Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT



1 Pengenalan 1
2 Pendahuluan 2
3 Konsep Akidah dan Hubungannya Dengan Ad-Din 3
4 Dalil Aqli dan Naqli Berkaitan Aqidah 6
5 Ajaran-ajaran Sesat Yang Terdapat Di Malaysia 13
6 Refleksi dan Kesimpulan 19
7 Bibliografi 20
















PENGENALAN.
Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat.
Selain itu juga,agama islam merupakan agama yang tidak memaksa penganutnya.
Aqidah islam merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara
mendalam oleh umat islam. Selain itu juga mereka seharusnya mempercayai akidah
islam tapa sebarang syak atau ragu-ragu.untuk mempelajari tentang akidah islam
secara mendalam, kita boleh merujuk sumber-sumber seperti Al-quran,Al-hadith dan
kitab-kitab agama.penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan penerangan
terhadap ilmu akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir masyarakat telah
mengalami pemesongan akidah yang serius.
Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa
sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama islam.
Tanpa akidah yang kukuh, umat islam akan hanyut dari landasan yang benar.
Akidah terdiri dari dua iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan
akidah yang diturunkan oleh Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah
diselewengkan. Kepentingan akidah kepada umat islam adalah sebagai pendorong
agar melakukan perkara yang baik disisi Allah yang esa. Umat islam yang tidak takut
terhadap balasan tuhan akan dimasukkan kedalam nereka. Amalan yang dilakukan
bukan kerana Allah tidak akan diterima pahala amalan tersebut dan ianya menjadi
sia-sia belaka.
Kesimpulannya kita haruslah mendalami konsep akidah islam supaya dapat
mengelakkan diri kita dari terjerumus kepada perkara-perkara yang menyebabkan
kita dilaknat oleh Allah s.w.t. Kita boleh mengambil iktibar dari kisah-kisah yang
pernah berlaku pada zaman nabi berkaitan dengan keteguhan akidah para sahabat
sebagai contohnya, Bilal bin Rabah yang telah diseksa kerana menganut agama
islam namun keteguhan imannya menyebabkan beliau tidak berganjak dari jalan
Allah yang benar.



PENDAHULUAN
Sepertimana yang kita ketahui, agama Islam merupakan agama yang mudah
difahami oleh setiap individu dan juga merupakan agama yang tidak memberi
paksaan kepada pengikutnya. Sehubungan itu, masalah berkaitan akidah
seharusnya tidak wujud dalam kalangan masyarakat yang beragama islam kerana
banyak sumber yang boleh kita perolehi untuk dijadikan panduan dan menjelaskan
permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat. Antara sumber-sumber
yang boleh kita jadikan sebagai panduan ialah Al-Quran,Al-hadith dan kitab-kitab
agama. Namun, panyelewengan akidah yang berlaku pada masa kini menyebabkan
penjelasan tentang ilmu akidah menjadi sedikit rumit dan memerlukan masa untuk
difahami.
Dalam agama islam, akidah itu merupakan satu perkara yang telah ditetapkan malah
wajib kita berpegang terhadapnya disertakan dengan kepercayaan dan kayakinan
yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya syak merupakan satu keraguan dan itu
bukanlah satu akidah.
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah
serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman
dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan
taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari
Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu,
akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa
yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Selain itu, cara kita berpegang kepada sumber-sumber agama yang asli menjamin
ketulenan agama dipelihara dari segi prinsipnya dan disamping itu membenarkan
cabang agama berkembang untuk menangani cabaran semasa kerana asas
perlaksanaan agama adalah bermula dari ijtihad dan diikuti dengan ittiba(ikutan)
dan diakhiri dengan taqlid.
Selain itu juga, akidah tidaklah hanya kepada Islam sahaja namun setiap kumpulan
agama turut mempunyai akidah mereka tersendiri. Akidah tersebut menjadi asas
kehidupan mereka

KONSEP AKIDAH ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN AD-DIN
Definisi:
Akidah pada umumnya merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa
dan seharusnya jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu
keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau
keraguan. Dalam pengertian agama, akidah terkandung di dalam rukun iman iaitu:
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada para malaikat
3. Berimankepada kitab
4. Beriman kepada para Rasul
5. Beriman hari akhirat
6. Beriman kepada qada dan qadar

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang.
Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki
akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-
ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di
Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan
penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya
melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam
mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.
Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu
besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin
Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini
kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap
insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih
lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru
terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu
pesat sekali.
Akidah terdiri dari dua jenis iaitu akidah suci dan akidah fasad. Bagi umat islam, kita
wajib untuk meyakini akidah suci kerana ianya benar-benar turun dari Allah s.w.t.
Akidah fasad adalah akidah batil yang tidak terkira bilangan yang wujud akibat
penyelewengan terhadap akidah suci.
Akidah yang suci hanya wujud dalam agama islam sahaja kerana ia adalah
merupakan satu agama yang dijamin dipelihara oleh Allah s.sw.t. Firman Allah dala
surah Al-hijr (ayat 9 ) Maksudnya: sesungguhnya kamilah yang menurunkan
peringatan ( Al quran ) dan kamilah yang memeliharanya.
Selain itu juga, diiktikadkan bahawa agama yang dipelihara ini juga telah diturunkan
dengan sempurna dan serba mencukupi sebagaimana fiman Allah dalam surah Al-
Maidah (ayat 3) yang bermaksud Hari ini telah aku sempurnakan kepada kamu
agama kamu.
Akidah suci yang terkandung dalam agama yang terpelihara ini adalah lengkap dan
tidak perlukan sebarang pindaan.
Aqidah ialah asas paling utama tamadun Islam. Aqidah Islam bersumberkan al-
Quran dan as-Sunnah. Definisi dari segi bahasa, Aqidah bermaksud ikatan atau
simpulan. Perkataan aqidah juga mempunyai pengertian sesuatu yang menguatkan
dan mengukuhkan.
Dari segi istilahnya pula ialah : Kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap
segala perkara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang erat dan
tersimpul kuat sehingga tidak mungkin terurai / tercerai dengan apa cara sekalipun.
Asas aqidah Islam ialah : Beriman kepada Allah s.w.t., para malaikatNya, kitab-
kitabNya, para rasulNya, percaya pada hari Akhirat dan Qada dan Qadar. Aqidah
Islam tidak boleh dipaksa kepada semua orang untuk mempercayainya. Firman
Allah S.W.T.:




Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah
nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah Al-Baqrah Ayat
256.

- HUKUM MEMPELAJARI ILMU AKIDAH.
Berkata Ibnu Abdil Barr dalam kitabnya Jami Al-Bayan Al-Ilmi Wa Fadhlihi:


Sepakat para ulama, sesungguhnya daripada ilmu itu ada yang fardhu ain ke atas
setiap individu secara khusus bagi dirinya, dan ada daripadanya yang fardhu
kifayah; apabila dilakukan oleh seseorang (ataupun segolongan), maka gugurlah
kefardhuan tersebut kepada yang lainnya.
Mempelajari ilmu akidah secara umum dan ringkas adalah fardhu ain ke atas setiap
individu muslim; sama ada lelaki ataupun perempuan yang telah mukallaf. Adapun
untuk memahami dan mendalami ilmu akidah secara terperinci hukumnya adalah
fardhu kifayah.
Antara perkara yang mewajibkan seseorang itu mempelajari ilmu aqidah adalah
berakal, baligh, sejahtera pendengaran dan penglihatannya, dan telah sampai
seruan Islam kepadanya (yakni beragama Islam).


DALIL-DALIL AQLI DAN NAQLI BERKAITAN DENGAN AQIDAH
Untuk memperoleh keyakinan dan kepercayaan yang mantap dan kukuh tentang
kewujudan Allah S.W.T dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil nakli dan
akli seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Ikhlas ayat 1-4.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa(1)
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat(2)
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan(3)
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.(4)
Surah ini jelas menunjukkan akan ketauhidan Allah S.W.T dan betapa pentingnya
Akidah itu untuk disempurnakan sebelum menyusul kemantapan Ibadah dan akhlak.

- DALIL AQLI
Adapun dalil-dalil 'aqli adalah dalil-dalil yang bersumberkan akal manakala dalil naqli
adalah dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Melalui dalil 'aqli dan dalil
naqli ini sahajalah baru kita dapat mengenal Allah. Kemudian setelah kita dapat
mengenal Allah untuk mengesahkan pengenalan itu, kita mesti menempuh empat
syarat. Tanpa kita menempuh empat syarat ini, maka tidak.sah pengenalan kita
kepada Allah atau tidak sah makrifah kita kepada AllahS.W.T. Yang pertama ialah
percaya adanya Allah. Yang kedua ialah jazam yang qat'ii iaitu keyakinan kita
kepada Allah ialah dengan keyakinan yang sungguh-sungguh tidak dicelahi oleh
sebarang syak, dzan atau waham. Dengan lain-lain perkataan, keyakinan kita
kepada Allah begitu padu dan kental, tidak goncang dan ragu walau sedikitpun
samada ragu itu bertaraf syak, dzan atau waham. Kalau syak bererti percaya kita di
antara 50% ragu dan 50% percaya. Kalau dzan bererti percaya kita lebih dari ragu
seperti 75% percaya 25% ragu. Kalau waham pula bererti ragu kita lebih dari
percaya seperti 25% percaya 75% ragu. Kemudian syarat yang ketiga dikatakan
bersetentangan dengan yang benar yakni selaras dengan yang sebenarnya. Ertinya
setelah kita meyakini sungguh-sungguh tentang adanya Allah, keyakinan itu
mestilah bersetentangan dengan yang sebenar. Dan syarat yang keempot ilah, meti
ada dalil.
Demikianlah 4 syarat yang mesti ada pada kita untuk mengesahkan pengenalan kita
kepada Allah S.WT. Yakin kita akan adanya Allah dan keyakinan kita jtu pula adalah
secara padu tanpa sebarang syak, dzan atau waham. Seterusnya keyakinan yang
padu itu pula mestilah bersetentangan dengan yang sebenar serta cukup dengan
keterangan-keterangan atau dalil atau bukti walaupun secara ijmal atau secara
ringkas. Dan kalau kita telah memiliki 4 syarat di atas tadi, maka kita dikatakan telah
mengenal Alldh secara akal. Maka sahlah aqidah yang demikian. Apakah kita telah
memiliki keempat-empat syarat itu? Kalau sekiranya kita tidak mempunyai 4 syarat
ini, bermakna kita belum. mengenal Allah dan apabila kita belum mengenal Allah,
apa yang kita telah buat selama ini menjadi sia-sia belaka. Sia-sialah sembahyang
kita selama ini, sia-sialah puasa kita, sia-sialah haji kita, sia-sialah perjuangan dan
jihad kita dan sia-sialah apa saja amal bakti kita selama ini kerana kita belum bagi
benar-benar mengenal Allah S.W.T.
Kerana itu amat perlu sekali kita ingat di sini bahawa kalau sekadar di dalam diri kita
ada rasa bertuhan, itu belum dikatakan beraqidah atau beriman. lni adalah kerana
rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi manusia. Ia samalah seperti rasa tahu
susah, tahu senang, ingin pandai, ingin bahagia dan sebagainya. lni semua
dikatakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia. Hal-hal ini tidak perlu diajar dan
dipelajari kerana ia memang sedia ada. Umpamanya, kalau kita mendapat sesuatu
yang menyukakan, hati kita akan rasa terhibur. Begitu jugalah kalau kita mendapat
sakit, hati kita akan merasa kesusahannya. Semua ini telah menjadi naluri manusia
yang Allah bekalkan bersama-sama tubuh kasar kita ini.
Semua manusia, tidak kira apa bangsa atau kaum, rasa bertuhan itu memang sudah
ada di dalam jiwa masing-masing. Hatta orang yang berfahaman komunis pun ada
rasa bentuhan di dalam jiwanya. Cuma kerana orang komunis ilu, rasa marah
kepada orang yang percaya kepada Tuhan, mereka tidak mengakui adanya rasa itu
di dalam jiwa mereka.


Begiiu juga kita ambil orang-orang Kristian sebagai contoh. Apakah mereka tidak
percaya kepada Tuhan? Jawabnya, mereka begitu percaya adanya pencipta langit
dan bumi ini, malah kepercayaan mereka begitu padu dan kental. Tetapi
mengapakah mereka tetap kafir? lni adalah kerana kepercayaan mereka itu tidak
bersetentangan daripada yang sebenar. Tuhan yang sebenamya adalah Esa iaitu
satu sahaja tetapi bagi orang Kristian, mereka mengatakan Tuhan 3 atau yang
mereka sebut 'TRINITY". Pada mereka ada Tuhan bapa, ada Tuhan anak dan ada
Tuhan syurga. Apakah ini betul? Jawabnya tidak dan kerana itu orang-orang Knstian
itu tetap kafir kepada Allah walaupun mereka percaya adanya Tuhan. Makrifah
mereka kepada Allah tidak sah.
Seterusnya, begitu jugalah dengan orang yang bert'aqlid. Aqidahnya atau imannya
dikira tidak sah kerana dalil atau buktinya tidak ada. Tadi telah kita katakan bahawa
untuk mengesahkan aqidah mesti ada 4 syarat yang mana termasuk ada dalil dan
bukti. Manakala orang yang imannya t'aqlid, aqidahnya tidak sah kerana salah satu
syarat yang 4 itu tidak ada.
Orang yang beriman t'aqlid sekadar percaya adanya Tuhan tetapi tidak ada dalil dan
keterangan. Dia tidak mempunyai hujjah secara ilmiah. Kepercayaannya sekadar
ikut-ikut saja. Oleh kerana ibu dan ayahnya percaya ada Tuhan, dia pun percaya.
Dia pernah dengar kawan-kawannya menceritakan tentang adanya Tuhan yang
menjadikan seluruh alam ini, dia pun ikut percaya. Tetapi kalau kita tanya orang
yang beriman taqlid in bukti-bukti serta dalil-dalil tentang adanya Allah, dia tidak
dapat memberikan hujjahnya. Dia hanya percaya tetapi kepercayaannya tidak
berdasarkan dalil-dalil ilmiah. Maka itu, imannya tidak sah. Daripada 4 syarat yang
dikehendaki untuk mengesahkan iman, satu danpada syaratnya kekurangan.
Kemudian, kalau sekiranya seseorang itu sudah mempunyai 4 syarat yang
dikehendaki untuk mengenal Allah, maka iman atau aqidahnya sudah dianggap sah.
Dia dikatakan sudah mengenal Allah berdasarkan ilmu pengetahuan kerana selain
daripada dia yakin, yakinnya pula adalah padu serta bersetentangan pula dengan
yang sebenar dan kemudian dia ada dalil dan bukti. Tetapi amatlah perlu kita ingat di
sini, walaupun seseorang itu sudah dapat mengesahkan iman dan aqidahnya kerana
ia sudah menempuh 4 syarat yang dikehendaki itu, namun imannya baru dikatakan
mempunyai tapak.

Nisbahnya adalah seperti benih yang sudah ditanam di atas tanah yang sesuai
dengannya. Yang perlu ada selepas ilu ialah untuk menyuburkannya supaya ia
tumbuh dan membesar hingga ia berbuah. ini adalah dengan menyiram benih itu
setiap hari dengan air. Kemudian ia diberi baja supaya bertambah subur dan
tapaknya sentiasa digembur supaya kekuatan akarnya bertambah kukuh dan
kemas. Dan begitulah dengan orang yang sudah mempunyai iman yang telah
menempuh 4 syarat untuk mengenal Allah tadi. Dia sudah mempunyai benih iman.
Aqidahnya sekadar sudah sah tetapi belum bererti yang aqidah itu sudah cukup
sempurna. lman itu perlu disuburkan dengan amal ibadah seperti bersembahyang,
berpuasa, berzakat, naik haji, berjuang dan berjihad, bersedekah, berkorban,
dengan mengikut segala perintah Allah dan dengan menjauhi segala larangan Allah.

Segala-galanya itu adalah merupakan baja kepada iman supaya ia menjadi subur
dan sempurna. Ia juga adalah merupakan air yang untuk menyuburkan iman. Tetapi
di sebaliknya, kalau sekiranya benih iman itu tidak ada, apakah dengan memberi
baja serta menyiram air boleh menyuburkannya? lbarat kalau di dalam tanah itu
tidak ada benih, apakah dengan kita menyiram air atau menabur baja, boleh
mencambahkan hingga menjadi pokok? Tentu mustahil kerana di dalam tanah itu
tidak ada benih, macam manalah pokok hendak tumbuh.
Samalah kalau iman belum bertapak disebabkan seseorang itu belum mengenal
Allah melalui 4 syarat tadi, bagaimana sembahyang boleh menyuburkan iman?
Begitu juga bagaimana berpuasa boleh menyuburkan iman? Seterusnya bagaimana
naik haji, berjuang dan berjihad serta Iain-lainnya boleh menyuburkan iman?
Bagaimana boleh ia subur sedangkan asas atau tapak imannya tidak ada.
Ertinya, dia boleh bersembahyang, boleh berpuasa, boleh naik haji, boleh berjuang
dan berjihad serta boleh melakukan-segala amal bakti tetap semuanya tidak dapat
memberi kesan kepada imannya kerana ia belum bertapak di dalam dirinya. Untuk
iman hendak bertapak, kita mesti mengenal Allah melalui 4 syarat itu, barulah iman
kita berbenih. Tetapi, apakah ia sudah cukup dan sempurna? Jawabnya, tidak. Ia
mesti disuburkan dengan bersembahyang, berpuasa, berzakat naik haji dan
membuat segala amal bakti yang lain.
Dengan demikian, iman kita akan menjadi sempurna hingga ia pergi kepada iman
ayyan atau iman orang soleh. Kemudian, manakala kita usaha-usahakan lagi hingga
menambah kesempurnaannya, maka ia boleh dipertingkatkan hingga kepada iman
haq dan iman haqiqah. Itulah yang dikatakan kesempurnaan iman. Dengan sebab
itulah kita katakan yang kalau seseorang itu sudah mengenal Allah setelah
menempuh 4 syarat tadi, baru sah imannya. Tetapi imannya itu belum cukup
sempurna. Dia baru ada tapak iman atau dalam lain-lain perkataan, asas iman
sudah dimilikinya. Tetapi kalau asas iman, itu tidak disempurnakan dengan amal
ibadah, ia masih Iagi dalam golongan mukmin 'asi atau mukmin yang masih
melanggar perintah-perintah Allah. Dia tetap juga masuk neraka kalau dosanya tidak
diampun. Cuma tidak kekal di dalamnya kerana aqidahnya sudah sah.

- DALIL NAQLI

- Abdul Hamid Al-Athari berkata:





Ia adalah perkara yang wajib dibenarkan dengan hati; dan tenteram ke
atasnya jiwa sehingga yakin dengan pasti; tidak bercampur dengannya
keraguan dan kesamaran. (Al-Wajiz Fi Al-Aqidah As-Salaf As-Soleh, hal. 30)

- Dalil Aqidah Islamiyah terdapat dalam ayat ayat Al Quran yang menya-
takan tentang ke Esaan Allah, seperti dalam surat Al Baqarah yang berbunyi:
Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melain
kan Dia, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.(Al-Baqarah 163)


Dari ayat diatas dapat dijelaskan bahwa Tuhan itu hanya satu yaitu Allah,
dan Dia Maha Esa yang berarti Maha Tunggal tidak ada yang menyamai, Dia
juga Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang pada hamba hambanya.

Kemudian ditambahkan didalam surat Al-araaf ayat 59 yang berbunyi :


Ertinya : Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu
selain-Nya (Al-raaf : 59)

-



- Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia, dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. (TQS al-Hasyr [59]: 7)



- (Dan) Tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan
sesuatu ketetapan (hukum) akan ada pilihan (hukum lain) tentang urusan
mereka. (TQS al-Ahzab [33]: 36)

-



- Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka
menjadikan kamu (Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka
perselisihkan. (TQS an-Nisa [4]: 65)

-



- Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya (Rasul) takut akan
ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (TQS an-Nur [24]: 63)
- Akidah Islam juga menuntut kewajiban menerapkan Islam secara sempurna.
Diharamkan menjalankan (hukum Islam) sebahagian sahaja dan
meninggalkan sebahagian lain, atau menerapkannya secara bertahap. Kaum
Muslim diperintahkan untuk menerapkan semua yang telah diturunkan Allah
kepada Rasul-Nya setelah turun firman-Nya:

-




- Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah
Kucukupkan nikmatKu kepadamu dan telah Kuridhai Islam menjadi
agamamu. (TQS al-Maidah [5]: 3)
- Kita tidak boleh membeza-bezakan hukum yang satu dengan hukum yang
lainnya. Seluruh hukum Allah adalah sama dalam hal kewajiban
pelaksanaannya. Oleh kerana itu Abubakar ra dan para sahabat telah
memerangi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat, kerana mereka
menolak melaksanakan salah satu hukum, yaitu hukum zakat. Disamping itu
Allah Swt mengancam orang-orang yang membeza-bezakan antara satu
hukum dengan hukum yang lain, atau orang-orang yang beriman terhadap
sebagian dari Kitabullah dan kufur terhadap sebagian lainnya. Mereka
diancam dengan kehinaan di dunia dan seksa yang pedih di akhirat
sebagaimana firman-Nya:

-




- Apakah kamu beriman kepada sebagian dari Kitab (Allah) dan ingkar
terhadap sebagian yang lain? Tiadalah balasan dari orang yang berbuat
demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada
hari Kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang amat berat. (TQS. al-
Baqarah [2]: 85) apa yang dilarangnya













AJARAN-AJARAN SESAT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
Ajaran sesat muncul dalam masyarakat Islam hasil daripada perancangan rapi yang
ditaja oleh musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk merosakkan agama Islam dan
mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam menerusi perbezaan dan
percanggahan fahaman.
Di negara kita, ajaran sesat memang telah dikesan sejak dahulu lagi dan
pengaruhnya meresap masuk ke dalam masyarakat Islam menerusi gerakan
batiniah atau yang bertopeng di sebalik nama tarikat-tarikat Sufiah yang dikenali di
kalangan masyarakat negara ini. Ajaran tersebut lazimnya bergerak secara
berkumpulan dan diketuai oleh guru atau pembawa ajaran itu yang dianggap
mursyid serta kononnya mempunyai martabat yang tinggi pada pandangan pengikut-
pengikutnya. Guru itu sendiri adakalanya menggunakan ilmu batiniah untuk
meyakinkan pengikut-pengikutnya seperti menunjuk kekebalannya, mengeluarkan
air dari jari, boleh merawat penyakit ganjil dan sebagainya.
Ada juga yang mendakwa boleh menghilangkan diri (ghaib) dari pandangan orang
ramai, pergi ke suatu tempat dalam sekelip mata, mikraj ke langit beberapa kali,
pergi bertemu Rasulullah SAW untuk menerima ajarannya, tidak pernah tidur
semenjak sekian lama, tahu niat hati orang lain terutama pengikut-pengikutnya dan
lain-lain lagi. Tujuannya berbuat demikian adalah untuk menarik kepercayaan orang
ramai supaya menjadi pengikutnya.Di Kelantan, kebanyakan ajaran sesat diseludup
masuk dari luar seperti negara jiran. Ajaran tersebut bergerak secara sulit dengan
mempengaruhi mereka yang jahil tentang ilmu agama. Selalunya taktik yang
digunakan untuk mempengaruhi pengikut ialah dengan mengemukakan pertanyaan-
pertanyaan untuk memerangkap kemudian membiarkan orang itu dalam keadaan
tertanya-tanya untuk beberapa ketika misalnya:-
1. Kenapa Allah SWT memfardukan sembahyang Zohor empat rakaat, tidak tiga
atau dua?
2. Apa maksud Ba dalam awal ayat Bismillahhirrahmannirrahim?
3. Apa Muhammad awal dan Muhammad akhir?

4. Nama Allah yang diketahui umum ialah 99, apakah nama Allah yang ke 100?
5. Apa makna Alif, Dal, Mim pada nama Adam atau Mim, Ha, Mim, Dal, pada nama
Muhammad?
Pertanyaan yang direka-rekakan itu menimbulkan rasa ingin tahu dalam hati orang
yang dipengaruhi itu kerana sebelum itu mereka belum pernah mendengar dari
mulut guru-guru agama atau alim ulama. Untuk mengetahui jawapan tersebut,
seseorang itu mestilah memenuhi syarat tertentu seperti berikrar tidak akan
mendedahkan rahsia pengajaran yang dianggap isi itu, mematuhi semua cakap dan
arahan guru tanpa membantah, dan lain-lain syarat lagi termasuk meminum air
jampi. Keengganan mematuhi syarat-syarat yang diberikan itu menyebabkan
seseorang itu dianggap tidak layak menerima ilmu yang disifatkan sebagai inti dari
segala agama. Begitulah cara yang selalu dilakukan oleh pembawa ajaran sesat
supaya ajarannya tidak bocor ke pengetahuan orang ramai yang dikira bukan
ahlinya.
Pengajaran biasanya dibuat di rumah pengikut atau di surau (balaisah) kepunyaan
kumpulan mereka sendiri, bukan di masjid sebagaimana yang lazim dilakukan oleh
guru-guru agama. Di sana mereka berkumpul dan mengadakan majlis zikir dan
pengajaran cuma diselit-selitkan sahaja atau diadakan pada waktu-waktu tertentu
setelah berpuas hati bahawa dalam majlis tersebut dan tidak ada orang luar yang
cuba menyamar untuk mencari rahsia. Jika dalam majlis tersebut ada orang yang
tidak dikenal atau disyaki, maka pelajaran langsung tidak akan diadakan bahkan
majlis tersebut bersurai begitu sahaja.
Satu-satunya pengajaran khusus yang disampaikan kepada individu tertentu tidak
boleh dimaklumkan kepada orang lain tanpa izin guru hatta sesama pengikutnya
sendiri. Alasannya ialah kerana darjah seseorang itu tidak sama dan mereka tidak
semuanya layak menerima ajaran yang kononnya isi itu kecuali kepada mereka
yang sesuai sahaja mengikut penilaian guru mereka sendiri. Pengajaran hanya
disampaikan secara lisan tanpa berpandukan kitab-kitab tertentu. Jika ada pun, buku
tersebut ditulis sendiri oleh guru berkenaan dan penggunaannya amatlah terbatas
supaya tidak jatuh ke tangan orang lain.

Guru ajaran sesat menggunakan berbagai muslihat untuk menundukkan
pengikutnya supaya patuh kepada segala arahan dan kehendaknya. Kesetiaan
pengikutnya diukur dengan pengorbanan yang dicurahkan terhadap guru. Semakin
banyak pengorbanan yang diberikan kepada guru semakin tinggilah pula
penghormatan guru terhadap pengikut berkenaan dan semakin rapatlah hubungan
mereka. Sebaliknya pula, sedikit pengorbanan yang diberikan mereka semakin
rendah dan jauhlah hubungannya dengan guru dan pengikut. Oleh itu tidak hairanlah
jika terdapat guru ajaran sesat memiliki kesenangan serta kemudahan yang
diperlukannya kerana itu semua diperolehi hasil dari pengorbanan pengikut setianya.
Bagi mereka, syafaat guru adalah merupakan suatu ganjaran yang amat diharapkan.

Di samping berusaha membentuk jiwa pengikut-pengikut supaya kasih dan taksub
terhadap ajaran yang dianuti, pembawa-pembawa ajaran sesat tidak lupa
mempengaruhi mereka supaya bersikap benci terhadap sesiapa jua yang cuba
menentang kegiatan mereka termasuk guru-guru agama, alim ulama, undang-
undang, pihak berkuasa agama dan lain-lain. Kononnya usaha suci mereka itu
ditekan dan dihalang oleh golongan yang tidak mahu kepada kebenaran. Segala
hujah yang dibawa oleh guru ajaran sesat untuk menegakkan kepalsuannya itu
memang diterima oleh para pengikutnya tanpa berfikir lagi. Dari sinilah lahirnya rasa
simpati terhadap diri guru mereka yang dianggap tidak bersalah itu.

Keadaan ini menimbulkan sikap memberontak dalam diri pengikut-pengikut ajaran
sesat terhadap pihak berkuasa alim ulama dan mereka lantas mengambil sikap
memulau segala program keagamaan yang ditaja oleh orang lain yang bukan dari
golongan mereka seperti kuliah-kuliah agama, perayaan agama, sembahyang
Jumaat, sembahyang jemaah di masjid atau surau, majlis perkahwinan dan
sebagainya. Sama ada disedari atau tidak, kumpulan penganut ajaran sesat itu telah
menggugat perpaduan masyarakat dan menjejaskan keharmonian hidup akibat dari
perbezaan pegangan ajaran agama antara mereka dan orang ramai. Pernah terjadi
krisis rumahtangga bila salah seorang dari pasangan suami isteri enggan menyertai
kumpulan tersebut. Demikianlah kesan yang wujud di dalam masyarakat akibat dari
pengaruh ajaran sesat yang merbahaya itu.

Tidak syak lagi gerakan ajaran sesat itu jika dibiarkan membiak akan mencetuskan
suasana yang menggugat keselamatan negara seperti apa yang berlaku di Batu
Pahat, Johor pada 16hb. Julai, 1980. Dalam peristiwa itu banyak nyawa telah
terkorban dan cedera apabila kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh seseorang
yang mengaku sebagai Imam Mahdi menyerang balai polis Batu Pahat. Motif
serangan itu adalah semata-mata menunjukkan kekuatan mereka sebagai pejuang
kebenaran kononnya, kerana terpengaruh dengan dakwaan ketua mereka bahawa
orang yang beramal dengan ajaran itu akan menjadi kebal. Peristiwa seperti itu tidak
mustahil akan berlaku lagi, jika masyarakat mengambil sikap tidak peduli terhadap
gerakan ajaran sesat yang berlaku di kawasan mereka.















REFLEKSI DAN KESIMPULAN.
Aqidah adalah suatu istilah untuk menyatakan kepercayaan atau keimanan yang
teguh serta kuat dari seorang mukmin yang telah mengikatkan diri kepada Sang
Pencipta. Makna dari keimanan kepada Allah adalah sesuatu yang berintikan tauhid,
yaitu berupa suatu kepercayaan, pernyataan, sikap mengesakan Allah, dan
mengesampingkan penyembahan selain kepada Allah.
Ajaran mengenai aqidah ini merupakan tujuan utama Rasul diutus ke dunia, yang
mana hal ini dinyatakan dalam Al-Quran, yang berbunyi:
Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu (Muhammad)
melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahwasanya tiada Tuhan (yang hak)
melainkan Aku, maka sembahlah Aku olehmu sekalian (QS. 21: 25)
Aqidah adalah suatu ketetapan hati yang dimiliki seseorang, yang mana tidak ada
faktor apapun yang dapat mempengaruhi atau merubah ketetapan hati seseorang
tersebut.Kata aqidah diambil dari kata dasar al-aqdu yaitu ar-rabth (ikatan), al-
Ibraam (pengesahan), al-ihkam (penguatan), at-tawatstsuq (menjadi kokoh, kuat),
asy-syaddu biquwwah (pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk (pengokohan) dan al-
itsbaatu (penetapan). Di antaranya juga mempunyai arti al-yaqiin (keyakinan) dan al-
jazmu (penetapan). Al-Aqdu (ikatan) lawan kata dari al-hallu (penguraian,
pelepasan). Dan kata tersebut diambil dari kata kerja: Aqadahu Yaqiduhu
(mengikatnya), Aqdan (ikatan sumpah), dan Uqdatun Nikah (ikatan menikah).
Allah Taala berfirman, Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-
sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu
disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja (Al-Maa-idah : 89).
Aqidah ertinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil
keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan
dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan
diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id.
Secara terminologi, juga dijelaskan bahawa Aqidah merupakan perkara yang wajib
dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerananya, sehingga menjadi suatu
kenyataan yang teguh dan kokoh, yang tidak dicampuri oleh keraguan dan
kebimbangan.
BIBLIOGRAFI

- Mohamad Dhiyauddin bin Abdul Kadir, 8 Mei 2011 (Pengenalan Akidah Islam-
Mengenal Akidah Islamiyyah) diambil dari
http://addienblog.blogspot.com/2011/05/pengenalan-akidah-islam-mengenal-
akidah.html

- Suprapto, 2009 (Akidah Islam Menurut Hassan Al-Banna) diambil dari
http://digilib.uin-suka.ac.id/3639/1/BAB%20I,V.pdf

- Mizan Osman, 26 September 2012 (Aqidah dan Hubungannya dengan Al-
Din) diambil dari http://abuelwaiz.blogspot.com/2012/09/1-aqidah-dan-
hubungannya-dengan-al-din.html

- Buku Mengenal Hizbut Tahrir, 06 Oktober 2011 (Dalil tentang akidah islam)
diambil dari http://creative-dfebrian.blogspot.com/2011/10/dalil-tentang-
akidah-islam.html

- Muhammad Abduh, Risalah Tauhid, Bulan Bintang, 1979 hlm. 37-41

- Dalil Aqli Tentang Agama Islam, 5 Disember 2008 diambil dari
http://smkn1geger.blogspot.com/2008/12/dalil-naqli-tentang-aqidah-islam.html

- Abu Anas Madani, 13 November 2013. (Kenali & Jauhi Ajaran Sesat Di
Malaysia) diambil dari http://www.abuanasmadani.com/?p=2176

- Is Levis, 13 Julai 2013 (Mengenali ajaran sesat di Malaysia) diambil dari
http://khalic.com/mengenali-ajaran-sesat-di-malaysia/

- Pengertian Aqidah, Iman dan Dalil-dalilnya, 8 Julai 2009 diambil dari
http://compaq40.wordpress.com/2009/07/08/pengertian-aqidah-iman-dan-
dalil-dalilnya/

- http://www.freewebs.com/badli/Uniten/Bahan%20Ngajar/ISLF103/A1.AKIDAH
%20ISLAM.pdf

Anda mungkin juga menyukai