Anda di halaman 1dari 70

Pendahuluan

Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Pendidikan adalah merupakan kepentingan kepada negara dan mempunyai peranan


yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum dan dalam usaha
pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
usaha untuk membangunkan generasi alaf baru selaras dengan hasrat yang terdapat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan negara memerlukan
pelbagai usaha yang strategik agar boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-
cabaran abad ke-21.

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya


dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapai oleh rakyat Malaysia.
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu
sudah wujud dan dibincangkan tetapi perkembangan semasa dijangka lebih hebat dan
kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran
tersebut adalah seperti melibatkan usaha untuk pembangunan rohani, akhlak, sosial,
politik, sains dan teknologi. Sistem pendidikan negara juga tidak terlepas daripada
cabaran semasa yang memerlukan tindakan secara holistic agar masyarakat
memperoleh mutu pendidikan yang setara dangan masyarakat di negara luar.

Para pendidikan perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa
depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristic, maka kta hendaklah
mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan
supaya berupaya menjadi masyarakat industeri, mampu bersaing dalam system
ekonomi yang global, bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa
bertambah canggih, boleh menggunakan computer sebagai keperluan urusan harian
limpahan maklumat segajat. Kita perlu melahirkan benerasi berilmu untuk berfikir,
bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global
dan teklonogi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan
perubahan masa kini.
Perkembangan semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya
masyarakat, gejala sosial yang kian membara dan kemajuan teknologi seharusnya
berjaya ditangani dan menjadi indicator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan
yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,
semangat patriotik dan memelihara perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai
bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang
boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada abad
ke-21.

1. Integrasi Nasional

1.1 Definisi
Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas (1993), integrasi nasional
bermaksud Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu
wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira
agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang,
sejarah dan nilai.

1.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional


Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera,
Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari
segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan
cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik
tersebut. kejadian tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan
konflik tentang integrasi nasional di negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan
kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi
mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan
mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan
Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut
dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia.
Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara
(Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2005).

1.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional


Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita, kerajaan
mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:

1.3.1 Perbezaan dalam agama dan budaya.


Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang
berlainan. Setiap kaum pula mempunayai adat resam, bahasa
kesenian, budaya dan system nilai yang berbeza. Masing-masing
kurang mengenali dan memahami serta sering kali menganggap
mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk
sangkayang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

1.3.2 Dasar penjajah British.


Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang
menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan
keselamatan mereka sendiri. Penjajah sengaja menentukan status
dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara
kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negative yang
kukuh antara rakyat tempatan yang berlainan etnik.

1.3.3 Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan


Laporan Razak yang diadakan pada tahun 1956 telah menyebut
bahawa tidak wujud satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu.
Pada masa itu, setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang
berkiblatkan ke negara nenek moyang mereka, justeru tidak terdapat
bahasa penghantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi
jurang pergualan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan
menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesame rakyat di
samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza
tanpa memperdulikan pembentukan warganegara yang beridentitikan
satu negara.
1.3.4 Amalan ekonomi yang berlainan
Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami
kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan
yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan etnik yang berlainan jenis dan rasa serta mengakibatkan
perpaduan negara terancam.

1.3.5 Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik


Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasar bangsa,
kaum dan etnik tertentu telah memperkuat identiti sesuatu kumpulan
dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan
hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu
sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga
memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan
hak keistimewaan sehingga memburukkan masalah perpaduan.
Melalui pendidikan, pembinaan nagara bangsa bermatlamat
untuk melahirkan murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik,
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai
sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak
ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Dalam
PIPP, Teras Membina Negara Bangsa memberi fokus ke pada empat
perkara utama iaitu:
Memperkasa Bahasa Kebangsaan
Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.
Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam
Hadhari.
1.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan
semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk
modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi,
intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh
Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang
bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk
menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan
kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat


bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni


dalam semua mata pelajaran.

Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di


sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.

Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

1.4.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


Tiga jenis sekolah, iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) yang terlibat
dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:
i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis
sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.

ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan


toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah

iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-


sama secara maksimum.
Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang
disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di
bawah:
Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik
Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan
Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum
Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial
Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik

1.4.2 Konsep 1 Malaysia


Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling
penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan
negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan
etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web
peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan
sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi
negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini
diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika
idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi
destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke
arah destinasi itu.
Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1
Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam
pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini
mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk
bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan
adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja
dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan
antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen
penting bagi sebuah negara demokratik di mana semua orang di negara ini
layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang.
Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi
masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di
negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam
mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai
wawasan 2020.

1.5 Pendemokrasian Pendidikan


Definisi
Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang
untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-
bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka
untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di
samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan,
melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja
merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan
di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966)
pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk
semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan
sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup
yang lebih baik.

1.5.1 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan


Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan
pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan
berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik,
status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar
bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan
infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar
dari sekolah-sekolah luar bandar juga
1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan
Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran
untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang
pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan
juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar
berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal.
Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang
dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan
percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan
sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik,
sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah
kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari
kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang
kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat
pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-
kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan
Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah
dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan
rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa
sihat. perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan
mereka untuk mencapai akademik yang cemerlang

1.5.3 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan


Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat
pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama
diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosio-
ekonomi, latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka
dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan mencapai
kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guru-guru perlu adil
dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar
daripada pelbagai kumpulan etnik.
1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO
Pengenalan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah
satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk
membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan
menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.
Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu
dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar untuk mengetahui, (2) belajar
untuk melakukan, (3) belajar untuk menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup
bersama.
1.6.1 Belajar Untuk Mengetahui
Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam
proses pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti
memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya
memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga
sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa
depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui
komunikasi dan interaksi yang mana akan membantu seseorang itu
mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar untuk mengetahui melibatkan
proses pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan, kemahiran
mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang
menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk
mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang
lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu memperkenalkan kemahiran-
kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan yang baru.

1.6.2 Belajar Untuk Melakukan


Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat
melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan
membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam
dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses
pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada
persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu
mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah
diperolehinya. Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran
interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran
menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam menentukan
belajar untuk melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk
Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan
pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal
dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan
pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan
yang terbaik.

1.6.3 Belajar Untuk Menjadi Apa


Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan
seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari
segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang
untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh
berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang
terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka
dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil.
Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang
menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar,
kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat
mereka dan seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran yang
dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa
dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang
diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia
yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui
kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran
berasaskan projek.
1.6.4 Belajar Untuk Hidup Bersama
Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting arena
tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu
menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu
mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip
demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya,
toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin
hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya
semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah
dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk
mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman.
Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar
Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan bekerjasama
dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.

1.6.5 Cabaran kepada guru


Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti
mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi
cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses
pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka,
bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang
berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan
menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual,
kepercayaan dan agama.

1.6.6 Cara guru menangani cabaran


Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama
dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian dalam
kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan
individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang
membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan
cabaran.
1.7 Globalisasi dalam Pendidikan
Definisi
Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan
dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya
adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara
berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi
menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan
budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global,
komunikasi, imigresen dan pengangkutan.
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa,
kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk
bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-
dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya
pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak
dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat
di seluruh dunia.

1.7.1 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan


Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa
antarabangsa.

Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-


universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di
sini.

Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan


meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah
ditubuhkan.

Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi


maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.


Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.

Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.

Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.

Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.

Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang


pembelajaran yang disediakan.

Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian


yang dilakukan di seluruh dunia.

Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan


apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.
1.7.2 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses
pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu
menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi
adalah seperti berikut:
Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

Pentadbiran pendidikan

Pembangunan identiti pelajar

Kualiti Guru

Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang


globalisasi

Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam


aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran

Peningkatan dalam beban kerja


Sikap guru dalam pengajaran di zaman global

Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi

Pengaruh negatif kepada identiti pelajar

Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

1.7.3 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan


Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan
pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini.
Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus
berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu
melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara
lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa
antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat
berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk
melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK
kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan
guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini
membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna
dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di
samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru
untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif
penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

1.8 Kepelbagaian Budaya


Definisi
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri
daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian
Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam
sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum.
Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan
rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan
tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di
antara sesama kaum.
Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk
kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang
memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1) Perspektif
Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara
universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap
etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik
mengekspresikan budaya mereka).

1.8.1 Isu Pendidikan Semasa


Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah
membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, khasnya kepada pelajar.
Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar :
Positif
Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya

Membentuk interaksi sosial yang baik

Memperkembangkan bakat

Negatif
Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan

Masalah komunikasi dan bahasa

Sukar mewujudkan persefahaman

Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

1.8.2 Cabaran Kepada Guru


Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan
penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program
untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak
kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model
kepada para murid di sekolah.
Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian
budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran
yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di
Malaysia ialah bagaimana :
i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.

ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam


dancara hidup).

iii. menghargai keunikan budaya.

iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia


bekerjasama.

v. bersekutu memajukan bangsa.

1.8.3 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya


Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting
mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi
nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi
Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd
Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah
masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya,
interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf
persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu
asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti
bangsa Malaysia.
Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi
masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut :
Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan
kemesraan

Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan


dan sifat mereka yang berlainan.

Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio


budaya

Mempelbagaikan kaedah pengajaran

Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid

Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid

Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Definisi
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak
mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang
pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran
memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penggunaan
teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid
belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai
dengan era masa kini.

1.9.1 Isu Pendidikan Semasa


Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan
perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan
berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu
utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh
manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?
Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada
pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti
perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika
pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru
berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

1.9.2 Cabaran Kepada Guru


Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat
daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran,
pengetahuan dan sikap.

- Kemahiran Teknologi Maklumat Guru


Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang
berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu,
penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia
penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan
sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan
teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya
dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk
memikul cabaran ini.

- Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru


Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh
kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu
menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin
meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan
melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia
mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup
mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.

- Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan


Pembelajaran
Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada
kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda,
situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas
telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap
dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik
darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999;
Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada
dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK
supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

- Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat


Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat
yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta
tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten
sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer,
berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan
data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, pengurusan
sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan
teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya
dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk
memikul cabaran ini.

- Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru


Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh
kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu
menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin
meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan
melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia
mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup
mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.
- Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada
kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda,
situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas
telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap
dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik
darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999;
Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada
dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK
supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

- Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat


Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat
yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta
tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten
sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer,
berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan
data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik,

1.9.3 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi
Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK.
Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika
Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan
guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:

- sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.

- prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan


mencukupi.
- tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi
maklumat mestilah mahir.

- peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan


perkembangan TMK.

- hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

1.10 Gejala Sosial


Definisi
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya
yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja,
seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan
dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu
membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang
menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh
menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu
daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh
merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah
sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi
supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap
pembangunan dan kemajuan negara.
Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku
negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah
kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang
mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang
kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam
pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah
faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan
personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan
sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh
persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di
kalangan remaja.
1.10.1 Isu Pendidikan Semasa
Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja
khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan
moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan
seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana,
penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin
meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang
semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan
luaran, antaranya ialah:
- Faktor Ekologi Keluarga

- Faktor Ekologi Sekolah

- Rakan Sebaya

- Media massa/Internet

- Modenisasi.
Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa, tetapi ia sudah menjadi
kudis yang semakin bernanah dalam masyarakat. Jika tidak ditangani
dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar untuk
diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial
ini. Guru khusunya memainkan peranan yang penting dalam
mencorakkan masa depan anak-anak muda supaya menjadi remaja dan
belia yang menyumbang kepada kemajuan negara.

1.10.2 Cabaran Kepada Guru


Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala
sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal
pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru
perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka.
Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan
dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para
pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh
mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat
antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak
sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang
bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan.
Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah
untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang
amat tinggi daripada insan yang digelar guru.

1.10.3 Cara Menangani Isu Gejala Sosial

Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat dirumuskan


seperti berikut:
Peranan Ibu Bapa
mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang betul

meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka

mengamalkan nilai-nilai agama

Peranan Guru
merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan individu
pelajar

mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran dan


pembelajaran supaya menarik minat murid

mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan


dengan murid yang bermasalah

memupuk nilai-nilai murni

Peranan Rakan Sebaya


menjadi role model

memberi motivasi

medengar dan memberi sokongan


Peranan Diri Sendiri
mengubah sikap negatif

yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan

dekatkan diri dengan Tuhan

Peranan Polis
penguatkuasaan undang-undang
Tidak hadir
tanpa sebab

Pencapaian Selalu
akademik mengantuk
merosot

TANDA-TANDA Sentiasa
Sering berasa
GANGUAN keletihan
cemas
EMOSI MURID

Duduk dalam Kerap sakit


keadaan tidak perut
selesa

Mudah
diserang
penyakit
1. Tanda-tanda ganguan emosi murid

Sebagai seorang guru yang professional, kita harus bijak untuk mengesan
gangguan emosi murid melalui tingkah laku mereka dalam aspek yang di atas.
Melalui pemerhatian yang teliti, seseorang guru akan dapat melihat ciri-ciri gangguan
emosi yang terdapat kepada murid mereka. Seseorang akan disebut mengalami
gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialami menimbulkan ganggauan pada
dirinya. Gangguan Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada
banyak faktor. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah
selalu mengantuk di dalam kelas yang boleh mewujudkan pelajaran yang di ajar
tidak boleh difahami kerana mengantuk. Guru yang berhadapan dengan muridnya
pada setiap hari seharusnya dapat mengenal pasti tanda-tanda gangguan emosi
dalam kalangan murid mereka.

Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi murid supaya


emosi setabil. Jelaslah bahawa sangat penting untuk mengawal emosi di bilik darjah
agar mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
kondusif. Memang tidak dinafikan bahawa seorang murid memenuhi kebanyakan
masa menuntutnya di bangku sekolah. Jadi, suasana bilik memainkan peranan
terpenting dalam memupuk dan mengawal emosi murid selain daripada suasana
keluarga di rumah.
Perceraian
ibu bapa

Masalah
Faktor kewangan
kekeluargaan
Pergaduhan
Faktor rakan adik beradik
sebaya

Faktor guru

Faktor sekolah
Sebab dan
akibat Faktor
gangguan persekitaran
emosi murid
2. Akibat gangguan emosi murid

Peristiwa dalam kehidupan seperti yang dinyatakan di atas akan memberi


kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Yang demikian itu akan
menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak
balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa
susah hati, murung sedih marah tidak tentu arah, resah dan gelisah.

Pengaruh keluarga juga memberi kesan kepada emosi murid. Keluarga yang
sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, bercerai dan sebagainya akan
membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak
stabil. Bagi murid yang gagal mengawal emosi, boleh menyebabkan demam,
selesma, sakit kepala dan sebagainya.

Keluarga yang mengambil berat tanggungjawab terhadap kanak-kanak akan


dapat memenuhi keperluan mereka dan akan dapat meningkatkan penyesuaian
kanak-kanak tersebut.
Mengenalpasti Memberi Motivasi untuk
punca gangguan perhatian dan meningkatkan
emosi penghargaan keyakinan diri

Proses Tangani
tindakan masalah

Merujuk kepada Berbincang


kaunselor dengan ibu bapa
sekolah penjaga
3. Proses tindakan untuk menangani masalah

Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang ringan


oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya
prihatin dan sensitif dengan perubahan diri murid yang mengalami gangguan emosi.
Seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid
bagi mengatasi gangguan emosi tersebut.

Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:

Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk


mengenalpasti punca gangguan emosi
Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya
Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk
meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri
Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah
Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga
Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik
Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi
kehendak dan keperluan murid
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Meningkatkan
Mempelbagaikan
kecekapan &
proses
keberkesanan
pengajaran &
hasil
pembelajaran
pembelajaran

Pdp lebih aktif Penggunaan


serta mewujudkan teknologi PdP menjadi lebih
suasana pendidikan menarik dan
pembejaran yan sesuai untuk berkesan
menyeronokkan keberkesanan
pdp

Proses pdp
Pelajar tidak
dijalankan dengan
mudah berasa
lebih mudah,
jemu dan bosan
ringkas dan padat
4. Penggunaan teknologi pendidikan yang sesuai dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

o Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

o Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

o Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,


ringkas dan padat.

o Pelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan.

o Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana


pembelajaran yang menyeronokkan.
o Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran

o Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai


kemudahan yang terdapat dalam ICT.

o Membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan


terkini dengan lebih cepat serta efisen.
Kesimpulan

Para pendidikan perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa
depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristic, maka kta hendaklah
mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan
supaya berupaya menjadi masyarakat industeri, mampu bersaing dalam system
ekonomi yang global, bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa
bertambah canggih, boleh menggunakan computer sebagai keperluan urusan harian
limpahan maklumat segajat. Kita perlu melahirkan benerasi berilmu untuk berfikir,
bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global
dan teklonogi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan
perubahan masa kini.

Perkembangan semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya


masyarakat, gejala sosial yang kian membara dan kemajuan teknologi seharusnya
berjaya ditangani dan menjadi indicator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan
yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,
semangat patriotik dan memelihara perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai
bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang
boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada abad
ke-21.

Selain itu, kegunaan peta ithink untuk mengalakkan murid di dalam kelas juga
merupakan penentuan terhadap keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
terhadap murid. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibu bapa
menaruhkan kepercayaan yang tinggi terhadap seseorang guru di sekolah apabila anak
mereka hadir ke sekolah maka murid itu akan dapat apa yang memeka pelajari. Jadi,
para guru harus memainkan peranan penting bagi memastikan ibu bapa dan
masyarakat tidak memandang serong kepada kerjaya guru. Guru perlu sentiasa
mengamalkan ciri-ciri profesion keguruan yang baik seperti etika, akauntabiliti, integriti
dan sebagainya lagi ketika proses PdP agar guru sentiasa dipandang mulia.

Secara dasarnya, kepimpinan merupakan tenaga yang penting di sebalik


kejayaan sesebuah organisasi dan organisasi tersebut tidak boleh mencapai kejayaan
tanpa kepimpinan yang berkesan.
Refleksi

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana di atas limpah dan kurnia-Nya sebuah kerja
kursus berasaskan ilmu Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa (EDU 3093) dapat juga
dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah
pembimbing dan rakan kuliah yang banyak membantu dan memberi pandangan yang
bernas dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Dengan terlaksananya tugasan ini, terdapat banyak faedah dan manfaat yang
telah saya perolehi. Antaranya ialah, hubungan silaturahim dengan rakan-rakan sekelas
menjadi lebih akrab dan rapat selain dapat memberi dan meluahkan pendapat masing-
masing. Jika kami tidak tahu atau memahami tentang sesuatu perkara, kami akan
bertanya dan berbincang sesama kami. Hal ini kerana, kami semua sentiasa berkongsi
maklumat dan sesuatu informasi yang sedia ada atau pun yang baru. Tugasan ini juga
banyak membantu saya untuk mengetahui isu-isu dan cabaran pendidikan masa kini.
Hal ini kerana, saya cuba memahami cabaran-cabaran yang perlu diketahui oleh
seorang pendidik untuk persiapan pembelajaran abad ke-21 yang ingin direalisasikan
kepada anak didik kita. Justeru itu tugasan ini memberikan saya idea untuk
berkolaborasi dalam usaha mencari isi agar kami dapat menghasilkan yang terbaik
untuk tugasan ini.

Dalam masa saya ingin menyiapkan tugasan ini banyak masalah-masalah yang
dihadapi memandangkan tugasan yang perlu dipikul di Pejabat Pendidikan Daerah tidak
boleh diabaikan kerana tugasan pejabat saya perlu menjaga semua sekolah di bawah
daerah saya memandangkan persekolahan di awal hingga tengah tahun tugasan yang
begitu banyak untuk dijalankan mengikut takwin yang telah dirancang. Selain dari itu
tanggungjawab saya sebagai pelajar PPG wajib menyiapakan tugasan yang diberikan
untuk dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Untuk menempuh permasalahan di semester 8 ini iaitu semester akhir kunci


yang perlu dipegang ialah kesungguhan dan kesabaran walaupun tugasan di pejabat
begitu padat namun saya perlu menagihkan mengikut kesesuaian masa untuk
menyiapkan tugasan ini. Contohnya saya tidak boleh menyiapkan tugasan ini di pejabat
kerana ia akan melanggari etika kerja namun apa yang saya lakukan ialah menyiapkan
sedikit demi sedikit di waktu malam sebelum tidur dan bangun awal sebelum subuh
untuk menyambung tugasan ini walaupun mata sangat mengantuk dan badan yang
sangat letih. Sebenarnya itulah kesungguhan dan kesabaran yang perlu saya amalkan
untuk menyiapkan tugasan ini termasuk juga menyiapkan tugasan-tugasan yang lain.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak pengetahuan


tentang cara-cara bagaimana untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi apabila
sesuatu masalah yang berlaku. Contohnya dalam tugasan ini saya perlu menyediakan
peta ithink untuk kegunaannya bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau
menghuraikan sesuatu fakta. Ini adalah satu ilmu yang baru serta sangat berguna yang
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap anak didik kita. Ini
juga akan menambah ilmu kita sedikit demi sedikit melalui tugasan yang dijalankan.
Kefahaman yang mendalam hasil pemerhatian, pengkajian dan pengamalan sesuatu
topik itu kita sendiri yang mencari, membaca dan mengolah isi-isi barulah ianya akan
lebih berkesan untuk diguna pakai dalam mengharungi pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21. Untuk mengatasi masalah ini kita sebagi pendidiklah yang boleh merubah
dan mencorak anak didik kita pada masa hadapan.

Selain itu, saya juga dapat menjadikan tugasan ini sebagai salah satu medium
untuk mengutip dan memperoleh banyak pengalaman yang amat berharga dalam hidup
saya yang mungkin sukar untuk diperoleh di tempat lain. Saya juga amat berharap agar
segala maklumat yang diperolehi dapat menjadi tunjang kepada diri saya dalam
menghadapi cabaran dunia pendidikan pada masa kini.

Akhir sekali, saya juga berharap agar tugasan yang saya lakukan ini bertepatan
dengan kehendak soalan dan yang paling penting sekali, saya dapat mengaplikasikan
apa yang telah dipelajari dan dapat dijadikan sebagai panduan ketika menjalankan tugas
sebagai seorang pendidik ataupun pegawai pendidikan.

Alhamdulillah akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dengan termampu bagi saya
yang daif ini. Sekalung terima kasih kepada pensyarah Pn. Zahara yang banyak
membimbing di dalam wasap walaupun tidak dapat berjumpa secara hadapan namun
sudah cukup untuk saya dapat berkongsi idea untuk menyiapkan tugasan ini.

Kesimpulan yang dapat saya katakan di sini ialah semakin mendalam ilmu yang
dicari maka semakin banyak ilmu yang kita belum perolehi. Ia banyak mengajar tentang
kepentingan ilmu yang sangat dikehendaki oleh setiap insan. Diharap pengalaman ini
dapat dijadikan panduan dan terus gigih berusaha. Semoga ianya menjadi titik tolak
untuk terus berusaha serta memantapkan ilmu keguruan.
Rujukan

1. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad subki miskon (2013). Guru dan cabaran
semasa. Kampus Ilmu Khas : penerbitan Multimedia sdn. Bhd.

2. Mohd Salleh Lebar (1994) Asas Psikologi Perkembangan. Kuala


Lumpur:Publications and Distributors Sdn. Bhd.

3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan


Malaysia.

4. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

5. Haji Zainal Abidin Safarwan (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus

Nama Pelajar : Mohd Hafilzuddin Bin Zaini


No. Matrik : 12773
Kumpulan : PPG Ambilan Jun 2011 Semester :8
Mata Pelajaran : EDU 3193 Guru Dan Cabaran Semasa
Pensyarah Pembimbing : Pn. Zahara bt. Zulkifly

TARIKH PERKARA YANG CATATAN T/TANGAN


DIBINCANGKAN
7.2.15 Menerima soalan tugasan dan Tugasan perlu dihantar
taklimat daripada pensyarah selewat-lewatnya pada 6
mata pelajaran Pn. Zahara. Mac 2015. (Pn. Zahara)

7.2.15 Memahami kehendak soalan Memmikirkan isu budaya


tugasan. yang sesuai dengan ..
tajuk. (Ahmad Sabli b.
Membuat jadual kerja. Shaari)
..
(Padli b. Ismail )
8.2.15 Mencari maklumat dari bahan Nota bahan bacaan.
bacaan, internet dan Catatan bibliografi. ..
perbincangan. (Ahmad Sabli b.
Shaari)
...
(Mohd Shah b.
Mustapha)
27.2.15 Menyiapkan peringkat terakhir Perbincangan dengan
kerja kursus. rakan kuliah dan .
Pensyarah melalui (Ahmad Sabli b.
wasap. Shaari)

(Mohd Maaruf b. Mohd
Mindar)
5.3.15 Menyiapkan dan mencetak Menyemak bahan-bahan
tugasan. tertinggal.

PENGENALAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan
kebendaan . Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapatmemberi simbol dan makna kepada orang
lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

M a s y a r a k a t y a n g y a k i n k e p a d a budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh


kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan

positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang
dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat dalam sesebuah budaya.

Nak tau lebih lanjut tentang budaya....jgn segan2... mai la klik sini

DEFINISI KEPELBAGAIAN BUDAYA


Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102 , kepelbagaian ialah perihal
berbagai-bagai jenis.Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit
yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budayapula merupakan cara hidup
manusia yang dibentuk supaya dapat
berinteraksid a n m e n y e s u a i k a n d i r i d e n g a n m a s y a r a k a t d a n a l a m s e k i t a r . P e r k a t a a n
b u d a y a b e rasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dandaya

Perkataan budhi yang dipinjamdaripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.
Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh (Shamsul Amri baharuddin,2007:13).

Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan
budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.

Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai
berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh, kaum Cina di
Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan peranan penting dalam pembangunan
ekonomi negara Malaysia. Fakta
ini adalah hakikat yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari
awal penghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56).Tidak
ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat di
dalam ekonomi dan politik negara ini.

Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan
intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan
serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling

B u d a y a m e r u p a k a n k e s e l u r u h a n k o m p l e k s y a n g mengandungi ilmu pengeta


huan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-
undang, adat d a n s e b a r a n g b e n t u k k e b i a s a a n ( E . B . T a y l o r )

L . A . W h i t e memperlihatkan bahawa budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola


tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol.

(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5) pula
menyatakanMalaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang
mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Kepelbagaian budaya ini
telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial.

CIRI-CIRI BUDAYA
1) Boleh dipelajari
2) Boleh dikongsi
3) Bersifat sejagat
4) Boleh diwarisi
5) Sentiasa berubah
6) Simbolik
7) Pandangan semesta

Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu masyarakat. Budaya
mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti
dan yang kedua memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti
Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman
yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-
orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik-tolak kepada
pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi
menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapa negatif dari
luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmoniaan dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya
ini melambangkan identiti dan imej negara di mata dunia.

Masih tak faham....cuba baca lagi kat sini

ASPEK PERBEZAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

1) Kepercayaan

Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara
itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.

Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan-memihak (propositional attitude).

Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral.
Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.
2) Agama

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti
seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.

Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Namun begitu agama
mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan
kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.

Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam &
dewa dewi dalam agama Hindu.

Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

1. Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.

2. Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan

anggapan suci dan bersih terhadap agama.

3. Pernyataan seperti jampi, mantera dan kalimat suci.

4. Benda-benda material yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja,

azimat dan tangkal

3) Animisme

Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai
merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia
primitif purba kala.

Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan
tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar
semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat
dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali
dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

4) Semangat Padi

Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari
zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang
mengawalnya.
Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi
secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga
perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin
pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

5) Mantera

Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-
kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.

Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru
merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan
bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan
penuturnya.

Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan


pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

6) Bahasa

Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama
dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole
1998).

Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.

Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

7) Adat Resam

Andersen and Taylor 2004;

Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.

Marsh and Keating 1996;

Norms are the unwritten rules that influence peoples behaviour.

Resam membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.
8) Nilai / Kepercayaan

Nilai dan kepercayaan saling berkaitan

Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.

Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam
sesebuah masyarakat. (tanggapan) seperti betul atau salah, cantik atau hodoh, baik atau
buruk

Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.

Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.

Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai, kepercayaan
dan norma sendiri.

Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.

9) Jantina

The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior
that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).

Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana
guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian
dengan jantina.

Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan


perempuan yang begitu stereotaip.

ASPEK KEBUDAYAAN DALAM MATA PELAJARAN DI


SEKOLAH
Tak berapa nampak i-think ni.....dekat sini ada dijelaskan dlm bentuk jadual...m/s 6 tau.. jom la tengok kat
sini ...

EMPAT PERANAN GURU YANG UTAMA


PERANAN GURU DALAM KELAS KEPELBAGAIAN
BUDAYA
LANGKAH-LANGKAH MENYATUPADUKAN RAKYAT
MELALUI MATA PELAJARAN
IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIAL
BUDAYA
Implikasi berlaku dari segi;

Guru

Murid

Sekolah

Kurikulum Tersembunyi
1) Guru

Pengajaran

Pembimbingan murid bermasalah

Pentadbiran/pengurusan

Fasilitator Perancangan

Pengelolaan

Inavator

Penilaian

Pembentuk nilai

Model

Duta

Implikasinya:

Bangsa - mengajar tidak membezakan bangsa.

Kelas sosial - tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial.

Nilai - membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik.

Kepercayaan - tidak menyentuh sensitif agama.

Bahasa - jurang bahasa dialek

Jantina - layanan berbeza & peka kepada keperluan gender.

Ketepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid.

Membantu murid membuat pemilihan kerjaya.

Bertindak profesional dalam kerjaya.

Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan.

Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.


2) Murid

Menghormati dan taat pada guru.

Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah.

Berdisiplin, bermoral & beragama.

Menyokong cita-cita sekolah.

Rajin & berusaha dalam kelas.

Berpakaian kemas & bersih.

Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak.

Perantaraan agen sosial sekolah.

Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah.

Implikasinya:

Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain

Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan.

Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama.

Bahasa- bahasa standard/dialek.

Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina.

Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman).

Sikap/tingkah laku murid.

Nilai yang dipegang/diamalkan.

Latar belakang keluarga/SES

3) Sekolah

Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah

laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.
Budaya Formal Sekolah

Aspek ilmu

Aspek fizikal

Aspek sosial

Aspek pentadbiran

Implikasinya;

Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India.

Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar.

Kepercayaaan- sekolah agama.

Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah.

Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan

Sekolah agen perubahan.

Sekolah tempat penyuburan budaya.

Perpaduan

Dasar-dasar kerajaan.

Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

4) Kurikulum Tersirat

James (1986) apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar kurikulum nyata.

Chafel (1997) norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara
tidak langsung.

Ciri-ciri Kurikulum Tersirat

Merangkumi pengalaman belajar.

Bersifat relatif & sukar diukur.

Merangkumi nilai.
Kewujudannya berbeza-beza.

Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian,

Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat.

Implikasinya;

Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat.

Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial.

Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan.

Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.
1.0 Pengenalan

Menurut Anisah Bahyah Haji Ahmad (2006), Pendidikan merupakan


perkara penting untuk mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan hidup
manusia. Ia menjadi asas dalam membina ilmu pengetahuan bagi membentuk
diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikal dan
spiritual. Ia merupakan suatu proses yang mengandungi unsur-unsur
pengajaran, latihan, bimbingan dan pimpinan dengan tumpuan khas kepada
pemindahan pelbagai ilmu, nilai agama dan budaya serta kemahiran yang
berguna uuntuk diaplikasikan oleh individu seperti guru kepada murid atau
individu yang memerlukan pendidikan itu.
Menurut Mook Soon Sang (2008), Pendidikan itu bermula dari peringkat
kanak-kanak lagi, kita sebenarnya mengalami proses pendidikan dari semasa ke
semasa, sama ada secara formal atau tidak formal. Semasa kecil lagi kita
mempelajari kemahiran menggunakan deria-deria serta anggota tubuh badan
untuk mengetahui dan menyesuaikan diri dalam alam sekitar kehidupan.
Pada masa kini, pendidikan adalah sangat penting kepada semua
individu,, menurut Hassan Langgulung (1991), pendidikan adalah sebagai jalan
untuk menambah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada individu dalam
masyarakat. Pendidikan juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam
pembangunan Negara.,
Dato Sri Mohd Najib,(2012) berkata bahawa Pendidikan Ialah
penyumbang utama pembangunan modal social ekonomi Negara. ia juga adalah
merupakan pencetus preativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi
muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja
dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan
dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan begara berfungsi
secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi
Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi Negara dalam persaingan
ekonomi global.
Oleh yang demikian, pendidikan boleh dirumuskan sebagai proses
kesinambungan yang dilalui oleh manusia dengan cara bimbingan, latihan dan
didikan khususnya berkaitan dengan perkembangan intelek, kerohanian,
jasmani,social dan estetika. Dalam erti kata lain pendidikan boleh dilihat sebagai
pewarisan kebudayaan dan pengembangan potensi-potensi individu pada diri
manusia untuk menjadikanya sebagai manusia yang berilmu, berakhlak, sihat,
berbudaya, berseni, berguna dan bertanggungjawab. Bagi memastikan setiap
individu memperoleh pendidikan, maka terdapat satu organisasi yang berjuang
untuk memastikan tidak ada yang tercicir dari memperolehkan pendidikan
iaitulah yang dinamakan sebagai UNESCO. UNESCO telah menggariskan
empat pilar sebagai panduan kemana arah tuju pendidikan yang dilaksanakan
oleh Negara-negara yang terlibat dan bersatu dalama UNESCO.

2.0 Sejarah penubuhan UNESCO

United Nations Educational, Scientifin and Cultural Organization atau


nama singkatannya UNESCO ditubuhkan pada tanggal 16 Nobember 1945, dan
berpusat di Paris. Ia merupakan sebuah organisasi yang dibentuk untuk tujuan
keamanan dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antara Negara-
negara yang bersifat antarabangsa melalui pendidikan, sains dan juga budaya.
Keutamaan yang telah diketengahkan oleh UNESCO ialah tentang pendidikan
untuk semua dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut Syed Ismail (2013) Sebanyak 192 buah Negara telah menyertai
UNESCO dan Negara kita Malaysia yang tercinta ini juga turut menyertai
UNESCO pada tanggal 16 JUN 1958, iaitu di setelah 13 tahun setelah
tertubuhnya UNESCO dan setelah Negara kita mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957. Penyertaan Malaysia adalah untuk memastikan kepentingannya
dalam memajukan sektor teras UNESCO iaitu pendidikan, sains, kebudayaan
dan komunikasi terus terpelihara.
3.0 EMPAT TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Pada tahun 1996, UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan.


Keempat-empat pilar pendidikan seperti dalam gambar rajah dibawah ini perlu
diperhatikan secara bersungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan
termasuklah Negara kita iaitu Malaysia.

Belajar untuk harmoni Belajar untuk Menguasai


dan bekerjasama Ilmu
(Learning to live together) (Learning to know)

Tonggak
Pendidikan
UNESCO

Belajar untuk menjadi Belajar untuk menguasai


insan berguna kemahiran
(Learning to be) (Learning to do)

Rajah 1A : Empat Tonggak Pendidikan UNESCO

3.1 BELAJAR UNTUK MENGUASANI ILMU


Penguasaan ilmu adalah sangat penting. Ia merupakan factor utama
pembelajaran. Menurut Noriati A Rashid (2010), belajar untuk menguasai
ilmu merupakan factor pembelajaran utama dimana manusia perlu untuk
memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat memperkembangkan
kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam usaha untuk menguasani ilmu, peranan guru amat penting
untuk menyampaikan ilmu kepada murid. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat pelbagai cara untuk guru membuat penyampaian
yang berkesan. Antaranya ialah dengan penggunakan bahan bantu mengajar
seperti gambar, bahan Maujud, bahan 2D dan 3D. Disamping itu, guru boleh
mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam penggunaan ICT P&P akan menjadi lebih menarik dan murid lebih
rasa seronok.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih
berkesan sekiranya guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran itu
dengan berpusatkan kepada murid. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan
oleh guru yang berpusatkan murid ialah seperti aktiviti bercerita, permainan,
perbincangan dan lakonan.
Dalam belajar untuk menguasai ilmu, ia sebenarnya memberi implikasi
terhadap belajar bagaimana untuk belajar (learning how to learn) dengan
memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kemahiran untuk
murid berfikir. Mempelajari teknik-teknik untuk belajar adalah sangat penting
kepada murid kerana ia merupakan factor penting untuk murid memahami
sesuatu dengan mudah dan berkesan sehingga berjaya menguasai ilmu
tersebut.

Walau bagaimanapun, guru seharusnya sentiasa peka dengan hal


keadaan semasa dengan mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan
maklumat dan mengemas kini pengetahuan yang baharu supaya murid
menerima pengetahuan terkini yang mampu untuk bersaing standing
dengan orang lain dalam era berteknologi tinggi. Contohnya pada masa
kini pembelajaran menggunakan ICT adalah lebih berkesan berbanding
pengajaran guru menggunakan kaedah lama iaitu cholk and talk.

3.2 BELAJAR UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN

Dalam pendidikan, murid bukan sahaja perlu perlu belajar ilmu


pengetahuan tetapi juga untuk menguasai kemahiran. Apa yang
dimaksukan ialah kemahiran-kemahiran yang membolehkan untuk
mereka aplikasikan pada masa akan datang iaitu dalam apabila masuk
dalam dunia pekerjaan.
Menurut Noriati A Rashid (2010), Pendidikan seharusnya dapat
menyediakan peluang kepada murid untuk menguasai nilai-nilai peribadi
seperti kemahiran-kemahiran insaniah atau kemahiran interpersonal.
Selain itu, kemahira-kemahiran lain juga amat penting seperti kemahiran
untuk berkomunikasi, kemahiran berpasukan dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
Pada masa kini cabaran bagi murid adalah sangat tinggi. Mereka
perlu tahu bagaimana untuk memahirkan diri dalam kompetensi peribadi
agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kerana dalam kebanyakkan
Negara perindustrian, hampir 70-80% penduduk melibatkan sektor
perkhidmatan (UNESCO). wujudnya kumpulan kecil, jaringan dan pakatan
adalah menunjukkan bahawa kemahiran interpersonal adalah sangat
pendting sebagai satu kriteria dalam permohonan pekerjaan. Maka,
pendidikan dalam Negara harus dapat membentuk kompetensi peribadi
murid berasadkan suatu gagasan kemahiran-kemahiran teorikal dan juga
praktikal serta digabungkan dengan kemahiran-kemahiran dalam
penyelesaian masalah, membuat keputusan, inovatif dan berpasukan.
Kemahiran tentang sesuatu perkara tidak akan dapat dikuasai oleh
murid tanpa ada guru yang membimbing mereka. Oleh yang demikian,
peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting.
Pada peringkat ini guru boleh membuat pelbagai aktiviti Hands-On
kepada murid seperti membuat eksperimen dalam mata pelajaran yang
sesuai seperti sains, membuat model-model dalam mata pelajaran
kemahiran hidup dan lain-lain seperti membuat pertandingan reka cipta.
Selain itu, murid perlu dilibatkan juga dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum melalui kelab dan persatuan yang ada di sekolah seperti
kelab seni mempertahankan diri seni silat atau tek kwon do, kelab
memasak untuk memperoleh kemahiran memasak, kelab,kemahiran
hidup untuk mendapatkan kemahiran seperti pertukangan, kelab renang
untuk mendapatkan kemahiran berenang, kelab kembara untuk belajar
kemahiran survival dalam hutan, persatuan bahasa melayu, persatuan
sains, persatuan pendidikan islam dan sebagainya. Selain kemahiran-
kemahiran tertentu, melalui kelab dan persatuan ini, murid akan dapat
kemahiran dalam menguruskan kelab dan persatuan itu sendiri apabila
masing-masing diberi tugas dan tanggungjawab untuk dipikul.
Bagi seorang murid yang beragama Islam, kemahiran dalam
bacaan al-Quran adalah sangat dituntut iaitu kemahiran dalam tarannum
al-Quran. Menurut Saidi (2012), Tarannum al-Quran merupakan satu
cabang seni suara dalam bacaan al-Quran. alunan tarannum al-Quran
tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian, bahkan tidak sama dengan lagu,
syair, qasidah dan najuga nasyid. Tidak ada jalan mudah untuk
mendapatkan kemahiran tarannum dan menguasainya melainkan melalui
pengajaran dan pembelajaran secara talaqi dan musyafahan (belajar
berhadapan guru) dari guru-guru al-Quran yang mahir.

3.3 BELAJAR UNTUK MENJADI INSAN BERGUNA


Tonggak pendidikan UNESCO yang ketiga pula menurut Noriati
A.Rashid (2010) ialah belajar untuk menjadi insan berguna, iaitu berguna
pada diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan juga agama. Ia adalah
sangat bertepatan kerana pendidikan memang seharusnya membawa
murid ke arah pembentukan insan yang menyeluruh dari segi fizikal,
intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika. Pendidikan
perlu diberikan kepada setiap individu dengan bermula dari peringkat awal
kanak-kanak lagi hinggalah peringkat remaja dalam semua aspek
sehingga individu boleh berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya
membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya.
Untuk melahirkan insan yang berguna melalui pendidikan ini, guru
perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid. Menurut Nik Zaharah
(2012). Tujuan penerapan nilai murni juga adalah bagi memupuk seluruh
potensi manusia, jasmani, emosi, rohani dan intelek secara bersepadu
dan seimbang bagi melahirkan yang segala kegiatan dalam hidupnya
berteraskan keimaan kepada Tuhan. Selain itu, penerapan nilai murni
juga dapat membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan
hidup murid yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, keluarga,
masyarakat, alam sekitar dan Negara kea rah mencapai kebahagiaan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Selain itu, peranan guru juga dalam memastikan bahawa murid
menjadi insan berguna ialah guru perlu terlebih dahulu mempunyai
kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktiis dan
mesti bijak membina pengetahuan dan kemhiran secara development
mengikut kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat kritis, kreatif dan
inovatif.
3.4 BELAJAR UNTUK HARMONI DAN BEKERJASAMA

Yang keempat dalam tonggak pendidikan UNESCO menurut


Noriati A.Rashid (2010) ialah belajar untuk harmoni dan bekerjasama. Ia
adalah salah satu cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda
dengan konflik. Dengan ini, amat penting pendidikan di semua Negara
memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama
lain supaya rakyat dapat hidup aman damai dan harmoni khususnya
dalam Negara kita sendiri iaitu Malaysia yang mempunyai kaum yang
pelbagai dan silang budaya. Cabaran ini agak sukar kerana setiap individu
atau satu kelompok sentiasa berasa mereka lebih berkuasa atau lebih
berupaya sehingga mempunyai syak wasangka terhadap orang atau
kumpulan lain.
Sepertimana yang dicadangkan oleh UNESCO, pendidikan harus
memberikan peluang kepada murid untuk meneroka dan memahami
orang lain sejak peringkat awal persekolahan. Mereka perlu didedahkan
kepada kepelbagaian budaya serta saling memerlukan kesedaran tentang
saling memahami serta saling memerlukan antara satu sama lain demi
mewujudkan satu masyarakat yang hidup secara harmoni. Pendidikan
yang wujud pada hari ini perlu menjadi wadah untuk mereka belajar
tentang budaya, agama dan tingkah laku setiap kaum etnik sesebuah
Negara khususnya Negara kita yang mempunyai bilangan kaum dan etnik
yang paling ramai di dunia antaranya melayu, cina, india, orang asli,
kadazan,penan, orang bajau, dan sebagainya. Hal ini akan membantu
memperjelaskan perkara yang mungkin kurang difahami oleh satu-satu
kaum. Isu-isu begini perlu dibincangkan secara terbuka. Oleh hal yang
demikian, sebagai guru , perlu untuk mempnyai sikap keterbukaan dan
tidak mengongkong ciri ingin tahu murid mengenai budaya orang lain.
Kerelaan guru untuk membenarkan dialog dan forum tentang isu-isu ini
merupakan trend pendidikan pada abad ke-21.
Sekiranya murid pelbagai budaya dapat bekerjasama dalam
pelbagai projek, isu-isu mengenai perbezaan atau konflik antara mereka
akan hilang sama sekali. Dalam proses sebegini, projek tersebut akan
menjalinkan suatu ikatan dan nilai yang sama kepada mereka berbanding
dengan cirri-ciri yang membezakan mereka.
Contoh yang baik boleh dilihat dari segi penyertaan dalam bidang
sukan di mana tekanan dan konflik antara kelas sosial boleh diketepikan
dalam semangat perpaduan untuk mencapai kejayaan demi sekolah dan
Negara. Pencapaian akan dikecap jika setiap individu mengetepikan apa
jua konflik serta tidak mengambil kira kedudukan dalam organisasi untuk
melibatkan diri demi mencapai satu matlamat. Peranan guru amat penting
dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh tanpa mengira latar
belakang dan kaum. Untuk mewujudkan suasana harmoni dalam
kalangan murid, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar
serta memberikan peluang kepada murid untuk bergaul dan memahami
budaya rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kamu dan
budaya.

4.0 Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO

Kewujudan Tonggak Pendidikan UNESCO sebenarnya adalah untuk


memenuhi keperluan pembelajaran asas kepada setiap individu tidak mengira
bangsa mahu pun warna kulit. Menurut UNESCO (2008), Kanak-kanak
mempunyai hak untuk berada dalam komuniti yang aman damai, hak unutk
mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang sihat, mereka
juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk
potensi diri. Menurut Menurut syed Ismail (2013) setiap kanak-kanak,remaja
dan dewasa akan mendapat manfaat daripada peluang pendidikan yang direka
sesuai dengan keperluan pembelajaran asasi mereka.
Seterusnya tonggak pendidikan UNESCO yang disediakan ini juga adalah
untuk membentuk wawasan, iaitu dengan menyediakan keperluan pendidikan
asasi kepada semua yang memerlukan lebih daripada komitmen semula kepada
pendidikan asasi yang sedia ada. Pada masa sekarang adalah diperlukan untuk
perluasan wawasan yang melankaui tahap sumber sekarang, struktur institusi,
kurikulum dan sistem penyampaian konvensional sementara dapat
menghasilkan yang terbaik melalui amalan pendidikan asas yang telah sedia
ada.
Ketiga ialah, supaya pendidikan menjadi akses kepada universal iaitu
pendidikan perlu disediakan kepada semu golongan individu termasuklah kanak-
kanak, remaja dan juga orang dewasa.
Keempat ialah supaya memberi fokus kepada pembelajaran, hal ini
supaya peluang pendidikan itu sama ada ia diperluas atau tidak boleh
diterjemahkan kepada pembangunan yang bermakna bagi seseorang individu
atau masyarakat.
Kelima pula ialah untuk memperluaskan skop. Sistem penyampaian
utama untuk asas pendidikan kanak-kanak di luar keluarga adalah sekolah
rendah. Keperluan pembelajaran asas untuk remaja dan dewasa adalah banyak
dan seharusnya memenuhi segenap kepelbagaian sistem penyampaian. Segala
peralatan kelengkapan dan saluran-saluran maklumat, komunikasi dan tindakan
sosial boleh digunakan untuk menyampaikan pengetahuan yang penting dan
memaklumkan serta mendidikan masyarakat terhadap sesuatu isu berkaitan
dengan sosial.
Tujuan keenam tonggak pendidikan UNESCO ialah untuk
menambahbaikan persekitaran. Di mana pendidikan tidak mendapat tempat di
dalam pengasingan. Oleh itu, masyarakat seharusnya memastikan semua murid
menerima pemakanan seimbang, penjagaan kesihatan dan sokongan fizikal dan
emosi secara umum yang diperlukan untuk mengambil bahagian secara aktif dan
mendapat manfaat daripada pendidikan mereka.
Kelapan ialah untuk perkukuhkan perkongsian antara Negara-negara
serantau dan pihak berkuasa pendidikan tempatan yang bertanggungjawab
untuk menyediakan pendidikan asas untuk semua, namun tanggungjawab untuk
membekalkan kepada setiap manusia, keperluan kewangan atau organisasi
tidak boleh diharapkan kepada mereka semata-mata. Pembaharuan perkongsian
untuk semua peringkat adalah perlu.
Yang kesembilan pula ialah untuk pembangunan dasar. Apa yang
dimaksudkan adalah dasar-dasar membantu di dalam sosial kehidupan,
kebudayaan dan juga sektor-sektor ekonomi. ia adalah perlu untuk
merealisasikan peruntukan dan penggunaan sepenuhnya pendidikan asas untuk
pembangunan individu dan masyarakat.
Tujuan tonggak pendidikan UNESCI yang kesepuluh adalah untuk
menggerakkan sumber. Adalah pending untuk menggerakkan sumber
kewangan dan manusia, sektor awam, swasta dan sukarela yang sedia ada dan
baru sekiranya keperluan pembelajaran asas ingin dipenuhi melalui skop
tindakan yang lebih luas berbanding masa lalu.
Yang terakhir ialah untuk mengeratkan perpaduan antarabangsa. ia
adalah untuk memenuhi keperluan asas bagi menggantikan tanggungjawab
biasa dan universal manusia. Ia memerlukan perpaduan antarabangsa dan
perhubungan ekonomi yang adil dan saksama untuk memperbetulkan perbezaan
ekonomi yang wujud.

5.0 Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO

Menurut Syed Ismail (2013), KPM merancang dan melaksanakan dasar-dasar


pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan selaras dengan
dapatan laporan UNESCO. Antara tujuan KPM untuk membentuk pembangunan
insan yang seimbang adalah seperti memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
Juga untuk meningkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu dalam
kalangan murid dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti 1
murid 1 sukan, pembelajaran menggunakan ICT, program ilmiah seperti NILAM
dan sebagainya. Selain itu, KPM ingin mewujudkan budaya sains dan teknologi
serta pembelajaran sepanjang hayat dimana pembelajaran bukan sahaja
sekadar di sekolah dan di university tetapi pembelajaran berlaku di mana-mana
sahaja tanpa had masa dan juga had umur.

Pembangunan Insan yang dirancang ini juga adalah untuk menyediakan


satu sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan mencapai tahap bertaraf
dunia dan mampu bersaing dengan dunia lain yang lebih maju. KPM juga ingin
menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan
dimana orang di seluruh pelosok dunia datang ke Malaysia untuk mendapatkan
pendidikan yang terbaik. Justeru itu, dengan membentuk pembangunan insane
yang seimbang ini adalah diharapkan dapat meningkatkan martabat pendidikan
Malaysia pada peringkat antarabangsa.

6.0 CABARAN DAN KESAN KEJAYAAN SEKOLAH MENURUT UNESCO

Dalam melaksanakna tonggak pendidikan UNESCO terdapat beberapa cabaran


dan kesan kejayaan kepada sekolah.
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi ialah bagaimana guru-guru
disekolah berusaha untuk melengkapkan diri murid dengan pelbagai kemahiran
dari segi rohani, jasmani, intelek dan juga sosial. Antaranya ialah guru perlu
membuat persediaan terlebih dahulu, dalam suasana kehidupan di sekolah yang
mempunyai pelbagai budaya seperti melayu, cina, india dan lain-lain. Guru perlu
bijak untuk melaksanakn sebarang aktiviti agar tidak berlaku perselisihan atau
krisis perkauman. Guru boleh mengeratkan hubungan murid yang pelbagai kaum
dengan melakukan aktiviti seperti bermain bola, aktiviti berkumpulan, eksperimen
dan sebagainya.
Sebagai guru, perlu ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk
memperkembangkan potensi setiap murid di sekolah, sifat ikhlas itu perlu ada
dalam diri setiap guru yang mengajar murid. Disamping itu, perlu ada pada diri
guru ciri-ciri keperibadian dan persekitaran hidup yang selari dengan kehendak
falsafah pendidikan kebangsaan (FPK), ini kerana bak kata pepatah melayu,
bapa borek anak rintik, kerana dalam situasi di sekolah, para murid akan
menjadikan guru mereka sebagai role model untuk mereka jadikan ikutan.
Sekolah yang berjaya dalam melaksanakan tonggak pendidikan
UNESCO akan dapat dilihat menerusi beberapa perkara antaranya ialah seperti
semua ssumber sekolah dikawal dengan baik. Segala kapasiti dan
kepemimpinan sesebuah sekolah itu dierkasakan. Selain itu, ukuran dan
pemantauan prestasi sekolah yang mana ia dijalankan secara menyeluruh.

7.0 IMPLIKASI TONGGAK PENDIDIKAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN.

Berdasarkan tonggak UNESCO, pendidikan formal kini seharusnya


merancang kurikulum yang memberikan ruang dan masa untuk murid melibatkan
diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya. Murid
juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti di tempat-tempat yang mundur dan luar
Bandar untuk membantu golongan yang hidup susah, miskin dan juga yang
hidup serba kekurangan, serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
perikemanusiaan misalnya tempat berlakunya bencana alam seperti bencana
banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Dalam konteks ini, sekolah dan guru-guru
boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerka kerja kokurikulum di
mana murid menjalankan amal atau komuniti di luar Bandar dan di kawasan
orang asli untuk memahami cara hidup mereka. Melalui badan beruniform
pengakap juga terdapat aktiviti membantu orang lain yang susah.Pemahaman
sebegini akan membolehkan murid untuk saling tolong menolong dan membantu
golongan yang lebih miskin selain belajar cara hidup dan budaya mereka. Hal ini
akan dapat merangsang penglibatan mmurid dalam projek kolaboratif dengan
pihak tertentu dan seharusnya mewujudkan permuafakatan antara rakyat
berbilang kaum dan latar belakang. Murid juga perlu diberi peluang ketika di
sekolah untuk meneroka dan memahami orang lain di awal persekolah lagi.
Dengan pendedahan murid kepada kepelbagaian budaya rakyat, kerana dengan
kesedaran saling hormat menghormati dan memahami serta saling memerlukan
antar satu salam lain juga.
Pendidikan yang ada pada hari ini adalah wajar dijadikan sebagai wadah
pendidikan tentang budaya, agama, tingkah laki setiap etnik.

Anda mungkin juga menyukai