Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, 16100

KOTA BHARU, KELANTAN

Nama : NITHES A/L ANATHAN


No. K/P : 020402-01-1529
Angka Giliran : 2021082310324
Kod : GISC 1082
Nama Kursus : ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN

Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : PENDIDIKAN KHAS
Nama Pensyarah : MOHAMAD SHUKRI BIN MAT YAACOB
Tugasan : TUGASAN 2: PENULISAN ESEI (INDIVIDU)
Tarikh Hantar : 7/4/2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

NAMA : NITHES A/L ANATHAN ANGKA GILIRAN : 2021082310324


KOD : GISC NAMA KURSUS : ISU SEMASA DAN
CABARAN MASA DEPAN
PENSYARAH : MOHAMAD SHUKRI BIN MAT YAACOB

TARIKH HANTAR : 7 APRIL 2022 TARIKH TERIMA DIISI OLEH PENSYARAH:

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Nithes Tarikh : 7 APRIL 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

2
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tarikh : 7 APRIL 2022


Tanda tangan Pelajar : NITHES

Halaman Perakuan

“Saya akui bahawa penulisan laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

TANDATANGAN : Nithes

NAMA PELAJAR : NITHES A/L ANATHAN


TARIKH : 7 APRIL 2022

3
ISI KANDUNGAN

BILANGAN BUTIRAN MUKA SURAT


1.0 PENGHARGAAN 5

2.0 TUGASAN PENULISAN

➢ 2.1 PENGENALAN 6

➢ 2.2 CIRI-CIRI WARGENEGARA


YANG BERKEMAHIRAN SESUAI 6-7-8
DENGAN INDUSTRI 4.0

➢ 2.3 KESIMPULAN 8

3.0 RUJUKAN 9

4.0 LAMPIRAN 10

4
1.0 PENGHARGAAN

Segala puji bagi Tuhan semesta alam. Bersyukur terhadap tuhan kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus GISC 1032: Isu Semasa Dan
Cabaran Masa Depan ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai
bakal guru.

Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Insitut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini
dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya medapatkan bahan
rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya Pensyarah Akademik
Kursus, GISC 1032: Isu Semasa Dan Cabaran Masa Depan Mohamad Shukri Bin Mat Yacoob yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan kerana memberi
kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.Tidak lupa juga kepada
kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam
menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya
menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperi rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini
dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih
diucapkan juga kepada semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam setiap bantuan dan sokongan
secara langsung dan tidak langsung. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya.

5
2.0 TUGASAN PENULISAN

2.1 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) revolusi boleh didefinisikan sebagai perubahan
yang dilakukan secara radikal manakala industri pula diertikan sebagai perusahaan yang dilakukan
secara besar-besaran. Revolusi Industri 4.0 juga bermaksud automasi berterusan dalam sektor
penghasilan, pembuatan dan perindustrian tradisional dengan menggunakan teknologi yang canggih
dan moden seperti automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik,
cloud, Internet of Things dan sebagainya. Segenap rangkaian ekonomi kini berdepan Revolusi Industri
4.0 yang membawa pelbagai teknologi baharu (Ismail Sabri Yakkob, 2022). Revolusi industri 4.0 ini
sebenarnya mengenai sistem siber-fizikal yang boleh menghubungkan dunia digital dengan sistem
biologi seperti manusia melalui internet. Industri Revolusi 4.0 merupakan integrasi dan inovasi di dalam
kehidupan masyarakat dunia pada hari ini (Pereira, Barreto, & Amaral, 2017).

2.2 CIRI-CIRI WARGANEGARA YANG BERKEMAHIRAN SESUAI DENGAN INDUSTRI 4.0

Antara ciri warganegara yang berkemahiran sesuai dengan industri 4.0 ialah warganegara yang
celik menggunakan ICT atau teknologi maklumat. Kebanyakan negara yang mengaplikasikan industri
4.0 seperti Jepun, China, Korea Selatan sememangnya warganegara mereka mahir dalam
penggunaan ICT. Dalam konteks ini, industri 4.0 kebiasannya robot mengambil alih tugas manusia
untuk melakukan kerja dalam industri berat seperti memasang kusyen, mengecat sebagainya. Sebagai
contoh semasa revolusi industri 1.0, 2.0 dan 3.0 manusia terpaksa menjalankan semua kerja dalam
industri berat seperti dalam industri automatif tanpa bantuan robot. Maka bagi mengurus dan
mengakses robot ini warganegara Malaysia perlu mahir dalam teknologi robotik yang merupakan asas
teknologi yang canggih di negara ini. Dengan adanya, warganegara seperti ini mereka mampu
mempengaruhi prospek negara khususnya dalam revolusi industri semasa. Revolusi industri semasa
di negara sememangnya menekankan teknologi yang canggih. Hal ini demikian kerana Malaysia
merupakan salah satu negara yang sedang membangun untuk menjadi negara maju dengan
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada elemen digital seperti K-Ekonomi, E-Learning dan
sebagainya. Maka warganegara yang menguasai teknologi ini mampu menerokai pelbagai bidang yang
boleh membantu untuk perkembangan ekonomi negara dalam konteks revolusi industri semasa ini.
Dalam prospek revolusi industri semasa ini penerokaan pelbagai bidang baharu in merupakan salah
satu sumbangan besar yang dilakukan oleh warganegara. Pendek kata, “Teknologi Pemangkin
Negara Sejagat” dalam prospek revolusi industri semasa.

Ciri warganegara yang kedua ialah warganegara yang kreatif, inovasi serta mempunyai
pemikiran yang kritis. Dalam konteks ini, dengan bantuan teknologi mereka mampu memikir luar kotak

6
untuk menghasilkan sesuatu inovasi yang baharu. Sebagai contoh dalam industri 4.0 rakyat boleh
menghasilkan pelbagai barang atau perkhidmatan yang dapat membantu untuk ekonomi negara
secara tidak langsung. Penghasilan inovasi secara berterusan yang dilakukan oleh warganegara
mampu berimpak tinggi dan dapat meningkatkan kecekapan sesuatu proses atau penyampaian
perkhidmatan, sekali gus memastikan keberlangsungan dan kemampanan dalam mengharungi
cabaran ke arah menjadi sebuah negara maju. Dengan adanya warganegara ini mereka juga mampu
mempengaruhi prospek masa depan khususnya Malaysia sebagai hub produk halal antarabangsa.
Umum mengetahui bahawa negara Malaysia merupakan negara Islam dan mempunyai majoriti
warganegara adalah penganut agama Islam. Maka, mereka dengan bantuan teknologi dalam industri
4.0 boleh menghasilkan pelbagai produk halal dan seterusnya boleh mencari pasaran khususnya di
negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UEA). Implikasinya industri halal
dengan bantuan revolusi industri 4.0 boleh menjana ekonomi negara sekaligus dapat meningkatkan
KDNK (iaitu keluaran dalam negara kasar). Dengan adanya revolusi industri 4.0 ini juga dalam industri
halal mereka boleh melakukan pemindahan teknologi. Sebagai tamsil Malaysia boleh mendapatkan
pengetahuan ilmu tentang teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri herba halal dari
negara Korea Selatan, Taiwan dan China.

Ciri ketiga bagi melahirkan warganegara yang berkemahiran sesuai dengan industri 4.0 ialah
dengan melahirkan warganegara yang berpendidikan. Warganegara yang berpendidikan ini sahaja
mampu mengurus dan mengadaptasikan atau menyesuaikan diri dengan revolusi industri 4.0. Hal ini
demikian kerana revolusi industri menekankan penggunaan teknologi yang canggih seperti teknologi
robotik. Bagi melahirkan warganegara yang berpendidikan dalam industri 4.0 sistem kerajaan haruslah
mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris dalam sektor pekerjaan yang disifatkan sebagai indikator
penting bagi melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Dalam revolusi industri 4.0 rakyat
dengan bantuan teknologi boleh mempelajari apa-apa sahaja di mana-mana sahaja menggunakan
pelbagai aplikasi yang sedia ada. Pengetahuan dan pendidikan warganegara ini haruslah meliputi
semua skop termasuk aspek politik, sukan, dan sebagainya. Dengan adanya warganegara yang
berpendidikan dalam industri 4.0 mereka juga mempu menerokai pelbagai prospek negara masa depan
khususnya Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa. Dalam konteks, proses melahirkan
warganegara yang berpendidikan bermula sejak kecil lagi iaitu di prasekolah. Dengan ini, kanak-kanak
yang baru dilahir akan mengalami situasi yang sama dan mereka akan didedahkan dengan pelbagai
ilmu seiring dengan perkembangan industri 4.0. Implikasinya, sistem pendidikan negara akan
mengalami transformasi negara dan mampu bersaing dengan sistem pendidikan negara maju seperti
Korea Selatan, China, Singapura. Bukan itu sahaja, pencapaian Malaysia dalam peperiksaan
antarabangsa juga dapat ditingkatkan dengan adanya warganegegara yang berpendidikan ini melalui
revolusi industri 4.0 dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengangkat martabat
pendidikan negara kita ke peringkat global.

7
Ciri keempat bagi melahirkan warganegara yang berkemahiran sesuai dengan industri 4.0 ialah
dengan melahirkan warganegara yang bertamadun. Warganegara yang bertamadun ini akan
berkelakuan dengan era globalisasi tersebut. Mereka tidak akan berkelakuan seperti orang ketinggalan
zaman. Mereka juga akan lebih berkelakuan matang seiring dengan industri 4.0 dan akan menerima
semua dengan hati yang terbuka. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
baharu tanpa sebarang rungutan. Mereka juga memiliki keberanian untuk menyatakan pendapat atau
pendirian mengenai lingkungannya sendiri atau kejadian yang terjadi jauh di luar lingkungannya serta
dapat bersikap demokratis. Bukan itu sahaja, warganegara yang bertamadun ini juga akan memiliki
perencanaan dan pengorganisasian sesuai dengan revolusi industri 4.0. Maka dengan adanya
warganegara seperti ini mereka mampu mempengaruhi prospek negara masa depan khususnya dalam
Malaysia dalam era globalisasi. Era globalisasi merupakan sebahagian daripada bentuk dan jaringan
perhubungan yang merentasi sempadan ideologi, budaya, ekonomi dan sosial. Warganegara seperti
ini pasti bertindak mengikut peradaban dunia.

2.3 KESIMPULAN

Kesimpulanya, perkembangan automasi yang semakin pesat menunjukkan gambaran awal


bahawa dunia pendidikan perlu beradaptasi bagi kelangsungan graduan yang dilahirkannya agar kekal
kompeten dan bersedia bagi menempuhi arus Revolusi Industri 4.0 dengan penuh persediaan. Oleh
hal yang demikian, tenaga pengajar perlu membuat persiapan yang rapi bagi kekal kompeten dan
berdaya saing bagi mengharungi cabaran ini. Pendedahan yang meluas kepada warga pendidik
mampu meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap Revolusi Industri 4.0. Selain itu,
perancangan kurikulum perlu berada dalam lanskap Industri Revolusi 4.0 bagi memenuhi keperluan
industri (Ahmad, Johari, Mohd & Senawi (2019). Akhir kata, “Majulah Rakyat Untuk Negara’’.

(1015 PATAH PERKATAAN)

8
3.0 RUJUKAN

Pereira, T., Barreto, L., & Amaral, A. (2017). Network and information security challenges within

Industry 4.0 paradigm. Procedia Manufacturing, 13, 1253–

1260.https://doi.org/10.1016/j.promfg.2017.09.047

Ciri-Ciri Masyarakat Modern Di Era Globalisasi - Brainly.co.id. (2015, April 8). BLOGSPOT.

https://brainly.co.id/tugas/2441334

Mohd Zulfadhli, Mohamad Izzri, Nur Illyyain, Nurul Ashikin, Nur Alia. (2012, August 12). Malaysia

Sebagai Hub Produk Halal. BLOGSPOT. http://titasholic.blogspot.com/2012/08/malaysia-

sebagai-hub-produk-halal.html

M. Sidin, Muzaffar. (2020). Kesediaan Pengetahuan Revolusi Industri 4.0 Dalam Kalangan

Pensyarah Politeknik Kota.

https://www.researchgate.net/publication/343470488_Kesediaan_Pengetahuan_Revolusi_Ind

ustri_40Dalam_Kalangan_Pensyarah_Politeknik_Kota

Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob. (2020, March, 7). Usahawan Perlu Kuasai Teknologi Baharu. Berita

Awani. Kembali untuk dapatkan berita terkini (astroawani.com)

Revolusi. (2005). In Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=revolusi

Industri (2005). In Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=industri

9
4.0 LAMPIRAN

Contoh gambar di atas menunjukkan perubahan revolusi industri yang bermula dari revolusi industi1.0
hingga revolusi industri 4.0.

Gambar di atas menunjukkan contoh komponen yang terdapat dalam Revolusi Industri 4.0.

10

Anda mungkin juga menyukai