Anda di halaman 1dari 2

1.

Jelaskan konsep kejelasan dalam penulisan akademik berserta contoh yang


sesuai.

Konsep kejelasan atau clarity bermaksud mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang
untuk disalah tafsir, tidak bersifat samar - samar dan tidak kabur. Kejelasan juga boleh
diringkaskan dengan menggunakan kata - kata yang pendek, ringkas dan tepat berbanding
dengan menggunakan kata - kata yang berbelit dan panjang. Sebagai contoh ayat yang kurang
jelas, “ kajian lepas telah menggunakan pendekatan konstruktivisme “ manakala ayat yang lebih
jelas pula, “ terdapat beberapa kajian lepas seperti John (1999), Dick (2004) dan Matthews
(2006) yang telah menggunakan pendekatan konstruktivisme “.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep-konsep berikut dalam penulisan


akademik iaitu:

i. Kohesi

Kohesi merupakan hubungan antara bahagian dalam teks dengan menggunakan penanda
wacana yang sesuai. Terdapat beberapa konsep kohesi antaranya ialah kepelbagaian struktur
ayat, penggunaan tanda baca yang betul, pembinaan perenggan yang baik, penggunaan kata -
kata kesinambungan yang berkesan dan peralihan antara perenggan - perenggan dan
bahagian - bahagian lain yang tepat. Contoh ayat seperti, ” Afnan dan Amirul berasa sangat
gembira. Mereka berdua berjaya melanjutkan pelajaran ke negara Mesir “.
ii. Koheren

Koheren adalah kesepaduan antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya sehingga
ayat - ayat memiliki kesatuan makna yang utuh. Dalam penulisan yang koheren, idea - idea
dihuraikan dengan jelas dan dalam urutan logik serta disokong oleh bukti dan contoh. Faktor -
faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis tersebut. Jam sudah
menunjukkan pukul 7 pagi. Masyarakat kota sudah mula bergegas ke pejabat. Jalan raya mulai
menjadi sesak

iii. Kejelasan ayat

Konsep kejelasan atau clarity bermaksud mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang
untuk disalah tafsir, tidak bersifat samar - samar dan tidak kabur. Kejelasan juga boleh
diringkaskan dengan menggunakan kata - kata yang pendek, ringkas dan tepat berbanding
dengan menggunakan kata - kata yang berbelit dan panjang. Sebagai contoh ayat yang kurang
jelas, “ kajian lepas telah menggunakan pendekatan konstruktivisme “ manakala ayat yang lebih
jelas pula, “ terdapat beberapa kajian lepas seperti John (1999), Dick (2004) dan Matthews
(2006) yang telah menggunakan pendekatan konstruktivisme “.

Anda mungkin juga menyukai