumber
utama bagi umat Islam ini berperanan penting dalam membina sebuah kehidupan yang
berterapkan prinsip Islam yang sebenar.

Antara peranan besarnya adalah dalam bidang ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan
melalui prinsip ekonomi Islam iaitu memberikan kebebasan individu dan kesejahteraan
masyarakat. Dalam surah al-Jumuah ayat ke 10, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi
(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati
daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala
keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”. Maka, berdasarkan ayat ini,
masyarakat diberikan kebebasan bagi mencari rezeki dan mengumpulkan harta tanpa
ada sekatan kerana setiap daripada individu berhak untuk berusaha mendapatkan harta
pencarian yang bersumberkan halal. Namun, dalam Islam juga menekankan konsep
keadilan dan kesamarataan iaitu harta yang diperoleh haruslah dibayar zakat mengikut
kadar yang ditentukan. Justeru, jurang ekonomi antara sesama umat Islam pasti
dirapatkan jurangnya.

Selain itu, Al-Quran dan As-Sunnah juga berperanan dalam urusan politik sesebuah
negara atau negeri itu bagi membina dan membangunkan sebuah sistem pemerintahan
yang stabil dan seimbang. Antaranya, menggunakan prinsip musyawarah atau
mesyuarat bagi mendapatkan sesebuah keputusan atau perancangan sesuatu perkara.
Penekanan terhadap mesyuarat ini juga dapat digambarkan apabila wujudnya sebuah
surah yang diberi nama Syura dalam Al-Quran yang mendedahkan mengenai prinsip-
prinsip dan kepentingan amalan mesyuarat ini. Contohnya, impak amalan ini adalah
sesebuah masyarakat khususnya para pemimpin akan mendapat sebuah keputusan
yang disepakati oleh majoriti. Dengan demikian, budaya penerapan unsur islamiyyah
seperti permuafakatan, hormat-menghormati pendapat dan perpaduan juga dapat
dipupuk.

Di samping itu, Al-Quran dan As-Sunnah memberikan impak terhadap bidang


pendidikan. Islam amat mementingkan pendidikan ini sebagaimana fiman Allah dalam
surah al-‘Alaq ayat 1 sehingga 5 yang bermaksud "Bacalah (wahai Muhammad) dengan
nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). la menciptakan manusia
daripada sebuku danah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan, la mengajar manusia apa yang tidak
diketahuinya." Dalam ayat tersebut dapat dijelaskan bahawa pentingnya membaca
sebagai suatu teras ilmu yang utama kepada cabang-cabang ilmu yang lainnya. Dengan
menuntut ilmu, maka masyarakat dapat membezakan amalan yang benar dan amalan
yang salah seterusnya dapat mengecap kehidupan yang bahagia.

Anda mungkin juga menyukai