Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGARAH IPG KAMPUS DARULAMAN SEMPENA MAJLIS BERSALAMAN. Bismillahirrahmanirrahim, Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Yang berusaha . 1) Pengerusi sambutan 2) Ketua-ketua jabatan. 3) Ketua-katua unit. 4) Pensyarah-pensyarah kanan. 5) Para pensyarah 6) Staf-staf bukan akademik, Exco-exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta warga dewan sekalian.

Assalamualaikum , salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam ramadhan.

Hadirin yang saya muliakan, Pertamanya marilah kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita smam-sama berkumpul di dalam Dewan Besar IPG Kampus Darulaman yang serba indah ini bagi sama-sama kita menjayakan Majlis Salam Aidlfitri Seperti yang sedia maklum, ramadhan bakal melabuhkan tirainya seminggu lagi. Oleh itu dikesempatan yang ada, saya mengambil peluang mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga IPG Kampus Darulaman. Semoga ramadhan pada kali ini lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.

Pelajar-pelajar sekalian,

Tanpa kita sedari sebenarnya, ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Oleh itu, saya menyeru pada semua dan diri saya agar mengambil kesempatan yang ada untuk sama-sama mengimarahkan ramadhan kali ini. Semoga kita mendapat kerahmatan, keredhaan dan keampunan dariNya. Tanamlah rasa keinsafan dan pupuklah azam serta kesungguhan dalam diri kita untuk menuju ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya kita lebih beruntung dan bertuah kerana masih dapat mengecapi kehidupan yang jauh lebih sempurna, selesa dan bebas. Hari raya merupakan satu kemenangan bagi umat islam. Kemenangan ini lebih besar ertinya bila kita berjaya melaksanakan transformasi diri ke arah menjadi insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi sesuai dengan peranan kita sebagai pembimbing dan menjadi contoh terbaik kepada semua.

Pelajar-pelajar sekalian,

Pada hari raya yang bakal menjelma, diingatkan kepada semua pelajar agar berhati-hati ketika pulang ke kampung. Ingatlah orang yang tersayang, hati-hati di jalan raya. Selamat pulang ke kampung halaman. Kepada semua warga ipda yang akan pulang ke kampung halaman berhari raya, rancanglah perjalanan dengan baik dan pastikan periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Patuhilah undang-undang lalulintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali .

Akhirnya, ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain. Anggaplah kehadiran Aidilfitri ini umpama biduk yang menautkan kembali kiambang di permukaan tasik. Sebelum mengakhiri kalam, saya akhiri dengan serangkap pantun,

Anda mungkin juga menyukai