Anda di halaman 1dari 15

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH
SMA IHYA UL ULUM AD DINIAH
21 22 JULAI 2016

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) merupakan aktiviti yang pertama
kali dianjurkan.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang
pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu
memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan
menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang
perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai
permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
2. LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota
perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti
yang telah dirancang.
Pada tahun 2016, dijangkakan sejumlah 74 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Kadet Remaja
Sekolah ini. Program ini akan melibatkan sejumlah 7 orang guru penasihat KRS bagi melaksanakan
pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, reakrasi,dan kerohanian dalam perkhemahan. Pada tahun ini,
perkhemahan hanya dilaksanakan pada peringkat dalaman sahaja.
3. RASIONAL
3.1

Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat setiakawan, disiplin yang tinggi
dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

4. OBJEKTIF
4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya
saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar
mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam
serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.
4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran,
kebolehan mengurus dan memimpin
4.6 Melahirkan KRS SMA Ihya Ul Ulum Ad Diniah yang memiliki tahap disiplin yang tinggi
4.7 Meningkatkan keyakinan diri setiap ahli KRS SMA Ihya Ul Ulum Ad Diniah untuk berhadapan
dengan cabaran.
4.8 Mewujudkan semangat berpasukan, jati diri dan mewujudkan perkembangan sahsiah, akhlak
mulia di kalangan KRS SMA Ihya Ul Ulum Ad Diniah.

5. KONSEP PERKHEMAHAN
5.1 Pemantapan kumpulan ( Pengagihan peserta kepada 3 platun dan Memasak berkumpulan
5.2 Pertandingan ( Kawad kumpulan /platun, Binaan Gajet, Pertandingan Persembahan s setiap
kumpulan
5.3 Khidmas ( Gotong royong membersih kawasan perkhemahan )
5.4 Kerohanian dan moral ( Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
6. PERANCANGAN & PELAKSANAAN
6.1- Perkhemahan
-Tarikh:
-Hari:
-Tempat:

21/07/2016 hingga 22/07/2016


Khamis - Jumaat
SMA IHYA UL ULUM AD DINIAH

6.2- Pasca Perkhemahan


-Mesyuarat penilaian program
-Laporan program
7. AKTIVITI PERKHEMAHAN KRS
7.1

AKTIVITI BUKAN PERTANDINGAN


-Membina Logo Kumpulan
-Riadah
-Solat Berjemaah
-Ice -Breaking
-Pertolongan Cemas
- Ikatan & Simpulan
- Kompas

7.2

PERTANDINGAN ANTARA KUMPULAN/PLATUN


- Ikatan & Simpulan
- Jelajah Minda ( Explorace/Kompas)
- Pertandingan Kawad Kaki ( Kumpulan )
- Khemah Terbaik
- Ketua Platun Terbaik

8. PEMARKAHAN AKTIVITI
8.1- Setiap aktiviti akan menyumbangkan mata kepada platun/ Kumpulan
8.2- Pecahan mata adalah seperti berikut:
Pertama
10 mata
Kedua
7 mata
Tempat ke-3
5 mata

9. SENARAI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN


9.1 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat:
Tn.Hj. Abd Hamid Bin Zakaria ( Pengetua )
Pengerusi:
En. Azlan Hafith Bin Baharudin ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum )
N.Pengerusi: Pn. Azliyanis Binti Zainol ( Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
En.Pisal Bin Abu Sepian (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Setiausaha:
En. Khairul Anuar Bin A Razak ( Setiausaha Kokurikulum )
N.Setiausaha: En. Omar Bin Saad (N.Setiausaha Kokurikulum)
9.2 JAWATANKUASA PELAKSANA
KOMANDER KEM
- En.Mohd Salleh Bin Abdullah
TIMBALAN KOMANDER KEM
- En. Khairul Anuar Bin A Razak
AJK MAKANAN / MINUMAN & SAJIAN
- Pn. Norasiawatibinti Muslim
AJK RIADAH, RAWATAN & DISIPLIN/KESELAMATAN
- En.Omar Bin Saad
AJK AKTIVITI PERKHEMAHAN
- En.Khairul Anuar Bin A Razak
- En.Mohd Salleh Bin Abdullah
AJK PERALATAN, LOGISTIK & SIAR RAYA
- En.Husnin Bin Ahmad
AJK DOKUMENTASI & FOTOGRAFI
- Pn.Irzuany Rosliana Binti Shah Bany
AJK SIJIL, HADIAH & CENDERAMATA
- Pn.Rosidah Binti Mehad
- Pn.Azliyati Binti Zainol
PERASMIAN PENUTUP
-Tn.Hj Abd Hamid Bin Zakaria ( Pengetua SMA Ihya Ul Ulum Ad Diniah)
9.3 PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
-Rujuk Lampiran 1

8. SASARAN
Semua Ahli KRS Lelaki SMA Ihya Ul Ulum Ad Diniah

9.
10.

JADUAL PERKHEMAHAN
Rujuk Lampiran 3
KEWANGAN
10.1- Sumber Kewangan
-Peruntukan Ko-Kurikulum (BKK)
-Bantuan Tambahan Persekolahan (BTP)
10.2- Cadangan Perbelanjaan
BIL
PERKARA
1
Tali Rafia
2
Belerang
3
Air Mineral
4
Minuman/ Makanan
5
Hadiah Pertandingan
6
Perbelanjaan Luar Jangka
7
Sijil sijil Penyertaan Peserta KRS
8
Kompas

UNIT
10 x RM 2.50
4 X RM 9.00
5 x RM 40.00
35 x Rm 2.00
5 x RM 40.00

JUMLAH

JUMLAH
RM 25.00
RM 20.00
RM 36.00
RM120.00
RM200.00
RM100.00
RM 70.00
RM 200.00

RM 771.00

RINGGIT MALAYSIA: TUJUH RATUS TUJUH PULUH SATU SAHAJA


11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang ini dapat dilaksanakan. Semoga cadangan program
Perkhemahan KRS Peringkat Sekolah 2016 mendapat sokongan dan kerjasama daripada guru-guru,
kakitangan dan murid-murid.

Disediakan oleh:

.
(AZLAN HAFITH BIN BAHARUDIN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMA Ihya Ul Ulum Ad Diniah
Simpang Empat
Alor Setar Kedah
Disahkan oleh:
.
(ABD HAMID BIN ZAKARIA)
Pengetua
SMA Ihya Ul Ulum Ad Diniah
Simpang Empat
Alor Setar Kedah
LAMPIRAN 1

PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KRS SMA IHYA UL ULUM AD DINIAH
1. Urus Setia Perkhemahan & Penyelaras Program
-Diketuai oleh seorang individu sebagai koordinator bagi menyelaraskan sebelum program perkhemahan
dan sepanjang aktiviti perkhemahan berlangsung.
-Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan antara Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pengelola
-Menguruskan aktiviti pra perkhemahan seperti pengurusan tapak perkhemahan, berhubung dengan
pentadbiran sekolah dan merancang pembentukan jawatankuasa pelaksana program
-Mengelolakan mesyuarat pengurusan di peringkat Jawatankuasa Induk
-Menguruskan mesyuarat di peringkat Jawatankuasa Pelaksana bersama Komander Kem dan AJK
-Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga
-Menyediakan jadual aktiviti, buku program dan borang pertandingan aktiviti serta menyerahkan
dokumen tersebut kepada AJK Dokumentasi untuk cetakan.
-Menyediakan senarai semak perkhemahan, pendaftaran murid & tanda nama (jika perlu)
-Menentukan bilangan dan nama guru yang terlibat sebagai hakim bagi aktiviti pertandingan
-Mengendalikan aktiviti Ice Breaking & Kerohanian
-Mengendalikan Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan
-Menyediakan laporan program selepas aktiviti perkhemahan
2. Komandan Kem: bertanggungjawab
-Mengetuai pengurusan kem dan pelaksanaan aktiviti perkhemahan
-Menyusun aktiviti dan tentatif program untuk perkhemahan ini berdasarkan persetujuan
-Memberi taklimat kepada pegawai bertugas, guru & peserta
-Menyediakan laporan harian dengan bantuan pegawai bertugas dan urus setia
-Mengadakan mesyuarat dan penyelarasan sebelum dan semasa perkhemahan
-Mencadangkan keperluan aktiviti perkhemahan dan anggaran perbelanjaan
-Memantau keselamatan, kebajikan dan kesihatan seluruh ahli perkhemahan pada setiap masa
-Membuat keputusan-keputusan penting bersama Urus Setia dan guru-guru.
3. Dua Orang Timbalan Komandan: bertanggungjawab
Membantu tugas-tugas Komandan Kem
Menjalankan tugas yang diarahkan Komandan
Timbalan Komandan 1 bertanggungjawab terus kepada peserta dan pegawai lelaki manakala
- Timbalan Komandan 2 bertanggung jawab terus kepada pegawai dan peserta perempuan.
4. Jawatankuasa Makanan/Minuman & Sajian
-Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat
-Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi
-Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan
-Menentukan menu harian & giliran bertugas AJK
-Mengambil tindakan atas aduan tentang makanan/minuman
-Menentukan lokasi penyediaan makanan & masakan
-Menyediakan anggaran perbelanjaan dan pembelian barangan mentah
5. Jawatankuasa Riadah, Rawatan & Disiplin/Keselamatan
-Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan
-Memohon pihak kesihatan membuat fogging kawasan
-Menyediakan kenderaan sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan
-Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas
-Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang dijalankan.
-Mengendalikan aktiviti riadah dan senamrobik selepas perbarisan pagi
-Sentiasa memberi perhatian terhadap disiplin dan keselamatan murid sepanjang aktiviti perkhemahan
berlangsung.

-Mengambil langkah awal dan tindakan kontijensi sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan di
kawasan perkhemahan
-Memastikan Pengawal Keselamatan Sekolah sedia maklum tentang program perkhemahan.
6. Jawatankuasa Dokumentasi & Rakaman Foto / video
-Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
-Membuat rakaman video keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
-Mencetak borang pertandingan, buku program dan menyerahkannya kepada Urus Setia
-Membantu Urus Setia semasa aktiviti pendaftaran dan perasmian penutup
7. Jawatankuasa Peralatan, Logistik & Siar Raya
-Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan
-Menyediakan senarai semak keperluan alatan perkhemahan
-Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan
-Memastikan alatan perkhemahan selamat digunakan
-Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup
-Menyediakan peralatan siar raya yang secukupnya (walkie talkie & loud haler)
-Menyediakan petugas siar raya semasa majlis penutup perkhemahan
8. Jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan
-Merancang & melaksanakan aktiviti / rutin (pertandingan dan bukan pertandingan)
-Membantu menjalankan aktiviti Ice Breaking & Kerohanian
-Menyediakan/ menanda tapak perkhemahan mengikut platun dan jantina
-Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa
-Memastikan tapak perkhemahan bersih
-Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan
-Menyediakan tanda arah lokasi seperti tandas, tempat berhimpun, tempat memasak, kawasan
laluan, kawasan kawad dan lain-lain
-Memastikan tempat penginapan sesuai untuk guru bertugas sepanjang perkhemahan.
-Mencadangkan tapak lokasi pembuangan sampah
-Menyediakan plastik-plastik khas di tandas peserta perempuan
9. Jawatankuasa Sijil, Hadiah dan Cenderamata
-Menyusun tempahan hadiah
-Menguruskan cenderamata VIP dan hakim
-Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pertandingan dan sijil pemenang (1, 2 & 3)
-Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah
-Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada Urus Setia
-Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah
-Memastikan penerima bersiap sedia awal
-Menguruskan murid untuk menerima hadiah
-Menyediakan anggaran perbelanjaan dan menyerah bil pembelian kepada bendahari

LAMPIRAN 2

SENARAI PESERTA PERKHEMAHAN KRS 2016

BIL

NAMA

JANTINA

1.
2.
3.
4.

TINGKATAN

5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
LAMPIRAN 3
JADUAL PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH
HARI KHAMIS (21 JULAI 2016)
MASA
03:00 petang

AKTIVITI
Pendaftaran Peserta
Berkumpul Dalam Kumpulan

TINDAKAN / PERHATIAN
- Urus Setia
-Komander Kem & Timb.Komander Kem
-Semua Guru & KRS

03:30 petang

04:30 petang

06:30 petang

09:00 malam

12:00 malam

Taklimat Ringkas Perkhemahan


Perbarisan
Pengurusan Khemah & Peralatan
Taklimat Disiplin
Solat Asar
Minum Petang
Slot Ikatan/Simpulan
Makan Malam / Pengurusan Diri
Solat Maghrib & Bacaan Yasin
Solat Isyak
Aktiviti Ice- Breaking
Bina Logo Kumpulan
Slot Pertolongan Cemas
Minum Malam
Kawad Malam
Pemeriksaan Khemah
Tidur

-Komander Kem
-AJK Aktiviti Perkhemahan & AJK Peralatan
-AJK Riadah, Disiplin
-AJK Riadah, Disiplin
-Semua Guru & KRS
-AJK Aktiviti
-AJK Makanan/Minuman
-Urus Setia & AJK Aktiviti
-Semua Guru & KRS
-AJK Aktiviti
-Semua Guru & KRS
-AJK Aktiviti

HARI JUMAAT (22 JULAI 2016)


MASA
04:00 pagi

07:00 pagi
07:30 pagi
08:00- 9.10
pagi
09:15-10.25
pagi
10:30- 12.00
Tgh Hari
12.00Tgh Hari

AKTIVITI
Bangun Pagi/Persiapan Diri
Qiamulail
Solat Subuh
Sarapan Pagi

TINDAKAN / PERHATIAN
-Semua Guru & KRS

-Komander Kem
-AJK Makanan/Minuman
-Semua Guru & KRS
-Komander Kem
-AJK Riadah

Perbarisan
Senamrobik
Slot Orientering

AJK Aktiviti

Pertandingan Explorace/Kompas

Pertandingan Kawad Kaki


Berkumpulan

Persiapan Diri/Solat Jumaat


Makan Tengah Hari

Pertandingan Pembinaan Gajet

Mengemas Khemah & Menyimpan


Peralatan
Pembersihan Tapak Perkhemahan

-Semua Guru & KRS

3.00 Ptg

4.30 Ptg

Hakim 1 : Pn.Azliyati
Hakim 2 :Pn.Irzuany
Hakim 3 :Pn. Rosidah
Hakim 1: En.Khairul Anuar Bin A Razak
Hakim 2 : En. Husnin Bin Ahmad
Hakim 3 : En.Omar Bin Saad

Hakim 1 : Pn. Norasiawati Binti Muslim


Hakim 2 : En.Mohd Salleh Bin Abdullah
Hakim 3 : En. Muhammad Najmuddin Bin Ishak
-Semua KRS

5.00 Ptg

Majlis Penutup
1. Ucapan Pengacara Majlis
2. Bacaan Doa
3. Ucapan Perasmian Penutupan oleh
Tuan Pengetua
4. Penyampaian Hadiah
5. Bersurai

10

-Semua Guru & KRS

11:00 pagi

Majlis Penutup
6. Ucapan Pengacara Majlis
7. Bacaan Doa
8. Ucapan GPK Kokurikulum
9. Ucapan
Perasmian
Penutupan
Pengetua
10. Penyampaian Hadiah
11. Bersurai

-Urus Setia
-AJK Aktiviti Perkhemahan
-AJK Sijil, Hadiah & Cenderamata
-Semua Guru & KRS

LAMPIRAN 4
GARIS PANDUAN PERKHEMAHAN KRS SMA IHYA UL ULUM AD DINIAH
1. PENGANGKUTAN
Perjalanan Pergi-Balik diurus oleh ibu bapa penjaga murid
2. MAKAN MINUM
Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum

11

3. PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA


PEGAWAI:
Pakaian uniform masing-masing/ Pakaian yang bersesuaian
PESERTA:
Pakaian T-Shirt dan uniform masing-masing
PAKAIAN AKTIVITI:
T-Shirt Hijau KRS atau T-Shirts sukan sekolah sahaja
TUDUNG:
Berwarna hitam atau hijau sahaja
KASUT:
Sukan sahaja
4. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
4.1SEKOLAH

Khemah peserta

Peti pertolongan cemas

Borang pendaftaran yang lengkap

Surat Kebenaran Waris

Peralatan masak (Hanya: tong gas, dapur, periuk, belanga dan cerek disediakan)

Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan (gergaji, cangkul, tali, parangdan yang berkaitan)
4.2 PESERTA

Pakaian unit uniform sendiri

Seluar dan T.Shirt secukupnya

Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut

Pakaian Ibadah

Peralatan peribadi

Ubatan Peribadi

Pinggan, gelas, ( plastik ) sudu


5. HADIAH

Johan Kumpulan

Naib Johan Kumpulan

Tempat Ketiga

Peserta Terbaik lelaki (1)

Peserta Terbaik Perempuan (1)

Khemah Terbaik

Sijil Penyertaan

LAMPIRAN 5
1. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN
1.1

ARAHAN UMUM

Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan


dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan

12

Arahan yang dikeluarkan oleh Komandan Kem / Timbalan Komandan Kem / Pihak Urus
Setia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa
perkhemahan
Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja
mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan
Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali
mendapat kebenaran bertulis dari Komander Kem atau pegawai perubatan yang bertugas
Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan
dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urus
setia
Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah.
Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan
Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan

1.2.

KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

Hanya Komander Kem, Timbalan Komander Kem & AJK sahaja dibenarkan
menggunakan walkie talkie untuk pengurusan perkhemahan

Bagi memastikan keberkesanan aktiviti semua jenis perhubungan luar diputuskan.

Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan
selepas mengisi borang yang disediakan

PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone semasa


perkhemahan

1.3

KESELAMATAN: UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak .

Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti
dengan arahan / arah pergerakan

PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.


LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUS SETIA DENGAN
SEGERA

1.4

KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA

Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah
ditetapkan

Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda

Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang

Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem /


Seumpamanya.

Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12 tengah
malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang kecemasan atau
diringi oleh pegawai

1.5

PAKAIAN / NAME TAG:


Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut aktiviti
serta arahan semasa yang telah ditetapkan
-

Semasa Pertandingan

13

2.

Semasa Aktiviti
Semasa Sukan dan Riadah
Semasa Aktiviti Kerohanian
Semasa Majlis Perasmian Penutup

PERATURAN PERBARISAN: (tepati masa)


3 Bentuk Perbarisan :
a. Perbarisan Keseluruhan Anggota Perkhemahan - Tindakan Kem Komandan
b. Perbarisan Platun
- Tindakan Ketua Platun
c. Berbaris mengikut aktiviti yang telah ditetapkan
Perbarisan pagi/ Sebarang aktiviti utama dikelolakan oleh Kem Komandan mengikut kaedah Doa ,
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu KRS dan Melapor (Ketua Platun melaporkan kekuatan
anggota kepada Kem Komanden atau Timbalan Kem Komanden)

3. PERATURAN KEBERSIHAN:
Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan perkhemahan
atau sekitarnya
Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama\
Bagi kaum wanita sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum dibuang
ditempat yang sepatutnya.
4. PERATURAN KELUAR MASUK
Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam buku keluar
masuk serta dimaklumkan kepada Komender Kem dan Urus Setia
Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan kem
Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen dan tujuan yang
sah dari ketua platun masing-masing

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH
SMA IHYA UL ULUM AD DINIAH,KM 12,SIMPANG 4 06650
ALOR SETAR,KEDAH DARULAMAN

SURAT KEBENARAN WARIS MENYERTAI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH 2016

14

1. Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga
Nama:______________________________________________________No.KP:___________________
Alamat
Rumah
______________________________________________________________________
No. Tel. Rumah : __________________________ No. H/Phone

: ________________________

2. Maklumat Murid
Nama:______________________________________________________No.KP:__________________
No Surat Beranak :________________________ Kelas: ____________________________________
Dengan ini saya mengizinkan anak/ jagaan saya mengikuti Perkhemahan Unit
Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah yang akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh
Masa
Tempat

: 28/07/2016 hingga 30/07/2016


: 3.00 Petang 28/07/2016 hingga
12.00 tengahari/ 30/07/2016
: SMA IHYA UL ULUM AD DINIAH

Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa perkhemahan, maka


saya dengan sepenuh hati membenarkan
guru/pihak
pengurusan
perkhemahan
menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan
rawatan perubatan terlebih dahulu
dan saya juga berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah dan apa-apa
tindakan lain jika berlaku kepada anak/ jagaan saya.
Yang benar,

( Tandatangan Ibu/ Bapa/ Penjaga )

Tarikh :

Disahkan oleh,
..
( Tandatangan Guru Besar dan Cop Rasmi)

15

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai