Anda di halaman 1dari 2

"Terdapat empat tonggak pendidikan yang telah digariskan oleh UNESCO.

Huraikan cara
para guru dapat melaksanakan setiap tonggak tersebut secara lebih berkesan dalam
melaksanakan PdPc di sekolah"

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) merupakan


sebuah organisasi yang dibentuk bertujuan membentuk sebuah keamanan dan keselamatan
dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui pendidikan, sains dan budaya.
UNESCO ditubuhkan adalah untuk membina keamanan, menangani kemiskinan,
pembangunan yang mampan dan dialog antara budaya melalui pendidikan, sains, budaya,
komunikasi dan maklumat. Oleh yang demikian, pihak UNESCO telah mengetengahkan
pendidikan untuk semua dan pembelajaran sepanjang hayat. Jadi, empat tonggak
pendidikan yang telah digariskan bagi para guru dapat melaksanakan PdPc di sekolah
secara lebih berkesan.

Tonggak utama dalam Pendidikan UNESCO termasuklah belajar untuk menguasai


ilmu (learning to know). Belajar untuk menguasai ilmu merupakan faktor pembelajaran
utama yang manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling supaya dapat
meningkatkan dan memperkembangkan kemahiran kerjaya serta komunikasi dengan orang
lain. Dalam proses menimba ilmu, guru memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu
kepada murid. Belajar untuk menguasai ilmu membawa implikasi belajar iaitu memahami
cara untuk belajar dengan memberikan tumpuan, mempertingkat kemahran ingatan dan
kebolehan berfikir seseorang. Cara penyampaian berkesan merupakan cabaran kepada
guru untuk memastikan ilmu dapat dikuasai murid bagi mengaplikasikannya dalam dunai
pekerjaan kelak. Guru harus mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan
mengemas kini pengetahuan supaya murid menerima pengetahuan terkini untuk bersaing
setanding dengan orang lain dalam dunia yang berteknologi tinggi. Oleh itu, tonggak belajar
untuk menguasai ilmu merupakan cara para guru dapat melaksanakan setiap tonggak
tersebut secara lebih berkesan dalam melaksanakan PdPc di sekolah.

Selain itu, tonggak belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do) juga
merupakan cara para guru dapat melaksanakan setiap tonggak tersebut dengan lebih
berkesan dalam melaksanakan PdPc di sekolah. Belajar untuk menguasai kemahiran
merupakan pendidikan dapat melengkapkan murid dengan pelbagai kemahiran untuk
diaplikasikan dalam bidang pekerjaan yang bakal diceburi kelak. Guru seharusnya
menyediakan peluang murid menguasai nilai-nilai peribadi seperti kemahiran insaniah atau
interpersonal di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pekerjaab. Guru
perlu berusaha untuk memberi kemahiran kepada murid-murid dalam kompetensi peribadi
agar mereka dapat dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi,
berpasukan dan menyelesaikan masalah. Izharnya, guru perlu belajar untuk menguasai
kemahiran merupakan cara bagi menghasilkan PdPc yang lebih berkesan di sekolah.

Di samping itu, guru turut belajar untuk menjadi insan yang berguna juga merupakan
tonggak yang mendorong guru untuk melaksanakan PdPc di sekolah secara lebih berkesan.
Hal ini amat bertepatan dengan hasrat Pendidikan iaitu untuk menyumbang kepada
pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan
penghargaan estetika. Para guru perlu mempunyai kemahiran dan keterampilan dalam
mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan
kemahiran secara perkembangan mengikut kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat untuk
mewujudkan masyarakat yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Guru bertindak sebagai
suri teladan kepada murid-murid yang mana setiap tingkah laku guru akan diperhatikan oleh
murid-murid untuk dijadikan panduan kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Jelaslah, guru perlu menjadi insan yang berguna kepada murid-murid demi mencapai PdPc
yang lebih berkesan di sekolah.

Akhir sekali,

Anda mungkin juga menyukai