Anda di halaman 1dari 3

i.

Strategi Menjalin Hubungan Permuafakatan Dengan Pihak Luar

Peningkatan prestasi akademik di sekolah sentiasa memerlukan sokongan


dan penglibatan para ibubapa atau waris pelajar. Kajian oleh Coleman(1993) telah
mendapati bahawa berbagai kelebihan telah dikesan apabila para waris turut terlibat
dalam pembelajaran anak-anak mereka. Kajian sekolah berkesan oleh Mortimore
(1988) telah mendapati salah satu daripada sebelas faktor untuk mewujudkan
sekolah berkesan adalah perkongsian/ permuafakatan ibubapa dan sekolah (homeschool partnership).
Fullan (1991) telah menyimpulkan bahawa penglibatan ibubapa di sekolah dan
dalam aktiviti pembelajaran di rumah sebagai penglibatan secara langsung
(instructionally related involvement). Manakala, bentuk penglibatan hubungan
masyarakat-sekolah dan membantu tadbir pengurusan sekolah sebagai penglibatan
tidak langsung (noninstructional related involvement).
Antara strategi untuk menjalin hubungan permuafakatan dengan pihak luar
adalah dengan mengadakan Program Penglibatan Ibubapa, Perkongsian Keluarga Sekolah dan Kerjasama Ibu Bapa-Guru. Ibubapa hendaklah menyediakan
persekitaran pembelajaran yang selesa, kemudahan alatan dan bahan
pembelajaran, memantau anak-anak belajar di rumah, menjaga kesihatan anak-anak
dan membantu anak-anak menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guruguru. Hubungan kerjasama yang erat antara keluarga dan pihak sekolah dapat
meningkatkan prestasi pendidikan murid-murid. Ciri-ciri perkongsian keluarga dan
sekolah adalah ibu bapa memantau pembelajaran anak-anak di rumah, ibu bapa dan
sekolah berinteraksi dan bekerjasama untuk meningkatkan prestasi murid-murid,
hubungan kerjasama berterusan dan diberikan perhatian utama, perkhidmatan sedia
ada tanpa halangan waktu, mudah berurusan dan proaktif. Sekiranya perkaraperkara di atas dapat dilaksanakan dengan baik maka prestasi murid-murid di
sekolah tersebut akan meningkat kerana mendapat sokongan daripada semua pihak.

ii.

Peranan Sekolah Dalam Institusi Masyarakat

Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam kalangan masyarakat. Antara
peranan sekolah adalah sekolah menjadi agen yang memodenkan dan memajukan
masyarakat dalam semua bidang. Sekolah juga melahirkan pelajar mengikut hasrat
Falsafah Pendidikan Negara.Sekolah juga berperanan memenuhi keperluan
masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memajukan
diri, masyarakat dan negara. Sekolah bertanggungjawab untuk memberikan
pendidikan dan membawa perubahan terhadap pelajar. Sekolah merupakan agen
memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang selari dengan keperluankeperluan yang dinyatakan dalam matlamat pendidikan negara. Selain itu, sekolah
turut menjadi agen perpaduan kerana murid-murid pelbagai kaum belajar dan
berinteraksi bersama-sama dalam sesuatu kawasan. Antara peranan utama sekolah
dalam masyarakat adalah seperti berikut :
1. Mengajar dan melatih murid berinteraksi atau berhubungan sesama
manusia dengan baik.
Peranan sekolah bukanlah sahaja untuk menjadikan seseorang itu berlimu
pengetahuan, bahkan ianya membawa skop yang lebih luas lagi. Salah satunya
adalah menjadikan sesebuah masyarakat itu hidup dalam hubungan yang baik
antara satu sama lain. Bagja Waluya (2007) pula menyatakan pendidikan pada
hakikatnya adalah proses menemukan identiti seseorang.,Pendapat-pendapat ini
amat sesuai jika kita melihat dalam proses perkembangan sosial anak-anak di
sekolah.
2. Menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran murid dalam
sistem sosial masyarakat.
Di dalam sistem persekolahan, terdapatnya kelas. Dari perspektif sosiologi,
kelas merupakan sebahagian dari mikrososiologi yang menelaah atau mengkaji
kehidupan kelompok sosial di sekolah dengan keseluruhan dinamika atau
pembaharuan yang terjadi di dalamnya. Ishak Ramly (2005), berpendapat,
sekolah
adalah sistem sosial yang mempunyai pelbagai strata manusia dengan
tugasan tersendiri. Ruang kelas merupakan kelompok-kelompok kecil dari
kelompok kehidupan yang lebih besar iaitu masyarakat.
Di situ seorang murid akan bertemu dengan individu-individu lain yang
mempunyai latar belakang yang berbeza. Disinilah seorang murid akan belajar
berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Maka, seterusnya akan lahirlah
gabungan dari individu-individu yang membentuk suatu kelompok sosial yang
teratur dan memiliki fungsi dan peranan yang kompleks dalam kacamata
pendidikan.

3. Mengenalkan dan melatih murid dengan sistem birokrasi.


Di dalam kelas juga terdapat juga organisasi kecil yang telah ditetapkan
dalam sesebuah sekolah seperti ketua darjah, penolong ketua darjah, setiausaha,
bendahari, jadual bertugas dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan
lahirnya pelbagai jabatan yang terbentuk secara hieraki sesuai dengan tugas dan
bidang kuasa mereka di dalam kelas. Maka dapatlah dilihat disini, murid-murid
telah pun diajar dalam membentuk satu sistem birokrasi yang akan mereka
gunakan apabila bercampur dengan masyarakat suatu hari nanti.
4. Mewujudkan insan yang mampu berkomunikasi dengan fleksibel.
Satu perkara lagi yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sistem sosial
yang penting adalah komunikasi. Komunikasi adalah saluran yang penting dalam
pendidikan kerana dengan interaksi komunikasilah, bahan-bahan pelajaran serta
maklumat dapat disampaikan. Aktiviti berkomunikasi di sekolah disampaikan
dalam pelbagai cara sama ada melalui guru atau murid. Di sini secara tidak
langsung, murid dapat mempelajari cara-cara berkomunikasi antara rakan-rakan,
guru-guru, dan orang sekelilingnya yang datang dari pelbagai status sosial,
ekonomi, kepercayaan dan lain-lain. Di sekolah juga, seseorang murid itu dapat
mempelajari cara-cara menghadapi dan menyelesaikan konflik yang berlaku
sesama mereka.
5. Menambah dan meningkatkan pengalaman pelajar yang boleh memberi
unsur-unsur atau nilai yang baik dalam pembangunan masyarakat.
Satu perkara yang menjadi tunjang asas dalam sistem pendidikan adalah
penggubalan kurikulum sekolah. Ishak Ramly (2005), menyatakan perubahan dan
penggubalan kurikulum mampu untuk mempengaruhi dan memberi perubahan
kepada diri serta suasana pembelajaran murid. Sekiranya para penggubal dan
tenaga pendidik berpandangan positif pada perubahan kurikulum, jadi para
pelajar mendapat lebih banyak pengalaman dalam sistem pendidikan itu. Satu
teori yang telah diperkenalkan oleh James Macdonald yang mendefinisikan
kurikulum sebagai sistem sosial iaitu teori Macdonald. Lihat rajah berikut
Justeru, sebelum sesuatu dasar atau tunjang pendidikan di sesebuah Negara
digubal, pihak-pihak yang berwajib perlu memastikan kurikulum yang akan dicipta
tidak akan meminggirkan unsur-unsur sosial yang bersesuaian dalam Negara
tersebut. Di Negara kita Malaysia misalnya, kerajaan telah banyak melakukan
transformasi dalam kurikulum pendidikan di Negara ini. Antara faktor yang
menyebabkan berlakunya perubahan kurikulum adalah bagi menyesuaikan
keperluan masyarakat yang berbilang kaum, agama, dan ekonomi. Nilai-nilai murni
turut diselitkan dalam kurikulum sekolah. Kesemuanya ini bagi menjamin
keharmonian dan kemajuan Negara. Falsafah pendidikan Negara dan juga Falsafah
Pendidikan Guru dicipta sebagai satu dasar dan matlamat dalam pendidikan di
Negara ini.

Anda mungkin juga menyukai