Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

TAJUK : ASAS AKIDAH ISLAM


Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri
seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang
tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan
oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada
Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan
asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi
Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai
daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke
seluruh dunia.
Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih
dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga
keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan
ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah
amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan
iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan
cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat
yang berkembang dengan begitu pesat sekali.
Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat.
Selain itu juga, agama Islam merupakan agama yang tidak memaksa orang
bukan Islam untuk menganutnya. Aqidah islam merupakan perkara yang wajib
diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat islam serta
mempercayainya tanpa syak atau ragu-ragu bersumberkan Al-quran, Al-hadith
dan kitab-kitab agama. Penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan
penerangan terhadap ilmu akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir
masyarakat telah mengalami pemesongan akidah yang serius.
Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa
sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama Islam.
Tanpa akidah yang kukuh, umat Islam akan hanyut dari landasan yang benar.
Akidah terdiri dari dua iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan
akidah yang diturunkan oleh Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang
telah diselewengkan. Bagi umat Islam, kita wajib untuk meyakini akidah suci
kerana ianya benar-benar turun dari Allah SWT. Kepentingan akidah kepada umat
Islam adalah sebagai pendorong agar melakukan perkara yang baik disisi Allah
yang Esa. Umat Islam yang tidak takut terhadap balasan Tuhan akan dimasukkan
kedalam neraka. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah tidak akan diterima
pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia belaka.
Akidah pada umumnya merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati
dan jiwa dan seharusnya jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya
satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak
atau keraguan serta mempunyai hubungkait dengan 6 teras rukun iman. Akidah
yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterimanya

amalan. Hal ini sebagaimana ditetapkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya
dalam surah Al-Khafi (ayat110) dan surah Az-Zumar (ayat65).
Selain itu, cara kita berpegang kepada sumber-sumber agama yang asli
menjamin ketulenan agama dipelihara dari segi prinsipnya dan disamping itu
membenarkan cabang agama berkembang untuk menangani cabaran semasa
kerana asas perlaksanaan agama adalah bermula dari ijtihad dan diikuti dengan
ittiba (ikutan) dan diakhiri dengan taqlid.
Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai
keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku,
percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah
Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang Maha Esa. Lantaran
itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya
untuk mencari keredhaan Allh swt. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan
yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala
jenayah dan kemungkaran. Di samping dapat mengikis sifat-sifat yang buruk dan
melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu, ikhlas, redha, amanah dengan
segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk
seperti dengki, sombong, riak, takabbur dan seumpamanya yang boleh
membawa masalah sosial dalam masyarakat.
Konklusinya , kita haruslah mendalami konsep akidah islam supaya dapat
mengelakkan diri kita dari terjerumus kepada perkara-perkara yang
menyebabkan kita dilaknat oleh Allah SWT .Akidah boleh difahami melalui
pembacaan Al-quran dan Al-hadith. Namun, pada masa kini pemesongan
terhadap konsep akidah telah menyebakan huraian mengenai konsep akidah
islam manjadi sukar. Oleh itu, saya menyeru kepada setiap individu supaya
kembali kejalan Allah yang benar. Seseorang individu seharusnya mengambil
inisiatif untuk mengukuhkan lagi pegangan akidah dalam diri dan haruslah
diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi supaya pemesongan
akidah tidak berlakun dewasa kelak. Bak kata pepatah dulu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai