Anda di halaman 1dari 21

Definisi

Kebudayaan

keseluruhan

cara hidup manusia. Cara berfikir serta daya ciptaan Kehendak biologi kemasyarakatan serta alam sekeliling Sesuai dengan jasmani rohani

Bidang-bidang budaya
- Fikiran/idea
- Kebendaan

- Kesenian
- Nilai dan norma

Kepentingan kebudayaan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

berperanan

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa.

Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?


Satu

dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.

Ini

disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg menekankan kebudayaan kaum shj (MCA-Cina, UMNOMelayu)dan penekanan yg lebih kpd kemajuan ekonomi.

Objektif
1. Mengukuhkan perpaduan bangsa negara melalui kebudayaan. dan

2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. 3. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.
7

Masyarakat

Malaysia saling menerima budaya antara satu sama lain. Contohnya, orang bukan Melayu seperti orang Cina dan India termasuk kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti Kadazandusun dan Murut, Iban dan Dayak telah menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Selain itu, kelihatan taman-taman perumahan, terdapat penempatan yang sama untuk semua etnik yang pastinya keadaan ini akan menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempat.

Rumah

terbuka biasanya diadakan oleh setiap rakyat pada musim perayaan. Semasa rumah terbuka diadakan, setiap golongan etnik akan saling mengunjungi tanpa mengambil kira perbezaan bangsa dan agama. Sebagai contohnya, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain.

PLKN

menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tanpa mengira kaum dan agama. Modul Kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum.

Sekolah

Wawasan yang menempatkan dua atau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar, tetapi pentadbiran terletak dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan sebagainya telah menyediakan peluang bagi pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi melalui pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan perkembangan sekolahnya.

Terdapat

5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu : Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Bahasa

kebangsaan negara Malaysia ialah Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa kebangsaan ini adalah sangat penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbeza dari segi bahasa ibunda, etnik, kebudayaan, agama dan kedudukan ekonominya. Penggunaan bahasa kebangsaan ini telah menjadi alat komunikasi bagi semua kaum dan menjadi satu ciri persamaan antara mereka sebagai unsur utama pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Di

institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT), persatuan-persatuan dan kelab-kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contohnya, aktiviti Pesta Angpau yang dijalankan dalam institusi bukan lagi disertai oleh mahasiswa Cina sahaja, malahan turut disertai oleh mahasiswa India dan Melayu.

Dari

aspek kepimpinan pelajar, ternyata tidak didominasikan oleh sesuatu kaum sahaja tetapi turut sama dianggotai oleh pelbagai kaum dalam Majlis Perwakilan Pelajar.

Visi

dan misi Rukun Tetangga adalah untuk membantu memupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta beridentiti sendiri dengan motonya Bersatu Terus Maju dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Objektifnya ialah memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasardasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Tetangga.

Jawatankuasa

Rukun Tetangga di seluruh negara telah menjalankan sebanyak 36,029 aktiviti dalam pelbagai aspek. Dari aspek sosial, mereka melakukan amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan sebagainya. Dari segi pendidikan, mereka mengadakan pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus kepimpinan, tuisyen, ceramah dan sebagainya.

Di

samping itu, mereka juga mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka, larian amal, permainan bola sepak, bola baling, sukan air, sukan tradisional dan sebagainya. Dari segi kesenian dan kebudayaan, mereka mengadakan kelas seni tari, kraf tangan, singa, pertunjukan pentas dan lain-lain. Dari aspek ekonomi, mereka mengadakan projek tanaman secara hidroponik, ternak ikan air tawar dan membuat air lada.

Dari aspek keselamatan pula, mereka mengadakan rondaan sukarela, mengesan dan melapor isu-isu perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik. Kesemua aktiviti yang dijalankan ini bukan memanfaatkan diri sendiri malahan memenuhi tujuan utama Rukun Tetangga iaitu membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan di peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Terima

kasih..

Anda mungkin juga menyukai